Isi Kandungan
• Isi kandungan…………………………………………………….2
• Perasmia Majlis…………………………………………………3
• Pantun Selamat Datang………………………………………4-5
• Atur cara Majlis……………………………………………….6
• Agenda Mesyuarat……………………………………………..7
• Sekapur sirih dari Guru Besar SK ConvSeAntB…TU…, 2…O…k…to…b.e..r82021
• Kata-kata Aluan Yang di-Pertua PIBG …………………….1.09 pagi
• AJK Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sesi 2020/2021 ……10
• AJK Pengelola……………………………………………11-12
• Minit Mesyuarat Agung PIBG Ksli ke-44 ……………13-17
• Laporan Tahunan Aktiviti………………………………….18-20
• Penyata kewangan PIBG sesi 2020-2021……………….21-23
• Usul dan cadangan…………………………………………….24
• Pelantikan AJK Sesi 2021/2022…………………………25-26
• Penghargaan ………………………………………………..27
Perasmian oleh:
YB Dato’ Hj.Mohd.Rashid Bin Hasnon
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat
Pantun Selamat Datang
Teringin rasa nak makan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasanya tidak terperi,
Bertemu YB yang baik budi
Cinta itu mana datangnya
Dari mata turun ke hati
Terima kasih atas waktunya
Kehadiran YB sangat bererti
Atur cara Majlis
10.00 pagi : Berkumpul secara atas talian melalui ‘Google Meet’
Pendaftaran ibubapa SK Convent Batu Pahat
berkumpul atas talian melalui ‘Google Meet’
: Bacaan Doa
: Ucapan Pn. Hjh Juliah bt Omar (GB SK Convent)
: Ucapan Ts Dr Sasitharan Nagapan
(YDP PIBG sesi 2020/ 2021)
: Ucapan perasmian oleh
YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat
Sesi bergambar
11.30 : Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2020/2021 dimulakan
: Bersurai
Agenda Mesyuarat Agung PIBG
1. Ucapan Penasihat (Pn Hjh. Juliah bt Omar, Guru Besar SK Convent)
2. Ucapan Pengerusi (Ts Dr Sasitharan Nagapan, YDP PIBG)
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
kali ke-44
4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan
5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir pada
31 Disember 2020
6. Membahaskan usul
7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2020/2021
8. Pelantikan Pengerusi Sementara
9. Memilih jawatankuasa baharu PIBG SKC bagi Tahun 2021/2022
10. Memilih jawatankuasa KSIB (Pengerusi dan Naib Pengerusi)
11. Memilih Juru Audit Dalaman (2 orang)
12. Hal-hal Lain
13. Ucapan penangguhan
Kata-kata Aluan Guru Besar
SEMANIS BICARA, SETULUS SENYUMAN
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, Marilah kita bersama-sama memanjangkan rasa
syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan peluang dan kesempatan yang ada,
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dapat direalisasikan pada kali ini dalam suasana
norma baharu.
Umum kita mengetahui bahawa dalam era pandemik ini, pihak sekolah dan ibu bapa
sentiasa memastikan keutamaan, keperluan dan kebajikan murid-murid SK Convent
terpelihara. Amalan SOP yang sewajarnya dibantu dengan kesinambungan
pembelajaran atas talian menggunakan medium aplikasi DELIMA pada musim PKP
jika dikuatkuasakan, membantu kita lebih yakin menangani cabaran isu pendidikan
semasa baik dari aspek pembelajaran bersekemuka di bilik darjah, dalam talian
bahkan juga dari aspek kokurikulum dan ko-akademik.
Melalui permuafakatan dan kerjasam menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
pihak sekolah dikira bertuah dapat merealisasikan agenda penting yang menjurus ke
arah kemenjadian dan keberhasilan murid. Begitu juga dengan setiap kejayaan yang
dilakar dan dikecapi tidak akan berhasil tanpa sokongan dan usaha pihak yang terlibat.
Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan melaksanakan agenda sekolah
sekaligus mendokong misi dan visi sekolah. Smeoga Allah S.W.T memberkati dan
merahmati usaha kita dalam melunaskan tanggungjawab mendidik dan membimbing
anak-anak SK Convent agar menjadi generasi berilmu, terpuji sahsiahnya dan
cemerlang sekaligus berbangga sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik.
