The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-87322717, 2023-03-09 14:08:49

MAJALAH SEBESTARI 2022

MAJALAH SEBESTARI 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk mencoretkasepatah dua kata dalam majalah Sebestari Edisi 2022 yang sangat bermakna ini. Dunia menjadi saksi bahawa kita telah mendepani dan menempuh krisis penularan COVID-19. Walau bagaimanapun, cabaran ini tidak memutuskan semangat siding redaksi majalah sekolah untuk terus menerbitkan majalah yang telah menjadi tradisi saban tahun. Majalah sekolah ini merupakan satu wadah untuk merakam segala retrospeksi kehidupan warga Sebestari dan menjadi sumber rujukan kemajuan SMK Sungai Pusu. Syabas diucapkan kepada sidang redaksi majalah kerana berjaya menerbitkan majalah pada tahun ini dan diharapkan dapat menjadi kebanggaan dan inspirasi kepada seluruh warga SMK Sungai Pusu. Sesungguhnya, seluruh warga pendidik dan anak didik SMK Sungai Pusu merupakan insan yang hebat kerana telah berjaya mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan lantaran pandemik COVID-19 yang melanda negara. Cabaran ini tidak memudarkan semangat kita, malah menjadi pembakar semangat untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada warga pendidik dan anak didik dalam melayari dunia pendidikan yang penuh onak dan duri akan tetap membolehkan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Akhir kata, doa dan harapan saya agar semua warga guru SMK Sungai Pusu akan terus sederap dan senada dalam melahirkan anak didik yang cemerlang, berakhlak terpuji dan sentiasa melakar kejayaan. Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya. Majalah Sebestari Edisi 2022 telah berjaya diterbitkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana telah diberikan kesempatan kepada saya untuk menulis nukilan dalam majalah ini. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan majalah sekolah yang telah menjadi kebanggaan warga SMK Sungai Pusu. Saban tahun, majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskhah bersejarah ini dapat mencerminkan gambaran keseluruhan peristiwa, aktiviti dan dan kejayaan SMK Sungai Pusu pada tahun ini. Walaupun kita diuji dengan penularan COVID-19, saya berasa amat berbangga kerana semua AJK majalah dapat berganding bahu dalam menerbitkan majalah yang menjadi satu rakaman memori yang terindah. Dalam menelusuri perkembangan teknologi dan arus pendidikan kini, saya selaku PIBG berharap agar hubungan baik antara ibu bapa dan para guru sekolah ini sentiasa utuh demi memastikan kecemerlangan anak murid terjamin. Dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan yang semakin sukar lantaran penularan COVID-19, saya juga menyeru ibu bapa dapat memberikan sokongan terhadap segala aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga perlu terus menjadi sumber kekuatan dan memberikan suntikan semangat buat anak-anak dalam menimba ilmu dan menerima didikan daripada warga pendidik. Akhir kalam, saya berharap agar seluruh warga SMK Sungai Pusu akan terus berganding bahu, seia dan sekata dengan pihak ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak didik demi memartabatkan nama baik SMK Sungai Pusu. Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera, Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi Majalah Sebestari 2022 kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sedikit ucapan dan mengisi ruang coretan dalam majalah pada tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru-guru SMK Sungai Pusu kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pelajar bagi tahun 2022. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar kepada saya dan Lembaga pengawas amatlah saya hargai. Kerjasama tersebut amat penting bagi mencapai objektif Lembaga Pengawas sekali gus dapat memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik kami sepanjang tempoh kami menimba ilmu di sini. Segala jasa, ilmu dan pengalaman yang telah dicurahkan oleh para guru tanpa jemu tidak akan kami lupakan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan sokongan dan telah mengajar erti persahabatan. Saya juga menghargai maklum balas dan kritikan membina daripada semua pihak dalam meningkatkan keyakinan saya sebagai ketua pelajar. Akhir kata, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengetua, para pentadbir, guru-guru pengawas, guru-guru dan rakan-rakan atas sokongan dan bimbingan sepanjang tahun di sekolah. Secara peribadi, saya ingin berterima kasih kepada semua Lembaga Pengawas sesi pagi dan sesi petang atas komitmen yang tinggi ketika bertugas untuk sekolah. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf jikalau saya melakukan kesilapan sepanjang saya berada di sekolah ini. Sekian, terima kasih.


,Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Puji dan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas semua nikmat, ujian dan peluang yang diberikan sepanjang menjalani kehidupan sepanjang tempoh persekolahan sehingga kini. Nikmat dikurniakan ibu bapa dan ahli keluarga yang sentiasa menyayangi, guru-guru yang tidak lekang membantu dalam menyampaikan ilmu, rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan juga insan-insan yang baik di sekeliling saya. Saya merupakan salah seorang pelajar SPM 2021 yang mengharungi liku-liku kepayahan dalam menjawab SPM sepanjang wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara kita sejak 2019. Alhamdulillah berkat kesabaran, bantuan dan doa yang tidak terputus daripada mereka yang berada di sisi, saya telah berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam kalangan yang terbaik. Boleh dikatakan kami sepanjang tahun 2020 ketika kami berada di tingkatan 4 kami perlu menjalani pembelajaran secara dalam talian. Banyak perkara baharu yang perlu kami pelajari dan kuasai biarpun dari segi skop pembelajaran mahupun cara untuk kami kekal berada dalam landasan dan bersemangat untuk menghabiskan silibus pembelajaran. Semua pihak yang terlibat, guru-guru dan pihak sekolah turut merasakan kesusahan dan kepayahan ini, namun masih mampu bertahan untuk memberikan yang terbaik kepada kami. Banyak momen baharu daripada kepayahan ini yang telah mengajar saya perkara baharu dan akan kekal dalam ingatan sebagai momen terindah sepanjang tempoh persekolahan saya. Wabak COVID-9 ini masih berleluasa di negara kita, semua pihak tidak terlepas merasai walau secebis tempias kesan pandemik ini ke atas negara. Namun, kehidupan dan proses pembelajaran haruslah diteruskan dan bukanlah alasan untuk dihentikan. Bagi mereka yang terkesan kesan wabak ini, carilah punca untuk kembali bersemangat dalam meneruskan dan melakukan sehabis baik perkara yang telah dimulakan. Bersama-samalah dalam membantu rakan-rakan yang terlihat jatuh sepanjang tempoh pelajaran ini. Sematkan dalam ingatan semua perkara yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Jika diberikan ujian dan cabaran ingatlah bahawa kamu mampu mengharunginya dengan terus reda, sabar dan kekal berusaha tanpa keluh dan rasa ingin berputus asa. Kepada pembaca, jagalah hubungan kita bersama Allah dengan sentiasa berdoa kepadaNya, sesama manusia dengan sentiasa menghormati guru-guru dan sayangi rakan-rakan sekeliling dan juga kepada alam. Kejayaan takkan datang kepada mereka yang tidak mencari dan berusaha untuk mendapatkannya. Akhir kata, tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan saya peluang untuk merakam kenangan pahit dan manis sepanjang tempoh persekolahan saya di sini. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah dan dilindungi sepanjang kehidupan kita di dunia dan akhirat kelak.


❑ Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar dan surau. ❑ Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas. ❑ Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998. Semua kerja-kerja pentadbirannya dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998 hingga 28 Disember 1998. ❑ Pada 28 Disember 1998 urusan pentadbiran berpindah ke pejabat baharu sekolah ini. Pada Januari 1999,sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.


SMK Sungai Pusu bermula pada tahun 1999 di mana, sekolah yang baharu sahaja ditubuhkan ini belum lagi mempunyai identiti (lencana sekolah). Justeru dengan initsitif para guru SMK Sungai Pusu, maka telah diadakan satu pertandingan melukis lencana sekolah untuk mewujudkan identiti sekolah. Setelah pertandingan diadakan maka lukisan seorang murid telah diambil sebagai pemenang iaitu lukisan Allahyarham saudara Mohd Fadhli Bin Arbi. Seterusnya lencana tersebut telah diperhalusi periciannya oleh puan Norlilah Binti Ismail selaku guru Pendidikan seni pada ketika itu. Maka dengan itu pada tahun 2000 SMK Sungai Pusu telah menggunakan lencana rasmi yang telah diguna pakai sehingga hari ini. Warna Kuning Melambangkan ketaatan dan ketekunan warga sekolah. Taat Taat kepada raja, negara, agama, sekolah, guru, ibu bapa dan keluarga. Tekun Pelajar sekolah ini sentiasa tekun terhadap pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Guru-gurunya tekun dalam menghadapi tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka. Jalur Merah Melambangkan keberanian dan kekuatan semangat warga sekolah untuk mencapai kejayaan pada alaf sains dan teknologi. Jalur Hijau Melambangkan Islam dan kesuburan minda warga sekolah.


Tiang kanan Melambangkan tiang agama dengan 5 Rukun Islam Lencana SMKSP. Tiang kiri Melambangkan tiang Rukun Negara dengan 5 Prinsip Rukun Negara. Al-Quran/Buku Melambangkan nilai-nilai Islam dan kecemerlangan akademik pelajar. Obor Melambangkan semangat dan kesungguhan pelajar dan warga sekolah dalam mencapai kejayaan. Motif awan larat Melambangkan landasan budaya Melayu. Garisan Putih yang membahagikan warna merah dan kuning Melambangkan keseimbangan insan. Garisan berselang kuning/merah ( cahaya obor) Melambangkan semangat pelajar dan guru demi kecemerlangan sekolah. Warna hijau Melambangkan Islam dan kesuburan minda. Warna kuning Melambangkan kebudayaan dan ketaatan. Warna merah Melambangkan keberanian.


