The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashausop2, 2021-11-29 14:32:55

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2021

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUNUT SUSU
17020 PASIR MAS KELANTAN

MJNJT MESYUARAT GURU AWAL TAHUN
BIL. 1/2021

Tarikh 14 Januari 2021
Hari Khamis
Masa 9.00 Pagi
Tempat Dewan Terbuka Tok Guru Haji Nor Teliar, SMKBS
Kehadiran Sebagaimana Lampiran

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua yang hadir pada Mesyuarat Guru Awal Tahun SMKBS Bil
1/2021.

1.2 Tuan pengetua memaklumkan perjumpaan kali ini merangkumkan tiga mesyuarat
kokurikulum, mesyuarat guru dan mesyuarat HEM.

1.3 Tuan pengetua mengucapkan takziah kepada En. Shaharaman bin Osman di atas
kematian isteri dan En. Bulong bin Kahar atas musibah kebakaran ketika cuti
sekolah.

1.4 Tuan pengetua memaklumkan kewujudan tabung kebajikan bagi meringankan
beban ibubapa murid SMKBS yang mempunyai masalah kewangan.

1.5 Tuan pengetua memperkenalkan Pn. Haslina binti Hanafi guru baharu SMKBS.

1.6 Setiap guru perlu memegang jawatan di dalam setiap unit untuk mendapat markah
presfasi 90% dan ke atas.

1.7 Berlaku pengurangan murid yang mendaftar tingkatan 1 dari 165 orang pelajar
kepada 130 orang murid sahaja berdasarkan data APDM.

1

1.8 Pada 8 Januari 2021 sistem telah dibuka untuk ibubapa murid tingkatan 1
membuat rayuan penempatan. Terdapat seorang pelajar SK Bunut Susu
berpindah ke SMK Raja Sakti.

1.9 Kerusi, meja dan perabot dijangka mencukupi untuk sesi persekolahan 2021.

1.10 Taklimat pengagihan buku teks kepada semua pelajar akan diadakan pada hari
pertama persekolahan iaitu 20 Januari 2021.

Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Encik Mohd Kifli bin Majid dan disokong oleh
Pn. Mas Ayu.

Tindakan: Makluman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Analisis item perlu diteruskan untuk setiap matapelajaran selepas pentaksiran.

3.2 Guru Penasihat Nasyid 2021 adalah Pn Mas Ayu binti Che Chik, Pn. Zalihan bt
Yunus dan Pn. Zuraini bt Daud.

3.3 Meja pelajar seeloknya tidak dibalut dengan kertas dinding berpelekat kerana akan
merosakkan meja.

3.4 Meja pelajar sudah siap dibalut pada minggu ke empat kecuali kelas tingkatan 5
tahun 2020 dikecualikan.

4

3.5 Aktiviti dan program boleh dilakukan dengan menggunakan dana kewangan tahun
lepas.
Tindakan: Makluman

2

4. Ucapan Pengetua (10 Fokus Pengetua SMK Bunut Susu)
4.1 Kebersamaan dan ‘Esprit de Corps’ dalam menjayakan visi dan misi sekolah.
4.1.1 Doing Right Things bermaksud setiap tindakan yang dilaksanakan perlu
dinilai keberkesanannya pada penghujung tahun tersebut.
4.2 Memperkasakan dan manjayakan Program Transformasi Sekolah 2025.
4.3 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berterusan, komited dan
berkesan.
4.4 Peningkatan secara produktif dalam PdPc menggunakan pelbagai kaedah PAK21.
4.4.1 Bilik Tayangan 1 akan dijadikan Pusat Pengumpulan bahan PAK21.
4.4.2 Guru masih boleh menggunakan Bilik Tayangan seperti biasa.
4.5 Melaksana, membuat pentaksiran dan melengkapkan secara terancang bag!
SKPMg2 dan PBD.
4.5.1 Menjayakan sasaran minimum 95% kehadiran bulan murid pada tahun ini
kerana 92% telah dicapai pada tahun lepas.
4.6 Memperkukuh dan meningkatkan sahsiah dan kemenjadian murid.
4.7 Mencapai kecemerlangan dalam kehadiran, penglibatan, pencapaian dan
kemampuan murid dalam kokurikum.
4.7.1 Melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri tinggi dan mampu
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
4.8 Meningkatkan prestasi dan membuat penambahbaikan pengurusan asrama.
4.9 Penambahbaikan dalam pengurusan sumber manusia.

3

4.10 Membuat penambahbaikan dalam pengurusan aset dan fizikal sekolah.

4.11 Penjajaran Kurikulum 2.0 Tahun 2021. Semua guru perlu memahami Dokumen
Penjajaran Kurikulum 2021.

4.12 Penjajaran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan pedagogi serta
pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi
keperluan khusus matapelajaran dalam apa jua keadaan.

4.13 Penjajaran Kandungan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Kandungan Asas,
Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

4.14 Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap boleh dilakukan merentas
kurikulum bagi menyokong dan mengharmonikan Kandungan Asas.

4.15 Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2021. Semua guru perlu mengenalpasti
kandungan kurikulum yang terkesan semasa pelaksanaan PdPR dan implikasinya
terhadap pembelajaran tahun semasa.

