The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52355875, 2022-05-27 08:25:18

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE 18

BUKU PROGRAM MAT PIBG 2022

SMK SAUJANA UTAMA

MESYUARAT AGUNG
PIBG

KALI KE 18

Dirasmikan oleh;

Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi,

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor

28 APRIL 2022 GOOGLE MEET/
9.30 PAGI YOUTUBE

2

ISI KANDUNGAN

Aturcara majlis ……………………………………………………… 3

Ucapan alu—aluan…………………………………………………. 4 - 10

Ajk Induk PIBG sesi 2021/2022……………………………….. 11

Minit mesyuarat agung PIBG kali ke 17……………………. 12 – 17

Laporan Tahunan PIBG 2021/2022 ……………………………… 18 - 23

Laporan Penyata Kewangan PIBG SMKSU 24 - 35
Tahun 2021 ………………………………………………………….

Usul dan jawapan………………………………………………… 36 - 42

Laporan AKADEMIK ….………………………………………… 43 - 46

Laporan HEM …..…………………………………………………. 47 - 48

Laporan KO KURIKULUM ……………………………………. 49 - 58

Laporan PPKI……….……………………………………………… 59 - 61

Rumusan kehadiran ibu bapa dan guru
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG kali ke 17 2021…….. 62

3

ATURCARA
MAJLIS

9.30 pagi
: Pendaftaran ibu bapa dan guru melalui pautan
google form
: Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
: Bacaan doa
: Ucapan YDP PIBG
: Ucapan Penasihat PIBG, Pengetua SMK Saujana
Utama
: Ucapan perasmian KPPD Kuala Selangor

11.00 pagi
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18

Agenda Mesyuarat:
Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua
Agenda 2 : Membentangkan Minit Mesyuarat Agung

Tahun lalu
Agenda 3 : Membincangkan Perkara-perkara

Berbangkit dalam Minit Mesyuarat yang
lalu
Agenda 4 : Membentang dan Menerima Laporan
Tahunan oleh Setiausaha
Agenda 5 : Membentang dan Menerima Penyata Kira
kira oleh Bendahari
Agenda 6 : Membahas Usul-usul yang telah ditapis
Agenda 7 : Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG
Agenda 8 : Memilih dua orang Juruaudit
Agenda 9 : Ucapan Penangguhan

1.00 petang : Bersurai

4

UCAPAN ALU –ALUAN YDP PIBG

Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, salam sejahtera
dan salam perpaduan.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana
dengan rahmat dan izin-Nya dapat
kita bersama-sama sekali lagi
Berkumpul pada pagi yang ceria ini
untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali
ke-18 SMK Saujana Utama secara alam maya. Saya
amat berbesar hati dan berterima kasih di atas
kesudian para ibu bapa meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat kita pada hari ini. Kehadiran ini
menunjukkan tanda sokongan dan keprihatinan para
ibu bapa kepada barisan pentadbir dan para guru SMK
Saujana Utama untuk sama-sama menjayakan
agenda pendidikan negara demi meneruskan
kecemerlangan anak-anak kita selaras dengan
tuntutan transformasi pendidikan masa kini. Syabas
diucapkan kepada para hadirin kerana menunaikan
tanggungjawab sebagai ahli PIBG.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah didokong
sepenuhnya oleh ahli PIBG yang dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan dan merupakan perantara
dan pelaksana antara pihak sekolah dengan semua
ahli PIBG. Komitmen, dedikasi, sumbangan dari segi
kepakaran, kebolehan serta material yang dimiliki oleh
semua ahli PIBG amatlah dialu-alukan bagi
melaksanakan segala program yang dirancang. Hal ini
bertepatan dengan sarana ibu bapa yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

5

UCAPAN ALU –ALUAN YDP PIBG

Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing untuk
dijayakan. Oleh itu, saya menyeru agar semua ahli
d.apat bergabung usaha dan tenaga dalam memacu
persatuan ini menjadi lebih dinamik.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan dan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta
tahniah kepada semua ibu bapa, warga sekolah dan
pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 SMK Saujana Utama.
Semoga AJK PIBG yang dilantik bagi sesi 2022 dapat
memberikan kerjasama yang jitu dan menggalas
tanggungjawab yang diamanahkan demi kemajuan
anak-anak SUTAMA. Pantun ini dinukilkan untuk
renungan kita bersama-sama.

Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja,
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Sekian, terima kasih.

EN. AHMAD FAHMI YAHYA BIN OSMAN
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SMK SAUJANA UTAMA SG BULOH.

6

UCAPAN ALU –ALUAN PENGETUA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah dengan limpah
kurnia nikmat dan rahmat-Nya
buat sekian kalinya kita dapat
bersamadan bertemu secara maya
dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) tahun 2022. Kehadiran tuan puan dalam
medium ini merupakan terjemahan sokongan padu
dan keprihatinan yang jitu serta kepercayaan tidak
berbelah bagi kepada barisan pentadbir dan para
pendidik SMK Saujana Utama untuk sama-sama
meneruskan agenda pendidikan negara demi
kecemerlangan anak-anak kita selaras dengan
tuntutan transformasi pendidikan masa kini. Saya bagi
pihak jawatankuasa kerja sentiasa menanti
kunjungan tuan puan bersama-sama berkongsi idea,
pandangan dan sebarang perbincangan demi
meneruskan legasi kecemerlangan anak-anak
SUTAMA tercinta
Norma baharu kian beransur pergi, dunia pendidikan
kembali normal. Cabaran demi cabaran silih berganti
menanti ibu bapa, warga pendidik malah anak-anak
pelajar sendiri. Situasi ini memerlukan kekuatan
gabungan tiga penjuru iaitu ibu bapa, guru-guru dan
anak-anak pelajar sederap mengorak langkah
bersatu ke mercu kecemerlangan. Pendidikan pada
era pandemik membuktikan komitmen guru-guru
dalam memastikan anak-anak pelajar tidak
keciciran.

7

UCAPAN ALU –ALUAN PENGETUA

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai, kecemerlangan
demi kecemerlangan yang digapai tidak akan menjadi
realiti tanpa kekuatan yang didokong oleh PIBG SUTAMA .
Kecemerlangan SUTAMA dalam pelbagai bidang di
peringkat tertinggi juga disokong kuat oleh kekuatan
tabungan kewangan yang teguh. Saya merakamkan jutaan
terima kasih atas sokongan tersebut. Insha Allah, Amanah
yang tuan puan berikan tidak sekali kami persiakan.Sekolah
merupakan gedung ilmu yang memupuk bakat dan
melentur sahsiah terpuji. Kekuatan sesebuah sekolah
disokong oleh PIBG yang kuat. Gandingan mantap antara
pihak ibu bapa dan warga pendidik melahirkan pelajar
cemerlang dan sekolah sejahtera.Pelbagai aktiviti yang
dirangka dan akan dijalankan pastinya sokongan ibu bapa
amat diperlukan.
Akhir kata, saya mendoakan kita akan bertemu secara
fizikal pada mesyuarat tahun yang akan datang. Sekali lagi
saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan idea .
Mudah-mudahan tahun 2022/2023 PIBG SUTAMA terus
teguh berdiri di latar pentas kecemerlangan anak-anak
SUTAMA.

Sekian, terima kasih.

HAJAH NOOR HAYATI BINTI EMBONG,
PENGETUA CEMERLANG,
SMK SAUJANA UTAMA SG BULOH.

8

UCAPAN ALU –ALUAN PERASMI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
dan Maha Penyayang.

Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih
dapat bersama-sama dalam Mesyuarat
Agung PIBG SMK Saujana Utama kali ke-18
ini.
Kehadiran tuan-tuan dan puan-majlis ke majlis ini
sangat dialu-alukan bagi menyemarakkan semangat
ibu bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih
aktif dalam program pendidikan di sekolah ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap
sekolah seharusnya dapat berfungsi dengan baik
agar sekolah menjadi sebuah institusi pendidikan
yang cemerlang. pasti akan terganggu. Fungsi PIBG
ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya
PIBG sesebuah sekolah itu aktif dan mempunyai
barisan ahli jawatankuasa yang komited serta
mendapat sokongan ibu bapa pelajar.

