MAKANAN SELAMAT, SIHAT & BERKUALITI MENGIKUT PERSPEKTIF HADIS Prof Madya Dato‟ Dr Mohd Radzi Othman Pensyarah Bahagian Pengajian Islam , Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian , USM
MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya.
Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buahbuahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.
Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat. Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
Nabi Muhammad ada menyebut „perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit‟. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya „talbiinah‟! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkanmukamu daripada kotoran!”. Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakatArab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perutserta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Kurma/ Tamar Kandungan serat yang tinggi, dapat mengelakkan masalah sembelit. Mengandungi Vitamin A yang penting untuk mata/penglihatan. Mengandungi gula untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta air yang penting bagi kesihatan badan. Diberi contoh tentang keistimewaan khasiat buah kurma ini melalui kisah Siti Maryam yang menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa A.S. untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga. Allah SWT juga ada berfirman: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka, makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” - Surah Maryam, Ayat 25
Makanan yang kita makan adalah bermutu jika menepati cirri-ciri makanan yang seimbang. Salh bin Saad pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengamalakan pemakanan buah tembikai berserta dengan buah tamar dan amalan ini merupakan di dalam satu hadis. Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membersihkan buah kurma terlebih dahulu sebelum makan. Ini menunjukkan walaupun buah kurma itu makanan yang segar, ia mungkin tercemar oleh debu atau benda- benda lain yang menyebabkan ia tidak elok untuk dimakan.
Makanan khasiat zaitun khal Buah delima kurma , susu dan madu
MAKANAN HALAL DI MAKAN
biawak Biawak ada dua jenis iaitu biawak padang pasir (dab) dan biawak keluarga komodo (sihliah). Termasuk kekeliruan dari sebahagian orang ketika menterjemahkan dhib‟un dengan biawak, padahal keduanya berbeza. Biawak termasuk haiwan yang diharamkan untuk dimakan, wallahu a‟lam. Pendapat yang paling kuat yang merupakan mazhab Asy-Syafi‟iyah dan Al-Hanabilah bahawa dab adalah halal dimakan, hal ini berdasarkan sabda Nabi Sallallahu „alaihi wasallam tentang biawak dab:
Adapun keengganan Nabi untuk memakannya, hanyalah kerana dab bukanlah makanan beliau, yakni beliau tidak biasa memakannya. Hal ini sebagaimana yang beliau khabarkan sendiri dalam sabdanya: “Tidak apa-apa, hanya saja dia bukanlah makananku”.Ini yang dikuatkan oleh Imam An-Nawawy dalam Syarh Muslim (13/97). [Mughniyul Muhtaj (4/299) dan Al-Muqni' (3/529)]
Arnab Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam AlBukhary dan Imam Muslim dari Anas bin Malik - radiallahuanhu-: “Sesungguhnya beliau (Nabi) -Sallallahu „alaihi wasallampernah diberikan hadiah berupa potongan daging arnab, maka beliau pun menerimanya”. Imam Ibnu Qudamah berkata dalam Al-Mughny, “Kami tidak mengetahui ada seorang pun yang mengatakan haramnya (arnab) kecuali sesuatu yang diriwayatkan dari „Amr ibnul „Ash”.
kesimpulan Berdasarkan Al-quran dan Sunnah didapati Islam menyuruh manusia memakan makanan dan minuman yang baik, berkualiti,tidak membawa kemudaratan kepada fungsi tubuh dan mental manusia dan makanan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.