HASIL
KARYA
PELAJAR
Gadis Ajaib
“Kringgggg…” bunyi loceng yang panjang menandakan sudah tamat waktu
persekolahan. Dengan langkah yang perlahan Ani melangkah ke arah kereta ibunya.
“Bagaimana keadaan di sekolah hari ini, kenapa muram ja anak ibu ni?”. Ibunya
menyapa sebaik sahaja Ani melangkah masuk ke dalam kereta. Ani terus memberi
senyuman yang manis kepada ibunya dan membalas sapaan tersebut “tak ada apa
lah ibu, ani ok jaa, banyak yang Ani dah belajar hari ni”.
Ani ialah seorang murid tingkatan 5 pada tahun ini. Ani belajar di SMK Parit
Lurus Kedah. Ani belajar dalam aliran sains. Setiap hari dia dihantar oleh ibunya ke
sekolah. Ibu dan ayah Ani adalah peniaga di pasar malam. Ani mempunyai seorang
adik yang masih belajar di sekolah rendah. Kebelakangan ini, Ani selalu menghadapi
kemurungan. Ani berasa dirinya serba kekurangan. Sedang Ani termenung di tepi
jendela biliknya, dia terkenang tentang kejadian yang pernah diceritakan oleh ibunya.
Satu peristiwa hitam yang telah berlaku ke atasnya yang memberi kesan besar kepada
kehidupannya sehingga kini.
Tarikh keramat 15 Syaaban 1425, bersamaan dengan 30 September 2006, Ani
yang berumur 1 tahun 11 bulan pada ketika itu merupakan seorang kanak-kanak yang
sangat aktif. Ketika ibunya sedang berehat di rumah neneknya kerana kepenatan
berpuasa, dia telah membenarkan Ani bermain-main di kawasan balkoni rumah
bersama datuk dan neneknya. Ketika itu, ibunya membawa Ani pulang ke rumah flat
datuk dan neneknya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
Selepas beberapa minit, terdetik di hati ibunya “eh, kenapa sunyi sangat ni”.
Ibunya yang tidak mendengar suara bising Ani bermain terus bergegas bangun untuk
memeriksa keadaan Ani yang sedang berada di luar rumah.
Ibunya bertambah risau apabila kelibat Ani tidak kelihatan di luar rumah. “mak,
ayah, mana Ani?” ibu Ani bertanya kepada datuk dan neneknya. “ehh tadi Ani main
dekat kerusi depan sana”, jawab nenek yang agak terkejut apabila tersedar Ani sudah
tidak ada di tempat dia bermain sebelum ini.
Terus mata ibu Ani mencari kerusi yang dimaksudkan. Kerusi tersebut berada
berdekatan dengan tembok tepi balkoni dan di sebelah kerusi itu terdapat selipar
comel Ani di susun elok. Ibu Ani terus berlari ke arah kerusi tersebut sambil memanggil
Ani. “Ani… Ani… Ani anak ibu… anak ibu dekat mana sayang?”.
Ibunya semakin cemas apabila tidak kelihatan bayang Ani dikawasan tersebut.
Terdetik di hati ibunya untuk menjenguk di kawasan bawah. “Yaa allah…! Anak aku…!”
terjerit Ibunya apabila Ani kelihatan terbaring di ruang koridor tingkat dua. Rumah
nenek Ani berada di tingkat 3. Kepala Ani berdarah dan Ani tidak sedarkan diri.
Ibu Ani terus lari ke tingkat dua untuk mengangkat Ani, pada masa yang sama
jiran di tingkat dua yang dalam ketakutan melihat kanak-kanak jatuh di kawasan rumah
mereka mengangkat Ani keluar. Ibu Ani menyambut Ani sambil meraung memanggil
nama Ani berkali- kali. “Ani… bangun Ani.. bangun.. ibu dekat sini sayang, buka mata
Ani”. Ibunya mengharapkan Ani akan menyahut. Tetapi malangnya Ani terus diam
membisu.
“Ya Allah, anak ibu…” meraung ibunya sambik memeluk erat tubuh Ani yang
dipenuhi darah. Ani masih bernafas. Darah keluar dengan banyak di bahagian telinga
kiri. Jiran yang memahami keadaan ini pantas menyediakan kereta untuk membawa
ibu dan Ani ke hospital dengan cepat.
