The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Ringkasan Eksekutif Seminar Penyelidikan JPPH Ke-11

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhd.hasnizam.hassan, 2020-11-12 05:57:16

Buku Ringkasan Eksekutif Seminar Penyelidikan JPPH Ke-11

Buku Ringkasan Eksekutif Seminar Penyelidikan JPPH Ke-11

7. ANALISIS KAJIAN DAN PENEMUAN

Jadual 7.1: Tahap Kepuasan Bekerja Kakitangan JPPH Malaysia

Faktor Kepuasan Kerja Min Interpretasi RII
Ketua / 0.771
Penyelia 1. Arahan mudah difahami 3.86 Tinggi 0.754
0.762
Bidang Tugas 2. Sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar 3.77 Tinggi 0.705
0.730
Peningkatan 3. Ruang menyampaikan pandangan dan cadangan 3.81 Tinggi 0.744
Kerjaya 0.793
4. Pembahagian kerja dilakukan secara adil 3.53 Sederhana 0.805
Penghargaan/ 0.780
Pengiktirafan 5. Membuat keputusan dengan baik 3.65 Sederhana 0.721
0.775
Hubungan   0.761
Interpersonal 0.748
6. Sesuai dengan minat dan kebolehan saya 3.97 Tinggi 0.703
Kemudahan 0.710
   7. Bersemangat melakukan tugas 4.03 Tinggi 0.730
0.685
8. Bebas memilih cara terbaik melaksanakan tugas 3.90 Tinggi 0.669
0.696
9. Beban kerja yang setimpal 3.60 Sederhana 0.683
0.795
10. Peluang mengikuti program latihan 3.80 Tinggi 0.829
11. Peluang menggunakan sepenuhnya potensi diri 3.74 Tinggi 0.800
12. Peluang melanjutkan pelajaran 3.51 Sederhana 0.808
13. Diberi panduan dan galakan 3.55 Sederhana 0.738
0.730
14. Hasil kerja diberi maklum balas dan penghargaan 3.42 Sederhana 0.758
15. Peluang pengiktirafan dalam perkhidmatan awam 3.34 Sederhana 0.754
16. Ganjaran (Gaji, elaun, dan sebagainya) 3.48 Sederhana 0.767
0.749
  3.98 Tinggi
17. Hubungan baik dengan Penyelia / Ketua 4.14 Tinggi
18. Hubungan dengan warga dalam bahagian / unit saya 4.00 Tinggi
19. Hubungan dengan warga dari bahagian / unit lain
 
  3.69 Tinggi
20. Kemudahan bangunan 3.65 Sederhana
21. Kenderaan Jabatan 3.79 Tinggi
22. Peralatan pejabat (Kerusi, meja, alat tulis dll) 3.77 Tinggi
23. Sistem pautan dalaman 3.84 Tinggi
24. Sistem pautan luar

Objektif Pertama:
Menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja dikalangan kakitangan JPPH Malaysia
mengikut keutamaan.

Objektif pertama dicapai melalui analisis kandungan. Berdasarkan analisis kandungan dalam kajian
literatur, terdapat enam (6) faktor utama yang mempengaruhi kepuasan bekerja dikalangan kakitangan
JPPH Malaysia. Faktor-faktor tersebut disusun mengikut keutamaan berdasarkan purata skor analisis
Indeks Hubungan Relatif (RII):

44

1. Hubungan Interpersonal (0.808);
2. Bidang Tugas atau Kerja Itu Sendiri (0.775);
3. Kemudahan atau Perkhidmatan Sokongan (0.749);
4. Ketua atau Penyelia (0.744);
5. Peningkatan Kerjaya (0.730);
6. Penghargaan atau Pengiktirafan (0.683).

Objektif Kedua:
Mengenalpasti tahap kepuasan bekerja kakitangan JPPH Malaysia.

Objektif kedua pula adalah mengenalpasti tahap kepuasan bekerja kakitangan JPPH Malaysia. Objektif ini
dicapai melalui analisis deskreptif frekuensi. Responden diminta untuk membuat pilihan tahap kepuasan
berdasarkan skala likert.

Berdasarkan Jadual 7.1, faktor Penghargaan atau Pengiktirafan menunjukkan skor min paling rendah iaitu
ketiga-tiga sub-set faktor tersebut mencatatkan interpretasi sederhana.

