The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Khalifah-khalifah yang memerintah & Sumbangan dan Pembaharuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainafarhana6340, 2021-03-30 04:02:48

KERAJAAN BANI UMAIYYAH

Khalifah-khalifah yang memerintah & Sumbangan dan Pembaharuan

PEMERINTAHAN
ISLAM ZAMAN BANI

UMAIYYAH

NAMA AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD ARIFUDDIN BIN MOHD PAUZI

AINA FARHANA BINTI MOHD ROSLI

FARAH HADIRAH BINTI MUHAMMAD NOOR

ZAMAN BANI UMAIYYAH

Khalifah-khalifah yang memerintah

 Marwan bin al-Hakam (64-65 Hijrah / 684-685 Masihi)

Suasana negara ketika Marywan mula-mula memerintah:
a. Sokongan terhadap Abdullah bin Zubair semakin pesat, hingga kawasan
pengaruhnya semakin meluas iaitu bukan saja sekitar Makkah dan Madinah, bahkan
meliputi Basrah, Mesir dan Syria. Beliaulah pernah dikatakan sebagai khalifah yang
sah dan ‘de facto’ kerana luasnya pengaruh beliau, sedangkan Marwan ialah seorang
pemberontak.
b. Berlakunya konflik perkauman di antara Bani Qais (Arab Utara) yang menyokong
Abdullah bin Zubair dengan Bani Kalb (Arab Selatan). Sungguhpun Bani Kalb ini
menyokong Bani Umayyah, akan tetapi sokongan mereka berbelah-bagi di antara
Marwan Al-Hakam dengan Khalid bin Yazid.

Usaha-usahanya:
a. Menghadapi pemberontakan Bani Qais. Tentera Marwan telah berjaya
menewaskannya di Marj Rahit, malah Dahhak pemimpinnya turut terbunuh.
b. Menakluki Mesir dan meletakkan puteranya Abdul Aziz sebagai Gabenor di sana.
c. Mengirim Amru bin Said ke Palestin untuk menghadapi Mus’ab bin Zubair,
saudara Abdullah. Akhirnya, Amru menang dalam pertempuran itu.
d. Menetapkan puteranya sebagai calon pengganti, iaitu Abdul Malik dan
kemudiannya diikuti oleh Abdul Aziz. Tindakan ini bererti Marwan mengenepikan
keputusan di Muktamar Al-Jabiyah dulu yang menetapkan bahawa khalifah
selepasnya ialah Khalid bin Yazid dan Amru bin Said.

 Abdul Malik bin Marwan (65-86 Hijrah / 685-705 Masihi)

Sebelum menjadi khalifah, Abdul Malik dilihat sebagai salah seorang daripada empat
orang ulama-ulama Fiqh di Madinah, iaitu Said bin Musayyab, Urwan bin Zubair, Qabisah
bin Zuaib dan beliau sendiri. Tetapi apabila beliau terlantik menjadi khalifah, beliau
melemparjauh keunggulannya dalam bidang ilmiah untuk hidup di antara gemerincingan
suara pedang dan tusukan tombak. Khabarnya ketika ia diangkat menjadi khalifah,
mashaf Al-Quran sedang terbuka di pangkuannya, lalu ditutupkannya sambil berkata:
“Inilah akhir riwayatku denganmu!”

Suasana negara ketika Abdul Malik mula-mula memerintah:
a. Kawasan pengaruh Abdullah bin Zubair semakin meluas dan teguh. Marwan
tidak berjaya menghapuskannya, kecuali sekadar menguatkan kedudukannya.
b. Gerakan Syiah di Kufah semakin giat dan berkembang, lebih-lebih lagi sejak
berlakunya tragedi Karbala yang membawa kematian Hussein bin Ali.
c. Kebangkitan kaum Khawarij di bawah pimpinan dua orang pahlawan yang
terkenal, Nafi’ ibnul-Azraq dan Qatari ibnul-Fujaah.
d. Gerakan Al-Mukhtar bin Abi Ubaid Al-Saqafy yang mengaku berjuang di bawah
panji-panji Syiah, khasnya di bawah Muhammad bin Hanafiah. Kekuatannya semakin
bertambah apbila kemasukan seorang pahlawan Ibrahim AI-Ashtar.
e. Ancaman Amru bin Said AI-Ass yang menuntut jabatan khalifah diserahkan
kepadanya, berasaskan persetujuan di Muktamar Ak-Jabiyah dulu.

