Edisi Pertama
2018
PENGENALAN
Program akademik universiti perlu kekal berdaya saing dan selari dengan kehendak
semasa, industri dan negara dalam melahirkan masyarakat bumiputera profesional
yang holistik dan seimbang dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Universiti sentiasa digalakkan untuk membuat jalinan kerjasama akademik bersama
fakulti, universiti dan pihak industri. Pembangunan dan pelaksanaan program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree) adalah merupakan salah satu inisiatif yang
menyokong tiga (3) Lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2015 – 2025) (Pendidikan Tinggi) iaitu (i) Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri
Keusahawanan dan Seimbang, (ii) Lonjakan 2: Kecemerlangan Bakat dan (iii)
Lonjakan 8: Keunggulan Global.
Amanat Tahun Baharu 2017 oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA telah
menekankan inisiatif UiTM yang berteraskan kepada Sasaran Strategik Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11) iaitu pendidikan tinggi berkualiti. Pendekatan yang
lebih berimpak tinggi adalah penting bagi menjamin pendidikan tinggi berkualiti.
Fokus utama UiTM bermula tahun 2017 adalah menekankan teras utama kerjasama
akademik antara fakulti dan Universiti Awam atau Universiti Swasta dalam atau luar
Negara bagi menyokong usaha memperkasakan inisiatif communality & collegiality
dan mobility. Antara strategi yang telah dirangka bagi mendukung teras tersebut
adalah melalui pembangunan program Dwi Ijazah (Double Degree). Ini adalah
penting bagi memastikan graduan mampu bersaing di persada global dari aspek
kebolehpasaran dan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi melalui
set kemahiran yang pelbagai.
Garis panduan ini disediakan sebagai sumber rujukan dalam pembangunan dan
pelaksanaan program Dwi Ijazah (Double Degree) peringkat Sarjana Muda. Garis
panduan ini mengandungi maklumat berkenaan (i) takrifan program Dwi Ijazah
(Double Degree), (ii) pembangunan kurikulum Dwi Ijazah (Double Degree), (iii) syarat
kemasukan, (iv) penganugerahan ijazah, (v) kitaran akademik pelajar, (vi) peraturan
akademik dan exit policy, (vii) yuran pengajian, (viii) kemudahan pelajar, (ix)
pembentukan jawatankuasa Dwi Ijazah (Double Degree), (x) dokumen rujukan
tambahan dan (xi) lampiran. Adalah diharap dengan penerbitan garis panduan ini
akan dapat membantu dalam menggalakkan lagi perkembangan dan pelaksanaan
inisiatif Dwi Ijazah (Double Degree) oleh pihak Fakulti dan pihak Kampus Cawangan
di UiTM.
KANDUNGAN
Topik Muka Surat
1,0 TAKRIFAN PROGRAM DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE) 1
2.0 PEMBANGUNAN KURIKULUM DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE) 2
3.0 SYARAT KEMASUKAN 8
4.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH 11
5.0 KITARAN AKADEMIK PELAJAR 12
6.0 PERATURAN AKADEMIK DAN EXIT POLICY 16
7.0 YURAN PENGAJIAN 17
8.0 KEMUDAHAN PELAJAR 18
9.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE) 19
10.0 DOKUMEN RUJUKAN TAMBAHAN 22
11.0 LAMPIRAN 23
– TEMPLATE KERTAS KERJA JKIKU
– TEMPLATE KERTAS KERJA JKPT
1.0 TAKRIFAN PROGRAM DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE)
1.1 Program Dwi Ijazah (Double Degree) adalah program Sarjana Muda
berkembar yang boleh ditawarkan di peringkat dalaman antara fakulti / antara
cawangan universiti yang sama atau di antara dua atau lebih universiti yang
berbeza.
1.2 Program Dwi Ijazah (Double Degree) yang ditawarkan oleh universiti yang
sama atau di antara dua atau lebih universiti yang berbeza menerima dan
mengiktiraf program yang terlibat bagi tujuan pemindahan kredit.
1.3 Apabila tamat pengajian, pelajar akan menerima dua (2) ijazah (skrol) scara
berasingan oleh universiti yang terlibat dalam program kerjasama ini.
Contoh:
Seorang pelajar akan dianugerahkan ijazah (skrol) Sarjana Muda Muamalat
(Kepujian) (UiTM) dan ijazah (skrol) Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
(UUM) secara berasingan.
1.4 Tempoh masa pengajian biasanya adalah lebih panjang daripada pengajian
satu program sahaja dan tempoh pengajian sebenar adalah bergantung
kepada tahap pengetahuan program, keupayaan pelajar serta keperluan
badan profesional dan standard bidang yang berkaitan.
1.5 Kelayakan ini menggabungkan dua program daripada dua bidang yang
berbeza. Beban akademik atau jam kredit bagi kedua-dua bidang adalah
hampir sama (50% - 50%) dan setiap bidang utama perlulah memenuhi
keperluan minimum bidang (body of knowledge) tersebut yang telah
ditentukan oleh piawaian program atau badan profesional masing-masing.
1.6 Fakulti atau Universiti yang terlibat adalah dinyatakan sebagai:
1.6.1 Fakulti/Universiti Asal
Fakulti/Universiti Asal adalah fakulti atau universiti asal yang
menawarkan program akademik Dwi Ijazah (Double Degree)
Sarjana Muda yang pertama dan pelajar mendaftar kali pertama
dalam tahun pengajian pertama mereka di universiti / fakulti asal.
1.6.2 Fakulti/Universiti Hos
Fakulti/Universiti Hos adalah fakulti atau universiti hos yang
menawarkan program akademik Dwi Ijazah (Double Degree)
Sarjana Muda yang kedua dan pelajar mendaftar kali kedua dalam
tahun pengajian kedua mereka di universiti / fakulti hos.
1
2.0 PEMBANGUNAN KURIKULUM DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE)
2.1 Fakulti/Universiti Asal dan Hos perlu ada perjanjian persefahaman yang jelas
dan komprehensif sebelum dilaksanakan.
2.2 Persefahaman antara universiti boleh dimeterai secara MoU atau MoA atau
kedua-duanya sekali.
2.3 Program yang dipilih hendaklah telah mencapai status akreditasi penuh.
Sekiranya program kerjasama melibatkan program daripada universiti luar
negara, program tersebut mestilah program yang telah mendapat Akreditasi /
Pengiktirafan daripada badan yang berautoriti di negara berkenaan.
2.4 Jumlah kredit minimum bagi program akademik kerjasama Dwi Ijazah
(Double Degree) peringkat sarjana muda adalah 174 kredit.
Walaubagaimanapun, jumlah kredit bergraduat bagi program akademik Dwi
Ijazah (Double Degree) peringkat sarjana muda akan berbeza dan akan
meningkat apabila ijazah Sarjana Muda 1 dan ijazah Sarjana Muda 2 dari
bidang yang berbeza.
Contoh:
Keperluan jam kredit Sarjana Muda Muamalat (Kepujian) (UiTM) dan Sarjana Muda
Kaunseling dengan Kepujian (UUM).
Bil Program Akademik Unit Kredit
1. Sarjana Muda Muamalat (Kepujian) (UiTM) 123 kredit
2. Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian (UUM) 182 kredit
3. Program Double Degree Sarjana Muda Muamalat (Kepujian) 216 kredit
(UiTM) dan Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian (UUM).