9

UCAPAN ALU –ALUAN PERASMI

Covid-19 yang melanda setelah lebih daripada 2
tahun menjadikan dunia pendidikan menerima
tempias cabaran apabila murid-murid terpaksa
berhadapan dengan norma baru dalam
pembelajaran. Walaupun situasi pandemik Malaysia
dilihat semakin stabil daripada beberapa aspek,
kebimbangan berhubung pembangunan pendidikan
masih kekal selepas murid mula kembali ke sekolah
bagi pembelajaran secara fizikal setelah lebih dua
tahun kelas terganggu Justeru, penekanan utama
adalah untuk memulihkan kembali kesenjangan
pembelajaran bagi mengelakkan kadar keciciran
yang lebih besar dalam kalangan murid-murid.

Ramai murid yang sering terlepas kelas PdPR ketika
pandemik sehinggan menyebabkan defisit
pembelajaran semakin melebar yang kemudiannya
mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.
Sebagai pendidik, guru harus sentiasa bersedia
dengan segala ketidak tentuan yang melanda
dunia sekarang. Yang penting, anak-anak yang
mengikuti pendidikan di negara ini diberikan yang
terbaik demi memupuk potensi mereka bagi menjadi
pemimpin masa akan dating. Mereka akan
mempunyai masa depan yang cerah jika semua
orang dapat menangani dan menyelesaikan isu-isu
yang timbul bersama-sama.
.

10

UCAPAN ALU –ALUAN PERASMI

Dalam pada itu, isu berkaitan tahap penguasaan
anak-anak di sekolah tidak hanya dibebani kepada
guru saja kerana kaedah pembelajaran secara maya
sebelum ini tidak dapat membantu sepenuhnya
murid-murid dalam memahami dan menguasai mata
pelajaran yang diajar. Ibu bapa juga perlu cakna
terhadap tahap pencapaian anak-anak di sekolah
dengan mencari kaedah yang boleh membantu
mereka di rumah.
Saya juga menyeru dan mengharapkan agar semua
pihak terutamanya ibu bapa dan guru serta komuniti
sekitar dapat bekerjasama dan saling bermuafakat
dalam memastikan setiap isu atau masalah yang
dihadapi dapat diselesaikan sebaiknya secara
bersama demi kecemerlangan dan kemenjadian
anak-anak bangsa dan negara kita Malaysia.
Hubungan dan Kerjasama antara pihak sekolah, ibu
bapa dan komuniti akan mewujudkan
permuafakatan yang saling serta saling memerlukan
ibarat aur dengan tebing,
Akhir kata, saya berdoa agar sekolah ini terus
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua
bidang dan mampu mencapai visi dan misi sekolah.
Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat
keredhaan Allah SWT.
Sekian, selamat bersidang.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
……………………………………………
TN HAJI MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor

11

AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SMKSU
SESI 2021/2022

PENASIHAT PN HAJAH NOOR HAYATI BT EMBONG
YANG DIPERTUA EN AHMAD FAHMI YAHYA BIN OSMAN
NAIB YANG DIPERTUA
SETIAUSAHA KEHORMAT EN MOHD AZRUN BIN MD ARIPIN
PENOLONG SETIAUSAHA PN ROSNANI BINTI SIDIK
BENDAHARI KEHORMAT CIK FAIZZAH BT ISMUN
PENOLONG BENDAHARI PN KARMINA BT ABDUL RAHMAN
PN SITI ZALEHA BINTI MOHAMAD
AHLI JAWATAN KUASA IBU JAILANI
BAPA EN MOHD SHAHRUL NAZIR BIN
MOHAMAD ISA
PN NOROL HAMIZA BT ZAMZURI
EN MOGANSUNDARAM RAMOO
EN JAHIDEE B SAMAD
EN ROSLAN BIN ISMAIL

AHLI JAWATAN KUASA GURU PN SITI FADILAH BT ALI
JURUAUDIT DALAMAN PN NOR AZIZAH BT IDRIS
EN SAEDIN BIN HUSNI
PN SURIANI BT MANSOR
EN MUHD AMZARI BIN MHD ZAUS

