KERTAS KERJA KURSUS TERAPI MINDA SECARA FIZIKAL 1. TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan pihak Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk pelaksanaan Kursus Terapi Minda untuk anggota Kementerian/Jabatan/agensi Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan. 2. LATAR BELAKANG Masalah ketidakstabilan emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental rakyat pada ketika ini, terutama sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdasarkan Berita Harian pada 19 Mei 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, sebanyak 8380 panggilan telefon yang diterima sejak PKP sehingga 19 Mei 2020, 46.8 peratus berdepan masalah kesihatan mental. Justeru itu, langkah bagi mengurus dan mengurangkan masalah ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak. 3. PENGENALAN Kursus Terapi Minda ini bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia dan memupuk kemahiran mereka dalam mengurus tekanan dengan lebih berkesan demi meningkatkan daya tahan, produktiviti kerja dan kesejahteraan individu, keluarga dan organisasi. Program ini dibangunkan dengan mengaplikasikan pendekatan psikoterapi melalui kombinasi antara minda, jasad emosi dalam mencapai kehidupan sejahtera.
4. MAKLUMAT PROGRAM Kursus ini akan dijalankan selama satu hari dan tentatif program seperti di lampiran 1. Program Terapi Minda ini juga di kira sebagai 1 hari berkursus untuk kakitangan kerajaan dan sijil penyertaan akan disediakan. Jumlah peserta yang terlibat bergantung kepada jumlah penyertaan dari agensi kerajaan/swasta. Program ini boleh di laksanakan pada hari bekerja ataupun pada hari minggu (sabtu atau ahad) bergantung kepada kesesuaian agensi kerajaan/swasta itu sendiri. Program akan di laksanakan di tempat agensi kerajaan/swasta yang berminat untuk menjalankan program ini. Jika agensi sendiri tiada tempat yang sesuai, perbincangan susulan akan dilakukan di antara agensi dan LPPKN. LPPKN akan menyediakan bahan-bahan program kepada setiap peserta seperti di lampiran 1. 5. OBJEKTIF MODUL i) Membantu peserta mengurus stress demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian produktiviti organisasi. ii) Membantu peserta meningkatkan daya tahan diri dengan mengenali personaliti diri dan hubungan dengan keluarga serta organisasi dalam mengharungi cabaran kehidupan. iii) Memberi penekanan terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab dalam membentuk wawasan diri yang unggul. iv) Memberi penekanan kepada kombinasi antara minda, jasad dan emosi ke arah kehidupan seharian yang lebih positif.
6. METODOLOGI Kursus ini akan dilaksanakan secara dalam talian dengan pendekatan i) Ceramah /Perbincangan ii) Dinamika Kumpulan iii) Main Peranan iv) Sentuhan Rohani 7. PESERTA PROGRAM Maksimum 50 peserta untuk satu program 8. CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN Tarikh yang dicadangkan oleh pihak agensi berdasarkan perbincangan yang telah dipersetujui sepanjang Bulan 2024, namun tertakluk kepada masa yang bersesuaian dengan jadual LPPKN. 9. KAEDAH PELAKSANAAN Program dilaksanakan secara bersemuka bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pihak LPPKN akan mencari tempat yang yang bersesuaian untuk perlaksanaan program tersebut. Semua nota-nota program akan dan sijil penyertaan turut diberikan selepas semua peserta melengkapkan Borang Penilaian Kursus. 10. JURULATIH/FASILITATOR i) Jurulatih/Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai LPPKN yang merupakan jurulatih berpengalaman yang telah ditauliahkan sijil Training of Trainer (TOT) Modul Terapi Minda. ii) Panel penceramah jemputan mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing.
11. AKTA FI DAN CAJ i) Kos yuran bagi seorang kakitangan awam/persendirian RM70.00 mengikut kepada Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 Peraturan-Peraturan dan Pembangunan Keluarga (FI Dan Caj) 2008. ii) Kos yuran bagi peserta swasta RM90.00. iii) Pemilihan kaedah pembayaran dan proses selanjutnya adalah seperti berikut: 1. Bayaran boleh dibuat melalui Transfer, Pesanan Kerajaan (LO), EPerolehan dan Cek. 2. Peserta yang telah membuat pembayaran akan diberikan resit pembayaran di akhir program untuk tujuan claim di jabatan masing-masing. 3. Yuran kursus adalah meliputi fi dan caj latihan seperti berikut:- a) Yuran Penyertaan b) Makan & Minum Peserta c) Modul @ nota pembelajaran d) Peralatan Program e) E- Sijil penyertaan
12. ATURCARA KURSUS MASA ATURCARA 9.00 – 9.15 pagi Pendaftaran Peserta 9.15 – 10.00 pagi Taklimat Program/Salam Perkenalan 10.00 – 10.30 pagi Rehat / Minum Pagi 10.30 – 11.30 pagi Slot 1 Melayari Kehidupan 11.30 tengahari – 1.00 petang Slot 2 Pengurusan Tekanan 1.00 – 2.00 petang Rehat/makan tengahari/solat 2.00 – 3.00 petang Slot 3 Resilensi Diri 3.00 – 4.00 petang Slot 4 Terapi Mengurus Emosi : Terapi Ketawa dan Terapi Tari 4.00-4.30petang Penilaian Program/ Bersurai