log peng
ukub a
pak
NAMA ; SOFEA ASYIQIN BINTI BAHARUDDIN
ANGKA GILIRAN ; 2020142340169
UNIT ; PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2020
NAMA PENSYARAH ; PUAN ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR
MATAPELAJARAN ; MPU3062- KOKURIKULUM UNIT
BERUNIFORM
Senarai Isi Kandungan
a) Biodata Peribadi
b) Pengenalan
a. Matlamat Berpengakap
b. Misi Pengakap Malaysia
c) Sejarah Penubuhan Pengakap
a. Pengasas Pengakap Dunia
b. Sejarah Pergerakan Pengakap
c. Sejarah Penubuhan Pengakap di Malaysia
d. Sejarah Penubuhan Pengakap di IPG
d) Perlembagaan Pengakap
a. Bendera Malaysia
b. Bendera Pengakap Malaysia
c. Logo Pengakap
d. Lencana Keahlian Pengakap
e. Undang-undang Pengakap
f. Persetiaan Pengakap
g. Lagu Pengakap
h. Tabik & Isyarat Hormat Pengakap
i. Cogan Kata
e) Struktur Organisasi
a. Pengakap Dunia
b. Pengakap Malaysia
b. Pengakap Negeri
c. Pengakap Daerah
d. Pengakap Kumpulan Sekolah Rendah
f) Pengurusan & Pentadbiran
a. Pakaian Seragam Pengakap
b. Pemakaian Lencana Pengakap
c. Asas ikatan dan simpulan
d. Asas Pertolongan Cemas
e. Contoh Aktiviti Pengakap
g) Aktiviti-aktiviti Unit Beruniform di Sekolah
h) Bahan-bahan lampiran/gambar/grafik
i) Sumber Rujukan
' Selalu Sedia '
Biodata Peribadi
Nama : Sofea Asyiqin binti Baharuddin
Angka Giliran : 2020142340169
Tarikh Lahir : 31 Julai 2001
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Status : Siswi Pendidik (Pelajar)
Sekawan : Sekawan Hijau
' Selalu Sedia '
Senarai Isi Kandungan
a) Biodata Peribadi
b) Pengenalan
a. Matlamat Berpengakap
b. Misi Pengakap Malaysia
c) Sejarah Penubuhan Pengakap
a. Pengasas Pengakap Dunia
b. Sejarah Pergerakan Pengakap
c. Sejarah Penubuhan Pengakap di Malaysia
d. Sejarah Penubuhan Pengakap di IPG
d) Perlembagaan Pengakap
a. Bendera Malaysia
b. Bendera Pengakap Malaysia
c. Logo Pengakap
d. Lencana Keahlian Pengakap
e. Undang-undang Pengakap
f. Persetiaan Pengakap
g. Lagu Pengakap
h. Tabik & Isyarat Hormat Pengakap
i. Cogan Kata
e) Struktur Organisasi
a. Pengakap Malaysia
b. Pengakap Negeri
c. Pengakap Daerah
d. Pengakap Kumpulan Sekolah Rendah
f) Pengurusan & Pentadbiran
a. Pakaian Seragam Pengakap
b. Pemakaian Lencana Pengakap
c. Asas Ikatan dan Simpulan
d. Asas Pertolongan Cemas
e. Asas Perkhemahan
e. Contoh Aktiviti Pengakap di Sekolah
g) Perjumpaan Mingguan Pengakap
h) Bahan-bahan lampiran/gambar/grafik
i) Sumber Rujukan
' Selalu Sedia '
PENGENALAN
Pengakap sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas
daripada politik untuk melatih generasi muda, tanpa mengira
asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip
dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.
Objektif Pengakap
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang
berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan
kerohanian serta bertanggungjawab terhadap masyarakat,
negara dan masyarakat antarabangsa.
Visi Pengakap Malaysia
Menjelang tahun 2025, Persekutuan Pengakap Malaysia akan
dilihat sebagai organisasi yang diurus secara cekap, moden dan
berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang
berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang
bertanggungjawab dan berwibawa membangun warganegara
yang berguna.