4.16 Mengadakan perbincangan dalam panitia untuk merancang pelaksanaan
kurikulum tahun semasa.

4.17 Merujuk dokumen penjajaran kurikulum bagi kandungan kurikulum mata pelajaran
yang terkesan.

4.18 Merancang pelaksanaan kurikulum yang dijajarkan dan menyisipkan Standard
Kandungan/Pembelajaran DKP 2.0 tahun sebelum ke dalam DPK 2.0 tahun
semasa.

4.19 Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan.

4.20 Merancang pengajaran harian dengan mengambil kira PdP yang bersesuaian.

4.21 Melaksanakan PdP samaada secara bersemuka (dalam bilik darjah), dalam talian
dan pembelajaran kendiri berstruktur.

4.22 Melaksanakan PBD dan merekodkan tahap penguasaan murid.

4

4.22.1 Guru diminta membuat PBD lebih awal untuk mengelakkan masalah.

4.22.2 PBD akan melibatkan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

4.22.3 Pelaksanaannya berdasarkan item di dalam DSKP.

4.22.4 Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, penjajaran kurikulum dan wajib
melaksanakan PdPr.

4.22.5 Guru diminta untuk menyenaraikan nama pelajar yang tidak aktif dalam
PdPr.

4.22.6 Eviden perlu disimpan dalam masa setahun.

Tindakan: Semua Guru

5. Ucapan PK Pentadbiran

5.1 Perasmian My SMKBS oleh Yb. Tuan Ahmad Fadhli b. Shaari yang memberi
sumbangan RM 5000.00 untuk membeli amplifier.

5.2 Menerima sumbangan dua buah televisyen daripada Tuan Haji Mohamad bin
Omar untuk digunakan di Makmal Sains.

5.3 Waktu rehat pelajar disingkatkan daripada 30 minit kepada 20 minit dan guru
bertugas perlu memastikan semua murid mematuhi penjarakkan sosial.

5.4 Rekod Harian perlu disediakan bermula hari pertama persekolahan.

5.5 Buku Rekod Mengajar perlu dihantar selepas 2 minggu pertama seterusnya
setiap minggu kepada Guru Kanan masing-masing.

5.6 Memasukkan elemen PAK 21 bersesuaian dengan TS25

5.7 Semakan buku latihan secara berkala oleh guru kelas dan kepada ketua-ketua
panitia dan guru-guru kanan.
5

5.8 Mengetip perakam waktu bermula 20 Januari 2021 (Rabu) mengikut waktu hadir
sekiranya merah sila jumpa pengetua. Tidak dibenarkan guru lain mengetip
perakam waktu.

5.9 Guru diminta memasuki kelas relif sekiranya terdapat relif.

5.10 Guru perlu mengajar Tingkatan 2 dan tingkatan 3 mengikut jadual walaupun PdPr.

5.11 CRK dihadkan 3 orang guru sahaja sehari.

5.12 Pelajar 3 kelas terawal adalah pelajar terpilih manakala 3 kelas terakhir adalah
pelajar campuran dan tiada kelas tercorot.

5.13 Setiap kali ujian pentaksiran dan PBD perlu diisi secara “offline” dalam komputer
Bilik Data.

5.14 Setiap kali ujian pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan
diberikan sijil.

5.15 Waktu tamat persekolahan lebih awal maka guru digalakkan untuk mengadakan
kelas tambahan terutama kepada pelajar tingkatan 5.

5.16 Setiap panitia perlu menyediakan borang analisis item untuk memudahkan guru-
guru matapelajaran membuat analisis item setiap kali pentaksiran dilaksanakan.

5.17 Matematik dan Sains perlu diberi perhatian di peringkat awal untuk meningkatkan
bilangan pelajar yang layak memasuki kelas aliran Sains.Ujian Kelayakan
Tingkatan 1 dijangka dilaksanakan pada 21 Januari 2021 (Khamis).

Tindakan: Semua Guru

6. Ucapan PK Hal Ehwal Murid

6.1 Purata kehadiran pada tahun 2020 ialah 88.43%.
Tindakan: Makluman

6

6.2 Terdapat 3 kategori kes disiplin iaitu berat, sederhana dan kecil namun SMKBS
hanya mempunyai kes disiplin sederhana dan kecil sahaja. Pada tahun 2021,
dibarapkan terdapat pengurangan sebanyak 5% untuk bilangan kes disiplin
sederhana dan kecil.
Tindakan: Makluman

6.3 SMK Bunut Susu mempunyai 15 murid cicir yang tiada di dalam sistem SMKBS
dan semua murid telah dikenalpasti untuk di ambil perhatian.

Tindakan: SU Murid Cicir

6.4 Puan Ruhaizah telah dilantik menjadi pembantu kepada Pn.Hajah Zuhorah di
bawah Unit Kesihatan
Tindakan: Makluman

6.5 Bilangan pelajar tingkatan 1 yang mendaftar adalah seramai lebih kurang 130
orang perlu dan guru kelas perlu menyusun mengikut SOP.

