PELAN PEMBELAJARAN (MARI BELAJAR PERIBAHASA)
2 KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 3 2.0 MASALAH DAN KEPERLUAN MURID 3 2.1 MODEL PEMBELAJARAN BERMAKNA 4 3.0 TUJUAN DAN FAEDAH AKTIVITI PDP 5 3.1.TUJUAN UMUM 5 3.2. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 5 3.4. FAEDAH AKTIVITI 5 4.0 BAHAN DAN SUMBER YANG DIGUNAKAN 6 5.0 JANGKA MASA AKTIVITI PdP 6 6.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI 7 7.0 KEMAHIRAN MENGAJAR 10 8.0 KESIMPULAN 10 RUJUKAN 12 LAMPIRAN 13
3 1.0 PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting untuk menyampaikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti serta melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid-murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi mempeoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Manakala pembelajaran pula merujuk kepada perubahan tingkah laku yang agak tetap yang dipengaruhi oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak untuk menjadi pengalaman yang akan digunakan untuk suatu tindakan atau tingkah laku gerak balas. Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan luar yang mana memerlukan guru untuk menyediakan rangsangan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid melalui perancangan bagi memotivasikan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Suatu proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berkesan sekiranya proses pengajaran tersebut dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar (Hunter, 1995). Bukan itu sahaja, perkara ini juga disokong oleh Shahril (2004) yang mana mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Dalam konteks ini, proses pengajaran dan pembelajaran berkesan boleh dicapai dengan cara pengaplikasian pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, kemahiran melaksanakan aktiviti serta perkara utama iaitu pelan aktiviti pembelajaran. Guru hendaklah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada murid. Oleh itu, penulisan ini akan memperincikan lagi dengan terperinci satu pelan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) Tahun 4 yang berasaskan produk teknologi dalam melaksanakan aktiviti semasa proses PdP. 2.0 MASALAH DAN KEPERLUAN MURID Konsep “Pendidikan Untuk Semua” merupakan satu konsep yang perlu diutamakan dalam proses PdP yang berlangsung di dalam bilik darjah. Perkara ini bukan sahaja tertumpu kepada murid berkeperluan khas tetapi juga merangkumi keperluan serta masalah asas yang dihadapi hampir oleh semua murid di setiap sekolah. Berbalik kepada konsep pengajaran dan pembelajaran berkesan, proses PdP adalah satu inisiatif dalam membantu murid yang mempunyai masalah dan keperluan dalam menerima sesuatu ilmu dengan baik. Oleh hal yang demikian, sebelum sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah berlangsung, sebagai seorang guru adalah penting bagi guru tersebut menganalisis terlebih dahulu akan
4 masalah dan keperluan murid yang dihadapi di dalam kelas tersebut bagi memudahkan lagi proses PdP berlangsung serta mencapai objektif yang ditetapkan. Justeru, dalam pelan pembelajaran ini, masalah yang ingin diatasi adalah lebih tertumpu kepada aspek kemahiran berbahasa murid. Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses PdP selaras dengan matlamat Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu yang mana digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri. Oleh hal yang demikian, masalah umum dan keperluan murid yang difokuskan dalam pelan pembelajaran ini adalah seperti yang berikut : 1. Murid tidak memahami isi kandungan teks yang dibaca 2. Murid sukar membezakan peribahasa dan simpulan bahasa 3. Pengetahuan murid tentang peribahasa dan simpulan bahasa adalah pada tahap yang rendah 4. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang rendah 5. Kemahiran menilai dan menganalisis maklumat yang rendah 2.1 MODEL PEMBELAJARAN BERMAKNA Pembelajaran bermakna ialah satu proses untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum. Bagi memastikan hasil pembelajaran dapat diperoleh hasil daripada PdP yang berlangsung, pelan pembelajaran yang dirancang oleh guru hendaklah merujuk kepada Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) bagi memastikan masalah atau keperluan murid dalam pembelajaran dapat diatasi. Pelan pembelajaran ini dibina berdasarkan Model Kompetensi Global 6C.