Misi Pengakap Malaysia
Menyumbang kepada pendidikan generasi muda melalui sistem
nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang
Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana
rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan memainkan
peranan yang berguna kepada masyarakat.
' Selalu Sedia '
SEJARAH
PENUBUHAN
PENGAKAP
PAKAGNEP HARAJES Pengasas Pengakap Dunia;
Nama Panggilan: Lord Baden Powell (BP)
Nama asal: Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Tarikh Lahir: 22 Februari 1857
Tempat Lahir Hyde Park London
Pendidikan Awal: Charter House, London
Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa: Reverend H.G Badan Powell
Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell
Kematian: 8 Januari 1941 (disemadikan di Kenya)
Penulisan: "Aids to Scouting", "Scouting for Boys"
Kata-kata terakhir Baden Powell
"fly to leave thls world a llttle better than you found it an‹l,
when yow turn oomes to die, you can die hcppy in feeling
that at any rate you have not waated your time but have
done your best.’
' Selalu Sedia '
PAKAGNEP HARAJES Sejarah Pergerakan Pengakap;
Pergerakan Pengakap diperkenalkan oleh Lord Baden Powell pada
tahun 1907. Beliau merupakan seorang askar Inggeris yang
memegang pangkat leftenan jenera. Beliau lebih dikenali di
seluruh dunia dengan nama singkatan BP.
Pada mulanya BP telah membaca 12 orang kanak- kanak lelaki ke
Pulau Brownsea, England untuk mengadakan satu perkhemahan.
Selepas itu, beliau telah mengadakan beberapa perkhemahan lain
di luar kota London.
BP kemudiannya telah menulis buku "Scouting for Boys" hasil
pengalaman beliau bertugas dalam angkatan tentera dan
menganjurkan perkhemahan Pengakap. Kemudian, buku ini telah
dijadikan sebagai panduan bagi mempelajari dan melatih ahli
Pengakap di seluruh dunia.
Seterusnya BP telah berhenti daripada tentera dan menumpukan
sepenuh perhatian kepada perkembangan Pergerakan Pengakap.
Pada tahun 1912, beliau telah menjelajah ke seluruh dunia dan
menemui Pengakap daripada pelbagai negara. Inilah titik
permulaan persaudaraan Pengakap sedunia. Pada tahun 1920,
Pengakap daripada seluruh dunia telah berkumpul di London bagi
menhadiri Jambori Dunia Pertama.
Pada malam Jambori itu, Bp telah diisytiharkan sebagai "Pengakap
Agung Dunia"Pada awalnya, Pergerakan Pengakap dianggotai
oleh kanak-kanak yang berusia lebih daripada 13 tahun. Pada
tahun 1913, satu unit yang khusus bagi kanak-kanak telah
ditubuhkan. Unit ini dikenali sebagai Unit Anak Serigala.
Kemudian, nama unit ini ditukar kepada Unit Pengakap Kanak-
kanak.
' Selalu Sedia '
PAKAGNEP HARAJES Sejarah Penubuhan Pengakap di Malaysia;
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah ditubuhkan secara
rasmi pada 2 Julai 1910 di Singapura, oleh scout master, Frank
Cooper Sands (F.C. Sands atau ”Father of Malayan Scouting").
Pergerakan Pengakap kemudiannya tersebar ke Tanah Melayu
yang kemudiannya dikenali sebagai Malaya.
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada November
1964, dan terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan juga Singapura. Pada bulan Ogos 1965, Persekutuan
Pengakap Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada
PPM.
Rumah BP telah didirikan di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur dan
berperanan sebagai ibu pejabat PPM. Pengakap merupakan salah
satu badan beruniform yang berada dibawah Akta Parlimen
Malaysia. PPM juga telah berdaftar sebagai ahli World
Organization of the Scout Movement (WOSM) pada tahun 1957.
Matlamat Pengakap
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi
dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta
bertanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan masyarakat
antarabangsa.
