The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHANI IBRAHIM, 2026-01-23 01:44:56

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE 26 TAHUN 2026

BUKU PROGRAM MAT PIBG 2026

BILPERKARA HALAMAN1. VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 22. ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 33. KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 44. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 55. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-26 SESI 2026/2027 6-76. JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-26 SESI 2026/20278-107. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SESI 2025/2026 11-268. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-26 SESI 2026/2027279. SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2025/2026 2810. LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA PIBG SESI 2025/2026 2911. LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SEHINGGA 31 DISEMBER 2025 30-3112. KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2025/2026 3213. ANALISA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHUN 2025 33-3514. ANALISA E-PELAPORAN JQAF TAHUN 2025 36-3714. LAPORAN AKTIVITI/PERTANDINGAN UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2025 38-4015. JAWATANKUASA PIBG SESI 2026/2027 4116.LAMPIRAN• USUL-USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBINCANG• USUL-USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA/GURU UNTUK DIBAHASKAN• SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SESI 2025/2026• SEKALUNG PENGHARGAAN• MUTIARA KATA42-581


VISIMelestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi 2


MASA PERKARA8.30 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran• Para tetamu berkumpul di Dewan Bestari• Ketibaan tetamu jemputan • Nyanyian Lagu Negaraku09.00 pagi - 10.00 pagi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG• Ucapan Aluan Pengerusi Majlis• Bacaan Doa• Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Taman Semarak• Ucapan Perasmian oleh:En. Sabaruddin Bin Ab Rahman( Guru Besar SK Taman Semarak )• Penyampaian sijil dan cenderamata10.00 pagi - 10.20 pagi • Rehat • Cabutan Bertuah10.20 pagi - 11.30 pagi Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-26• Ucapan Pengerusi (YDP PIBG)• Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2025/2026• Membentang dan menerima Laporan Tahunan• Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2025• Membahaskan usul • Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2026/2027• Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang)• Hal-hal lain• Ucapan penangguhan11.30 pagi -12.00 tengah hari • Cabutan bertuah3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke - 26 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG dan guru-guru kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik–baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita disekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG.Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK Taman Semarak terus melakar kejayaan. Saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.(DR MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD)YDP PIBG SK Taman Semarak, Nilai.4


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.Alhamdulillah dengan setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang kepada saya untuk menguntai sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Semarak kali ke-26 sesi 2026/2027 ini.Sekalung tahniah saya tujukan kepada Yang Dipertua PIBG dan semua Jawatankuasa PIBG SK Taman Semarak kerana telah memberikan komitmen yang penuh sehingga terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa menabur bakti dan memberi sumbangan kepada pihak sekolah sehingga banyak kejayaan telah diraih oleh anak-anak kita.Saya sentiasa mengharapkan sokongan yang berterusan daripada semua pihak untuk melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak SKTS dalam pelbagai bidang yang diceburi. Saya amat yakin bahawa dengan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG, SK Taman Semarak mampu melakar lebih banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Keutuhan hubungan ini dilihat dapat membantu anak-anak SKTS menjadi insan terbilang yang boleh dibanggakan sepanjang zaman.Kejayaan yang dikecapi oleh SK Taman Semarak sememangnya sudah jelas. Namun, pihak sekolah sentiasa berusaha menjadikan sekolah ini sebagai wadah terbaik untuk membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah dan kesejagatan aspirasi selari dengan tuntutan agama, bangsa dan negara. Oleh hal yang demikian, penglibatan ibu bapa secara langsung amatlah saya harapkan untuk memastikan anak-anak SKTS melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai murid yang berjaya dunia dan akhirat. Saya juga berharap semoga dengan kepimpinan PIBG yang mantap ini, SKTS akan terus maju dan mencatat lebih banyak kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Sekian terima kasih.(EN. SABARUDDIN BIN AB RAHMAN)Guru Besar SK Taman Semarak5


6


7


JAWATANKUASA INDUKPenasihat : En. Sabaruddin Bin Ab Rahman (Guru Besar)Yang Dipertua : Dr. Mohammad Nazzri Bin Ahmad (YDP PIBG)Pentadbir : En. Muhammad Ihsan Bin Che Mat (GPK Pentadbiran): En. Ahmad Zaidi Bin Mat Zaki (GPK HEM): Pn. Hezliza Binti Zainuddin (GPK Kokurikulum): Pn. Norzalisa Binti Bidi (GPK Petang)Naib Yang Dipertua : Dr Mohd Kamel Bin Mat Salleh (NYDP PIBG)JAWATANKUASA PELAKSANABIL JAWATANKUASA NAMA BIDANG TUGAS1. BUKU PROGRAM Pn. Rohani Bt Ibrahim Pn. Zuraida Bt Husin - Menyiapkan dan mengedar buku program.2. SURAT MENYURAT, SALUTASI DAN TEKS VIP DAN PPDPn. Zanariah Bt OsmanPn. Norhayati Bt. Hasri - Menyediakan surat jemputan VIP dan tetamu jemputan.-Menyiapkan teks untuk perasmi (VIP)3. PENGACARAMAJLISPn. Rahayu Bt KashdanPn. Norazlina Bt Anuar - Mengacara Majlis Perasmian dan acara cabutan bertuah4. BACAAN DOA En. Mohd Hasrool B. Hashim - Membaca Doa Majlis Perasmian5. PENDAFTARAN Pn. Suwaibah Bt Shamsul AriffinPn. Rohaz’nira Bt. Ab Hadi Pn. Nor Haniza Bt Abd AzizPn. Fazilina Bt HaruddinPn. Nur Rajwani Bt Mohamed RefpeliPn. Noraini Bt Ali MokhtarPn. Norzila Bt YusofPn. Nurulain Bt AdzharPn. Siti Norhafiza Bt YahayaCik Ah Geok Binti Hitlar- Mencatat kehadiran ibu bapa /penjaga /guru dengan QR code- Mengendalikan nombor cabutan bertuah.6. P/A SISTEM En. Amirwan B. Mizuar En. Muhammad Farid B. Mohd Yusof- Memasang, menyiapkan sistem audio, mengemas dan memastikan sistem beroperasi sepanjang majlis.8


BIL JAWATANKUASA NAMA BIDANG TUGAS7. PENCATATUNDIEn. Subramaniam A\\L Kittan KrishnanPn. Nor Asnira Bt Abdul RazakPn. Nurul Asyafaf Bt RoslanPn. Hayati Bt HussainPn. Raudah Bt Ramli- Menyediakan white board untuk mencatat nama calon bertanding dengan lengkap dan mengira undi jika ada pertandingan merebut jawatan.8. BANNER/KAIN RENTANG DAN PROMOSI PROGRAMEn. Mohd Faizal B. Makhtar Pn. Nur Fatin Bt Mohd Sauffie- Menempah dan memasang kain rentang.- Membuat info grafik hebahan majlis9. PENCATAT MINIT / UCAPANPn. Nurul Amalina Bt YusofPn. Ily Bebieshaheera Haiqa Bt RazmanPn. Nurul Amirah Bt IdenanPn. Mariah Bt Mohd SukriPn. Noor Sakinah Bt Mohd Nasir- Mencatat /merekod ucapan /minit dan menyediakan minit/ serahkan kepada S/U PIBG seminggu selepas Mesyuarat Agung.10. MENYUSUN KERUSI / MEJAEn. Ruwalfindi B. Abu BakarEn. Mazlan B. Abu BakarEn. Zaitullah B. HamzahPn. Norazwani Bt Warudin Pn. Zanariyah Bt Abdul Rahman- Menyusun kerusi dan meja di Dewan Bestari untuk ibu bapa.- Menyediakan meja dan kerusi untuk pencatat minit dan AJK PIBG bermesyuarat.11. MENGEMASKERUSI / MEJAEn. Azli B. Mohamed YusoffEn. Hashim B. IsmailEn. Ahmad Hanzalah B. Abdul KhalidEn. Mohammad Syazwan B. MarzukiEn. Muhamad Zarimi B. Hassannudin- Mengemas kerusi dan mejadi Dewan Bestari setelah majlis berakhir.12. CENDERAHATI VIP, AJK PIBGDAN HADIAH CABUTAN BERTUAHPn. Fauziah Bt. IdrisCik Samihah Bt AliPn. Nor Fatyhah Bt KasdiPn. Hartini Bt. AbdullahPn. Faridah Bt MuradPn. Nor Muhaiti Binti MuhamadPn. Sheela Anastasia Bt SallehCik Nur Alesya Sofea Bt RahimPn. Muzaliza Bt. MusaPn. Khairani Bt Abdul RahimPn. Putri Bungsu Bt AhmadPn. Malina Bt Ismail- Menyediakan sijil dan cenderamata kepada VIP dan AJK PIBG/guru.- Mengendalikan slot cabutan bertuah- Menyediakan nombor cabutan bertuah.13. BACK-DROP / HIASANPn. Siti Roziah Bt MohamadPn. Foziana Bt Jamaludin Pn. Nur Azzrin Noses Abdullah Pn. Nadia Fasha Bt Mohd DrusPn. Nur Diana Bt AnuarPn. Suwaidah Bt Mohamad-Menghias dewan dan katakata latar.9


