The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafzakaria70, 2022-04-25 02:24:06

PN HJH NAEMAH BT. ZAKARIA

BUKU PROGRAM PERSARAAN

Majlis SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

SEMPENA PERSARAAN

PN HJH NAEMAH BT ZAKARIA

Jasamu dikenang,
Budimu disanjung

DEWAN LAVENDER, SKSI

Mutiara Kata

Pn. Hjh Naemah bt. Zakaria

1. Aturcara Majlis
2. Jawatankuasa
3. Sekapur Sirih:

Ucapan Tn Guru Besar

Ucapan Pengerusi Kelab KEBIRUS

Ucapan yang diraikan

4. Biodata
5. Foto
6. Puisi dan pantun untuk yang

diraikan
7. Cenderahati
8 Penghargaan

10.35 pagi • Ketibaan Pn Hjh Naemah bt Zakaria
ke Dewan Lavender

• Bacaan Doa
(Us. Alwi b Shabudin)

• Ucapan Tuan Guru Besar.
Pn Ruzaimah bt Abdullah

• Ucapan Pengerusi KEBIRUS
(Us. Alwi b Shabudin)

• Ucapan yang diraikan
Pn Hjh Naemah bt Zakaria

• Persembahan video oleh Panitia Sains

• Pemakaian Selepang Persaraan

• Gimik Persaraan

• Penyampaian Hadiah
Daripada Pentadbir, Panitia dan
KEBIRUS

• Murid Tahun 6 berbaris dikiri
dan kanan jalan untuk lambaian.

• Acara Simbolik ‘Send Off’

1.15 petang • Bersurai

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI

Pn. Ruzaimah bt. Hj. Abdullah
(Guru Besar SK Saujana Indah)

TIMBALAN PENGERUSI

Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin (PK Kokurikulum)
Pn. Hjh Rohani bt. Awang (PK Pentadbiran)
En. Faizalriza b. Zakaria (PK HEM)

PENYELARAS

En. Alwi b. Shabudin
(Pengerusi Kelab KEBIRUS)

SETIAUSAHA

Pn. Hjh Jasimah Bee bt. Muhamad Buhari

NAIB SETIAUSAHA

Pn. Atikah bt. Munauwar

BENDAHARI

Pn. Siti Suhaida bt. Sulaiman

PENOLONG BENDAHARI

Pn. Ros Sila bt. Che Embi

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK SAMBUTAN PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Ruzaimah bt. Hj. Abdullah En. Shaiful Rafeul b. Shaffie
Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin En Shamsul Anuar b. Mohd Rashid
Pn. Hjh Rohani bt. Awang En. Md Rashid b Ahmad Shathari
En. Faizalriza b. Zakaria En Saiful b. Dahalan
En. Alwi b. Shabudin En Norazizie b Noordin
Pn. Jasimah Bee bt Muhamad Buhari
BACAAN DOA
JURUACARA MAJLIS En. Alwi b. Shabudin
Tn Hj Murad bin Hussain
En Mohd Ridzuan b Mat Zain

BACKDROP BUKU AUTOGRAF/FLIPBOOK
Pn. Azizah bt Abd Halim Pn Junaina bt Othman
Pn. Busra bt Hamid Pn Nurkamaliah bt Hj Ah Tarmizi
Pn. Samihah bt Sufi Pn Sakinah bt Zakaria
Pn Norhayati bt Sharip Pn Saripah Rabaiyah bt Syed Omar
Pn Rozita@Radhiah bt Mohammad Pn Rohana bt Md Noor
Pn Fauziah Hanum bt Mohamad
PEMBERIAN HADIAH/ CENDERAMATA, KEK
SESI ‘SEND OFF’ DAN MENYELARAS PEMBERIAN GOODIES
En Mohd Hafiz Hilmi b Md Rijani Pn Suhaili Anita bt Ali
Pn Ros Sila bt Che Embi Pn Robayah bt Abdullah
Pn Aina bt Che Rose Pn Seri Intan bt Md Desa
En Fadlee b Ahmad Pn Sahidawati bt Siti
Pn Nor Sakilawati bt Zakaria Pn Siti Suhaida bt Sulaiman
Pn. Jasimah Bee bt Muhamad Buhari
KAD JEMPUTAN /BUKU PROGRAM
MEDIA/VIDEO UCAPAN & VIDEO PESARAAN Pn Rafidah bt Abdul Karim
Pn Nor Fazlia Sufinas bt Shuib Pn Noor Fadzilah bt Che Zainul Abidin
Pn Nor Ma bt Shaari Pn Rohayati bt. Abu Bakar
Pn Atikah bt Munauwar Pn Siti Noor Farah bt Mohd Fuad Ooi
Pn Elme Eliana bt Zakaria
Pn Farahwahidah bt Kamaruddin