Manakala faktor Hubungan Interpersonal pula menunjukkan kepuasan paling tinggi dikalangan kakitangan
JPPH. Penemuan ini menunjukkan bahawa hubungan dikalangan kakitangan JPPH sama ada rakan sekerja
atau penyeliaan masih dalam keadaan harmoni dan bersatu.

8. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, kedua-dua objektif kajian ini telah dicapai iaitu dapat menentukan faktor-faktor yang
mempengaruhi kepuasan bekerja dan tahap kepuasan bekerja kakitangan JPPH Malaysia.

Berdasarkan hasil penemuan kajian yang dibincangkan, beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan
bagi penambahbaikan atau mengekalkan tahap kepuasan bekerja kakitangan JPPH. Cadangan-cadangan
yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
i. Mengadakan kajian tahap kepuasan kerja berterusan sama ada mengikut cawangan atau berpusat

iaitu sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali.
ii. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengatasi faktor-faktor yang menunjukkan tahap kepuasan yang

rendah atau sederhana.
iii. Memberi galakan atau mewajibkan kakitangan menjawab soal selidik ini supaya data yang diperolehi

lebih baik dan lebih memberi gambaran sebenar.

45

RUJUKAN
Ahmad Jawahir Tugimin (2000). Perkaitan Persepsi Terhadap Organisasi Dengan Kepuasan Kerja di Kalangan

Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Negeri Melaka. Kertas Projek Master Sains: ISSN: 1985-
7012 Vol. 2 No. 2 July - December 2009 Journal of Human Capital Development 20
Ahmad Sarji Abdul Hamid (1996b). Civil Service Reform, Toward Malaysian Vision 2020. Petaling Jaya: Pelandu
Arne L. kalleberg ,(1974), A Causal Approach to The Measurement of Job Satisfaction, working paper 72-2 USA.
Brooke, P. P., D. W. Russell & J. L. Price (1988). Discriminant validation of measures of job satisfaction, job
involvement, and organizational commitment. Journal of Applied Psychology, 73, 139-145
Cron and John W. Slocum (1986), The Influence Of Career Stages on Salepeople’s Job Attitude, Work Perceptions
and Performance” Journal of Marketing Research 23(may), 11929
Fatimah Wati, H., & Iran, H. (1997). Nilai kerja dan hubungannya dengan prestasi kerja dan kualiti kehidupan
bekerja. Satu kajian perbandingan di antara sektor awam dan sektor swasta. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Faudziah Yusof. (2012). Kepuasan Kerja, Tret Optimistik, Keadilan Organisasi dan Hubungannya Dengan Prestasi
Kerja. Jurnal Kemanusiaan, 19: 69-82
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York : Harper & Row Publishers.
Nurazlina Binti Che Omar. (2005). Hubungan di Antara Kepuasan Kerja, Kualiti Kehidupan Bekerja dan Kepuasan
Hidup di Kalangan Ahli-ahli Bomba.Latihan Ilmiah Sarjana Muda: UKM, Bangi.
Sidek Mohd Noah & Mardiana Hj. Muhamad. (1999). Kepuasan Bekerja di Kalangan Pegawai Tadbir Universiti
Putra Malaysia, Sedang, Selangor. Pertanika J.Soc. Sci. & Hum. 7(1): 59-70
Suhaya Hj. Deraman & Siti Zubaidah Hj. Mohd Isa Kolej Universiti Islam Melaka, Tahap Kepuasan Kerja Dalam
Kalangan Kakitangan Penjara (2016)

46

KERTAS 8

KAJIAN PERSEPSI KAKITANGAN
TERHADAP CADANGAN PENGKORPORATAN
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Penyelidik:
SYUZAIRIN BINTI SUHAIMIN
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kuala Terengganu

47

KAJIAN PERSEPSI KAKITANGAN TERHADAP CADANGAN PENGKORPORATAN
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Penyelidik:
SYUZAIRIN BINTI SUHAIMIN

1. PENDAHULUAN
Setiap jabatan di dalam sektor awam akan menempuhi pelbagai halangan dan cabaran yang menuntut
kepada perubahan struktural bagi memastikan jabatan tersebut terus relevan dan memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada kerajaan mahupun rakyat.

Terdapat beberapa jabatan atau agensi awam telah melalui proses pengkorporatan, penswastaan atau
badan berkanun. Semua menuntut kepada kebaikan untuk jabatan dan kakitangan di dalam memberikan
perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.

