The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 : PKES3123 Pertolongan Cemas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1335-24-maznisahwani, 2023-10-30 08:20:26

Pertolongan Cemas (Defibrilasi)

Tugasan 2 : PKES3123 Pertolongan Cemas

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) [BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] (AMBILAN JUN 2022) -PENTAKSIRAN BERTERUSANSEMESTER 1, TAHUN 2 SESI OGOS-DISEMBER 2023 NAMA PELAJAR : MAZNISAHWANI IZLYN BINTI SABARDIN NO. KAD PENGENALAN : 020807-12-0344 ANGKA GILIRAN : 2021072340332 KUMPULAN / UNIT : BM SK3 KOD / NAMA KURSUS : PKES3123 PERTOLONGAN CEMAS TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 (40%) LAPORAN AMALI TARIKH MULA 22/9/2023 TARIKH HANTAR 20/10/2023 NAMA PENSYARAH : ENCIK K.RAJA M.KANAPATHY JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan ini saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas dari pensyarah kerja kursus ini dan saya telah merujuk dan memahaminya. TANDA TANGAN TARIKH maznisahwani 20.10.2023 Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)


PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kurnianya, maka kerja kursus PKES3123 ini iaitu kursus Pertolongan Cemas ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini menerangkan dengan kompleks mengenai laporan amali bagi defibrilasi. Dalam penghasilan kerja ini, banyak liku dan cabaran yang telah saya hadapi. Namun, saya sangat berterima kasih pertama sekali kepada pensyarah saya iaitu Encik K Raja M Kanapathy yang tidak jemu hati, tidak kering lidah mendidik, berkongsi dan mencurahkan ilmu kepada saya untuk menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa, yang menyokong dan memberi kekuatan kepada saya. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dalam memberikan tunjuk ajar mereka. Sekian, terima kasih.


2 KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 3 2.0 SITUASI KECEDERAAN 3 3.0 JENIS KECEDERAAN 4 3.1 Punca dan Tahap Kecederaan 5 3.2 Simptom 5 3.3 Langkah turutan dan Rasional 6 4.0 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS 7 5.0 KESIMPULAN 9 RUJUKAN 11


3 1.0 PENGENALAN Bantu mula ialah rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa atau atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan di tempat kejadian sebelum menerima rawatan selanjutnya. Tujuan pemberian rawatan bantu mula adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, mengurangkan keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Bantu mula boleh diberikan kepada mangsa yang mengalami situasi kecemasan terhadap salur udara dan resutasi. Pengetahuan terhadap pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap individu. Tugas dalam memberikan bantu mula tidak semestinya tertumpu kepada doktor, malahan kepada sesiapa sahaja yang berada di sekitar kawasan kemalangan atau kecederaan yang berlaku sebelum adanya bantuan kecemasan. Namun sebelum memberikan rawatan bantu mula kepada mangsa, beberapa peraturan tertentu dalam pertolongan cemas hendaklah dituruti seperti yang akan dijelaskan dalam laporan amali berikut : Rajah 1 : Peraturan pertolongan cemas 2.0 SITUASI KECEDERAAN Laporan amali ini merupakan laporan bagi situasi kecederaan yang memerlukan rawatan Defibrilasi. Defibrilasi adalah satu proses menyampaikan dos terapi berbentuk tenaga elektrik ke jantung dengan menggunakan defibrilator iaitu satu alat kejutan elektrik. Proses ini adalah satu proses rawatan jantung yang diperlukan untuk mengembalikan degupan jantung yang tidak normal disebabkan oleh aritmia. Aritmia ini adalah satu jenis penyakit jantung yang menunjukkan gejala apabila impuls elektrik yang menyelaras atau mengawal degupan jantung tidak berfungsi dengan baik. Hal ini akan menyebabkan jantung berdegup dalam dua keadaan Menilai situasi kecemasan Keperluan untuk memastikan kawasan kecemasan selamat Menilai semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas Meminta bantuan atau pertolongan


