The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rulmail67, 2020-11-10 10:11:23

BUKU PROGRAM Kolokium KSBM terkini

BUKU PROGRAM Kolokium KSBM terkini

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

KATA ALU-ALUAN REKTOR IPGM

YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan rahim-Nya
Kolokium Penyelidikan Kerangka Standard Bahasa Melayu berjaya dianjurkan secara maya
pada tahun ini. Ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada panel
Kerangka Standard Bahasa Melayu dan barisan Jawatankuasa kolokium, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
serta semua pihak yang telah bersama-sama berganding bahu dan bersatu hati bagi
menjayakan kolokium penyelidikan ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara ini, keampuhan dan kemandirian bahasa ini perlu dipertahankan agar
bahasa Melayu kekal relevan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi tanpa sempadan.
Penganjuran Kolokium Penyelidiakn Kerangka Standard Bahasa Melayu ini amat signifikan
terhadap usaha meningkatkan nilai dan kualiti Kerangka Standard Bahasa Melayu.

Menjadi hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
utama dunia yang mempunyai satu kerangka rujukan untuk mengukur tahap kompetensi
berbahasa dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Di Asia jumlah penutur bahasa Melayu
pada kedudukan yang kedua sesudah bahasa Mandarin dengan jumlah penuturnya hampir 250
juta orang di Asia Tenggara. Saya juga yakin bahasa Melayu yang berkembang pesat pada
peringkat nasional, serantau dan antarabangsa akan menyerlahkan jati diri bangsa Malaysia
yang gemilang dan berwawasan di mata dunia.

Institut Pendidikan Guru (IPGM) amat menyokong segala usaha yang dilakukan oleh
pensyarah Institut Pendidikan Guru, Dewan Bahasa dan Pustaka dan pensyarah universiti
awam dalam merealisasikan Kerangka Standard Bahasa Melayu sebagai satu kerangka
rujukan dalam mengukur tahap kompetensi berbahasa. Saya mendoakan agar kolokium ini
berjalan dengan lancar dan matlamat penganjurannya tercapai. Tahniah dan syabas kepada
semua pemakalah yang menyumbang idea dan ilmu melalui kertas kerja masing-masing. Saya
sangat berharap agar bahasa Melayu terus relevan dan menjadi satu bahasa komunikasi utama
di dunia menjelang tahun 2050. Marilah kita bersama-sama memegang tanggungjawab ini
bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan dan pada masa yang sama matlamat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat dijayakan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian.

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Puan Nor Asilah binti Osman, BCK
Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah dengan izin-Nya dapatlah kita menganjurkan Kolokium Penyelidikan
Kerangka Standard Bahasa Melayu. Penganjuran Kolokium Penyelidikan Kerangka Standard
Bahasa Melayu (KSBM) ini membawa makna yang sangat bererti dalam usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk pemartabatan bahasa Melayu, apatah lagi apabila usaha ini
dilaksanakan oleh pensyarah universiti awam, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelas sekali kolaboratif ini menunjukkan rasa cinta kita akan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan iltizam kita untuk terus meletakkannya di
persada paling tinggi. Melalui hasil kerjasama dan iltizan semua pihak, maka Kolokium
penyelidikan KSBM dapat menghimpunkan pendidik dan sarjana dalam bahasa Melayu dari
pelbagai institusi dalam usaha untuk terus memantapkan lagi KSBM.

Dengan adanya KSBM ini, matlamat kita untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
satu daripada bahasa utama dunia kian tercapai. Kerangka ini akan dapat menyatukan
pelbagai dialek dan jenis bahasa Melayu yang digunakan dan dituturkan di seluruh pelosok
dunia dalam satu wadah besar yang diguna pakai oleh semua. Bukan sahaja kerangka ini
menjadi rujukan penutur bahasa Melayu, malahan akan turut menjadikan bahasa Melayu
sebagai satu bahasa yang mempunyai potensi untuk diterapkan dalam pelbagai ilmu.

Usaha pemantapan kandungan KSBM, pelbagai kajian dilaksanakan oleh para sarjana
dan kolokium ini sebagai pentas utama perkongsian idea dan dapatan kajian. Saya penuh
yakin usaha ini akan meletakkan KSBM utuh dan dapat diterima oleh pelbagai pihak yang
berkepentingan dalam usaha Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia, serantau dan
antarabangsa.

