PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH :
Tuntutan Mengukuhkan
Perpaduan Nasional
isi kandungan
1 Intisari ayat 5 Kepentingan menjaga dan
membina perpaduan nasional
2 Asbabun nuzul dalam kehidupan
3 Konsep perpaduan 6 Pengajaran ayat
dalam Islam 7 Strategi/usaha/tindakan untuk
4 Ciri-ciri perpaduan dan mengukuhkan perpaduan
integrasi nasional nasional dalam kehidupan
intisari ayat
Allah menciptakan dan menjadikan
manusia daripada pelbagai suku
dan kabilah agar saling berkenalan
dan dapat tolong-menolong antara
satu sama lain
Allah tidak menilai seseorang
berdasarkan keturunan atau warna
kulit, tetapi berdasarkan sifat taqwa
(amalan-amalan baik yang telah
dilakukan)
Asbabun Nuzul
ketika saidina Bilal naik ke atas kaabah
untuk melaungkan azan
beberapa orang mengatakan apakah wajar
seorang budak hitam azan di atas kaabah?
seseorang berkata, jika Allah membencinya
pasti Allah menggantikannya
lalu turunlah ayat 13 surah al-hujurat
menjelaskan situasi tersebut
Konsep Perpaduan dalam Islam
agama islam menekankan tiga asas yang
perlu dipegang dalam mewujudkan
perpaduan untuk keamanan dan
kesejahteraan sesebuah negara iaitu akidah,
syari'ah dan akhlak.
surah al-hujurat ayat 13 telah menggalakkan
umat islam saling mengenali antara satu
sama lain kerana perkara tersebut
merupakan fitrah manusia untuk menjalinkan
hubungan sesama mereka.
agama islam adalah agama yang
disampaikan kepada semua manusia tanpa
mengira bangsa, etnik, warna kulit, rupa
paras, keadaan iklim dan sebagainya.
Ciri-ciri perpaduan dan
integrasi nasional
melibatkan perhubungan antara dua
atau lebih masyarakat
penyatuan pelbagai kelompok
masyarakat dapat menghilangkan
perbezaan identiti
integrasi sosial boleh berlaku dalam
sektor ekonomi, seperti politik dan
negara
Kepentingan menjaga dan membina
perpaduan nasional dalam kehidupan
mengelakkan terjadinya permusuhan antara kaum yang berpunca
daripada semangat a'sabiah
dapat membangunkan ekonomi negara dengan menarik minat pelabur
negara lain untuk melabur di Malaysia
menaikkan imej negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang aman
dan harmoni dengan keunikan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia
menarik minat pelancong asing untuk melancong di
Malaysia kerana keamanan dan keharmonian yang telah
dicapai
Pengajaran ayat
umat Islam hendaklah meyakini antara tanda-
tanda kekuasaan Allah adalah menjadikan manusia
berbilang kaum
setiap individu hendaklah saling bantu-
membantu dalam membangunkan negara
tanpa mengira bangsa dan agama
Strategi/usaha/tindakan untuk mengukuhkan
perpaduan nasional dalam kehidupan
individu
belajar dan menghayati sejarah negara agar
dapat memupuk rasa cinta kepada bangsa dan
negara
mengelakkan diri dari menyebarkan perkara-
perkara yang dapat mencetuskan permusuhan
antara masyarakat
masyarakat
mengadakan aktiviti kemasyarakatan
seperti gotong-royong atau rumah terbuka
untuk mengeratkan hubungan dengan
masyarakat lain
menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid di sekolah agar sentiasa
bersatu padu
negara
menganjurkan pelbagai kempen melalui
saluran media untuk mengukuhkan perpaduan
antara rakyat
menambah baik kurikulum pendidikan
dengan mengintegrasikan elemen-elemen
perpaduan nasional
-TAMAT-
sekian,terima kasih