4 iaitu sama ada terlalu cepat atau terlalu lambat daripada normal. Defibrilasi ini diperlukan dalam dua situasi aritmia yang mengancam nyawa seperti : Rajah 2 : Situasi kecederaan Aritmia 3.0 JENIS KECEDERAAN Defibrilasi diaplikasikan apabila mangsa dipercayai mengalami serangan jantung. Jantung merupakan organ yang terdiri daripada empat ruang dan tersusun di atas otot-otot yang berfungsi sebagai pengepam. Untuk melakukan fungsinya, otot jantung memerlukan sumber tenaga iaitu daripada aliran elktrik yang akan disebarkan kepada empat ruangan jantung. Kecederaan aritmia pada jantung menyebabkan proses dalam menghasilkan degupan jantung mengalami kesukaran dan halangan. Dua situasi kecederaan yang melibatkan penyakit aritmia ini adalah fibrilasi ventrikel dan takikardia ventrikel. JENIS KECEDERAAN PENERANGAN Fibrilasi Ventrikel 1. V-fib atau Ventricular Fibrillation adalah satu keadaan di mana ventrikel bergetas, bukannya mengecut dan mengendur dalam corak biasa yang stabil dan teguh. Takikardia Ventrikel 2. Satu keadaan di mana ritma jantung yang terlalu laju iaitu melebihi 100 denyutan per minit yang bermula dari dalam ventrikel. Jadual 1 : Situasi kecedearaan penyakit aritmia Fibrilasi ventrikel Takikardia ventrikel


5 3.1 Punca dan Tahap Kecederaan Penyakit aritmia bagi Fibrilasi Ventrikel dan Takikardia Ventrikel berpunca daripada pelbagai faktor. Namun tiga punca yang utama adalah disebabkan oleh dadah, gangguan keseimbangan elektrolit dan pengambilan ubat-ubatan tertentu. Berikut adalah merupakan tiga punca yang menyebabkan aritmia : 1. Penggunaan dadah atau bahan tertentu. Seseorang berisiko mengalami aritmia jika mereka menggunakan dadah atau bahan lain. Sebagai contoh, terlebih dos, keracunan atau kesan sampingan dadah seperti dixogin, antidepresan trisiklik dan antipsikotik serta beberapa jenis dadah haram yang lain seperi kokain dan pelbagai lagi. 2. Gangguan keseimbangan elektrolit. Ketidakseimbangan paras elektrolit dalam darah seperti kalium, natrium, kalsium dan magnesium boleh mengganggu impuls elektrik jantung yang akan mengakibatkan aritmia. 3. Pengambilan ubat-ubat tertentu. Pelbagai jenis ubat boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu, salah satunya adalah ubat untuk merawat penyakit aritmia ini. Bukan itu sahaja, ubat untuk penyakit normal seperti ubat batuk dan selsema juga boleh menyebabkan keabnormalan dalam irama jantung berlaku. Rawatan defibrilasi ini akan diberikan kepada situasi kecederaan bagi penyakit aritmia seperti Fibrilasi Ventrikel dan Takikardia Ventrikel, yang mana rawatan tersebut akan diberikan sekiranya pesakit berada pada tahap kecederaan yang serius. Defibrilasi akan diberikan apabila keadaan jantung pesakit tidak berfungsi seperti normal, yakni apabila denyutan jantung pesakit tiba-tiba “terhenti”. 3.2 Simptom Antara simptom yang paling biasa ditunjukkan adalah pengsan atau tidak sedar. Selalunya mangsa akan tiba-tiba tidak sedarkan diri serta berhenti bernafas atau kelihatan tercungapcungap. Walau bagaimanapun, sebelum tidak sedar dan tercungap-cungap, pesakit yang mengalami aritmia seperi Fibrilasi Ventrikel dan Takikardia Ventrikel boleh mengalami beberapa gejala awal seperti : • Sakit dada • Degupan jantung yang sangat laju (Takikardia Ventrikel) • Pening • Loya • Sukar bernafas


