The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wilanda Baisamoh, 2022-10-20 15:24:18

Cerita

Cerita

Tikus Menyelamatkan

Ayam Jantan

Pengenalan

Buku cerita terdiri berbagai jenis cerita iaitu keluarga dan tempat
tinggal, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari- pari, cerita
teladan, cerita alam sekitar, cerita pengajaran, cerita nilai murni
dan cerita rakyat. Orang dewasa memperkenalkan buku dengan
mempunyai matlamat untuk berkongsi peristiwa, melihat
kanak-kanak bersemangat dan menumpu perhatian, membuat
suara watak, memperkenalkan kebenaran dan pengembaraan,
berkongsi sesuatu yang diminati dan membolehkan kanak-kanak
mengenalpasti perkara yang kecil. Kanak- kanak suka kepada
buku cerita membolehkan mereka berimaginasi dan fantasi,
mengenalpasti watak kemanusiaan, ingin memenuhi impian dan

harapan, pengembaraan, ingin tahu, aksi, kesedaran diri, pelbagai
visual dan menghayati perkataan.

Pada suatu hari,seekor ayam jantan
keluar mencari makanan.

Seekor rubah ternampak ayam Jantan dari jauh.

Rubah berfkir bagaimana hendak
menangkap Ayam Jantan.

Ia punberbaring di tengah-tengah sebatang
lorong sambil berpura-pura mati.

Rubah berfkir,
"Apabila Ayam Jantan menghampiri
aku,aku akan terus menerkamnya.Aku
akan dapat makanan yang lazat ini

dengan mudah!"

Ayam Jantan tidak tahu tentang helah Rubah.
Ia terus berjalan untuk mencari makanan.
Ia berjalan di sepanjang lorong itu.

Ayam Jantan sampai ke tempat tidak
jauh dari Rubah.

Pada ketika itu, seekor tikus
menjenguk ke luar dari dalam semak.

Tikus berkata kepada Ayam Jantan,
"Saudara, jangan pergi ke sana kerana

Rubah sedang menanti kamu."

Ayam Jantan berkata,
"Tidak mengapa,
Rubah sudah mati."

"Rubah tidak mati.
Ia berpura-pura mati sahaja,"

kata Tikus.

Ayam Jantan mendengar nasihat
Tikus tetapi masih ragu-ragu.

Tikus sengaja berkata dengan
kuat supaya didengari Rubah,
"Kalau Rubah mati,mulutnya

mesti ternganga.
Mengapakah pula mulutnya itu

tertutup rapat ?"

Rubah terdengar
kata-kata Tikus.
Dengar segera, ia
membuka mulutnya.

Tikus berkata kepada Ayam
Jantan dengan suara yang
perlahan, "Saudara, tidak
nampakkah Rubah berpura-pura

mati tadi ?"

Pada ketika itu, Ayam Jantan sudah pun
tahu bahawa Rubah berpura-pura mati
sebagai helah untuk menangkapnya.

Ayam Jantan berkata kepada Tikus,
"Saudara, terima kasih. Jika tidak kerana
pertolongan saudara, sudah tentu saya akan

dimakan oleh Rubah."

Tikus Menyelamatkan Ayam Jantan

Wilanda Baisamoh
631011408

Nursaiton Mahmuh
631011403

Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial

Jurusan Bahasa Melayu

Thaksin Songkhla University


Click to View FlipBook Version