Tiba sahaja di hospital, Ani di bawa masuk ke wad kecemasan. Doktor
melakukan pemeriksaan dan memberi rawatan yang sebaik mungkin untuk
memastikan Ani dapat diselamatkan. Ibu Ani dimarahi doktor kerana cuai. Ibunya
hanya mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh doktor tersebut
dan ibunya berada dalam keadaan yang sangat lemah serta tidak mampu untuk
bersuara. Apa yang boleh dilakukan ketika itu hanyalah dengan berdoa agar Ani
kembali pulih.
Selepas beberapa jam, Ani dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diberi bantuan
pernafasan. Ibunya yang tidak pernah berpisah dengan Ani di minta untuk pulang ke
rumah lewat malam itu kerana tidak boleh menunggu lama kawasan unit rawatan rapi.
Ibu dan bapa Ani pulang ke rumah dengan berat hati.
Keesokkannya, 1 oktober 2006 ibu dan bapa Ani ke hospital selepas subuh.
Ani masih dengan bantuan pernafasan dan tidak menyedarkan diri. Doktor masih
memantau. Pada petang hari tersebut, doktor menerangkan keadaan Ani kepada ibu
dan bapanya. “Anak encik sekarang berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku
pendarahan di otak Ani akibat daripada hentakan yang kuat dan menyebabkan
otaknya sedikit bengkak”. “Darah juga masih keluar daripada telinga Ani.” Ujar doktor
kepada ibu bapa Ani.
Doktor memberi saranan agar membiarkan dahulu bengkak di otaknya itu surut
dengan sendiri. Tetapi jika tidak surut juga, satu pembedahan perlu dilakukan untuk
menyedut darah dan menyurutkan bengkak di otak Ani.
Dengan kuasa Allah, alhamdulillah, akhirnya bengkak di kepala Ani surut
selepas 1 hari, tetapi Ani masih tidak sedarkan diri. Doktor meminta ibu untuk
memasang lagu kegemaran Ani untuk mengembalikan kesedarannya. Ibu mula
mencari pemain cakera padat untuk memasangkan lagu kegemaran Ani seperti “kindy
songs”.
Hari keempat di unit rawatan rapi, Ani mula memberikan respon dan sedarkan
diri. Alhamdulillah!!
Hari kelima, 5 oktober 2006 Ani dipindahkan ke wad pediatrik. Ani kembali pulih
sedikit demi sedikit. Selepas 2 minggu di wad, doktor membenarkan Ani untuk di bawa
pulang ke rumah. Tetapi Ani masih perlu menjalani fisioterapi mengikut jadual yang
ditetapkan.
Ani tidak lagi seorang bayi yang aktif seperti dahulu. Kini, Ani menjadi seorang
bayi yang lemah seluruh tubuh badan, dan perlu diangkat sama seperti mengangkat
seorang bayi yang baru dilahirkan, belakang kepalanya perlu di sokong. Fisioterapi di
jalankan secara berperingkat, bermula dengan mengajar Ani meniarap, kemudian
merangkak, duduk, melangkah dan seterusnya berjalan. Ani mengalami keadaan
yang sangat rumit kerana urat-urat di badannya yang sudah mengeras dan susah
untuk mengajarnya meniarap seperti kanak-kanak yang lain. Ani setiasa menangis
kesakitan apabila dia cuba meniarap.
Ani yang dahulunya mula berjalan semasa berusia 11 bulan, kini kembali
terbaring seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Ibu bapa Ani tidak pernah
berputus asa sehinggalah Ani dapat berjalan semula pada usia 3 tahun semasa bulan
Ramadhan. Ibu bapa Ani sentiasa membawa Ani ke masjid. Dalam keadaan yang
tenang di masjid semasa solat terawih Ani mula menunjukkan tindak balas yang positif
apabila dia melangkah dan bertatih semula. Alhamdulillah Ani telah kembali seperti
seorang kanak- kanak normal yang lain.
Tetapi doktor mengatakan bahawa kecederaan di otaknya telah menyebabkan
5% daripada saraf otaknya telah rosak. “Ani mengalami kerosakkan sel di otak tetapi
saya tidak dapat mengesan apakah impaknya nanti.” “Ani mungkin juga akan
mengalami buta warna.” kata doktor kepada ibu bapa Ani semasa membawa Ani
menjalani fisioterapi. Besar kemungkinan penglihatan Ani juga terganggu dan
kemungkinan dia memerlukan cermin mata untuk membantu penglihatannya. Doktor
menasihati ibu bapa Ani agar sentiasa memerhati perkembangannya.
