The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AINA NAJWA MOHD RUSLI, 2025-02-25 21:10:23

cabaran mendidik anak anak pada zaman moden

e-folio

[1] KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS PENGAJIAN AM PENDIDIKAN ISLAM E FOLIO NAMA PENSYARAH: RUSLIZA BINTI MUSTAPA NAMA PELAJAR:1.NURUL ATIQAH BINTI AZHARUDDIN (D01SMP24F001) 2.NUR HIDARAH BINTI SAPIE (D01SMP24F024) 3.NOR AINA NAJWA BINTI MOHD RUSLI (D01SMP24F026) 4.NIK NUR ALYA BATRISYA BINTI MUHAMAD SUHAIZI (DO1SMP24F002)


[2] BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 DEFINISI PENDIGITALAN PENDIDIKAN 3-4 3 Cabaran Yang Dihadapi Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Zaman Moden 5-12 4 SENARAI RUJUKAN 13


[3] PENGENALAN Pendidigitalan pendidikan adalah fenomena di mana teknologi digital telah diterapkan secara meluas dalam persekitaran pendidikan. Ia membawa pengaruh yang besar dalam cara pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pendidigitalan pendidikan membuka peluang untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan mengintegrasikan teknologi dalam kegiatan harian di sekolah. Dalam beberapa tahun terakhir, pendidigitalan pendidikan telah menjadi fokus utama dalam bidang pendidikan, dan menjadi subjek perbincangan yang penting di kalangan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, dan pelajar. Bagi mencapai pendidigitalan pendidikan yang berkesan, adalah penting untuk memahami definisi dan konsep yang berkaitan, serta mengenal pasti isu dan cabaran yang perlu dihadapi dalam pelaksanaannya. Selain itu, bahagian turut akan memperincikan dengan lebih menyeluruh tentang konsep pendigitalan pendidikan dan model yang berkaitan dengan kepimpinan teknologi DEFINISI PENDIGITALAN PENDIDIKAN Pendidikan digital merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan teknologi digital, serta pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana teknologi digital digunakan secara bersepadu, kreatif dan inovatif, dengan matlamat utama untuk memupuk generasi yang mempunyai tahap literasi yang tinggi.digital yang tinggi. Pendigitalan pendidikan merujuk kepada proses memasukkan teknologi dan alat digital ke dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan penggunaan platform digital, teknologi realiti maya, dan organisasi digital proses pendidikan (Rahmadin Munauwarah & Muh. Wasith Achadi, 2023). Pendigitalan bertujuan untuk menyamakan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti pendidikan dan mengatasi kelemahan digital (Valida Akšamija & Nermin Ploskić, 2023). Ini melibatkan transformasi kaedah pengajaran tradisional dan pembangunan rancangan pendidikan individu berdasarkan pendekatan berasaskan kemahiran (Mariia, Abysova.et.al, 2023). Ia memerlukan guru menyesuaikan diri dengan model pengajaran baharu, menggunakan kemudahan digital, dan menguasai teknologi maklumat (N., Laas.et.al, 2023). Proses pendigitalan didorong oleh keperluan untuk memenuhi keperluan pasaran buruh yang berubah-ubah dan permintaan ekonomi digital.


[4] Proses pendigitalan pendidikan melibatkan pelaksanaan teknologi dan pendekatan inovatif untuk meningkatkan pendidikan. Ia memerlukan pelaburan kewangan yang besar daripada pelbagai pihak yang berminat, termasuk negeri, untuk mengatasi halangan seperti penyelesaian ICT yang berpecah-belah dan penggunaan sumber yang tidak cekap (H. Strack.et.al, 2022). Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan keperluan untuk pendidikan digital, membawa kepada peralihan daripada pengajaran bersemuka kepada pengajaran dalam talian (A, Andronic, 2023). Secara keseluruhannya, pendigitalan pendidikan melibatkan integrasi teknologi digital dan penggunaan pendekatan pedagogi baharu untuk menambah baik proses pembelajaran. Pendigitalan pendidikan juga memerlukan sokongan kewangan, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan pendekatan dan alat baharu untuk mengubah sistem pendidikan dan meningkatkan kualiti serta kebolehcapaiannya.