EN SUBRAMANIAM A/L ALAGIRISAMY
(IBU BAPA)
PN SHARIFAH NADIHA BT SYED
NADZIR (GURU)

12

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17
TAHUN 2021

13

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17
TAHUN 2021

14

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17
TAHUN 2021

15

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17
TAHUN 2021

16

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17
TAHUN 2021

17

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17
TAHUN 2021

18

LAPORAN TAHUNAN PIBG

LAPORAN TAHUNAN PIBG SMKSU SESI 2021/2022

PENDAHULUAN

Tujuan utama PIBG adalah untuk membantu pihak
sekolah meningkatkan kecemerlangan pelajar-
pelajar dalam pelbagai aspek terutamanya
kurikulum, ko-kurikulum dan rohani serta sahsiah.
Kerjasama yang erat dalam kalangan ibubapa dan
guru-guru akan dapat menjamin kecemerlangan ilmu
dan kemahiran serta melahirkan pelajar-pelajar yang
berwibawa, berperibadi mulia dan berakhlak tinggi.

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 telah diadakan
pada 24 April 2021 dengan kehadiran seramai 363
orang ibubapa dan 184 orang guru.

Mesyuarat AJK PIBG telah dijalankan sebanyak 3 kali
iaitu pada tarikh berikut;

Agenda Tarikh

Mesyuarat Jawatankuasa 04 Jun 2021
Induk PIBG Kali Pertama 13 Mac 2022
Mesyuarat Jawatankuasa 23 April 2022
Induk PIBG Kali Kedua

Mesyuarat Jawatankuasa
Induk PIBG Kali Ketiga

19

REKOD KEHADIRAN AJK INDUK PIBG

SESI 2021/2022

TARIKH

NAMA 04/ 13/ 23/
06/ 03/ 04/
21 22 22

PN HJH NOOR HAYATI BT EMBONG (PENASIHAT) / / /

EN AHMAD FAHMI YAHYA BIN OSMAN (YDP) ///

EN MOHD AZRUN BIN MD ARIFIN (NYDP) //s

PN ROSNANI BINTI SIDIK (SETIAUSAHA ///
KEHORMAT)

PN FAIZZAH BT ISMUN (PENOLONG SETIAUSAHA) / s /

PN KARMINA BT ABDUL RAHMAN (BENDAHARI / / /
KEHORMAT)

PN SITI ZALELA BT MOHAMAD JAILANI ///
(PENOLONG BENDAHARI)

EN MOGANSUNDARAM RAMOO (AJK IBU BAPA) / / /

EN JAHIDEE B SAMAD (AJK IBU BAPA) ///

EN MOHD SHAHRUL NAZIR BIN MOHAMAD ISA / / /
(AJK IBU BAPA)

EN ROSLAN BIN ISMAIL (AJK IBU BAPA) ///

PN NOROL HAMIZA BT ZAMZURI (AJK IBU BAPA) / / /

PN SITI FADILAH BT ALI (AJK GURU) ///

EN SAEDIN BIN HUSNI (AJK GURU) ///

PN SURIANI BT MANSOR (AJK GURU) ///

PN NOR AZIZAH BT IDRIS (AJK GURU) ///

EN MUHD AMZARI BIN MHD ZAUS (AJK GURU) / / /

EN SUBRAMANIAM A/L ALAGIRISAMY (JURU ///

AUDIT IBU BAPA)

PN SHARIFAH NADIHA BT SYED NADZIR (JURU - - -
AUDIT GURU)