2.5 Jumlah kredit bergraduat adalah berbeza mengikut keperluan program
standard atau badan profesional masing-masing.
2.6 Tempoh minimum tahun pengajian adalah empat (4) tahun. Tempoh
pengajian adalah berbeza mengikut gabungan program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree).
2.7 Komposisi peratus pertindihan kursus dianggarkan akan berbeza mengikut
bidang program yang ditawarkan dalam program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree). Dalam menentukan kesamaan / pertindihan kursus –
kursus yang dikongsi dalam program Dwi Ijazah (Double Degree), konsep
pindah kredit secara horizontal digunakan.
2.8 Sekiranya program tersebut diambil di universiti yang sama, tiada had
pemindahan kredit dan tertakluk kepada syarat pindah kredit (rujuk 2.11).
Sekiranya program yang ingin diikuti di universiti yang berbeza, pemindahan
kredit tertakluk kepada syarat permastautin pelajar (residential year). Tempoh
permastautin (residential year) di universiti yang menganugerahkan
kelayakan mengikut peringkat Ijazah sarjana muda adalah selama 1 tahun
(minimum).
2.9 Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus ke
kursus (subject to subject mapping).
2
2.10 Kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) / kursus elektif boleh turut
dibuat pemetaan berdasarkan hasil pembelajaran kursus.
2.11 Syarat umum pindah kredit adalah seperti berikut: -
(i) Gred Lulus – gred minimum adalah Gred C;
(ii) Nilai kredit – sama dengan nilai kredit kursus bagi program yang
dipetakan
(iii) Kesetaraan kurikulum kursus adalah tidak kurang daripada 80%
(iv) Kursus yang terlibat mestilah daripada program yang telah mendapat
Akreditasi / Pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara
berkenaan.
*Nota: Bergantung kepada maklumat dan dasar semasa MQA dan universiti.
2.12 Rajah 1 dan Rajah 2 di bawah menggambarkan kerangka struktur yang boleh
dijadikan panduan umum untuk struktur Dwi Ijazah (Double Degree).
Rajah 1: Panduan Umum Kerangka Struktur Dwi Ijazah (Double Degree)
(Sumber: GGP Curriculum Design and Delivery, MQA, 2011)
Rajah 2: Panduan Umum Kredit Struktur Dwi Ijazah (Double Degree)
(Sumber: GGP Curriculum Design and Delivery, MQA, 2011)
3
2.13 Berikut adalah kaedah pemetaan umum yang boleh digunapakai di dalam
pembangunan kurikulum Dwi Ijazah (Double Degree).
2.13.1Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) / Matapelajaran wajib
universiti / Kursus Universiti:
Boleh dibuat pemetaan dan pindahan kredit secara terus lebih
kurang 20 kredit (Rujuk peraturan akademik terkini)
2.13.2Badan Pengetahuan (Body of Knowledge) (Kursus Teras):
Wajib diambil oleh pelajar program masing-masing dalam 75 - 80
kredit (bergantung kepada standard program / MPTN / badan
profesional)
2.13.3Elektif / Minor / Pengkhususan:
20 – 25 kredit atau 20-30 (bergantung kepada standard program /
MPTN / badan profesional)
2.13.4 Kursus elektif atau minor boleh dibuat pemetaan berdasarkan hasil
pembelajaran kursus sekiranya kursus mengukur domain hasil
pembelajaran yang sama.
2.13.5 Pemetaan kursus ke kursus (subject to subject mapping)
(kesetaraan tidak kurang 80%):
Sama ada satu kursus ke satu kursus.
2.13.6Pemetaan kursus ke kursus (subject to subject mapping) (kesetaraan
tidak kurang 80%);
Sama ada satu kursus ke dua atau lebih kursus.
2.14 Program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) perlu memastikan keperluan
minimum program standard kedua-dua program standard asal dipenuhi
semasa pembangunan kurikulum program akademik (Double Degree).
2.15 Pelaksanaan program Dwi Ijazah (Double Degree) perlu mendapat
kelulusan Jawatankuasa Induk Induk Kurikulum Universiti (JKIKU), Senat
dan perakuan (kelulusan) Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) sebelum
dilaksanakan dan ditawarkan kepada pelajar. Kertas kerja ke JKPT perlu
disertai dengan perkara berikut (*Tertakluk kepada perubahan): -
Justifikasi penawaran Dwi Ijazah (Double Degree)
Graduate Employability (GE) Induk
Forecasting GE bagi program Dwi Ijazah (Double Degree)
Lokasi pelaksanaan
Lokasi tambahan (jika ada)
Keperluan badan profesional perlu dinyatakan (jika ada)
Surat kelulusan asal program
Mekanisma pemilihan pelajar untuk pelajar (kohot baharu dan pelajar
yang ingin menukar program dari program asal).
4
2.16 Pembangunan kurikulum Dwi Ijazah (Double Degree) boleh dibuat secara
semakan kurikulum.
2.17 Berikut adalah carta alir tatacara yang melibatkan pembangunan kurikulum
Dwi Ijazah (Double Degree) melalui kaedah semakan kurikulum.
(i) Carta Alir Peringkat Kelulusan Semakan Kurikulum untuk Dwi Ijazah
(Double Degree) (Perubahan semakan kurang 30%) (Rajah 3).
(ii) Carta Alir Peringkat Kelulusan Semakan Kurikulum untuk Dwi Ijazah
(Double Degree) (Perubahan semakan lebih 30%) (Rajah 4).
(iii) Carta Alir Peringkat Kelulusan Lokasi Baharu atau Penambahan
Lokasi untuk Dwi Ijazah (Double Degree) (Rajah 5).
Peringkat Fakulti / Kampus Cawangan
JAF / JAN
Peringkat Universiti
Jawatankuasa Induk
Kurikulum Universiti (JKIKU)
Senat
Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi
Jawatankuasa Pendidikan
Tinggi (JKPT)
Rajah 3: Peringkat Kelulusan Semakan Kurikulum untuk Dwi Ijazah (Double Degree)
(Perubahan semakan kurang 30%)
5
Peringkat Fakulti / Kampus Cawangan
JAF / JAN
Peringkat Universiti
Jawatankuasa Induk
Kurikulum Universiti (JKIKU)
Senat
Internal Quality Assurance
(IQA)
Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi
Jawatankuasa Pendidikan
Tinggi (JKPT)
Rajah 4: Peringkat Kelulusan Semakan Kurikulum untuk Dwi Ijazah (Double Degree)
(Perubahan semakan lebih 30%)
6
Peringkat Fakulti / Kampus Cawangan
JAF / JAN
Peringkat Universiti
Majlis Mesyuarat Eksekutif
Universiti (MEU)
Senat
LPU
Internal Quality Assurance
(IQA)
Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi
Jawatankuasa Pendidikan
Tinggi (JKPT)
Rajah 5: Peringkat Kelulusan Lokasi Baharu atau Penambahan Lokasi
untuk Dwi Ijazah (Double Degree)
7
3.0 SYARAT KEMASUKAN
3.1 Pemilihan pelajar ke program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) adalah
tertakluk kepada syarat kemasukan asal kedua-dua program akademik Dwi
Ijazah (Double Degree).
3.2 Perlu disemak dan dipastikan bahawa syarat kemasukan kedua-dua program
tersebut dipenuhi oleh setiap pelajar. Jika salah satu syarat kemasukan
program lebih rendah dari program kedua, maka syarat kelayakan pelajar
yang dipilih perlu mengikut syarat kemasukan program yang lebih tinggi
syarat kemasukannya.
