SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH
Majlis
Sanjungan Budi
Lambaian Kasih
SEMPENA PERSARAAN
EN. ABDUL LATIF BIN DARUS
1 OKTOBER 2021
JUMAAT
10.00 -11.30 PAGI
TEMPAT: SK SAUJANA INDAH/
KEDIAMAN MASING-MASING
Jasamu Dikenang
Budimu Disanjung
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA
KELAB KEBIRUS SK. SAUJANA INDAH
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
Pn. Ruzaimah bt. Hj. Abdullah
(Guru Besar SK Saujana Indah)
TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Nazimah Sal Bt. Zabedin (PK Kokurikulum)
Pn. Hjh Rohani bt. Awang (PK Pentadbiran)
E. Faizalriza b. Zakaria (PK HEM)
PENYELARAS
En. Alwi b. Shabudin
(Pengerusi Kelab KEBIRUS)
SETIAUSAHA
Pn. Jasimah Bee bt. Muhamad Buhari
NAIB SETIAUSAHA
Pn. Atikah bt. Munauwar
BENDAHARI
Pn. Siti Suhaida bt. Sulaiman
PENOLONG BENDAHARI
Pn. Ros Sila bt. Che Embi
JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Ruzaimah bt. Hj. Abdullah En. Mohd Fadzli b. Mat Rashid
Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin En Shamsul Anuar b. Mohd Rashid
Pn. Hjh Rohani bt. Awang En Mohd Ridzuan b Mat Zain
En. Faizalriza b. Zakaria En. Md Rashid b Ahmad Shathari
En. Alwi b. Shabudin En Saiful b. Dahalan
Pn. Jasimah Bee bt Muhamad Buhari En Norazizie b Noordin
JURUACARA MAJLIS BACAAN DOA
Pn Rohayati bt Abu Bakar Tn Hj Murad bin Hussain
Pn Siti Khuzaimah bt Md Desa
BACKDROP BUKU AUTOGRAF
Pn. Azizah bt Abd Halim Pn Junaina bt Othman
Pn. Busra bt Hamid Pn Naemah bt Zakaria
Pn. Samihah bt Sufi Pn Nurkamaliah bt Hj Ah Tarmizi
Cik Faidatul Salwa bt Ismail Pn Sakinah bt Zakaria
Pn Norhayati bt Sharip Pn Saripah Rabaiyah bt Syed Omar
Pn Rozita@Radhiah bt Mohammad Pn Rohana bt Md Noor
Pn Fauziah Hanum bt Mohamad
PEMBERIAN HADIAH/ CENDERAMATA, KEK MEDIA/VIDEO UCAPAN & VIDEO PESARAAN
DAN MENYELARAS PEMBERIAN GOODIES Pn Nor Azida bt Zik
Pn Suhaili Anita bt Ali Pn Norilyana bt Nordin
Pn Robayah bt Abdullah Pn Nor Ma bt Shaari
Pn Seri Intan bt Md Desa Pn Atikah bt Munauwar
Pn Sahidawati bt Siti
Pn Siti Suhaida bt Sulaiman
PERSEMBAHAN KAD JEMPUTAN /BUKU PROGRAM/BROSUR
Pn Norfazlia Sufinas bt Shuib Pn Rafidah bt Abdul Karim
Pn Preyah a/p Letchimenin Pn Farahwahidah bt Kamaruddin
Pn Noor Fadzilah bt Che Zainul Abidin Pn Suriani bt Nanyan
Pn Asida bt Othman Pn Nor Sakilawati bt Zakaria
MONTAJ DOKUMENTASI /LAPORAN PROGRAM
En Muzakkir Shah b Z. Rahman Pn Elme Eliana bt Zakaria
Tn Hj Murad b Hussain Pn Nora bt Mustafa
En Mohd Ridzuan b Mat Zain Pn Norlela bt Md Saad
SOUND SYSTEM /SIARAYA /TEKNIKAL SESI ‘SEND OFF’
En Saiful b Dahalan En Mohd Hafiz Hilmi b Md Rijani
En Norazizie b Noordin Pn Ros Sila bt Che Embi
En Mohd Nazir b Mohd Nozri Pn Aina bt Che Rose
En Fadlee b Ahmad
10.00 pagi • TENTATIF
•
Bacaan Doa (Ustaz Murad bin Hussain)
• Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
• Ucapan Pengerusi KEBIRUS
(Ustaz Alwi b Shabudin)
•
Ucapan Guru Besar
• (Pn. Ruzaimah bt Hj Abdullah)
• Ucapan Timbalan Sektor Pembelajaran,PPDS
(Tn. Hj. Md Radzi bin Abdullah/video)
•
Ucapan YDP PIBG/video
• (Mohd Razif bin Shadan)
• Ucapan Ketua Murid/video
(Muhammad Haziq Irfan b. Mohamad Nazir)
•
• Persembahan video:
Memoir Sepanjang Jalan Kenangan
• SEINDAH Gemilang
Ucapan oleh yang diraikan.