Misi Pengakap Malaysia
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi
muda melalui sistem nilai berasaskan Persetian dan Undang-
undang Pengakap, bagi membantu membina dunia yang lebih
baik, penduduknya lebih berdikarisebagai individu serta dapat
memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.
' Selalu Sedia '
PAKAGNEP HARAJES Sejarah Penubuhan Pengakap di IPG;
Majlis Pengakap Kumpulan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru
(MPKLM/BPG) adalah sebuah Negeri Pengakap yang ditubuhkan
pada 10 Ogos 1955 di Institut Pendidikan Guru Negara yang kini
dikenali sebagai Institut Aminuddin Bakr (IAB). Perasmian telah
dilakukan oleh YAB Dato' Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud selaku
Ketua Pengakap Negara merangkap Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia, pada 8 Ogos 1985 semasa merasmikan
Seminar Penubuhan MPKLM/BPG di tempat yang sama.
MPKLM/BPG ditubuhkan sebagai negeri bagi mentadbir
pergerakan Pengakap di Maktab-maktab Perguruan (kini IPG) di
Malaysia. Kini, selaras dengan pentadbiran IPG induk,
MPKLM/BPG ditukarkan kepada MPKLM/IPG KPM dan terdapat
6 zon iaitu MPKLM/IPG KPM Zon Timur, Zon Utara, Zon
Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah, dan Zon Sarawak. MPKLM/IPG
KPM beribupejabat di IPG Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG KPM
1.Tuan Haji Abu Bakar bin Hj Ahmad (KLM 14) (1985 - 1994)
2.Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin (BPG)
(1994 - 2007)
3.Tuan HaJi Ahmad Kamar Zainuddin (KLM 10)
(2007 - 2010)
4.Tuan HaJi Mohd Radzi bin Johari (KLM 22) (2011 - kini)
' Selalu Sedia '
PERLEMBAGAAN
PENGAKAP
PERLEMBAGAAN
PENGAKAP
Bendera Malaysia Bendera Pengakap Malaysia
Logo Pengakap Logo Pengakap
Lencana Keahlian
Pengakap
Pengakap Pengakap
Malaysia Dunia
' Selalu Sedia '
SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK
NAMA SEKAWAN
' Selalu Sedia '
Undang-undang
Pengakap
1) Dipercayai
2) Taat
3) Berguna
4) Bersaudara
5) Berbudi
6) Kasihkan binatang
7) Menurut perintah
8) Tabah hati
9) Berjimat
10) Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan
bersetia, Yang saya,
Dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat kepada kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-
undang Pengakap
' Selalu Sedia '
Lagu Pengakap
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana
sahaja
Demi Tuhan, Raja dan
negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap
Malaysia
' Selalu Sedia '
PERLEMBAGAAN
PENGAKAP
Tabik dan Isyarat
Hormat Pengakap
Cara Melafazkan Persetiaan;
1.Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari
kanan
2.Kemudian angkat tangan kanan rapat ke
badan
3.Tapak tangan menghadap ke hadapan
dengan 3 jari lurus ke atas
Cogan Kata
Cogan kata Pengakap ialah "Selalu
Sedia" tetapi setiap unit Pengakap
mempunyai cogan kata tersendiri.
Pengakap Kanak-kanak: "Buat sehabis
baik"
Pengakap Muda: "Selalu bersedia"
Pengakap Remaja: "Pandang luas"
Pengakap Kelana: "Berkhidmat"
' Selalu Sedia '
STRUKTUR
ORGANISASI
STRUKTUR ORGANISASI PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA
' Selalu Sedia '
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP
NEGERI
' Selalu Sedia '
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP
DAERAH
' Selalu Sedia '
PENGURUSAN &
PENTADBIRANSTRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP
KUMPULAN SEKOLAH RENDAH
' Selalu Sedia '
PENGURUSAN
&
PENTADBIRAN
PEMAKAIAN
PENGAKAP
Pakaian Seragam Wanita
Pakaian Seragam Lelaki
Pemakaian Lencana
' Selalu Sedia '
ASAS IKATAN
&
SIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu
kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan
adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang
ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi
pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu
kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan,
Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.
