COVER PILIHAN 1
2
3
4
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana
memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah bagi tahun 2020/2021.
Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang
Redaksi Majalah Sekolah ‘IMTIYAZ’ yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah
bagi tahun 2020/2021. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala
komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsug dan tidak
langsung dalam penerbitan majalah ini amat dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat
drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, merupakan pelan pembangunan pendidikan yang
komprehensif dan holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya
saing.
Malangnya, tahun 2020 Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak Coronavirus
2019 sehingga menyebabkan seluruh warga pendidik dan murid terperangkap dalam
kancah berisiko ini. Refleksi daripada pandemik ini menyebabkan warga pendidik
dan murid terpaksa menjalani pengajaran dan pembelajaran secara talian. Pelbagai
teknik dan kaedah pembelajaran berasaskan komputer dan maya perlu dilalui, dan
hikmahnya seluruh warga pendidik dan murid semakin mahir dalam penggunaan
komputer untuk pengajaran dan pembelajaran .
Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring
dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan dengan memberi
sapaan dan laluan juga menitikberatkan tentang kebersihan merupakan elemen yang
perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Nilai-
nilai murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada
hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah
terpuji.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-
murid untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan
tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak
kegemilangan.
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
5
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Majalah sekolah adalah “manuskrip” yang akan menyimpan banyak fakta
dan info berkaitan langsung tentang sesebuah sekolah. Ia menjadi sangat
bernilai apabila dirujuk semula pada masa hadapan sebagai suatu sejarah
dan warisan bagi sekolah berkenaan. Meskipun hari ini, segelintir kalangan
sahaja yang sanggup dan memberi harapan positif akan penyediaannya.
Dalam mengharungi cabaran besar pandemik Covid-19 ini, semua tatacara
dan tataatur kehidupan manusia dalam semua aspek dan bidang akan
diiktiraf sebagai suatu sejarah interaksi manusia dengan persekitaran dan
aktivitinya yang menjadikan virus Corona sebagai pembolehubah yang
memberi kesan langsung. Ia benar-benar suatu perjuangan yang membelah
bezakan hayat manusia sama ada terus “survive” mahupun “tewas” selepas
berjuang menjauhi, mengelak, menampan dan melawan virus berkenaan.
Para guru merupakan golongan penting dan sangat berpengaruh dalam
meletakkan asas bagaimana seharusnya umat manusia berinteraksi
dengan virus berkenaan. Fungsi kita terus ditagih bagi membolehkan
sektor-sektor ekonomi boleh terus berfungsi dan memberi manfaat
kepada kehidupan rakyat di negara ini. Komitmen tinggi para guru dalam
melaksanakan fungsi keberadaan mereka dalam perkhidmatan ini sentiasa
terbukti dengan pelbagai inisiatif dan usaha tanpa henti disertai kreativiti,
inovasi dan pengorbanan yang tinggi yang mereka tunjukkan. Pengiktirafan
semua kalangan masyarakat bukanlah suatu yang utama dan penting
dalam mengukur komitmen (iltizam) mereka melunasi amanah yang
ditanggung ini.
Justeru, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya tujukan
buat seluruh Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Sekolah ini kerana
terus mendukung “tradisi ilmu” dengan terus istiqamah menyuburkan
“budaya ilmu” dalam kalangan warga sekolah melalui penerbitannya.
Muafakat dan kesatuan matlamat dan tindakan menjadikannya suatu
realiti yang pada masa sama juga menyerlahkan “kelebihan daya saing”
sekolah yang menjadi tunjang dalam ramuan kejayaan dan kecemerlangan
sekolah. Berteraskan “Jiwa Pendidik” yang menunjangi kualiti setiap guru di
sekolah ini, ia akan menjadi “faktor penentu kejayaan” kepada sekolah dan
pendidikan di negeri jua.
Sekian, Selamat Maju Jaya!