LOGO SEBESTARI RASIONAL LOGO Motif harimau ‘Panthera Tigris Jackson’ yang sedang mengaum dengan ekspresi yang agresif ini diinspirasikan daripada logo skuad Harimau Malaysia pada tahun 2016. Simbol grafik harimau melambangkan kekuatan dan semangat yang tinggi. Sifat harimau sendiri menunjukkan seni keyakinan di dalam setiap pergerakan dan langkahnya. Harimau juga adalah symbol haiwan yang berani dan kuat dalam setiap kelakuan. Bentuk perisai melambangkan pasukan Sebestari yang sentiasa bersedia untuk menerima segala serangan. Ibarat seekor harimau yang membawa nama SMK Sungai Pusu dalam perjuangan untuk mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. KETERANGAN WARNA ❑ Kuning- Melambangkan kedudukan yang tertinggi sesebuah pasukan dan juga dalam setiap misi. ❑ Merah- Melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran. ❑ Hitam- Warna hitam sering dikaitkan dengan misteri dan kekuatan. Warna hitam juga memberi kesan kepada badan dan minda dengan meningkatkan tahap keyakinan dan potensi. ❑ Putih- Putih dikaitkan dengan kesucian dan keperawanan. Ia dianggap sebagai warna kesempurnaan. Berbeza dengan hitam, putih biasanya mempunyai sifat yang positif. ❑ Emas- Emas melambangkan kebijaksanaan dan kejayaan yang diraih oleh warga Sebestari.


VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


SLOGAN SEKOLAH Tekun, Taat, Taqwa MOTO SEKOLAH Kami Pemimpin Terbilang


Kami Warga SMK Sungai Pusu dengan penuh kesedaran ❑ Menyediakan beriltizam untuk...... peluang pendidikan ke arah melahirkan warga sekolah yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. ❑ Menyediakan persekitaran pendidikan yang lengkap dan kondusif. ❑ Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. ❑ Bekerjasama dengan ibu bapa, masyakarat, dan pihak-pihak berkepentingan secara padu, kukuh dan iklhas dalam suasana hubungan yang harmoni.


G9 PENGETUA MOHD ROHAN BIN SIDEK PK PENTADBIRAN PK HAL EHWAL MURID PK KO KURIKULUM PK PETANG GKMP SAINS DAN MATEMATIK GKMP BAHASA GKMP KEMANUSIAAN GKMP TENIK DAN VOKASIONAL JAMALIAH BINTI HJ GHAZALI ROSMAZARAH BINTI SULONG NORAZAH BINTI BARI NOOR SULIZA BINTI SULAIMAN NORHAIZA BINTI ZAKARIA NOOR MAZIAH BINTI JALIL NOR LAILI BINTI SALIM ISMAIL BIN ABDULLAH


BARISAN GURU SESI PAGI MAIZATUL AZLINA FAIROS AZLINDA KAMILAH JAHIZA AMIZAH FAHRINA HAZLINA MARIATI NORANI FADHILAH MUNIRAH NAZRATUL NOORAIN JUNAINAH NOOR ASIAH NOOR AZMA NORFADILAH FATEN


NORIZA BINTI YAR MOHAMAD KHAN NORIZA NORZIATUL LAILATUL RAHIMAH NORIZA NURUL ILANI RAJIAH ROSMARIA ROSFALIZA ROSMANI ROSNIZA SALITA NURHIYAH ROZILA SEYAMALA SHARIFAH SAIBAHTUL SHAKIRAH NORASIAH


ZARIMAH ZUBAIDAH SYARINNA YUHANIS SUZANA ZAINAB ZUNAIRIAH AZIAN HAMIZAH ZURAIDA AFZA AZRIAH EZANEE SYUHADA IDURA AINUR BALQIS ROZIMAH HUSNINA SYAFIQAH


HAYATI JULIANA ASMA SHAHIDAH HASNI ROSDI ZAMRI RAHMAN KHAIRUL AZRI ASMADI NASIR RAHIMI FAHMI AZIM SUHAIRI IZUDDIN AZWAN HAFIZ HAFIZ


BARISAN GURU SESI PETANG ZAMRI JURAIDI SHAZWAN ROSTAM FAZAMIN KAMILAH FAKHRI HIDAYAH AZMI ERMA MARINA AUNI FARAH SHUHADAH SITI RAHA HAZLINA ASIAH NORLI ELYA SHABUL