Contoh 1:
Kes Penawaran Satu Hala:
Program Sarjana Muda A memerlukan kredit Matematik Tambahan sebagai syarat
kemasukan, manakala Program Sarjana Muda B hanya lulus Matematik Tambahan.
Maka Program B perlu memastikan pelajar yang diambil mempunyai kredit Matematik
Tambahan.
Contoh 2:
Kes Penawaran Dua Hala:
Program Sarjana Muda A perlu menjalankan temuduga sebagai syarat kemasukan,
manakala Program Sarjana Muda B perlu mendapat kredit dalam Bahasa Arab. Maka
program Sarjana Muda B perlu memastikan temuduga sebagai syarat kelayakan
dijalankan sebelum penawaran program kedua Sarjana Muda A. Dan program
Sarjana Muda A pula perlu memastikan pelajar yang dipilih mempunyai kredit dalam
Bahasa Arab.
3.3 Pemilihan pelajar dibuat diperingkat awal berdasarkan syarat kemasukan
program melalui UPU atau melalui kaedah penerapan amalan semasa
(kaedah penukaran program akademik asal).
3.4 Pelajar Bumiputera sahaja yang boleh ditawarkan untuk program akademik
Dwi Ijazah (Double Degree) (mengikut Akta 173).
3.5 Sekiranya pemilihan pelajar dibuat melalui kaedah penerapan amalan
semasa (kaedah penukaran program akademik asal), penawaran program
Dwi Ijazah (Double Degree) boleh dibuat kepada pelajar yang mempunyai
rekod pencapaian akademik yang cemerlang mengikut ketetapan oleh fakulti
/ universiti masing - masing.
Contoh:
Penawaran program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) kepada pelajar (program
asal) yang memperolehi purata himpunan gred (CGPA) pada tahun 1 dengan CGPA
melebihi 3.00. Pelajar yang menerima tawaran tersebut akan melalui prosedur
penukaran program asal ke program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) mengikut
peraturan semasa fakulti / universiti asal.
3.6 Penawaran program Dwi Ijazah (Double Degree) boleh dilaksanakan secara
serentak (concurrent) ataupun berturutan (sequential) tertakluk kepada
pertimbangan fakulti / universiti dengan berpandukan kepada konsep
penawaran di bawah:
8
3.6.1 Secara Berturutan (Sequential)
Penawaran ini adalah bagi pelajar yang telah mengikuti sepenuhnya
program Sarjana Muda yang pertama dengan rekod akademik yang
cemerlang sahaja layak memohon untuk mengikuti program Sarjana
Muda yang kedua dan seterusnya mengikut ketetapan fakulti /
universiti yang terlibat. Permohonan perlu dibuat secara berasingan
dan persetujuan oleh fakulti atau universiti yang terlibat.
3.6.2 Secara Serentak (Concurrent)
Penawaran ini adalah bagi pelajar yang telah lengkap mengikuti
dalam tahun dua di program Sarjana Muda yang pertama dan rekod
akademik yang cemerlang boleh dipertimbangkan untuk mendaftar
dan mengikuti program Sarjana Muda yang kedua mengikut perjanjian
persefahaman yang jelas dan komprehensif oleh universiti yang
terlibat.
Namun begitu, untuk kedua-dua kes di atas, perlu ada perancangan
awal struktur kurikulum dan kursus-kursus yang boleh dipindah kredit.
Contoh:
Penawaran secara serentak (Concurrent) Sarjana Muda Muamalat
(Kepujian) (UiTM) dan Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian (UUM)
kepada pelajar semasa UiTM (program asal) dan pelajar semasa UUM
(program asal).
Pelajar UiTM Pelajar UUM
i) Pengajian di UiTM dari semester i) Pengajian di UUM dari semester
pertama (1) sehingga semester satu (1) sehingga semester lima
empat (4) dan (5),
ii) Pengajian di UUM dari semester ii)Pengajian di UiTM semester enam
lima (5) sehingga semester (6) sehingga semester sembilan
sepuluh (10). (9) dan
iii)Pengajian di industri pada
semester sepuluh (10)
(pendaftaran di UUM).
3.7 Sekiranya pemilihan pelajar dibuat melalui kaedah penerapan amalan
semasa (kaedah penukaran program akademik asal), cadangan surat
tawaran bersyarat boleh dikeluarkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar.
Surat tawaran bersyarat boleh dikeluarkan bersama klausa bersyarat untuk
menawarkan pelajar ke program akademik kedua.
Contoh:
Klausa bersyarat yang dimasukkan di dalam surat tawaran bersyarat:
“Pelajar boleh ditawarkan ke ijazah kedua sekiranya pelajar lulus syarat
kemasukan termasuk temuduga dan/atau mencapai CGPA cemerlang pada tahun
pertama pengajian mengikut syarat yang ditetapkan oleh universiti”.
9
Setelah pelajar lulus syarat yang digariskan di dalam klausa, surat makluman
(consent letter) untuk mengikuti ijazah kedua boleh dikeluarkan oleh
Universiti/ Universiti Hos.
Pernyataan seperti klausa di atas, yang membezakan surat tawaran
bersyarat bagi program Dwi Ijazah (Double Degree) untuk diberikan kepada
pelajar pada semester pertama pengajian beserta dengan surat makluman
(consent letter) (dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik) untuk
mengikuti pengajian kedua selepas syarat klausa tertentu dipenuhi.
3.8 Untuk pemilihan pelajar dibuat melalui kaedah penerapan amalan semasa
(kaedah penukaran program akademik asal) atau melalui kaedah
pengambilan UPU, pihak fakulti / universiti terlibat perlu menyediakan ‘Exit
Policy’ mengikut kesesuaian program sekiranya pelajar tidak mahu
meneruskan pengajian akademik Dwi Ijazah (Double Degree) dan ingin
kembali ke program asal.
3.9 Perkara berkaitan ‘Exit Policy’ adalah tertakluk kepada syarat yang telah
ditetapkan oleh universiti masing-masing dan diperincikan di dalam perjanjian
secara MoU atau MoA atau kedua-duanya sekali di antara universiti terlibat.
10
4.0 PENGANUGERAHAN IJAZAH
4.1 Pelajar yang telah berjaya melengkapkan jumlah kredit yang ditetapkan dan
memenuhi syarat tamat pengajian bagi kedua-dua program sarjana muda
akan dianugerahkan dengan dua skrol dari kedua-dua universiti.
4.2 Pelajar yang tamat pengajian program sarjana muda yang terlibat akan
menerima transkrip dan skrol dari Fakulti/Universiti Asal dan Fakulti/Universiti
Hos mengikut program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) yang diikuti.
4.3 Sekiranya prestasi pelajar semasa mengikuti program Dwi Ijazah (Double
Degree) tidak mencapai tahap keputusan akademik minimum yang
ditetapkan, maka pelajar boleh dianugerahkan dengan satu ijazah sahaja
mengikut syarat dan ketetapan program yang telah ditentukan oleh fakulti
atau universiti masing-masing.
11
5.0 KITARAN AKADEMIK PELAJAR
Secara amnya, kitaran akademik pelajar melibatkan proses-proses berikut: -
(i) Permohonan
(ii) Pendaftaran Pelajar
(iii) Pendaftaran Kursus
(iv) Proses Graduasi.