IKATAN SIMPULAN
Ikatan digunakan untuk mengikat Biasanya simpulan
kayu, buluh, tiang dan papan menggunakan tali yang kecil
dan sederhana saiznya. Ianya
untuk membuat jambatan, tiang digunakan pada benda-benda
bendera, menara dan sebagainya.
yang kecil dan sederhana.
Kebiasaannya dalam kegiatan Simpulan digunakan pada
berpengangkap dan kepanduan setiap tempat dan masa
seperti di rumah, di hospital,
beberapa ikatan digunakan mengikat kasut, bungkusan
seperti ikat seraya, ikat serong, dan memulakan jahitan.
ikat silang gunting dan lilit balak.
Mematikan hujung tali ini perlu
supaya tali tidak terburai
dihujungnya. Kebiasaannya
hujung tali dimatikan dengan lilit
pemati biasa dan lilit pemati selit.
' Selalu Sedia '
Ikatan Buku
Sila
(Reef Knot)
Simpulan Ikatan Bunga
Tindih Kasih Geti
(Bowline) (Common
Bend)
JENIS-JENIS
IKATAN DAN
SIMPULAN
Ikatan Simpul Simpulan
Manok Angka 8
(Figure of 8)
(Clove Hitch)
Ikatan Pengail
(Fisherman’s
Knot)
' Selalu Sedia '
( )IKATAN BUKU SILA reef knot
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain
anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua
punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik:
1.Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2.Masukkan hujung A dibawah B.
3.Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di
bawah.
' Selalu Sedia '
( )IKATAN BUNGA GETI Common Bend
Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama
besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali
kapal.
Fungsi
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
1.Mulakan simpul.
2.Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk
membentuk simpul.
3.Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
' Selalu Sedia '
( )Ikatan Pengail Fisherman’s Knot
Ikatan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan
menyambung tali yang licin.
Fungsi
Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik
1.Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
2.Lakukan 2 lingkaran tali.
3.Pada hujung tali itu boleh diikat.
' Selalu Sedia '
( )Ikatan Simpul Manok Clove Hitch
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.
Fungsi
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya
dan silang gunting.
Teknik
1.Mulakan simpul pada kayu.
2.Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3.Tarik hujung tali.
' Selalu Sedia '
( )Simpulan Tindih Kasih Bowline
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang
tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis
ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti
menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling
badan mangsa.
Teknik
1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3.Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut.
' Selalu Sedia '
( )Simpulan Angka 8 Figure of 8
Simpulan angka 8 merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah
dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada
stopper knots.
Fungsi
Sebagai ikatan sementara dihujung
tali agar tidak terburai jika tali itu
pecah.
Untuk menahan tali tidak tercabut
dari Blok Takal
Lebih berguna kerana mudah
dibuka.
FIGURE OF EIGHT ON A BIGHT
Simpulan serba boleh yang digunakan untuk menyambung tali kepada
carabiner atau objek lain. Ia adalah sangat cepat dan mudah untuk
mengikat dan hampir gagal-selamat. Ia memerlukan dua tangan untuk
mengikat.
Fungsi
Belay set up
Kerja menyelamat
FIGURE OF EIGHT FOLLOW THE THROUGH
Simpulan yang paling penting untuk dipelajari sebagai pendaki kerana ia
adalah simpulan yang kuat digunakan untuk mendaki.
Teknik
1.Ikat satu simpulan Figure 8 di bahagian hujung longgar tali
memanjat.
2.Tali akan melalui gelung kaki, kemudian mula retracing simpul
pertama Figure 8.
' Selalu Sedia '
ASAS PERTOLONGAN
CEMAS
Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan
dan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau
sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan
atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
TUJUAN
a. Selamatkan nyawa.
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa didalam
situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang
banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur
dan lain lain lagi.
b. Mengelakkan dari bertambah buruk.
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas
untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi
bertambah buruk.
c. Mengurangkan kesakitan.
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada pesakit.