Setelah beberapa tahun, Ani memasuki alam persekolahan, Ani menghadapi
banyak masalah semasa berada di dalam kelas. Ani tidak dapat menyalin tulisan guru
di papan putih dengan laju. Buku dan kerja Ani juga sentiasa tidak lengkap. Ini kerana
mata Ani mengalami silau pada cahaya yang menyebabkan berlaku sedikit gangguan
ketika menyalin nota atau latihan yang diberikan oleh guru. Tetapi ibu tidak putus asa,
ibu sentiasa mengajar Ani di rumah. Ani mula menunjukkan perubahan dalam
pelajarannya. Semasa tahun 3 Ani dipilih sebagai murid yang berpotensi cemerlang.
Satu lonjakan yang baik telah dilakukan oleh Ani.
Walaupun Ani telah meningkat umur 10 tahun, namun Ani masih mempunyai
sifat kebudak- budakan. Semua murid suka mengejek Ani “Ani senget, Ani kepala
senget, budak senget.” Itulah ejekan yang diterima oleh Ani hampir setiap hari di
sekolah. Hal ini demikian kerana, posisi kepala Ani yang senget pada ketika itu. Ani
sentiasa menangis bila pulang dari sekolah. Ibu juga pernah melaporkan kepada guru
dan menegur budak-budak yang suka mengejek Ani kerana ibu mahu Ani belajar
dalam situasi yang menggembirakan.
Ani telah mendapat keputusan UPSR yang agak cemerlang. Bahkan lebih baik
daripada rakan-rakan yang pernah mengejeknya dahulu. Walaupun menghadapi
pelbagai cabaran Ani tetap melangkah ke sekolah menengah dan berusaha dengan
bersungguh-sunguh untuk mengubah nasibnya. Dari semasa ke semasa semakin
banyak kekurangan yang dapat dikenal pasti dalam diri Ani akibat daripada
kecederaannya semasa kecil. Ani mengalami “lazy eye”, mata kirinya kurang
digunakan untuk melihat. Pendarahan di telinga Ani semasa kejadian dahulu,
menyebabkan Ani hilang kestabilan diri.
Kedua- dua kesan ini telah menyebabkan Ani sukar untuk memberi perhatian
ketika bersukan. Ani sukar untuk menentukan pergerakkan bola, susah untuk
menangkap bola atau bermain badminton. Ani juga tidak dapat menaiki basikal. Ani
sentiasa dipantau oleh ibu dan bapanya. Ibu bapanya juga sentiasa memegang
tangan Ani ketika berjalan bersama. Setiap kali Ani mengambil bahagian dalam acara
sukan, mesti akan pulang dalam keadaan luka di tubuh badan atau muka. Hal ini, tidak
menyebabkan Ani berputus asa, bahkan hal tersebut telah banyak mengajar Ani untuk
lebih berhati-hati di masa hadapan.
Kini, Ani merupakan antara pelajar berpotensi cemerlang dalam peperiksaan
SPM di sekolahnya. Ani ialah pelajar terbaik dalam semua mata pelajaran, khususnya
Pendidikan Islam & Matematik. Keistimewaan Ani boleh menghafal nota dalam masa
yang singkat. Keistimewaan ini digunakan sebaik mungkin oleh Ani untuk menghafal
surah-surah kecil Al-Quran.
“Anak ibu termenung ingatkan apa tu?” Ibunya tiba-tiba menegur Ani yang
sedang merenung lama di tepi jendela biliknya. “Dah lah tu temenung Ani, dekat pukul
8.30 malam dah ni, kejap lagi kelas tambahan matematik kan.?”. Ibu mengingatkan
Ani tentang kelas tambahannya secara dalam talian. Ani mengangguk kecik dan
mengemas buku untuk persiapan kelas tambahannya. Ibu sentiasa memantau
perkembangan pelajaran Ani.
Ibu sedar sejak kebelakangan ini Ani sentiasa tertekan dan menangis kerana
keadaan dirinya yang serba kekurangan. Ibu memberi sentiasa semangat kepada Ani
dan mengingatkan Ani bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
“Ibu tak pernah nampak apa-apa kekurangan dalam diri Ani, bagi ibu Ani
merupakan gadis ajaib yang dikirimkan oleh Tuhan kepada ibu,” “Ani segala-galanya
bagi ibu, ibu sayang sangat-sangat dekat Ani, Ani janji dengan ibu jangan sesekali
putus asa dalam kehidupan dan jangan menjadikan kekurangan yang ada sebagai
pengahalang untuk Ani berjaya.” Kata-kata inilah yang sentiasa ibu berikan dan
membuatkan Ani tersedar bahawa kekurangan dan kemalangan yang berlaku pada
dirinya adalah sesuatu yang harus di terima oleh Ani seadanya.