Diharapakan anak-anak inilah yang bakal menjadi legasi generasi pintar dan berkaliber
dalam menyumbang bakti kepada komuniti tanah air Malaysia. Saya sudahi ucapan
saya dengan serangkap pantun :
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat ,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat
Sekian , terima kasih
HAJAH JULIAH BINTI OMAR
Guru Besar SK Convent Batu Pahat.
Sekapur Sirih
dariYang Di-Pertua
Selamat Sejahtera dan Salam Kecemerlangan.
Saya selaku YDP PIBG Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli
PIBG yang terdiri daripada semua guru dan ibu bapa yang hadir untuk menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45 ini.
Tujuan asal penubuhan PIBG di Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat perlu
dihayati dan dipraktikkan oleh semua ahli PIBG. Tujuan yang dimaksudkan ini selaras
dengan Akta Pendidikan 1996, iaitu (i) untuk mengadakan sesuatu forum dan
perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam
meningkatkan imej sekolah; (ii) untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam
memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
(iii) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat mengenai pendidikan; (iv) memberi peluang kepada ibu bapa dan guru
dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf
pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan (v) membolehkan ibu bapa dan guru
dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan
kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
Selaras dengan lima tujuan ini, kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Convent Batu
Pahat bergantung kepada pengorbanan daripada semua ahli PIBG. Oleh yang
demikian, saya berharap ahli PIBG boleh tampil ke hadapan memberi cadangan dan
hulurkan bantuan sama ada dari segi tenaga kepakaran, kewangan mahupun idea
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menambah baik
kemudahan fizikal di sekolah.
Akhir kata, sokongan padu dari semua ahli PIBG amat diperlukan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan kemudahan fizikal di Sekolah Kebangsaan Convent
Batu Pahat. Harapan saya, semua ahli PIBG perlu komited dan saling berganding bahu
antara satu sama lain bagi menjayakan segala tujuan asal penubuhan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru.
Sekian, terima kasih.
(TS. DR. SASITHARAN NAGAPAN)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat
AJK Persatuan IbuBapa Guru
Penasihat/Ex-Officio : Pn. Hjh.Juliah Binti Omar
Yang di-Pertua (Guru Besar SK Convent)
Naib Yang di-Pertua : TS.Dr.Sasitharan Nagapan (Ibu Bapa)
Setiausaha : Pn. Noriza Binti Haron (Ibu Bapa)
Bendahari : En. Mohd Balya Hidir Bin Mohd Salleh (Guru)
AJK : Pn. Nur Izwahani Binti Zainal Abidin (Guru)
: Pn. Zulinawati Binti Mohd. Shalihin (Guru)
Pemeriksa Kira-kira : Cik Hjh. Izzati Binti Idris (Guru)
: En. Mohd Azizi Bin Sukhimee (Guru)
: Pn. Nur Hafizah Binti Mohamed (Guru)
: En. Mohd Azizul Bin Ab.Rahman -Peng. KSIB
: Pn. Hamsiah Binti Paiman – Naib Peng. KSIB
: En. Mohd Shahrul Bin Abd Satar (Ibu Bapa)
: En. Rahimah Binti Nor Ali (Ibu Bapa)
: Pn. Siti Khadijah Binti Anis (Ibu Bapa)
: En. Zaihan Bin Zainal Abidin (Ibu Bapa)
: Pn. Meldah Petrus (Ibu Bapa)
: Pn. Chang Fong Kian (Ibu Bapa)
: Pn. Nor Azurah Binti Sabnon (Ibu Bapa)
: Pn. Marina Binti Mohamed (Guru)
AJK Pengelola
Penyambut Tetamu
Pn. Hjh Juliah bt Omar (Guru Besar)
Ts Dr Sasitharan Nagapan (YDP)
Pn Noriza binti Haron (NYDP)
Pn. Rosyati bt Mahat (GPK 1)
En. Halidi bin Manap (GPK HEM)