6 Gejala awal ini mungkin berlaku sejam atau kurang sebelum pesakit pengsan atau tidak sedar. Bukan itu sahaja, malahan pesakit aritmia juga berisiko untuk mengalami serangan jantung secara tiba-tiba (SCA) yang menunjukkan tanda-tanda seperti : • Kehilangan responsif (tiada tindak balas untuk menepuk bahu) • Tiada pernafasan normal (tidak bernafas atau tercungap-cungap) Oleh hal yang demikian, sekiranya seseorang individu menunjukkan simptom-simptom seperti di atas, kita hendaklah segera memberikan bantuan rawatan kerana individu tersebut disyaki menghidap penyakit aritmia atau serangan jantung secara tiba-tiba. 3.3 Langkah turutan dan Rasional Setelah mengenal pasti punca, simptom dan tahap kecederaan mangsa yang mengalami serangan jantung atau lebih spesfik lagi mangsa yang mengalami penyakit aritmia, beberapa langkah turutan yang penting perlu dilakukan. Langkah turutan ini dikenali sebagai kitaran mandiri atau Chain of Survival iaitu rumusan bagi langkah-langkah penting semasa membagi rawatan resusitasi bagi mangsa serangan jantung. Rajah 3 : Kitaran mandiri (adaptasi daripada ERC 2015) LANGKAH TURUTAN PENERANGAN 1.Kenal pasti segera dan hubungi 999 Sakit dada adalah satu tanda serangan jantung. Dalam tempoh satu jam pertama selepas mula sakit dada, 25 hingga 30 peratus mangsa akan mengalami jantung terhenti mengejut. Oleh itu, mengenal pasti tanda-tanda serangan jantung dan menghubungi talian 999 adalah penting bagi mendapatkan bantuan segera sebelum jantung terhenti. 2.CPR segera Memberikan tindakan awal dengan memulakan CPR di tempat kejadian bagi meningkatkan kebarangkalian mangsa untuk selamat. 3.Defibrilasi segera Memberikan defibrilasi selepas jantung terhenti dalam tempoh 4 hingga 5 minit pertama akan meningkatkan kebarangkalian mangsa untuk hidup.


7 4.Rawatan awal pasca resusitasi dan Advanced Life Support (ALS) Rawatan lanjut dan pemulihan selepas resusitasi dapat membantu memulihkan mangsa kepada tahap kesihatan asal. Jadual 2 : Langkah turutan kitaran mandiri 4.0 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS Defibrilasi adalah penting untuk mengembalikan rentak yang normal supaya jantung dapat mengepam darah semula. AED adalah alatan mudah alih berbateri yang digunakan semasa memberikan pertolongan cemas defibrilasi. Berikut merupakan prosedur pertolongan cemas bagi rawatan defibrilasi menggunakan AED : Rajah 4 : Automated External Defibrilator (AED)


8


9 5.0 KESIMPULAN Konklusinya, pertolongan cemas merupakan satu rawatan yang membantu memulihkan mangsa sebelum mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital. Defibrilasi adlah salah satu pertolongan cemas yang boleh diberikan kepada mangsa yang mengalami serangan jantung.Tindakan sokongan ini secara amnya boleh digunakan bagi situasi keadaan di luar hospital sebelum menerima bantuan perubatan. Dengan memberikan rawatan defibrilasi ini, serangan jantung dapat diatasi dengan segera dan menambahkan kebarangkalian untuk mangsa selamat. Antara kelebihan pertolongan cemas defibrilasi yang menggunakan AED sebagai defibrilator adalah ianya boleh digunakan oleh orang awam


10 kerana selamat, tepat dan mudah untuk dikendalikan dan bukan hanya khusus kepada kakitangan perubatan sahaja. Namun terdapat kelemahan bagi rawatan ini iaitu apabila keadaan persekitaran mempunyai permukaan yang basah. Hal ini akan menyebabkan kejutan elektrik ataupun letupan. Kesimpulannya, rawatan defibrilasi ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Meskipun begitu, keberkesanan rawatan ini juga dapat dillihat melalui pengetahuan yang tinggi terhadap rawatan pertolongan cemas defibrilasi ini.


11 RUJUKAN Berita Perubatan Hari ini . (2022). Fibrilasi ventrikel : Rawatan, punca dan gejala. Medine Plus. Gov. https://www.halodoc.com/kesehatan/fibrilasi-ventrikel Fidhia Kemala. (2021, September 01). Wasapada Ventrikel Fibrilasi, salah satu penyebab utama serangan jantung. HelloSehat. https://hellosehat.com/jantung/aritmia/ventrikelfibrilasi/ Intan Mas Ayu Shahimi . (2018, Mac 8). Serangan jantung. Berita Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/03/319375/serangan-jantung#google_vignette Reren Ramanda. (2019, Mac 12). Defibrilasi. Alomedika. https://www.alomedika.com/tindakan-medis/toraks-dan-kardiovaskular/defibrilasi Viatris. (2022, Mac 17). Serangan jantung. My Health My Life. https://www.myhealthmylife.com.my/ms-MY/Cardiovascular/Heart-attacks


Click to View FlipBook Version