5 3.0 TUJUAN DAN FAEDAH AKTIVITI PDP Tujuan dan faedah aktiviti PdP yang dilaksanakan berdasarkan pelan pembelajaran ini adalah dibina bagi memenuhi Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4. Berikut merupakan SK dan SP yang dipilih: STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Murid boleh : 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. 3.1.TUJUAN UMUM Bagi memenuhi SK dan SP bagi DSKP BM Tahun 4 tersebut, beberapa aktiviti dirangka dalam pelan pembelajaran ini. Antara tujuan umum aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 1. Mendedahkan murid dengan kepelbagaian peribahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. 2. Membantu murid mengetahui maksud peribahasa dengan lebih jelas. 3. Menggunakan peribahasa yang betul mengikut situasi yang sesuai. 4. Mempertingkatkan tahap kemahiran sosial, emosi dan silang budaya. 5. Membantu murid mengenal pasti perkara yang mereka perlu belajar dan mencipta peluang untuk mereka terus belajar 3.2. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: i. Menamakan sekurang-kurangnya empat daripada lapan peribahasa mengikut situasi yang betul. ii. Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga maksud peribahasa dengan betul. iii. Membaca petikan dengan menggunakan intonasi yang sesuai. 3.4. FAEDAH AKTIVITI Pelan pembelajaran yang berkesan adalah merujuk kepada faedah-faedah yang diberikan daripada aktiviti PdP yang dijalankan. Berdasarkan aktiviti yang dirancang dalam pelan pembelajaran ini, beberapa faedah dapat dikenal pasti. Antaranya ialah murid-murid akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran bahasa dengan lebih meluas. Dalam Bahasa Melayu, terdapat beberapa kemahiran bahasa yang perlu dikuasai termasuklah aspek seni bahasa yang merujuk kepada keindahan, kehalusan dan kebahasaan dalam BM yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa
6 merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui aktiviti yang terdapat dalam pelan ini, murid akan dapat menghayati keindahan peribahasa dalam BM dengan memahami maksud bagi peribahasa tersebut dengan jelas. Bukan itu sahaja, penerapan penggunaan unsur teknologi dalam bahan bantu mengajar yang digunakan juga memberikan faedah terutamanya dalam memastikan penglibatan murid dalam melaksanakan aktiviti. Penggunaan teknologi adalah perkara yang selari dengan proses pengajaran kini yang berpusatkan kepada murid yang mana pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan murid bagi memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang. Penggunaan teknologi juga dapat menarik minat murid dalam belajar kerana perkara ini juga merujuk kepada konsep didik hibur dalam pembelajaran yang mana dianggap lebih berkesan dalam memastikan penglibatan murid secara maksimum dalam bilik darjah. 4.0 BAHAN DAN SUMBER YANG DIGUNAKAN Berikut merupakan bahan dan sumber yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa aktiviti PdP berjalan: BIL BAHAN JUMLAH 1. Buku teks Bahasa Melayu tahun 4 30 2. Buku teks Bahasa Melayu tahun 4 (digital) 1 3. Aplikasi Wordwall 1 4. Aplikasi Canva 1 5. Pancaran LCD 1 6. Komputer Riba 1 7. Tablet 5 8. Wisel 1 5.0 JANGKA MASA AKTIVITI PdP AKTIVITI JANGKA MASA (MINIT) Langkah 1 20 Langkah 2 20 Langkah 3 20 Jumlah 60 minit