Usaha-usahanya:

a. Disebabkan berlakunya tragedi Karbala, muncul golongan Syiah ‘at-Tawaabun
(yang bertaubat) yang berazam untuk menuntut bela atas kematian Hussein. Di
bawah pimpinan Sulaiman bin Surad, berlakulah pertempuran di Ainul-Wardah
dengan tentera Abdul Malik pimpinan Ubaidullah bin Ziyad. Kesannya, orang-orang
Syiah dapat ditewaskan, bahkan Sulaiman sendiri turut gugur. Manakala, bagi Prof.
Ahmad Shalaby, pertempuran ini berlaku di zaman Marwan AI-Hakam)
b. Selepas itu Ubaidullah terpaksa pula menghadapi pemberontakan AI-Mukhtar bin
Abi Al-Saqafy. Pada mulanya Al-Mukhtar berjuang di samping Abdullah bin Zubair
ketika berlaku serangan AI-Hussein bin Numair terhadap Makkah. Setelah itu, ketika
orang-orang Syiah AI-Tawwabun bangun memberontak, Al-Mukhtar cuba
memimpinnya, tetapi mereka lebih memilih Sulaiman bin Surad. Untuk
memperkukuhkan dirinya, Al-Mukhtar mengaku bahawa dirinya wakil (wasi) Al-
Mahdi, iaitu Muhammad bin Hanafiah, hingga berjaya mempengaruhi Ibrahim Al-
Ashtar untuk menjadi pembantunya. Sebab itu dikatakan AI-Mukhtarlah yang
mempelopori fahaman AI-Mahdi. Di bawah pimpinan AI-Ashtarlah kemudiannya
menjadi tentera AI-Mukhtar dan berjaya memukul Ubaidullah bin Ziyad dan Husain
bin Numair dalam pertempuran di Sungai Khazar di Mausil pada 686 M.
c. Bagaimanapun gerakan AI-Mukhtar kecundang juga akhirnya.

Usaha-usaha lain:

a. Melantik ketua-ketua tentera yang cekap dan berani, seperti Al-Hajjaj, Muhallab
dan Abdul Aziz.

b. Menetapkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran di bawah
kepimpinan Sulaiman bin Saad di Sham dan Saleh bin Abdul Rahman di Parsi.

c. Mengadakan mata wang sebagai alat pertukaran dengan menggantikan dirham
Parsi dan dinar Rom.

d. Melantik anak-anaknya sebagai Putera Mahkota, iaitu Al-Walid dan Sulaiman.

 Al-Walid bin Abdul Malik (86-96 Hijrah / 705-715 Masihi)

Jika dulunya Abdul Malik berjuang dengan sekuat tenaga bagi menegakkan
semula kerajaan Bani Umayyah sehingga berjaya mewarisi satu kerajaan yang stabil,
maka kini peranan AI-Walid ialah memelihara warisan tersebut serta memperbaikinya
dan meluaskan lagi wilayah Islam.

Usaha-usahanya:
a. Membina Masjid Umawwi yang indah di Damsyik dan memperbaiki Masjid
Nabawi di Madinah dan Masjid AI-Aqsa.
b. Membina jalanraya dan perigi-perigi di wilayah-wilayah pemerintahan Islam.
c. Membina hospital dan mengadakan jaminan hidup kepada anak-anak yatim,
orang-orang cacat, yang buta dan berpenyakit kusta.
d. Memberi tunjangan hidup kepada para pelajar dan penghafaz Al-Quran.

