Formasi 3 Luar, 2 Dalam dan Strategi Pass and
Move
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima.
Setiap kumpulan menggunakan strategi
serangan 3 di luar, 2 di dalam.
Serangan bermula daripada murid satu (M1)
yang menghantar bola kepada murid dua
(M2).
M1 berlari melepasi pertahanan ke bahagian
sayap kiri.
Murid tiga (M3) menerima bola daripada M2
dan menghantar bola kepada M1.
M1 dengan pantas menghantar bola kepada
murid lima (M5).
M1 bergerak ke low-post untuk menjaring.
Satu Lawan Satu
Strategi Bertahan Kawalan Zon dan
Strategi Permainan
Satu Lawan Satu
Strategi pertahanan satu lawan satu
merupakan strategi pertahanan asas
dan mudah dilakukan dalam
permainan bola keranjang.
Setiap pemain akan mengawal
pergerakan pihak lawan mengikut
kesesuaian posisi mereka apabila
diserang.
Pemain bertahan mengawal dengan
rapat ke mana-mana sahaja pemain
lawan bergerak dalam kawasan
serangan.
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada
dua kumpulan.
Permainan dimulakan
dengan pasukan penyerang
membuat hantaran dari
garisan tengah.
Pasukan bertahan akan
cuba mengadang setiap
pemain pasukan penyerang
bagi mendapatkan bola
dan menghalang pemain
pasukan penyerang
bergerak ke hadapan
menuju ke arah jaring.
Cara Bermain
Dua mata akan diberikankepada
pasukan bertahan sekiranya bola
dapat dirampas dan dua mata
juga akan diberikan kepada
pasukan penyerang sekiranya
pemain pasukan penyerang
dapat menjaringkan gol.
Pemain pasukan bertahan yang
terlepas mengawal pemain
pasukan penyerang akan
tersingkir dan digantikandengan
rakan pasukan pertahanan yang
lain
Kekuatan
dan
Kelemahan
Kawalan Zon dan Strategi
Permainan
Strategi bertahan kawalanzon merupakan
strategi pertahanan yang lebih baik untuk
menghalang pasukan lawan melakukan
jaringan.
Dalam strategi ini, pemain bagi posisi
penyerang dan tengah akan mengawal zon
satu, dua dan tiga, iaitu kawasan di luar
garisan tiga mata.
Pemain pertahanan pasukan pula akan
menjaga zon serangan yang lebihkritikal,
iaitu zon empat dan lima.
Kecergasan pemain-pemain untuk
memintas hantaran pemain pasukanlawan
adalah penting dalam pertahanan zonini.
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada
dua kumpulan.
Setiap kumpulan diberi
kebebasan untuk memilih
formasi serangan yang
hendak dimainkan.
Pasukan murid yang bertahan
akan melakukan kawalan zon
mengikut kedudukan murid
yang menyerang.
Cara Bermain
Murid yang bertindak sebagai
pemain pertahanan akan
melakukan kawalan yang rapi
khususnya di zon 4 dan 5 (low-
post).
Murid yang bertahan di zon 2 dan
3 akan menghalang pihak lawan
daripada memasuki garisan tiga
mata.
Permainan berjalan selama 5
minit. Pasukan yang mendapat
mata terbanyak dikira pemenang.
Kekuatan
dan
Kelemahan
Hoki
HOKI
Permainan hoki merupakan salah satu sukan berpasukan yang
mempersembahkan corak permainan pantas dan menarik
Pemain-pemain perlu kreatif dan bijak menyusun strategi
menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.
Pasukan yang menyerang perlu berusaha untuk mencipta,
menguasai dan menggunakan ruang bagi menghasilkan jaringan
untuk mencapai kemenangan.
Pasukan yang bertahan pula perlu berusaha supaya hasrat
pasukan yang menyerang dapat digagalkan untuk mencapai
kemenangan.
HOKI
Walaupun permainan hoki merupakan
sukan berpasukan, namun kemahiran
individu dalam menguasai dan
mengawal bola adalah sangat penting
untuk merealisasikan pelbagai strategi
permainan yang telah dirancang.
Malaysia mempunyai pemain-pemain
penyerang yang berkaliber dan
bertaraf dunia seperti Nur SaifulZaini
Nasiruddin, Dato’ Minarwan Nawawi,
mendiang Chua BoonHuat dan Faizal
Saari
HOKI
Strategi Serangan
Kebolehan pasukan hoki melakukan
serangan bergantung kepada
keberkesanan strategiyang telah dirancang
Strategi serangan yang berkesan sudah
pasti dapat mengatasi keupayaan
pertahanan pasukanlawan.
Strategi pasukan perlu dirancang dan
ditentukan oleh pemain dan jurulatih hoki.
Mereka perlu mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pasukan lawan.
Pemilihan formasi serangan yang tepat akan
memberikan kelebihan kepada pasukan
untuk menjaringkan gol kemenangan.
Strategi Serangan - Formasi 3-3-3-1
Formasi 3-3-3-1 ini berkesan untuk
strategi permainan menyerang
kerana pergerakan serangan dan
bertahan melibatkan sokongan
pemain.