11.30 pagi • (En. Abdul Latif bin Darus)
• Tayangan Multimedia: Slaid Imbauan
Kenangan Sepanjang Perkhidmatan Dan Ucapan
• Persaraan Daripada Semua Guru Dan Staf.
• Persembahan: Youtube Live/Googlemeet
Pemakaian Selepang Persaraan.
Penyerahan Watikah Persaraan(Plak dan Sijil)
Penyampaian hadiah daripada:
KEBIRUS/PIBG/SEKOLAH & INDIVIDU
(Pandu Lalu)
Gimik Persaraan (Potong Kek/Pulut Kuning)
Acara simbolik ‘Send off’’
1.5
Bersurai
Sekapur Sirih
GURU BESAR SK SAUJANA INDAH
(Pn. Ruzaimah bt. Hj Abdullah)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan
limpah dan izin-Nya diberikan kesempatan untuk menukilkan
sepatah dua kata dalam Majlis Persaraan Cikgu Abdul Latif.
Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala
jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh Cikgu Abdul Latif.
Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan Cikgu Abdul Latif yang tidak
pernah mengenal erti penat lelah, telah membawa SK Saujana Indah ke
satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Setiap
kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong
semangat kepada kita.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apabila mengenangkan
kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan
paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan merasa terharu
kerana perpisahan Cikgu Abdul Latif yang kita amat sayangi.
Dalam kelasnya yang tersendiri, Cikgu Abdul Latif bukan saja
sebagai guru bahkan juga sebagai juruacara, juruhias, jurutari, jurucakap
dan jurulatih bagi SK Saujana Indah.. Berat sungguh bagi kita untuk
melepaskan pemergian beliau, sepanjang tempoh perkhidmatan telah
banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan perkembangan
sekolah kita.
Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan
melimpah rahmat dan peliharaan kepada Cikgu Abdul Latif dan seisi
keluarga agar dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa.
Sekian, Terima Kasih.
TIU((METCnBnAA.HAPLjAAlwMNNidbSPERiEnKaNTdSGOhziEaRbbRPiuUnEdSMAiInbBK)EdELuLAlAlJaBAhR)KAENB,IPRPUDSS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Yang berusaha, Guru Besar SK Saujana Indah, Pn Ruzaimah
binti Hj Abdullah, Yang dihormati, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Pn. Rohani binti Awang, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid. En. Faizalriza bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum ,
Pn. Nazimah Sal binti Zabedin, Jawatankuasa penganjur Majlis serta barisan
guru-guru sekalian.Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi
ruang kepada saya untuk memberi ucapan di majlis yang indah ini.
Seperti yang kita sedia maklum, En. Abdul Latif bin Darus
merupakan seorang guru di SK Saujana Indah. Beliau akan menamatkan
perkhidmatan sebagai pendidik setelah 34 tahun menabur ilmu dan jasa dalam
dunia pendidikan pada hari ini.
Bagi pihak PPD Seberang Perai Selatan, kami turut merasakan
satu kehilangan yang besar di atas persaraan ini. Saya tertarik dengan sikap
beliau yang mesra dan fleksibel di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai
warga pendidik.
Sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini, telah banyak
sumbangan dan jasa bakti yang telah beliau curahkan. Kesungguhan beliau
jelas terpapar melalui setiap tugasan yang diamanahkan oleh pihak pentadbir
dalam memastikan perkhidmatan sekolah ini mencapai sasaran, matlamat dan
standard yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, beliau amat disenangi oleh
semua guru dan semua ibu bapa di sekolah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sebelum mengundur diri,saya ingin mengucapkan selamat bersara dan
selamat maju jaya kepada En Abdul Latif bin Darus. Semoga beliau terus
diberi kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada masyarakat.
Akhir kata, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
UCAPAN PENGERUSI KELAB KEBIRUS
(En. Alwi bin Shabudin)
الحمد لله, الصلاة والسلام على رسول الله, وبعد.
Bersyukur kita kepada Allah SWT yang kita
dalam ruangan kerja yang penuh barakah ini.
Alhamdulillah lengkap sudah perkhidmatan En. Abdul Latif
bin Darus sampai ke penghujungnya. Dunia persaraan yang sentiasa
dalam perancangan dan pemikiran setiap dari warga kerja, ditempuh
jua. Tidak semua guru berkesempatan merasai persaraan.
Maka beruntunglah Cikgu Abdul Latif yang menikmati
persaraan hari ini. Menempuh persaraan dengan kesihatan masih
sempurna, fizikal masih bertenaga, minda yang tenang adalah suatu
nikmat yang amat berharga. Didoakan Cikgu Latif terus
bersemangat mendidik masyarakat umum dengan ilmu-ilmu yang
dimiliki, serta memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran untuk
membentuk masyarakat yang bermaklumat dan madani. Luang
masa yang ada semoga dapat meningkatkan segala amalan nawafil
serta muraqabah dengan Allah.
Semoga silaturrahim yang terjalin antara kita terus kukuh,
utuh dan dihargai, kerana fadhilat yang besar yang telah dijanjikan
oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda:
ُ َفليَ ِص ْل َر ِح َم ْه، َويُن َسأَْ َلهُْ ِفي أَْثَ ِر ِْه،َْم ْن أَ َحبْ أَ ْن يُب َس َْط لَهُْ ِفي ِرزقِ ِه
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta
dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian
silaturrahim.”Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)
Selamat bersara Cikgu Abdul Latif bin Darus, ِسي ُروا َعلَى بَر َك ِْة الله
(Semoga perjalanan hidupmu sentiasa dalam keberkatan Allah).
Sekian, terima kasih.
UCAPAN YANG DIRAIKAN
(En. Abdul Latif bin Darus)
Assalamualaikum Wbt, Yang Berusaha
barisan Pentadbir , Ketua Pegawai Tadbir kakitangan
sokongan SKSI , yang dihormati guru-guru SKSI, yang
dihormati para kaki tangan/staff sokongan sekolah, yang
disayangim bekas para pelajar dan anak-anak didik cikgu sekalian.
Pada hari ini tanggal 30 September. 2021 ( Khamis ) merupakan hari
paling nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada esok hari,
1 Oktober, merupakan hari terakhir saya berkhidmat. Syabas dan Tahniah
kepada Kelab Guru dan Kaki Tangan Sekolah (KEBIRUS ) SKSI yang diketuai Ustaz
Alwi beserta Ahli Jawatankuasanya. Satu perancangan yang amat kemas dan
rapi dan ini merupakan cenderahati kenangan, yg terindah buat saya, kerana
telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini. Majlis perpisahan
yang dianjur oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan
penghargaan yang amat tinggi dan bernilai.
Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup sepatutnya 30
Oktober 2021 adalah hari terakhir saya sebagai penjawat awam atau dengan
kata lain saya akan bersara dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan
perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan ini selama 34 tahun ,
ialah persaraan pilihan sendiri 58 walaupun saya masih ada 2 tahun lagi tempoh
berkhidmat sebenar/persaraan wajib pada 30 Oktober 2023.