5.1 Kitaran Asas Akademik
5.1.1 Pelajar yang berminat untuk mengikuti program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree) perlu menjalani program pengajian di dua (2) atau
lebih fakulti/universiti yang terlibat.
5.1.2 Kitaran asas akademik adalah bermula dari proses permohonan
calon, pendaftaran di Fakulti/Universiti Asal, pendaftaran di
Fakulti/Universiti Hos dan proses graduasi seperti yang digambarkan
pada Rajah 6.
Proses Pendaftaran di
Permohonan Universiti Asal
Pendaftaran di Proses Graduasi
Universiti Hos
Rajah 6: Proses Kitaran akademik pelajar
5.1.3 Calon yang ditawarkan menjalani program Dwi Ijazah (Double
Degree) akan menjalani proses-proses (i) permohonan, (ii)
pendaftaran pelajar, (iii) pendaftaran akademik, (iv) menduduki
peperiksaan dan (v) proses graduasi seperti pelajar lain yang akan
diterangkan secara lebih terperinci seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 7.
12
5.2 Proses Permohonan Program
PROSES PERMOHONAN Pemohonan calon Calon ditawarkan
melalui UPU pada sesi
Calon menyemak senarai
program akademik yang ada pengambilan Sesi I
menawarkan program dwi sahaja
ijazah oleh universiti melalui
media/iklan
UNIVERSITI ASAL Pembayaran yuran Pendaftaran Calon menerima
pengajian pelajar baharu di surat tawaran
Pendaftaran
kursus mengikut kadar universiti asal
universiti asal
Menjalani kuliah Menduduki Mendapat slip PROSES GRADUASI
dan penilaian Peperiksaan Akhir keputusan
berterusan Menerima 2 skrol
dari universiti asal
UNIVERSITI HOS Menerima
tawaran dan hos
Menjalani proses meneruskan Pendaftaran
saringan (jika pengajian pelajar Menghadiri majlis
perlu) konvokesyen di
universiti asal dan
Menjalani kuliah Pendaftaran Permohonan Pembayaran yuran
dan penilaian kursus di universiti pemindahan kredit pengajian di hos
berterusan pada kursus yang universiti asal
asal dan hos Menerima 2
Menduduki mengikut kod telah lulus dari transkrip dari
Peperiksaan Akhir masing-masing universiti asal universiti asal dan
Mendapat slip Permohonan hos
keputusan pemindahan kredit
Tamat pengajian di
bagi kursus yang universiti asal dan
telah lulus ke
universiti asal hos
Rajah 7: Aliran proses kitaran akademik pelajar
5.2.1 Proses kitaran akademik bermula dari permohonan calon dari lepasan
STPM/Asasi/Matrikulasi/Setaraf pada setiap sesi pengambilan ke
universiti.
5.2.2 Calon boleh menyemak senarai program akademik yang ada
menawarkan program Dwi Ijazah (Double Degree) oleh universiti
melalui pengiklanan di media massa.
13
5.2.3 Calon perlu memohon program akademik yang diminati mengikut
syarat kelayakan sesuatu program melalui Bahagian Pengurusan
Kemasukan Pelajar (UPU), Kementerian Pendidikan Tinggi
sepertimana proses permohonan sedia ada.
5.2.4 Jika permohonan berjaya, calon akan menerima surat tawaran dari
Fakulti/Universiti Asal.
5.3 Pendaftaran di Fakulti/Universiti Asal
5.3.1 Calon yang berjaya dan menerima tawaran perlu mendaftar di
Fakulti/Universiti Asal mengikut tarikh dan tempoh yang telah
ditetapkan mengikut surat tawaran yang diterima.
5.3.2 Pembayaran yuran pengajian adalah mengikut kadar yang telah
ditetapkan oleh Fakulti/Universiti Asal pelajar.
5.3.3 Setelah pelajar mendaftar sebagai pelajar, pelajar perlu mendaftar
kursus mengikut pelan pengajian yang telah ditetapkan.
5.3.4 Pelajar perlu menjalani kuliah dan penilaian akademik di
Fakulti/Universiti Asal.
14
5.4 Pendaftaran di Fakulti/Universiti Hos
5.4.1 Pelajar perlu menjalani proses saringan yang dijalankan oleh
Fakulti/Universiti Hos mengikut syarat kelayakan, tarikh dan tempoh
yang akan ditetapkan.
5.4.2 Setelah proses saringan berjaya, maka pelajar layak untuk
meneruskan pengajian di Fakulti/Universiti Hos dengan mendaftar
sebagai pelajar di Fakulti/Universiti Hos.
5.4.3 Pembayaran yuran pada semester berikutnya adalah mengikut kadar
yang telah ditetapkan di Fakulti/Universiti Asal pelajar.
5.4.4 Pelajar boleh membuat permohonan pemindahan kredit pada kursus
yang telah lulus dari Fakulti/Universiti Asal pada semester
sebelumnya. Pemindahan kredit boleh dilaksanakan secara automatik
dengan persetujuan dan kelulusan bagi kedua-dua fakulti/universiti.
5.4.5 Pelajar perlu membuat pendaftaran kursus di Fakulti/Universiti Asal
dan Fakulti/Universiti Hos mengikut kod kursus dan pelan pengajian
masing-masing.
5.4.6 Pelajar menjalani kuliah dan penilaian akademik di Fakulti/Universiti
Hos.
5.4.7 Setelah mendapat keputusan peperiksaan pada satu-satu semester,
pelajar boleh membuat permohonan pemindahan kredit bagi kursus
sama/setara yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh kedua-dua
universiti.
5.5 Proses Graduasi
5.5.1 Pelajar menjalani pendaftaran kursus, pengkuliahan dan peperiksaan
sehingga semua kursus dalam pelan pengajian bagi kedua-dua
program di Fakulti/Universiti Asal dan Fakulti/Universiti Hos telah lulus
dan tamat.
5.5.2 Pelajar dianugerahkan ijazah sarjana muda dan layak menerima
transkrip dan skrol dari Fakulti/Universiti Asal dan Fakulti/Universiti
Hos masing-masing.
5.5.3 Pelajar menghadiri Majlis Konvokesyen di Universiti Asal dan
Universiti Hos.
15
6.0 PERATURAN AKADEMIK DAN EXIT POLICY
6.1 Pelajar adalah tertakluk kepada polisi dan peraturan akademik di Universiti
Asal sepanjang tempoh pengajian sehingga tamat pengajian.
6.2 Pelajar juga tertakluk kepada polisi dan peraturan akademik Universiti Hos
bermula dari pelajar mendaftar sebagai pelajar di Universiti Hos sehingga
tamat pengajian.
6.3 Pihak fakulti / universiti terlibat perlu menyediakan ‘Exit Policy’ mengikut
kesesuaian program sekiranya pelajar tidak mahu meneruskan program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree) dan ingin kembali ke program asal.
Perkara ini perlu diperjelaskan dengan terperinci di dalam perjanjian secara
MoU atau MoA atau kedua-duanya sekali di antara universiti yang terlibat
terlibat.
Contoh:
Pelajar UiTM yang mengikuti program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) Sarjana
Muda Muamalat (Kepujian) (UiTM) dan Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
(UUM).
