Khayra’s
Plastic Tide Turner
Challenge Journey
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 1
PROFIL
PESERTA
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 2
Peringkat A
Kemasukan
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 3
PERINGKAT A : PERINGKAT KEMASUKAN
A.1. AUDIT TABIAT PENGGUNAAN PLASTIK ANDA (AKTIVITI
WAJIB)
SENARAI SEMAK PENGGUNAAN ITEM PLASTIK SEKALI GUNA
(TANPA 5 ITEM)
(25 MATA)
BIL. ITEM TANDA
1. Kutleri plastic seperti sudu, garfu, X
pisau dll. (cutlery: fork, spoon etc.) X
2. Beg plastik runcit (Grocery plastic bags)
3. Cawan dan penutup cawan plastik X
(Plastic cups and lids) X
4. Straw minuman (Drinking straws) X
5. Botol plastik (Plastic bottles)
6. Bungkusan makanan plastik X
(bungkusan gula-gula, bungkusan X
7. makanan ringan dll.) (Plastic food
8. packaging (candy wrappers, junk food
9. wrappers etc.)
10. Uncang teh (Teabags)
Styrofoam
Putik kapas (Cotton buds)
Rokok (Cigarettes)
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 4
Bungkusan makanan plastik digantikan dengan
bungkusan makanan daripada kertas kitar
semula
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 5
Saya menggantikan beg plastik runcit dengan beg
runcit kitar semula
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 6
Saya menggunakkan penyedut minuman yang
boleh dicuci dan diguna semula
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 7
Botol plastik pakai buang digantikan dengan
botol plastik tupperware yang boleh digunakan
berulang kali.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 8
Kutleri seperti sudu dan garfu plastik digantikan
dengan sudu dan garfu daripada besi.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 9
A.2. MALAM TONTON FILEM
Di sini ada cara menyeronokkan untuk anda mempelajari lebih mendalam tentang
masalah plastik : Tonton satu filem! Di sini terdapat beberapa filem yang berbaloi untuk
ditonton:
Plastic Pollution : How Humans are Turning the World into Plastic – sebuah
filem hebat oleh Clean Seas yang telah ditonton oleh 3 juta orang
(www.youtube.com/watch?v=RS7IzU2VJIQ)
Is this the ocean of the future? – sebuah video pendek tentang perkembangan
bagaimana plastik memberi kesan kepada lautan kita
(www.youtube.com/watch?v=xKzqLdkuj6I)
Tonton salah satu daripadanya dan kongsikan pautan tersebut kepada rakan-
rakan sekeliling anda sama ada rakan dalam talian atau sebaliknya
menggunakan tanda pagar (hashtag) #CleanSeas.
Minta rakan-rakan anda menontonnya dan sertakan mesej persendirian anda
tentang sebab-sebab kamu berasakan bahawa filem tersebut penting untuk
ditonton. Bincangkan video ini dengan rakan atau sesiapa sahaja yang telah
menontonnya.
Selain itu:
Ambil gambar tempat yang disediakan untuk menonton wayang
tersebut.
Ambil gambar wayang yang akan ditonton dan jika ditonton
bersama-sama rakan, ambil gambar bersama-sama mereka.
Tulis sinopsis wayang yang telah ditonton itu.
ITEM TANDAKAN
Tonton 1 video/filem: 5 mata
Tonton kedua-dua video/filem: 10 mata
Adakan satu tayangan video/filem bersama-sama sekurang-kurangnya
lima orang untuk satu atau dua video ini: 15 mata
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 10
Saya sedang menonton filem
pendek Plastic Pollution : How
Humans are Turning the World
into Plastic
Saya bersama adik saya
sedang menonton filem
pendek Plastic Pollution :
How Humans are Turning
the World into Plastic
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 11
Saya dan adik saya sedang
menonton video pendek : Is
this the ocean of the future?
Inilah video pendek ; Is this
the ocean of the future yang
ditonton oleh kami
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 12
Saya sedang menonton video pendek: Is this the ocean of the future?
Dan Plastic Pollution : How Humans are Turning the World into Plastic
Bersama lima orang rakan saya
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 13
SINOPSIS
Plastic Pollution : How Humans are Turning the World into Plastic
Filem yang menceritakan bagaimana manusia hari ini mula
menggunakan plastik dan semakin bertambah penggunaannya.