6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam
merancang dan melaksanakan keperlbagaian agenda yang dimanifestasikan
sebagai dokumentasi maklumat dan sumber rujukan semua warganya
dan juga pihak lain yang berkepentingan. Majalah sekolah merupakan
wadah yang amat penting dalam memupuk semangat kecintaan yang
tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah dalam
kalangan warganya. Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi
salah satu medium bagi semua warga sekolah mencapai aspirasi sistem
dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.
Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita
semua menempuh krisis penularan COVID-19 dengan pelbagai cabaran,
namun saya yakin cabaran ini tidak akan menjadi penghalang kepada
semua warga sekolah untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengimbangi segala hasratn ini
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk
semua warganya. Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19
seharusnya dijadikan titik permulaan untuk kita semua mengubah cara
berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan yang lebih kreatif
dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.
Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang
kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan
majalah sekolah kali ini. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada
semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana telah berjaya
menerbitkan majalah ini.
Semoga majalah ini menjadi kebanggaan semua warganya.
7
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana
berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah
tahunan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan
menerbitkan majalah yang sungguh menarik ini. Segala peristiwa dan
kenangan sepanjang tahun 2021 dapat dirakam menjadi sumber rujukan
dalam sejarah sekolah ini. Saya amat yakin kejayaan ini adalah hasil
komitmen yang tinggi dan kerjasama erat daripada warga sekolah telah
menatijahkan penerbitan majalah ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada semua yang terlibat dalam penerbitan majalah ini.
Kemunculan majalah ini semestinya amat dinanti-nantikan oleh para pelajar
kerana menjadi medan untuk mereka mencoretkan karya masing-masing
dalam mengasah bakat serta keterampilan diri. Hasil karya yang dihasilkan
sudah pastinya menjadi kenangan manis serta menjadi lipatan sejarah
setelah meninggalkan alam persekolahan nanti.
Saya berharap agar warga sekolah akan menjadikan amalan 41 iaitu Ikhlas,
Ihsan, Itqan, Istiqamah dalam menjalankan amanah yang diberikan seiring
dengan transformasi pendidikan negara. Oleh itu, insan yang lahir dari
sistem pendidikan yang berteraskan amalan ini akan menerbitkan sifat-sifat
kemanusiaan yang terpuji seperti berkasih-sayang, hormat-menghormati,
dan keperibadian tinggi.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak
atas usaha yang dicurahkan untuk penerbitan majalah ini. Saya berharap
agar usaha ini akan sentiasa diberkati Allah S.W.T dan mendapat rahmat
daripada-Nya.
Sekian, terima kasih.
8
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah dan dengan limpah kurnia-Nya saya
diberi peluang dan ruang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam
majalah IMTIYAZ edisi ke 17, tahun 2020/2021. Setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada sidangredaksi majalah IMTIYAZ SISMe atas usaha gigih
dalam penerbitan majalah sekolah.
Tahniah kepada anak-anak pelajar yang bertungkus lumus dalam satu
pasukan bagi menghasilkan majalah IMTIYAZ yang bakal merakamkansegala
memori suka duka dan detik-detik kejayaan dengan begitu indah sekali.
semoga usaha kalian akan memberi manfaat kepada seluruh warga SISMe
kerana majalah ini akan menjadi rujukan terhadap segala peristiwa yang
berlaku di Sisme sepanjang kalendar 2020/2021.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merakamkan setinggi-tinggi
penghormatan dan ucapan tahniah kepada Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Selandar atas segala pencapaian cemerlang dalam bidang
kokurikulum , kurikulum dan hal ehwal murid sepanjang tahun 2020/2021.
Kami sangat menghargai usaha warga guru yang sentiasa komited dan
cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk
mendidik anak bangsa ke arah modal insan kelas pertama. Semoga usaha
guru-guru dapat melahirkan generasi yang berdaya saing tinggi dalam
mengharungi segala cabaran yang akan datang.
