The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shu4736, 2021-08-27 00:52:00

Unit 2 Permainan Kategori Serangan

Unit 2 Permainan Kategori







Serangan







PJPK TINGKATAN 5 KSSM


OLEH CIKGU NURSHUHADA BT AMAT


SMK KEM TERENDAK, MELAKA

Hoki

HOKI






 Permainan hoki merupakan salah satu sukan berpasukan yang


mempersembahkan corak permainan pantas dan menarik



 Pemain-pemain perlu kreatif dan bijak menyusun strategi


menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.



 Pasukan yang menyerang perlu berusaha untuk mencipta,


menguasai dan menggunakan ruang bagi menghasilkan jaringan


untuk mencapai kemenangan.



 Pasukan yang bertahan pula perlu berusaha supaya hasrat


pasukan yang menyerang dapat digagalkan untuk mencapai


kemenangan.

HOKI






 Walaupun permainan hoki merupakan

sukan berpasukan, namun kemahiran


individu dalam menguasai dan

mengawal bola adalah sangat penting


untuk merealisasikan pelbagai strategi

permainan yang telah dirancang.



 Malaysia mempunyai pemain-pemain

penyerang yang berkaliber dan


bertaraf dunia seperti Nur Saiful Zaini

Nasiruddin, Dato’ Minarwan Nawawi,


mendiang Chua Boon Huat dan Faizal

Saari

HOKI

Strategi Serangan









 Kebolehan pasukan hoki melakukan
serangan bergantung kepada

keberkesanan strategi yang telah dirancang


 Strategi serangan yang berkesan sudah

pasti dapat mengatasi keupayaan

pertahanan pasukan lawan.

 Strategi pasukan perlu dirancang dan

ditentukan oleh pemain dan jurulatih hoki.


 Mereka perlu mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan pasukan lawan.


 Pemilihan formasi serangan yang tepat akan
memberikan kelebihan kepada pasukan

untuk menjaringkan gol kemenangan.

Strategi Serangan - Formasi 3-3-3-1











 Formasi 3-3-3-1 ini berkesan untuk

strategi permainan menyerang

kerana pergerakan serangan dan

bertahan melibatkan sokongan


pemain.


 Semasa menyerang, dua orang


pemain tengah di posisi tepi akan

overlap sebagai pemain sayap.



 Pada masa yang sama, dua pemain

pertahanan bergerak untuk

menyokong di bahagian tengah.

Strategi Serangan -




Formasi 3-3-3-1








 Formasi 3-3-3-1 ini berkesan untuk


strategi permainan menyerang kerana

pergerakan serangan dan bertahan

melibatkan sokongan pemain.



 Semasa menyerang, dua orang pemain

tengah di posisi tepi akan overlap


sebagai pemain sayap


 Pada masa yang sama, dua pemain

pertahanan bergerak untuk menyokong


di bahagian tengah.

Cara Bermain








 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


 Permainan bermula dengan bola pada

pemain sweeper untuk serangan dari

bawah.



 Murid satu (M1) (sweeper) sambil bergerak
untuk serangan membuat hantaran kepada

pemain pertahanan kanan yang mula

bergerak untuk overlap sebagai pemain
sayap kanan murid dua (M2).


 M2 menghantar bola kepada murid tiga

(M3) untuk melepasi pemain lawan.


 Tiga orang pemain barisan serangan akan

bergerak dan mencari ruang serta peluang
dalam kawasan pertahanan lawan.

Cara Bermain












 M3 akan menghantar kembali bola


kepada M2 yang akan menghantar

bola kepada penyerang murid


empat (M4) yang membuka ruang di


kedudukan garisan gol (T position).



 M4 membuat hantaran lintang

kepada penyerang murid lima (M5)


yang meluru ke arah bola untuk

membuat jaringan gol.



Kekuatan dan Kelemahan









Variasi Pukulan dari




Sebelah Kanan Tiang Gol









 Dalam set-piece ini, bola yang


ditahan oleh stopper akan dipukul

atau ditolak deras oleh hitter ke arah


sisi luar tiang gol.



 Sebaik sahaja melakukan tolakan,


pusher akan terus berlari ke arah

tiang gol kanan dengan memegang


kayu kilas untuk menyentuh dan

membiaskan bola ke arah gol.

Cara Bermain










 Murid dibahagikan kepada dua

kumpulan. Setiap murid bertindak


sebagai pusher (M1), stopper (M2),


hitter (M3) dan penjaga gol (M4).


 Bola ditolak masuk oleh M1 di


kedudukan sepuluh meter daripada


tiang gol.



 Kemudian M1 menolak bola ke arah

stopper yang memastikan bola


ditahan di luar garisan D.

Cara Bermain








 M2 akan menolak masuk bola ke dalam
kawasan D untuk dipukul oleh M3 bagi variasi

direct hit, atau

 M2 akan menahan bola di luar kawasan D dan

M3 berperanan mendorong bola masuk ke
dalam kawasan D serta menyungkit bola untuk
drag flick, atau



 M2 akan menahan bola di kawasan D dan M3
akan memukul bola ke arah kanan atau kiri tiang
gol, atau juga ke arah titik penalti strok untuk

dibiaskan bola ke arah gawang dalam variasi
pukulan sudut pendek (indirect penalty corner
hit)


 5 Murid akan bertukar peranan selepas
melakukan semua strategi serangan sudut

penalti.





Strategi Bertahan






 Strategi bertahan yang berkesan


mampu mengawal dan menguasai

permainan.


 Strategi bertahan dalam formasi 3-3-3-1


berupaya mengimbangi pasukan

dengan peranan pemain sweeper.



 Pemain ini merupakan posisi pertahanan

paling penting yang berupaya

membaca pergerakan serangan


pasukan lawan dan mengetuai barisan

pertahanan dengan memintas setiap

serangan yang dilakukan

Strategi Bertahan



Strategi Bertahan

Strategi Bertahan

Strategi Pertahanan Sudut Penalti

Strategi



Pertahanan



Sudut



Penalti



Strategi Pertahanan Sudut Penalti







Menyerang dan Bertahan














 Dalam situasi permainan, apabila pasukan

menghadapi serangan daripada pasukan

lawan, formasi 3-3-4 menjadikan pasukan

mempunyai bilangan pemain pertahanan

yang lebih ramai untuk mengekang

serangan tersebut.


 Strategi bertahan ini sering digunakan dan

berkesan untuk mengatasi pasukan lawan

yang menggunakan formasi 3-3-3-1 semasa

menyerang

Menyerang dan Bertahan











 Bilangan pemain pertahanan


bertambah dengan bantuan


pemain tengah.



 Strategi kawalan zon juga

memberikan kelebihan kepada


pasukan yang menggunakan

formasi ini kerana pasukan lawan


boleh dihalang daripada


memasuki zon serangan (garisan

22 meter) dan kawasan D.



Cara Bermain










 Murid dibahagikan kepada dua pasukan.


 Ketua pasukan akan berbincang dengan
rakan sepasukan untuk memilih formasi

permainan yang akan digunakan

berdasarkan strategi menyerang dan
bertahan.


 Formasi permainan dan penentuan posisi

tiap-tiap pemain berdasarkan kekuatan dan

kelemahan pasukan lawan.


 Permainan mengikut peraturan dan Undang-
undang Persekutuan Hoki Antarabangsa

(FIH).


 Permainan dijalankan selama 15 minit untuk

setiap separuh masa permainan.

TAMAT


Click to View FlipBook Version