BIL JAWATANKUASA NAMA BIDANG TUGAS14. JAMUAN VIP, AJK PIBG, IBU BAPA/PENJAGA DANGURUPn. Taty Salwani Bt Che YimPn. Norasmiza Bt AbasPn. Junita Bt AhmadPn. Nora Bt Samat Pn. Malini A/P RamachandranPn. Siti Esah Bt AsifPn. Masnizah Bt AbdollahPn. Wan Faridah Bt Wan SulaimanPn. Nirmala Devi A/P ChellamPn. Zamilah Bt Abd. GhaniPn. Narul Hiza Bt Alin @ Nordin- Menyiapkan jamuan VIP dan tetamu jemputan.-Mengagihkan makanan /minuman kepada tetamu dan guru15. JURUFOTO Pn. Nur Hazwani Najwa Bt Mohd Hasran Pn. Nurraishah Bt NorrasdiCik Nur Shahira Bt Azman- Merakam gambar majlis16. Gerai PEKASEH Pn. Zanatunazra Bt Mhd JawawiPn. Mariana Bt Ahmed- Membuka gerai untuk jualan.10


MAJLIS PERASMIANMESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-25SESI 2025/2026TARIKH : 10 MEI 2025 (SABTU)MASA : 9.00 PAGITEMPAT : DEWAN BESTARI, SK TAMAN SEMARAK1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG(DR. MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD)1.0.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi majlis yang telah mempengerusikan majlis pada hari ini. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Puan Lela binti Abd Aziz selaku perasmi Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini, Encik Sabarudin bin Ab Rahman, Guru Besar SK Taman Semarak, barisan Penolong Kanan, guru-guru SK Taman Semarak, barisan AJK PIBG serta ibu bapa yang saya kasihi sekalian yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25. Salam Malaysia Madani, Salam Sejahtera diucapkan. 1.0.2 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih diatas kehadiran ibu bapa yang sebenarnya telah menunjukkan bahawa ibu bapa dan sekolah mempunyai hubungan yang baik serta komitmen dan kecaknaan untuk menjadikan anakanak yang cemerlang. Usaha tidak pernah mengkhianati sesuatu kejayaan itu.1.0.3 Beliau menyatakan hasrat kepada semua untuk meneruskan kerjasama dan hormat menghormati satu sama lain yang telah terjalin selama ini. Alhamdulillah selama beliau menjadi YDP di sekolah ini tidak ada isu permusuhan di antara ibu bapa dan guru. Beliau juga menyatakan hasrat kepada guru-guru untuk meneruskan khidmat sebagai pendidik untuk kecemerlangan murid-murid. Kemenjadian anak-anak bergantung kepada kerjasama daripada ibu bapa serta guru. Oleh itu, persefahaman dan penerimaan pandangan daripada kedua-dua pihak amat penting untuk memastikan kemenjadian murid.1.0.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang ikhlas memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk memastikan segala program yang dirancang diperingkat sekolah dilaksanakan dengan baik dan lancar. Berkat dari sumbangan yang telah 11


diberikan oleh ibu bapa telah membantu pihak sekolah melaksanakan program dengan jayanya. 1.0.5 Untuk makluman, jumlah sumbangan terkini PIBG hampir mencecah 50% dan jumlah tersebut tidak mencapai sasaran walhal ianya hanya sumbangan daripada ibu bapa sahaja. Beliau memohon kepada ibu bapa untuk terus memberikan sumbangan kerana sumbangan tersebut juga akan digunakan untuk kepentingan anak-anak di sekolah. Banyak aktiviti dan program yang akan dijalankan diperingkat sekolah memerlukan sumbangan tersebut supaya dapat dilaksanakan dengan baik.1.0.6 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana membimbing anak-anak di sekolah ini untuk membentuk kemenjadian murid-murid dari bidang akademik serta kokurikulum. Berdasarkan Mesyuarat PIBG yang lepas, telah dicadangkan untuk membuat bengkel akademik sebagai alternatif kepada murid-murid untuk mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik rentetan tiadanya UPSR supaya murid-murid sentiasa bersedia dalam pelbagai cabaran.1.0.7 Beliau memaklumkan bahawa SK Taman Semarak kini telah wujud satu kelas PPKI di sekolah dan menjadi satu cabaran yang baru kepada PIBG untuk membantu memperkasakan supaya berjalan dengan lancar. 1.0.8 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Seremban kerana beliau telah meluluskan sejumlah RM45,900 kepada pihak sekolah untuk pemasangan Smart TV bagi setiap kelas sebagai sesi interaktif dalam PdPc. 1.0.9 Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan yang telah diberikan tidak kira dari segi kewangan atau tenaga untuk menjayakan setiap program yang telah dilaksanakan. Sedikit pantun oleh beliau sebelum mengakhiri ucapan :Buah salak dalam kantung,Kulitnya keras, isinya kelat,Bulat air kerana pembentung,Bulat manusia kerana muafakat.2.0 UCAPAN GURU BESAR SK TAMAN SEMARAK(ENCIK SABARUDDIN BIN AB RAHMAN)2.0.1 Beliau memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Semarak kali ke-25. Kehadiran tuan/puan memberi kerjasama yang baik bagi memastikan sekolah berada di landasan 12


terbaik untuk sama-sama menghasilkan murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang.2.0.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lela yang sudi hadir merasmikan Majlis Agung Tahunan PIBG pada hari ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Adun Nilai, YB Arul yang telah hadir kesekolah pada Tarikh 17 April 2025 mewakili Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dalam sesi penyerahan cek yang berjumlah RM45,900 kepada YDP PIBG untuk pembelian smart tv bagi kegunaan sekolah. 2.0.3 Beliau menyatakan bahawa sekolah merupakan platform yang terbuka untuk ibu bapa hadir bagi menyuarakan sebarang isu, permasalahan atau perbincangan supaya dapat diselesaikan bersama. Beliau juga mengalualukan pandangan serta cadangan daripada tuan/puan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di sekolah ini. 2.0.4 Beliau berhasrat supaya ibu bapa berterusan memberi dorongan kepada sekolah untuk meningkatkan lagi dalam bidang akademik mahupun kokurikulum dalam memastikan kemenjadian murid. Kokurikulum merupakan program yang berterusan yang akan ditingkatkan tetapi bidang akademik juga penting supaya murid dapat mencapai visi misi sekolah dan mengamalkan 3 bidang iaitu kemahiran, ilmu dan sikap yang baik dalam kata lainnya Karomah Insaniah seperti sarana Menteri Pendidikan.2.0.5 Pihak sekolah telah merangka beberapa strategi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid. Salah satu programnya ialah pelaksanaan program bimbingan dan pemantapan murid iaitu dalam bidang kurikulum.2.0.6 Untuk makluman, sekolah akan mengadakan Hari Kejohanan Sukan Tahunan pada 24 Mei 2025 dan semua ibu bapa dijemput hadir untuk memeriahkan sukan sekolah. Seterusnya, sekolah akan melaksanakan Ujian Pertengahan Tahun dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi pertengahan penggal ini untuk melihat perkembangan murid-murid sehingga kini. Berdasarkan ujian dan pentaksiran pertengahan penggal ini, sekolah akan merancang aktiviti dan program seterusnya untuk mempertingkatkkan lagi tahap akademik murid-murid sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).2.0.7 Pemerkasaan program membaca dan literasi akan berterusan dilaksanakan bagi memastikan murid dapat menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) di peringkat tahap 1 sebelum memasuki sekolah menengah.2.0.8 Program seterusnya yang dirancang ialah penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan. Sumbangan PIBG dari ibu bapa akan 13


