The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diari ini mengisahkan tentang seorang pekerja wanita yang baru menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti dan bekerja sementara di sebuah sekolah sementara menunggu adanya panggilan pekerjaan dalam bidangnya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cesia Roddin, 2022-06-10 05:31:08

Diari sebagai Pekerja

Diari ini mengisahkan tentang seorang pekerja wanita yang baru menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti dan bekerja sementara di sebuah sekolah sementara menunggu adanya panggilan pekerjaan dalam bidangnya.

DIARI SEBAGAI
PEKERJA

FLORENCESIA RODDIN
BP21110353

UL00603 SEKYEN 1

Sinopsis

Diari ini mengisahkan tentang seorang pekerja wanita, yang baru
menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti dan bekerja sementara di
sebuah sekolah,sementara menunggu adanya panggilan pekerjaan dalam

bidangnya. Semasa bekerja dia menyadari dan mendapat pelbagai
pengalaman , pengetahuan baru dalam alam pekerjaan serta belajar untuk

mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajarinya semasa menuntut
ilmu di sekolahnya dahulu. Pengalaman bekerja sangat penting dan

berharga walaupun banyak cabaran dan kerja yang sangat membebankan.

1 September 2022

Saya baru menamatkan pengajian saya di Universiti Malaysia Sabah
pada tahun 2021. Kini saya bekerja sebagai guru ganti yang mengajar
subjek pendidikan moral dan pendidikan jasmani dan kesihatan di
sebuah sekolah rendah, sementara menunggu adanya panggilan
untuk bekerja sebagai guru kaunseling iaitu bidang yang saya ambil
di universiti. Pada masa sekarang ini , sangat susah untuk mencari
pekerjaan kerana banyak graduan yang terpaksa bekerja sementara
menunggu adanya kekosongan jawatan dalam bidang yang diambil
oleh para graduan di samping terpaksa bersaing dengan graduan-
graduan lain dari universiti yang berbeza-beza. Saya juga merupakan
salah satu dari pada mereka dimana saya terpaksa bekerja sementara
untuk mencari pengalaman, mencari wang untuk membayar hutang
PTPTN, dan menanggung keperluan adik-adik saya yang masih
bersekolah. Ibu bapa juga semakin tua dan tenaga mereka semakin
berkurangan, saya sebagai anak yang sudah dewasa perlu bekerja
untuk menyara kehidupan mereka. Oleh itu, sementara menunggu
adanya peluang pekerjaan dalam bidang saya, saya bekerja sementara
di sekolah kebangsaan Koromoko, Kota Marudu, Sabah sebagai
seorang guru ganti.

Pada bulan september ini ,saya sudah genap 2 bulan bekerja
sebagai guru ganti. Menjadi sebagai seorang guru ganti tidak
pernah terlintas dalam pikiran saya sebelum ini. Di samping itu,
saya juga tidak punya pengalaman dalam bidang ini, tapi saya
beranikan diri untuk mencoba hal yang baru yang tidak pernah
saya lakukan sebelum ini lagi pula saya juga pernah belajar subjek
tersebut semasa bersekolah dulu. Tambahan pula saya sangat
memerlukan pekerjaan sementara menunggu adanya peluang
pekerjaan dalam bidang saya, saya akan melakukan apa sahaja
pekerjaan yang halal dan dan tidak melanggar peraturan untuk
menampung keperluan hidup. Hal ini kerana semua benda atau
perkara seperti makanan, pakaian, perubatan, dan sebagainya
memerlukan duit, oleh itu duit sangat penting pada masa kini,
tanpa duit kita mungkin akan mengalami beberapa kesukaran
untuk membeli makanan , pakaian, dan sebagainya. Pendek kata
semuanya memerlukan duit, orang kata duit bukan segala-galanya
tetapi segala-galanya memerlukan duit. Oleh itu, saya perlu
bekerja untuk mendapatkan duit agar dapat memenuhi segala

keperluan asa saya. Saya sedar bahawa bekerja bukan hanya
tertumpu kepada mencari duit tetapi juga mendapat pengalaman
baru dan ilmu baru serta menambah kemahiran dan mengasah
kemahiran yang ada pada diri kita. Di samping , mengaplikasikan
kemahiran yang telah kita pelajari semasa di sekolah dulu.