 Sulaiman bin Abdul Malik (96-99 Hijrah / 715-717 Masihi)

Usaha-usahanya:
a. Membunuh panglima-panglima yang berjasa, seperti Qutaibah bin Muslim
dan Muhammad Al-Qasim, serta merampas harta Musa bin Nusair kerana
mereka dikatakan menyokong langkah AI-Walid untuk melantik anaknya sebagai
Putera Mahkota.
b. Mengirim saudaranya Maslamah bin Abdul Malik untuk mengepung kota
Constantinople, akan tetapi gagal kerana Sulaiman mangkat ketika berlakunya
peperangan itu.
c. Melantik Umar Abdul Aziz sebagai penggantinya atas nasihat wazirnya
Raja’ bin Haiwah, kerana Umar dikatakan menentang langkah Al-Walid untuk
melantik puteranya itu.

 Umar bin Abdul Aziz (99-101 Hijrah / 717-720 Masihi)

Menurut Abul A’la Al-Maududi, Umar Abdul Aziz merupakan ‘Mujaddid’ pertama
dalam sejarah Islam. Penghormatan yang sebegitu besar tidaklah akan diberikan
semudah itu tanpa alasan-alasan tertentu. Dan alasan-alasan itu tidak lain daripada
kegigihannya untuk menghidupkan kembali (revive) Sunnah dan menghancurkan tradisi
Jahiliah. Sungguhpun beliau dilantik secara warisan, tetapi rakyat sendiri telah membaiat
dan menyatakan sumpah setia kepadanya.

Usaha-usahanya :

a. membersihkan diri dan keluarganya dari segi unsur kemewahan hidup.
Terhadap dirinya, diserahkannya kembali harta benda atau tanah yang
diwarisinya secara tidak wajar.

b. kembali harta benda atau keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh
keluarga Umayyah selama ini. Setelah mengumpul daftar harta-harta tersebut,
Umar lalu mengumumkan kepada rakyat yang berhimpun di masjid. Katanya:
“Bahawasanya khalifah- khalifah yang terdahulu telah memberikan hadiah-
hadiah yang sesungguhnya mereka itu tidak berhak menghadiahkannya dan
hadiah itu tidak pula patut diterima.

c. menyusun semula dasar pentadbirannya iaitu dengan memecat pegawai-
pegawai yang curang dan zalim. Maka tersingkirlah Gabenor di Afrika Utara iaitu
Yazid bin Abu Muslim, Muhammad bin Yusuf (saudara Al-Hajjaj) Gabenor
Yaman, Gabenor Iraq Yazid bin Muhallab dan Gabenor Andalusia Harris bin
Abdul Rahman. Juga dilucutkan jawatan Usamah bin Zaid at-Tanukhi sebagai
amir zakat di Mesir kerana tindakannya yang zalim dan melampau batas. Malah
dihapuskannya pengawal peribadi, agar rakyat jelata dapat menemuinya secara
langsung tanpa sebarang sekatan.

d. Sebagai seorang yang komited terhadap Islam, segala sesuatu yang
dilakukannya adalah semata-mata untuk menunaikan tanggungjawabnya
sebagai penyambung risalah Muhammad. Sebab itu dipergiatkannya usaha-
usaha Dakwah Islamiah baik di dalam mahupun di luar negeri.\

e. kegiatan-kegiatan dakwah Umar telah menjangkau kawasan Nusantara, kerana
terdapat bukti-bukti di mana suatu rombongan orang-orang Arab yang terdiri dari
35 buah kapal telah berlepas ke Ceylon menuju Palembang pada tahun 717 M.

f. Dikatakan bahawa Umar telah mengadakan hubungan dengan Raja Srivijaya,
iaitu Sridavarman (718) hingga dia memeluk Islam, dan kerajaannya
masyhur dengan nama ‘Kerajaan Sri Buddha Islam’ sepanjang 100 tahun. Bukti
adanya hubungan tersebut terdapat fotokopi korespondensi antara kedua-

duanya, yang tersimpan dengan baik dalam koleksi General Abdul Kadir di
Museum Sepanyol di Madrid.