[5] Cabaran Yang Dihadapi Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Zaman Moden 1- Cabaran Dalam Pendidikan Zaman Moden Saya pernah jumpa ibu yang langsung tidak pernah beri anaknya gajet (smartphone, Ipad dan sebagainya dari kecil). Sejujurnya saya kagum dan terfikir juga bagaimana beliau boleh bertahan dengan prinsip tidak galakkan anak terdedah dengan teknologi dari kecil. Pada beliau, gajet hanya akan tambah tekanan sedia ada sebagai seorang parent. Tetapi masalah timbul apabila anak tersebut mula masuk tadika. Guru mengadu yang anaknya ketinggalan sebab tidak faham serta lambat belajar semasa gunakan alat teknologi ini dalam pembelajaran. Setelah itu baru saya tahu yang kebanyakan tadika sekarang menggunakan kemudahan teknologi dan gajet dalam pembelajaran. Jadi ibu tersebut sangat serba salah nak biarkan anaknya menggunakan gajet untuk belajar. Beliau sangat takut kalau-kalau anaknya terbawa-bawa serta ketagih untuk gunakan gajet seharian. Jadi bagaimana ibu tersebut berdepan dengan situasi ini? Nak biarkan anak selalu gunakan gajet supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran? Walaupun ianya juga merupakan antara salah satu cara mendidik anak zaman digital ini. Ataupun pada pendapat saya, sebagai ibu bapa kita boleh beri mereka gajet tetapi wajib hadkan penggunaannya dan seimbangkan antara keperluan anak serta kemahuan. Ibu bapa perlu didik anak supaya mereka faham antara keperluan dan kemahuan. Selain itu didikan ini perlu konsisten supaya tidak berlebihan sehingga menganggu proses pembesaran mereka yang lain. 2- Pengaruh Rakan Sebaya dan Persekitaran Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Kebanyakan ibu bapa juga dah berikan yang terbaik dari segi pendidikan, perhatian serta keperluan harian. Namun, anak adakalanya lebih mudah terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya serta keadaan persekitaran. Ini tentunya sangat membimbangkan ibu bapa lagi-lagi kalau anak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. Kita juga dalam keadaan masih perlu galakkan anak-anak berkawan dengan rakan dan bermain di luar sebagai contoh. dengan Tetapi rakan mereka pula lebih memilih untuk bermain di dalam rumah dengan gajet dan mobile games.


[6] Kita pula tidak dapat halang seorang anak yang sedang membesar untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang lain. Dan anak-anak pula jadikan alasan ini untuk melekat dengan gajet dengan alasan untuk bersosial dengan kawan di alam maya. Jadi dalam keadaan ini ibu bapa boleh memantau jenis permainan dalam talian yang mereka gunakan. Selain itu juga hadkan masa penggunaan dalam seharian. Terangkan baik buruk sesuatu permainan dan aplikasi yang mereka gunakan jika ianya kelihatan menyebabkan anak bertindak di luar batas. Antara Cadangan Cara Mendidik Anak Zaman Digital Sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan anak-anak. Ambil tahu siapa rakan mereka dan jenis pergaulan. Berkongsi kebaikan dan keburukan gajet dengan anak-anak. Selain itu didik mereka amalkan penggunaan teknologi secara berhemah. Pantau perkara dan aplikasi yang mereka lihat serta gunakan. Adakalanya mereka mungkin tersasar dari penggunaan yang betul. Tetapi ibu bapa boleh menasihati dengan baik serta amalkan bersikap tenang dalam mendidik anak. Selain itu ibu bapa harus tetapkan peraturan yang jelas untuk mereka dalam menggunakan kemudahan teknologi dan gajet. Sesuaikan Kehidupan Dengan Perkembangan Digital Semasa Dalam keadaan dunia yang semakin moden dan serba digital ini, sukar untuk kita elakkan terutamanya anak-anak untuk mengunakan kemudahan teknologi serta gajet yang ada. Selain daripada amalkan disiplin dan peraturan penggunaan yang jelas untuk mereka, ibu bapa juga boleh mula cuba untuk menyesuaikan kehidupan keluarga dan anak-anak dengan perkembangan teknologi ini. Selain itu juga ibu bapa wajib tidak mengetepikan ajaranajaran agama dan moral yang baik untuk anak-anak.


