The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umik_ana, 2019-04-11 02:59:47

MINIT MESYUARAT 1.2019

MINIT MESYUARAT 1.2019

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU AR-RAYYAN BIL.1/2019

INTAN SARAWAK

Tarikh : 21 Februari 2019 / 16 Jamadilakhir 1440H (KHAMIS)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Sindiket 3, Aras 1, Blok Pentadbiran
Pengerusi : Tuan Hj. Azhar bin Omar

Kehadiran :

1. Hj. Azhar Bin Omar
2. Abg Roslan Bin Abg Soini
3. Johan Hamudy Bin Sapiee
4. Awgku Zaaba Bin Awg Mashor
5. Zulkifli Bin Bujai
6. Siti Ayeshah Binti Morshidi
7. Dayang Suhana Binti Hj. Musa
8. Siti Rozeliawati Binti Arbi
9. Rohana Binti Hj. Buyong

Tidak Hadir:

1. Mortadza Bin Hj. Adenan
2. Puan Aishah Binti Arsad
3. Puan Siti Rabiatutadawiyah Binti Lekimin

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli kariah Surau
Ar-Rayyan INSARA ke mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Pengurusan
Surau Ar-Rayyan bagi sesi 2019-2021.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU AR
RAYYAN

2.1 Minit mensyuarat disahkan tanpa pindaan

3. PERBINCANGAN USUL-USUL JEMAAH SURAU ARRAYAN

3.1 Pengerusi memaklumkan status usul-usul daripada mesyuarat Agung
Tahunan Surau Ar Rayyan akan dipanjangkan kepada penasihat Surau
Ar Rayyan. Sebahagian daripada usul berkenaan akan terus dimasukkan
dalam program tahunan Surau Ar Rayyan mengikut kesesuaian.
Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Pengarah Wilayah Sarawak En
Anuardi Bin Hajani sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan
Surau Ar Rayyan. Surat lantikan akan diberi dengan kadar yang segera.

4. PERUBAHAN CARTA ORGANISASI

4.1 Mesyuarat di maklumkan akan ada sedikit perubahan kepada carta
organisasi Jawatankuasa Surau berikutan cadangan
tambahan/perubahan beberapa JK bagi membantu pelaksanaan aktiviti
Surau Ar Rayyan.

5. PENGUJUDAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

5.1 Mesyuarat bersetuju untuk membangunkan satu senarai Peraturan atau
undang-undang yang boleh memberi faedah dan kelebihan kepada ahli-
ahli Surau Ar Rayyan. Sehubungan itu, pengerusi bersetuju untuk
melantik Timbalan Pengerusi Surau En abg Roslan Bin Abg Sioni untuk
melantik JK Khas bagi membincangkan perkara tersebut.

6. PROGRAM TAHUNAN SURAU ARRAYYAN
6.1 Majlis Khatamal AlQuran/Majlis Berbuka Puasa
6.1.1 Mesyuarat menetapkan program berbuka puasa digabungkan
bersama Majlis Khatamal AlQuran bagi bulan Ramadhan 2019

6.2 Ceramah Isra’ Mikraj
6.2.1 Perancangan untuk membuat ceramah bagi mengingati peristiwa
tersebut. Perancangan bagi menjemput peserta kursus (muslim)
bagi mengimarahkan program tersebut.

6.3 Pengujudan Tabung Infaq Di Surau
6.3.1 Mesyuarat bersetuju untuk mengujudkan tabung infaq di surau
ArRayyan. Pengerusi memaklumkan satu Jawatankuasa akan
dilantik untuk menguruskan tabung tersebut.

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Program bacaan Surah Yassin secara mingguan
7.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Tuan Pengarah Wilayah
mencadangkan JK untuk melaksanakan sesi membaca Surah
Yassin pada setiap hari jumaat. Mesyuarat bersetuju dan Jemaah
boleh mencadangkan lokasi untuk program berkenaan selain
daripada Bilik Mesyuarat Utama. Disamping itu, pengerusi
memaklumkan Majlis bacaan Yassin akan dibuat di Surau
ArRayyan sekali pada setiap bulan.

7.2 Doa Harian
7.2.1 Pengerusi mencadangkan supaya diwujudkan semula bacaan doa
pada setiap hari seperti yang telah dilaksanakan pada sebelum ini.
Nama pegawai yang bertanggungjawab akan dimaklumkan
kemudian.

7.3 Pakaian
7.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bersetuju dengan usul untuk
membekalkan kain kepada semua Jemaah Surau Ar Rayyan bagi
tahun 2019. Satu usul daripada ahli yang mencadangkan isu
tersebut dan pengerusi melantik Bendahari untuk menguruskan
perkara tersebut sebelum bulan Ramadhan yang akan dating.

7.4 Logo Cop Surau ArRayyan
7.4.1 Timbalan setiausaha memaklumkan beliau dalam proses untuk
membuat cop Surau ArRayyan. Beliau memohon pendapat ahli
Jawatankuasa untuk memberi keputusan tentang perkara
berkenaan.

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli kariah
atas kehadiran pada sesi mesyuarat pada kali ini. Kerjasama dan
komitmen berterusaan adalah amat diharapkan bagi mengimarahkan lagi
aktiviti di Surau Ar-Rayyan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(DAYANG SUHANA BINTI MUSA) (HJ. AZHAR BIN OMAR)
Penolong Setiausaha Pengerusi
Surau Ar-Rayyan Surau Ar-Rayyan
INTAN Kampus Sarawak INTAN Kampus Sarawak


Click to View FlipBook Version