20

LAPORAN TAHUNAN PIBG

AKTVITI SEPANJANG TAHUN 2021 DAN 2022

BULAN AKTIVITI
BIL TAHUN 2021

1 JANUARI Pertandingan Toyota Eco Youth
2 FEBUARI Program PaDAT
3 FEBUARI Projek Hidroponik dan Membela Ikan
4 FEBUARI Program Sarapan Anakku Sayang SPM
5 MAC Majlis Apresiasi MPP 2021
6 MAC Gotong Royong 2021
7 MAC Pembinaan Studio TV PSS
8 MAC Program Membaca Perkasa Nilam dan Dekad
9 APRIL KLOTH- Program Toyota
10 APRIL Majlis Apresiasi Ko-kurikulum
11 APRIL Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17
12 MEI Program Sumur
13 MEI Ihya' Ramadan
14 JUN Ceramah Diabetes
15 JUN Program World Invention Creativity Olympia
16 JULAI Program Akademik Sesi Petang
17 OGOS Majlis Apresiasi Kecemerlangan
18 SEPTEMBER Forum Kesedaran Siber
19 SEPTEMBER Majlis Apresiasi Kecemerlangan
20 SEPTEMBER Teknik Menjawab Kimia SPM
21 OKTOBER Langganan WEBEX
22 OKTOBER Sambutan Maulidur Rasul
23 OKTOBER Program Kecemerlangan Pendidikan Islam
24 OKTOBER Kursus Kepimpinan MPP
25 NOVEMBER Program Kecemerlangan Tasawur Islam
26 NOVEMBER Gotong Royong Sesi Petang
27 NOVEMBER KBAT SPM Sains

28 JANUARI TAHUN 2022
29 FEBUARI Majlis Penghargaan PRS ting 5
30 FEBUARI Pelancaran Sutama Point
31 MAC Program ziarah Guru PPDKS
32 MAC Program Bulan Ihya' Ramadhan 2022
33 MAC Budaya Membaca Dan Perkasa Nilam 2022
34 MAC Kempen Keceriaan Tandas Sekolah 2022
Program Zoom (Jom Buat Baik) Unit Disiplin

21

LAPORAN PIBG

AKTIVITI TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK SAUJANA UTAMA

1. MESYUARAT AJK PIBG

Bagi merancang dan melaksanakan dan menjayakan program
sepanjang tahun PIBG dan sekolah, Mesyuarat AJK PIBG secara
atas talian telah diadakan sebanyak 3 kali bagi sesi 2021/2022 iaitu
pada 4 Jun 2021, 13 Mac 2022 dan 23 April 2022 .Manakala
mesyuarat khas diadakan sekali pada 14 Mei 2022 bagi
membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Kali Ke - 18.

2. PELANCARAN TABUNG DANA KERJA PEMBAIKAN DAN
PENYELENGGARAAN PADANG SMKSU & SKSU*

PIBG SMKSU dengan kerjasma PIBG SKSU dan Majlis
Permuafakatan Penduduk Saujana Utama (MPPSU) sedang membaiki
dan menyelenggarakan padang SMK Saujana Utama.
Oleh kerana padang yang tidak sesuai untuk kegunaan murid-murid
SMKSU dan SKSU kerana keadaan padang yang berlubang dan
berbonggol / tidak rata, seterusnya ianya melibatkan keselamatan
murid-murid kedua-dua sekolah, PIBG SMKSU dan SKSU dengan
Kerjasama MPP Saujana Utama telah ini melancarkan tabung untuk
tujuan tersebut.Program ini masih berjalan dan memerlukan dana
dari pelbagai pihak demi menjayakan projek ini.

22

LAPORAN PIBG

3. PROGRAM VAKSINASI REMAJA COVID 19

SMKSU telah dilantik sebagai jawatankuasa Program
Vaksinasi Remaja daerah Kuala Selangor yang bertempat
di PPV Wesley, Bandar Seri Coalfield. Program yang
berlangsung pada Bulan Oktober 2021 ini telah
dilaksanakan dengan jayanya
Selaku AJK Taskforce PIBG/PIBKS Kuala Selangor, YDP
PIBG dan AJK PIBG turut sama membantu mejayakan
program ini.

4. PROGRAM MOTIVASI PAGI – RUMAH SEBAGAI SEKOLAH
BERPRESTASI TINGGI

Program anjuran PIBG ini telah dilaksanakan secara atas
talian 19 Jun 2021 dengan menjemput penceramah
terkenal iaitu Profesor Madya TS Dr. Mohd Noor Mamat
dari UITM Shah Alam.