Kebaikan plastik sudah semakin bertukar kepada menjadi buruk dan
mencemarkan alam sekitar. Plastik juga akan memberikan kesan buruk
kepada kesihatan manusia. Seperti cerita Raja Midas yang boleh
menukarkan barang kepada emas apabila menyentuhnya. Tetapi
kebaikan itu bertukar menjadi keburukan apabila anaknya juga
bertukar kepada emas apabila baginda menyentuhnya.
Is this the ocean of the future?
Video pendek ini menunjukkan bagaimana keadaan lautan pada masa
hadapan jika manusia tidak menjaga lautan dengan baik.Ia
menyebabkan hidupan di lautan semakin berkurangan dan akhir sekali
hidupan lautan akan pupus .
Refleksi
Saya menonton kedua-dua filem dan sekarang saya mula sedar akan
keburukan yang telah di bawa oleh plastik. Kita juga tidak boleh
menyalahkan orang lain yang membuang plastik merata-rata .Saya
mula mengamalkan amalan kitar semula dan sebagainya bagi
mengurangi sampah-sarap yang di gunakan setiap hari.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 14
A. 4 Bermain Permainan
• Bermain permainan ini sekurang-kurangnya sekali: 5 mata
Bermain Permainan:
Main permainan komputer Dumb Ways to Kill the Ocean
dan dapatkan sijil untuk usaha anda!
di https://gamingfortheoceans.org/game/index.html
▪ Ambil syot skrin ( screenshot ) semasa permainan ini berlangsung.
▪ Lakukan rakaman skrin semasa bermain permainan tersebut.
Ini ialah syot skrin (screenshot) permainan yang telah dimainkan oleh saya
A.5 SENI SAMPAH
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 15
ITEM TANDAKAN
Temuilah sisi kreatif kamu! Kumpulkan seberapa banyak plastik
yang kamu tidak mahu dan cuba hasilkan hasil seni atau kraf tangan
daripadanya. Bolehkah anda hasilkan satu kolaj menarik atau seutas
gelang?
Sebuah arca (sculpture) untuk tanda pagar (hashtag) #CleanSeas?
Jika anda dan rakan berasa seronok dengan cabaran, apa kata anda
sebar luaskan dan menganjur sebuah pesta kraf di sekolah anda,
menayangkan item-item cantik yang telah dicipta menggunakan
bahan buangan plastik? Di sini ada beberapa idea untuk membantu
anda melaksanakannya: https://bit.ly/2G66ACv
Asingkan dan pilih beberapa barang plastik buangan sebelum
dimasukkan ke dalam tong sampah: 5 mata
Buat satu hasil seni daripada plastik buangan dan kongsikan
menggunakan tanda pagar yang diberikan: 10 mata
Tuliskan satu mesej yang berkesan (15 patah perkataan) untuk
memberikan inspirasi kepada semua dengan mengasingkan bahan
buangan plastik, mengitarnya semula dan mempamerkannya
bersama-sama hasil seni anda: 20 mata
ITEM TANDAKAN
Tangkap gambar berkaitan langkah-langkah yang diperlukan untuk
membuat seni sampah.
Jika projek dijalankan dalam kumpulan, ambil gambar bersama-
sama rakan ketika membuat seni sampah.
Tulis catatan bagi setiap seni sampah yang dicipta dan memastikan
mengandungi barang yang diperlukan, langkah-langkah serta
gambar proses.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 16
Asingkan dan pilih beberapa barang plastik buangan sebelum
dimasukkan ke dalam tong sampah.
Saya sedang mengasingkan sampah sebelum membuangnya ke dalam tong
sampah
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 17
Buat satu hasil seni daripada plastik buangan dan kongsikan
menggunakan tanda pagar yang diberikan.
LANGKAH 1: Lukis garisan di atas
botol
LANGKAH 2 : Potong botol
mengikut garisan yang telah di
garis
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 18
LANGKAH 3:Sembur cat pada botol
yang telah di potong
LANGKAH 4: Menghias
Inilah bekas letak pensel warna
yang telah siap saya rekacipta
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 19
Tulis satu mesej yang berkesan (15 patah perkataan) untuk
memberikan inspirasi kepada semua dengan mengasingkan bahan
buangan plastik, mengitarnya semula dan mempamerkannya bersama-
sama hasil seni anda.
.
Saya sedang menulis satu mesej yang
berkesan untuk memberi inspirasi
kepada semua
Ini ialh mesej yang telah di tulis
oleh saya
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 20
Pameran Seni Sampah
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 21
Peringkat B
Pemimpin
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 22
PERINGKAT B : PERINGKAT PEMIMPIN
B.2. KEMPEN POSTER
Jadi kreatif dan tunjukkan kepimpinan dengan sebuah poster.