Saya sentiasa menyokong usaha ini dan berharap lebih banyak kajian dilakukan untuk
memperkasakan KSBM. Saya juga berharap penganjuran Kolokium Penyelidikan KSBM
menjadi pemangkin utama dalam menyebar luas tentang peranan dan tujuan KSBM. Tahniah
dan teruskan usaha untuk Memartabatkan Bahasa Melayu.

Sekian.

12 NOVEMBER 2020 KHAMIS

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020
PENGENALAN KSBM

Kerangka Standard Bahasa Melayu(KSBM) sebagai satu piawai bahasa untuk menentukan tahap
pemerolehan dan penguasaan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.

TEMA
Penyelidikan Kerangka Standard Bahasa Melayu:

Bahasa Disetara Kualiti Terpelihara
OBJEKTIF

• Menentukan standard kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
• Menentukan standard aras kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa

Melayu
• Menjadi rujukan dalam pembinaan kurikulum pendidikan Bahasa Melayu dalam sistem

pendidikan
• Menjadi rujukan bagi membina instrumen penguasaan bahasa Melayu.

1

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

ATUR CARA KESELURUHAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA
STANDARD BAHASA MELAYU

8.30 pagi-9.00 pagi Pendaftaran Secara dalam Talian
9.00 pagi
Pengerusi Majlis
En. Khairulanuar bin Ismail

Perasmian
YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor IPGM

9.10 pagi Ucap Utama
YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang bin Sariyan
Penyandang Kursi Za`ba Institut Peradaban Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP)

Tajuk: Penyelidikan Kerangka Standard Bahasa Melayu:
Bahasa Disetara Kualiti Terpelihara

12/11/ 2020 Kertas Dasar
(Khamis) YBrs. Dr Yahya bin Osman
Pengarah IPG Kampus Ipoh
9.20 pagi
Tajuk: Standard Bahasa Dalam Teknologi
Digital Satu Usaha Pemartaban Bahasa
Melayu

SESI 1
Moderator: Dr. Rosli bin Abd Rahman

9.30 pagi-12.45 tgh Pembentangan Kertas 1
Tahap Kemahiran Menulis dalam Kalangan Murid Orang
Asli Tahun Lima Di Pantai Timur Berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu
Azaha Ibrahim, Ibrahim Idris, Ruziman bin
Omar&..Walaini Abu Bakar

Pembentangan Kertas 2
Analisis Tahap Kemahiran Bertutur Guru Bahasa
Terengganu Berdasarkan Kerangka Standard
Bahasa Melayu
Mohd Afifi Bahurudin Setambah, Shariza Said, Nor Asilah
Osman & Hapsah Majid

2

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Pembentangan Kertas 3
Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa dalam
Kerangka Standard Bahasa Melayu: Satu Penilaian Awal
Karim Harun, Maslida Yusof & Zaitul Azma Zainon
Hamzah

Pembentangan Kertas 4
Aplikasi Model PACE-TPR dalam Pemerolehan
Bahasa Melayu Tahap 1 Aras 1 Berdasarkan KSBM
Lokman Abd Wahid
Pembentangan Kertas 5
Tinjauan Terhadap Strategi Berasaskan Pendekatan
Strategik Bagi Kebolehpasaran Kerangka Standard
Bahasa Melayu (KSBM)
Abdul Hadi Mat Dawi, Khairulanuar Ismail, Shamsudin
Abu Bakar,Hasnah Awang, Zaini Abdul Ghani, & Hj.
Abdul Rani Hassan

Sesi 2
Moderator: Dr.Fadzilah binti Abd. Rahman

Pembentangan Kertas 6
Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
Murid Orang Asli Semai Tahap 2 Sekolah Rendah
Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu
(KSBM)
Khairulanuar Ismail, Abdul Hadi Mat Dawi, Shamsudin
Abu Bakar, Muhamad Yusni B Mohd Junos & Hj. Abdul
Rani Hassan

Pembentangan Kertas 7
Penyetaraan Pengukuran Kecekapan Kemahiran Bahasa
Melayu Dalam Bidang Pendidikan Berasaskan Kerangka
Standard Bahasa Melayu: Suatu Penilaian
Zanariah Ibrahim & Azhar Md. Sabil
Pembentangan Kertas 8
Pembinaan Item Pentaksiran Kemahiran Mendengar
Kerangka Standard Bahasa Melayu
Fadzilah Abd Rahman, Norliza Ghazali, Nor Aisah Jamil,
Simah Mamat & Marzni Mohamed Mokhtar