[7] MENGHUKUM ATAU MENJELASKAN? Meskipun masih ada ibu bapa yang percaya tindakan menghukum adalah cara yang terbaik untuk mendisiplinkan dan mengajar anak-anak tentang kepatuhan, banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa pendedahan kepada keganasan sebenarnya sangat bahaya buat kanak-kanak untuk jangka masa panjang. Malah, dengan memukul anak-anak anda apabila mereka menimbulkan masalah, anda hanya mengajar mereka bahawa keganasan adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila mereka membesar, mereka mungkin menggunakan perkataan kasar dan keganasan fizikal untuk menyelesaikan pertikaian kerana itu sesuatu yang biasa bagi mereka. Mendidik anak-anak mengenai apa yang betul dan salah bukanlah tugas yang mudah, lebihlebih apabila mereka lebih mempercayai internet lebih daripada anda. Jadi, apakah yang boleh anda lakukan? Mungkin anda mahu mencuba kaedah ‘disiplin positif’. Model ini mengajar kanak-kanak bagaimanakah cara mengatasi masalah dengan tenang dan bijak. Tatkala seorang kanak-kanak melakukan kesilapan, daripada memarahinya, jelaskan pada mereka mengapakah perbuatan mereka itu salah dan apakah cara yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Pendekatan ini lebih demokratik kerana anak-anak tidak akan merasa patah hati, mereka juga dapat belajar cara yang lebih efektif untuk menyelesaikan masalah mereka. BERHUBUNG DENGAN ANAK ANDA Selalunya, sebab mengapa anak-anak sering beralih kepada gajet adalah kerana ibu bapa mereka tidak ada apabila mereka memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda seharusnya meluangkan sedikit masa bersama mereka. Tanyakan kepada mereka tentang hari mereka dan berikan mereka pelukan atau ciuman sekiranya sudah tidak melakukannya untuk masa yang lama. Walaupun ada yang kekok dengan perlakuan ini (lebih-lebih lagi remaja), sentuhan kasih sayang masih sangat penting dalam perkembangan anak anda, baik dari segi mental dan fizikal. Jika anda ingin tahu tentang alam percintaan mereka, mengenai kawan-kawan atau aktiviti yang sedang mereka lakukan, jangan segan silu untuk bertanya kepada mereka. Mungkin mereka memerlukan sedikit masa sebelum berasa selesa untuk bercerita kepada anda, tetapi berilah mereka sokongan dalam proses tersebut.