Semasa menyerang, dua orang
pemain tengah di posisi tepi akan
overlap sebagai pemain sayap.
Pada masa yang sama, dua pemain
pertahanan bergerak untuk
menyokong di bahagian tengah.
Strategi Serangan -
Formasi 3-3-3-1
Formasi 3-3-3-1 ini berkesan untuk
strategi permainan menyerang kerana
pergerakan serangan dan bertahan
melibatkan sokongan pemain.
Semasa menyerang, dua orang pemain
tengah di posisi tepi akan overlap
sebagai pemain sayap
Pada masa yang sama, dua pemain
pertahanan bergerak untuk menyokong
di bahagian tengah.
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada duakumpulan.
Permainan bermula dengan bolapada
pemain sweeper untuk serangan dari
bawah.
Murid satu (M1) (sweeper) sambilbergerak
untuk serangan membuat hantarankepada
pemain pertahanan kanan yang mula
bergerak untuk overlap sebagai pemain
sayap kanan murid dua(M2).
M2 menghantar bola kepada muridtiga
(M3) untuk melepasi pemain lawan.
Tiga orang pemain barisan serangan akan
bergerak dan mencari ruang serta peluang
dalam kawasan pertahanan lawan.
Cara Bermain
M3 akan menghantar kembali bola
kepada M2 yang akan menghantar
bola kepada penyerang murid
empat (M4) yang membuka ruang di
kedudukan garisan gol (T position).
M4 membuat hantaran lintang
kepada penyerang murid lima (M5)
yang meluru ke arah bola untuk
membuat jaringan gol.
Kekuatan dan Kelemahan
Variasi Pukulan dari
Sebelah Kanan Tiang Gol
Dalam set-piece ini, bola yang
ditahan oleh stopper akan dipukul
atau ditolak deras oleh hitter ke arah
sisi luar tiang gol.
Sebaik sahaja melakukan tolakan,
pusher akan terus berlari ke arah
tiang gol kanan dengan memegang
kayu kilas untuk menyentuh dan
membiaskan bola ke arah gol.
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan. Setiap murid bertindak
sebagai pusher (M1), stopper (M2),
hitter (M3) dan penjaga gol (M4).
Bola ditolak masuk oleh M1 di
kedudukan sepuluh meter daripada
tiang gol.
Kemudian M1 menolak bola ke arah
stopper yang memastikan bola
ditahan di luar garisan D.
Cara Bermain
M2 akan menolak masuk bola ke dalam
kawasan D untuk dipukul oleh M3 bagi variasi
direct hit, atau
M2 akan menahan bola di luar kawasan D dan
M3 berperanan mendorong bola masuk ke
dalam kawasan D serta menyungkit bola untuk
drag flick, atau
M2 akan menahan bola di kawasan D dan M3
akan memukul bola ke arah kanan atau kiri tiang
gol, atau juga ke arah titik penalti strok untuk
dibiaskan bola ke arah gawang dalam variasi
pukulan sudut pendek (indirect penalty corner
hit)
5 Murid akan bertukar peranan selepas
melakukan semua strategi serangan sudut
penalti.
Strategi Bertahan
Strategi bertahan yang berkesan
mampu mengawal dan menguasai
permainan.
Strategi bertahan dalam formasi 3-3-3-1
berupaya mengimbangi pasukan
dengan peranan pemain sweeper.
Pemain ini merupakan posisi pertahanan
paling penting yang berupaya
membaca pergerakan serangan
pasukan lawan dan mengetuai barisan
pertahanan dengan memintas setiap
serangan yang dilakukan
Strategi Bertahan
Strategi Bertahan
Strategi Bertahan
Strategi Pertahanan Sudut Penalti
Strategi
Pertahanan
Sudut
Penalti
Strategi Pertahanan Sudut Penalti
Menyerang dan Bertahan
Dalam situasi permainan, apabilapasukan
menghadapi serangan daripada pasukan
lawan, formasi 3-3-4 menjadikan pasukan
mempunyai bilangan pemain pertahanan
yang lebih ramai untuk mengekang
serangan tersebut.
Strategi bertahan ini sering digunakan dan
berkesan untuk mengatasi pasukan lawan
yang menggunakan formasi3-3-3-1 semasa
menyerang
Menyerang dan Bertahan
Bilangan pemain pertahanan
bertambah dengan bantuan
pemain tengah.
Strategi kawalan zon juga
memberikan kelebihan kepada
pasukan yang menggunakan
formasi ini kerana pasukan lawan
boleh dihalang daripada
memasuki zon serangan (garisan
22 meter) dan kawasan D.
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepadadua pasukan.
Ketua pasukanakan berbincang dengan
rakan sepasukan untuk memilih formasi
permainan yang akan digunakan
berdasarkan strategi menyerang dan
bertahan.
Formasi permainan dan penentuan posisi
tiap-tiap pemain berdasarkan kekuatan dan
kelemahan pasukan lawan.
Permainan mengikut peraturan danUndang-
undang Persekutuan Hoki Antarabangsa
(FIH).
Permainan dijalankan selama 15 minituntuk
setiap separuh masapermainan.