Ani hanya perlu mengorak langkah kehadapan untuk membuktikan yang dirinya
mampu bersaing di dunia yang mencabar ini. Ani bersyukur kehadrat illahi kerana
dipermudahkan segala-galanya dari awal hingga ke akhir. Ani berdoa dan berjanji
untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menyiapkan dirinya bagi menghadapi
peperiksaan SPM yang akan datang. Ani faham serta bangga dengan dirinya kerana
dia merupakan gadis luar biasa yang mampu bertarung di dunia yang penuh cabaran
ini. Ani bersyukur dan gembira serta sedar bahawa segala yang telah berlaku ada
hikmahnya. Ani redha dengan segalanya. Ani akan sentiasa berdoa, berusaha dan
bertawakal, apa sahaja yang ditentukan untuk dirinya pasti ada hikmah. Usaha tangga
kejayaan. Itulah pegangan Ani.
HASIL KARYA :
ILLLIYANA SAFA BINTI YASSER ARAFAT
5 AMANAH
SAHABAT
Mataku terhala ke arah pantai. Nafasku hela berat. “Kau masih memikirkannya?” tegur
satu suara di belakangku. Aku mengalihkan pandangan ke arah gerangan suara
tersebut lalu mengukirkan senyuman.
Aku cuba tersenyum seakan-akan bahagia tetapi hakikatnya aku sedang berduka.
Alysha memegang bahuku. Aku bertembung mata dengannya.
“Sabarlah. Rozita akan mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya terhadap
kau” ujar Alysha cuba menenangkanku. Aku memandang ke bawah. Senyuman palsu
yang diukirkanku tadi serta merta mati tatkala mendengar nama seseorang yang
pernah bergelar sahabatku.
Rozita, kawan rapatku sejak tadika. Hanya disebabkan keputusanku ingin sambung
belajar di luar kota, Rozita seperti menjauhkan diri daripadaku. Sebak di dadaku
apabila teringatkan kenangan-kenangan manis kami berdua dulu. Rozita kerap datang
ke rumahku. Dia akan membuat kerja sekolah atau meluangkan masa bersamaku.
Keluargaku juga amat selesa dengannya.
Aku teringat perbualan kami berdua semasa kami sedang pulang ke rumah menaiki
basikal.
“Selepas SPM nanti, kau mahu sambung belajar?” tanya Rozita kepadaku.
“In Sha Allah. Jika berpeluang, aku ingin memasuki Universiti Teknologi Malaysia di
Kuala Lumpur” balasku sambil tersenyum bahagia.
Rozita menghela nafas berat. “Kau sudah takkan menjejakkan kaki ke sini lagikah?
Jangan kau lupa tanah tumpahnya darah kau” kata Rozita berbaur nasihat. Aku
menggeleng kecil.
“Kau ni mudah terpengaruh dengan drama lah. Aku tidak seperti itu. Kau macam mana?
Tak mahu sambung belajar dengan aku?” soalku pula. Pasti seronok jika aku dapat
belajar dengan Rozita di Universiti yang sama. Rozita menunduk ke bawah.
“Aku bukan keluarga kaya seperti kau. Aku biasa saja. Telefon sendiri pun tak mampu
aku beli, bahkan lagi duit universiti. Ini baru saja yuran masuk, perbelanjaan selama
aku tinggal di sana pun pasti beribu-ribu. Tidak apalah, kau pergilah” tutur Rozita.
Aku terkejut. Tidak menyangka Rozita akan berkata sebegitu rupa. “Kau bukan miskin.
Cuma kau tidak banyak duit. Aku pun tidak kaya. Cuma berkemampuan. Jika aku kaya,
kenapa aku menaiki basikal untuk ke sekolah? Kenapa aku tidak berumah besar
seperti dalam drama? Aku tidak suka kau berkata begini. Soal sambung belajar itu,
kau cubalah cari duit. Usaha itu tangga kejayaan. Jika kau ingin berjaya, maka kau
perlu usaha. Cari kerja. Aku tahu masih terlalu awal untuk kau bekerja. Kau masih
remaja. Tetapi jika keadaan begini, kau tetap perlu berusaha” nasihat aku panjang
lebar.