 Yazid bin Abdul Malik (101-105 Hijrah / 720-724 Masihi)

Dengan kematian Umar, bermulalah titik-titik akhir kegemilangan Bani Umayyah.
Dan dengan kenaikan Yazid, bermulalah bibit-bibit keruntuhannya. Seperti Yazid bin
Muawiyah, Yazid bin Abdul Malik juga dikatakan terkenal kerana hidupnya yang gemar
berpoya-poya, terutama dengan wanita.

Peristiwa-peristiwa di zamannya:
a. Memecat pegawai-pegawai lantikan Umar dulu, lalu menggantikannya
dengan mereka yang telah dipecatnya, seperti Umar bin Hubairah dan Abdul
Rahman bin Dhihak.
b. Pemberontakan Yazid bin Muhallab bin Abi Safrah yang telah melepaskan
diri dari tahanan Umar dan pergi ke Iraq. Bagaimanapun tentera Yazid
pimpinan Maslamah bin Abdul Malik berjaya menewaskannya di Al-Aqir, dekat
Karbala.
c. Pemberontakan Khawarij yang diketuai oleh Shauzab yang berhasil
mendapat kemenangan-kemenangan di Kufah dan daerah-daerah sekitarnya.
Bagaimanapun mereka ditewaskan oleh Maslamah bin Abdul Malik dan Said
bin Umar AI-Harashi yang sekaligus menamatkan riwayat Shauzab.
d. Pergolakan perkauman antara puak Arab Utara (Mudhar) dengan Arab
Selatan (Yaman) timbul semula dengan dimenangi oleh puak Mudhar. Yazid
tidak dapat berbuat apa-apa.

 Hisyam bin Abdul Malik (105-125 Hijrah / 724-743 Masihi)

Di antara enam orang khalifah di zaman keruntuhan Bani Umayyah, Hisham
dianggap yang terbaik dari segi peribadinya dan juga cara pentadbirannya.

Peristiwa-peristiwa di zamannya:
a. Pemberontakan Khawarij pimpinan Bahlul bin Umair AI-Shaibani di Kufah.
Bagaimanapun ia ditumpaskan oleh Khalid bin Abdullah Al-Qisri.
b. Pemberontakan Zaid bin Ali bin Hussein di Kufah, tetap ditewaskan oleh
Yusuf bin Umar, panglima Umayyah di Hirah. Putera Zaid iaitu Yahya
kemudiannya melarikan diri ke Balkh, tetapi dapat ditangkap oleh Nasr dan
Saiyar, Gabenor di Khurasan.

c. Pemberontakan Al-Haris bin Suraij Al-Tamimi yang mengakui dirinya AI-
Mahdi. d. Timbulnya gerakan Rafidhiah.
e. Timbulnya faham perkauman di antara Arab Utara dengan Arab Selatan,
khasnya di Khurasan. Masalah ini diperburukkan lagi oleh Gabenor Umayyah di
situ, Asad bin Abdullah iaitu saudara Khalid bin Abdullah Al-Qisri.
f. Di zamannya Gabenor Umayyah di Sepanyol, Abdul Rahman bin
Abdullah AI-Ghafiqi bertempur dengan Charles Martel di Tour pada 732 M, tetapi
tertewas.

 Walid ibn Yazid (126-127 Hijrah / 743-744 M)

Daulah Abbasiyyah mengalami kemunduran di masa pemerintahan beliau.

Kebijakan beliau :
Melipatkan jumlah bantuan social bagi pemeliharaan orang-orang buta dan orang-
orang lanjut usia yang tidak mempunyai ahli keluarga.

