The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzaitulathirah1, 2021-12-25 09:34:37

LAPORAN BONSUR KEMPEN MENJAUHI RASUAH

LAPORAN BONSUR KEMPEN MENJAUHI RASUAH

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

MPU 21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : LAPORAN BRONSUR KEMPEN MENJAUHI RASUAH

SESI 1 2021/2022

BIL NAMA NO.PENDAFTARAN PROGRAM
DPE5A
1. A MOHD RAMLY BIN NASIR 05DPE19F1101

2. NUR ZAITUL ATHIRAH 05DPE19F1082 DPE5A
BINTI NIDZA 05DPE19F1054 DPE5A
DPE5A
3. JOSPIN THEN AI NA

4. EVANA TASHA BINTI 05DPE19F1024
EDWARD

NAMA : PUAN FARIDAH BINTI HUSAIN
KELAS : DPE5A

1

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA
SURAT
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN KAJIAN 3
4-5
1.1) Definisi Rasuah
6
1.2) Agensi yang terlibat dalam membanteras rasuah
2.0 OBJEKTIF 7 - 10

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 11-12
3.1) Faktor- faktor Mempengaruhi Gejala Rasuah Berlaku 12
di Malaysia.
12 - 18
3.2) Kesan-kesan Mengamalkan Gejala Rasuah Terhadap
Individu , Masyarakat dan Negara.

3.3) Usaha - usaha Membendung Gejala Rasuah Dalam
Kalanagan Masyarakat.

4.0 GAMBAR BROSUR

5.0 METHODOLOGI KAJIAN

6.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN
6.1) Analisis Maklumat Responden

6.2) Analisis Tahap Kefahaman Responden

7.0 KESIMPULAN 18
8.0 SUMBER RUJUKAN 19

2

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim ,
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi
kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Puan Faridah Bt Husain ,selaku Pensyarah Penghayatan
Etika dan peradaban kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada
saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya Puan Faridah Bt Husain atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka
semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih

3

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

1.0) PENGENALAN KAJIAN
1.1 Definisi rasuah

Secara keseluruhannya, rasuah merupakan suatu penerimaan atau pemberian
sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Rasuah adalah
bertujuan untuk melakukan perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang-
undang atau berkaitan dengan tugas. Menurut Syed Husain Al Attas (1980), amalan
rasuah telah wujud sejak masyarakat tradisional lagi.Masyarakat tradisional dahulu
telah mengamalkan budaya memberi hadiah kepada seseorang demi memenuhi hajat
dengan cepat. Dalam erti kata yang lain, rasuah merupakan kesalahan yang telah
lama dilakukan dalam sejarah tamadun manusia dan akan sentiasa wujud sepanjang
lipatan sejarah manusia. Ahli sejarah mendapati amalan rasuah ini berlaku serentak
dengan kewujudan dalam sistem pemerintahan dan politik.

Rasuah terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah,
diskaun.Sebagai contoh, seorang pengusaha gerai menawarkan makanan secara
percuma selama sebulan kepada seorang pelanggannya agar tidak membuat aduan
kepada pihak berkuasa mengenai kebersihan gerainya. Justeru itu, walaupun isu
rasuah ini telah dibahaskan diperingkat global dan domestik. Persoalannya, adakah
rasuah dapat dihapuskan? Oleh itu, kajian Kempen Jauhi Rasuah ini telah dilakukan
bagi mengkaji isu-isu rasuah dan cara penyelesaiannya.