[8] PRIVASI DAN BAHANA ATAS TALIAN Sebelum membiarkan anak-anak kita memulakan perjalanan digital mereka, mungkin kita harus berkongsi pengetahuan dan nilai yang kita ingin mereka ketahui atau amalkan. Hal ini kerana, langkah ini adalah penting dalam membantu anak-anak kita memahami bagaimana menggunakan teknologi secara bertanggungjawab. Siberbuli, contohnya, sering berlaku kerana kanak-kanak tidak diberitahu apakah akibat daripada melakukan sesuatu kesalahan, maka mereka tidak berasa bersalah, malah berasa seronok apabila melakukannya. Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda perlu mula menerapkan nilai moral yang baik ini ketika mereka masih muda. Benar, mungkin akan mempelajari tentang nilai murni sekolah, tetapi harus kita ingat, pendidikan selalu bermula di rumah! Selain itu, mustahak juga untuk kita mendidik anak-anak tentang cara penggunaan internet yang selamat. Ajari mereka tentang privasi mereka dan cara-cara untuk melindunginya daripada disalahguna. Pastikan mereka tahu tentang bahaya pemangsa atas talian. Mereka juga perlu tahu bahawa apa sahaja yang mereka kongsi di atas talian – imej, video, serta pendapat mereka akan serta merta menjadi sebahagian daripada jejak digital mereka selama-lamanya. TETAPKAN MASA MENGHADAP SKRIN Kegunaan media, seperti semua kegiatan lain, harus mempunyai batas yang munasabah. Buat kanak-kanak kecil terutamanya, pastikan mereka punyai masa bermain yang tidak melibatkan penggunaan alatan elektronik. Di samping itu, masa terluang bersama keluarga, sahabat dan guru-guru juga memainkan peranan penting dalam mendorong pembelajaran kanak-kanak dan pembangunan yang sihat. PANTAU PERLAKUAN MEREKA AND TETAPKAN BATASAN Tidak kisahlah sama ada anda sedang mendidik anak anda mengenai dunia sebenar atau alam maya, garis panduan keibubapaan yang digunakan adalah sama sahaja. Pastinya mereka akan melakukan kesilapan. Sebaiknya, kendalikan kesilapan mereka dengan rasa empati dan ambil peluang ini untuk tunjukkan pada mereka cara terbaik untuk


[9] mengendalikannya. Perkara seperti menghantar teks yang berbaur seksual, buli atas talian dan menyebarkan imej yang membahayakan diri, perlu di anggap sebagai bendera merah. Ibu bapa perlu memerhati perilaku anak-anak mereka dengan teliti, mengetahui platform yang anak-anak sering lawati, dan ketahui apa yang mereka lakukan di atas talian. Anda juga mungkin mahu mengetahui siapakah rakan anak anda, baik di luar mahupun di atas talian. Ingat bahawa tidak semua aplikasi adalah “pendidikan” kerana ia menggalakkan, oleh itu adalah penting untuk ibu bapa membaca ulasan dan skrin melalui aplikasi sebelum membiarkan anak anda menggunakannya.Anda juga harus ingat, bukan semua aplikasi pendidikan benar-benar membantu mendidik anak-anak. Buat kanak-kanak kecil terutamanya, penting untuk ibu bapa membaca ulasan sebelum memuat turun dan membenarkan anak anda menggunakannya. Kebanyakan gajet kini juga dilengkapi fungsi kawalan keibubapaan yang membenarkan anda untuk menyekat aplikasi atau platform yang anda rasa berbahaya bagi anak-anak anda.


[10] MENDIDIK anak antara cabaran besar buat ibu bapa kerana tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi dalam memastikan anak-anak menjadi insan berguna di dunia dan akhirat. Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anakanak. Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak cara Rasulullah S.A.W. Kita tidak mahu nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri mereka, dibajai dan disirami unsur-unsur yang boleh melemahkan serta menghasilkan tanaman yang tidak berkualiti. Maka ramai kini ibu bapa prihatin yang tercari-cari teknik terbaik mendidik anakanak. Sebagai umat Islam, contoh teladan yang terbaik ialah Rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Kebaikan Baginda terhadap kanak-kanak membuatkan mereka sangat suka dan sayang kepada Rasulullah S.A.W. Justeru itu, terdapat beberapa tahap mendidik anak mengikut cara Rasulullah dan boleh dijadikan rutin kehidupan. Oleh yang demikian, disertakan 4 peringkat yang boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W adalah: 1. Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah S.A.W menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak


[11] merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada disisi mereka setiap masa. 2. Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak. Menurut Hadis Abu Daud, - Advertisement - “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah S.W.T mencipta sendiri muka Nabi Adam.” Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. 3. Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka mengenai kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokan memandangkan semua kebahagian dan keseronokan telah ada di rumah bersama keluarga.


[12] 4. Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insya-Allah dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.


[13] 1.https://tudungsicomel.com/cabaran-cara-mendidik-anak-zaman-digital/ 2.https://www.researchgate.net/publication/381323553_PENDIGITALAN_PENDIDIKAN_ISU _DAN_CABARAN 3. https://harakahdaily.net/


Click to View FlipBook Version