 Yazid Ibn Walid (yazid iii) (127 hijrah / 744M)

Pemerintahannya berlangsung selama 16 bulan, pemerintahannya juga tidak mendapat dukungan
dari rakyat kerana perbuatannya yang suka mengurangi anggaran belanja negara. Masa
pemerintahannya penuh dengan kemelut dan pemberontakan.

 Ibrahim ibn Malik (127 hijrah / 744 Masihi)

Perlantikannya menjadi khalifah tidak memperoleh suara bulat di dalam lingkungan
keluarga bani umayyah. Akhirnya beliau dengan sukarela mengundurkan dirinya dari
jabatan khilafah dan mengangkat baiah terhadap Marwan ibn Muhammad.

 Marwan bin Muhammad (127-132 Hijrah / 744-749 Masihi)

Marwan dianggap pahlawan yang cekap dan bijak. Malangnya dia datang ketika Bani
Umayyah di ambang kehancurannya, sehingga tidak ada harapan lagi untuk
mempertahankannya.

Pemberontakan-pemberontakan di zamannya :
a. Pemberontakan timbul di seluruh daerah Sham, seperti penduduk Hems dan Ghutah. b.

Pemberontakan Khawarij di Makkah oleh Abu Hamzah Al-Khariji, tetapi dapat
dihancurkan oleh pasukan Marwan.

c. Pemberontakan Syiah di Khurasan yang mana berjaya mencapai beberapa
kemenangan.

d. Gerakan Abbasiah yang dipimpin oleh Abu Muslim AI-Khurasani berjaya menewaskan
Gabenor Khurasan, Nasr bin Saiyar, dan seterusnya menyerbu daerah-daerah Iraq, Sham
dan Mesir. Di Mesir inilah Marwan dibunuh, dan dengan kematiannya berakhirlah
kerajaan Bani Umayyah.

Sumbangan dan pembaharuan

 Pentadbiran
 Sistem pemerintahan dan sistem pentadbiran terbahagi kepada empat aspek
sistem:
 Sistem khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintahan bagi
menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
 Sistem Wazarah iaitu perlantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbran
negara di bahagian kerajaan pusat. Manakala perlantikan gabenor untuk
mengetuai pentadbiran wilayah dan perlantikan bebrapa orang gabenor untuk
memastikan keberkesanan sistempentadbiran di wilayah yang besar.
 Sistem urus setia iaitu beberapa orang pegawai utaman dilantik untuk
mengumpul rekod , mengurus surat-menyurat dan sebagainya. Selain itu,
membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian iaitu bahagian
surat-menyurat dan bahagian cukai.
 Sistem hijabah iaitu seseorang pegawai ditugaskan untuk memeriksa orang
yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah serta bertindak
sebagai pemegang amanah.
 Sistem pentadbiran turut dikemaskini lagi
 Menubuhkan empat buah jabatan iaitu:
- Jabatan cukai
- Jabatan surat-menyurat
- Jabatan urusan am
- Jabatan urusan cap mohor pemerintah (diasaskan oleh Muawiyah)
 Sistem ketenteraan telah diperkemaskan pada tahap pertama pemerintahan
Bani Umaiyah
 Dewanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) telah dibentuk untuk mempertahankan
negara.
 Angkatan tentera darat dan tentera laut ditubuhkan.

 Ekonomi
 Kekuatan sektor utama ekonomi negara:
i. Pertanian
ii. Perdagangan

 Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan ekonomi negara
i. Pertanian
a) Saliran air dibina bagi mengairi kawasan
pertanian

b) Membuat penyelidikan pertanian
o Membina jalan raya

ii. Perdagangan
a) Membina pelabuhan bagi kemudahan persinggahan
kapal o Menubuhkan kapal perang khas bagi
mengawal lautan dan membanteras lanun
b) Menggalakkan perusahaan kraftangan seperti membuat
kiswah Kaabah, permaidani, sutera dan tenunan bulu serta
memberi bantuan modal.