2. LATAR BELAKANG
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berperanan sebagai penasihat utama kepada kerajaan dan
agensi awam lain dalam aspek berkaitan penilaian, perundingan dan perkhidmatan harta. Bagi memastikan
JPPH terus relevan, cadangan pengkorporatan jabatan telah dikemukakan bagi menjadikan jabatan ini lebih
berdaya maju dan sentiasa relevan bagi mencapai objektif, visi dan misi jabatan.

Seiring dengan cadangan pengkorporatan jabatan, adalah amat penting bagi jabatan memastikan
kecemerlangan dapat dipertingkatkan dan sentiasa memenuhi kehendak semua pelanggan. Cadangan
pengkorporatan ini mempunyai implikasi dari sudut positif mahupun negatif samada terhadap jabatan
mahupun kakitangan. Kunci kejayaan sesebuah organisasi adalah kakitangan sebagai penggeraknya. Oleh
itu, kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana kefahaman kakitangan dan penerimaan kakitangan
terhadap cadangan pengkorporatan jabatan ini sebagai panduan barisan kepimpinan di dalam menentukan
hala tuju atau model pengkorporatan terbaik tanpa mengabaikan persepsi kakitangan.

3. PERNYATAAN MASALAH
Pengkorporatan dilaksanakan bukan untuk mengubah sesuatu fungsi badan berkanun/agensi kerajaan
tersebut menjadi fungsi yang lain atau sebaliknya tetapi hanya melibatkan perkara yang telah dijelaskan di
atas dan melibatkan perubahan sikap pengurusan kepada yang lebih sesuai dengan keadaan yang semakin
mencabar.

Walau bagaimanapun, jabatan perlu mengetahui lebih terperinci persepsi dan pendapat kesemua
kakitangan serta tahap pengetahuan kakitangan JPPH berkenaan dengan isu pengkorporatan ini. Kajian
ini adalah penting bagi jabatan di mana teras sesebuah jabatan adalah kakitangan yang menggerakkannya.
Tiada kajian rasmi mengenai persepsi kakitangan JPPH terhadap langkah pengkorporatan jabatan pernah
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat dua set borang soal selidik mengenai pengkorporatan telah
diedarkan oleh Bahagian Perancangan Strategik dan Standard Amalan serta Penilaisama sekitar tahun
2018.

48

4. OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua (2) objektif kajian ini, iaitu:
i. Mengenalpasti kefahaman kakitangan tentang isu, langkah dan kesan Pengkorporatan Jabatan

Penilaian dan Perkhidmatan Harta
ii. Mengenalpasti persepsi kakitangan JPPH terhadap cadangan pengkorporatan jabatan

5. KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini dapat membantu pihak pengurusan tertinggi jabatan di dalam mengenalpasti persepsi
kakitangan JPPH terhadap cadangan pengkorporatan jabatan dan boleh dijadikan panduan dan rujukan
pihak pengurusan di dalam proses cadangan pengkorporatan jabatan.

6. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian deskriptif. Kerlinger (1986) menjelaskan reka bentuk kajian deskriptif mempunyai
dua tujuan utama iaitu untuk mencari jawapan untuk Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif untuk
mencapai objektif kajian. Kaedah kuantitatif ini digunakan untuk mengukur persoalan dengan cara menjana
data kerangka untuk digunakan dalam statistik. Kaedah kuantitatif ini turut digunakan untuk mengenalpasti
dan mengukur prestasi, kualiti, dan pembolehubah lain. Hasil keputusan adalah daripada saiz sampel
dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi menjawab persoalan kajian yang
berkaitan dengan kefahaman dan persepsi kakitangan JPPH terhadap cadangan pengkorporatan jabatan.

7. ANALISIS KAJIAN DAN PENEMUAN

Seramai 503 responden telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan melalui e-form Google
yang diedarkan melalui medium atas talian iaitu e-mel kepada kesemua kakitangan JPPH Malaysia.

Persetujuan kakitangan bagi cadangan pengkorporatan ini berada di tahap yang sederhana sahaja. Ini
menunjukkan 128 responden memilih sangat tidak setuju dengan cadangan pengkorporatan dan 69
responden memilik tidak bersetuju serta 154 responden memilik tidak pasti. Ini menjadikan jumlah
keseluruhan yang sangat tidak bersetuju, tidak bersetuju dan tidak pasti seramai 351 orang iaitu 69.78%.
Hanya 30.22% menyatakan mereka bersetuju dengan cadangan pengkorporatan ini.