Saya juga berharap anak-anak pelajar SISMe akan sentiasa cemerlang
dalam akademik dan kokurikulum dii samping memiliiki keperibadian yang
mulia. Anak-anak perlu berusaha dengan gigih dan sungguh-sungguh untuk
menghadapi cabaran dunia pendidikan semasa yang sedang menghadapi
transformasi ke arah pendidikan bertaraf dunia. Pihak PIBG mempunyai
keyakinan tinggi kepada tenaga pendidik SISMe yang sentiasa menjalankan
pelbagai program untuk mencemerlangkan setiap murid. Semoga usaha
kalian diberkati Allah dan sentiasa memperoleh kejayaan. Pihak PIBG
akan sentiasa memberi sokongan, kerjasama dan bantuan kepada pihak
sekolah dalam setiap usaha mereka untuk melahirkan anak didik SISMe
yang mendaulatkan agama, memartabatkan bangsa, dan mempunyai jati
diri yang tingg
9
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT, segala pujian kepada-Nya Tuhan Pencipta
sekalian alam, Maha Kaya dan Maha Berkuasa atas segalanya. Terima
kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakam sepatah dua
kata dalam Majalah IMTIYAZ Edisi ke-17,tahun 2020/2021. Saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada ahli siding redaksi majalah
atas usaha gigih murni yang dicurahkan untuk menerbitkan majalah ini.
Alhamdulillah,sepanjang tahun 2020/2021. banyak kejayaan yang telah
dihasilkanoleh warga SISMe dengan usaha dan komitmen guru-guru dan
kakitangan serta kesungguhan pelajar bersama sokongan PIBG. SISMe
terus berusaha untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang memiliki
daya saing tinggi untuk menghadapi cabaran dunia global dalam usaha
ini, bakat serta potensi pelajar alam bidang kokurikulum dan koakedamik
sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah di samping kecemerlangan
dalam bidang akedamik. Budaya kreatif dan inovatif juga turut diterapkan
dalam diri pelajar melalui bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal
pelajar. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang mengharumkan nama
sekolah ini sepanjang tahun 2020/2021.
Dalam mengharungi dunia pendidikan global dan bertaraf dunia ,SISMe
tidak ketinggala untuk mengimpilmentasikan kemahiran pendidikan abad
ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. SISMe sentiasa menjadi penggerak kepada
transformasi Kementerian Pendidkan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka dalam system pendidikan. Seiring bantuan PIBG sekolah
terutama dari segi kemudahan komputer dan ICT bagi merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Saya berharap warga SISMe khususnya para pelajar menggunakan
segala kmudahan tersebut dalam proses pembelajaran secara optimum
dan seterusnya bdapat menjadi warga pelajar yang berilmu pengetahuan,
berinovatif ,berketerampilan dan berdaya saing tinggi .
Tahniah sekali lagi kepada unit majalah IMTIYAZ 2020/2021. Yang telah
berjaya mendokumentasikan segala memori suka duka yang berlaku dalam
kalendar sekolah pada tahun ini. Akhir kata, saya berharap agar warga
SISMe setaraf dengan sekolah-sekolah elit di Malaysia.
Sekian,terima kasih
10
Assalamualaikum W.B.T, salam transformasi ummah.
Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah S W T di atas limpahan nikmat,
rahmat dan Kumiaan-Nya kepada kila. Moga-moga saya dan pembaca
sekalian dinaungi dan dipayungi oleh rahmat Allah S W.T sang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam juga kepada baginda
junjungan Nabi Muhammad SA W yang dirindui dan dicintai. Semoga
kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti, tanpa berasa segan silu,
malah dengan berasa bangganya sekali lagi pihak SISMe dengan jayanya
mempersembahkan majalah Imtiyaz bagi edisi kali ini setelah sekian lama
tidak diterbitkan.
Sekalung tahniah dan segunung penghargaan saya ucapkan kepada
semua ahli sidang redaksi majalah serta mana-mana pihak yang telah
mengambil bahagian dalam menjayakan misi penerbitan majalah ini.