' Selalu Sedia '
PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit
ke hospital
TINDAKAN SERTA-MERTA
PERTOLONGAN CEMAS
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan
baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa
berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
' Selalu Sedia '
DRABS
CPR EAR
rawatan
bantu
mula
TOTAPS ECC
RICE
' Selalu Sedia '
( )CPR cardiopulmonary resuscitation
Teknik yang boleh menyelamatkan nyawa tanpa menggunakan alat-alat
yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.
Bila CPR boleh dilakukan:
1.Seseorang tidak sedarkan diri.
2.Seseorang itu tidak bernafas.
3.Tiada denyutan nadi di carotid.
PRINSIP-PRINSIP CPR SITUASI
1. Hubungi pihak ambulan atau minta MEMERLUKAN CPR
tolong daripada orang ramai.
2. Lakukan cpr pada mangsa yang tak Lemas.
bernafas dan tiada nadi. Renjatan Elektrik.
3. Mulakan dengan bantuan pernafasan. Panahan petir.
4. ECC diberi berselang seli dengan Strok.
pernafasan. Sakit jantung.
5. Lakukan sehinga pulih atau doktor Rebah tanpa sebab.
tiba.
6. Setelah pulih, letak mangsa pada
kedudukan pemulihan.
' Selalu Sedia '
CARA MELAKUKAN CPR
1.Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak
balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan
segera berikan perhatian kepada mangsa.
2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas. Lihat, dengar dan rasa:
Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan
dua kali bantuan pernafasan.
3. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa. Buka mulut mangsa dan
picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut
mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan
pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).
4. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan
dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan
kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua
hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.
5. Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua
sentimeter dari ulu hati. Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan
perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu
dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari
satu tekanan sesaat.
6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali
atau hingga bantuan sampai. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa
supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.
' Selalu Sedia '
( )DRABC Danger Response Airways Breathing Circulation
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga
dll.
Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing
Circulation] iaitu:
1.Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
2.Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau
bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
3.Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut -
jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang
selesa [A]
4.Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation [B]
5.Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher
[C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
( )EAR ELEVATION AIRWAY RESUSCITATION
Jika mangsa yang mengalami kecederaan patah juga mengalami
tersekat pernafasan,pemulihan pernafasan perlu dilakukan dahulu.
Prosedur E.A.R digunakan bagi membantu mangsa kecederaan
fraktur yang mengalami tersekat nafas kerana tercekik, tersedut
wap dan sebagainya.
Prinsip dan prosedur E.A.R:
E- elevation : meninggikan
A- airway : laluan udara
R- resuscitation : resusitasi atau pemulihan pernafasan
' Selalu Sedia '
T.O.T.A.P.S.
Kaedah penilaian terhadap kecederaan mangsa.
TALK - BERCAKAP
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan. Bolehkah mangsa itu
bercakap? Bagaimana dengan penglihatan kabur atau Jelas? Boleh dengar atau
tidak?
Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan
mangsa seperti di mana bahagian yang sakit atau tempat tercedera.
OBSERVE - MELIHAT KEADAAN
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di
bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu
badanerta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan
pastikan darjah kecederaan mangsa.
TOUCH - SENTUH
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati- hati. Periksa
sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat .
Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera,
inI mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.
ACTIVE MOVEMENT - PERGERAKAN AKTIF
Minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang cedera seperti tangan,
kaki dan kepala.
Tujuannya untuk mengesan tahap kecederaan mangsa di mana mangsa akan
melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya
mangsa rasa sakit, maka perlu dirujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
PASSIVE MOVEMENT - PERGERAKAN PASIF
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian
anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak
membantunya untuk menggerakkan anggotanya dengan mengerakkan bahagian
cedera secara perlahan-lahan.
Tujuannya untuk memeriksa atau menentukan tahap kecederaan dan kesakitan
yang diialami.
SKILL - KEMAHIRAN
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan
melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk
memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke
hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada
tanda berlakunya kecederaan yang khusus, benarkan mangsa meneruskan
aktiviti.
' Selalu Sedia '
R.I.C.E.
Apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami fraktur(retak)
dan patah tulang,kita perlu menghalang pergerakan pada bahagian
anggota yang tercedera.