dikembalikan kepada murid-murid melalui program-program yang dilaksanakan seperti yang dinyatakan oleh YDP PIBG.2.0.9 Untuk makluman, program guru yang dijalankan merupakan program dari kelab guru dan kutipan yuran ahli guru akan digunakan khas untuk program guru sahaja. Tidak melibatkan sumbangan dari PIBG.2.0.10 Yang terakhir, penekanan kepada sahsiah murid melalui pelaksanaan program-program dan aktiviti pembangunan karakter murid. Hala tuju PPD bersama disambut oleh hala tuju sekolah iaitu murid tahun 6 melebihi 60% khatam al-quran di peringkat sekolah rendah. Data sekolah kini berada di bawah 50% dan perlu ada kerjasama dari tuan/puan di rumah memantau untuk memastikan murid-murid dapat mencapai target tersebut.2.0.11 Kehadiran tahun lepas, seramai 14 orang yang tidak hadir langsung ke sekolah dan menyebabkan penurunan yang sangat besar dalam pentaksiran. Penilaian pentaksiran PBD juga tidak dapat dilaksanakan jika murid tidak hadir ke sekolah. Penilaian PBD, PAJSK dan UASA penting untuk muridmurid tahun 6 membuat permohonan ke sekolah menengah.2.0.12 Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada kehadiran Puan Lela, ibu bapa serta ahli jawatankuasa guru atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis ini.3.0 UCAPAN PERASMIANPUAN LELA BINTI ABD AZIZ(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH NEGERI SEREMBAN)3.0.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat pagi kepada Tuan Guru Besar En Sabarudin bin Ab Rahman, YDP PIBG Dr. Mohamad Nazzri bin Ahmad, barisan Penolong Kanan SK Taman Semarak, AJK PIBG, guru-guru, Ibu bapa dan penjaga murid SK Taman Semarak.3.0.2 Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atasjemputan untuk merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Semarak Kali ke-25 bagi tahun 2025. Beliau menyatakan bahawa majlis ini menjadi simbol kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah, malah merupakan sebuah platform penting dalam menyokong segala usaha ke arah memajukan pendidikan anak-anak di SK Taman Semarak. Beliau juga percaya bahawa dalam dunia yang pesat berubah ini, sistem pendidikan harus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi terkini agar anak-anak mampu bersaing dan mencapai kejayaan.3.0.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada majlis ini, yang mencerminkan semangat kebersamaan dan komitmen untuk 14


membentuk ekosistem pendidikan yang mantap dalam usaha membangunkan generasi madani di tengah cabaran zaman yang semakin kompleks. Dalam kesempatan ini, beliau juga menekankan bahawa dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi topik yang relevan dan perlu diterokai oleh generasi masa kini. Kecerdasan buatan ini bukan hanya suatu konsep futuristik, tetapi telah menjadi sebahagian daripada realiti dalam bilik darjah, di mana dengan bantuan AI, murid dapat belajar mengikut rentak mereka sendiri dan menerima maklum balas segera melalui soal jawab interaktif yang disesuaikan dengan tahap pemahaman mereka. Beliau juga menjelaskan bahawa para guru kini dibantu dengan penggunaan AI dalam penyediaan bahan pengajaran serta penilaian prestasi murid secara lebih sistematik. Ini membuktikan bahawa AI bukanlah menggantikan peranan guru, tetapi berfungsi sebagai pelengkap dalam usaha mendidik murid dengan bijaksana. Pihak sekolah juga memaklumkan bahawa penggunaan AIdigabungkan dengan televisyen pintar di dalam bilik darjah, yang menjadikan suasana pembelajaran lebih aktif dan menyeronokkan. Murid kini dapat menikmati pengalaman pembelajaran melalui tontonan video, menjawab kuiz digital, serta menjalani simulasi pembelajaran secara langsung.3.0.4 Beliau dimaklumkan bahawa SK Taman Semarak telah menerima peruntukan sebanyak RM45,900 untuk pembelian 27 unit televisyen pintar, hasil sumbangan daripada Ahli Parlimen Seremban, Yang Berhormat Anthony Loke. Peruntukan ini telah disampaikan melalui Yang Berhormat Arul Kumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, pada 17 April 2025, Khamis. Sebahagian daripada televisyen pintar ini telah dipasang dan digunakan di setiap bilik darjah, manakala selebihnya masih dalam proses pemasangan. Inisiatif ini amat bertepatan dengan pendekatan pembelajaran generasi Alpha masa kini yang lebih cenderung kepada kandungan visual dan teknologi moden. Penggunaan televisyen pintar ini membolehkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih kreatif, berkesan dan inklusif, merangkumi semua murid tanpa mengira tahap pemikiran mereka. Usaha ini turut menyokong proses pemantapan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan aspek keterlibatan aktif serta penggunaan teknologi secara optimum.3.0.5 Dengan segala kemajuan yang dikecapi ini, saya menyeru ibu bapa agar terus memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah, bukan sahaja dalam bentuk sumbangan material, tetapi juga melalui perkongsian pandangan, kehadiran ke program-program sekolah, serta dengan menyemai semangat belajar dalam kalangan anak-anak di rumah. Sekolah juga amat memerlukan komitmen yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kehadiran anakanak ke sekolah secara konsisten. Kehadiran yang baik amat penting bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan semua program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai matlamatnya. Kepada para guru, teruskan usaha cemerlang dan kekalkan kreativiti dalam mendidik. Seorang guru yang hebat akan melahirkan murid yang luar biasa. Semoga kerjasama erat antara warga pendidik dan ibu bapa 15


ini terus kukuh, demi memastikan SK Taman Semarak sentiasa unggul dalam semua aspek bermula daripada kecemerlangan akademik, khususnya celik digital, sehinggalah kepada pembentukan sahsiah dan nilai murni dalam kalangan murid.3.0.6 Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau menyatakan harapan agar kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus menjadi pemangkin kejayaan anak-anak dalam membentuk masyarakat madani yang berilmu dan berdaya saing. Beliau mengakhiri ucapan terima kasih dan merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Semarak Kali ke-25 bagi sesi 2025.MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 25 SESI 2025/2026TARIKH : 10 MEI 2025 (SABTU)MASA : 10.20 PAGITEMPAT : DEWAN BESTARI, SK TAMAN SEMARAK1.0 UCAPAN PENGERUSI YDP PIBG SK TAMAN SEMARAK(DR. MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD)1.0.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Beliau menyatakan barisan PIBG sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merangka dan menjalankan program dengan baik untuk kejayaan murid-murid SK Taman Semarak.1.0.2 Beliau berharap agar Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-25 ini dapat dijalankan dengan lancar dalam suasana yang tenang, harmoni dan mencapai kata sepakat demi kecemerlangan murid-murid.2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 SESI 2024/20252.0.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG 2024 dibentangkan oleh Pn. Rohani binti Ibrahim selaku setiausaha PIBG 2024/2025 untuk disahkan. Ibu bapa boleh rujuk minit mesyuarat muka surat 14 hingga 21 di dalam buku program.Pencadang : Pn. Malina binti IsmailSokongan : Pn. Ily Babieshaheera Haiqa binti RazmanKeputusan : Diterima sebulat suara16


3.0 PEMBENTANGAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN3.0.1 Beliau memaklumkan senarai aktiviti tahunan sepanjang tahun 2024 boleh dirujuk dalam buku program pada muka surat 31 dan 32. 3.0.2 Beliau juga memaklumkan Peringkat sekolah telah menghantar beberapa pertandingan di peringkat daerah. Pasukan Bola Tampar SK Taman Semarak menduduki tempat ketiga peringkat daerah dan Seremban 1 menjadi Naib Johan diperingkat Negeri. Seorang murid SK Taman Semarak dipilih mewakili Negeri Sembilan untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kedah. Murid ini adalah kebanggaan sekolah kita, jadi kita sokonglah beliau dengan duit sumbangan ini untuk bantu untuk mereka berbelanja di peringkat kebangsaan nanti.3.1 Beliau menyatakan kemungkinan PIBG sudah mempunyai kadar sumbangan yang hendak diberikan kepada wakil-wakil sekolah khususnya diperingkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.3.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas sumbangan yang diberi.Beliau juga memaklumkan kewangan yang diperuntukkan untuk sekolah hanya untuk peringkat daerah sahaja iaitu perbelanjaan pengangkutan, makan dan minum murid. Beliau memaklumkan kewangan sekolah yang diperuntukan oleh kerajaan akan diaudit maka kita perlu akur kepada peraturan yang telah ditetapkan.3.3 Beliau juga memaklumkan penglibatan pasukan catur hanya diperingkat daerah Sahaja namun terdapat peningkatan yang ketara dengan berada dikelompok 15 yang teratas daripada lebih kurang 80 peserta yang mengambil bahagian.3.4 Beliau memaklumkan atlit merentas desa SK Taman Semarak Berjaya menduduki tempat yang kelapan diperingkat daerah. Beliau memaklumkan penyertaan murid PPKI dalam kejohanan merentas desa dan juga sukan.3.5 Guru Besar juga memaklumkan penyertaan sekolah menggambarkan skor sekolah. Lagi banyak penyertaan lagi tinggi markah skor sekolah. Disebabkan itu pihak sekolah akan menghantar murid bagi semua penyertaan. Sasaran sekolah 70 hingga 80 peratus penglibatan murid. Contohnya pertandingan olahraga yang akan datang sekolah akan menghantar banyak penyertaan tetapi kos agak tinggi untuk pengangkutan, makan dan minum murid. PIBG pemangkin kepada penyokong kepada program.3.6 Beliau berharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama dengan pihak sekolah. Sekiranya ada masalah datang sahaja berbincang dengan sekolah. Beliau juga memaklumkan terdapat prosidur-prosidur tertentu jika menerima sumbangan dan sebaginya supaya semua prosidur kewangan dipatuhi.17