En. Mohmad Haris Bin Kairan (GPK Kokurikulum)
En Mohd. Azizul bin Ab Rahaman (Pengerusi KSIB)
Surat Menyurat
En. Mohd Balya Hidir bin Mohd Salleh
Bacaan Doa
En. Mohd Azizi bin Sukhimee
Ajk Multimedia
En. Mohd Hafiz bin Sharif (K)
En. Huzaiman bin Hasahari
Juruacara
Cik Izzati bt Idris (K)
Pn. Normazlinah bt Dawam
Ajk Multimedia
En. Mohd Hafiz bin Sharif (K)
En. Huzaiman bin Hasahari
Pendaftaran
Pn. Azlin bt Ahmad (K)
Cik Gayathiry a/p Vismanathan
Backdrop
En. Anuar bin Mornie (K)
Pn. Mayzah bt Hassan
Buku Program
Pn. Hjh.Salina binti Abd Wahab(K)
Pn. Zatulhidayu bt Zulkifli
Pn Marina bt Mohamed
Pn. Hjh. Nor Azlina bt Shaari
Pencatat
Pn. Siti Nurul Huda bt Hussain (K)
Pn. Zainon bt Ruslan
Pn. Teu Chai Har
Cenderamata Perasmi / Sijil
Pn..Zulinawati bt Mohd Salihin (K)
Pn. Nur Hafizah bt Mohamed
Jurugambar
En. Huzaiman bin Hasahari
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-44
Tarikh: 22 Februari 2020/Sabtu (8.00 pagi)
Tempat: Dewan Semarak, SK Convent.
1. Ucapan Alu-aluan oleh YDP PIBG
Ts Dr Sasitharan Nagapan, selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih serta
mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44. Beliau mengharapkan kerjasama ibu bapa dalam
menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd
Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat Ahli Parlimen Batu Pahat.
Besar harapan agar para ibu bapa terus kekal sehingga ke akhir majlis.
2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43.
2.1 Minit mesyuarat diterima dan disahkan.
Minit diterima : Pn Nor Laila binti Abd. Rasib
Penyokong : Pn. Norhyati binti Harti
3. Pembentangan aktiviti PIBG
3.1 Setiausaha PIBG meminta ahli merujuk muka surat 17. Terdapat 5 kali
mesyuarat AJK PIBG dan sekali mesyuarat penyelarasan.
3.2 Aktiviti PIBG pula adalah pada muka surat 17 hingga 20.
Pembentangan disahkan : Pn. Norhyati binti Harti
Disokong : Pn. Normah binti Sukimin
4. Pembentangan penyata kewangan.
4.1 Bendahari meminta ahli merujuk muka surat 23-24.
4.2 Laporan penyata kewangan diterima dan disahkan.
Diterima : En. Abd Hamid bin Baba
Disokong : Pn. Norbayzura bt. Mohd. Zam
5. Pembentangan dan membahaskan usul.
5.1 Usul/cadangan daripada ibu bapa
Usul/cadangan 1
Telefon awam dalam kawasan sekolah
Guru Besar memaklumkan tidak membenarkan murid-murid menggunakan
telefon di luar kawasan sekolah, kecuali setelah ibu bapa datang menjemput
murid tersebut. Pihak sekolah membenarkan murid-murid menggunakan telefon
pejabat sekolah RM0.10 untuk setiap panggilan telefon. Jika pihak ibu bapa
mengenali syarikat telefon swasta yang boleh menyediakan khidmat telefon sila
berhubung dengan pihak sekolah, memandangkan pihak Telekom Malaysia tidak
dapat menyediakan khidmat telefon di sekolah.
Pembawa usul Pn. Heryanti binti Razali.
Usul/cadangan 2
Mencadangkan setiap keluarga menyediakan rak buku bagi setiap kelas.
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sememangnya berhasrat untuk
menyediakan.rak buku setiap kelas dan meninjau daripada mana-mana syarikat yang
menawarkan harga yang berpatutuan.. Rak akan diletakkan di tepi kelas, bilangan rak
cukup untuk setiap murid. Namun ibu bapa perlu menyumbang kerana sekolah tiada
peruntukkan atau kewangan yang mencukupi. Pihak sekolah akan berbincang dengan
YDP.
YDP meminta persetujuan untuk menyediakan rak daripada ibu bapa. Majoriti
menyokong iaitu sekolah akan menyediakan rak bagi meringankan beban anak-anak
dalam membawa buku ke sekolah. Sebanyak RM56.00 diperlukan bagi setiap anak.