Rozita tersenyum. “Kenapa kau senyum?” tanyaku pelik. “Kau kawan terbaik aku. Kau
tidak menyuruhku untuk duduk sahaja di rumah disebabkan aku tidak mempunyai
wang tapi sebaliknya kau menyuruh aku berkerja untuk mengumpul wang supaya
hidup aku tidak akan rosak tanpa kejayaan. Aku terfikir jika suatu hari nanti, kita sudah
tidak berkawan lagi. Pasti aku akan menyesal” kata Rozita. Aku terdiam.
Aku menguntumkan senyuman. Semoga persahabatan kami kekal sehingga ke
hujung nafasku.
Pada hari pengambilan slip keputusan SPM, aku mempelawa Rozita untuk menaiki
keretaku yang dipandu oleh abahku memandangkan ibu Rozita sudah tua dan tidak
mampu untuk berjalan jauh. Aku mendengar lagu di radio sambil tersenyum riang.
Rozita di sebelahku hanya mendiamkan diri.
Masuk sahaja ke dalam kelas, aku terus menuju ke arah meja guru untuk mengambil
slip keputusan. Ingin sahaja aku menjerit tatkala slip keputusan itu berada di tanganku.
Aku telah mendapat A dalam kesemua subjek. Abah memelukku erat.
Tiba-tiba, aku terfikirkan seseorang. Mataku meliar mencari kelibatnya. Akhirnya,
mataku tertumpu pada susuk tubuh yang sedang memandang langit di koridor kelas.
Aku mendekatinya.
“Rozita…” panggilku perlahan.
Rozita mengalihkan pandangan kepadaku. Wajahnya muram dan tersisa air mata di
pipinya. “Kau okay tak ni? Kenapa kau menangis? Kau gagal kah?” tanyaku bimbang.
Rozita memegang tanganku erat membuatkan aku tersentak. “Aku dapat 5A” kata
Rozita seraya memeluk tubuhku secara spontan. Aku membalas pelukannya.
“Tahniah! Jadi boleh kita sambung belajar?” Aku berasa sangat gembira sekarang.
“Tak… aku tak boleh tinggalkan mak aku yang dah tua tu di sini seorang diri” kata
Rozita perlahan. Di wajahnya jelas raut muka sedih. Aku hanya mendiamkan diri.
“Betul kah kau tidak mahu ikut aku? Peluang keemasan jangan dilepaskan” pujukku.
Aku amat berharap supaya Rozita mengubah fikiran dan setuju untuk mengikutku
sambung belajar.
“Ya, betul. Bilakah kau akan kembali ke kampung ini?”
“Aku tak pasti. Tapi aku tahu aku akan berada di sana sekurang kurangnya 3 tahun”
balasku.
“Oh, jaga diri di sana ya. Jika dipanjangkan umur, kita jumpa lagi” kata Rozita sambil
memegang tanganku. Aku memeluknya.
“Selamat tinggal. Aku harap kau tak lupa aku” kataku perlahan. Sungguh aku tidak
sampai hati untuk meninggalkannya.
“Ya. Aku harap kau pun sama” kami berpelukan untuk sementara waktu.
Aku memegang beg galas dan bagasiku. Hari ini ialah hari terakhir aku berada di Muar,
Johor. Kampung di mana darahku tumpah.
Aku berdiri di hadapan rumah usang milik Rozita. Niatku ingin mengetuk pintu
rumahnya dan memberi salam tergendala apabila aku melihat rumah itu terkunci.
Tak mungkin…. Ke manakah Rozita sudah pergi? Kenapa dia tidak memaklumkan
apa-apa kepadaku? Adakah dia sudah tidak menganggap aku sebagai kawan baiknya
lagi?
Aku mengangkat kaki dan ingin berlalu pergi dari rumah Rozita. Aku memberhentikan
langkah tatkala melihat wau berwarna merah di bawah rumahnya. Wau itu, wau yang
aku dan Rozita buat sewaktu kami darjah 6. Tak sangka dia masih menyimpannya.
Tanpa sedar, ada air jernih yang jatuh ke pipiku. Sedaya upaya aku menahan air mata
daripada jatuh tapi ia telah jatuh juga. Aku mengelap air mata lalu masuk ke dalm
kereta Proton Wira milik ayahku.
“Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Jika memang Rozita bukan sahabat
yang terbaik untuk kau, redha saja lah” ujar Alysha. Alysha ialah kawanku sepanjang
aku berada di kota Kuala Lumpur ini. Alysha sangat baik dan peramah sama seperti
Rozita.