Gunakan kerja seni anda untuk mengajak orang lain berfikir tentang
mengubah tabiat penggunaan plastik pakai buang dan seterusnya
mewujudkan kejiranan yang bersih.
Gunakan tanda pagar (hashtag ) #CleanSeas untuk kongsikan papan-
papan tanda anda,dan jika tidak menyalahi undang-undang, anda
boleh meletakkan papan-papan tanda anda di tempat-tempat di mana
pencemaran plastik adalah teruk
Buat poster: 10 mata
Letak poster di tempat awam: 15 mata
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 23
Saya membuat poster saya dengan teknik kolaj
Saya melayari internet bagi mengumpulkan gambar dan informasi untuk
menyiapkan poster saya
Saya mengunting gambar dan informasi lalu menampalkan ia keatas
‘cardboard’ yang telah dipotong
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 24
Ini ialah poster yang telah selesai
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 25
Saya melekatkan poster saya di tempat awam dan memberi
penerangan kepada pengunjung yang hadir.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 26
Saya juga menampal poster saya di kawasan
pembuangan sampah bagi memberi kesedaran
tentang keburukan plastik .
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 27
B.3. UBAH MINDA
Adakah anda mempunyai adik-beradik yang mula menguap apabila anda mula bercakap
dengannya tentang pencemaran plastik? Seorang sepupu yang secara terang-terangan
membuang plastik daripada mengitarnya semula? Seorang rakan yang menggunakan
terlalu banyak plastik pakai buang melebihi keperluannya?
Sediakan satu persembahan slaid untuk mereka, dengan fakta-fakta dan gambar-
gambar tentang masalah-masalah berkaitan plastik. Selepas itu, tanya mereka jika
mereka mempelajari sesuatu yang baharu atau jika pembentangan slaid tersebut
membuatkan mereka lebih mengambil berat tentang bahaya penggunaan plastik. Jika
tidak, apakah yang perlu dilakukan untuk mengubah cara mereka? Jika ya, minta
mereka untuk ubah satu atau
dua cara hidup yang mendatangkan perubahan. Ikuti perkembangan mereka dalam
masa sebulan untuk melihat jika mereka mengotakan janji mereka
.
Apakah yang anda pelajari tentang mengubah sikap mereka? Adakah mereka
mengongsikan pembentangan slaid anda dengan orang lain?
• Buat pembentangan: 5 mata
• Sekurang-kurangnya seorang berkata yang mereka mempelajari
sesuatu yang baharu daripada pembentangan slaid: 10 mata
• Sekurang-kurangnya seorang berpegang kepada perubahan cara
hidup disebabkan pembentangan anda: 15 mata
• Sekurang-kurangnya seorang kongsikan pembentangan anda dengan
orang lain:20 Mata
▪ Kongsikan pembentangan slaid yang disediakan untuk pembentangan
itu.
▪ Sediakan senarai semak untuk murid-murid yang menghadiri
pembentangan tersebut untuk melihat sejauh mana pemahaman
mereka terhadap pembentangan tersebut.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 28
Pembentangan slaid dengan menggunakan
Platform Google Meet
Inilah muka hadapan slaid yang dibentang oleh saya
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 29
Cikgu saya memberikan taklimat awal sebelum
pembentangan slaid dilakukan
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 30
Saya membentangkan slaid yang telah disediakan
kepada guru-guru dan rakan-rakan
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 31
B. 4 Anjurkan satu perhimpunan/pengajaran berkaitan isu ini
Kenal pasti seorang penceramah/aktivis tentang isu pencemaran plastik dan
minta penceramah/aktivis tersebut bercakap tentang isu ini bagi memberikan
inspirasi kepada semua warga sekolah
• Menganjurkan ceramah selama 20 minit: 20 mata
▪ Cetak surat undangan yang dihantar untuk mengundang penceramah
tersebut sebagai bukti kehadiran.
▪ Tangkap gambar ketika perhimpunan atau kelas semasa sesi ceramah
sedang berlangsung.
Ceramah daripada aktivis dengan menggunakan
Google Meet,
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 32
Saya bersama-sama kawan-kawan mendengar ceramah tentang bahaya plastik
oleh aktivis dan sukarelawan masyarakat
alam sekitar
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 33
Syot skrin (screenshot) surat undangan yang dihantar
untuk mengundang penceramah
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 34
B. 6 Kutip sampah
Luangkan masa seminggu untuk mengutip sampah yang anda jumpai bertaburan
di sekitar kejiranan atau masyarakat anda.