Selepas memberikan bantuan, kita perlu memastikan mangsa
dihantar ke hospital dengan menetapkan sokongan yang selesa pada
mangsa ketika dalam perjalanan.
Mangsa kecederaan fraktur ini boleh dibantu dengan menggunakan
prosedur R.I.C.E.
PRINSIP R.I.C.E
R - Rest : Kurangkan pergerakan pada
anggota yang tercedera.
I - Ice : Letakkan paket ais pada anggota
yang tercedera.
C - Compress : Balut anggota dengan
pembalut yang boleh mencengkam pada
bahagian kulit anggota
E - Elevate : Anggota yang tercedera
mestilah diangkat lebih tinggi bagi
mengurangkan aliran darah ke anggota
yang tercedera.
' Selalu Sedia '
Prosedur R.I.C.E bagi fraktur tertutup
Mengarahkan mangsa supaya jangan
bergerak.Tenangkan mangsa, ampu pada
bahagian badan yang tercedera dengan
menggunakan tangan anda. Kemudian, sokong
anggota yang tercedera pada posisi yang selesa
bagi mangsa.Tinggikan kedudukan bahagian
yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran
darah ke bahagian tersebut.
Jika kecederaan itu baru berlaku, demahkan
tempat yang tercedera dengan paket ais atau
dengan tuala yang telah direndam dalam air
sejuk. Cara ini akan mengurangkan
bengkak,lebam dan kesakitan.
Balut bahagian yang tercedera dengan kain
kapas. Ikatkan splin pada bahagian yang
tercedera untuk menyokong tulang yang patah
atau retak. Untuk sokongan yang lebih teguh,
ampu bahagian yang tercedera pada bahagian
anggota yang tidak tercedera. Sebagai contoh,
bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas,
lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan
dengan anduh. Balut kaki yang tercedera
bersama-sama dengan kaki yang tidak tercedera.
Tinggikan bahagian yang cedera sementara
menunggu bantuan atau semasa membawa
mangsa ke hospital.
' Selalu Sedia '
Prosedur R.I.C.E bagi fraktur tertutup
Tenangkan mangsa. Sokong dengan teguh
anggota yang tercedera dengan tangan. Jangan
tekan pada hujung tulang yang terkeluar dari
kulit.
Demah atau tuam bahagian yang luka dengan
kain pembalut yang bersih. Beri sedikit tekanan
dengan tapak tangan atau jari supaya dapat
menghentikan pendarahan. Untuk fraktur
terbuka demahan hanya menggunakan kain
pembalut, bukan ais.
Letakkan balutan cincin pada bahagian luka.
Balut luka dengan pembalut yang bersih dan
steril. Jangan balut terlalu kuat supaya
pengaliran darah tidak terhalang. Jika tulang
tersembul keluar, letakkan kapas di sekeliling
tulang sebelum membuat balutan.
Tinggikan anggota yang tercedera untuk
mengurangkan pengaliran darah ke tempat
tersebut. Jangan gerakkan anggota yang
tercedera.
Hubungi ambulans atau hantar mangsa ke
hospital.
' Selalu Sedia '
( )ECC External Cardiac Compression
Kaedah :
Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung (nadi)
mangsa.
Tujuan :
Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan
keseluruhan anggota badan.
' Selalu Sedia '
Prosedur ECC mangsa dewasa
1.Baringkan mangsa secara terlentang.
Pembantu mula melutut di sisi kanan
mangsa. Jantung condong di sebelah kiri
bagi memudahkan membuat tekanan.
2.Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum
mangsa.
3.Letak bahagian belakang tapak tangan
kanan ke atas sternum.
4.Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-
selikan jari-jari.
5.Tekan secara tegak dengan lengan lurus
ke atas dada mangsa.
6.Tekan dada sedalam lebih kurang 4 – 5 cm,
kemudian lepaskan tekanan tanpa
mengangkat tangan.
7.Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80
hingga 100 mampatan seminit. (kiraan:
one and two and ...)