Senario:
Pelajar berada di pengajian universiti asal (UiTM) dan pengajian di UiTM adalah dari
semester pertama (1) sehingga semester empat (4). Sekiranya ketika pelajar berada
di semester empat (4) dan pelajar tidak mahu menyambung pengajian ke program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree), maka pelajar perlu mengambil lagi tiga (3)
semester program asal untuk menamatkan pengajian dengan jayanya untuk
dianugerahkan Sarjana Muda Muamalat (Kepujian) (UiTM). Pelajar perlu mengikut
tatacara universiti asal berkenaan (tertakluk peraturan akademik universiti asal).
16
7.0 YURAN PENGAJIAN
7.1 Yuran pengajian pelajar adalah mengikut yang telah ditetapkan di
Fakulti/Universiti Asal pelajar.
7.2 Pembiayaan yuran pengajian adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
7.3 Pelajar perlu mambayar yuran pengajian mengikut tarikh dan tempoh yang
telah ditetapkan oleh Fakulti/Universiti Asal.
7.4 Pelajar adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak yang
memberi tajaan atau pihak pemberi pinjaman yuran pengajian sekiranya
ditawarkan ke program Dwi Ijazah (Double Degree).
7.5 Pelajar adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak yang
memberi tajaan atau pihak pemberi pinjaman yuran pengajian sekiranya
menarik diri atau dibatalkan dari mengikuti program Dwi Ijazah (Double
Degree).
7.6 Universiti Asal/Hos boleh memaklumkan kepada pihak yang memberi tajaan
atau pihak yang memberi pinjaman yuran pengajian (sekiranya perlu)
mengenai penawaran/pembatalan program ini kepada pelajar.
7.7 Pengesahan status pelajar dan bayaran mengikut keperluan penaja perlu
dibuat di universiti asal.
7.8 Pihak penaja hanya akan berhubung dengan pihak universiti asal bagi
perkara berkaitan penajaan pelajar.
7.9 Pihak Bendahari / Unit Kewangan universiti terlibat perlu memastikan
komunikasi berkesan berlaku di antara Bendahari / Unit Kewangan universiti
terlibat terutama perkara berkaitan tuntutan kewangan universiti yang
berkaitan.
7.10 Tatacara dan kadar kadar yuran pengajian yang berbentuk reciprocal boleh
berlaku iaitu pelajar akan membayar yuran pengajian di universiti masing-
masing sepanjang pengajian walaupun berlaku pertukaran universiti.
Walaubagaimanapun, perkara ini perlu diperhalusi dan diperjelaskan dengan
terperinci di dalam perjanjian secara MoU atau MoA atau kedua-duanya
sekali di antara universiti terlibat (jika berkaitan).
17
8.0 KEMUDAHAN PELAJAR
Pelajar boleh mendapat kemudahan (jika ada) yang disediakan semasa pelajar
berada di Universiti Asal atau Universiti Hos. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada
syarat yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing dan diperincikan di dalam
perjanjian secara MoU atau MoA atau kedua-duanya sekali di antara universiti
terlibat.
18
9.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH
(DOUBLE DEGREE)
9.1 Senarai Jawatankuasa Jawatankuasa Induk Program Akademik Dwi Ijazah
(Double Degree) peringkat Universiti.
Bil Ahli Jawatan
1. Naib Canselor UiTM Penasihat I
2. Naib Canselor Universiti Hos Penasihat II
3. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengerusi I
Antarabangsa) UiTM Pengerusi II
4. Timbalan Naib Canselor
Timbalan Pengerusi I
(Akademik dan Antarabangsa) Universiti Hos Timbalan Pengerusi II
5. Dekan / Rektor UiTM Setiausaha 1
6. Dekan, Universiti Hos
7. Pengarah Unit Hal Ehwal Kurikulum, Setiausaha 2
Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM AJK Tetap
8. Pengarah Unit Hal Ehwal Kurikulum,
AJK Tetap
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Hos AJK Tetap
9. Penolong Naib Canselor/Wakil, AJK Tetap
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu
10. Penolong Naib Canselor/Wakil, Ahli Turut Hadir
Institut Kualiti, Universiti Hos Ahli Turut Hadir
11. Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM Ahli Turut Hadir
12. Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar, Ahli Turut Hadir
Universiti Hos Ahli Turut Hadir
13. Ketua Kurikulum Akademik UiTM Ahli Turut Hadir
14. Ketua Kurikulum Akademik, Universiti Hos Ahli Turut Hadir
15. Ketua Pengurusan Akademik UiTM
16. Ketua Pengurusan Akademik, Universiti Hos Ahli Turut Hadir
17. Bendahari/Wakil UiTM
18. Bendahari/Wakil Universiti Hos
19. Penasihat Undang-Undang/Wakil,
Pejabat Penasihat Undang-Undang UiTM
20. Penasihat Undang-Undang/Wakil,
Pejabat Penasihat Undang - Undang Universiti
Hos
* Senarai dan maklumat ahli jawatankuasa boleh bertambah / berubah mengikut
kesesuaian / kehendak semasa.
19
9.2 Antara tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Induk Program Akademik
Dwi Ijazah (Double Degree) peringkat Universiti.
(i) Mengenalpasti potensi program sedia ada di fakulti, kampus cawangan
dan universiti hos untuk pembangunan dan pelaksanaan program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(ii) Membuat perancangan berkaitan pembangunan dan pelaksanaan
program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(iii) Menyertai perbincangan berkaitan perancangan, pembangunan dan
pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(iv) Memantau perkembangan pembangunan dan pelaksanaan program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(v) Menyertai perbincangan berkaitan isu dan cabaran berkaitan
pembangunan dan pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah (Double
Degree).
(vi) Menyedia dan melaporkan status perkembangan pembangunan dan
pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(vii)Lain-lain perkara yang berkaitan dengan program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree).
9.3 Senarai Jawatankuasa Penggerak Program Akademik Dwi Ijazah (Double
Degree) di peringkat Fakulti / Kampus Cawangan / Pusat Pengajian.
Bil Ahli Jawatan
1. Dekan / Rektor UiTM Pengerusi 1
2. Dekan, Universiti Hos Pengerusi 2
3. Timbalan Dekan Akademik / Timbalan Pengerusi 1
Timbalan Rektor Akademik UiTM Timbalan Pengerusi 2
4. Timbalan Dekan Akademik,
Setiausaha 1
Universiti Hos Setiausaha 2
5. Koordinator Program UiTM
6. Koordinator Program Universiti AJK
AJK
Hos
7. Pensyarah UiTM
8. Pensyarah Universiti Hos
* Senarai dan maklumat ahli jawatankuasa boleh bertambah / berubah
mengikut kesesuaian dan kehendak semasa.
9.4 Antara tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Penggerak Program
Akademik Dwi Ijazah (Double Degree) di peringkat Fakulti / Kampus
Cawangan / Pusat Pengajian
(i) Mengenalpasti potensi program sedia ada di fakulti, kampus
cawangan dan universiti hos untuk pembangunan dan pelaksanaan
program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(ii) Membuat perancangan berkaitan pembangunan dan pelaksanaan
program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(iii) Menyertai perbincangan berkaitan perancangan, pembangunan dan
pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
20
(iv) Menyedia kertas kerja dan maklumat berkaitan perancangan,
pembangunan dan pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree) mengikut keperluan universiti, MQA dan KPT.
(v) Memantau perkembangan pembangunan dan pelaksanaan program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(vi) Menyertai perbincangan berkaitan isu dan cabaran berkaitan
pembangunan dan pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree).
(vii) Menyedia dan melaporkan status perkembangan pembangunan dan
pelaksanaan program akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
(viii) Lain-lain perkara yang berkaitan dengan program akademik Dwi
Ijazah (Double Degree).
