PENGENALAN
1. LATAR BELAKANG CUTI BELAJAR/PROGRAM PENAJAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Cuti
Belajar/Program Penajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah
Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik
yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara
demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.
1.2. Setiap tahun, perancangan dan kelulusan Cuti Belajar/Program Penajaan
bagi PPP adalah diselaraskan oleh Bahagian Profesionalisme Guru (BPG)
serta Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) bertepatan dengan
Perancangan Strategik Penajaan Dalam Pembangunan Profesionalisme
PPP “Strategic Canvas”.
2. PENGENALAN CUTI BELAJAR/PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
2.1. BBP, KPM menawarkan kemudahan program Hadiah Latihan Persekutuan
bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi
terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh
masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
2.2. Pemberian kemudahan cuti belajar atau penajaan juga merupakan satu
bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea
baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan
oleh KPM.
2.3. Pegawai yang berjaya ditawarkan akan diberikan Cuti Belajar Bergaji
Penuh sebagai mana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’
Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi Jawatan
Latihan BBP, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan
perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak unyuk menerima Elaun
Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
2.4. Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti Cuti Belajar/Program
Penajaan ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan
kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberikan
manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan
organisasi.
MS | 1
2.5. Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan adalah seperti yang
berikut:
(i) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau
juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
(ii) Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
(iii) Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Ijazah Sarjana
Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
(iv) Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang
Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
(v) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).
2.6. Bagi program CBBP DB atau HLP, PPP yang berjaya akan mengikuti
pengajian secara SEPENUH MASA di Universiti Awam di dalam negara
atau universiti luar negara seperti mana yang disenaraikan dalam 100
teratas berdasarkan The Times Higher Education (THE) World University
Rankings atau Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.
Selain itu, PPP juga layak menerima penajaan yuran pengajian serta
elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian.
2.7. HLPS pula adalah program penajaan yang ditawarkan kepada PPP yang
berhasrat atau sedang melanjutkan pengajian secara SEPARUH MASA
ATAU SAMBILAN di universiti awam di dalam negara. PPP yang menerima
tawaran HLPS berkelayakan untuk menerima penajaan Yuran Pengajian,
Elaun Buku dan Elaun Tesis.
2.8. Manakala bagi program CBBP TB, PPP yang berjaya akan ditawarkan
untuk mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di Universiti Awam
di dalam negara sahaja. Namun demikian, pembiayaan yuran pengajian
adalah di bawah tanggungan sendiri sepanjang tempoh pengajian yang
diluluskan.
3. PELAKSANAAN CUTI BELAJAR/PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
3.1. Bagi tahun 2021, KPM membuka permohonan Cuti Belajar/Program
Penajaan kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan
pengkhususan berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM (Rujuk Senarai
Bidang Pengajian Tahun 2021).
MS | 2
3.2. PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan
kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau
pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada
masa akan datang. PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk
mengikuti pengajian dalam dua (2) pilihan mod pengajian iaitu Mod
Campuran (Kerja Kursus Dengan Disertasi/Tesis) atau Mod Penyelidikan
Sepenuhnya bagi pengajian Ijazah Sarjana serta Mod Penyelidikan
Sepenuhnya bagi Pengajian Ijazah Kedoktoran.
3.3. PPP yang berhasrat untuk memohon kemudahan Cuti Belajar/Program
Penajaan digalakkan untuk membuat persediaan dan perancangan awal
termasuk mengenalpasti universiti-universiti yang menawarkan bidang
pengajian yang ingin dimohon (bidang perlu selaras dengan ketetapan KPM
sewaktu penawaran dibuka) dan pensyarah yang berkelayakan serta
berkepakaran untuk dilantik sebagai penyelia sewaktu pengajian kelak.
3.4. KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria
yang ditetapkan untuk dipanggil temu duga. Sehubungan dengan itu, PPP
yang berjaya dipanggil temu duga dinasihatkan untuk membuat persediaan
yang baik sebelum menghadiri temu duga termasuk membuat
permohonan kemasukan ke Universiti Awam Dalam Negara bagi
peringkat Sarjana dan Kedoktoran atau Universiti terkemuka Luar
Negara yang ditetapkan KPM bagi peringkat Kedoktoran berdasarkan
bidang yang dimohon bagi mengelak kegagalan mendapat tempat untuk
kemasukkan sesi September/Oktober 2021 sekiranya berjaya ditawarkan
Cuti Belajar/penajaan kelak.