Aku mengukirkan senyuman kepada Alysha. Aku sudah berjanji kepada Alysha
supaya tidak lagi menangis kerana Rozita.
“Sudahlah. Tak usah kau fikirkan lagi soal Rozita. Jika dia menganggap kau kawan
baiknya, pasti dia akan datang mencari kau sekarang” kata Alysha lagi. Aku hanya
mengangguk lemah.
Alysha memimpinku masuk ke dalam dorm asrama. Kepalaku terasa sakit. Aku
berbaring di atas katil. Alysha memberikanku segelas air dan aku menyambutnya.
***
Aku sudah balik ke kampungku di Muar, Johor. Aku melihat sekeliling kampung itu.
Lima tahun aku tinggal di Kuala Lumpur, sudah banyak perubahan yang berlaku di
kampung ini. Aku menjejakkan kaki di hadapan rumahku.
“Ibu! Assalamualaikum, ibu!” jeritku. Kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang agak
berusia berjalan keluar dari rumah. Aku berlari untuk mendapatkan ibu lalu
menyalaminya.
“Najwa sihat?” tanya ibu. “Najwa sihat, bu. Ibu sihat? Abah mana?” tanya aku. “Ibu
sihat. Abah kat dalam. Tengah mandi. Najwa masuk lah” pelawa ibuku. Aku memasuki
rumah kayu itu dan sejurus ke bilikku.
“Najwa keluar dulu ya bu? Nak bersiar siar kejap. Tengok kawasan kampung” tanyaku
meminta izin.
“Ok. Cepat balik tau, hari ini mak masak rendang ayam, makanan kegemaran kamu.”
kata ibuku. “Baik, bu”
Kampung ini memang sudah banyak berubah. Sedang aku berjalan, aku terdengar
namaku dipanggil.
“Nura Najwa Aqila binti Saiful” suara itu. Suara yang amat aku kenali. Aku berpaling
ke belakang dan….
“Najwa!” Jerit Rozita seraya memelukku erat. “Rozitaa… kau Rozita?” tanyaku tidak
percaya. “Ya. Ini aku. Aku minta maaf sebab jauhkan diri dari kau selama ni.
Sebenarnya, aku tidak pindah ke mana-mana pun” katanya.
Aku mengerutkan dahi. “Maksud kau?” soal aku kebingungan. “Aku kurung diri dalam
rumah sebab nak elak dari jumpa kau. Sebenarnya, seminggu sebelum SPM, abang
sulung aku balik ke rumah. Dia pukul mak aku disebabkan mak tak beri dia duit.
Pukulan dia tu menyebabkan sakit mak makin parah. Aku bawa mak ke Singapura
untuk buat pembedahan. Dan, aku kehilangan satu-satunya orang yang tersayang.
Pengebumian mak dilakukan di Singapura. Abang aku sekali pun tidak datang
menjenguk aku yang keseorangan di rumah. Aku hidup keseorangan sekarang.
Sebab itu la aku tak mahu ikut kau sambung belajar. Aku nak duduk dan jaga rumah
peninggalan mak aku ni. Maaf la bersikap buruk terhadap kau” terang Rozita panjang
lebar.
“Tidak mengapalah, Rozita. Perkara sudah berlaku. Jadi sudah lama mak kau
meninggal. Kenapa tidak beritahu aku?” tanyaku. “Maaf, aku tak berniat. Cuma aku
tak mahu kau menaruh simpati terhadap aku. Maaf” Rozita masih lagi meminta maaf.
“hish, ya lah. Janganlah meminta maaf lagi. Jadi, bagaimana dengan abang kau?”
“Dia di Switzerland sekarang. Entah apa yang dia lakukan di situ. Sudahlah, mari kita
pusing kampung.
Sudah lama kita tidak bersama begini” ajak Rozita. Aku hanya mengangguk sambil
tersenyum.
HASIL KARYA : NUR RUHAINA BINTI AMIR HUSSAIN (1 CEKAL
Jam Masa
Masa adalah emas iaitu sangat berharga bagi setiap manusia. Masa yang berlalu tidak akan kembali
balik walaupun kita inginkan. Tetapi Hakim mampu mengembalikan masa yang lepas.
Hakim? Siapa Hakim?
Hakim ialah seorang anak tunggal yang tinggal bersama dengan rakannya kerana sangat jauh dari
rumahnya.
Hakim ialah seorang manusia biasa tetapi yang menjadikannya luar biasa disebabkan satu malam.