7 6.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI ISI PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH CATATAN Tajuk : “Mari belajar peribahasa!” Persoalan: 1.Apakah contoh peribahasa yang kamu tahu? 2.Apakah maksud peribahasa tersebut berdasarkan kefahaman kamu? Langkah 1 (20 minit) 1. Guru menerangkan tajuk aktiviti PdP. 2. Guru menayangkan slaid interaktif di hadapan kelas dengan menggunakan projektor. 3. Guru menerangkan kandungan slaid interaktif kepada murid-murid. 4. Guru memanggil murid secara bergilir-gilir untuk menyebut perkataan yang dilihat di hadapan kelas. 5. Guru menanyakan dua soalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam slaid interaktif. 6. Guru memilih dua orang murid secara rawak untuk menjawab soalan tersebut. Bahan: • Slaid interaktif • Pancaran LCD • Laptop Kaedah PdP: • Penerangan • Soal jawab • Perbincangan 6C : • Critical thinking • Communication Strategi : • Berpusatkan guru • Berpusatkan bahan Sistem bahasa: • Kosa kata • Peribahasa Teka Peribahasa Langkah 2 (20 minit) 1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli. 2. Guru mengedarkan satu peranti kepada setiap kumpulan untuk digunakan semasa aktiviti berjalan. Bahan : • Aplikasi WordWall • Pancaran LCD • Laptop • Peranti / tablet • Papan putih • Pen Marker • Wisel
8 Kuiz Peribahasa 3. Guru memaparkan kod bar bagi permainan pertama di papan putih. 4. Guru meminta murid untuk mengimbas kod bar tersebut menggunakan peranti yang disediakan. 5. Guru meminta murid untuk memulakan permainan. 6. Guru memberikan masa selama tujuh minit untuk murid melengkapkan permainan yang pertama. 7. Setelah masa tamat, guru akan meniup wisel sebagai tanda untuk murid berhenti menjawab. 8. Guru menayangkan kod bar untuk permainan yang kedua dan meminta murid untuk mengimbasnya. 9. Guru menetapkan masa selamat tujuh minit bagi permainan yang kedua. 10. Guru akan meniup wisel untuk kali yang kedua bagi memberitahu bahawa masa telah tamat. 11. Guru menulis paparan markah di papan putih berdasarkan leader board yang terdapat dalam aplikasi tersebut. 12. Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan Kaedah PdP : • Belajar sambil bermain • Perbincangan 6C: • Communication • Critical Thingking • Characteristic • Collaboration Nilai murni : • Bekerjasama • Berdaya saing Strategi : • Berpusatkan murid • Berpusatkan bahan Sistem bahasa : • Kosa kata • Sebutan • Intonasi • Peribahasa
9 yang mendapat markah yang paling tinggi. Aktiviti : Bercerita dan mengujarkan dialog Buku Teks Halaman 70 Langkah 3 (20 minit) 1. Guru meminta murid untuk membuka buku teks halaman 70. 2. Guru meminta murid untuk membaca dialog dengan bacaan secara senyap selama 5 minit. 3. Guru memilih dua orang murid untuk membaca dialog tersebut di hadapan kelas dengan intonasi dan sebutan yang betul. 4. Guru menyenaraikan peribahasa yang terdapat dalam buku di papan putih. 5. Guru meminta murid untuk menulis semula peribahasa tersebut di buku latihan. 6. Guru meminta murid untuk membina tiga ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 7. Guru menyemak ayat yang dibina dan memberikan peneguhan positif seperti pujian terhadap ayat yang betul. Bahan : • Buku teks digital • Buku teks • Buku latihan • Papan putih • Pen marker 6C : • Critical thingking • Communication • Creativity • Characteristic Kaedah PdP : • Perbincangan • Soal jawab • Latih tubi Strategi : • Berpusatkan bahan
10 7.0 KEMAHIRAN MENGAJAR Pemilihan kemahiran mengajar yang betul dan sesuai bagi aktiviti yang dilakukan adalah sangat penting bagi membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan. Dalam pelan perancangan ini, terdapat dua kemahiran mengajar utama yang digunakan bagi memastikan aktiviti PdP berjalan dengan lancar. Pertama sekali adalah kemahiran penerangan atau menerang. Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar iaitu biasanya dalam peringkat perkembangan. Kemahiran menerang ini merupakan satu perkara yang sangat penting dalam menunjukkan peranan guru dalam proses PdP. Dalam kemahiran ini, seorang guru boleh memberikan penerangan dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Sebagai contoh, dalam langkah dua, guru menetapkan aktiviti penerangan di mana guru akan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada slaid interaktif yang dipaparkan di hadapan kelas. Dengan kemahiran ini, guru dapat menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat serta murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Kemahiran mengajar yang kedua adalah kemahiran penggunaan bahan sumber. Kemahiran ini lebih merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Bahan bantu mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. BBM adalah semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, digunakan dan sebagainya. BBM terbahagi kepada tiga jenis iaitu bukan elektronik, berbentuk elektronik dan bercorak pengalaman. Berdasarkan langkah 3 dalam pelan pembelajaran ini, BBM yang digunakan adalah terdiri daripada bahan berbentuk elektronik iaitu penggunaan peranti atau tablet dalam melaksanakan aktiviti. Beberapa kriteria yang perlu diutamakan dalam pemilihan BBM ini adalah BBM tersebut perlulah mudah, jelas dan difahami oleh murid, mesej yang dapat ditafsir oleh murid, membantu interaksi yang aktif antara murid dan guru serta pelbagai lagi. Oleh itu, jelaslah bahawa dalam pelan pembelajaran ini, dua kemahiran mengajar yang utama digunakan bagi memastikan aktiviti PdP berjalan dengan lancar. 8.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pelan pembelajaran BM tahun 4 ini lebih tertumpu kepada perancangan aktiviti yang sistematik demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dilaksanakan dengan lancar di samping mencapai objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Suatu rancangan pengajaran itu dianggap berkesan sekiranya terdapat perubahan tingkah laku seseorang pelajar dari segi kefahaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku ataupun semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Jika murid itu sendiri mempunyai kesedaran terhadap pengetahuan mereka, sudah tentu objektif pengajaran akan dapat
11 dicapai dengan jayanya serta memudahkan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Oleh hal yang sedemikian, perancangan yang rapi dari segi penetapan masalah yang perlu diselesaikan, model pengajaran sebagai sumber rujukan, langkah pelaksanaan aktiviti serta kemahiran mengajar yang digunakan perlu diutamakan.
12 RUJUKAN Aisyah Abdul Malek & Moh Nazri Abdul Rahman. (2019). Pendekatan bercerita berasaskan kurikulum berkepelbagaian budaya untuk pembelajaran literasi awal kanak-kanak. Jurnal Kurikulum Pengajaran Asia Pasifik, 7 (3), 28-34. Amir Hasan. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi Kedua. Sasbadi Sdn. Bhd. BPK. (2017a). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan Malaysia. BPK. (2017b). DSKP KSSR Bahasa Melayu Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. BPK. (2017c). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Kerangka kurikulum mata pelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia. Efendi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran. Univerisiti Teknologi Malaysia. Mazmi Maarof., & Noor Syahira Jalaluddin. (2019). The Implementation Og Pedagogical Strategies in Inclusive Education Program For Pupils With Special Needs Among Mainstream Teachers : A Case Study. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, (12), 29-38. Yaakub Isa. (1996). Alamanak pendidikan. Berita Publishing Sdn. Bhd.
13 LAMPIRAN 1. Imbas kod QR di bawah untuk memuat turun bahan bagi aplikasi Word Wall. a.Teka Peribahasa b. Maksud Peribahasa
14 2. Link slaid interaktif di aplikasi Canva : https://www.canva.com/design/DAFxkAnr7CQ/K7eG-sP7lQ9xaDRhWFNAA/edit?utm_content=DAFxkAnr7CQ&utm_campaign=designshare&utm_m edium=link2&utm_source=sharebutton