21
10.0 DOKUMEN RUJUKAN TAMBAHAN
Garis panduan ini dirujuk bersekali dengan dokumen-dokumen rujukan berikut:
1. Advisory Note No. 1/2017, Terminology Standard bagi Program Joint Degree
(JD) dan Double Degree (DD), MQA.
2. Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA.
3. Guidelines to Good Practices: Curriculum Design and Delivery (GGP: CDD),
MQA, 2011.
4. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk MQA-SPIPTS Bil. 1/2009 bertarikh
11 Mei 2009.
5. Keputusan Mesyuarat MQA Bil. 4/2009 bertarikh 22 Mei 2009.
6. Keputusan Minit Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan
Kualiti KPM-MQA Bil. 1/2011, surat JPT: JPT (A) 1000/001/013/05 (17) bertarikh
27 Mac 2012.
7. Memo Dalaman: MQA (S) 01 Jld 9 (85) bertarikh 14 Mei 2012.
8. Keputusan Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti
KPM-MQA Bil. 2/2013.
9. Makluman KPT melalui surat JPT (A) 1000/001/012/23 (35) bertarikh 25 April
2016 mengenai Dasar Pindah Kredit berkenaan keputusan Mesyuarat Kajian
Semula Dasar – Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti KPT – MQA Bil. 1/2016
bertarikh 11-12 Mac 2016.
10. Keputusan Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti
KPM-MQA Bil. 1/2011 dan Bil. 3/2013.
11. Pindah Kredit kepada Pelajar Yang Telah Memiliki Kelayakan dan Ingin
Melanjutkan Pengajian Untuk Kali Kedua Pada Peringkat Yang Sama, Surat
JPT GS1000-617 Jld.1 (44) bertarikh 23 Mei 2016.
12. Program-program Standard, Agensi Kelayakan Malaysia.
13. Guidelines to Good Practices, Agensi Kelayakan Malaysia.
14. Kompilasi Dasar Tahun 2009-2013 (2014). Bahagian Dasar dan Penyelidikan,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
15. Kompilasi Dasar Tahun 2015-2016. Bahagian Dasar dan Perancangan
Strategik, Agensi Kelayakan Malaysia.
16. Dasar-dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan
Malaysia.
17. Garis Panduan Permohonan Program Akademik Edisi Kedua (2015). Jabatan
Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
18. Advisory Note No. 7/2016: Panduan Pendidikan Fleksibel Dalam Penawaran
Program, MQA.
19. Lain-lain dokumen berkaitan daripada UiTM, KPT dan Agensi Kelayakan
Malaysia.
22
LAMPIRAN
– TEMPLATE KERTAS KERJA JKIKU
– TEMPLATE KERTAS KERJA JKPT
23
*TEMPLATE KERTAS KERJA JKIKU*
KERTAS CADANGAN PERMOHONAN KELULUSAN PENAWARAN PROGRAM
AKADEMIK DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE) (NAMA PROGRAM AKADEMIK
PERTAMA) (NAMA UNIVERSITI / FAKULTI PROGRAM AKADEMIK PERTAMA)
DAN (NAMA PROGRAM AKADEMIK KEDUA) (NAMA UNIVERSITI / FAKULTI
PROGRAM AKADEMIK KEDUA) UNTUK PERTIMBANGAN
JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.
___________________________________________________________________
1.0 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Nyatakan nama institusi pengajian tinggi / fakulti yang terlibat
2.0 TUJUAN
Nyatakan tujuan kertas kerja.
Contoh:
Permohonan kelulusan untuk penawaran program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree) iaitu Sarjana Muda Muamalat (Kepujian) daripada Universiti
Teknologi MARA dan Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian daripada
Universiti Utara Malaysia.
3.0 NAMA PROGRAM AKADEMIK
Nyatakan nama program akademik yang terlibat mengikut universiti / fakulti.
Contoh:
i. Nama Program Akademik Pertama:
Sarjana Muda Muamalat (Kepujian)
Nama Universiti Program Akademik Pertama:
Universiti Teknologi MARA
ii. Nama Program Akademik Kedua:
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Nama Universiti Program Akademik Kedua:
Universiti Utara Malaysia
Lampiran 1: Surat Asal Kelulusan Penawaran Program (Induk)
4.0 MAKLUMAT LOKASI PELAKSANAAN
Nyatakan dengan jelas maklumat lokasi pelaksanaan.
Contoh:
i. Nama Program Akademik Pertama:
Sarjana Muda Muamalat (Kepujian)
Nama Universiti Program Akademik Pertama:
Universiti Teknologi MARA
Lokasi:
Shah Alam, Selangor
ii. Nama Program Akademik Kedua:
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Nama Universiti Program Akademik Kedua:
Universiti Utara Malaysia
Lokasi:
- Sintok, Kedah
*Nota: Perubahan atau penambahan lokasi perlu dinyatakan dengan jelas.
5.0 PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN
i. Nyatakan dengan jelas Peringkat Pengajian
Contoh:
Peringkat Pengajian: Sarjana Muda
ii. Nyatakan dengan jelas Mod Pengajian
Contoh:
Mod Pengajian: Sepenuh Masa
6.0 KEPERLUAN BADAN PROFESIONAL
Nyatakan sama ada program perlu diiktiraf oleh mana-mana Badan
Profesional.
Contoh:
i. Nama Program Akademik Pertama:
Sarjana Muda Muamalat (Kepujian)
Nama Universiti Program Akademik Pertama:
Universiti Teknologi MARA
Keperluan Badan Profesional:
Tiada keperluan badan profesional
ii. Nama Program Akademik Kedua:
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Nama Universiti Program Akademik Kedua:
Universiti Utara Malaysia
Keperluan Badan Profesional:
Lembaga Kaunselor Malaysia
7.0 SESI PROGRAM DIMULAKAN
i. Nyatakan semester dan sesi program asal diluluskan.
ii. Nyatakan cadangan semester dan sesi program akademik Dwi Ijazah
akan dimulakan.
8.0 JANGKAMASA PENGAJIAN, SESI PENGAJIAN, TEMPOH PENGAJIAN,
KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN, MOD PENYAMPAIAN &
JUMLAH JAM KREDIT BERGRADUAT
i. Nyatakan jangkamasa pengajian dalam semester dan tahun.
ii. Nyatakan sesi pengajian:
Contoh:
Sesi Pengajian: 1 sesi / semester setahun; 2 sesi / semester
setahun; 3 sesi / semester setahun
iii. Nyatakan tempoh pengajian (minimum & maksimum) (sediakan jadual
tersebut untuk memaparkan maklumat sebelum dan selepas
perubahan)
iv. Nyatakan kaedah pembelajaran dan pengajaran sama ada kuliah,
amali, studio, tutorial, Blended Learning dan lain-lain.
v. Nyatakan mod penyampaian.
Contoh:
Mod penyampaian:
Konvensional (tradisional, online dan blended learning) ATAU
Open and Distance Learning
vi. Jumlah jam kredit bergraduat (sediakan jadual tersebut untuk
memaparkan maklumat sebelum dan selepas perubahan).
9.0 JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH
(DOUBLE DEGREE)
Nyatakan dengan jelas justifikasi mengadakan program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree).
10.0 ANALISIS KEPERLUAN
Nyatakan analisis keperluan berdasarkan keperluan guna tenaga negara.