Alhamdulillah, selama hampir 18 tahun beroperasi, SISMe telah berjaya
menghasilkan kemajuan dan kejayaan lebih-lebih lagi setelah dijadikan
salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang mempunyai program
TMUA pada tahun 2017. Alhamdulillah melalui program ini dan juga semua
tenaga pengajar dari tahun ke tahun semakin ramai hafiz dan hafizah yang
dilahirkan. Majalah Imtiyaz edisi kali ini diisi dengan pelbagai maklumat
tentang sekolah dan program-program dijalankan sepanjang tahun.
Selain itu, ianya juga dipenuhi dengan pelbagai gambar warga SISMe yang
menyimpan 1001 kenangan untuk dikenang: Akhir kata, saya berharap agar
warga SISMe terus menerus memelihara ukhuwah fillah bersama , saling
bertolak ansur; berbudi bahasa dan berakhlak mulia juga berharap agar
adik-adik generasi selepas in aka terus belajar dengan cemerlang dalam
semua bidang yang diceburi bagi mengharumkan nama SISMe di peringkat
antarabangsa. Semoga SISMe terus menjadi pusat untuk melahirkan
generasi-generasi huffaz yang sanggup memelihara kemuliaan Al-Quran di
muka bumi Allah SW.T ini. Amiin;
Sebelum mengundur diri, saya ingin memohon maaf di atas salah silap,
terkasar bahasa terasa hati dan sebagainya kepada sesiapa sahaja
ang mengenali diri saya sepanjang saya menyandang jawatan yang
diamanahkan. Sudah memang fitrah manusia itu melakukan kesilapan,
mohon dimaafkan. Saya rasa sampai di sini sahaja ucapan saya.
Sekian, terima kasih.
FAKHRUL RAZI BIN AZHAR
11
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.
Rasa syukur dipanjat penuh ke hadrat Ilahi atas segala kerja kuat dan hati
yang sepakat , saya diberi peluang untuk mengungkapkan sepatah dua
kata dalam Majalah IMTIYAZ EDISI Ke-16. Setiap penelitian dibuat dengan
penuh cermat, segala coretan dibuat dengan penuh hemah.
Selaku Ketua Editor Sidang Majalah IMTIYAZ 2020, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli redaksi dan seluruh warga
SISMe yang membantu bagi menjayakan majalah ini. Ucapan terima kasih
yang tak terhingga kepada guru penyelaras siding redaksi IMTIYAZ yang
telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.
Secara amnya, Majalah IMTIYAZ bertujuan untuk memaparkan pelbagai
aktiviti kejayaan Iskandar sepanjang tahun 2020 dan menunjukkan
kehebatan para pelajar. Majalah IMTIYAZ merupakan medium terbaik untuk
menyimpan serinu satu kenangan indah yang berlaku di SISME sepanjang
tahun 2020.
Saya berharap agar majalah ini dapat dijadikan sebagai memori dan
coretan suka duka yang berlaku di SISMe . Dengan penuh rendah diri kami
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan
dan kekhilafan dalam majalah ini .
Akhir kata , “ satu gambar, seribu makna ”.
Sekian, terima kasih.
MUHAMAD MUJAHID BIN ROSLI
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG 2020 PPD JASIN
TEMPAT : AMES HOTEL TARIKH : 29 SEPTEMBER
Asia Kakehashi Project 2019
Duration :
Ogos 2019 - March 2020
Student Involve- Inas Wardina
bt Md Isa (5Alrazi 2020)
Host school :
Nakamura Gakuen Girls
High school Fukuoka Tinggal
di asrama sepanjang
program berlangsung namun
berpeluang bersama keluarga
angkat sepanjang cuti musim
sejuk.
