The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorharmimi, 2022-05-18 14:00:34

Buku Program Majlis Sambutan Hari Guru 2022

Hari Guru

Keywords: Hari Guru

SK BULOH POH
16450 KOTA BHARU, KELANTAN

Talian Am: 09-7833306
E-mel: [email protected]

GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

TARIKH:
19 MEI 2022 (KHAMIS)

MASA:
7.45 PAGI
TEMPAT:
DEWAN SK BULOH POH

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH 2022

PENDAHULUAN
Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai
satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini
merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana
ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai
jasa guru-guru. Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi
amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini
dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang
positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

MATLAMAT
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang
dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik
di atas tugas-tugas yang telah diamanahkan. Perjuangan guru-guru
patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan pada
masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara.

OBJEKTIF
a) Meraikan guru-guru dan kakitangan SK Buloh Poh.
b) Mengenang dan membalas jasa-jasa guru yang mencurahkan

bakti dalam mendidik murid.
c) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah dan

semangat kekeluargaan dalam kalangan guru.
d) Merapatkan hubungan antara guru dan pentadbir.

SASARAN
Guru-guru, kakitangan dan murid-murid SK Buloh Poh.

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH 2022

Pengerusi : Pn. Hjh. Saripah binti Mat Daud (Guru Besar)

Timb. Pengerusi : Pn. Normah binti Mamat (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Wan Noor Kartini binti Wan Hamzah
Naib Pengerusi 2 (PK Pentadbiran)

: Tn. Hj. Mansor bin Md Nor (PK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras : Pn. Rosliza binti Mat

Penolong Penyelaras : Pn. Farizatun Asma’ binti Abdul Azziz

AJK

Sambutan & Protokol : Pentadbir Sekolah

Bacaan Doa : Tn. Hj. Hassan Halmi bin Mamat

Pengacara Majlis : Pn. Mek Embong @ Nur Husniah binti Daud

Buku Program : Pn. Hjh. Noor Harmimi binti Abdul Halim

Persiapan Tempat : Semua guru

Siaraya : En. Muhamad Zulal bin Ab Ghafar

Hadiah Pertandingan & : Pn. Ummu Aiman binti Mohd Ariffin
Pertukaran Hadiah Pn. Nik Nor Salwani binti N Shamsudin

Acara Padang & Dewan : Pn. Rosliza binti Mat
Pn. Farizatun Asma’ binti Abdul Azziz

Persegaran Guru & Staf : Pn. Meriam binti Hashim
Pn. Hassiah binti Yusoff
Pn. Jauhari binti Rawi
Pn. Rabiatul Adawiyah binti Ahmad
Pn. Raja Hawati binti Raja Mamat
Pn. Nahariah binti Abdullah

Kawalan Murid : Tn. Hj. Hassan Halmi bin Mamat
En. Ahmad Razman bin Mohd Fauzi
Fotografi &
Dokumentasi : Pn. Farizatun Asma’ binti Abdul Azziz
Persembahan Guru & Pn. Rosliza binti Mat
Murid
Ucapan Murid : Pn. Meriam binti Hashim

: Pn. Hjh. Noor Harmimi binti Abdul Halim

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

SEKOLAHKU SEJAHTERA

Di sini bermula, Mengenal dunia,
Bersama guru tercinta

Seronok belajar, Selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Kesihatan diutama,
Kebersihan dijaga

Sama perkasa etika, Integriti di jiwa
Kami salami empati, Bina kasih insani

Teguh jati diri,
Adab sopan hidup harmoni,

[chorus]
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah generasi pewaris negara

Teguh jati diri
Sekolahku SEJAHTERA,
Gemilanglah Malaysia di mata dunia
(SEJAHTERA Sekolahku SEJAHTERA)
Ayuh kita jayakan Bersama

SEJAHTERA…

Hidup mulia Berjaya
Terus tekun berusaha, teliti dalam bekerja
Diri cekap terampil, eksplorasi ilmu berguna

Bertindak rasional, Mantapkan artikulasi
Hujah penuh kualiti…

Ulang [chorus]

BIARKU MENJADI LILIN

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku takkan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan, setiap pemberian

Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika

Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian, saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat

Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.40 pagi Murid berkumpul di dewan SKBP
7.45 pagi Ketibaan dif jemputan dan guru SKBP
7.50 pagi Nyanyian lagu:
• Negaraku
8.45 pagi • Selamat Sultan
10.15 pagi Bacaan doa:
10.45 pagi • Tn. Hj. Hassan Halmi bin Mamat
10.50 pagi Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia:
• Pn. Wan Noor Kartini binti Wan Hamzah
12.45 t/hari Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia:
1.15 petang • Pn. Normah binti Mamat
Ucapan Wakil Murid:
• Nur Alya Husna binti Abdullah
Ucapan Perasmian Guru Besar:
• Pn. Hjh. Saripah binti Mat Daud
Bacaan Ikrar:
• Tn. Hj. Mansor bin Md Nor
Nyanyian lagu Hari Guru:
• Kami Guru Malaysia
• Sekolahku Sejahtera
• Biarku Menjadi Lilin
Gimik Sambutan Hari Guru Tahun 2022
“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”
Acara Padang
REHAT
Guru dan murid berkumpul di dewan
Persembahan Khas Guru:
• Pn. Meriam binti Hashim
Persembahan Khas Murid:
• Raissya Irdina binti Risma Izwani
Aktiviti Kumpulan:
• Siapakah Saya?
• Ikon Peribahasa
• Air Beracun
Pertukaran hadiah antara guru
Penyampaian hadiah daripada murid kepada guru

Ucapan Perpisahan:
• Pn. Wan Noor Kartini binti Wan Hamzah
• Pn. Jauhari binti Rawi
Jamuan makan tengah hari
Majlis bersurai

SEKALUNG
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih diucapkan kepada

semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan Majlis

Sambutan Hari Guru Peringkat SK

Buloh Poh 2022. Hanya Allah S.W.T

sahaja yang mampu membalas

jasa kalian.

Sekian, terima kasih.

SK BULOH POH

16450 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Talian Am: 09-7833306
E-mel: [email protected]


Click to View FlipBook Version