3.7 Beliau memaklumkan untuk mengeluarkan wang daripada akaun PIBG memerlukan tandaatangan beliau, YPD dan Bendahari PIBG. Dilampirkan juga kertas cadangan dan kertas kerja. Untuk makluman, jika ada pengeluaran wang perlu ada surat daripada semua Guru Penolong Kanan. Contohnya bahagian kokurikulum, Guru Penolong Kanan Kokurikulum akan membuat surat kepada YDP, Guru Besar akan menyokong dan YDP akan tulis pada surat itu diluluskan.4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 20244.0.1 Laporan kewangan dibentangkan oleh Pn. Zuraida binti Hussin selaku Bendahari PIBG. Bagi sesi 2024/2025, merujuk kepada buku program bahagian penyata kewangan muka surat 26 dan 26 bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024. Telah disemak oleh Juruaudit 1 iaitu Puan Zamilah dan juga Juruaudit 2 iaitu Dr Khairul Adli.4.0.2 Beliau menyatakan perbelanjaan dari bulan Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 adalah berjumlah RM113 187.00. Beliau memaklumkan baki pada 1 Januari 2025 adalah RM84 949.83.4.0.3 Beliau menyatakan jumlah perbelanjaan sehingga bulan Mei 2025 adalah sebanyak RM72 126.00 dan baki pada hari ini sebanyak RM 103 605. 83. Ini akan ditunjukkan pada Penyata Kewangan mesyuarat akan datang.4.0.4 En. Mohamad Fakaruddin bin Abdul Rahman bertanyakan tentang jumlah baki sebenar (‘solid’) duit PIBG supaya ibu bapa tahu jumlah sebenar baki wang PIBG untuk terus menyumbang kepada akaun PIBG.Jawapan : Puan Zuraida Binti Hussin menyatakan bahawa baki ‘solid’ akaun PIBG termasuk duit KAFA berjumlah lebih kurang RM40 000 jadi tambahan kepada RM84 949.83.Pencadang : En. Mohamad Fakaruddin bin Abdul RahmanDisokong : Pn. Khairani binti Abdul Rahim Keputusan : Diterima sebulat suara5.0 PEMBENTANGAN USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBINCANGKAN5.0.1 Encik Abdul Fattah bin Abdullah mengusulkan tentang jadual waktu perlu disemak semula kerana bilangan mata pelajaran yang terlalu banyak dan menyebabkan beg sekolah menjadi berat.18


Pelaksanaan jadual waktu anjal dan pengurangan jumlah buku tulis telah dilaksanakan selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu ini. Pihak sekolah juga telah mengambil maklum dan menilai semula hal ini.5.0.2 Puan Noraizan binti Ali, Encik Mohd Hafiszam bin Abd Aziz, Puan Amirah binti Jamal dan Puan Sharifah Norshalwa binti Syed Kamal mengemukakan tentang isu berkaitan tandas iaitu membaiki pintu tandas, memasang lampu di laluan masuk tandas dan menambah bilangan pekerja pembersihan untuk mencuci tandas.Pihak sekolah dan PIBG telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang berlaku dan akan memasang CCTV di laluan masuk ke tandas dan akan memohon kelulusan untuk pemasangannya.5.0.3 Puan Siti Zurina binti Hassan mencadangkan perjumpaan tiga penjuru perlu dikembalikan semula.Pihak sekolah telah melaksanakan program Tiga Penjuru pada setiap tahun.5.0.4 Encik Abdul Majid bin Alwi dan Puan Sharifah Norshalwa binti Syed Kamal mengemukakan tentang banyak kipas angin di dalam kelas rosak dan menyebabkan murid berada dalam kepanasan.Pihak sekolah telah membaiki kipas yang telah rosak secara berfasa.5.0.5 Puan Norseha Bt Mohd. Daud, Puan Aimi Fatimah Bt Anuar, Encik Mohd Hafiszam Bin Abd. Aziz dan Puan Farhana binti Zakaria mengutarakan cadangan supaya pihak sekolah menyediakan lokar untuk setiap kelas.KPM telah membekalkan lokar kepada semua murid tahap 1 (Tahun 1-3) pada tahun lepas. Untuk tahap 2 (Tahun 4-6), pelaksanaan jadual waktu anjal dan pengurangan buku tulis telah dilaksanakan selaras dengan arahan KPM.5.0.6 Pn. Rohayu Bt Mhd Ridzwan dan Pn. Roziana Salniza Bt Sujot menyatakan tentang isu berkaitan laluan dan tempat letak kenderaan di hadapan sekolah.Pihak sekolah dengan Kerjasama PIBG telah mengatasi masalah ini dengan membuat laluan masuk yang baru dan pihak PIBG juga telah menyediakan video untuk semua pihak memahami cara laluan digunakan.5.0.7 Encik Asmadi Bin Mat Ali mencadangkan supaya membina tempat letak motosikal yang berbumbung di tepi pondok pengawal.19


Pihak sekolah menyatakan bahawa tidak boleh sewenang-wenangnya membina binaan kekal di sekolah dan sebarang pembinaan kekal perlu berurusan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).5.0.8 Encik Mohd Izzat bin Kamaruzaman mencadangkan supaya memperbanyak modul dan latihan semasa cuti sekolah.Pihak sekolah dalam proses melancarkan program satu kelas satu google classroom sebagai platform untuk guru dan murid berinteraksi dan latihan kerja rumah secara atas talian.5.0.2 Puan Wan Nor Aniza Bt Wan Hussin mencadangkan mengadakan program pemantapan untuk mata pelajaran yang kritikal seperti Matematik dan Sains.Pihak sekolah menyatakan akan mengadakan program intervensi untuk membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran ini.5.0.3 Puan Norosmimi Bt Abdul Razak mengemukakan isu buli dalam kalangan murid seperti mengambil duit dan memeras ugut murid tahap 1.Pihak sekolah telah mengambil Tindakan dengan mengadakan program pencegahan buli dan Unit Disiplin memantau secara berterusan dengan Kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.5.0.4 Puan Farah Amira binti Mastor mencadangkan penggunaan lencana bendera Malaysia yang ditampal.Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa menampal lencana Jalur Gemilang dan meminta supaya pihak kedai buku menjual lencana yang ditampal di kedai buku.5.0.5 Puan Siti Efliza Bt Ashari mencadangkan supaya mengadakan program STEM seawal darjah 1 dengan melibatkan kerjasama antara komuniti dan pendidik dari universiti.Pihak sekolah menyatakan bahawa Program STEM telah dilaksanakan kepada murid tahap 2. Untuk Tahap 1, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti sempena bulan STEM nanti.5.0.6 Puan Rawalia Nor Bt Zainudin mencadangkan pihak kantin menjual makanan yang berkhasiat dan elakkan menjual makanan yang tidak mengenyangkan seperti makanan ringan.20


Pihak sekolah (Unit Kantin Hal Ehwal Murid) telah ambil maklum perkara ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Unit Kantin.5.0.7 Puan Rawalia Nor Bt Zainudin mengemukakan masalah buku teks yang diterima murid rosak dan ibu bapa terpaksa beli buku teks sendiri.Unit SPBT juga ambil maklum akan hal ini. Murid boleh berurusan dengan guru kelas untuk menukar buku tersebut setelah menyemak Borang Akuan Penerimaan Buku Teks untuk murid. Murid juga perlu menjaga buku teks yang diterima dengan membalut dan tidak merosakkannya.5.0.8 Puan Nur Ain Bt Johor mencadangkan supaya menangani masalah penjaja di sekitar kawasan pagar sekolah.Pihak PIBG telah melaporkan perkara ini kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 10/09/2024 dengan Nombor Rujukan Aduan: MBSEREMBAN.075062.5.0.9 Puan Nur Ain Bt Johor mengutarakan tentang pengurusan masuk dan keluar murid ketika berada di kawasan sekolah.Pihak sekolah telah menetapkan bahawa pintu masuk dan keluar murid menggunakan pintu pagar C. Jika waktu hujan, pintu pagar B yang berbumbung akan dibuka.6.0 PEMBENTANGAN USUL DITERIMA DARIPADA IBU BAPA/ PENJAGA/ GURU UNTUK DIBAHASKAN6.0.1 En. Mohd Ihsan bin Che Mat, selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah mewakili En. Tun Muhammad Safuan mengemukakan cadangan bayaran bagi program Hari Graduasi dan Jamuan Murid Tahun 6 bagi tahun 2025.Cadangan bayaran bagi setiap murid Tahun 6 adalah sebanyak RM150.00dengan pecahan seperti berikut:1. Bayaran Hari Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun – RM 100.002. T. Shirt murid – RM 30.003. Fotoshoot – RM 20.00Jumlah Keseluruhan: RM 150.00Dr Nazzri memaklumkan bahawa majlis graduasi merupakan satu acara penting yang memberi penghargaan kepada pencapaian anak-anak kita setelah menamatkan 21