Ibu bapa perlu membayar RM50.00 manakala bakinya PIBG akan bayar. Rak akan
diletakkan di tempat yang sesuai agar pengudaraan dan pencahayaan di dalam kelas
berkeadaan baik.
Pembawa usul : Pn. Norazlina binti Shaari.
Penyokong usul : Disokong sebulat suara
Usul/cadangan 3
Membuka kelas bahasa Cina kepada murid-murid sebagai bahasa elektif.
Guru besar akan membuat permohonan pembukaan kelas bahasa Cina dan akan
diajukan ke Pejabat Pendidikan Batu Pahat.
Pembawa usul : Pn. Mayzah binti Hassan
Penyokong usul : Disokong sebulat suara
Usul/cadangan 4
Menambahbaik kualiti makanan dan minuman yang dijual di kantin.
Guru Besar memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh sekolah terutama AJK
kantin. Pihak sekolah meminta pihak kantin agar meletakkan sayur di tepi, jika murid
mahukan sayur, bolah mengambilnya sendiri. Ini disebabkan oleh, ramai murid tidak
makan sayur dan menyebabkan pembaziran.
Pembawa usul : Pn. Siti Khadijah binti Anis.
Penyokong usul : Disokong sebulat suara
Usul/cadangan 5
Pendedahan IT kepada murid-murid.
Guru Besar memaklumkan bahawa murid mempunyai satu waktu seminggu iaitu
subjek TMK. Pihak PIBG juga memohon Smart TV daripada YB untuk memastikan
pembelajaran ICT berjalan lancar. Guru Besar memohon agar sama-sama berdoa agar
permohonan sekolah kepada YB akan diterima serta diluluskan.
Pembawa usul : En. Azrai bin Ahmad.
Penyokong usul : Disokong sebulat suara
Usul/cadangan 6
Program sarapan pagi di sekolah
Guru Besar memaklumkan bahawa hanya 100 buah sekolah sahaja di seluruh Malaysia
yang terlibat pada tahun ini. SK convent tidak termasuk dalam program sarapan pagi
Pembawa usul : En. Sarip Huddin bin Parman.
Penyokong usul : Disokong sebulat suara
Usul/cadangan 7
Satu keluarga dapat menyumbangkan satu pasu pokok bunga.
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah menyambut cadangan dengan baik
akan cadangan supaya satu keluarga menyummbangkan satu pasu pokok bunga atau
satu plastik tanah atau satu benih anak pokok. Memandangkan sekolah kekurangan
pokok hiasan maka pihak sekolah memohon bantuan ibu bapa untuk menceriakan
kawasan sekolah. Prasarana sekolah yang ceria dapat membantu dan merangsang
murid-murid SK Convent agar berasa bangga menjadi murid SK Convent.
YDP meminta persetujuan ibu bapa terhadap cadangan ini. Majoriti ibu bapa bersetuju.
En Sarip Huddin bin Parman memberikan cadangan agar pihak sekolah memohon
sumbangan dengan majlis Perbandaraan Daerah Batu Pahat.
Guru Besar memberitahu bahawa pihak sekolah telah menerima sumbangan daripada
MPBP bantuan pokok, tetapi pihak sekolah memperolehi pokok besar. Namun
demikian, pihak sekolah akan cuba membuat permohonan sekali lagi kepada MPBP
Pn. Jamiah binti Paiman bertanya, bagaimana pihak sekolah hendak mewar-warkan
cadangan ini kepada ibu bapa yang tidak hadir pada hari ini.
Guru Besar menjawab bahawa pihak sekolah akan memaklumkan melalui surat dan juga
ke kumpulan whats app kelas anak masing-masing.
Pembawa usul : Pn. Zulinawati binti Mohd. Shalihin.
Penyokong usul : Disokong sebulat suara
6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020
Pengerusi mengisytiharkan pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020.
7. Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020.
7.1 Pn. Normah binti Sukimin mencadangkan agar Pn. Juliah binti Omar dilantik
sebagai pengerusi sementara.
6.