MONTAJ DOKUMENTASI /LAPORAN PROGRAM
En Muzakkir Shah b Z. Rahman Pn Nora bt Mustafa
En. Mohd Fadzli b. Mat Rashid Pn Norlela bt Md Saad
En Md Shaffirul b. Abdul Rahman Pn Norilyana bt Nordin

SOUND SYSTEM /SIARAYA /TEKNIKAL PERSEMBAHAN
En Saiful b Dahalan Pn Preyah a/p Letchimenin
En Norazizie b Noordin Pn Asida bt Othman
En Mohd Nazir b Mohd Nozri

GURU BESAR SK SAUJANA INDAH
(Pn. Ruzaimah bt. Hj Abdullah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.

Saya mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajah Naemah bt Zakaria
yang telah sekian lama membanting tulang memerah keringat dan menjeruk
minda untuk berkhidmat setulusnya kepada SK Saujana Indah.

Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti akan menjadi
lakaran kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Saya berasa terharu
kerana kehilangan seorang guru yang amat banyak menabur bakti untuk
kecemerlangan sekolah ini. Pada saya, Puan Hajah Naemah ini bukan sahaja
seorang guru tetapi seorang ibu dalam sebuah keluarga besar di Sekolah
Kebangsaan Saujana Indah.

Tentu sekali di dalam perkhidmatan yang begitu panjang tempohnya ada
jasa-jasa besar yang telah dicurahkan yang menjadi tinta emas di sekolah ini dan
juga di dalam sejarah pendidikan.Ranjau penglaman suka duka merupakan jasa
yang menjadi sejarah untuk dikenang sepanjang hayat.

Hanya doa mampu saya titipkan kepadamu sebagai ganti atas segala
pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Rakaman terima kasih
terhadap budi yang diberikan.

Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, bahagia dan rindu.
Itu semua yang memberatkan ketika kita harus berpisah.

Patah dahan bunga kemboja,
Pucuk paku subur di titi,
Budi puan takkan dilupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Selamat bersara. Jagalah kesihatan dan semoga bahagia selalu.

Sekian,terima kasih.

UCAPAN PENGERUSI KELAB KEBIRUS
(En. Alwi bin Shabudin)

‫ا‬.
‫ وبع‬,‫ الصالة والسالم على رسول هللا‬,‫لحمد هلل‬

Marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT
yang memberi kesempatan kepada kita untuk bekerja dalam satu pasukan
yang saling melengkap seterusnya melahirkan sebuah silaturrahim yang
amat berharga.

Sempurna sudah perkhidmatan Pn. Hajah Naemah binti Zakaria,
sebagai seorang murabbi, muallim, muaddib untuk anak bangsa. Satu
perjuangan panjang yang berliku bermula zaman mesin taip hingga ke
zaman atas talian. Saat persaraan pastinya suatu pengalaman baru untuk
Kak Naemah hadapi.

Bakal melalui hari-hari dengan sepenuh masa milik sendiri, diurus
sendiri, ditentukan sendiri. Dalam sebuah keluarga besar masa ini tentunya
amat berharga untuk santuni setiap ahli keluarga serta meraikan saudara-
mara yang lainnya. Walaupun bakal melalui hari persaraan namun
kepakaran yang dimiliki oleh Kak Naemah tetap sentiasa diperlukan sama
ada oleh warga SK Saujana Indah, juga masyarakat sekitarnya.