persekolahan di peringat sekolah rendah. Majlis ini lazimnya diadakan di luar sekolah bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada murid-murid. Justeru, pembayaran yang dikenakan adalah untuk menampung kos-kos berkaitan seperti sewaan tempat, makanan, cenderahati dan lain-lain keperluan. Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai kekangan, dialu-alukan perbincangan lanjut dengan pihak sekolah bagi mencari penyelesaian terbaik.Keputusan: Cadangan bayaran bagi program Hari Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun 6 bagi tahun 2025 dipersetujui sebulat suara sebanyak RM150.00 dan boleh dibayar secara ansuran.6.0.2 Pn. Malina bt Ismail telah mencadangkan agar bayaran sumbangan PIBG bagi tahun ini dinaikkan sebanyak RM10 berbanding tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM110.00 bagi setiap keluarga. Antara pecahan bayaran sumbangan termasuklah :Beliau juga mencadangkan agar bayaran ini dibolehkan untuk dibuat secara ansuran sehingga selesai, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga.Cadangan yang dikemukakan oleh Pn. Malina bt Ismail telah mendapat sokongan daripada En. Shahrul Azman, yang bersetuju dengan kenaikan sumbangan PIBG sebanyak RM10.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM110.00 bagi setiap keluarga. Beliau turut menyokong cadangan agar bayaran tersebut dibenarkan secara ansuran sehingga selesai.Keputusan: Bayaran sumbangan PIBG dipersetujui sebulat suara sebanyak RM110.00 dan boleh dibayar secara ansuran.6.0.3 Pn. Siti Shazawani mencadangkan untuk menjadikan sesi persekolahan kepada satu sesi sahaja. Beliau menyatakan bahawa terdapat kekangan dalam pengurusan anak-anak apabila sekolah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Ia menyukarkan ibu bapa dalam menguruskan penjadualan harian, pengangkutan, dan pemantauan aktiviti anak.Bil Perkara Jumlah1. Hari Anugerah Cemerlang 30.002. Hari Sukan Sekolah / Hari Apresiasi Kokurikulum 30.003. Hari Apresiasi HEM / Hari Kanak-Kanak 20.004. Rangkaian Internet 10.005. Infrastruktur 20.00Jumlah Keseluruhan 110.0022


Encik Sabaruddin bin Ab Rahman, selaku Guru Besar menyatakan bahawapihak sekolah mengambil maklum dan menghargai pandangan yang diberikan. Walau bagaimanapun, usul ini tidak dapat dilaksanakan buat masa inimemandangkan keadaan kepadatan penduduk di kawasan sekitar Nilai yang sangat tinggi. Jumlah murid yang mendaftar di sekolah ini adalah terlalu ramaiuntuk ditampung dalam satu sesi sahaja. Pelaksanaan satu sesi memerlukan kemudahan infrastruktur yang lebih luas, bilik darjah tambahan, dan jumlah guru yang mencukupi, yang mana masih belum dapat dipenuhi dengan kapasiti sedia ada. Namun begitu, pihak sekolah akan terus memantau dan mengkaji keperluan serta kemungkinan pelaksanaan satu sesi pada masa hadapan, sekiranya keadaan dan kemudahan mengizinkan.En Sabaruddin juga memaklumkan sebarang perubahan melibatkan struktur sesi persekolahan perlu dikemukakan secara rasmi kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan seterusnya mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Pihak sekolah akan mengusulkan perkara ini kepada PPD untuk pertimbangan dan tindakan lanjut. Walau bagaimanapun, sebarang keputusan akhir berkenaan pelaksanaan sesi persekolahan satu sesi adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM.Pn. Puteri Bongsu binti Ahmad, selaku wakil ibu bapa, menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan satu sesi persekolahan di sekolah ini. Hal ini adalah kerana keadaan lalu lintas yang sangat padat di hadapan sekolah terutamanya pada waktu pagi dan ianya juga menjejaskan keselamatan murid ekoran daripada trafik kenderaan yang sesak.En. Shamsul Hakim bin Saifuddin, sebagai wakil ibu bapa, juga menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan satu sesi persekolahan di sekolah ini berpunca daripada kebimbangan terhadap isu disiplin, khususnya kes buli yang telah dilaporkan berlaku di sekolah. Pelaksanaan satu sesi akan mengakibatkan jumlah murid yang terlalu ramai berada di kawasan sekolah pada satu-satu masa, sekali gus meningkatkan risiko interaksi negatif dan kejadian buli dalam kalangan pelajar. Beliauberpendapat bahawa pihak sekolah perlu menangani dan menyelesaikan isu keselamatan murid terlebih dahulu, termasuk mewujudkan persekitaran yang lebih terkawal dan selamat, sebelum mempertimbangkan pelaksanaan satu sesi.Keputusan: Usul ini tidak diterima kerana jumlah undian ramai yang menolak perlaksanaanya.23


6.0.4 En. Shamsul Hakim bin Saifuddin telah membangkitkan Usul 10 berkenaan isu buli yang dilaporkan berlaku di sekolah. Beliau menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan murid-murid serta memohon agar pihak sekolah memberikan penjelasan mengenai program atau inisiatif yang telah dan sedang dijalankan bagi menangani isu tersebut.Ahli mesyuarat bersetuju bahawa isu ini perlu diberikan perhatian serius dan mencadangkan agar laporan lengkap atau pembentangan mengenai langkahlangkah pencegahan buli dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.Encik Ahmad Zaidi bin Mat Zaki selaku GPK HEM memberikan maklumbalas bahawa pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program intervensibagi menangani isu buli dalam kalangan murid. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kaunseling, yang melibatkan pendekatan pencegahan dan pemulihan.Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah, sesi bimbingan dan kaunseling individu serta berkumpulan, Ceramah kesedaran anti-buli, Kempen “Sekolah Selamat, Murid Sejahtera”, Pengawasan tambahan semasa waktu rehat dan sebelum pulang dan libat urus bersama ibu bapa dan penjaga murid terlibat.Pihak sekolah akan terus memantau dan menambah baik usaha ini dari semasa ke semasa, dan bersedia untuk membentangkan laporan lengkap dalam mesyuarat akan datang jika diperlukan.En. Mohd Hasrool bin Hashim, selaku wakil guru, mencadangkan agar pihak sekolah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan laluan menuju ke tandas, memandangkan kawasan tersebut telah dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kes buli.Beliau berpandangan bahawa pemasangan CCTV di kawasan strategik ini dapat meningkatkan pemantauan dan keselamatan murid. Ia juga bertindak sebagai langkah pencegahan terhadap insiden tidak diingini dan dapat membantu siasatan sekiranya berlaku kejadian buli atau pelanggaran disiplin.Dr Mohammad Nazzri bin Ahmad menyatakan terima kasih di atas makluman yang diberikan. Pihak sekolah menghargai sokongan dan perhatian daripada PIBG dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di sekolah.Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah telah mengambil langkah awal dengan memasang beberapa unit CCTV di lokasi strategik di sekitar kawasan sekolah. Pihak sekolah dan PIBG juga telah memohon peruntukan tambahan daripada PPD bagi menambah bilangan CCTV di kawasan yang masih memerlukan pemantauan lebih rapi.24