7.2 Pemilihan YDP PIBG sesi 2020/2021
7.2.1 En. Abd Hamid b. Baba mencadangkan Ts Dr Sasitharan Nagapan
dikekalkan sebagai calon YDP PIBG sesi 2020/2021
Pn Hamsiah binti Paiman menyokong Ts Dr Sasitharan Nagapan di
kekalkan.
7.2.2 En Sarip Huddin bin Parmon mencadangkan Pn Noriza Bt Haron sebagai
calon NYDP PIBG sesi 2020/2021
Disokong oleh Pn Jamiah Parman
Pn Mayzah bt. Hassan mencadangkan tiga orang bapa iaitu En. Azizul,
En Mohd Syahrul dan En Zaihan sebagai AJK.
Disokong oleh Ts Dr Sasitharan Nagapan.
Pn. Mayzah bt Hassan mencadangkan tiga orang ibu iaitu Pn. Melda,
Pn Hamsiah manakala Pn Azura sebagai pemeriksa kira-kira.
7.2.3 Undian dijalankan. Pemilihan telah dibuat.
YDP PIBG adalah Dr. Sasitharan Nagapan dan NYDP PIBG adalah
Pn. Norhiza binti Haron
7.3 Guru Besar memaklumkan jawatan Setiausaha dan Bendahari PIBG
2020/2021.
Setiausaha ialah En. Mohd. Johari bin Noor Mohamad dan jawatan bendahari
disandang oleh Pn. Nur Izwahani binti Zainal Abidin
7.4 Pelantikan AJK seramai 8 orang dari kalangan ibu bapa:
AJK yang terpilih selepas undian dijalankan adalah:
i) Pn. Chang Fong Kian .
ii) En. Mohd. Azizul b. Ab Rahaman
iii) En. Mohd Syahrul bin Abd Satar
iv) En. Zaihan bin Zainal Abidin
v) Pn. Rahimah binti Nor Ali
vi) Pn. Khadijah binti Anis.
vii) Pn. Meldah Petrus
Viii) Pn. Hamsiah binti Paiman
7.5 Guru Besar mengumumkan pelantikan AJK dari kalangan guru seramai 4 orang
iaitu:
i) Pn. Nur Hafizah bt. Mohamed
ii) Pn. Zulinawati bt. Mohd. Salihin
iii) Cik. Izzati bt. Idris
iv) En. Mohd. Azizi bt. Sukhimee
8. Memilih Dua Orang Juru Audit (Pemeriksa Kira-kira).
8.1 Pemeriksa kira-kira dari kalangan ibu bapa adalah Pn. Nor Azurah bt.
Sabnon yang dicadangkan oleh Pn. Norhyati binti Harti.
8.2 Guru Besar memaklumkan untuk mengekalkan Pn. Marina binti Mohamed
sebagai pemeriksa kira-kira dari kalangan guru.
9. Ucapan Penangguhan.
9.1 Tuan YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Beliau
mengharapkan kerjasama ibu bapa. Beliau juga berharap semua AJK yang
baru dilantik dapat menjalankan amanah dengan memberi komitmen dan
kerjasama yang jitu untuk kecemerlangan sekolah.
9.2 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi
2019/2020 dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 di
atas pelantikan mereka. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru penolong kanan, semua guru dan ibu bapa atas kerjasasama
yang diberikan untuk kecemerlangan anak-anak SK Convent dari segi
akademik dan fizikal sekolah. Beliau berharap agar barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik dapat memberikan komitmen
sepenuhnya. Beliau menyatakan sokongan padu yang diberikan oleh pihak
PIBG kepada pihak sekolah tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata hanya
Allah sahaja yang dapat membalasnya..
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari..
Pencatat:
Pn. Siti Nurulhuda bt. Husain
Pn. Zainon binti Ruslan.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
b/p (PN HJH JULIAH BINTI OMAR) (Ts. Dr. SASITHARAN NAGAPAN)
(TN. HJ MOHD.JOHARI BIN NOOR MOHAMAD) Guru Besar, Yang Di-Pertua PIBG sesi 2019/2020
Setiausaha PIBG 2020/2021 SK Convent Batu Pahat. SK Convent Batu Pahat
Tarikh: 25.2.2020
Laporan Tahunan Aktiviti PIBG
Sepanjang sesi 2020-2021, tiada banyak aktiviti yang sempat dijalankan
disebabkan kekangan pendemik. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan adalah :
1. Sumbangan Kasih
Pada 16.5.2020, Pengerusi PIBG, Guru Besar bersama JK PIBG telah
berkesempatan melawat ke rumah-rumah keluarga ahli yang susah dan
terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memberi sedikit sumbangan
dengan harapan dapat membantu serba sedikit masalah yang dihadapi oleh
ahli PIBG SK Convent.