Ambil gambar dan catatkan nota untuk merekod apa yang telah anda jumpai.
✔ Sebenarnya berapa banyakkah sampah yang anda jumpai boleh dikitar semula?
✔ Di penghujung minggu tersebut, siapkan hasil penemuan anda dan hantarkan kepada
pihak berkuasa tempatan berserta cadangan-cadangan bagaimana untuk memperbaiki
perkara ini.
✔ Perlukah mereka menyediakan lebih banyak tong sampah dan tong kitar semula?
✔ Perlukah mereka meletakkan papan-papan tanda memberitahu orang awam tentang
item
yang mana boleh dikitar semula dan sebab-sebab penting untuk dikitar semula?
✔ Perlukah mereka meletakkan papan-papan tanda untuk mengingatkan orang ramai
agar tidak membuang sampah merata-rata?
(*Sila utamakan keselamatan dan pakai sarung tangan perlindungan – bukan plastik ya –
apabila melakukan projek ini. Peserta lebih muda mungkin memerlukan pengawasan
orang dewasa untuk melakukan aktiviti ini bagi tujuan mengelakkan daripada mengutip
objek-objek berbahaya.)
• Mengutip plastik: 5 mata
• Mengajak sekumpulan untuk menyertai anda dalam aktiviti
membersihkan kawasan masyarakat: 10 mata
• Mengutip plastik dan juga menulis kepada pihak berkuasa tempatan
dengan cadangan-cadangan anda: 20 mata
▪ Tangkap gambar ketika aktiviti dijalankan.
▪ Tingkap gambar sampah yang dikutipkan.
▪ Buat senarai sampah yang telah dikutip.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 35
Saya mengajak rakan-rakan saya mengutip sampah di Pantai
Bukit Keluang
Saya dan rakan-rakan mengutip sampah di kawasan pantai
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 36
Ini ialah sampah yang telah dikumpul oleh saya dan rakan-rakan
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 37
Senarai sampah yang
telah dikumpul
Botol Plastik
Beg Plastik
Straw Plastik
Tikar Plastik
Surat Khabar
Tin Aluminium
Bungkusan MakananPLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 38
Peringkat C
Juara
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 39
PERINGKAT C : PERINGKAT JUARA
C. 3 K emukakan Isu Pencemaran Plastik kepada Ahli Politik
Bersama-sama rakan anda, kenal pasti punca isu yang anda rasakan ahli politik
tempatan atau menteri dapat mempertimbangkannya untuk diambil tindakan
penyelesaian.
Kemudian, (dengan sopan) bangkitkan isu ini kepada mereka dengan
menyatakan akibat-akibat dan sokongan agar tindakan dapat diambil berkenaan
isu ini
Untuk melepasi bahagian ini, anda perlu menulis surat yang meyakinkan,
berjumpa atau membuat panggilan dengan individu dan mencuba yang terbaik
untuk mempengaruhi mereka tentang alternatif terbaik berkaitan isu ini
Pastikan anda mengambil satu swafoto ( selfie ) dengan ahli politik itu juga!
• Menghantar surat menyatakan isu-isu berkenaan penggunaan plastik
kepada ahli politik tempatan atau menteri: 25 mata
• Bertemu dengan ahli politik atau menteri untuk berbincang berkaitan isu
ini secara terperinci: 35 mata
▪ Mengambil rakaman suara semasa temu bual atau perjumpaan sedang
berlangsung.
▪ Cetak surat-surat yang berkaitan yang dikemukakan kepada ahli politik
tempatan/menteri sebagai bukti.
▪ Sediakan catatan ringkas berkaitan proses pelaksanaan aktiviti ini.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 40
Saya membincangkan dengan adik dan kawan-kawan
tentang bahaya penggunaan plastik dan cara
menanganinya
Saya dan adik saya
sedang berbincang
dengan rakan-rakan
tentang bahaya
penggunaan plastik dan
cara menanganinya
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 41
Menulis sepucuk surat kepada ADUN Kuala Besut
YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 42
Menemubual dan berdialog dengan
YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman
Saya mengemukakan beberapa soalan kepada YBM antaranya :
1. Apakah harapan YB tentang isu plastik?
2. Pada pandangan YB, adakah masyarakat kita sedar keburukan
penggunaan plastik?
3. Adakah kempen kitar semula wajar diadakan dengan lebih kerap?
4. Bagaimanakah kita boleh menangani isu masyarakat yang suka
membuang sampah merata-rata?