Pembentangan Kertas 9
i-Dengar: Pentaksiran Kemahiran
Mendengar Dalam Talian
Berbantukan Perisian Pro Profs Quiz Maker
Simah Mamat, Marzni Mohamed Mokhtar, Fadzilah Abd.
Rahman, Norliza Ghazali & Nor Aisah Jamil

3

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

1.00 tgh-2 ptg REHAT
2.00 ptg-4.20 ptg
Sesi 3
4.30 ptg Moderator: En. Khairulanuar bin Ismail
Pembentangan Kertas 10
Pembinaan Instrumen Ujian Penilaian Kemahiran Membaca
Berdasarkan Kurikulum Standard Bahasa Melayu
Rohizani Yaakub, Zanariah Ibrahim, Wan Norlidza Wan
Mohd Zain, & Wan Mardziyah Wan Hasbullah
Pembentangan Kertas 11
Bahasa Berbudaya dalam Penulisan Tokoh Popular
di Malaysia
Rosli Ab. Rahman, Suriany Mat Nor, Mohd. Asri Harun &
Mohd. Zaharuddin Omar
Pembentangan Kertas 12
Kerancuan Bahasa Dalam Filem : Cabaran dalam
Melahirkan Bahasa Berbudaya Berdasarkan Kerangka
Standard Bahasa Melayu
Wan Norlidza Wan Mohd Zain, Azhar Md Sabil, Faridah
Nazir, Wan Noraidah Wan Mohd Zain, Haslinda Nor Ismail
& Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zain
Pembentangan Kertas 13
Penyetaraan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Mata Pelajaran
Asas 3m (Komponen Bahasa Melayu) Tahap Satu dengan
Kerangka Standard Bahasa Melayu
Isnazhana Ismail & Mazlan bin Ismail
Pembentangan Kertas 14
Menelusuri Identiti Nasional dalam Kurikulum Standard
Bahasa Melayu
Wan Mardziyah Wan Hasbullah, Rohizani Yaakub,
Zanariah Ibrahim,Wan Norlidza Wan Mohd Zain
Pembentangan Kertas 15
Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Guru Berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu
Zawahir Ismail, Zanariah Ibrahim, Razlee Mohamad &
Izani Ibrahim
Pengerusi
En. Khairulanuar bin Ismail
Perasmian Penutup
Pengarah IPGKBM
Pn. Nor Asilah binti Osman BCK

4

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

ABSTRAK

5

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Tahap Kemahiran Menulis dalam Kalangan Murid Orang Asli
Tahun Lima di Pantai Timur Berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu

Azaha bin Ibrahima*, Ibrahim bin Idrisb, Ruziman bin Omarc, Walaini bt Abu Bakard
a,bInstitut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Malaysia
cInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Malaysia
dPejabat Pendidikan Temerloh, Pahang, Malaysia
*E-mel kontak: [email protected]

Abstrak
Kajian ini membincangkan tahap kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid Orang Asli
Tahun Lima di Pantai Timur berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Tujuan
utama kajian adalah untuk mengukur tahap kemahiran menulis dalam kalangan murid Orang
Asli di Pantai Timur mengikut jantina dan negeri. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang
menggunakan instrumen yang mengandungi tiga bahagian soalan iaitu bahagian A - Soalan
karangan berbentuk penyataan, bahagian B – Soalan membina ayat berdasarkan gambar bersiri
dan bahagian C - Soalan membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Kajian ini berbentuk
kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 119 orang murid Orang Asli tahun lima telah
dijadikan sampel kajian iaitu 66 sampel (Gua Musang) Kelantan dan 53 sampel daripada
negeri Pahang (Temerloh). Min tahap kemahiran menulis untuk rangsangan penyataan ialah
1.56 (pra) meningkat 0.72 menjadi 2.28 (pasca). Manakala min untuk soalan membina ayat
berdasarkan rangsangan gambar bersiri dan gambar tunggal masing-masing mencatat 2.82 dan
2.40. Dapatan kajian memaparkan tahap kemahiran menulis murid-murid Orang Asli tahun lima
di Pantai Timur berada pada peringkat asas iaitu tahap 1 dan 2 iaitu sangat terbatas dan
terbatas (KSBM). Tahap 1 sangat terbatas menunjukkan murid-murid Orang Asli berupaya
menulis dan membina ayat mudah tetapi melakukan banyak kesalahan dari segi kosa kata,
kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca yang masih lemah. Tahap 2 terbatas pula merujuk
kepada tahap kemahiran menulis murid-murid Orang Asli dalam menghasilkan karangan
berdasarkan tiga soalan rangsangan dengan lebih baik. Secara relatifnya murid-murid
perempuan menunjukkan tahap kemahiran menulis lebih baik daripada murid-murid lelaki.
Sementara prestasi tahap kemahiran menulis murid-murid negeri Pahang lebih baik daripada
murid-murid negeri Kelantan.