2. Pemasangan “Smart TV”
JK PIBG telah sepakat untuk memasang “Smart TV” di kelas-kelas tahun 1,2
dan bilik pemulihan hasil daripada sumbangan YB sebanyak RM8000
(4.8.2020) dan juga tambahan daripada tabungan PIBG, dengan harapan
dapat mempelbagaikan corak PdP di masa hadapan oleh warga guru
khusus untuk murid-murid SK Convent Batu Pahat.
3. Sumbangan Kabinet
JK PIBG telah memutuskan untuk memasang kabinet di setiap kelas tahun 1-
6 dengan tujuan membantu meringankan beban murid membawa buku ke
sekolah. JK PIBG telah memutuskan ibu bapa murid membayar sebanyak
RM35.00 dan selebihnya ditanggung oleh PIBG telah berjaya dilaksanakan.
Pada akhir tahun 2020, pemasangan kabinet telah selesai dibuat dan murid-
murid telah pun menggunakkannya sebelum sekolah bercuti disebabkan
PKP.
Penyata Kewangan
PENERIMAAN PERBELANJAAN
BIL TARIKH PERKARA JUMLAH BIL TARIKH PERKARA JUMLAH
(RM)
(RM) 220.85
1 01.01.2020 Baki di bank pada 3,479.82 1 04.01.2020 Bil elektrik - Disember 101.71
1.1.2020
143.90 2 06.01.2020 Bil elektrik - Januari 100.00
2 01.01.2020 Baki tunai di tangan
pada 1.1.2020 3.69 3 19.01.2020 Sumbangan murid 26.00
Cina (Tahun Baru
3 01.01.2020 Hibah bank - Cina) 30.00
Januari
120.00 4 28.01.2020 Jamuan mesyuarat 1,500.00
4 07.01.2020 Yayasan Raja AJK PIBG
Zarith Sofiah 340.00
11,600.00 5 13.02.2020 Bayaran MSSC
5 28.01.2020 Sumbangan ibu 65.00
bapa 15.12 6 20.02.2020 Belanja Mesyuarat
570.00
6 01.02.2020 Hibah bank - Agung PIBG : 0.50
Februari
20.00 Cabutan bertuah 469.39
7 01.02.2020 Keuntungan mesin
cetak PIBG 50.00 Hadiah AJK PIBG 250.00
300.00
8 09.02.2020 Sumbangan PIBG
20.00
(17 x RM20) 20.00
99.50
9 22.02.2020 Sumbangan ibu 175.00 Piala UPSR 105.00
bapa ( MAT) 80.00
(13 x RM5)
10 01.03.2020 Hibah bank - Mac 20.00
11 01.04.2020 Hibah bank - April 13.47 Hadiah UPSR 75.00
0.50
12 19.04.2020 Sumbangan KASIH 11.56 Caj cek : 074530 50.00
13 19.04.2020 Sumbangan KASIH
200.00 7 20.02.2020 Bil elektrik - Februari 24.00
200.00 8 24.02.2020 Belanja Mesyuarat
Agung PIBG :
14 20.04.2020 Sumbangan KASIH 30.00 Jamuan VIP
15 21.04.2020 Sumbangan KASIH
100.00 Jamuan ibu bapa,
guru dan murid
16 21.04.2020 Sumbangan KASIH 20.00 Bateri
17 24.04.2020 Sumbangan KASIH 230.00 Roset
18 27.04.2020 Sumbangan KASIH
100.00 Buku program
19 28.04.2020 Sumbangan KASIH
20 28.04.2020 Sumbangan KASIH 30.00 Banner
- CJ Century 6,000.00 Cenderamata perasmi
21 30.04.2020 Sumbangan KASIH 50.00 Hadiah Pn. Normah
22 01.05.2020 Hibah bank - Mei
12.10 Insentif pemain hoki
23 01.05.2020 Sumbangan KASIH
24 01.05.2020 Sumbangan KASIH 350.00 Caj cek : 074532
200.00 9 26.02.2020 Sumbangan Mahrajan
al-Quran
25 01.05.2020 Sumbangan KASIH 50.00 10 08.03.2020 Jamuan mesyuarat
AJK PIBG
Penyata Kewangan
26 01.05.2020 Sumbangan KASIH 560.00 11 06.05.2020 Deposit kabinet murid 5,000.00
27 02.05.2020 Sumbangan KASIH 0.50
28 05.05.2020 Sumbangan KASIH 100.00 12 06.05.2020 Caj cek : 074533
745.10
29 05.05.2020 Sumbangan KASIH 200.00 13 06.05.2020 Bil elektrik - Mac,