Pada 8:00
Hakim seperti biasa balik dari pejabat menuju ke rumahnya. Semasa memandu Hakim terlihat
sesuatu yang bercahaya. Hakim turun dari kenderaan nya dan mendekati benda tersebut. Hakim
melihat benda berupa seutas jam. Di situlah berubah segalanya dalam kehidupan Hakim. Hakim
mengambil jam itu dan memasukkan ke dalam koceknya lalu beredar dari situ.
Di rumah
Ketika Hakim tiba di rumahnya dia segera mandi dan menukar pakaiannya. Dia teringat akan jam
yang di jumpainya di jalan tadi. Hakim menunjukkan jam itu kepada rakannya. 'Kamal tengok jam
ini' Hakim berkata sambil menghulurkan jam itu.
'Jam apa?' kata Kamal. 'Jam yang ada kat tangan aku ni', 'kau tak nampak? '.
Kamal pun menjawab 'tak pun kau jangan usik aku, aku penat hari ni'.
Dengan perasaan penuh harian Hakim masuk semula ke biliknya. Jam yang berada di tangannya
juga sangat aneh tidak pernah dilihatnya. Jam yang berbentuk segi empat sama , berwarna hijau
dan mempunyai tiga butang yang pelik. Kegunaan butang pertama ialah untuk mengubah tarikh ,
butang kedua untuk mengubah bulan manakala Hakim tidak mengetahui kegunaan butang ketiga.
Tiada jenama yang tertera pada jam tersebut.
Pada malam tersebut Hakim asyik terfikir akan jam tersebut dan tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Setelah menjelang pagi Hakim bersiap untuk ke pejabat lalu bertegur sapa dengan Kamal. Hakim
bertanya soalan yang sama 'kau betul betul tak nampak jam ini? '. Kata Kamal 'kau ini dah kenapa
nak cari gaduh dengan aku pagi pagi ni, kan aku dah kata aku tak nampak'. Hakim memakai jam itu
lalu bergerak ke pejabat. Setelah sampai di tempat kerja
Hakim menunjukkan jam kepada rakan sekerjanya. Semua orang tidak dapat melihat jam yang
dipegang olehnya. .Hakim berasa sangat sedih dan kecewa kerana tiada siapa pun yang dapat
melihatnya.
Ketika waktu makan tengah hari, Hakim dan rakan sekerja seperti biasa membeli makanan di
kawasan berdekatan dengan pejabat mereka. Setelah selesai makan Hakim membayar duit di
kaunter, penjaga kaunter iaitu seorang wanita yang ayu memberitahu kepada Hakim 'Cantik warna
jam Encik'. Hakim berasa sungguh terkejut dan hairan lalu bertanya kepada wanita tersebut 'Cik
nampak jam tangan ni?' lalu wanita tersebut pun menjawab 'Nampak'. Hakim memperkenalkan diri
pada wanita tersebut lalu wanita itu pun memperkenalkan dirinya. Namanya Aisyah seorang gadis
yang berkaca mata.
Pada keesokan harinya, Hakim mengambil cuti dan bergegas ke kedai makan tersebut untuk
mencari wanita tersebut. Setelah berjumpa dengan Aisyah. 'Hai Aisyah' kata Hakim. 'Hai' kata
Aisyah sambil tersipu malu. 'Kenapa hari Hakim datang awal belum waktu makan tengah hari pun?'
kata Aisyah sambil memikirkan kannya. 'Sebenarnya saya nak beritahu Aisyah satu perkara penting
ni'. 'Apa' kata Aisyah. 'Sebenarnya awak dengan saya saja dapat nampak jam ini' Dengan perasaan
penuh terkejut Aisyah berkata 'APA!!! ? Macam mana saya boleh nampak, kenapa saya boleh
nampak? Betul ka kita saja boleh nampak? '. Soalan yang terlalu banyak ditanya oleh Aisyah kepada
Hakim. Hakim terhenti seketika dan tidak tahu untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh Aisyah.
'Tapi saya rasa ada peristiwa yang menyebabkan kita dapat nampak jam ini' kata Hakim. 'Apa kata
petang ini kita jumpa dengan taman saya nak tahu kegunaan jam ni.. '. Aisyah menjawab 'Boleh'
sambil bergerak untuk meneruskan kerjanya..