HUSAINI SALINA HASLINDA FADHLINA KALAI AMIRA AZMINA FEDYA JUHAFIZAH LIZA IDAYU


BIDANG BAHASA BAHASA MELAYU NORIZA BINTI YAR MOHAMMAD KHAN BAHASA ARAB AZLINDA BINTI ISMAIL BAHASA INGGERIS MAIZATUL FADHLINA BINTI MAHMOOD BIDANG SAINS DAN MATEMATIK MATEMATIK SITI ZUBAIDAH BINTI MUSTAFA MATEMATIK TAMBAHAN SUZANA BINTI AZMI SAINS MARIATI BINTI MD SOM BIOLOGI FAHRINA BINTI MD SHAH KIMIA RAJIAH BINTI HASAN


BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL RBT MOHD SUHAIRI BIN NUS PERNIAGAAN JUINAINAH BINTI ABDULLAH P. PERAKAUNAN NOORAIN BINTI NOOR HASHIM EKONOMI MOHD AZRY BIN GHAZALI GKT KHAIRUN SYARINNA BINTI MOHD TOP LANDSKAP DAN NURSERI SHARIFAH HANIZA BINTI SYED ABU HASSAN SAINS KOMPUTER NORANI BINTI WAHID ASK NOR AMIZAH BINTI MOHD TARIKAT


SEJARAH MOHD RAHIMI BIN MAMAT @ ABDUL RASHID BIDANG KEMANUSIAAN GEOGRAFI WAN HAMIZAH SHAIRAH BINTI WAN ABDULLAH PENDIDIKAN ISLAM NOOR AZMA BINTI ABDUL RANI PENDIDIKAN MORAL NORZIATUL MAZURA BINTI ISMAIL PSV SITI NORASIAH BINTI MOHD ZAIN PJK MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL SAIINS SUKAN MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL


AHLI JAWATANKUASA GURU PENGERUSI AZMINA NAIB PENGERUSI AZWAN SETIAUSAHA NORZIATUL P.SETIAUSAHA JAHIZA BENDAHARI ROSMANI P.BENDAHARI RAHIMAH BEE KALAI FARAH IZUDDIN HUSNINA BALQIS RAJA MARIATI AZLINA AZIAN


SIDANG REDAKSI MAJALAH SEBESTARI 2021 FAKHRI AZMINA JAHIZA RAHIMAH BEE JUHAFIZAH NORASIAH AMIZAH FARAH NAZRATUL SALITA MUNIRAH


MOHD JAINI BIN MOHD@AMAT (YDP) AFFENDEI SAMINGAN (NYDP) DARI KIRI ABDULLAH ZUHDI BIN MAMAT, HUD BIN SULAIMAN, KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASYIM, NORIZAN BINTI BIDIN, SITI NOR AISYAH BINTI AJUS ATAS ZAINAB BINTI HAJI IBRAHIM, KHAIRUL AZWAN ABD MANAN, MOHD ROSTAM BIN FAUZI, SUZANA BINTI AZMI BAWAH NOOR EZANI BINTI AHMED MOHAMED, ROZILA BINTI ABDULLAH MOHD ROHAN BIN SIDEK (PENASIHAT)


APC 2021


GURU BAHARU


IMELDA SAHRIAH BT ISHAK BERPINDAH KE SMK HILL CREST JAZMIN JULAILI BERPINDAH KE SMK TAMAN SELAYANG NORAINI BINTI ISMAIL BERPINDAH KE SMK KLANG GATE ZAINAL BIN ISMAIL BERPINDAH KE PPD GOMBAK SEBAGAI KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK


BARIS ATAS ALIF SHAZWAN, USTAZ ABDUL AZIM, MOHD AZMI, MOHD IZZUDDIN BARIS TENGAH MARINA, NURUL AFZA, LIZA IDAYU BARIS BAWAH NOR FADHILAH, MUNIRAH, BALQIS


MAJLIS EKSEKUTIF DAN MAJLIS TERTINGGI LEMBAGA PENGAWAS SESI 2022


AKTIVITI LEMBAGA PENGAWAS


AKTIVITI LEMBAGA PENGAWAS


AKTIVITI LEMBAGA PENGAWAS


AKTIVITI LEMBAGA PENGAWAS


LEMBAGA PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI PAGI LEMBAGA PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI PETANG


SITI ZAFRIENA BINTI EMRIZAL SYARINA BINTI SAFWAN SAFIYYA NABILAH BINTI HASNIYUSFEE


KOPERATOR SESI PAGI KOPERATOR SESI PETANG


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG


BENGKEL HEADCOUNT SPM


BENGKEL PBD


MAJLIS GRADUASI


MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2021


Click to View FlipBook Version