REKA BENTUK MAKANAN
1. Reka bentuk makanan bermaksud pembentukan, hiasan, ukiran pada sesuatu makanan.
2. Untuk menghasilkan reka bentuk makanan, penggunaan alat yang bersesuaian adalah penting. Alat
bermaksud barang yang digunakan untuk membuat atau menghasilkan sesuatu. Manakala perkakasan
pula bermaksud peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan.
3. Bahan makanan merujuk kepada jenis makanan yang dipilih untuk direka bentuk sama ada roti, buah-
buahan, kek atau kuih-muih. Bahan makanan ini boleh direka bentuk mengikut kreativiti dan idea
sendiri.
Contoh makanan Contoh alat yang sesuai Contoh makanan Contoh alat yang sesuai
Roti Acuan, pisau
Pisau
Buah epal Pisau, acuan
Buah tembikai Acuan
Pisau
Roti jala
Kuih bingka Pisau, Acuan Aising
Kek / muffin
CONTOH ACUAN YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH ACUAN AISING YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH PISAU YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH REKA BENTUK MAKANAN MENGGUNAKAN ACUAN
CONTOH REKA BENTUK MAKANAN MENGGUNAKAN ACUAN
CONTOH REKA BENTUK MAKANAN MENGGUNAKAN PISAU
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
1. Kebebasan memilih kepada pengguna
Memberikan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan produk mengikut kehendak masing-masing.
2. Mengikut tren semasa
Mengikut peredaran semasa yang sentiasa berubah mengikut zaman.
3. Meningkatkan nilai komersial
Membuka peluang perniagaan kepada pengusaha untuk menghasilkan sesuatu produk mengikut kehendak dan
keperluan pelanggan.
4. Pembangunan sains dan teknologi moden
Menyumbang kepada perkembangan penciptaan pelbagai jenis mesin dan alatan untuk menghasilkan reka
bentuk makanan sejajar perkembangan dan trend semasa.
5. Kepelbagaian etika budaya
Memperkenalkan identiti sesuatu budaya sesuatu kaum
MENJANA IDEA BAGI MENGHASILKAN LAKARAN BERMAKLUMAT REKA BENTUK MAKANAN YANG
AKAN DIHASILKAN.
. Menyenaraikan bahan makanan yang sesuai digunakan
Mengenal pasti reka bentuk yang sesuai pada bahan makanan yang dipilih
makanan yang dipilih.
Membuat lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang dihasilkan
yang dihasilkan
Menilai maklumat pada lakaran dan membuat penambahbaikan
penambahbaikan
Menghasilkan reka bentuk pada makanan yang dipilih berdasarkan lakaran yang disediakan
Membuat pembentangan hasil reka bentuk bahan makanan
Contoh cetusan idea melalui lakaran