3.5. PPP perlu menyediakan KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam Negara dan
Bahasa Inggeris bagi pengajian Luar Negara) yang berkualiti dan ASLI
bersesuaian dengan bidang yang dimohon beserta SLAID pembentangan
yang dibawa semasa sesi temu duga.
3.6. PPP yang berjaya temu duga akan menerima Surat Tawaran Bersyarat
dan WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu tempoh yang akan
ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan
semasa Program Persediaan tersebut. Kegagalan PPP untuk menghadiri
Program Persediaan berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.
3.7. PPP yang menerima kemudahan Cuti Belajar/Program Penajaan adalah
terikat dengan kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma
yang terkandung di dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab
terhadap pengajian dan WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti
Belajar yang diluluskan (Graduate On Time (GOT)).
3.8. Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi
Jawatan Latihan BBP, KPM dan BBP merupakan Ketua Jabatan baharu
yang berperanan untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan PPP sepanjang
MS | 3
tempoh tersebut. Tempoh Cuti Belajar ini juga layak diambil kira bagi tujuan
perkiraan faedah-faedah persaraan. Selain itu, diingatkan bahawa PPP
boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat (Time-Based Berdasarkan
Kecemerlangan) dalam tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah
memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.
3.9. PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar sekaligus
perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang dimiliki untuk
kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas pelaburan). PPP yang
melapor diri akan ditempatkan ke dalam ekosistem pendidikan mengikut
keperluan semasa Kementerian serta bersesuaian dengan bidang
kepakaran dan kekosongan tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan
perancangan pembangunan sumber manusia secara lebih berkesan.
MS | 4
4. RINGKASAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR/PROGRAM P
CU
Cuti Belajar Bergaji Penuh Program Khas Yang
Menyokong Industri
BIL KETERANGAN Dengan Biasiswa /
Revolution (IR) 4.0.
Hadiah Latihan [IR 4.0]
Persekutuan
(HLP)
1. Peringkat Sarjana Ph.D Sarjana Ph.D
Pengajian
2. Struktur / Mod Campuran / Penyelidikan Campuran / Penyelid
Pengajian Penyelidikan Penyelidikan
Dalam /
3. Tempat Dalam Dalam / Luar Dalam Negar
Pengajian Negara Negara Negara
4. Kaedah Sepenuh Masa Sepenuh Masa
Pengajian
5. Kelayakan Cuti Cuti Belajar Bergaji Penuh Cuti Belajar Bergaji Penu
6. Kelayakan - Yuran Pengajian - Yuran Pengajian
Pembiayaan - Elaun Buku - Elaun Buku
- Elaun Tesis - Elaun Tesis
7. Jenis Pengajian BELUM memulakan BELUM memulakan
pengajian pengajian
Baki Semester Tidak Berkenaan
8. (bagi yang TELAH Tidak Berkenaan
memulakan
pengajian)
PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
UTI BELAJAR/PROGRAM PENAJAAN
Program Ijazah
g Sarjana Hadiah Latihan Cuti Belajar Bergaji Penuh
ial Kaunseling Persekutuan Separuh Masa Tanpa Biasiswa
. (Penyalahgunaan (CBBP TB)
/ Sambilan
Dadah) (HLPS)
[SPADA]
D Sarjana Sarjana Ph.D Sarjana Ph.D
dikan Campuran / Campuran / Penyelidikan Campuran / Penyelidikan
Penyelidikan Penyelidikan Penyelidikan
Luar Dalam Negara
ra Dalam Negara Dalam Negara
Sepenuh Masa
Separuh Masa / Sambilan Sepenuh Masa
uh Cuti Belajar Bergaji TIADA kelayakan Cuti Belajar Cuti Belajar Bergaji Penuh
Penuh
- Yuran Pengajian
- Yuran Pengajian (mulai semester PPP
- Elaun Buku
menerima tawaran sehingga Tiada
tamat pengajian)
- Elaun Tesis
- Elaun Buku
- Elaun Tesis
BELUM memulakan TELAH atau BELUM BELUM memulakan
pengajian
pengajian memulakan pengajian
Tidak Berkenaan Tidak Tidak Tidak Berkenaan
melebihi melebihi
Semester 3 Semester 7
MS | 5
5. PERTANYAAN
5.1. Sebarang PERTANYAAN mengenai proses penawaran bagi kemudahan
Cuti Belajar/Program Penajaan ini, boleh menghubungi pegawai berikut:
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
(u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad / Puan
Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin
Asmuni)
No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
Faks
E-mel : 03-8870 6839
: [email protected]
Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel [email protected]
: (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah
teknikal borang permohonan yang dihadapi)
MS | 6