Diharap dengan langkah ini, keselamatan murid dan warga sekolah dapat dipertingkatkan. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa.7.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA DAN JURU AUDIT PIBG SESI 2025/20267.1 Encik Sabaruddin bin Ab Rahman selaku penasihat mengemukakan usul PIBG pada sesi 2024/2025 berkaitan pelantikan jawatankuasa PIBG selama dua tahun. Maka, jawatankuasa dan juru audit PIBG bagi sesi 2024/2025 dikekalkan bagi sesi 2025/2026.Keputusan: Hasil undian sepakat bersetuju pelantikan dikekalkan.Penyokong: Sebulat suara7.2 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2025/20267.2.1 YDP PIBG :Dr. Mohammad Nazzri bin Ahmad7.2.2 NYDP : Dr. Mohd Kamel bin Mat Salleh7.2.3 Setiausaha : Puan Rohani binti Ibrahim7.2.4 Bendahari : Puan Zuraida binti Hussin7.2.5 AJK (Guru) :1) Encik Tun Mohd Safuan bin Ahmad Zakaria2) Encik Mohd Hasrool bin Hashim3) Puan Suraiya binti Mohd Yusof4) Puan Taty Salwani binti Che Yim5) Puan Raudah binti Ramli7.2.6 AJK (Bapa) :1) Encik Muhammad Syazwan bin Marzuki2) Encik Zarimi bin Hassanuddin7.2.7 AJK (Ibu) :1) Puan Muzaliza binti Musa2) Puan Malina binti Ismail3) Puan Khairani binti Abdul Rahim4) Puan Puteri Bongsu binti Ahmad7.2.8 Juru Audit (Ibu Bapa): Dr Khairul Adli bin Nikman7.2.9 Juru Audit (Guru) : Puan Zamilah binti Abd. Ghani8.0 HAL-HAL LAINTiada hal-hal lain.25


9.0 UCAPAN PENANGGUHAN UCAPAN PENASIHAT PIBGEN. SABARUDDIN BIN AB RAHMAN (GURU BESAR)9.0.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG Sesi 2024/2025. Beliau mengharapkan kerjasama dari semua ibu bapa demi kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak murid SKTS. 9.0.2 Beliau juga memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan sepanjang Mesyuarat PIBG berlangsung kali ini. Beliau juga berharap segala kelemahan dan kekurangan sepanjang PIBG Sesi 2024/2025 yang telah dilaksanakan akan diperbaiki demi kejayaan anak-anak murid SK Taman Semarak.9.0.3 Beliau bersyukur Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 ini berjalan lancar dan mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.9.0.4 Beliau menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-25 pada jam 12.00 tengah hari. Dicatat oleh:_______________________________(NOOR KHAULAH BINTI ABD MUTALIB)KETUA PENCATAT MINIT MESYUARATPembantu pencatat:1. Pn. Hayati binti Hussain2. Pn. Raudah binti Ramli3. Pn. Ily Bebieshaheera Haiqa binti Razman4. Pn. Nurul Amirah binti IdenanDisemak oleh:____________________________________(DR. MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD)YDP PIBGSK TAMAN SEMARAK26


BIL PERKARA1 UCAPAN PENGERUSI 2MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-253MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2025/20264MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 20255 MEMBAHAS USUL6 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2026/20277 PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN8 HAL-HAL LAIN9 UCAPAN PENANGGUHAN27


PENTADBIR SEKOLAH/PENASIHAT BIL NAMA JAWATAN1. En. Sabaruddin B. Ab Rahman Guru Besar2. En. Muhammad Ihsan B. Che Mat GPK Pentadbiran3. En. Ahmad Zaidi B. Mat Zaki GPK Hal Ehwal Murid4. Pn. Hezliza Bt. Zainuddin GPK Kokurikulum5. Pn. Norzalisa Bt. Bidi GPK PetangJAWATANKUASA PIBG SESI 2025/2026 BIL NAMA JAWATAN1. Dr. Mohammad Nazzri Bin Ahmad YDP PIBG2. Dr. Mohd Kamel Bin Mat Salleh NYDP PIBG3. Pn. Rohani Binti Ibrahim Setiausaha4. Pn. Zuraida Binti Hussin Bendahari5. En. Tun Mohd Safuan Bin Ahmad Zakaria AJK Guru6. En. Mohd Hasrool Bin Hashim AJK Guru7. Pn. Suraiya Binti Mohd Yusof AJK Guru8. Pn. Raudah Binti Ramli AJK Guru9. Pn. Taty Salwani Binti Che Yim AJK Guru10. En. Mohammad Syazwan Bin Marzuki AJK Ibu Bapa11. En. Muhamad Zarimi Bin Hassannudin AJK Ibu Bapa12. Pn. Khairani Binti Abdul Rahim AJK Ibu Bapa13. Pn. Muzaliza Binti Musa AJK Ibu Bapa14 Pn. Putri Bungsu Binti Ahmad AJK Ibu Bapa15. Pn. Malina Binti Ismail AJK Ibu Bapa16. Pn. Zamilah Binti Abd. Ghani Juru Audit (Guru)17. Dr. Khairul Adli Bin Nikman Juru Audit (Ibu Bapa)28


BIL PERKARA AKTIVITI1.BIRO PENINGKATAN AKADEMIK 1. Dr Mohd Kamel B. Mat Salleh 2. Pn. Suraiya Binti Mohd YusofEX OFFICIO : GPK Pentadbirani. Hari Apresiasi Tahun 6ii. Hari Anugerah Cemerlangiii. Majlis Ihtifal Cemerlang Kafaiv. Sambutan Hari Kanak-Kanakv. Kejohanan Merentas Desavi. Kejohanan Bola Jaringvii. Kejohanan Bola Sepakviii. Kejohanan Bola Tamparix. Kejohanan Caturx. Hari Apresiasi Kokurikulumxi. Kejohanan Sukan Tahunanxii. Program Keceriaan Sekolahxiii. Program Naiktaraf Laluanxiv. Gotong Royong Madanixv. Karnival Keusahawanan2.BIRO KEBAJIKAN DAN SAHSIAH 1. Pn. Muzaliza Bt. Musa 2. Pn. Raudah Binti RamliEX OFFICIO : GPK HEM3.BIRO MEDIA DAN KOMUNIKASI 1. Pn. Malina Binti Ismail2. En. Tun Mohd Safuan Bin Ahmad ZakariaEX OFFICIO : GPK HEM4.BIRO KESELAMATAN DAN DISIPLIN1. En. Muhamad Zarimi Bin Hassannudin2. Pn. Taty Salwani Binti Che YimEX OFFICIO : GPK HEM5.BIRO INFRASTRUKTUR 1. En. Mohammad Syazwan Bin Marzuki2. En. Mohd Hasrool Bin HashimEX OFFICIO : GPK HEM29


BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2025300


31


BIL NAMAMESYUARAT 128 OGOS 2025MESYUARAT 222 JANUARI 20261. Dr. Mohammad Nazzri Bin Ahmad √ √2. Dr. Mohd Kamel Bin Mat Salleh 0 03. Pn. Rohani Binti Ibrahim √ √4. Pn. Zuraida Binti Hussin √ √5. En. Tun Mohd Safuan Bin Ahmad Zakaria √ 06. En. Mohd Hasrool Bin Hashim √ √7. Pn. Suraiya Binti Mohd Yusof 0 08. Pn. Raudah Binti Ramli √ 09. Pn. Taty Salwani Binti Che Yim √ √10. En. Mohammad Syazwan Bin Marzuki 0 011. En. Muhamad Zarimi Bin Hassannudin √ 012. Pn. Khairani Binti Abdul Rahim √ 013. Pn. Muzaliza Binti Musa √ √14 Pn. Putri Bungsu Binti Ahmad √ √15. Pn. Malina Binti Ismail √ √16. Pn. Zamilah Binti Abd. Ghani 0 017. Dr. Khairul Adli Bin Nikman 0 0KEHADIRAN MESYUARAT PETUNJUKHADIR : √TIDAK HADIR : 032


33


344


35


36TAHUN 2025


37


UNIT AKTIVITI /PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN CATATANCATUR KEJOHANAN CATUR SR MSSD SEREMBAN 1 SIJIL PENYERTAANTENNIS KEJOHANAN TENIS SR MSSN NEGERI SEMBILANTEMPAT KE-5BOWLING KEJOHANAN TEN PIN BOWLINGMSSDSEREMBAN 1SIJIL PENYERTAANBOLA SEPAK KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SEREMBAN 1 TEMPAT KE-5OLAHRAGA MERENTAS DESA MSSD SEREMBAN 1 SIJIL PENYERTAANKEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEREMBAN 1 TEMPAT KE-3 LOMPAT TINGGI L11TEMPAT KE-480 M LARI BERPAGAR P11TEMPAT KE-5LOMPAT TINGGI P12TEMPAT KE-5LONTAR PELURU L11TEMPAT KE-5100M (L11)SEPAK TAKRAW KEJOHANAN SEPAK TAKRAWMSSD SEREMBAN 1 SIJIL PENYERTAANBADMINTON KEJOHANAN BADMINTONMSSD SEREMBAN 1 SIJIL PENYERTAANBOLA JARING KEJOHANAN BOLA JARINGMSSD SEREMBAN 1 TEMPAT KE-3 SEORANG MURID TERPILIH UNTUK LATIHAN PUSAT MSSN NEGERI SEMBILANBOLA TAMPAR KEJOHANAN BOLA TAMPARMSSD SEREMBAN 1 TEMPAT KE-3 DUA ORANG MURID TERPILIH UNTUK LATIHAN PUSAT MSSN NEGERI SEMBILANSEORANG MURID TERPILIH MEWAKILI NEGERI SEMBILAN KE PERTANDINGAN PERINGKAT MSSM.SUKAN/PERMAINAN38