5. PEMBINAAN LALUAN DAN PETAK PARKIR DI HADAPAN
SMKSU

Atas inisiatif PIBG, MDKS telah meluluskan pembinaan
laluan iaitu jambatan kecil di hadapan SMKSU bagi
memudahkan pelajar melintas dari jalan besar.
Petak parking untuk pelajar juga telah ditar dan dicat
untuk kemudahan murid meletakkkan motosikal mereka.

23

LAPORAN PIBG

6. PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID – 19

Program gotong royong telah diadakan sebelum dibuka.
Dalam program ini AJK PIBG telah turut sama terlibat
terutamanya dalam aktiviti mensanitasi bilik darjah dan bilik
– bilik khas sekolah. Peralatan pematuhan SOP seperti
pensanitasi tangan, pelitup separuh muka dan peralatan lain
telah disumbangkan menggunakan dana PIBG

7. MAJLIS PERSARAAN DAN PERPINDAHAN GURU

PIBG SMKSU sentiasa menghargai jasa guru – guru. Pada
tahun 2021, beberapa orang guru telah bersara dan
berpindah sekolah kerana dinaikkan pangkat.
PIBG telah berbesar hati menyumbangkan hadiah kepada
guru- guru ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

8. MENAIKTARAF DAN MENYELENGGARA PRASARANA
SEKOLAH

Untuk kemudahan dan keselesaan pelajar, PIBG turut sama
menyumbangkan dana untuk menyelenggara dan
menaiktaraf kemudahan sekolah seperti tandas pelajar,
pemasangan jubin di lobi dan ruai, menggantikan kipas dan
lampu kelas yang rosak, memasang penyejuk udara di
dewan dan banyak lagi.

Disediakan oleh;
Pn Rosnani binti Sidik
(SU KEHORMAT PIBG SMKSU)

24 LAPORAN KEWANGAN

2
5 LAPORAN KEWANGAN

26 LAPORAN KEWANGAN

27 LAPORAN KEWANGAN

28

LAPORAN KEWANGAN

29

LAPORAN KEWANGAN

30 LAPORAN KEWANGAN

31

LAPORAN KEWANGAN

32

LAPORAN KEWANGAN

33

LAPORAN KEWANGAN

34

LAPORAN KEWANGAN

35

LAPORAN KEWANGAN

36

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

CADANGAN/USUL BERKENAAN AKADEMIK

Usul 1
Pencadang: Wan Muhammad Amir b Wan Husin
Nama anak/tingkatan: Wan Muhammad Danish Haiqal b. Wan
Muhammad Amir /2Jujur

Mohon usulkan kepada kementerian untuk membuat aplikasi latihan
yg selaras untuk semua Mata pelajaran. Supaya pelajar yg berisiko
tinggi covid19 juga dapat menjalani pembelajaran yang lebih
sempurna di rumah.

Jawapan:
Akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan. KPM telah
menyediakan aplikasi DELIMA yang menyediakan akses kepada
pembelajaran secara digital.

Usul 2
Pencadang: Harnidah bt Samsuri
Nama anak/tingkatan: Muhammad Danish Zakwan B.Muhammad
Azmeer/3 Intelek

Berkenaan kelas PDPR tidak mengikut waktu, saya usulkan pelajar ke
sekolah seperti biasa.

Jawapan:
Sesi persekolahan bersemuka telah kembali seperti biasa.

Usul 3
Pencadang: Zulkiflee Bin Ismail
Nama anak/tingkatan: Zaim Nuruddin Bin Zulkiflee/3 Intelek

Dapat memulakan kelas tambahan lebih awal

Jawapan:
Kelas tambahan akan bermula pada minggu kedua bulan Jun. Kelas
tambahan tidak dapat dilaksanakan lebih awal kerana pada bulan
April dan Mei ramai guru terlibat sebagai pemeriksa SPM

37

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

Usul 4
Pencadang: Ismadi Bin Ismail
Nama anak/tingkatan: Arsalan Amsyar bin Ismadi/2 Karisma

Pelan tindakan pemulihan penguasaan subjek bagi Pdpr era
pandemik.