4

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

1.2 Agensi yang terlibat dalam membanteras rasuah
Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan agensi atau badan
kerajaan bertanggungjawab dalam membanteras, menyiasat dan menyelesaikan isu
rasuah di Malaysia. Peranan- perananan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
adalah seperti:
i.Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah
Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu.
ii.Mengesan dan menyiasat apa-apa kesalahan berkaitan rasuah di bawah Akta SPRM
2009
iii.Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan mendapatkan dan memelihara
sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.
Terdapat 4 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009(Akta SPRM 2009)(Akta 64):
1.Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
2.Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
3.Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
4.Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23
Akta SPRM 2009]

5

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
2.0) OBJEKTIF
Kempen ini bertujuan menilai sejauhmana keprihatinan dan kesedaran masyarakat
mengenai isu yang berkaitan dengan Kempen Jauhi Rasuah dalam masyarakat kita
Malaysia masa kini.
Justeru, objektif kempen ini adalah untuk :

2.1 Untuk mengenal pasti tahap kesedaran masyarakat terhadap jenayah
rasuah yang mencemarkan identiti negara.

2.2 Untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat mengenai masyarakat
mengenai jenayah rasuah terutamanya kehidupan seharian.

2.3 Untuk mengenal pasti keyakinan masyarakat setempat terhadap usaha-
usaha Pencegahan Rasuah di Malaysia

6

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

3.0) LATAR BELAKANG KAJIAN

3.1 Faktor- faktor Mempengaruhi Gejala Rasuah Berlaku di Malaysia.
Rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya

bermaksud wang yang diberikan kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu
perkara atau untuk mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat tetapi salah di sisi
undang-undang negara. Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat
kita pada hari ini dan menjadi buah mulut media massa. Media massa selalu
menyiarkan pelbagai kes rasuah yang melibatkan pegawai berprofil tinggi sebagai
bukti isu ini semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut
Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia berada pada
tangga ke 50 daripada 175 buah negara pada tahun 2014. Senario ini amat
menggemparkan kerana gejala rasuah akan mencemarkan nama baik negara kita.
Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi gejala rasuah berlaku di negara kita?

Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kurangnya didikan agama dan moral.
Semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan dan
melarang kemudaratan. Didikan agama dan moral merupakan pedoman dan panduan
kita semasa menempuh belantara kehidupan. Namun demikian, seseorang yang tidak
mempunyai iman yang kuat mudah terpengaruh dengan dunia hedonistik yang
mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka akan leka mengejar kekayaan
dan mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah untuk
memenuhi fatamorgana diri sendiri. Individu sebegini sudah kehilangan prinsip asas
dan ibarat kapal tanpa nakhoda. Jelaslah bahawa anutan agama dan moral yang
kurang mantap akan menyebabkan seseorang melibatkan diri dalam gejala rasuah.

Selain itu, faktor yang kedua ialah masalah ketelusan sistem pentadbiran
kerajaan kita.Hal ini menyebabkan masyarakat menganggap masalah rasuah ini
bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutamanya
aspek pemberian tender, kontrak dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja
awam mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk mengaut keuntungan
dengan memberikan rasuah. Lagipun, ketiadaan sistem permantauan berkesan yang
bak melepaskan batuk di tangga menyebabkan ramai pekerja awam yang terangsang
untuk melakukan jenayah ini. Maka, wabak sosial ini telah menular dalam masyarakat
kita sehingga dianggap sebagai asam garam kehidupan dan merupakan kebiasaan di

7

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

negara kita. Persepsi demikian menyebabkan jumlah kes rasuah melambung tinggi
dan menjadi duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita.

Akhir sekali , penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem
perundangan negara kita turut menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam
negara kita. Hal ini menyebabkan tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman
ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil
oleh mereka telah menimbulkan pandangan negatif terhadap keupayaan sistem
kehakiman negara kita untuk menangani isu ini. Hukuman ringan ini dikatakan
menjadi motivasi kepada pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah
kerana sedar bahawa mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diambil
setelah keluar dari penjara. Terdapat juga anggapan rakyat bahawa masih ada pihak
tertentu yang mengambil rasuah tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan. Hal ini telah
mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk
menangani isu ini. Sesungguhnya, kekurangan ketegasan sistem kehakiman kita
dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah merupakan
antara penyumbang utama kepada kejadian jenayah rasuah di negara kita.