Kata kunci: tahap, kemahiran, menulis, Orang Asli, Pantai Timur

6

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Analisis Tahap Kemahiran Bertutur Guru Bahasa Melayu Terengganu Berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu

Mohd Afifi Bahurudin Setambaha*, Shariza Saidb,
Nor Asilah Osmanc, Hapsah Majidd,

aUnviversiti Perguruan Sultan Idris, Malaysia
b,c,dInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Malaysia

E-mel perhubungan: [email protected]
Abstrak

Kajian bertujuan mengukur tahap kemahiran bertutur guru Bahasa Melayu di Negeri
Terengganu. Seramai 372 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah dah sekolah menengah
telah menjadi sampel kajian. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk
tinjauan. Kajian ini menggunakan soal selidik bagi menentukan tahap kemahiran bertutur
sampel. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan bantuan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Dapatan menunjukkan guru bahasa
Melayu di negeri Terengganu mempunyai tahap kemahiran bertutur mereka adalat terbatas.
Kajian ini memberi implikasi yang baik kepada Jabatan Pendidikan Negeri Khususnya negeri
Terengganu untuk melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

Kata kunci: kemahiran bertutur, Bahasa Melayu, Kerangka Standard Bahasa Melayu,
guru Bahasa Melayu

7

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa dalam Kerangka Standard Bahasa Melayu: Satu
Penilaian Awal

Karim Haruna*, Maslida Yusofb, Zaitul Azma Zainon Hamzahc
a, b Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
cUniversiti Putra Malaysia, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]
Abstrak

Kerangka Standard Bahasa Melayu ini merupakan dokumen rujukan kesetaraan penggunaan
bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerangka ini telah
menjadikan bahasa Melayu juga mempunyai rujukan oleh penggunanya setara dengan dengan
bahasa-bahasa di Eropah yang mempunyai Common European Framework of Reference
(CEFR) sebagai rujukan piawai. Makalah ini bertujuan untuk membuat penilaian awal terhadap
terhadap kerangka ini. Aspek yang akan dibincangkan ialah konsep pemerolehan dan
penguasaan dan beberapa istilah yang menjadi teras kepada kerangka ini. Kaedah kajian yang
digunakan ialah kaedah analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat istilah yang
tidak dijelaskan dalam kerangka ini. Begitu juga dengan konsep pemerolehan dan penguasaan
bahasa yang digunakan dalam kerangka yang dilihat bertentangan dengan bidang
psikolinguistik. Perbincangan terhadap dokumen KSBM ini diharap akan dapat memberi nilai
tambah terhadap kandungannya

Kata kunci: Kerangka Standard Bahasa Melayu, kesetaraan, pemerolehan, penguasaan,
psikolinguistik

8

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Aplikasi Model PACE-TPR dalam Pemerolehan Bahasa Melayu Tahap 1 Aras 1
Berdasarkan KSBM
Lokman Abd Wahid

Stratford International Language Centre
Kuala Lumpur, Malaysia
[email protected]
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat kebolehgunaan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)
dalam pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu Tahap 1 Aras 1 dengan menggunakan
Model PACE-TPC. Sepuluh subjek terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada 10 orang
warga asing yang bekerja di Malaysia. Pengalaman mereka dalam bahasa Melayu hampir
kosong. Subjek mengikuti kelas Bahasa Melayu selama 40 jam, selama empat minggu. Setiap
minggu, mereka mempelajari Bahasa Melayu selama 10 jam, iaitu dua jam setiap hari. Dalam
setiap sesi pembelajaran, model PACE-TPR digunakan bagi melibatkan subjek dengan aktiviti
yang dilaksanakan. Kurikulum, rangka kursus dan modul yang dibangunkan adalah berdasarkan
buku KSBM 2018. Dalam setiap sesi pembelajaran, prestasi subjek diukur dengan melihat
pencapaian mereka berdasarkan objektif mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang telah
ditetapkan dalam modul yang berkaitan. Pada akhir kajian, subjek kompeten dalam
memberikan respons berdasarkan apa yang didengar tentang diri mereka dan simbol melalui
perbualan yang menggunakan perkataan dan frasa mudah dan secara sangat minimum, serta
dapat menyatakan tentang diri sendiri dengan menggunakan perkataan dan frasa mudah. Subjek
juga berupaya untuk membaca dan mengenal pasti perkataan dan frasa mudah yang lazim
digunakan dengan sebutan yang jelas, selain dapat menulis perkataan dan frasa mudah yang
selalu digunakan.