30 06.05.2020 Sumbangan KASIH April, Mei 0.50
31 08.05.2020 Sumbangan KASIH 8,655.00
32 09.05.2020 Sumbangan KASIH 20.00 14 06.05.2020 Caj cek : 074534
2.50
33 10.05.2020 Sumbangan KASIH 10.00 15 18.05.2020 Sumbangan KASIH 30.00
34 10.05.2020 Sumbangan KASIH 50.00 16 18.05.2020 Caj cek : 074535 91.30
35 01.06.2020 Hibah bank - Jun 100.00 17 25.06.2020 Sumbangan Hari 2.00
36 01.07.2020 Hibah bank - Julai Guru Daerah
37 08.07.2020 Sumbangan KASIH 1,560.00
5.00 18 12.09.2020 Bil elektrik - Jun, 2.00
38 01.08.2020 Hibah bank - Ogos Julai, Ogos
219.45
39 04.08.2020 Sumbangan YB 50.00 19 15.09.2020 Cetakan penyata
40 01.09.2020 Hibah bank - kewangan 50.00
September 6.85 20 17.09.2020 Sumbangan KASIH 9.00
41 03.09.2020 Sumbangan alumni 11.00
3.20 21 17.09.2020 Caj cek : 074537
42 13.09.2020 Sumbangan PIBG - 10,000.00
6B 1,560.00 22 30.09.2020 Bil elektrik -
September 0.50
43 20.09.2020 Sumbangan PIBG -
6B 2.71 23 03.10.2020 Jamuan mesyuarat 3,000.00
AJK PIBG
44 29.09.2020 Sumbangan 35.00
peribadi 11,600.00 24 04.10.2020 Fail AJK
7,000.00
45 30.09.2020 Sumbangan kabinet 7.30 25 04.10.2020 Air mineral
- 1H 0.50
50.00 26 20.10.2020 Pemasangan TV
46 01.10.2020 Hibah bank - 7,000.00
Oktober (Kelas Tahun 1, 2 dan
0.50
47 01.10.2020 Sumbangan kabinet 150.00 Bilik Pemulihan)
- 5B 47,882.30
50.00 27 20.10.2020 Caj cek : 074538
48 05.10.2020 Sumbangan kabinet
- 3H 1,000.00 28 11.11.2020 Bayaran kabinet
49 05.10.2020 Sumbangan kabinet 960.00 29 13.11.2020 Pemulangan
- 6B sumbangan kabinet
(1H pindah)
50 05.10.2020 Sumbangan kabinet
- 4B 7.29 30 26.11.2020 Bayaran kabinet
51 05.10.2020 Sumbangan kabinet 315.00 31 26.11.2020 Caj cek : 074540
- 4H
627.00 32 04.12.2020 Bayaran kabinet
120.00 33 04.12.2020 Caj cek : 074541
455.00 JUMLAH
505.00 PERBELANJAAN
Penyata Kewangan
52 05.10.2020 Sumbangan 700.00
kabinet - 5H
53 05.10.2020 Sumbangan 280.00 31.12.2020 Baki di bank pada 6,955.72
31.12.2020 279.59
kabinet - 3B
31.12.2020 Baki tunai di tangan
54 05.10.2020 Sumbangan 735.00 pada 31.12.2020
kabinet - 2H
55 07.10.2020 Sumbangan 910.00
kabinet - 1B
56 11.10.2020 Sumbangan 210.00
kabinet - 5H
57 01.11.2020 Hibah bank - 8.03
November
58 01.11.2020 Sumbangan PIBG 200.00
- 5B
59 01.11.2020 Sumbangan 525.00
kabinet - 5B
60 04.11.2020 Sumbangan 905.00
kabinet - 2B
61 04.11.2020 Sumbangan 70.00
kabinet - 6B
62 04.11.2020 Sumbangan PIBG 50.00
- 6B
63 05.11.2020 Sumbangan 175.00
kabinet - 4B
64 08.11.2020 Sumbangan 35.00
kabinet - 2H
65 08.11.2020 Sumbangan 490.00
kabinet - 3H
66 24.11.2020 Sumbangan 630.00
kabinet - 6H
67 25.11.2020 Sumbangan 140.00
kabinet - 5H
68 26.11.2020 Pemulangan cek 7,000.00
69 01.12.2020 Hibah bank - 5.57
Disember
70 07.12.2020 Sumbangan anak 300.00
yatim MAIJ
71 30.12.2020 Komisen jualan 30.00
hand sanitizer
JUMLAH 55,117.61 JUMLAH 55,117.61
Disediakan oleh, Disahkan oleh, Disemak oleh, Disemak oleh,
.............................. ............................... ............................... ...............................