Penemuan kajian adalah tahap kefahaman kakitangan JPPH dan penyampaian maklumat masih di tahap
sederhana. Kakitangan berharap pihak pengurusan dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci
kelebihan dan kekurangan mengenai cadangan pengkorporatan ini dan kesan kepada kakitangan di masa
sekarang dan masa hadapan. Persetujuan kakitangan bagi cadangan pengkorporatan ini berada di tahap
yang sederhana. Sekiranya cadangan pengkorporatan jabatan ini dilaksanakan semula, pihak pengurusan
perlu membuat kajian yang lebih mendalam terutama bagi kesemua faktor yang dikemukakan di dalam
kajian ini iaitu kebajikan kakitangan, gaji/elaun, emolumen, pencen/faedah selepas persaraan, bonus,
peningkatan kerjaya (kenaikan pangkat), kemudahan seperti kakitangan kerajaan (pinjaman perumahan)

8. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada Analisa dan penemuan kajian, kedua-dua objektif bagi kajian ini iaitu mengenalpasti
tahap pengetahuan/kefahaman kakitangan tentang cadangan pengkorporatan jabatan dan mengenalpasti
persepsi kakitangan terhadap cadangan pengkorporatan jabatan telah tercapai.

49

Penemuan kajian adalah kakitangan JPPH Malaysia telah sedia maklum mengenai cadangan pengkorporatan
ini. Walau bagaimanapun, kakitangan berpendapat tahap kefahaman dan penyampaian maklumat masih
di tahap sederhana. Kakitangan berharap pihak pengurusan dapat memberikan penjelasan yang lebih
terperinci kelebihan dan kekurangan mengenai cadangan pengkorporatan ini dan kesan kepada kakitangan
di masa sekarang dan masa hadapan.

Sekiranya cadangan pengkorporatan jabatan ini dilaksanakan semula, pihak pengurusan perlu membuat
kajian yang lebih mendalam terutama bagi kesemua faktor yang dikemukakan di dalam kajian ini iaitu
kebajikan kakitangan, gaji/elaun, emolumen, pencen/faedah selepas persaraan, bonus, peningkatan
kerjaya (kenaikan pangkat), kemudahan seperti kakitangan kerajaan (pinjaman perumahan dan kuarters),
sumber pendapatan jabatan, kesediaan kakitangan terhadap pengkorporatan dan kemudahan sedia ada
jabatan dikekalkan.

Rujukan

Ahmad Atory Hussain. (1983). Penghantar pentadbiran awam. Kuala Lumpur: Utusan Pub.
Akta Badan-Badan Berkanun 2000
Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah
Albers, H. H. 1974. Principles of Management: A Moden Approach. New York : Jersey
Badlihisham Mohd Nasir dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Persepsi Masyarakat India terhadap Agama

dan Komuniti Islam Taman Kajang Utama dan Taman West Country. Islamiyyat: Jurnal Antarabangsa
Pengajian Islam.
Chua, Y.P. 2011. Kaedah dan statistik penyelidikan kaedah penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dimock, M.E., & Dimock, G.O., (1964). Public Administration. New Delhi: Oxford University Press.
Dr. Mohd Afandi Md Amin. 2017. Pengkorporatan Kastam : Perlukah perubahan ‘mindset’?. Jabatan Kastam
Diraja Malaysia
Dr. Mohd Afandi Md. Amin. 2017. Pengkorporatan Kastam : Perlukah Perubahan ‘Mindset’?. Jabatan Kastam
Diraja Malaysia
Galloti, K.M. 2013. Cognitive Psycology In and Out of the Labotratory. Sage Productions : Los Angeles
Gordon, George J. and Milakovich, Micheal E. 1995. Public Administration in America (5th edn). New York: St
Martin’s Press.
Gordon, George J., & Milakovich, Michael E., (1995) . PublicAdministration in America. New York: St. Martin’s
Press.
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Jomo, K.S.(Ed.). 1995. Privatizing Malaysia: Rents, rhetoric, realties. Boulder and London : Westview Press
Kerlinger, F. (1986). Foundations of behavioral research (3rd ed.). New York: Holt, Rinehart, Winston.
Sekaran, Uma. (2003). Research methods for business : a skill business approach.
W. Li & L.C. Xu. 2002. The Impact of Privatizaion and Competition in the Telecommunications Sector Around the
Worl. Darden Business School Working Paper No.02-13
Walter, G.C. 1974. Consumer Behaviour the Theory and Practice. New York: Richard D. Irwin
Wettenhall, R. dan I. Beckett. 1992. Movement in the Public Enterprise and Statutory Sector. In Haligan, J.
and Wettenhall, R. (Eds.) Hawke’s third government: Australia commonwealth administration, 1987-1990.
Faculty of Management, University of Canberra, and the Royal Institute of Public Aministraion Australia (ACT
Division) pp:181-251