Kata kunci: KSBM, PACE, TPC, pemerolehan, penguasaan, kompeten

9

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Tinjauan Terhadap Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik
Bagi Kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)

Abdul Hadi Mat Dawi*, Khairulanuar Ismail,
Shamsudin Abu Bakar, Hasnah binti Awang,

Zaini Abdul Ghani, Abdul Rani Hassan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Kebolehpasaran merupakan kedudukan kompetitif sesuatu produk, jenama atau perkhidmatan
dalam suatu pasaran. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti strategi
berasaskan pendekatan strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa
Melayu (KSBM). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah gabungan urutan penjelasan iaitu
dimulakan dengan pendekatan kajian kuantitatif dan kemudiannya diikuti dengan kajian
kualitatif (Creswell, 2012). Sampel kajian terdiri daripada 84 orang pegawai kerajaan yang
sering terlibat berinteraksi dengan orang ramai menggunakan Bahasa Melayu iaitu Pegawai
Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Daerah Kampar, Majlis Bandaraya Ipoh, dan Majlis
Perbandaran Taiping, Perak. Instrumen kajian terdiri daripada templat analisis SWOT dan
TOWS, borang soal selidik dan borang protokol temu bual semi berstruktur. Data-data
kuantitatif akan dikumpul melalui kaedah tinjauan deskriptif. Data-data kualitatif daripada
sebahagian peserta kajian dikumpul dan dibuat transkripsi. Data-data kajian dianalisis
menggunakan Perisian SPSS dan Perisian Nvivo. Dapatan kajian menunjukkan strategi
berasaskan pendekatan strategik kebolehpasaran KSBM bagi Dimensi Kekuatan-Peluang (SO)
merupakan yang paling tinggi, dan seterusnya diikuti strategi daripada Dimensi Kekuatan-
Ancaman (ST), Dimensi Kelemahan-Peluang (WO), dan Dimensi Kelemahan-Ancaman (WT).
Dapatan juga mengenal pasti faktor penyebaran maklumat KSBM secara lebih meluas yang
menyerlahkan identiti KSBM dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Ringkasnya, dapatan
kajian ini mencadangkan supaya promosi bagi menyerlahkan identiti KSBM melalui
pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah strategi dimensi kekuatan dan peluang KSBM kerana
lebih berpotensi meningkatkan kebolehpasaran KSBM.

Kata kunci : kebolehpasaran, kerangka standard, pendekatan strategik

10

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Orang Asli Semai
Tahap 2 Sekolah Rendah Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)

Khairulanuar Ismail*, Abdul Hadi Mat Dawi,
Shamsudin Abu Bakar, Muhamad Yusni Mohd Junos, Abdul Rani Hassan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Kajian yang dijalankan bertujuan menentukan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu
Murid-murid Orang Asli Semai Tahap 2 sekolah Rendah berdasarkan Kerangka Standard
Bahasa Melayu (KSBM). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah gabungan iaitu
melibatkan pendekatan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada 72
orang murid sekolah rendah Orang Asli dan 6 orang guru yang berpengalaman mengajar di
sekolah Orang Asli. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soalan kemahiran membaca Tahap
2 dan 3 KSBM. Data-data kuantitatif dikumpul melalui kaedah tinjauan deskriptif. Manakala
data-data kualitatif daripada peserta kajian dikumpul dan dibuat transkripsi. Data-data kajian
dianalisis menggunakan Perisian SPSS dan Perisian Nvivo Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap Skor Min Ujian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu adalah 12.40 dengan
sisihan piawai = 4.85). Skor Min Ujian Kemahiran Membaca ini berada pada julat skor tahap
sederhana (10.40 - 15.59 Markah). Oleh itu, tahap kemahiran membaca murid Orang Asli
sekolah rendah tahap dua berasaskan KSBM secara keseluruhannya adalah pada tahap
sederhana. Beberapa faktor yang menyebabkan pencapaian yang sederhana ini juga telah
dikenal pasti antaranya ialah masalah ketidakhadiran, kesediaan untuk belajar, masalah
komunikasi di rumah dan persekitaran. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi
masalah penguasaan kemahiran membaca murid-murid Orang Asli Semai.