(NUR IZWAHANI BINTI ZAINAL ABIDIN) (SASITHARAN NAGAPAN) (NOR AZURAH SABNON) (MARINA MOHAMED)
Bendahari PIBG YDP PIBG Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira
Sesi 2020-2021 Sesi 2020-2021 Sesi 2020-2021
2
Usul dan Cadangan
Usul 1: Siti Nurliana binti Mohd Jazuli
Kalau lanjut pdpr mintak cikgu2 standby kan kerja sekolah pada
ibubapa yang kerja, tak sempat nak tengok anak punya pdpr kat
wasap.kalau cikgu2 dpt sedia kan lagi senang.
Usul 2: Syaliza binti Abdul Rahman
Mohon jejantas untuk memudahkan ibu bapa dan pelajar melintas ke
taman hadapan. Kerana jalan agak besar & membahayakan
Usul 3: Norazah Aziz
Cadangan tentang sesi persekolahan akan dtg serta sop yg akan
dilalui oleh murid2
Usul 4: Nurunnasyrah Binti Mohamed Zulkifli
Assalamualaikum. Diharap agar pihak sekolah mempunyai peruntukan untuk
menyediakan peralatan-peralatan yang lengkap khususnya untuk aktivit sukan
memanah bagi pelajar-pelajar, guru-guru dan juga ibu bapa jika berpeluang
agar semua dapat berpeluang untuk berlatih dan dapat lebih mendalami lagi
ilmu serta teknik-teknik sukan memanah yang merupakan salah satu di antara
sukan Sunnah Rasulullah saw. Moga semua mendapat manfaat dari sukan ini.
Sekian usul dari saya. Terima kasih
Usul 5 : Ernie Yusmaniza Binti Hassan
Harap pihak sek dapat menyediakan peralatan memanah utk
kegunaan ahli persatuan memanah.terima kasih
Usul 6: Saliza Binti Satiman
Berikan banyak lagi latihan
Pelantikan AJK Sesi 2021/2022
YANG DI-PERTUA
NAIB YANG DI-PERTUA
SETIAUSAHA
BENDAHARI
PENGERUSI KSIB
NAIB PENGERUSI KSIB
AJK GURU
AJK GURU
AJK GURU
AJK GURU
AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
JURU AUDIT (GURU) JURU AUDIT ( IBU BAPA)
Sekalung Penghargaan
Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG SK Convent
Kali ke-45 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ;
YB Dato’ Hj. Mohd Rashid Bin Hasnon
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat
En. Ts. Dr. Sasitharan Nagapan
Yang Di-Pertua PIBG sesi 2019/2020
SK Convent Batu Pahat
Pn. Hjh. Juliah Binti Omar
Guru Besar SK Convent Batu Pahat
Ahli Jawatankuasa PIBG dan PIBK SK Convent Batu Pahat
Guru-guru dan Staff SK Convent Batu Pahat
Ibu Bapa/Penjaga
Murid-murid SK Convent
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45
Terima Kasih