Kami mengharapkan Kak Naemah sudi-sudilah berkongsi segala
kemahiran dan kepakaran khususnya dalam opsyen yang dimiliki. Didoakan
agar Kak Naemah sentiasa sihat, cergas dan ceria dalam menjalani
kehidupan sebagai seorang pesara guru, dan silaturrahim ini berkekalan
hendaknya.

Selamat bersara Pn. Naemah.

‫ِسي ُروا َع َلى َبر َكة ه‬

UCAPAN YANG DIRAIKAN
(Pn. Hjh. Naemah bt. Zakaria)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
dan Salam Sejahtera buat semua warga SKSI yang
tersayang.

Terlebih dahulu marilah kita sama sama memanjatkan rasa syukur
yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya
telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di
dalam majlis yang mulia ini dengan suasana yang ceria ini. Marilah kita
sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah
SWT.

Kehadapan Puan Guru Besar Pn.Ruzaimah bt Abdullah, Pengerusi
PIBG En.Mohd Razif bin Shadan, Penolong Kanan Pentadbiran Pn Rohani bt
Awang, Penolong Kanan Hem En Faizalriza bt Zakaria , Penolong Kanan
Kokurikulum Pn Nazimah Sal bt Zabedin dan seterusnya guru-guru , para
pelajar dan semua warga SKSI yang dikasihi.

Pada hari ini tanggal 25 April 2022 (Isnin) merupakan hari paling
nostalgia dalam sejarah hidup saya .Pada hari ini saya diraikan oleh semua
warga baik barisan pentadbir ,barisan guru,staff sokongn serta para pelajar
SKSI sempena persaraan saya dari sekolah ini.

Pada kesempaatan di ruangan ini,saya mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada guru besar
kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya.

Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah untuk saya pada
hari ini merupakan penghargaan yang tinggi dan amat bermakna dalam
hidup saya dan keluarga. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada AJK Kelab Guru(KEBIRUS) dan semua guru yang dan
kaki tangan SK Saujana Indah yang telah merancang dengan baik
majlis pada hari ini . Satu tugas dan tanggungjawab yang amat
mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna oleh

ahli Jawatankuasanya.

Terima kasih kepada semua guru ,kaki tangan sokongan sekolah dan
para pelajar kerana telah memberikan Kerjasama dan sokongan moral
yang jitu sepanjang perkhidmatan saya di sini.

Guru guru dan para pelajar sekalian.

Saya mendoakan agar, guru guru dapat menguatkan lagi usaha dalam
membantu anak bangsa . Saya berharap sekolah ini dapat menjadi sekolah
contoh yang terbaik dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum.

Insya Allah benih yang baik jatuh ke laut sekalipun akan menjadi
pulau. Justeru itu dengan ilmu yang kita ada ,curahkanlah sebanyak
mungkin demi kemajuan anak bangsa ,kerana anak mudalah yang akan
mencorakkan masa hadapan negara kita. Ilmu tanpa amal ibarat pohon
yang tidak berbuah.

Guru-guru yang saya hormati sekalian.

Pada kesempatan di ruangan ini ,saya mengambil peluang memohon
kemaafan kepada semua pihak dan menghalalkan segala perkongsian ilmu
yang termampu saya berikan sepanjang saya berkhidmat di sekolah ini.

Dalam masa yang sama,saya juga ingin menyusun sepuluh jari dari
hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada
semua pihak, barisan pentadbir, guru guru, kaki tangan sokongan dan para
pelajar jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku
dengan sengaja ataupun tidak dengan sengaja sepanjang saya bertugas di
sekolah ini.