50

KERTAS 9

PENILAIAN TANAMAN KENAF

Penyelidik:
NORHAIDA BINTI ABDULLAH
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Alor Setar

51

PENILAIAN TANAMAN KENAF

Penyelidik:
NORHAIDA BINTI ABDULLAH

1. Pendahuluan

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan
merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf ini tergolong dalam family Malvaceae dan berada di bawah
genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas.

Di Malaysia, tanaman kenaf diiktirafkan sebagai tanaman industri baru yang menyokong kepelbagaian
sektor komoditi negara. Tanaman kenaf diperkenalkan pada tahun 2004 pada negeri yang berpotensi untuk
penghasilan kenaf iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak di mana sebelum ini diusahakan dengan
tanaman tembakau.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) merupakan badan yang telah diberi kuasa bawah Akta
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara untuk menjadikan kenaf sebagai komoditi eksport baru di Malaysia.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dipertanggungjawabkan untuk mengurus semua aktiviti
berkaitan jual beli hasil kenaf daripada pekebun kecil.

2. Latar belakang

Pada tahun 2016, keluasan penanaman di Malaysia telah mencecah 2,502.78 hektar di mana Negeri
Kelantan paling banyak yang menjalankan penanaman kenaf iaitu sebanyak 842.58 hektar diikuti oleh
Negeri Pahang, Terengganu dan Perlis.

Penanaman kenaf secara komersial kini semakin mendapat tempat di Malaysia kerana permintaan yang
tinggi bagi produk gentian kenaf khususnya dalam industry automotif dan pembinaan. Ini terbukti apabila
gentian kenaf menerima permintaan tinggi dari China iaitu sebanyak 200 tan sebulan. Oleh demikian,
ia merupakan satu bentuk pertanian komersial yang baru dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Ini
sekaligus memberi peluang kepada penilai dalam menjalankan penilaian tanaman kenaf yang terlibat
dalam pindahmilik, pengambilan tanah, pinjaman bank dan sebagainya.

3. Pernyataan masalah

Penanaman kenaf di Malaysia adalah tanaman pilihan sebagai pengganti tembakau yang mempunyai
banyak kegunaan biokomposit iaitu untuk industri automotif dan pembinaan lebih mesra alam, tekstil,
komestik, pulpa dan kertas serta bahan makanan ternakan yang bakal memberi pulangan lumayan.

Ikutan dari itu, timbul persoalan mengenai penilaian tanaman kenaf bagi pelbagai maksud nilaian. Persoalan
yang dikemukakan untuk menilai tanaman kenaf ialah apakah kaedah penilaian yang sesuai digunakan
untuk menilai tanaman kenaf. Maklumat terperinci mengenai tanaman kenaf diperlukan seperti jenis
pokok, kos penanaman, kaedah dan teknik penanaman serta pulangan atau keuntungan yang diperolehi
daripada tanaman kenaf. Oleh itu, penilaian tanaman kenaf dilihat sebagai satu bentuk penilaian harta
tanah pertanian yang baru.

52

4. Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk menyediakan satu maklumat berkaitan dengan tanaman kenaf yang boleh
membantu penilai dalam menjalankan penilaian tanaman kenaf.

5. Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan dengan harapan dapat membantu penilai dalam mendapatkan maklumat yang
berkaitan tanaman kenaf dan seterusnya membantu dalam menjalankan penilaian tanaman kenaf.

6. Metodologi kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif iaitu pengumpulan data primer dan data sekunder.
Data primer diperolehi dari temubual dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan pengusaha
tanaman kenaf. Data Sekunder diperolehi daripada artikel berkaitan perkara yang dikaji dan buku- buku
rujukan bagi mendapatkan maklumat mengenai tanaman kenaf.