11.0 AKREDITASI PROGRAM AKADEMIK
Adakah program akademik (induk) Dwi Ijazah (Double Degree) telah
mendapat akreditasi daripada MQA / Badan Profesional?
Nyatakan dengan jelas bersama penerangan.
Lampiran 2: Surat Berkaitan Akreditasi & Lampiran MQR.
12.0 STRUKTUR KURIKULUM
Nyatakan dengan jelas struktur kurikulum sebelum dan cadangan serta
perbandingan dengan struktur MPTN / Standard Program / Badan
Profesional (sediakan perbandingan dalam bentuk jadual).
13.0 PELAN PENGAJIAN
Nyatakan pelan pengajian mengikut semester.
Lampiran 3: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Pertama)
Lampiran 4: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Kedua)
14.0 UNJURAN PELAJAR
Unjuran pelajar untuk lima tahun akan datang.
15.0 KELAYAKAN KEMASUKAN
Nyatakan kelayakan kemasukan.
*Nota: Sekiranya berlaku perubahan syarat kemasukan, perlu dilampirkan
salinan kelulusan senat untuk perubahan syarat kemasukan tersebut.
16.0 GRADUATE EMPLOYABILITY (GE) BAGI PROGRAM (INDUK)
Sediakan data dan analisa graduate employability (GE) bagi program (induk).
17.0 FORECAST GE BAGI PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH (DOUBLE
DEGREE)
Sediakan data forecast graduate employability (GE) bagi program akademik
Dwi Ijazah (Double Degree).
18.0 MEKANISMA PEMILIHAN PELAJAR
Nyatakan dengan jelas mekanisma pemilihan pelajar untuk ke program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
Contoh (Jika berkaitan):
Mekanisma pemilihan pelajar:
i. Pelajar daripada kohot baharu (dari awal)
Calon akan ditawarkan ke program akademik Dwi Ijazah (Double
Degree) melalui pengambilan UPU sekiranya memenuhi syarat
kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.
ii. Pelajar tukar program (convert) dari program asal.
Pelajar daripada program (induk) akan ditawarkan ke program Dwi
Ijazah (Double Degree) sebelum memasuki semester kedua sekiranya
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti. Pelajar yang
mendapat tawaran tersebut perlu membuat permohonan untuk
pertukaran program (induk) ke program Dwi Ijazah (Double Degree)
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh universiti.
*Nota: Penerangan jelas perlu diberikan untuk menerangkan bagaimana permilihan
pelajar ke program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) dibuat.
19.0 MOU / MOA
Nyatakan maklumat sekiranya sebarang MoU / MoA telah ditandatangani oleh
Universiti terlibat.
Lampiran 5: MoU / MoA
20.0 TARIKH PERMOHONAN DILULUSKAN
Tarikh Kelulusan JAF / JAN: __________
Lampiran 6: Minit Mesyuarat Kelulusan JAF / JAN
Tarikh Kelulusan MEU: _____________
Lampiran 7: Minit Mesyuarat Kelulusan MEU untuk Perubahan / Penambahan
Lokasi (Jika berkaitan)
Tarikh Kelulusan Senat: _____________
Lampiran 8: Minit Mesyuarat Kelulusan Senat untuk Perubahan / Penambahan
Lokasi (Jika berkaitan)
21.0 CADANGAN / PENUTUP
Dengan ini adalah disyorkan agar mendapat pertimbangan dan kelulusan mesyuarat
Jawatankuasa Induk Kurikulum Universiti (JKIKU) berkenaan cadangan penawaran
program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) iaitu (Nama Program Akademik
Pertama) (Nama Universiti / Fakulti Program Akademik Pertama) dan (Nama
Program Akademik Kedua) (Nama Universiti / Fakulti Program Akademik Kedua).
*Nota: Sebarang perubahan maklumat kepada program induk (asal) perlu
dinyatakan dengan jelas di dalam kertas kerja (Sila sediakan jadual perbandingan
maklumat sebelum perubahan dan cadangan perubahan yang dibuat bagi mudahkan
perbandingan maklumat) (Jika berkaitan).
LAMPIRAN
Lampiran 1: Surat Asal Kelulusan Penawaran Program (Induk)
Lampiran 2: Surat Berkaitan Akreditasi & Lampiran MQR
Lampiran 3: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Pertama)
Lampiran 4: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Kedua)
Lampiran 5: MoU / MoA
Lampiran 6: Minit Mesyuarat Kelulusan JAF / JAN
Lampiran 7: Minit Mesyuarat Kelulusan MEU untuk Perubahan
/ Penambahan Lokasi (Jika berkaitan)
Lampiran 8: Minit Mesyuarat Kelulusan Senat untuk Perubahan
/ Penambahan Lokasi (Jika berkaitan)
*TEMPLATE KERTAS KERJA JKPT*
KERTAS CADANGAN PERMOHONAN PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK
DWI IJAZAH (DOUBLE DEGREE) (NAMA PROGRAM AKADEMIK PERTAMA)
(NAMA UNIVERSITI / FAKULTI PROGRAM AKADEMIK PERTAMA) DAN (NAMA
PROGRAM AKADEMIK KEDUA) (NAMA UNIVERSITI / FAKULTI PROGRAM
AKADEMIK KEDUA) UNTUK PERAKUAN
MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN TINGGI (JKPT),
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
___________________________________________________________________
1.0 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Nyatakan nama institusi pengajian tinggi / fakulti yang terlibat
2.0 TUJUAN
Nyatakan tujuan kertas kerja.
Contoh:
Permohonan kelulusan untuk penawaran program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree) iaitu Sarjana Muda Muamalat (Kepujian) daripada Universiti
Teknologi MARA dan Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian daripada
Universiti Utara Malaysia.
3.0 NAMA PROGRAM AKADEMIK
Nyatakan nama program akademik yang terlibat mengikut universiti / fakulti.
Contoh:
i. Nama Program Akademik Pertama:
Sarjana Muda Muamalat (Kepujian)
Nama Universiti Program Akademik Pertama:
Universiti Teknologi MARA
ii. Nama Program Akademik Kedua:
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Nama Universiti Program Akademik Kedua:
Universiti Utara Malaysia
Lampiran 1: Surat Asal Kelulusan Penawaran Program (Induk)
4.0 MAKLUMAT LOKASI PELAKSANAAN
Nyatakan dengan jelas maklumat lokasi pelaksanaan.
Contoh:
i. Nama Program Akademik Pertama:
Sarjana Muda Muamalat (Kepujian)
Nama Universiti Program Akademik Pertama:
Universiti Teknologi MARA
Lokasi:
Shah Alam, Selangor
ii. Nama Program Akademik Kedua:
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Nama Universiti Program Akademik Kedua:
Universiti Utara Malaysia
Lokasi:
- Sintok, Kedah
*Nota: Perubahan atau penambahan lokasi perlu dinyatakan dengan jelas.
5.0 PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN
i. Nyatakan dengan jelas Peringkat Pengajian
Contoh:
Peringkat Pengajian: Sarjana Muda
ii. Nyatakan dengan jelas Mod Pengajian
Contoh:
Mod Pengajian: Sepenuh Masa
6.0 KEPERLUAN BADAN PROFESIONAL
Nyatakan sama ada program perlu diiktiraf oleh mana-mana Badan
Profesional.
