The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini berkenaan tanaman hidroponik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-08-25 09:09:59

Buku Skrap RBT

Buku ini berkenaan tanaman hidroponik

Keywords: hidroponik

BUKU SKRAP
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TANAMAN HIDROPONIK

NAMA: KHAYRA NUR SAFIYYAH BINTI

MOHD KHOIRI

TAHUN: 6 BESTARI

NAMA GURU: HJH SURIYATIMAINI

TOPIK 1 ISI 4 TOPIK 4
GAMBAR ALATAN
APA ITU DAN BAHAN
UNTUK TANAMAN
1HIDROPONIK HIDROPONIK

TOPIK 2 KANDUNGAN 5 TOPIK 5
6 CONTOH BIJI
2JENIS-JENIS BENIH

TANAMAN
HIDROPONIK

TOPIK 3 6 TOPIK 6
5 GAMBAR
3KELEBIHAN TANAMAN
DAN HIDROPONIK
KEKURANGAN
HIDROPONIK

TOPIK 1

APA ITU HIDROPONIK

Hidroponik (berasal daripada
perkataan Yunani hydro iaitu air dan
ponos iaitu bekerja) adalah kaedah
bercucuk tanam dengan meletakkan
akar pohon ke dalam air baja (nutrien)
tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini

menggunakan bahan seperti bulu
mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata

pecah, habuk kayu dan lain-lain
menggantikan tanah.



Sistem Hidroponik

1. Teknik aliran cetek
Larutan baja disalurkan dalam palung yang mengandungi akar
tanaman yang ditanam. Pam digunakan untuk menyalurkan
larutan air baja ke dalam palung.

2. Teknik aliran dalam
Teknik ini menggunakan kaedah yang sama dengan hidroponik
aliran cetek. Perbezaannya hanya dari segi penggunaan saiz
palung, iaitu lebih lebar dan lebih tinggi serta paras air pada
akar.

3. Teknik takung
Biji benih disemai pada media tanaman dalam bekas yang
diletakkan di atas larutan baja pada takung. Jenis takung yang
digunakan haruslah tidak telus cahaya, tidak serap panas, dan
tidak berkarat.

4. Teknik pasang surut

Alat pengatur masa digunakan untuk mengawal pengaliran
larutan baja pada tanaman. Larutan baja akan mengalir ke
tanaman dan surut ke bawah serta masuk semula ke
dalam takungan.

5. Aeroponik
Akar tanaman yang tergantung di udara dalam ruang tanaman
disembur dengan larutan baja secara semburan kabus melalui
nozzle mengikut masa yang ditetapkan. Dengan cara ini,akar
akan cepat menyerap nutrien. Aeroponik merupakan inovasi
terbaharu dalam hidroponik.

6. Teknik pengairan titis (teknik agregat)
Teknik ini paling berkesan kerana bekalan air dan campuran baja
dapat disalurkan terus ke akar pokok mengikut masa yang
ditetapkan. Sistem ini boleh diaplikasikan dengan menggunakan
pen penitis atau pita titis. Pen penitis menyalurkan air melalui tiub
mikro yang disambung ke dalam polibeg. Pita titis menyalurkan air
melalui lubang-lubang halus (emitter) yang berada di sepanjang
pita
tersebut.

TOPIK 2

JENIS-JENIS TANAMAN
HIDROPONIK





Pegaga
Sambung Nyawa
Misai Kucing
Saderi
Pudina
Basil
Dill
Bawang



TOPIK 3

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
HIDROPONIK

Kelebihan hidroponik

Penanaman boleh 01 04 Penyakit tanaman
dilakukan di kawasan 02 05 dapat dikawal
tanah yang bermasalah dengan mudah
03 06
Hasil pengeluaran Kawalan rumpai tidak
lebih tinggi perlu dilakukan

Hasil tanaman Alatan yang digunakan
lebih berkualiti mudah dipasang

Kekurangan hidroponik

Kos yang tiggi 01 04 Nyamuk aedes
02 05 senang membiak
Perlu kemahiran
memasang 03 06 Penyakit cepat
peralatan merebak jika air
tercemar
Jenis
tanaman Memerlukan
yang terhad keperluan asas
yang sempurna

TOPIK 4

GAMBAR ALATAN DAN BAHAN
UNTUK TANAMAN HIDROPONIK

Berfungsi untuk menakung air
yang mengandungi larutan
nutrein

Berfungsi untuk
memegang raga

tanaman

Dijadikan sebagai
medium percambahan
biji benih

Sebagai sumber
nutrein kepada

pokok

Berfungsi untuk
mengisi medium
semaian seperti
bebenang atau span

Berfungsi untuk
memotong medium

Menghasilkan
anak benih

Berfungsi untuk melembapkan
pan atau reja benang ketika
menyemai biji benih

TOPIK 5

6 CONTOH BIJI
BENIH





TOPIK 6 Salad

5 GAMBAR TANAMAN
HIDROPONIK

Saderi

Sawi Lada Benggala
Strawberi



Kaedah penanaman
fertigasi di Malaysia

1. Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
Penggunaan SPH dapat melindungi tumbuhan daripada hujan lebat dan
pancaran cahaya matahari yang terik. Bumbung SPH biasanya diperbuat
daripada bahan plastik yang mempunyai lapisan perlindungan ultraviolet (UV).
Rangka bumbung boleh menggunakan kayu, paip besi, plastik atau bahan-
bahan kukuh yang lain. Saiz SPH bergantung kepada kesesuaian tapak
penanaman dan kos. SPH akan lebih berkesan sekiranya jaring kalis serangga
dipasang sebagai dinding bagi mengawal serangan serangga perosak.
Kebaikan menggunakan SPH adalah seperti yang berikut:

(a) mengelakkan tanaman daripada cepat layu akibat pancaran UV daripada
cahaya matahari.
(b) mengelakkan atau serangan penyakit yang disebabkan oleh kulat.
(c) mengurangkan penggunaan racun perosak.

2. Penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan
Tanaman fertigasi tanpa SPH boleh diletakkan di tempat yang terbuka tanpa

bumbung.

Semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja di dalam

polibeg. Ini akan mengakibatkan kandungan baja dalam media tanaman

menjadi cair. Penanam perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga

untuk melindungi tanaman mereka daripada serangan penyakit.

Perbandingan sistem
fertigasi dengan sistem
konvensional

PERBANDINGAN SISTEM FERTIGASI SISTEM KONVENSIONAL
Jenis tanaman Semua jenis tanaman
Tanaman jenis sayur dan
Struktur perlindungan hujan buah Tidak perlu

Pilihan Tidak perlu
Penyiraman biasa
Jaring kalis seranggan Pilihan Pelbagai sumber air
Sistem pengairan Titis dan baja
Air Rendah
Modal Air bersih Tidak Perlu rata
Tapak tanah Tinggi
Elektrik Tidak perlu
Pengetahuan teknikal Mesti rata Perlu
Mesti ada
Sangat Perlu Perlu tanah subur
Tinggi
Keadaan tanah Tidak penting
Kos operasi Rendah Tidak seragam
Keseragaman pokok Seragam Tinggi

Risiko penyakit Rendah

Komponen utama
sistem fertigasi


Click to View FlipBook Version