 Keadaan ekonomi kukuh membolehkan kerajaan:
i. Membina kemudahan awam seperti masjid yang cantik dan empangan
ii. Mengemas kini pentadbiran Baitul Mal bagi memantapkan kewangan negara
iii. Zaman al-Walid: Kewangan negara mantap sehingga mampu membiayai
negara selama 15 tahun

 Sumber ekonomi negara
i. Jizyah iaitu memberi perlindungan iaitu cukai yang dikenakan
kepada orang kafir zimmi iaitu orang bukan Islam yang tinggal di negara
Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan
negara Islam
ii. Zakat iaitu kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam
dengan syarat-syarat tertentu
iii. Al-Ghanimah iaitu harta yang diperolehi daripada orang kafir melalui
peperangan
iv. Usyur iaitu cukai 10% kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas
kapal-kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan
negara Islam untuk tujuan perniagaan
v. Al-Faie iaitu harta rampasan daripada orang kafir harbi tanpa
peperangan seperti harta orang-orang murtad dan kafir harbi yang
ditinggalkan/melalui jalan perdamaian
vi. Kharaj iaitu cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik Islam dan
bukan Islam
vii.Musahah/Wazifah iaitu cukai tanah yang dibayar mengikut keluasan
viii. Muqasamah iaitu cukai tanah yang diambil berdasarkan
jumlah hasil
ix. Ihtizam/Iqta’ iaitu cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yang
diuruskan oleh tuantuan rumah

 Ketenteraan
a. Bidang kuasa khalifah semasa zaman Khulafa’ ar-Rasyidin dan kerajaan Bani
Umaiyah:
i. Memimpin angkatan perang
ii. Mengisytiharkan peperangan
iii. Menandatangani perdamaian dengan pihak musuh
iv. Melucutkan jawatan panglima tentera

b. Jenis angkatan tentera yang ditubuhkan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah:
i. Angkatan berkuda
ii. Pasukan berkenderaan
iii. Tentera berjalan kaki

c. Corak latihan ketenteraan yang diamalkan pada zaman Bani Umaiyah ialah semua
tentera dilatih berperang pada musim panas dan musim sejuk.

d. Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang
ketenteraan:
i. Semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian:
o Mengemas kini angkatan tentera dengan meniru corak gerakan
tentera Parsi
o Membahagikan tentera Islam kepada lima pasukan
o Menubuhkan angkatan perang yang teratur
o Melengkapi angkatan perang dengan peralatan yang moden dan
canggih
o Melatih anggota tentera berperang pada musim panas dan sejuk
o Memperlengkapkan angkatan tentera dengan peralatan yang
moden dan canggih
o Menyusun pasukan tentera laut dengan teratur
ii. Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan:
o Mewajibkan setiap rakyat menjadi tentera
o Menubuhkan jabatan khas yang dikenali sebagai Dewan al-Jund
yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus hal-
ehwal ketenteraan

e. Bentuk kedudukan tentera Islam dalam operasi peperangan yang dipraktikkan pada
zaman kerajaan Bani Umaiyah khususnya Muawiyah bin Abi Sufian, iaitu
membahagikan angkatan tentera kepada lima pasukan:

Pasukan Pasukan
hadapan teras
(Qalbul
(al- Jaisy)
Muqaddimah)

5 pasukan Pasukan
tentera sayap kanan
Islam
(al-
Maimanah

Pasukan Pasukan
belakang sayap kiri
(Safatul
(al-
Jaisy) Maisarah)

f. Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
dalam menyusun pasukan tentera laut:
i. Menambah bilangan kapal perang berjumlah 1700 buah.
ii. Membina pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia
iii. Memajukan pelabuhan Iskandariah di Mesir dan pelabuhan di Syria
sebagai pusat pangkalan tentera

g. Tokoh panglima tentera
i. Muhammad bin al-Qasim as-Saqafi (Sind di india)
ii. Tariq bin Ziad (Andalus [Sepanyol])

iii. Qutaibah bin Muslim al-Bahili (Khurasan)
iv. Musa bin Nusair (Afrika Utara)
v. Musalamah bin Abdul Malik (Memusnahkan kubu-kubu Rom di

