PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKADEMIK BIL.3/2021
Tarikh : 8 Julai 2021
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Pengerusi : Puan Hajah Sarifah binti Husin
Kehadiran(Bilangan) : 85/85
Tidak hadir :
Turut Hadir (Jika ada) :
1 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih kerana hadir ke
Mesyuarat Pengurusan Akademik bil.3/2021.
1.2 Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Hilmi bin Ahmed Nasser.
2 Pengesahan Minit Mesyuarat
Cadangan : Encik Ahmad Hilmi bin Ahmed Nasser
Sokongan : Encik Azid bin Azam
3 Perkara-perkara Berbangkit
Tiada
4 Taklimat Pengurusan Akademik – Puan Hajah Masturah binti Asmuin (TPA)
4.1 Perkongsian dan peringatan berkaitan Takwim Pengajian yang masih dijalankan
secara PdPR.
Tahun 1 SVM dan 2 SVM : Minggu ke-12
Tahun 1 DVM dan 2 DVM : Minggu ke-10
Pelajar OJT : Minggu ke-13
Makluman
4.2 Semua pensyarah telah diberikan Taklimat Panataran Sistem Pelaporan PdPR
Baharu (Versi KPM) Peringkat Kolej Vokasional (ERT) Azizah. Pelaporan boleh diisi
melalui pautan https://spjohor.moe.gov.my/index.php.
Makluman
4.3 Pembentangan berkaitan laporan pengurusan dan pemantauan PdPR melalui
Dashboard Sekolah. Semua pensyarah perlu merekodkan SPdPR setiap kali selesai
sesi PdPR kerana data boleh dipantau untuk melihat jumlah pensyarah yang
merekodkan SPdPR. TPA juga mengingatkan laporan PdPR dalam masa 3 hari
sahaja seperti yang telah ditaklimatkan.
Makluman
1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.4 Pentaksiran
4.4.1 Jadual kerja berkaitan SVM, DVM dan SKM mestilah mengikut ketetapan
Lembaga Peperiksaan dan Unit Pentaksiran BPLTV. Semua pensyarah diminta
bersedia untuk mengisi markah PB apabila diperlukan.
Makluman
4.4.2 Terima kasih kepada Unit JPP yang telah menganalisis Keputusan SPM tahun
2020 pada 10 Jun 2021 dan tahniah kepada tenaga pengajar yang mengajar pelajar
SKM pada tahun lepas atas pencapaian yang baik pada tahun 2020. Kelulusan 100%
untuk semua mata pelajaran BM, Sejarah dan MPAK.
Makluman
4.4.3 Makluman berkaitan tarikh Penilaian Akhir Khas yang telah dan akan
dilaksanakan :
i) Penilaian Akhir Khas Pelatih Multi-Tier Ambilan 2018 : Mac 2021
ii) Penilaian Akhir Khas Single-Tier Ambilan 2016 : 14 Jun – 17 Jun 2021
iii) Penilaian Akhir Khas Singe-Tier Ambilan 2019 : 28 Jun – 30 Jun 2021
iv) Penilaian Akhir Khas Pelatih Multi-Tier Ambilan 2019 : 12 Julai – 14 Julai 2021
Makluman
4.4.4 Makluman berkaitan pelajar Nur Fatihah Umairah Norhairul yang telah diberi
peluang untuk mengulang mata pelajaran bagi memperbaiki PNG Akademik. Semua
pensyarah yang terlibat dapat membantu pelajar berkenaan. Jadual kelas untuk mata
pelajaran ulangan telah disediakan.
Makluman
4.5 Laporan Status Pemantauan OJT mengikut program :
Bil Program Bekerja Kaedah Alternatif
1 Seni Kulinari 23 orang 6 orang
2 Bakeri dan Pastri 25 orang 6 orang
3 Kosmetologi 11 orang 12
4 Seni Reka Fesyen 26 orang
5 Pengajian Awal Kanak-Kanak - 15 orang
11 orang Makluman
4.6 Laporan Analisis MoU
Bil Program MoU Nota Surat Niat
Kerjasama (SN)
1 Seni Kulinari 3
2 Bakeri dan Pastri 2 (NK) 12
3 Kosmetologi 3 0 2
4 Seni Reka Fesyen 7 0 7
5 Pengajian Awal Kanak-Kanak 2 1 19
1 19
0 Makluman
4.7 Laporan Status MyPortfolio :
4 Mei 2021 : 83%
4 Jun 2021 : 100%
TPA mengingatkan semua pensyarah agar menyimpan salinan MyPortfolio dengan
baik dan dapat ditunjukkan sekiranya diperlukan.
2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Makluman
4.8 Laporan berkaitan maklumat penerimaan vaksin dalam sistem e-operasi:
Semua pensyarah telah mengemas kini maklumat vaksin pada 28 Mei 2021.
Sekiranya pensyarah mempunyai maklumat penerimaan vaksin yang terbaharu perlu
memaklumkan kepada guru data.
Makluman
4.9 Cadangan Penambahbaikan Kajian Tindakan
Semua pensyarah digalakkan untuk melakukan Kajian Tindakan sebagai satu usaha
meningkatkan profesionalisme para pensyarah. Bengkel Pembudayaan Kajian
Tindakan 2021 dan garis panduan pelaksanaan Penyelidikan TVET telah dijalankan
melalui pautan google Meet http://meet.google.com/tzb-krav-vuu pada 3 Mei 2021
oleh Dr Mohammad Hafiz bin Salleh ( Unit Penyelidikan dan Inovasi , BPLTV).
Harapan supaya ilmu daripada perbengkelan tersebut dapat diguna pakai untuk
penambahbaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran semasa pandemik dan
norma baharu khasnya.
Makluman
4.9.1 Perbincangan berkaitan Kuiz Jelajah Skills Malaysia ke Sekolah anjuran
Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK. Puan Hajah Rohana dan Puan Rohayu telah
mengikuti perbengkelan Kuiz Jelajah Skills Malaysia. Perkongsian ilmu mengenainya
harap dapat dipanjangkan.
5 Hal-hal lain
5.1 Aktiviti atau setiap program yang dijalankan berkaitan akademik perlu
dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya program tersebut berkaitan
akademik seperti kelas tambahan , modul akademik dan sebagainya.
Makluman
5.2 TPA mengingatkan semua pensyarah supaya saling membantu , menyokong
antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
6 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.32 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
..........................................……… ……...............................……….
(SHAFAWATI BINTI SHARIF) (HAJAH SARIFAH BINTI HUSIN)
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : 8 Julai 2021 Tarikh :
3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4