Kata Kunci: kemahiran membaca, murid-murid Orang Asli Semai, Tahap 2 Sekolah
Rendah, Kerangka Standard Bahasa Melayu

11

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Penyetaraan Pengukuran Kecekapan Kemahiran Bahasa Melayu dalam Bidang
Pendidikan Berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu: Suatu Penilaian

Zanariah Binti Ibrahima*, Azhar bin Md. Sabilb
aInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Kuala Lumpur

bUniversiti Putra Malaysia, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dibangunkan dengan satu matlamat utama, iaitu
menyetarakan standard kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peri pentingnya pembangunan KSBM sebagai alat
pengukuran kecekapan berbahasa yang mencakupi semua bidang, dengan tumpuan
perbincangannya dalam bidang pendidikan. Sejak Laporan Razak 1956 lagi, bahasa Melayu
telah diangkat dan berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Peranan tersebut terus kekal hingga ke hari ini, walaupun sistem pendidikan mengalami
pelbagai perubahan dan transformasi dalam setiap bahagian di Kementerian Pendidikan
Malaysia. Namun begitu, berlaku ketidakseimbangan dari sudut pemahaman dalam pelaksanaan
antara pembangunan kurikulum, pengembangan bahasa, penilaian dan pentaksiran serta
penerbitan buku teks, lantaran tiadanya suatu kerangka yang standard yang menjadi sandaran
bersama. Masing-masing institusi berpegang kepada dasar dan fungsi penubuhannya, walaupun
bahasa Melayu menjadi asasnya. Penyetaraan yang agak longgar, kabur dan tidak seimbang
inilah yang menjadi faktor utama keperluan suatu kerangka yang standard dan tekal perlu
dibangunkan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen untuk memperoleh
data utama dan kaedah pemerhatian terhadap program pemartabatan pendidikan bahasa Melayu
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan PADU turut dijadikan sebagai data sokongan.
Dapatan menunjukkan bahawa kandungan KSBM dapat dijadikan asas rujukan untuk
penyetaraan dalam pembinaan kurikulum dan pembangunan instrumen pentaksiran penguasaan
bahasa Melayu. Hasil pemerhatian menunjukkan huraian aras 4-6 bagi Tahap 4 dan huraian aras
1-3 Tahap 5 KSBM telah dijadikan rujukan untuk pembinaan intrumen penguasaan guru bahasa
Melayu di Malaysia dan huraian Aras 1 Tahap 5 KSBM telah dijadikan rujukan untuk
pembinaan modul latihan kecekapan berbahasa. Implikasi kajian ini berkepentingan kepada
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam merangka dan mereka bentuk kurikulum dan pentaksiran
bahasa Melayu agar standard kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan warga Kementerian
Pendidikan Malaysia dapat disetarakan berasaskan rujukan KSBM demi kelangsungan martabat
bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.

Kata kunci: Penyetaraan Standard Kompetensi, Kerangka Standard Bahasa Melayu

12

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Pembinaan Item Pentaksiran Kemahiran Mendengar Kerangka Standard Bahasa Melayu
Fadzilah Abd Rahmana, Norliza Ghazalib, Nor Aisah Jamilc,
Simah Mamatd , Marzni Mohamed Mokhtare