Jawapan:
Pihak sekolah telah melaksanakan program KPM Perkasaku – CUP 1,2
dan 3 bagi penilaian akhir tahap penguasaan murid.

Usul 5
Pencadang: Shafinaz Bt Abdullah
Nama anak/tingkatan: Anis Syazwina Bt Aziz Latip/4 Efektif

Memberi peperiksaan selepas habis satu bab bagi memantapkan
lagi para pelajar menguasai bab tersebut.

Jawapan:
Boleh dipertimbangkan kepada semua guru matapelajaran untuk
melaksanakan ujian di dalam kelas masing- masing

Usul 6
Pencadang: Rohasliney Hashim
Nama anak/tingkatan: Ahmad Wazini Bin April, 4Efektif

Memohon pihak sekolah dapat menyediakan takwim untuk setahun
yang merangkumi cuti sekolah, cuti peristiwa, tarikh tentatif ujian dan
peperiksaan, program - program penting sekolah seperti hari
merentas desa dan lain – lain.

Jawapan:
Pihak sekolah telah merancang tarikh untuk program- program
sekolah seperti merentas desa pada bulan Jun dan Sukan sekolah
pada bulan September dengan mengambil kira program Kurikulum
dan HEM sekolah.

38

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

CADANGAN/USUL BERKENAAN HEM

Usul 1
Pencadang: Aida Maria Binti Mohamad Pauzi
Nama anak/tingkatan: Nik Nur Fakhiera Dayana Binti Nik Shahrul
Fadli/1 Nurani

Laluan Melintas ( zebra line ) Tiada Pengawal yang mengawal lalu
lintas disitu.Kenderaan laju dan tidak memberi laluan untuk pelajar
melintas jalan.

Jawapan:
Akan dipertimbangkan. PIBG akan memohon untuk membina
lintasan ‘Zebra’ dari pihak MDKS.

Usul 2
Pencadang: Safiah binti Shahabudeen Khan, Norhidayah Binti
Mamat Nor
Nama anak/tingkatan: Nur Fazlina binti Harun Majith/3 Bestari

Makanan di kantin mahal.Perbaiki kualiti Makanan di kantin
setanding harga.

Jawapan:
Pihak sekolah dan AJK Kantin sentiasa membuat pemantauan
mengenai harga dan kualiti makanan kantin.

Usul 3
Pencadang: Norhidayah Binti Mamat Nor
Nama anak/tingkatan: Nur Husna Kamilah Binti Mohd Sayuti/ 2 Tekun

Tandas murid perlu diperbaiki.

Jawapan:
Tandas sentiasa diperbaiki kerana digunakan oleh ramai murid.

39

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

Usul 4
Pencadang: Norhidayah Binti Mamat Nor
Nama anak/tingkatan: Nur Husna Kamilah Binti Mohd Sayuti/ 2 Tekun

Benarkan pelajar solat asar di awal waktu

Jawapan:
Waktu solat Asar telah dimasukkan di dalam jadual waktu kelas.

Usul 5
Pencadang: Sunita Binti Ahmad Murad
Nama anak/tingkatan: Haris Suhan Qureshi/ 1 Yakin

CCTV disetiap kelas dan Kawasan - kawasan pelajar berkumpul
untuk pantau kes buli dan perkara -perkara lain. Pengawal sepenuh
masa

Jawapan:
CCTV pernah dipasang di beberapa bangunan sekolah, namun
telah dirosakkan (vandalisme)

Usul 6
Pencadang: Nurhasmimi Hassan
Nama anak/tingkatan: Aina Farisya, 2 Nurani

Kebenaran bawa telefon bimbit ke sekolah kepada pelajar bagi
tujuan keselamatan (di luar kawasan sekolah - dalam perjalanan
pergi dan pulang dari sekolah)
Mohon dibincangkan dgn lebih jelas dan terperinci mekanisma yg
sesuai bagi kes - kes pelajar yang dibenarkan membawa telefon
bimbit bagi tujuan keselamatan. supaya tidak menyusahkan kedua
dua pihak (guru dan pelajar)

Jawapan:
Berdasarkan arahan surat pekeliling ikhtisas bil 2/2018, telefon bimbit
tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

40

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

CADANGAN/USUL BERKENAAN KOKURIKULUM

TIADA USUL BERKENAAN KOKURIKULUM

CADANGAN/USUL LAIN

Usul 1
Pencadang: Sharmila A/P Bathumalai
Nama anak/tingkatan: Reeshvin A/L Saravanan/ 1 Bestari

Membaikpulih infrastruktur sekolah.