3.2 Kesan-kesan Mengamalkan Gejala Rasuah Terhadap Individu , Masyarakat
dan Negara.

A) Individu - Maruah terjejas
Amalan rasuah ini sebenarnya hanya akan meruntuhkan akhlak dan peribadi mulia
seseorang insan dan keluarga serta imej seseorang akan dipandang rendah oleh orang
lain.Hal ini kerana individu yang terlibat dalam gejala rasuah ini akan dikenakan
tindakan undang-undang melalui Akta Pencegahan Rasuah 1997. Contohnya,
mengikut akta tesebut, pelaku rasuah itu akan didakwa dan terbukti kesalahannya
sama ada boleh dipenjara atau didenda. Oleh itu,pelaku itu akan kehilangan pekerjaan
dan diisytiharkan muflis serta kehilangan kepercayaan masyarakat.
B) Masyarakat - Menjauhkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan
kaya
Hal ini menyebabkan golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan yang
banyak akan mempengaruhi pelbagai keputusan yang dibuat oleh pengawai kerajaan
lalu membolehkan gologan tersebut memperoleh lebih banyak peluang yang
ditawarkan oleh kerajaan walaupun kadangkala meeka tidak berhak

8

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

mendapatkanya.Selain itu juga gejala rasuah terhadap mereka merupakan jambatan
untuk mengaut lebih banyak keistimewaan dan menambahkan kekayaan. Oleh itu,
keadaan ini menimbulkan ketidakadilan sosial dan dan akhirna akan menjejaskan
integrasi nasional.

C) Negara - Eknomi negara terjejas.
Gejala rasuah ini boleh mengakibatkan pelabur -pelabur luar tidak berminat untuk
melabur di negara yang terlibat dengan masalah tersebut lagi-lagi negaa yang
membangun sepeti negara Malaysia. Akibatnya, peluang pelaburan akan terlepas ke
negara lain dan secara tidak langsung akan membantutkan perkembangan ekonomi
negara.Selain itu, rasuah ini turut menyebabkan pergaliran wang keluar negara.

3.3 Usaha - usaha Membendung Gejala Rasuah Dalam Kalanagan Masyarakat.
Usaha dan tindakan awal semestinya ialah kerajaan membuktikan kesungguhan

mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum
pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan
bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak
dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat akan
keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau
menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak
mengambil rasuah pada peringkat awalnya.

Di samping itu, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat
tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima
hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha
kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi
satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan
media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk
memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau
aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau
menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Selain itu,
siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiat lagi agar masyarakat
sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung
untuk keselamatan negara.

Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah haruslah
diterap sejak di bangku sekolah lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari

9

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
rebungnya. Generasi sekarang haruslah dididik agar memjauhi gejala rasuah ini dan
didedahkan dengan kesan buruk yang akan berlaku . Pendedahan awal tentang gejala
rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Konklusinya, semua usaha mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan
dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigma masyarakat
terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga
ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara
kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan.
Konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah
terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi
sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri
daripada berbelanja melebihi pendapatan. Sehubungan itu, dalam memerangi gejala
ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan.

10

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
4.0) GAMBAR BROSUR

11

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

https://www.canva.com/design/DAEyVogmV7M/v59yZg6ZsO0GiaJxDyXUmQ/vie
w?utm_content=DAEyVogmV7M&utm_campaign=designshare&utm_medium=link
&utm_source=publishsharelink

5.0) METHODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan penentuan kaedah yang paling sesuai dalam

menjalankan sesuatu penyelidikan dan merupakan satu sistem yang teratur yang
dirancang oleh penulis bagi menyelesaikan masalah kajian. Kaedah yang paling
sesuai dalam menjalankan penyelidikan ini ialah kaedah bukan eksperiMental iaitu
kaedah imperatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Brew (2001)
telah menyenaraikan beberapa definisi yang dirasakan bertepatan dengan maksud
kajian itu sendiri, iaitu Kajian merupakan pencarian sesuatu dan menyebarkannya
kepada umum dan kajian melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan
ilmu. Kajian perlaksanaan kajian projek ini:
1.Kajian menggunakan borang soal selidik (Google Form)
2.Kajian menggunakan brosur