35
DIALOG PRESTASI 2020
EXPLORACE AL QURAN
SUNNAH TINGKATAN 5
Tarikh : 12 September 2020
Tempoh : 2.30 petang – 4.30
petang
Penglibatan : Para pelajar
aliran al Quran dan al Sunnah
Pengelola : Para pelajar aliran
al Quran dan al Sunnah
Catatan : Kaedah
pembelajaran yang efektif lagi
menyeronokkan memudahkan
lagi pelajar-pelajar untuk
mengulangkaji subjek al Quran
dan al Sunnah. Soalan-soalan
yang mencabar minda disusuli
dengan permainan sampingan
yang menambahkan lagi
keceriaan sepanjang
explorace dijalankan.
36
forum demi masa 2020
Forum Santai: Demi Masa
anjuran BADAR SISMe telah
diadakan pada Jumaat , 11
Disember 2020 di platform
Youtube Official Badar Sisme.
Sekolah kita telah menjadi
penganjur dan diwakili oleh
Nasuha Humairah Binti Deswir
dari 4 Al-Razi . Panel dan
moderator yang terlibat ialah:
1) Ustaz Nabil Ahmad
(Far east)
2) Daie Imran Zaki
(Program Daie musim ke-6)
3) Amaneey Sofea
(Sekolah Seri Puteri)
hari keputusan spm 2019
37
hari sukan
hoki mssm
38
JAPAN DAY
Mohd Amin Aisya Zarifah.
Johan, Speech Contest, Tempat ke-3 Speech Contest, Japan
Japan Day Utem Day. Utem
Japanese Language Enthusiasts
39
Jumbo Girl Touch Rugby
UJIAN KENAIKAN BENGKONG
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA
40
TAHNIAH! kenaikan pangkat
Tarikh: 8 Disember 2020 (Selasa)
Tempat: Dewan TSRM.
Masa: 9.30 pg
Alhamdulillah.
Tahniah dan Syabas kepada:
1. Ustaz Hishamuddin
2. Cg Zamir
3. Cg Lazim
4. Cg Am
5. Cg Noraini
6. Cg Norhafizah
7. Cg Noriza
atas kenaikan pangkat DG48.
Semoga berkhidmat dengan
cemerlang
LAWATAN MESRA
TUAN HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD
(KPPK UNIT SAINS DAN MATEMATIK SEKTOR
PEMBELAJARAN JABATAN PENDIDIKAN
MELAKA)
LAWATAN 41
YBHG. DATUK ANIS BINTI ALI HASAN
(TIMBALAN YDP PIBG)
KE ASRAMA SBPI SELANDAR
PROGRAM mahrajan ADNI
peringkat negeri melaka 2020
25-27 OGOS 2020
VENUE:SK MERLIMAU 1
ANJURAN:JPN MELAKA
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN:
JOHAN e-PERTANDINGAN TAHFIZ
AL-QURAN (JUZUK 1-30)
JOHAN e-PERTANDINGAN TAHFIZ
AL-QURAN (JUZUK 1-20)
JOHAN DAIE SIBER (PEREMPUAN)
NAIB JOHAN e-HAFAZAN AL-
QURAN (LELAKI)
TEMPAT KETIGA TARANNUM SIBER
(PEREMPUAN)
TEMPAT KETIGA e-PERTANDINGAN
DEKLAMASI SYAIR ADAB DAN NILAI
(TERBUKA)
SAGUHATI e-HAFAZAN AL-QURAN
(PEREMPUAN)
SAGUHATI e-TARANNUM SIBER
(LELAKI)
SAGUHATI e-PERTANDINGAN
DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN
(TERBUKA)
42
PROGRAM mahrajan al quran
PERINGKAT SEKOLAH
Majlis perpisahan puan habibah
akp sbpi selandar 26.2.2020
43
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SISMe
Tarikh : 31 Ogos 2020
Tempoh : 8 pagi hingga
12.30 tengahari
Penglibatan : Semua pelajar
tingkatan 1 hingga 4
Pengelola : Pihak guru dan
badan pengawas
Catatan : Majlis gilang-
gemilang yang diserikan
lagi dengan warna-
warni pakaian beragam
kemerdekaan para
pelajar. Hening pagi telah
dipecahkan dengan
alunan deklamasi syair dan
sajak oleh para pelajar
yang bersaing dalam
pertandingan pada hari
tersebut. Tayangan filem
Tanda Putera juga telah
diadakan
44
MERENTAS DESA SEKOLAH
naiktaraf bilik warisan sisme
Tarikh: 16 - 21 Disember
2020
Terima kasih pada :
1.hatim amir
2.cik fatimah hassan
3.naseeruddin
4.kamaruzzaman
5.shafie
6.azwar
7.faizal
8.rizal
9.anuar
Atas bantuan dan
kerjasama menaiktaraf Bilik
Warisan.
