The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aini1808, 2022-06-15 19:20:23

BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP

TEMA : KUIH MUIH TRADISIONAL

BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP
( KUIH MUIH TRADISIONAL )

BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP
( KUIH MUIH TRADISIONAL )

• NAMA : MUHAMMAD IMAN

HAKIMI B IBRAHIM

• KELAS : 5ZAMRUD
• TAHUN : 2022
• ANJURAN : PSS DAN PANITIA

RBT

KUIH SERI MUKA

• Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.

Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang
berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat.
Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz
hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara
tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini
kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai
pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat
beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat
pembeli.
Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala
lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna
pandan.

KUIH BAKAR

• Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.

Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang
berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat.
Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz
hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara
tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini
kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai
pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat
beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat
pembeli.
Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala
lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna
pandan.

KUIH GULUNG

• Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih

ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di
Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih
berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada
kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat
daripada nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.
Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara
membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti.
Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit
luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan
bersama inti dalam.
Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda sebagi
makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang
enak dimakan. Biasanya lapisan plastik digunakan bagi
mengalas kulit luar yang melekit bagi mengelak terkena
pada jari orang yang memakannya.

KUIH ONDE-ONDE

• Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana

adunan digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya
dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok Melaka.
Selain itu perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka
adalah kandungan intinya. Kuih buah Melaka menggunakan gula
kabung/gula Melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-
onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira
kelapa dan bewarna lebih hitam. Di sesetengah tempat di pantai
timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.
Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih
diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum
petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut
yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula
kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat
dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia
melekat-lekat di antara sesama sendiri.

KUIH KARAS

• Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional

yang diperbuat daripada tepung beras. Ia
mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti
bihun tetapi rangup dan rasanya manis.
Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala
halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang
manis dan garing.
Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan
adunan tepung beras cair yang dikirai dengan
menggunakan acuan khas dalam minyak panas
sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat
dan dilipat.

KUIH BERONOK

• Kuih Beronok atau juga dikenali

sebagai beronok sagu merupakan
sejenis kuih tradisional Melayu. Ia
dibuat daripada sagu biji atau juga
dikenali sebagai sagu mata ikan.
Kuih Beronok ini dimakan bersama
dengan kelapa parut.

KUIH BUAH ROTAN

• Kuih buah rotan atau juga dikenali sebagai

kuih redan atau keciputan merupakan sejenis
kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung
pulut dan telur. Ia kemudian dibentuk bulat dan disalut
dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak
menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia
kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan.
Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin
akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini
dikenali sebagai kembang minyak. Kuih ini popular di
negeri Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia.
Kuih buah rotan digelar sedemikian kerana bentuknya
yang bulat dan bersisik seperti buah rotan. Warnanya
yang kuning keemasan juga menyerupai buah rotan. Kuih
buah rotan agak keras dan tahan lama. Kuih ini tidak
mempunyai inti, berbeza dengan kuih bom/bijan.

KUIH BULAN

• Kuih bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan

semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi
sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap
sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih
bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan
keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan
Cina yang paling penting.
Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran
lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal
selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak
agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning
telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan
tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka
biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

KUIH BINGKA UBI

• Kuih bingka ubi atau di pantai timur

dikenali sebagai bengkang ubi kayu,
merupakan sejenis kuih bingka yang
diperbuat dari ubi kayu. Kuih tradisi ini
menggunakan bahan tempatan
sepenuhnya. Kuih ini menggunakan
ubi kayu yang telah disagat dicampur
dengan sagu ubi kayu, dan tidak
memerlukan bahan asing seperti
tepung gandum sedikitpun.

KUIH AKOK

• Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi

tradisional yang popular di Malaysia, terutama di
Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya
dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan
akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja.
Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan
dan pembakaran merupakan faktor yang
menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada
kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara
akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna
hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk
tekstur berspan.

KUIH HALWA MASKAT

• Halwa maskat merupakan sejenis hidangan manis

tradisi yang dihidangkan hanya pada hari perayaan. Ia
merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang.

• Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti

manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan
dari minyak sapi, tepung, dan gula.[1]

• Rahsia menghasilkan Halwa maskat yang bermutu bukan

sekadar bergantung kepada sukatan bahan yang betul,
tetapi juga kepada kaedah penghasilannya yang rumit dan
memakan masa dari persediaan sehingga proses
mengacau adunan secara berterusan.

• Adunan bagi menghasilkan Halwa maskat perlu diperam

selama tiga hari tiga malam sebelum dikacau pada api
yang perlahan selama lima jam tanpa henti. Sekiranya
tidak, campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit.

KUIH BADAK BERENDAM

• Kuih badak berendam, atau juga dikenali

sebagai sopang di Negeri Sembilan,
merupakan sejenis kuih tradisional yang
popular di Malaysia, terutama di Pantai
Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih badak berendam terdiri daripada
adunan tepung beras yang digentel bulat
dengan inti kelapa bercampur nisan.
Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia
mempunyai inti yang manis dan dimakan
bersama santan kelapa bagi memberikan rasa
lemak. Kuih badak berendam dimakan
bersama dengan kuah santan kelapa.

KUIH TEPUNG PELITA

• Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional lembut. Berbeza

dengan kuih tako yang terletak dalam daun pandan, kuih tepung pelita
dimasak dalam acuan bekas daun pisang. Kuih ini popular
di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Tepung pelita merupakan
sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.

• Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung

beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-
tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia
mudah rosak dan tidak tahan lama.

• Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas

atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna
putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna
kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat
lembut.

• Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah

dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Ia sejenis kuih
manis dan amat digemari di pantai timur.

KUIH PERIA

• Kuih Peria merupakan

sejenis kuih yang dibuat dengan
menggunakan tepung pulut dan
popular di Malaysia.

• Kuih Peria secara tradisi menggunakan

daun dari pokok Pandan bagi memberi
warna hijau. Ia

• berbentuk bujur dan mempunyai inti

kelapa manis.

SEKIAN TERIMA KASIH

BERSAMA MELUSURI
DUNIA TANPA SEMPADAN


Click to View FlipBook Version