Dalam alam pekerjaan ini banyak kemahiran yang saya
pelajari,aplikasikan,tambah baik dan sebagainya. Saya menyadari
bahawa kemahiran yang perlu ada dan wajib bagi seorang pekerja
ialah kemahiran komunikasi. Komunikasi adalah perkara yang wajib
ada dalam kehidupan, kerana manusia ialah makluk sosial . Setiap
manusia akan berkomunikasi dan berinteraksi dengan ibubapa,
keluarga, rakan, masyarakat, rakan sepejabat dan sebagainya.
Komunikasi boleh diibaratkan sebagai keperluan asa kita seperti
mana keperluan untuk makan, pakaian , tempat tinggal dan
sebagainya. Oleh itu, kemahiran komunikasi sangat penting bagi
seorang yang bekerja dalam bidang yang berhubung dengan manusia
dan bukannya mesin. Hal ini kerana dalam sebuah organisasi kita
perlu berkomunikasi dengan pekerja lain dan juga dengan pemimpin
organisasi tersebut untuk mencapai misi dan visi organisasi
tersebut. Setiap pekerja perlu sentiasa berusaha mencapai visi dan
misi organisasi mereka. Bertitik tolak dari itu , komunikasi
memainkan peranan yang penting dalam menjalin hubungan yang
baik dengan dengan pekerja lain dan pihak atasan sesebuah
organisasi. Selain itu, komunikasi juga penting untuk mewujudkan
hubungan yang baik dengan pihak luar organisasi. Kepentingan
komunikasi bukan sahaja tertakluk kepada komunikasi dalam
organisasi tersebut tetapi juga penting untuk menjalinkan
hubungan yang baik dengan luar organisasi seperti pelanggan dan
sebagainya.

Di samping itu, komunikasi juga penting sebagai alat penyalur
maklumat. Secara lazimnya sesebuah organisasi menjadikan
komunikasi sebagai satu maknisma untuk menyalurkan maklumat
kepada warga organisasinya. Pihak pengurusan menggunakan
saluran komunikasi untuk menyalurkan atau menyampaikan
maklumat yang penting kepada warga organisasi tersebut dari
pelbagai latar jawatan. Komunikasi yang berkesan dapat bertindak
sebagai anjakan paradigma dan penggerak kepada motivasi para
pekerja untuk meningkatkan produktiviti organisasi mereka.

Media baru seperti komputer dan internet adalah medium utama
pilihan pihak pengurus untuk menyampaikan segala informasi
kepada pekerja mereka. Selain itu, komunikasi juga penting untuk
menyelesaikan satu konflik yang wujud dalam sebuah organisasi.
Oleh itu, kemahiran komunikasi sangat penting untuk seorang
pekerja dalam sebuah organisasi.

18 september 2022

Sepanjang saya bekerja di sekolah ini, saya juga menyadari bahawa
seseorang pekerja harus boleh bekerja dalam pasukan atau kumpulan.
Hal ini kerana dalam sesebuah organisasi saya sebagai pekerja akan
banyak melakukan sesuatu kerja bersama-sama dengan rakan sekerja
saya untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat organisasi . Bekerja
dalam sebuah organisasi memerlukan semangat kerja berpasukan yang
kuat agar dapat memudahkan organisasi mencapai visi dan misi
mereka. Kerja berpasukan dalam organisasi juga mempunyai banyak
kebaikannya.

Antara kebaikan kerja dalam pasukan yang pernah saya alami sebelum
ini ialah senang mendapat idea.Hal ini kerana, setiap rakan sekerja
mempunyai cadangan yang tersendiri dan mempunyai idea sendiri. Oleh
itu, apabila bekerja dalam kumpulan kita lebih mudah mendapat idea
kerana setiap rakan sekerja akan memberikan idea yang berbeza-beza.
Selain itu, bekerja dalam kumpulan juga dapat meringankan beban kerja
setiap ahli rakan sekerja. Hal ini kerana, tugas dibahagikan kepada
semua pekerja dalam organisasi tersebut dan kadang ada rakan sekerja
yang sudi membantu kita untuk menyiapkan satu kerja. Contohnya,
apabila saya sudah menyiapkan tugas yang diberikan kepada saya, saya
akan membantu rakan sekerja saya yang memerlukan bantuan. Oleh itu,
rakan sekerja sangat penting kerana dapat meringankan beban tugasan
berbanding bekerja sendiri.

Saya sebagai pekerja yang bekerja dalam sebuah organisasi, kadang-
kadang mengalami tekanan kerja , ditambah lagi ada tangungjawab
kepada keluarga. Suasana tempat kerja yang kadang-kadang tidak
menyenangkan. Namun begitu, sebagai pekerja yang profesional, saya
harus tidak mengaitkan hal kerja dengan masalah peribadi. Masa
bekerja adalah masa bekerja dan tidak perlu membawa masalah
perbadi dalam pekerjaan kerana ia akan menjejaskan kualiti kerja
kita.