UNIT AKTIVITI/PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIANPERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PENTAULIAHAN ANUGERAH PUTERI BONGSU KEBANGSAAN 28 ORANG MURID MENDAPAT TAULIAH KHATAM QURAN SEMPENA NUZUL QURAN 2025KEBANGSAAN 92 ORANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI KHATAM QURAN HARI PUTERI PPIM DAERAH SIJIL PENYERTAAN PANDU PUTERI TUNAS PERKHEMAHAN PPT NEGERI TEMPAT PERTAMA -MALAM KEBUDAYAAN -KRAF BULAT SABIT MERAH MALAYSIA PERKHEMAHAN BSMM NEGERI TEMPAT PERTAMA -DIET SIHAT -PERTOLONGAN CEMAS TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PENTAULIAHAN SARJAN KEBANGSAAN 2 ORANG MURID MENDAPAT TAULIAH PERKHEMAHAN MADANI TKRS NEGERI TEMPAT KETIGA TALI TEMALI PENGAKAP KOROBORI PENGAKAP DAERAH TEMPAT PERTAMA –MASAKAN RIMBAWORLD SCARF DAY NEGERI 9 ORANG MURID BERJAYA MENDAPAT SKAF WORLD SCOUTS DAY UNIFORM39


UNIT AKTIVITI/PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIANBAHASA INGGERIS-PERTANDINGAN SEMARAK PENA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN KEBANGSAAN TEMPAT KE-5 -PENULISAN KREATIF KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA INGGERIS DAERAH SEREMBAN 1 DAERAH TEMPAT PERTAMA -DARE TO SPELL SIJIL PENYERTAAN -SCRABBLE -MINI DOCUMENTARY -STORY TELLING -PUBLIC SPEAKING KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN NEGERI TEMPAT KE-5 -DARE TO SPELL DISTRICT LEVEL BOOK REVIEW COMPTETION DAERAH SIJIL PENYERTAAN BAHASA MELAYUKARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA MELAYU DAERAH SIJIL PENYERTAAN 1. BERCERITA 2. PENGUCAPAN AWAMRESENSI BUKU BAHASA MELAYU DAERAH SIJIL PENYERTAAN PAIBA IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAHSEKOLAH DAERAH JOHAN KALAM ARABIY LELAKI TEMPAT KE- 4 KALAM JAMAIETEMPAT KE-5 KALAM ARABIY PEREMPUAN TEMPAT KE-5 DAIE CILIK (LELAKI) TEMPAT KE-6 DAIE CILIK (PEREMPUAN) IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAHSEKOLAH NEGERI TEMPAT KE-4 KALAM ARABIY STEM BRIDGE BUILDING DAERAH SIJIL PENYERTAAN WATER ROCKET DAERAH SIJIL PENYERTAAN KOMPUTER DAN DIGITAL CYBER SECURITY CHALLENGE NEGERI SIJIL PENYERTAAN MUZIK DAN KEBUDAYAAN GENTA SUARA DAERAH SIJIL PENYERTAAN PSS DISTRICT LEVEL BOOK REVIEW COMPETITION DAERAH SIJIL PENYERTAAN RESENSI BUKU BAHASA MELAYU DAERAH SIJIL PENYERTAAN KELAB/PERSATUAN40


PENTADBIR SEKOLAH/PENASIHAT PERSATUANBIL NAMA JAWATAN 1. EN. SABARUDDIN BIN AB RAHMAN Guru BesarJAWATANKUASA PIBG SESI 2026 / 2027 BIL NAMA JAWATAN 1. YDP PIBG2. NYDP PIBG3. PN. ROHANI BINTI IBRAHIM Setiausaha4. PN. ZURAIDA BINTI HUSSIN Bendahari5. EN. MAZLAN BIN ABU BAKAR AJK Guru6. EN. MUHAMMAD FARID BIN MOHD YUSOF AJK Guru7. PN. NORAZWANI BINTI WARUDIN AJK Guru8. PN. NURUL AMALINA BINTI YUSOF AJK Guru9. CIK NUR ALESYA SOFEA BINTI RAHIM AJK Guru10. AJK Ibu Bapa11. AJK Ibu Bapa12. AJK Ibu Bapa13. AJK Ibu Bapa14 AJK Ibu Bapa15. AJK Ibu Bapa16. PN. MALINI A/P RAMACHANDRAN Juru Audit (Guru)17. Juru Audit (Ibu Bapa)41


LAMPIRAN


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA / PENJAGA / GURU DAN DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG BIL 2PADA 22 JANUARI 2026BIL USUL-USUL PEMBAWA USUL ANAK / KELAS TINDAKAN1. Isu berkaitan tandas merangkumi keperluan membaiki kerosakan sedia ada serta usaha menceriakan dan menaik taraf kemudahan tandas agar lebih selesa, bersih dan mesra pengguna.Pn. Nurul Hidayah Binti Mohd NoorMuhammad Athar Mirqaal Bin Mohd Suzairie(4 Bukhari)Tandas guru dan murid dibersihkan dua kali sehari oleh pekerja pembersihan swasta.Kebersihan tandas juga sentiasa dipantau oleh pihak sekolah dan guru bertugas juga sentiasa mengingatkan murid tentang cara menjaga kebersihan tandas. Untuk makluman, pihak sekolah dan PIBG telah membaiki kerosakan yang berlaku di tandas pada minggu pertama tahun ini sebelum sesi persekolahan bermula.Pn. Alawiyah Binti AhmadNur Inara Mikayla Bt Mohd Helmy(3 Nawawi)Pn. Julia Binti RamlyMuhammad Aydeen Rayyan Bin Adi Irwan(5 Farabi)2. Mohon pihak sekolah menyediakan kipas tambahan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan keselesaan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.En. Amar Khalifa B. HasmiAmar Irfan Bin Amar Khalifa(1 Nawawi)Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah membaiki kipas dan lampu yang rosak di dalam kelas secara berperingkat supaya ianya dapat digunakan dan berfungsi dengan baik.Pihak sekolah juga telah menghantar permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah Seremban (PPDS) untuk proses pendawaian semula bagi pemasangan tambahan kipas dan lampu di dalam kelas.UNTUK DIBINCANG42


Pihak sekolah mengalukan ibu bapa untuk berhubung dengan guru kelas bagi membincangkan cara terbaik untuk menyumbang dalam penyediaan kipas tambahan, demi keselesaan dan kesejahteraan murid di dalam kelas.3. Perlaksanaan sistem pembayaran tanpa tunai dengan menggunakan kad pintar di kantin dan kedai buku.En. Mohd Shukry Razali BinNur Izz Zara Amani (5 Farabi)Pihak sekolah akan menilai cadangan ibu bapa untuk melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan kad pintar di kantin dan kedai buku.Penilaian ini termasuk membuat kajian kesesuaian, keselamatan transaksi, serta penyediaan infrastruktur dan latihan kepada murid dan kakitangan sebelum pelaksanaannya.En. Muhammad Salahuddin Bin Md NasirMuhammad Fauzil Bin Muhammad Salahuddin(2 Farabi)En. Juhaizar Bin MahidenIrfan Nur Naqiuddin Bin Juhaizar(2 Bukhari)4. Pihak sekolah perlu sediakan lokar untuk setiap kelas.Pn. Siti Rohani Binti SaidinMuhammad Zakwan Adam Bin Muhammad Zaki Yusri(4 Farabi)Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan lokar kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 3 pada tahun lepas.Untuk tahun 4 hingga 6, pelaksanaan jadual waktu anjal dan pengurangan jumlah buku tulis telah dilaksanakan selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani isu ini.PIBG juga akan menghantar surat permohonan bantuan lokar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Pn. Nur Izzati Binti Ab RahmanNur Nazneen Ardini Binti Mohd Nazman(4 Nawawi)43