Akhir kata dari saya ,sekali lagi saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak kerana sudi meraikan saya
dalam majlis yang gemilang ini, Yang baik itu datang daripada
Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

SEKIAN TERIMA KASIH
Pn Hjh Naemah bt Zakaria

Nama : Naemah bt. Zakaria
Tarikh Lahir
Tempat Lahir : 26. 4.1962
Adik Beradik
Motto hidup : Kg Air Panas, Gerik, Perak
Ayah
Ibu : Anak ke 4 daripada 7 beradik
Tarikh Berkahwin
Nama suami : Sentiasa Sukses
Cahayamata
: Hj Zakaria b. Hj Kamaruddin

: Radziah bt Hj Kadirh

: 5 Mei 1985

: Mansor b. Hj Mahmud

: Muhd Faiz Hafizi b. Mansor
Nur Farzana Hafiza bt Mansor
Nur Farzana Faiqa bt Mansor
Muhd Afni Fitri bin Mansor

SEJARAH PENDIDIKAN
SK Mahkota Sari, Gerik(1989)
SM Sultan Idris Shah II, Gerik (1979-1981)
Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (!988)
Maktab Perguruan Bainun (Conversion Sains ,2002)
Open Universiti(Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan Rendah, 2007-2010)

SEJARAH PERKHIDMATAN
SK. Lawin Utara, Lenggong, Perak (1989)
SK. Tan Sri Ghazali Jawi, Grik, Perak (1989-1992)
SK. Seri Penanti, SPU, Pulau Pinang (1993-1998)
SK. Permatang Tok Mahat, SPS (1998-2005)
SK. Jawi (2005-2010)
SK. Saujana Indah (2011-2022)

Foto Keluarga

Semusim Bersama

Semusim Bersama

Duhai Guru

Tiba waktunya untuk menyusun jemari
Membuang segala kerikil bersalut di hati,

Yang terkhilaf dimaafi,
Yang sesal diinsafi,
Yang lebih dibahagi,

Yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,

Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah,

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,

Di sini kami pasti merindu,,

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,

Sampai di sini kenangan indah
pasti terukir.

Terima Kasih, Sekalung Budi

Indah Panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas,
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas
Ayam rintik di tepi hutan,
Terlihat dari pinggir telaga,

Nama yang baik jadi sebutan,
Seribu tahun terkenang jua.

Harum sungguh si bunga Melati,
Terhias indah di atas peti,
Budimu mekar setulus hati,
Selaut kasih kami hargai.

Cenderahati

Pentadbir
Panitia Sains
Panitia Matematik
Pn. Naemah bt. Zakaria
Panitia Pendidikan Islam
Pn. Ros Sila bt. Che Embi
Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin
Pn. Ruzaimah bt. Hj Abdullah
Pn. Fazlia Sufinas & Pn. Preyah a/p Letchimenin
Pn. Saripah Raba’iyah bt. Syed Omar
Pn. Siti Khuzaimah bt. Md Desa
Pn. Rohana bt. Md Noor
En. Faizalriza b. Zakaria
Pn. Suhaili Anita bt. Ali
Panitia Bahasa Inggeris
Panitia Bahasa Melayu
Pn. Nor Ma bt. Shaari
Pn. Nor Azida bt. Zik
Pn. Asida bt. Othman
Pusat Sumber Sekolah
Panitia Bahasa Arab
Panitia Pra Sekolah
Panitia Sejarah

KEBIRUS

Penghargaan

Penyelaras dan Jawatankuasa Pelaksana

Majlis Sanjungan Budi
Lambaian Kasih

dengan tulus ikhlas merakamkan
ucapan terima kasih kepada:

Pn. Ruzaimah bt Abdullah
(Guru Besar SK Saujana Indah)

Barisan Pentadbir,
Persatuan Ibu Bapa & Guru,

Kelab KEBIRUS,
Penaja

semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung di atas kerjasama, sokongan dan
sumbangan yang
telah diberikan.

Penaja

Latif Vistana(Pelamin)

Lagu

Lia Fansuri

AJK Kad Jemputan & Buku Program

Pn Nurfarah Pn Rafidah Pn Rohayati Pn Fadzilah

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA

KELAB KEBIRUS SK. SAUJANA INDAH


Click to View FlipBook Version