Selama bekerja di sana, saya bersyukur kerana saya belum pernah
mengalami konflik dengan staf lain. Saya sentiasa berhati-hati ketika
mengeluarkan kata-kata ketika berbicara dengan staf lain. Hal ini
kerana, saya tidak ingin adanya konflik dengan rakan sekerja serta
ingin menjaga hati mereka supaya kata-kata saya tidak menyinggung
perasaan mereka. Disamping itu, saya tidak akan mengeluarkan kata-
kata yang menyentuh hal sensitif seperti berkaitan dengan agama,
bangsa dan sebagainya ketika bercerita dengan rakan-rakan sekerja,
ini kerana perkara sensitif boleh membawa kepada konflik ditempat
kerja tambahan pula di tempat kerja pekerjanya terdiri dari pada
agama dan kaum kaum yang berbeza. Oleh itu, berpikirlah dahulu
sebelum mengeluarkan kata-kata kerana buruk padahnya sekiranya
tersalah kata bak kata pepatah Melayu terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata buruk padahnya.

Selama saya bekerja , saya sentiasa menghormati orang yang lebih
tua dari saya dan memberi perhatian kepada orang yang lebih muda
dari saya. Di tempat kerja saya, pekerjanya mempunyai umur yang
berbeza-beza dari yang lebih muda , seumur , dan tua dari saya.
Umur bukanlah halangan untuk bekerja bersama dalam sebuah
organisasi, kerana semua pekerja mempunyai visi dan misi yang
sama iaitu mencapai matlamat organisasi . Sikap menghormati
antara satu sama lain itu penting kerana dapat mewujudkan
suasana tempat kerja yang harmoni. Sikap menghormati bukan
sahaja dari aspek umur tetapi juga pelbagai aspek yang berlainan
seperti agama, bangsa ,budaya dan sebagainya. Oleh itu, sikap
hormat menghormati di tempat kerja sangat penting untuk
mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni dan damai.

28 September 2022

Hari ini merupakan hari yang sangat meletihkan. Sekolah tempat
saya bekerja telah mengadakan sukan akhir tahun. Saya juga turut
terlibat sebagai seorang jurulatih kepada kumpulan rumah hijau.
Hari ini merupakan hari terakhir sukan tersebut dilaksanakan
setelah sukan tersebut berlangsung selama 5 hari . Sepanjang sukan
tersebut berlangsung saya mendapat pengalaman baru iaitu
mengurus dan menjadi pemimpin kepada rumah sukan saya. Saya
menyadari bahawa menjadi sebagai seorang pengurus dan
pemimpin bukan lah mudah tambahan pula mengurus jumlah
pelajar yang ramai yang pelbagai karena dan perangai. Semasa
mengendalikan rumah sukan saya, saya perlu banyak bersabar
kerana berhadapan dengan perangai dan ragam budak-budak
terutama hal berkaitan dengan pembuangan sampah di merata
tempat. Saya telah banyak kali mengingatkan kepada para pelajar
supaya tidak membuang sampah di merata tempat dan membuang
sampah di tempat yang sepatutnya. Tapi masih ada segelintir
pelajar yang tidak mematuhi peraturan, di mana mereka tidak
membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Saya sudah
menjalankan tanggungjawab saya untuk mengingatkan para pelajar
dan melarang mereka supaya membuang sampah sembarangan.

Selepas penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi tersebut
tamat. Saya mengarahkan dan membawa semua murid untuk memungut
sampah di persekitaran padang tersebut. Syukur semua pelajar
memberikan kerjasama yang baik dan mengikuti arahan. Hal ini , dapat
memupuk nilai menjaga kebersihan alam persekitaran dalam kalangan
murid-murid sekolah. Setelah selesainya membawa murid-murid
memungut sampah di persekitaran padang, murid-murid beransur-
ansur balik ke rumah masing-masing begitu juga dengan saya.

Sesampainya saya dirumah, ibu sudah menyiapkan makan malam.
Setelah selesai mandi dan sebagainya, saya turun ke dapur untuk
makan bersama-sama dengan ibu dan ayah serta adik-adik. Ketika
makan ibu bertanya, bagaimana kerja hari saya hari ini dan
mengajukan beberapa soalan, saya mengatakan kepada ibu bahawa
kerja saya pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan agak
memenatkan sedikit. Ibu begitu mengambil beratkan tentang saya

dan jauh disudut hati saya sangat terharu dan bersyukur
mempunyai ibu yang suka mengambil berat. Sesudah siap makan,
saya menolong ibu membasuh pinggan dan mengemas meja makan
sambil bercerita dengan ibu. Setelah selesai membasuh pinggan
mangkuk dan mengemas meja makan , saya meminta izin kepada
ibu untuk masuk ke bilik dan tidur lebih awal pada malam itu.