7. Analisis kajian dan penemuan

7.1 Penilaian Tanaman Kenaf

7.1.1 Pengeluaran biji benih

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pengiraan adalah seperti berikut:-

a) Pendapatan Kasar (sehektar) RM7,500.00
Pendapatan hasil biji benih
500 kilogram x RM15.00 per/kg = RM180.00

b) Tolak : Kos Perbelanjaan dan Operasi (sehektar) RM1,535.00
I. Anak Benih RM1,300.00
10 kilogram x RM15.00 per/kg =
II. Baja dan Racun Perosak = RM2,985.00
III. Kos Jentera dan Buruh = RM4,515.00

Keuntungan Bersih RM208.95
c) Tolak : Faedah atas Pinjaman
RM319.40
(katakan 7% setahun dari item I – III) @RM2,985.00 RM3,986.65
d) Tolak : Kos Luar Jangka RM1,594.66
RM2,391.99
(katakan 10% dari item b- c @RM3,193.95)
Keuntungan yang boleh dibahagikan 14.286
e) Tolak : Bahagian Pengusaha @40% RM34,172.00
Katakan RM34,000 sehektar
f) Darab : Angka Tahun Belian @7%
Nilai Modal

53

7.1.2 Pengeluaran batang kering
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pengiraan adalah seperti berikut:-

a) Pendapatan Kasar (sehektar) RM7,500.00
Pendapatan hasil batang
15 tan x RM500.00 per/tan = RM255.00
RM1,205.00
b) Tolak: Kos Perbelanjaan dan Operasi RM1,000.00
i. Anak Benih
17 kilogram x RM15.00 per/kg = RM2,460.00
RM5,040.00
ii. Baja dan Racun Perosak =
iii. Kos Jentera dan Buruh = RM172.20

Keuntungan Bersih RM263.22
c) Tolak : Faedah atas Pinjaman RM4,604.58
RM1,841.83
(katakan 7% setahun dari item I – III) @RM2,460.00 RM2,762.75
d) Tolak : Kos Luar Jangka
14.286
(katakan 10% dari item b- c @RM2,632.20) RM39,468.65
Keuntungan yang boleh dibahagikan Katakan RM40,000 sehektar
e) Tolak : Bahagian Pengusaha @40%

f) Darab : Angka Tahun Belian @7%
Nilai Modal

8. Kesimpulan dan cadangan

Berdasarkan kepada contoh pengiraan menggunakan Kaedah Keuntungan, didapati bahawa nilaian tanah
tanaman kenaf adalah RM34,000 hingga RM40,000 sehektar. Perlu dijelaskan juga bahawa kadar ini
bergantung kepada faktor-faktor yang berkait secara langsung dengan tanaman kenaf seperti faktor iklim,
kesediaan jentera pengeluaran yang efektif, penyakit dan perosak.

Maklumat yang terdapat dalam kajian ini dapat menambah pengetahuan penilai dan seterusnya dapat
membantu penilai memahami tentang proses penanaman, kos-kos yang terlibat dan hasil pengeluaran
tanaman kenaf. Maklumat ini boleh digunakan sebagai panduan bagi penilai mendapatkan maklumat yang
lebih terperinci sekiranya penilaian tanaman kenaf hendak dijalankan.

54

RUJUKAN
Ahmad Azizi (2010) Properties of Kenaf (Hibiscus Cannabinus L.) Fibers and Handseet For Linerboard Production,

Universiti Putra Malaysia
Akta Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara 2009 (Akta 692)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) (2015) Manual Teknologi Pengeluaran Kenaf Di

Malaysia Edisi Ketiga
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) (2015) Manual Teknologi Pengeluaran Biji

Benih Kenaf di Kawasan Tropika
Ismail Muhammad, Mohd Zin Jusoh (2010) Gaharu Komoditi Khazanah Pg.45-46
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Amalan Standard Penilaian (Edisi 2007)
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Laporan Tahunan 2016
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) (2014) Cara Tanaman Kenaf diperkenalkan di Malaysia
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Statistik Perangkaan 2018
Nurulhuda (2008) Penghasilan Kertas daripada Pulpa Kenaf : Kesan Pemukulan dan Pengadunan Gentian.

55


Click to View FlipBook Version