8.Tarik jari ke atas dan menjauhi dada
mangsa.
9.Menekan tulang dada ke bawah
menyebabkan tekanan dalam dada
berubah. Ini akan menolak darah dari
ruang jantung ke tisu. Sebaik sahaja
tekanan dilepaskan, dada bergerak naik
dan darah yang diganti`disedut` ke dalam
untuk memenuhi semula jantung.
Kemudian darah ini akan ditolak keluar
dari jantung oleh tekanan berikutnya.
' Selalu Sedia '
Prosedur ECC kanak-kanak bawah 8 tahun
Mengikut prosedur orang dewasa dengan perbezaan;
Menggunakan sebelah tangan sahaja.
Menekan dada pada kadar 100 mampatan seminit sahaja.
Mampatan dada sedalam 2.5 cm.
Prosedur ECC bayi bawah 1 tahun
Mengikut prosedur orang dewasa dengan perbezaan;
Menggunakan jari telunjuk dan jari hantu sahaja.
Letakkan jari-jari di tengah sternum.
Menekan dada pada kadar 120 mampatan seminit.
Mampatan dada sedalam 1.5 cm.
' Selalu Sedia '
PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS
Kotak `FIRST AID` mengandungi:
a. Termometer
b. Mangkuk
c. Termometer
d. Mangkuk Enamel
e. Ubat Cium
f. Asprin
g. Panadol
h. Ubat Melepuh
i. Kain Pembalut Luka
j. Kain Tekap
k. Kapas
l. Gunting
m. Kain Kapas
n. Pin Semat
o. Elastoplast
p. Ubat Luka
q. Papan Tuap
r. Kain Segitiga
' Selalu Sedia '
CARA IKATAN, BALUTAN DAN ANDUH
a. Ikatan Simpul Sila
Ikatan simpul sila digunakan untuk merawat
kecederaan dalaman dan luaran.
Luka terjadi disebabkan oleh pecahnya
bahagian kulit selepas sesuatu kecederaan.
Contoh : calar dan terbakar juga dikategorikan
sebagai luka.
b. Balutan Luka Tangan
' Selalu Sedia '
c. Balutan Luka Dada
d. Balutan Luka Bahu
e. Balutan Luka Peha
' Selalu Sedia '
f. Balutan Luka Siku
g. Balutan Luka Lutut
h. Balutan Luka Lengan
i. Balutan Luka Jari
' Selalu Sedia '
ASAS
PERKHEMAHAN
Khemah merupakan tempat perlindungan sementara selamat yang
diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang boleh
digerakkan.
BENTUK A BENTUK IGLOO
BENTUK DOME
Khemah nylon Sesuai digunakan di Sesuai digunakan
berbentuk "A" atau pergunungan kerana di pergunungan air
poncho (seperti yang boleh menghalang dari
digunakan oleh kesejukan batu dan tempat
tentera) Boleh memerap udara bersalji
Sesuai digunakan di panas di dalam khemah
kawasan tanah rendah dan menghalang angin Berfungsi seperti
atau pantai sejuk dari memasuki ke khemah berbentuk
Mampu memberikan dalam
kitaran udara yang Memberi keselesaan dome, tetapi
baik di tempat-tempat kepada pengguna di khemah igloo lebih
yang agak panas persekitaran yang sejuk
memanaskan
' Selalu Sedia '
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa
Perkhemahan untuk keselamatan
1.Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari
sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih)
2.Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-khemah.
3.Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
4.Pastikan Khemah :
Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar ( jika tiada
pilihan mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang
condong, sebalik nye dirilah khemah pada berlawanan arah condong ).
Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu.
Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia.
5.Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan
keluar dari khemah.
6.Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di
belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga
jangkamasa khemah)
7.Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
8.Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat.
9.Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak
sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah).
10.Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.
11.Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan
perkhemahan.
Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang sebagai tanda.
(untuk mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat yang telah dilabuh)
Kedalaman korek mestilah 2kaki.
12.Tempat sampah
Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan
perkhemahan.
13.Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti.
14.Rehat & tidur mestilah cukup.
' Selalu Sedia '