Tindakan: Guru Kelas

6.6 Setiap tingkatan mempunyai 5 kelas kecuali tingkatan 4 mempunyai 6 kelas

Tindakan: Makluman

6.7 Perjalanan Hari Pertama Persekolahan dan Agihan Buku Teks

6.7.1 Murid tingkatan 1 di dewan terbuka, tingkatan 5 (2020) berkumpul di dewan
makan asrama, tingkatan 5 (2021) akan berkumpul di dewan Abdul Raof
manakala tingkatan 4 berkumpul di musalla sebelum di benarkan ke kelas
masing-masing.

6.7.2 Pemulangan buku teks tingkatan 4 oleh murid tingkatan 5 (2021) akan
dijalankan sebelum rehat di kelas masing-masing.

6.7.3 Pelajar tingkatan 5 (2021) akan mengambil buku teks baharu di ambil di
Bilik SPBT selepas waktu rehat. Pergerakan 2 kelas serentak.

7

6.7.4 Murid tingkatan 3 dijadualkan mengambil buku teks pada hari Rabu pada
pukul 10.00 pagi. Ustazah Zuraini binti Daud dilantik menjadi penyelaras
buku teks tingkatan 3.

6.7.5 Murid tingkatan 2 dijadualkan mengambil buku teks pada hari Khamis pada
pukul 8.00 pagi. Pn. Rashidah binti Awang Ahmad dilantik menjadi
penyelaras buku teks tingkatan 2.

6.7.6 Murid tingkatan 1 dijadualkan mengambil buku teks pada 24 Januari 2021
(Ahad) pada pukul 8.00 pagi.

6.7.7 Semua murid PdPr (tingkatan 2 dan 3) perlu memakai uniform sekolah
sewaktu hadir untuk mengambil buku teks.

Tindakan: Makluman

6.8 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

6.8.1 Guru bertugas perlu mengemaskini data SSDM dan akan menjadi budaya
baharu di SMKBS.

Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

6.9 Masalah ketidakhadiran

6.9.1 Guru kelas perlu mengambil tindakan segera untuk masalah tidak hadir
harian.

6.9.2 Guru disarankan menghubungi ibubapa/penjaga sekiranya murid tidak
hadir ke sekolah pada hari tersebut.

6.9.3 Tindakan pantas guru untuk menyediakan surat amaran sekiranya murid
tidak hadir 3 hari dan 10 hari berturut-turut.

6.9.4 Keberkesanan tindakan guru kelas akan dinilai dengan mencapai target
kehadiran 92% bermula Februari 2021.

8

Tindakan : Guru Kelas

7. Ucapan PK Kokurikulum (diwakili oleh SU Kokurikulum)

7.1 Menyampaikan salam perkenalan dari PK Kokurikulum baharu iaitu Pn Wan
Nooraribah bt lshak@ Wan Ishak yang tidak dapat hadir kerana masalah
kesihatan.

7.2 Kelab Kesihatan, Doktor Muda boleh melakukan aktiviti bersesuaian ketika Covid-
19 begitu juga kelab dan persatuan yang lain yang mempunyai aktiviti bersesuaian
dan mematuhi SOP.

7.3 Tiada mesyuarat agung namun pemilihan AJK tertinggi kokurikulum perlu
dilakukan. Fail kokurikulum juga mesti diwujudkan.

7.4 Sukan dan permainan ditangguhkan sehingga diberitahu.

7.5 Semua tugas Kokurikulum yang dipertanggungjawabkan kepada Pn. Norhayati
akan disandang oleh Pn. Haslina kerana beliau akan bersara pada Februari.

7.6 Jawatan setiap guru di dalam unit Kokurikulm boleh dirujuk di dalam Buku
Pengurusan SMK Bunut Susu sesi 2021.

7.7 Puan Siti Nor Hashimah bertanya jenis tindakan yang akan di ambil sekiranya
pelajar melanggar etika pemakaian. Beliau mencadangkan untuk kesalahan kali
pertama dan kedua murid diberi amaran 1 dan 2 seterusnya kali ketiga ibubapa
akan dipanggil.
Tindakan: Makluman

8. Hal- Hal Lain

8.1 Penegasan oleh SU Kokurikulum bahawa semua guru telah diamanahkan untuk
memegang satu jawatan ketua di dalam Unit Kokurikulum.

9

8.2 Pn. Rossliza binti Muhamad memaklumkan perjalanan program dan aktiviti Unit
Bimbingan dan Kaunseling sepanjang tahun 2021.

8.3 SU Peperiksaan SPM meminta guru kelas memaklumkan agar guru kelas
tingkatan 5 (2021) mengumpulkan salinan kad pengenalan murid pada 20 Januari
2021 untuk daftar SPM secara manual.

8.4 Panitia Pendidikan Jasmani akan membeli tambahan 2 perakam suhu untuk
kegunaan guru bertugas mengambil suhu murid setiap hari.

Tindakan: Makluman

9. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,
Pencatat minit mesyuarat Guru 1
(W.SITI KHADIJAH HABSAH BT W.HUSIN)
Pencatat minit mesyuarat Guru 2

Disahkan oleh,

10


Click to View FlipBook Version