a,eFakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
b,cPejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan,
dFakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Penyelidikan dalam pelbagai bidang yang disejajarkan dengan KSBM khususnya dalam aspek
pembinaan item atau instrumen kemahiran berbahasa perlu dilaksanakan berdasarkan prosedur
dan piawaian pembinaan item peringkat tempatan dan antara bangsa. Sehubungan itu, kertas
kerja ini membincangkan proses pembangunan item pentaksiran kemahiran mendengar yang
diadaptasi daripada The Standards for Educational and Psychological Testing. Proses kesahan
kandungan yang mempraktikan nisbah kesahan kandungan atau Content Validity Ratio (CVR)
dan analisis Model pengukuran Rasch merupakan antara prosedur yang terkandung dalam
proses pembangunan item pentaksiran kemahiran mendengar ini. Seramai 79 responden yang
terdiri daripada 30 murid sekolah rendah, 25 murid sekolah menengah dan 24 pelajar sekolah
menengah atas iaitu tingkatan enam di daerah Port Dickson di Negeri Sembilan terlibat dalam
kajian ini. Hasil proses kesahan kandungan menunjukkan bahawa item-item pentaksiran
kemahiran mendengar dalam kajian ini mengukur setiap konstruk yang hendak diukur dan
mempunyai tahap konsepsualisasi serta operasionalisasi yang baik. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa hampir semua item-item yang dibina mencapai sasaran dan matlamat
kajian dan memenuhi ciri-ciri psikometrik yang sepadan dengan Rasch Model. Berdasarkan
indeks person reliability 0.71 logit dengan separation 1.56 logit dan indeks item reliability 0.94
logit dengan separation 4.05 logit serta indeks Cronbach Alpha (KR-20 pada 0.76 logit
menunjukkan tahap ketekalan yang agak baik juga konsisten serta mempunyai item yang cukup
dalam mengukur kemahiran mendengar penutur secara keseluruhan ujian yang dijalankan.

Kata kunci: pembinaan item, nisbah keesahan kandungan, pengukuran Rasch, kemahiran
mendengar

13

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

i-Dengar: Pentaksiran Kemahiran Mendengar dalam Talian Berbantukan Perisian Pro
Profs Quiz Maker

Simah Mamat*a, Marzni Mohamed Mokhtarb, Fadzilah Abd. Rahmanc,
Norliza Ghazalid, Nor Aisah Jamile

aFakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia
b,c,dFakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

ePejabat Pendidikan Daerah Lukut, Negeri Sembilan, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Pembudayaan penggunaan teknologi digital kini telah mendominasikan sebahagian besar dunia
pendidikan. Selaras dengan pembudayaan dan perubahan ini, kajian ini menghasilkan satu
platform digital bagi menjalankan pentaksiran kemahiran mendengar secara dalam talian dengan
dikenali i-Dengar menggunakan perisian Pro Profs Quiz Maker. Pentaksiran ini bertujuan untuk
menentukan tahap penguasaan kemahiran mendengar. Item pentaksiran ini telah dirintiskan dan
telah menunjukkan ciri-ciri psikometrik yang baik. Kajian ini juga dapat mengesan ciri-ciri
psikometrik ujian i-Dengar bagi membuktikan kebolehpercayaan dan kesahan pentaksiran yang
dijalankan terhadap pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT).
Sejumlah 50 orang pelajar IPGKPT telah dipilih dalam ujian i-Dengar. Kerangka Standard
Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai dokumen utama untuk menentukan tahap dan peringkat
penguasaan responden. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Winstep Version 3.68.2.
dengan pendekatan Pengukuran Model Rasch. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan
item i-Dengar pada indeks kebolehpercayaan, 0.88 logit dan indeks pengasingan, 2.73 logit. Hal
ini bermaksud item pentaksiran i-Dengar mempunyai ketekalan dan kecukupan dalam menguji
kemahiran mendengar secara dalam talian. Nilai indeks Cronbach Alpha (KR-20) 0.78 bagi
ujian i-Dengar ini pada tahap indeks yang agak baik dengan 78% kebolehpercayaan secara
keseluruhan ujian. Berdasarkan dapatan kajian, para pendidik perlu sentiasa didedahkan dengan
kemahiran, kreativiti dan kepenggunaan teknologi digital secara dalam talian. Dapatan kajian ini
juga dapat memberikan maklumat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam menambah baik kurikulum pendidikan dengan mengintegrasikan elemen-elemen lain
yang merangkumi pengetahuan dan penggunaan teknologi dalam pengajaran berpandukan
KSBM.