Constantinople)
vi. Mahlab bin Abi Suffrah (Bahagian Wara’ an-Nahr)
vii. Uqbah bin Nafik (Qairawan)

h. Mengutamakan bangsa Arab dalam perlantikan panglima tentera

 Pendidikan

a. Pusat penyebaran dan perkembangan ilmu di Kota
Basrah

b. Bidang ilmu yang diterokai:
i. Ilmu nakli seperti al-Quran, Tafsir, Qiraat, Nahu, Tauhid dan
Fekah
ii. Ilmu akli seperti Mantik, Hisab, Geografi dan Sejarah

c. Bukti khalifah Bani Umaiyah mengambil berat tentang pendidikan:
i. Khalifah bertindak sebagai penggalak kepada perkembangan ilmu
ii. Khalifah sendiri menjadi ulama yang alim dalam bidang ilmu seperti
Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz
iii. Para ilmuan dan sasterawan mendapat tempat istimewa di istana
khalifah
iv. Mendirikan banyak tempat pengajian dalam pelbagai bidang ilmu
v. Mendidik rakyat agar membudayakan ilmu dalam kehidupan harian

d. Kesan perkembangan pesat Pendidikan kepada bangsa Eropah:
i. Kota Cordova di Andalus telah menjadi pusat ilmu pengetahuan pada
kurun ke-10 Masihi
ii. Sarviel, Toledo dan Granada di Andalus menjadi tumpuan ramai pelajar
dari Eropah datang menuntut ilmu
iii. Karya sarjana Islam telah dibawa ke Eropah dan diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa seperti Perancis
iv. Idea dan pemikiran sarjana Islam telah mempengaruhi pemikiran
masyarakat di Eropah sehingga membawa kepada zaman
pembaharuan- Renaissance

e. Bukti ilmu pengetahuan berkembang pesat pada zaman kerajaan Bani Umaiyah:
i. Lahir ramai ulama dan sarjana muslim dalam pelbagai bidang
ii. Giatnya aktiviti penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan
telah mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai At-
Tadwin

f. Kota Cordova (di Andalus) telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah

pada kurun ke-10 Masihi

i. Andalus menjadi tumpuan ramai pelajar dari Eropah untuk

menuntut ilmu

ii. Di Andalus, terdapat beberapa buah kolej, universiti dan 70 buah

perpustakaan yang menjadi tempat rujukan para sarjana.

g. Tokoh ulama dan ilmuan terkenal
i. Perundangan Islam
 Imam Abu Hanifah
 Imam Malik
ii. Bahasa dan Sastera
Arab
 Khalil bin Ahmad
 Sibawih
 Abu al-Aswad ad-Dawali
 Ibnu Hazam
 Ibnu Zaid
iii. Sastera
 Al-Faruq
 Jarir Amru bin Abi Rabiah
 Jamil al-Azraie

iv. Muzik
 Zarib
 Ibnu Farnas

v. Perubatan
 Ibnu Sina
 Ar-Razi
 Ibnu az-Zahrawi

vi. Falsafah
 Ibnu Rusyd
 Ibnu Bajah
 Al-Farabi

 Hubungan diplomatik

 Wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan Andalus kerana

berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus

 Menurut Petter, Elizabeth sepupu kepada Louis keempat dari Perancis dan Putera

Dubant dari England sementara Jerman pula menghantar perutusan diketuai oleh

menterinya bernama Williams pada masa pemerintahan Hisham I, Putera Phillips telah

menghantar pelajar-pelajarnya mempelajari teknik dan methodologi

Sekian
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version