Contoh:
i. Nama Program Akademik Pertama:
Sarjana Muda Muamalat (Kepujian)
Nama Universiti Program Akademik Pertama:
Universiti Teknologi MARA
Keperluan Badan Profesional:
Tiada keperluan badan profesional
ii. Nama Program Akademik Kedua:
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Nama Universiti Program Akademik Kedua:
Universiti Utara Malaysia
Keperluan Badan Profesional:
Lembaga Kaunselor Malaysia
7.0 SESI PROGRAM DIMULAKAN
i. Nyatakan semester dan sesi program asal diluluskan.
ii. Nyatakan cadangan semester dan sesi program akademik Dwi Ijazah
akan dimulakan.
8.0 JANGKAMASA PENGAJIAN, SESI PENGAJIAN, TEMPOH PENGAJIAN,
KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN, MOD PENYAMPAIAN &
JUMLAH JAM KREDIT BERGRADUAT
i. Nyatakan jangkamasa pengajian dalam semester dan tahun.
ii. Nyatakan sesi pengajian:
Contoh:
Sesi Pengajian: 1 sesi / semester setahun; 2 sesi / semester
setahun; 3 sesi / semester setahun
iii. Nyatakan tempoh pengajian (minimum & maksimum) (sediakan jadual
tersebut untuk memaparkan maklumat sebelum dan selepas
perubahan)
iv. Nyatakan kaedah pembelajaran dan pengajaran sama ada kuliah,
amali, studio, tutorial, Blended Learning dan lain-lain.
v. Nyatakan mod penyampaian.
Contoh:
Mod penyampaian:
Konvensional (tradisional, online dan blended learning) ATAU
Open and Distance Learning
vi. Jumlah jam kredit bergraduat (sediakan jadual tersebut untuk
memaparkan maklumat sebelum dan selepas perubahan).
9.0 JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH
(DOUBLE DEGREE)
Nyatakan dengan jelas justifikasi mengadakan program akademik Dwi Ijazah
(Double Degree).
10.0 ANALISIS KEPERLUAN
Nyatakan analisis keperluan berdasarkan keperluan guna tenaga negara.
11.0 AKREDITASI PROGRAM AKADEMIK
Adakah program akademik (induk) Dwi Ijazah (Double Degree) telah
mendapat akreditasi daripada MQA / Badan Profesional?
Nyatakan dengan jelas bersama penerangan.
Lampiran 2: Surat Berkaitan Akreditasi & Lampiran MQR.
12.0 STRUKTUR KURIKULUM
Nyatakan dengan jelas struktur kurikulum sebelum dan cadangan serta
perbandingan dengan struktur MPTN / Standard Program / Badan
Profesional (sediakan perbandingan dalam bentuk jadual).
13.0 PELAN PENGAJIAN
Nyatakan pelan pengajian mengikut semester.
Lampiran 3: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Pertama)
Lampiran 4: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Kedua)
14.0 UNJURAN PELAJAR
Unjuran pelajar untuk lima tahun akan datang.
15.0 KELAYAKAN KEMASUKAN
Nyatakan kelayakan kemasukan.
*Nota: Sekiranya berlaku perubahan syarat kemasukan, perlu dilampirkan
salinan kelulusan senat untuk perubahan syarat kemasukan tersebut.
16.0 GRADUATE EMPLOYABILITY (GE) BAGI PROGRAM (INDUK)
Sediakan data dan analisa graduate employability (GE) bagi program (induk).
17.0 FORECAST GE BAGI PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH (DOUBLE
DEGREE)
Sediakan data forecast graduate employability (GE) bagi program akademik Dwi
Ijazah (Double Degree).
18.0 MEKANISMA PEMILIHAN PELAJAR
Nyatakan dengan jelas mekanisma pemilihan pelajar untuk ke program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree).
Contoh (Jika berkaitan):
Mekanisma pemilihan pelajar:
i. Pelajar daripada kohot baharu (dari awal)
Calon akan ditawarkan ke program akademik Dwi Ijazah (Double
Degree) melalui pengambilan UPU sekiranya memenuhi syarat
kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.
ii. Pelajar tukar program (convert) dari program asal.
Pelajar daripada program (induk) akan ditawarkan ke program Dwi
Ijazah (Double Degree) sebelum memasuki semester kedua sekiranya
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti. Pelajar yang
mendapat tawaran tersebut perlu membuat permohonan untuk
pertukaran program (induk) ke program Dwi Ijazah (Double Degree)
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh universiti.
*Nota: Penerangan jelas perlu diberikan untuk menerangkan bagaimana permilihan
pelajar ke program akademik Dwi Ijazah (Double Degree) dibuat.
19.0 MOU / MOA
Nyatakan maklumat sekiranya sebarang MoU / MoA telah ditandatangani oleh
Universiti terlibat.
Lampiran 5: MoU / MoA
20.0 TARIKH PERMOHONAN DILULUSKAN
Tarikh Kelulusan JAF / JAN: __________
Lampiran 6: Minit Mesyuarat Kelulusan JAF / JAN
Tarikh Kelulusan MEU: _____________
Lampiran 7: Minit Mesyuarat Kelulusan MEU untuk Perubahan / Penambahan
Lokasi (Jika berkaitan)
Tarikh Kelulusan Senat: _____________
Lampiran 8: Minit Mesyuarat Kelulusan Senat untuk Perubahan / Penambahan
Lokasi (Jika berkaitan)
Tarikh Kelulusan Senat: _____________
Lampiran 9: Minit Mesyuarat Kelulusan Senat untuk Cadangan Penawaran Program
Akademik Dwi Ijazah (Double Degree)
21.0 CADANGAN / PENUTUP
Dengan ini adalah disyorkan agar mendapat pertimbangan dan perakuan Mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) berkenaan cadangan penawaran program
akademik Dwi Ijazah (Double Degree) iaitu (Nama Program Akademik Pertama)
(Nama Universiti / Fakulti Program Akademik Pertama) dan (Nama Program
Akademik Kedua) (Nama Universiti / Fakulti Program Akademik Kedua).
*Nota: Sebarang perubahan maklumat kepada program induk (asal) perlu
dinyatakan dengan jelas di dalam kertas kerja (Sila sediakan jadual perbandingan
maklumat sebelum perubahan dan cadangan perubahan yang dibuat bagi mudahkan
perbandingan maklumat) (Jika berkaitan).
LAMPIRAN
Lampiran 1: Surat Asal Kelulusan Penawaran Program (Induk)
Lampiran 2: Surat Berkaitan Akreditasi & Lampiran MQR
Lampiran 3: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Pertama)
Lampiran 4: Pelan Pengajian Mengikut Semester
(Melibatkan Pelajar daripada Program Akademik Kedua)
Lampiran 5: MoU / MoA
Lampiran 6: Minit Mesyuarat Kelulusan JAF / JAN
Lampiran 7: Minit Mesyuarat Kelulusan MEU untuk Perubahan
/ Penambahan Lokasi (Jika berkaitan)
Lampiran 8: Minit Mesyuarat Kelulusan Senat untuk Perubahan
/ Penambahan Lokasi (Jika berkaitan)
Lampiran 9: Minit Mesyuarat Kelulusan Senat untuk Cadangan Penawaran
Program Akademik Dwi Ijazah (Double Degree)
Penyusun
Sharipah Ruzaina Syed Aris
Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa
Suriyani Ariffin
Jurina Jaafar
Wan Aida Wan Yahaya
Syamsul Nor Azlan Mohamad
Noraini Seman
Unit Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA
2018