Pada kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada Guru Besar
SK Sujana Indah, Puan Ruzaimahsaya dan keluarga. sepanjang berkarya sebagai
kerjaya guru selama 34 tahun. Sesungguhnya. SKSI tetap di hati saya. Jauh di
sudut hati. SKSI.Ku akan merindui mu . Kepada semua warga sekolah, warga
pendidik, anak murid;
Ku pohon maaf dari semua. Ku pergi jua , demi sebuah
kebahagiaan. Salam hormat , salam kasih sayang, buat semua.
Sekian, Terima kasih.
Nama : Abdul Latif bin Darus
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1963
Tempat Lahir : Hospital Sungai Bakap
Adik Beradik : 11 orang (anak ke 9)
Motto hidup : Hidup Perlu Pengorbanan
Ayah : Darus bin Md Akib
Ibu : Che Bashah binti Ismail
Tarikh Berkahwin : 16 Februari 1997
Nama Isteri : Rafizah binti Cheek
Cahayamata : Nurul Aina Ameera(Pertama)
Nur NekmalHafiz(arwah)
Nursaidatina Aisyah(ke3)
Izdihar Azmeer(arwah)
Nurluqman Hakim(ke5)
Nurul Balqis Umairah(ke6)
SEJARAH PENDIDIKAN Uwais Ukasyah Zulqarnain(ke7)
SK Sungai Acheh (1970-1975)
SMK Panglima Bukit Gantang(1976-1980)
Maktab Perguruan Sains Bintulu(1992 -1994)
Universiti Sains Malaysia(Ijazah Sarjana Muda/2016)
SEJARAH PERKHIDMATAN
SK. Sungai Kechil, Nibong Tebal (1988-1992)
SK. Permatang Tok Mahat (1993-2004)
SK. Saujana Indah (2005-2021)
KEJAYAAN
Anugerah Pingat Jasa Kebaktian P.Pinang(PJK/2004)
Johan Musabaqah Daerah sebanyak 8 kali
Johan Musabaqah Belia Peringkat Kebangsaan(2004)
Johan Azan Negeri.
Pembimbing Guru Seni Taranum Peringkat
Daerah dan Negeri
MAKSAK Permainan Ping Pong Negeri Pulau Pinang.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2008 dan 2019)
Semusim Bersama
Semusim Bersama
Semusim Bersama
Semusim Bersama
Duhai Guru
Tiba waktunya untuk menyusun jemari
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Yang terkhilaf dimaafi,
Yang sesal diinsafi,
Yang lebih dibahagi,
Yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah,
Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir.
Sekalung Penghargaan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Majlis Sanjungan Budi
Lambaian Kasih
dengan tulus ikhlas merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung di atas kerjasama, sokongan dan
sumbangan yang telah diberikan.
Penaja
Hn Iman Enteprise (pulut kuning)
Aleeya Bridal (pelamin)
Cenderahati daripada:
Pentadbir
Panitia Sains
Panitia Matematik
Pn. Naemah bt. Zakaria
Pn. Junaina bt. Othman
Panitia Pendidikan Islam
Pn. Ros Sila bt. Che Embi
Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin
Pn. Ruzaimah bt. Hj Abdullah
Pn. Fazlia Sufinas & Pn. Preyah a/p Letchimenin
Pn. Saripah Raba’iyah bt. Syed Omar
Pn. Siti Khuzaimah bt. Md Desa
Pn. Rohana bt. Md Noor
En. Faizalriza b. Zakaria
Pn. Suhaili Anita bt. Ali
Panitia Bahasa Inggeris
Panitia Bahasa Melayu
Pn. Nor Ma bt. Shaari
Pn. Nor Azida bt. Zik
Pn. Asida bt. Othman
Pusat Sumber Sekolah
Panitia Bahasa Arab
Panitia Pra Sekolah
Panitia Sejarah
KEBIRUS
Terima Kasih
Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.
Dari Daik pulang ke Daik,
Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik dibalas baik,
Di dalam hati dikenang orang.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA
KELAB KEBIRUS SK. SAUJANA INDAH
SEINDAH Gemilang