The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4.1.1 Bercerita dan mengujarkan
dialog yang mengandungi peribahasa
dan bahasa yang santun.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitikhadijah3289, 2021-02-14 10:19:51

Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 1 Masyarakat Penyayang SP 4.1.1

4.1.1 Bercerita dan mengujarkan
dialog yang mengandungi peribahasa
dan bahasa yang santun.

PdPR SECARA DALAM TALIAN

BAHASA MELAYU

TEMA TAHUN 5 Cikgu Siti
SP
: Kemasyarakatan
: 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog

yang mengandungi peribahasa dan
bahasa yang santun.

Apa yang akan dipelajari?

Tema : Kemasyarakatan

Unit 1 : Masyarakat Penyayang

Topik : Susah Senang Kita Bersama

Kemahiran : Seni Bahasa

SP : 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan
bahasa yang santun.

Objektif : Murid dapat mengujarkan sekurang-kurangnya tiga dialog yang mengandungi
peribahasa dan bahasa yang santun.

Buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 muka surat lima.

Baca teks dengan bahasa yang santun. Ujar ayat daripada dialog.

• Kamu usah susah hati.

• Rakan Taman Seri Damai telah bulat
kata untuk membelikan Encik Azmi
sebuah katil khas.

• Segala kebajikan keluarga Encik Azmi
yang bagai layang-layang terputus
talinya akan disempurnakan oleh
komuniti taman ini.

• Barulah lapang dada saya apabila
mendengar kata-kata ayah.

Baca teks dengan bahasa yang santun. Ujar ayat daripada dialog.

• Penduduk Taman seri Damai mempunyai
hati emas.

• Kita hidup bermasyarakat, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.

• Rezeki yang kita ada, kita sumbangkan
sedikit untuk golongan yang
memerlukan, hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah.

• Beliau seorang yang cepat kaki, ringan
tangan.

NOTA!

Mari kita pelajari sedikit
tentang peribahasa.

Peribahasa ialah ayat atau susunan kata yang
mempunyai maksud tertentu yang biasanya
merujuk kepada maksud berkias, berlapik
atau tersirat.

Simpulan Bahasa

● Terdiri daripada dua patah perkataan.

● Mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan.

● Contoh :

alas perut

kaki ayam

ringan tulang

Perumpamaan

● Susunan kata-kata indah, tersusun dan mempunyai maksud tersirat.

● Didahului dengan kata bagai, seperti, umpama dan laksana.

● Contoh :

bagai aur dengan tebing

seperti katak di bawah tempurung

umpama pungguk rindukan bulan

laksana pokok tidak berbuah

Bidalan

● Digunakan untuk memberi pengajaran dan nasihat tentang

sesuatu perkara.

● Contoh :

buat baik perpada-pada, buat jahat jangan sekali

melentur buluh biarlah dari rebungnya

genggam bara biar sampai jadi arang

Pepatah

● Ungkapan yang berulangan.

● Untuk penegasan, panduan hidup dan pengajaran.

● Contoh :

berani kerana benar, takut kerana salah

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

biar putih tulang, jangan putih mata

Kata-kata Hikmat

● Perkataan bijak pandai.

● Perkataan yang ringkas dan mudah disebut, nasihat,

peringatan dan pedoman hidup.

● Contoh :

bahasa jiwa bangsa

masa itu emas

membaca jambatan ilmu

Bandingan Semacam

● Bahasa kiasan yang menunjukkan sifat dan keadaan seseorang.

● Contoh :

manis macam gula

rajin macam semut

garang macam harimau

LATIHAN

Sediakan buku tulis.

Nyatakan maksud peribahasa berikut.

susah hati bulat hati lapang dada

Murid-murid perlu cari maksud peribahasa tersebut di dalam
kamus atau internet. Kemudian, salin semula ke dalam buku tulis.

Nyatakan maksud peribahasa berikut.

pantas berat sama bagai layang-
macam kilat dipikul, layang terputus

ringan sama talinya
dijinjing

Murid-murid perlu cari maksud peribahasa tersebut di dalam
kamus atau internet. Kemudian, salin semula ke dalam buku tulis.

Terima Kasih!

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &

images by Freepik.


Click to View FlipBook Version