Kini Bilik Warisan telah
dilengkapi 1 TV Smart,11
monitor, kabel audio dan
di setiap bawah meja telah
dipasang plug soket. so tak
payah bawa extention wire
lagi.
45
orientasi PELAJAR TINGKATAN 1 2020
Pada 11 Januari 2017, seramai 100 orang pelajar tingkatan 1 telah
mendaftarkan diri di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Mereka
telah menyertai aktiviti sesi suai kenal selama 7 hari yang dikendalikan
oleh pengawas tingkatan 4. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk
menyesuaikan diri para pelajar tingkatan 1 dengan kehidupan di asrama.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah taaruf, night walk, explore
race dan banyak lagi.
46
PELAJAR KHATAM 2020
PERBINCANGAN PROFESSIONAL PKP
Tarikh: 8 Oktober 2020 (Khamis)
Masa: 8.30 pg
Tempat: Bilik Warisan
Kehadiran: Semua Guru Subjek T5
47
Pertandingan Fotografi ‘Kindness
Project For All’ Peringkat Negeri
Melaka
Pencapaian :
Anugerah Perak
Nama :Ahmad Firdaus
Bin Yahizan
Kelas : 4 Ibn Sina
Pencapaian :
Anugerah Gangsa
Nama : Nasuha
Humairah Binti Deswir
Kelas : 4 Al razi
48
PROGRAM BBQ TINGKATAN 4
TARIKH : 7 November 2020
MASA : 8:30-4:30 petang
TEMPAT : Balai Merdeka
SASARAN : Murid Tingkatan 4
ANJURAN : Panitia Sains
PERJALANAN PROGRAM:
Para pelajar tingkatan 4 bersama kumpulan masing-masing memulakan perbentangan biologi
sehingga tengah hari. Kemudia perbincangan serta kuiz dijalankan selepas rehat tengah hari.
Penyampaian hadiah kepada pembentang-pembentang terbaik serta kumpulan terbaik.
Melalui program ini, kesemua pelajar dapat menambahkan pengetahuan tentang
matapelajaran biologi
49
program bedah kitab qiraat
Program ICC Tingkatan 5 B Jerman
Aktiviti :
Kochmeister
( Master Chef)
Masa :
2.00 - 3.30
Venue :
Balai Merdeka.
50
PROGRAM MENGURUS DIRI, MASA
DAN PAKAIAN
TARIKH : 25 Oktober
2020
MASA : 2.00 – 3.00
petang
TEMPAT : Dewan Tan
Sri Rafie Mahat
SASARAN : Murid
Tingkatan 1 Dan 2
FASILITATOR :
Pengawas Tingkatan
4
TENTATIF
2.00 – 2.30 petang :
Taklimat Pengurusan
Diri, Masa Dan
Pakaian
2.30 – 3.00 petang
: Latihan Dalam
Kumpulan (LDK)
Program ‘BERSAMA MENUJU PUNCAK
KECEMERLANGAN SPM 2020’ bersama
pentadbir
Tarikh: 17/09/2020
Masa :
10.30 - 11.00 pg :
group intan
11.00 - 11.30 pg :
group mutiara
11.30 - 12.00 t/h :
group emas
Sasaran : semua
murid tingkatan 5