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 43
YBM berkongsi tentang amalan membuang sampah yang masih
mempunyai tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat
tentang bahaya plastik. Beliau turut menyatakan setiap . Satu analogi
telah diberi iaitu dari satu kajian bahawa seorang individu memakan
mikroplastik sebesar saiz kad pengenalan setiap minggu yang datang dari
ubat gigi, serbuk perasa dan gula-gula getah. Paling mengejutkan satu
kajian dari universiti tempatan membuktikan udara yang kita hirup ini
juga mengandungi partikal mikroplastik. Seterusnya beliau menyatakan
komitmen untuk sama-sama dalam kempen kesedaran bahaya plastik
melalui penganjuran pameran oleh pihak berkuasa tempatan sedikit masa
lagi.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 44
Saya mengambil peluang untuk berswafoto dengan YBM sebagai menghargai
kesudian beliau untuk berkongsi pengalamannya dan meluangkan masa di
sesi dialog yang amat bermanfaat ini
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 45
C. 6 Kejutan-kejutan Plastik
Kali ini, bekerja dalam kumpulan bersama-sama ahli kelas anda.
Setiap orang membuat kajian tentang satu item yang paling ramai orang tidak
sedar bahawa bahan tersebut mengandungi plastik.
✔ Sebagai contoh, adakah anda tahu bahawa penapis rokok mengandungi fiber-fiber
plastik yang sangat halus?
✔ Dalam satu bancian global baru-baru ini, bahan buangan plastik daripada rokok
adalah yang paling kerap dijumpai dalam alam sekitar kita.
✔ Plastik-plastik lain juga boleh ditemui dalam gula-gula getah, pakaian, serbuk perada (
glitter ) dan uncang teh.
✔ Sudahkah semua orang membawa contoh ke sekolah dan mendapatkan kebenaran
untuk mengadakan “pameran” dengan bahan koleksi anda di suatu ruang yang mudah
dilihat, berserta maklumat penting berkaitan bahan tersebut.
• Anjurkan satu pameran: 20 mata
▪ Sediakan senarai barang yang akan diletakkan dalam pameran.
▪ Tangkap gambar item yang akan diletakkan dalam pameran
bersama-sama mereka yang membawa item tersebut.
▪ Tangkap gambar proses persediaan pameran tersebut.
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 46
Senarai barang untuk dipamerkan
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 47
Gambar item yang dipamerkan serta rakan-rakan yang
mempamerkannya
Uncang Teh Gula-Gula Getah Rokok
Serbuk Perasa Serbuk Perada
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 48
Proses persediaan pameran
Saya sedang membantu
guru menyediakan tempat
pameran
Ini ialah pameran
yang telah di susun
oleh rakan-rakan saya
Saya sedang
mendengar taklimat
awal sebelum pameran
di mulakan
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 49
C. 7 Audit Tabiat Plastik Anda dan Kenal Pasti ke mana Bahan Buangan itu Pergi
Dalam kumpulan, bersama-sama rakan atau ahli kelas di sekolah, gunakan
panduan Clean Seas untuk mengaudit tabiat plastik anda dan ambil tindakan
untuk mengurangkan penggunaan plastik anda.
Bolehkah anda secara perseorangan atau berkumpulan dengan melaksanakan
kedua-dua perkara di atas, mendapatkan 50 peratus pengurangan dari segi
penggunaan plastik? Ini bermaksud mengurangkan, mengguna semula atau
menggantikan item plastik anda.
Cipta satu kempen menggunakan blog atau Instagram untuk menunjukkan
kemajuan dan pencapaian anda dan kongsikannya kepada komuniti yang lebih
ramai.
• Mula mengaudit penggunaan plastik anda dan teruskan berbuat
demikian dalam sebulan: 10 mata
• Dapatkan 5 orang lagi untuk mengaudit penggunaan plastik mereka
dalam sebulan: 20 mata
• Berjaya mengurangkan 50 peratus penggunaan plastik anda selepas
sebulan: 30 mata
▪ Tangkap gambar blog yang direka atau apa-apa hantaran ( posts ) yang
dikongsikan di media sosial.
▪ Sediakan senarai semak item-item plastik yang tidak perlu digunakan
dalam kehidupan seharian anda dan rakan-rakan.
▪ Tangkap gambar proses sebelum dan selepas jika ada apa-apa untuk
Dibandingkan (Contoh: Apabila pergi membeli-belah, saya sudah mula menggunakan
beg kitar semula daripada menggunakan beg plastik.)
PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE 50