Jawapan:
Pihak sekolah sedang dalam usaha membaikpulih infrastruktur
sekolah seperti padang dan gelanggang bola keranjang.
Walaubagaimanapun, ia memerlukan kos yang agak tinggi dan
masa yang panjang.

Usul 2
Pencadang: Mahadi Bin Mohd Rani
Nama anak/tingkatan: Muhammad Raid Hadif Bin Mahadi/3 Bestari

Baiki tingkap yg rosak dan pemasangan langsir :bagi mengelakkan
cuaca panas atau hujan dan silau cahaya matahari

Jawapan:
Akan diusahakan dan pemasangan langsir sedia ada akan dibuat
selaras dengan kebenaran dari KPM berkenaan SOP Covid 19.

Usul 3
Pencadang: Nor Hayati Mohd Yusoff,
Nama anak/tingkatan: Muhammad Danish Iman bin Ainan Razif/5
Dinamik

Kurangkan beban buku (beg berat).

Jawapan:
Akan dibincangkan bersama guru matapelajaran bagi mencari
langkah penyelesaian supaya murid tidak perlu membawa terlalu
banyak buku.

41

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

Usul 4
Pencadang:
1. Norashikin Ahmad Kamal
Nama anak/tingkatan: Qarin Rizqi Bin Siddiq/ 1 Aspirasi
2. Nora Ismail
Nama anak/tingkatan: Muhammad Faris Azhad/ 5 Hikmah
3.Ramizan Bin Aman
Nama anak/tingkatan: Muhammad Nur Iman Bin Mohd Hairul
Nizam/2 Karisma
4. Ainan Razif Bin Abdul Rahim
Nama anak/tingkatan: Danish Iman/5 Dinamik

Menyediakan loker khas untuk pelajar menyimpan buku di sekolah
bagi mengurangkan beban bag sepanjang perjalanan ke sekolah

Jawapan:
Sukar untuk dilaksanakan kerana kekurangan ruang di dalam kelas
dan akan menimbulkan masalah dari segi pengurusan.
Walaubagaimanapun, cadangan akan diusahakan jika ada
permintaan dari ibu bapa.

Usul 5
Pencadang: Kamarul zaman bin Awang, Siti Aishah Binti Mohd Nordin
Nama anak/tingkatan: Muhammad Raan Hakim/4 Rasional

Kurangkan Yuran PIBG

Jawapan:
Boleh diusulkan semasa Mesyuarat Agung PIBG

42

CADANGAN /USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

Usul 6
Pencadang: Mohd Azamanizam Baharon
Nama anak/tingkatan: Azraa Adeline Azman/2 Bestari

Tahniah kpd Pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru yang
sangat komited dalam membangunkan minda dan sahsiah anak
bangsa. TERIMA KASIH CIKGU

Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi
kemenjadian murid – murid SUTAMA.

Usul Sekolah
Pencadang :En Hasbe bin Omar, Penolong Kanan SMK Saujana
Utama

Sumbangan derma PIBG sebanyak RM50 (setiap keluarga) dan
sumbangan kecemerlangan akademik, HEM dan sahsiah sebanyak
RM100(setiap murid).

43
LAPORAN UNIT AKADEMIK

44
LAPORAN UNIT AKADEMIK

45
LAPORAN UNIT AKADEMIK

46
LAPORAN UNIT AKADEMIK

47
LAPORAN UNIT HEM

48

LAPORAN UNIT HEM

49

LAPORAN UNIT KOKURIKULUM

50 LAPORAN UNIT KOKURIKULUM


Click to View FlipBook Version