6.0) HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN
6.1 Analisis Maklumat Responden

a) Jantina

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang mempunyai
pelbagai latar belakang. 39% (13 orang ) responden terdiri daripada lelaki manakala
61.% (20 orang) adalah perempuan. Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab google form Ini menunjukkan bahawa perempuan lebih cenderung untuk
menjawab soalan pada google form ini.

12

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
b )Umur

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang mempunyai
pelbagai latar belakang umur 18-25tahun (94% )dan reponden yang berumur 18 tahun
kebawah(6%) Respondan ini menunjukan orang awam yang berumur 18-25 tahun
lebih cenderung untuk menjawab soalan pada google form ini.
6.2 Analisis Tahap Kefahaman Responden
SOALAN 1

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 46% (15 orang ) ,responden SETUJU 49% (16 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 5% (2 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 1 pada google form tersebut.

13

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
SOALAN 2

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 34% (11 orang ) ,responden SETUJU 64% (21 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 2% (1 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 2 pada google form tersebut.
SOALAN 3

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 34% (11 orang ) ,responden SETUJU 61% (20 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 5% (2 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 3 pada google form tersebut.

14

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
SOALAN 4

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 21% (7 orang ) ,responden SETUJU 73%(24 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 6% (2 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 4 pada google form tersebut.
SOALAN 5

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 64% (21 orang ) ,responden SETUJU 36%(12 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 0% (0 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 5 pada google form tersebut.

15

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
SOALAN 6

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 48% (16 orang ) ,responden SETUJU 52% (17 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 0% (0 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 6 pada google form tersebut

SOALAN 7

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT TIDAK SETUJU 63% (21 orang ) ,responden SETUJU 10% (3 orang) dan
yang TIDAK SETUJU 27% (9 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah
yang menjawab soalan 6 pada google form tersebut.

16

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
SOALAN 8

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT SETUJU 52% (17 orang ) ,responden SETUJU 36%(12 orang) dan yang
TIDAK SETUJU 12% (4 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah yang
menjawab soalan 8 pada google form tersebut.
SOALAN 9

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT TIDAK SETUJU 70% (23 orang ) ,responden SETUJU 15% (5orang) dan
yang TIDAK SETUJU 15% (5 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah
yang menjawab soalan 9 pada google form tersebut.

17

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

SOALAN 10

Responden kempen ini terdiri daripada 33 orang masyarakat awam yang responden
SANGAT TIDAK SETUJU 16% (5 orang ) ,responden SETUJU 42% (14orang) dan
yang TIDAK SETUJU 42% (14 orang) . Responden ini dipilih berdasarkan jumlah
yang menjawab soalan 10 pada google form tersebut.
7.0) KESIMPULAN

Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini .
Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa , kesedaran seluruh masyarakat amat
diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat. Rasuah
jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan memberi kesan
buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat
kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program
pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing
terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini
Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat
yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah
ditetapkan .

Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis
kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh
menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi
pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat

18

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)
berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat
atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan
hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku
baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah
bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada
sebab kita akan gagal .
8.0) SUMBER RUJUKAN
1. Laman Web SPRM_Fungsi SPRM
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=399
2. Laman Web_ Contoh Karangan Mantap
https://5cde5fce08f55.site123.me/isi-kandungan/contoh-karangan-yang-mantap
3. Rasuah Etika Peradaban Group 6
https://web.facebook.com/pg/Rasuah-Penghayatan-Etika-Peradaban-GROUP-6-
103983584859219/posts/

19

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (SESI 1 2021/2022)

20


Click to View FlipBook Version