4 Oktober 2022

Hari ini seperti biasa saya bangun pada jam 5:00 am , dan bersiap awal
untuk pergi ke sekolah tempat saya bekerja. Pada jam 6:00 saya bertolak
ke sekolah yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal. Pada jam 6:50
am saya sampai disekolah. Seperti hari-hari sebelumnya, saya
merupakan salah satu guru yang ditugaskan untuk menyambut
kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah. Program menyambut
kedatangan murid di pintu pagar sekolah tersebut adalah bertujuan
untuk memberi semangat kepada pelajar supaya rajin ke sekolah, di
samping membina hubungan yang baik antara dengan para pelajar.
Seorang pelajar menyapa saya dengan senyuman dan mengatakan
selamat pagi cikgu membuatkan saya lebih bersemangat untuk
memulakan hari, walaupun saya hanyalah seorang guru ganti tetapi
murid-murid menghormati saya sebagai seorang guru.

Tepat jam 7:30 am pintu pagar ditutup dan sesi mengajar pun bermula.
Saya pergi di bilik guru dan mengambil buku teks serta beberapa helaian
kertas yang telah saya sediakan pada malam tersebut untuk kerja rumah
murid-murid saya agar lebih faham akan topik yang mereka pelajari
hari ini. Setelah selesai sesi persekolahan seperti biasa , saya akan
menunggu semua pelajar balik kerumah masing- masing ,kemudian
saya pun pulang kerumah.

Semasa dalam perjalanan pulang saya terserempak dengan dua orang
budak perempuan yang juga bersekolah di tempat saya mengajar.
Saya berhentikan kereta dan bertanyakan kepada mereka, pulang
kemana dan kenapa jalan kaki. Mereka menyatakan bahawa mereka
ketinggalan bas sekolah. Oleh kerana saya kasihan melihat mereka
berjalan kaki di bawah sinaran matahari yang panas, saya
menumpangkan mereka sampai ke rumah mereka , kebetulan rumah
mereka melalui jalan yang sama dengan saya. Terlihat dari jauh , ibu
kepada murid-murid tersebut tengah menunggu anak mereka di
depan pintu rumah,mungkin juga risau kerana anak-anaknya belum
balik lagi. Riak wajah emak budak tersebut gembira dan tersenyum
melihat anak-anaknya keluar dari kereta, ibu dan 2 orang budak
perempuan itu melambai dengan senyuman mungkin juga tanda
mereka berterima kasih.

Setelah sampai di rumah dan berehat seketika, saya menyiapkan
laporan mengajar saya pada hari ini. Saya menyadari bahwa menjadi
seorang guru tidaklah mudah seperti yang kita lihat. Hal ini kerana,
guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan
murid-muridnya memahami apa yang dia ajar dan menguasainya.
Guru juga mempunyai tanggung jawab untuk melahirkan pelajar yang
berilmu dan berakhlak mulia. Oleh itu, kerja sebagai seorang guru
bukanlah semuda yang dijangkakan.

20 Oktober 2022

Hari ini merupakan hari terakhir saya bekerja sebagai guru ganti di
sekolah tersebut kerana saya sudah mendapat tawaran untuk
bekerja sebagai guru kaunseling di sebuah sekolah Menengah di
daerah pitas iaitu sebuah daerah yang terletak di pantai barat utara
sabah. Saya sangat terharu kerana pada hari terakhir saya di sekolah
tersebut rakan sekerja saya membuat majlis perpisahan walaupun
saya hanyalah seorang guru ganti di sekolah tersebut. Rakan sekerja
memberi hadiah sebagai kenangan begitu juga dengan murid-murid.
Rasa berat hati untuk meninggalkan sekolah tersebut tapi apakan
daya. Saya sudah selesa bekerja di sana beberapa bulan tambahan
lagi semua rakan sekerja sangat baik dan memberikan layanan yang
baik begitu juga dengan pelajar di sana.

Saya masih ingat pertama kali saya masuk ke sekolah tersebut,
pekerja-pekerja disana menyambut kedatangan saya dengan baik
begitu juga dengan pelajar-pelajar. Mereka sungguh ramah dan
memberikan kerjasama yang baik. Rakan sekerja juga sentiasa
memberikan bantuan sekiranya saya perlu dan suasana kerja juga
sangat harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

Banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya perolehi sepanjang
bekerja sebagai guru ganti di sekolah tersebut. Saya juga banyak
belajar kemahiran baru seperti mengendalikan sebuah program dan
sebagainya. Banyak kenangan yang pahit dan manis sepanjang
bekerja di sekolah tersebut yang indah untuk dikenang nanti. Saya
sangat berterima kasih dengan rakan-rakan sekerja yang banyak
membantu dan memberikan sokongan sepanjang saya disana. Saya
sangat menghargai segala jasa baik rakan sekerja dan guru besar
disana kerana memberikan saya kepercayaan dan peluang untuk
bekerja disana. Segala pengalaman dan pengetahuan yang saya
peroleh sangatlah berharga dan amat berguna bagi saya pada masa
akan datang. Sekiranya mempunyai peluang saya berharap dapat
bertemu lagi dengan rakan sekerja serta murid-murid di sana.


Click to View FlipBook Version