Pada sebelah petang, Hakim dan Aisyah berjumpa ditaman seperti yang dijanjikan. Hakim
menghulurkan jam itu pada Aisyah sambil mengatakan 'Nah'. Kata Aisyah 'Apa fungsi tiga butang
ini?'. 'Saya pun kurang pasti' kata Hakim. Aisyah memutarkan dua butang yang ada pada jam
tersebut, tetapi di situ bermulanya perubahan hidup. Setelah Aisyah putarkan jam itu dia dapat
kembali pada masa lampaunya….
Aisyah dan Hakim tergamam kerana pakaian mereka, tempat dan orang yang sekelilingnya
berubah dalam sekelip mata.
Dia memutarkan masa itu kembali pada waktu yang sebenar. Aisyah agar keliru kerana tidak
memahami situasi tersebut. Tetapi bukan Hakim, dia memahami kegunaan jam tersebut. Dia berasa
sangat gembira kerana dapat kembali ke masa silamnya. Dia yakin bahawa dia dapat mengubah
masa silam yang buruknya. Aisyah tidak mengerti dan berkata pada Hakim 'Kita jumpa esok dekat
taman balik'. Hakim menjawab 'Baik' sambil beredar dari situ.
Pada keesokan harinya,
Hakim menerangkan fungsi jam tersebut pada Aisyah dan kata Aisyah 'jadi jam ni dapat kembalikan
masa lampau kita? ' Hakim menjawab 'Betul' 'sambil tersenyum kecil. Hakim berkata' Saya nak ubah
masa silam saya'. Namun Aisyah berkata 'Saya tak nak sebab saya dah bersyukur dengan kurniaan
Tuhan' Hakim berkata 'Betul awak tak nak, kalau macam tu bagus la biar saya seorang guna jam
ini'. Selepas pertemuan itu Aisyah terus beredar dari situ. Hakim mula memutarkan masa dan
menukarkan kehidupannya yang buruk kepada yang diinginkannya. Hakim sangat gembira kerana
dapat mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Hakim sangat tamak dan mula
menggunakan jam itu ke arah yang salah. Dia mula mendapat pangkat yang tinggi di tempat
kerjanya, dapat membeli 10 ekar tanah dan dapat melabur dengan jumlah wang yang besar . Hakim
berasa sungguh gembira kerana dapat mengubah kehidupannya. Awan tidak selalu cerah. Pada
satu hari, jam itu mempunyai masalah dan mendatangkan keburukan kepadanya. Di tempat kerja
dia dimarah oleh majikannya, pelaburannya makin merosot dan tanah yang dibelinya mempunyai
masalah dari segi tiada kemudahan. Dia segera pergi kepada Aisyah dan meminta pertolongan.
Aisyah berasa sangat marah dan berkata 'Kenapa awak guna jam ni ke arah yang salah? Kenapa
awak tak fikir dahulu? '. Hakim terdiam seribu dan menundukkan kepalanya. Aisyah mengambil jam
itu dan terus beredar ke rumah.
Di rumah Aisyah
8Setelah tiba di rumah Aisyah meletakkan jam itu di atas raknya dan terus menukar pakaiannya.
Dia cuba untuk mencari jalan untuk membaiki jam tersebut jikalau jam tersebut rosak kehidupan
orang yang menggunakannya akan menjadi lebih teruk pada masa yang akan datang.
Setelah dua minggu
Masa berjalan dengan cepat tetapi tidak satu pun yang boleh dibaiki pada jam tersebut. Semakin
hari semakin besar kerosakan yang berlaku. Pada masa itu Hakim berada dalam keadaan sukar.
Aisyah membuat perjumpaan yang singkat bersama Hakim. Aisyah berkata 'Saya tidak dapat
membaiki jam ini' dengan perasaan yang sedih. Hakim menjawab 'Tak akan awak tak dapat buat
apa - apa pun'. Aisyah membalas 'Tidak saya tidak dapat menolong awak'. Dengan perasaan hancur
hati Hakim menjawab 'terima kasih atas pertolongan awak dan nasihat awak'.
Berakhirlah pertemuan mereka di situ.
Semakin hari semakin besar impak yang berlaku pada Hakim. Hilang pekerjanya, hilang tanahnya,
dan rugi yang besar dalam pelaburan.
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran bersesuaian dengan cerita ini.
Tetapi siapakah mereka berdua? Mengapa mereka dapat melihat jam itu? Ada mereka manusia
yang mempunyai kuasa luar biasa atau sekadar manusia biasa.
SIAPAKAH MEREKA???
HASIL KARYA: NUR NAJWAH TASNIM BINTI MOHAMED AZHARI
(3 BAKTI)