Ibu bapa digalakkan memantau jadual waktu anak supaya mereka membawa buku mengikut keperluan kelas, bagi menyokong keberkesanan pembelajaran di sekolah.5. Isu berkaitan kualiti kain baju sukan yang kurang memuaskan serta masalah bekalan yang sering kehabisan stok.Pn. Siti Norhasmah Binti SulaimanAhmad Mustafa Bin Abdul Salam(4 Farabi)Satu semakan menyeluruh terhadap kualiti kain dan sistem bekalan akan dilaksanakan, termasuk penilaian prestasi pembekal dan perancangan stok yang lebih teratur.En. Mohd Akmal Bin Mohd HalilAmmer Aryan Bin Mohd Akhmal(4 Farabi)6. Menangani isu buli dalam kalangan murid melalui pelaksanaan kempen kesedaran ‘Hentikan Buli’ secara berterusan dan berfokus.En. Muhamad Rasul Bin HassanAliy Irfan Bin Muhamad Rasul(6 Ghazali)Pihak sekolah memandang serius perkara ini dan telah melaksanakan pelbagai program serta inisiatif bagi mencegah berlakunya isu buli dalam kalangan murid.Pemantauan secara berterusan dilaksanakan oleh Unit Disiplin sekolah, di samping kerjasama strategik yang dijalin bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai. Selain itu, pihak sekolah juga telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan strategik, termasuk di laluan ke tandas, bagi meningkatkan tahap pemantauan dan keselamatan murid.Pn. Nur Syafiqah Syahirah Binti AmirudinMuhammad Adam Mikhail Bin Abdul Aziz(3 Ghazali)7. Pihak kantin disarankan agar menyediakan dan menjual makanan yang berkhasiat, seimbang serta mematuhi garis panduan pemakanan sihat murid. Pn. Norhaiza Binti YahyaDhia Qairina Binti Mohd Afzainizam(4 Bukhari)Pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kantin akan memaklumkan cadangan ini secara rasmi kepada pengusaha kantin.En. Mohamad Naseruddin Shah Bin MohdAnaqi Shah Bin Mohamad Naseruddin Shah(1 Syafie)444


Selain itu, pihak kantin juga digalakkan untuk menggantikan penggunaan cawan plastik kepada mangkuk yang sesuai bagi penyajian makanan berkuah demi aspek keselamatan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar.Pn. Nur Syafiqah Syahirah Binti AmirudinMuhammad Adam Mikhail Bin Abdul Aziz(3 Ghazali)Pemantauan berkala akan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap penyediaan makanan berkhasiat dan penggunaan peralatan yang bersesuaian.Garis panduan pemakanan sihat dan penggunaan bekas makanan yang selamat akan dijadikan rujukan utama pihak kantin.Pn. Nurul Ashikin Binti Mohd DinArissa Qayla Binti Qomarul Ariffin(2 Farabi)8. Pihak sekolah diminta memastikan ruang untuk menulis nama murid di belakang buku teks masih kosong bagi penerima baru.Pn. Rozilawati Binti Mat AdamMuhammad Farhan Asyraf Bin Mohd.Azman(2 Bukhari)Unit SPBT ambil maklum akan hal ini. Murid boleh berurusan dengan guru kelas untuk menukar buku tersebut. 9. Mohon diberi kelonggaran untuk memakai baju kemeja lengan panjang dan pendek untuk pengawas sekolah.Pn. Suharti Binti Ab.HalimMuhammad Iman Farhan Bin Md Indera(6 Bukhari)Unit Pengawas menetapkan murid boleh memakai baju lengan panjang atau pendek, dengan galakan untuk memilih baju lengan panjang semasa perhimpunan pagi pada hari Isnin bagi mengekalkan penampilan kemas dan seragam.10. Mencadangkan untuk pihak sekolah memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk menurunkan anak ke dalam kawasan sekolah apabila waktu hujan.Pn. Siti Nur Juliana Binti JohariWan Muhammad Izzul Daiyan Bin Wan Muhammad Rafique(5 Farabi)Pihak sekolah tidak bersetuju kerana bimbang keselamatan murid yang berada di dalam kawasan sekolah.Pintu pagar B akan dibuka apabila hari hujan. Ibu bapa dinasihati untuk menurunkan murid di pintu pagar B dan murid mengikut laluan berlindung yang disediakan.11. Pihak sekolah dimohon untuk mengambil tindakan menangani masalah penjaja di sekitar kawasan pagar Pn. Siti Nur Juliana Binti JohariWan Muhammad Izzul Daiyan Bin Wan Muhammad Rafique(5 Farabi)Isu penjaja di luar kawasan pagar sekolah berada di bawah bidang kuasa Majlis 45


sekolah, kerana ada penjaja yang menjual mi segera pada harga yang tidak berpatutan.Bandaraya Seremban (MBS).Pihak PIBG juga telah melaporkan perkara ini kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 10/09/2024 dan pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga telah mengambil tindakan terhadap aduan yang telah dibuat.Nombor Rujukan Aduan: MBSEREMBAN.075062Ibu bapa dimohon untuk menasihati anak-anak supaya tidak membeli daripada penjaja luar dan murid boleh membeli makanan di kantin sekolah bagi memastikan kebajikan dan keselamatan murid terjaga.12. Mohon pihak sekolah menjaga kebajikan murid khususnya yang kurang berkemampuan.En. Lavindra Guru A/L KumaraguruNur Arianna Safiyyah Binti Ahmad Azizi(1 Hijau)Pihak sekolah komited menjaga kebajikan semua murid, khususnya yang kurang berkemampuan. Ibu bapa digalakkan mengemaskini maklumat didalam sistem iDMe bagi memastikan anak-anak layak menerima bantuan RMT, Program Susu Sekolah (PSS) dan KWAPM. Selain itu, Unit Kebajikan sentiasa menjalankan pelbagai program untuk menyantuni murid yang memerlukan, dan kerjasama ibu bapa amat dihargai bagi memastikan keberkesanan inisiatif ini.46


13. Cadangan untuk memberikan sijil penyertaan kepada murid yang menyertai pertandingan anjuran pihak sekolah seperti Pertandingan Pakaian Kemerdekaan.Pn. Che Nurul Asikin Binti Abdul RahmanTuan Nuur Amirah Zahirah Binti Tuan Mohd Azahari(4 Bukhari)Pihak sekolah bersetuju untuk mempertimbangkan pemberian sijil penyertaan kepada murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran sekolah sebagai pengiktirafan atas usaha dan semangat penyertaan mereka.14. Menambah pelbagai acara di Kejohanan Sukan Sekolah supaya dapat melibatkan ramai murid untuk menyertainya. En. Ahmad Shamir Bin Md.ZainalZara Arissa Binti Ahmad Shamir(6 Farabi)Pihak sekolah menghargai cadangan untuk menambah pelbagai acara dalam Kejohanan Sukan Sekolah bagi melibatkan lebih ramai murid dan akan memastikan keperluan logistik, keselamatan, dan keselesaan murid dipenuhi. Murid digalakkan mengambil bahagian secara aktif, manakala ibu bapa diseru memberi sokongan melalui galakan dan kerjasama bagi menjayakan acara ini dengan meriah dan bermakna.15. Benarkan murid tahap 1 membawa pulang kertas ujian bagi membolehkan ibu bapa meneliti pencapaian serta mengenal pasti kelemahan pembelajaran anak secara lebih berkesan.En. Mohd Fazal Bin Abdul IbrahimQaireen Marissa Binti Mohd Fazal(3 Bukhari)Mulai tahun 2019, peperiksaan bagi murid Tahap 1 telah dimansuhkan. Rasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna kepada murid.Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2026. Sehubungan itu, tiada markah akan 47


dikeluarkan bagi sebarang pentaksiran yang dilaksanakan.Bagi tahun 2026, pihak sekolah akan melaksanakan penilaian secara bertulis yang memaparkan keputusan Tahap Penguasaan sebagai panduan kepada ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak-anak di rumah.16. Sediakan ruang khas di pondok pengawal bagi membolehkan murid meletakkan barang atau beg sekolah secara teratur dan selamat.Pn. Norfazidah Binti HassanRazan Luthfiya Binti Muhammad Aliff Redza(2 Farabi)Pihak sekolah mengambil maklum cadangan tersebut dan akan meneliti keperluan penyediaan ruang di pondok pengawal bagi kegunaan murid, tertakluk kepada aspek keselamatan dan kesesuaian ruang.En. Kamal Azmi Bin Abd RahmanAminah Wafa Binti Kamal Azmi(2 Farabi)17. Cadangan agar sinki di tandas atau kawasan basuhan tangan direndahkan khusus untuk kegunaan murid Tahun 1bagi memudahkan mereka membasuh tangan dengan lebih selamat dan selesa.En. Mohammad Syazwan Bin JalailiNur Ardhianni Malaeqa Binti Mohammad Syazwan(1 Nawawi)Pihak sekolah mengambil maklum cadangan tersebut dan akan melaksanakan penambahbaikan dengan menyediakan sinki yang lebih rendah dan sesuai untuk kegunaan murid Tahun Satu bagi memastikan kemudahan basuhan tangan yang lebih selamat, selesa dan mesra murid.48


Click to View FlipBook Version