Kata Kunci: i-Dengar, KSBM, model Rasch, Pro Profs Quiz Maker

14

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020
Pembinaan Instrumen Ujian Penilaian Kemahiran Membaca Berdasarkan Kurikulum
Standard Bahasa Melayu

Rohizani binti Yaakuba, Zanariah binti Ibrahimb,
Wan Norlidza binti Wan Mohd Zainc, Wan Mardziyah binti Wan Hasbullahd

aUniversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
bInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Malaysia
c,d Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Malaysia

*E-mel perhubungan: [email protected]
Abstrak

Kurikulum Standard Bahasa Melayu telah dibangunkan dengan tujuan untuk dijadikan piawai
dalam menentukan kemahiran berbahasa Melayu penutur bahasa Melayu di seluruh dunia.
Selaras dengan tujuan tersebut maka kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu instrumen
Ujian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Berdasarkan KSBM. Intrumen yang telah
dibangunkan mengandungi 72 item aneka pilihan. Kesahan instrumen telah dilakukan oleh panel
KSBM manakala kajian rintis telah dijalankan ke atas 76 orang sampel yang terdiri daripada staf
IPG. Analisis data menunjukkan nilai alpha berada pada aras 0.95, iaitu berada pada keadaan
yang sesuai dan boleh diterima berdasarkan Bond & Fox (2007). Walau bagaimanapun item
tersebut tetap dikaji semula dengan bantuan pakar undangan dan instrumen semakan telah
dihasilkan. Kesimpulannya kajian ini telah berjaya menghasilkan satu set instrumen kemahiran
membaca bahasa Melayu berdasarkan KSBM yang mempunyai nilai alpha yang tinggi dan sah
untuk digunakan dalam penyelidikan seterusnya.

Kata kunci: Instrumen Ujian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu, keesahan, nilai alpha

15

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020
Bahasa Berbudaya dalam Penulisan Tokoh Popular Di Malaysia
Rosli Ab. Rahman*, Suriany Mat Nor, Mohd. Asri Harun
Mohd. Zaharuddin Omar
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]
Abstrak

Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan bahasa berbudaya dalam penulisan tokoh popular di
Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada seorang tokoh dalam bidang agama, seorang tokoh
dalam bidang sastera, seorang tokoh dalam bidang kebahasaan dan seorang tokoh dalam bidang
politik dan budaya. Sampel kajian terpilih ialah Dato’ Ustaz Badli Shah bin Alauddin, Prof.
Madya Dr. Lim Swee Tin, Dato’ Dr. Awang bin Sariyan, dan Tun Rais bin Yatim. Instrumen
kajian terdiri daripada dua buah buku karya tokoh-tokoh tersebut. Tempoh kajian selama tujuh
bulan bermula bulan Mac 2020 dan berakhir bulan Oktober 2020. Teori kajian yang digunakan
untuk menganlisis data ialah Zhang dan Wildermuth (2009). Berdasarkan dapatan kajian,
sampel kajian menggunakan bahasa berbudaya dalam penulisan buku-buku karya tokoh-tokoh
tersebut. Bahasa berbudaya yang dikaji tidak dibatasi oleh pengertian umum bahawa bahasa
berbudaya ialah bahasa yang sarat dengan unsur-unsur stilistik seperti simpulan bahasa, bidalan,
perumpamaan, pepatah atau dengan istilah stilistik Barat, bahasa yang dibumbui metafora,
simile, personifikasi, depersonifiksi, hiperbola, anafora, rima, asonansi, aliterasi dan yang lain.
Bahasa berbudaya yang dikaji meliputi bahasa akliah, bahasa ilmu, bahasa yang merentas segala
ranah sistem sosial masyarakat atau bangsanya, bahasa tinggi, bahasa supra dan bahasa estetik.

Kata kunci: bahasa berbudaya, Kerangka Standard Bahasa Melayu, stilistik

16

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Kerancuan Bahasa Dalam Filem : Cabaran dalam Melahirkan Bahasa Berbudaya
Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu
Wan Norlidza Wan Mohd Zaina, 2Azhar Md Sabilb,
Faridah Nazirc, Wan Noraidah Wan Mohd Zaind,

Haslinda Nor Ismaile, Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zainf
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Malaysia

bUniversiti Putra Malaysia, Malaysia
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis fenomena bahasa berbudaya dalam kemahiran bertutur
dengan berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Isu yang mendasari kajian ini
adalah bertitik tolak daripada penggunaan bahasa rancun yang banyak menggunakan
percampuran kod dalam kemahiran bertutur oleh para remaja sehingga mereka beranggapan
bahawa amalan ini sebagai suatu kebiasaan dan betul dalam pertuturan seharian. Kesan daripada
fenomena ini ialah hilangnya jati diri masyarakat yang berbudaya dan penuh kesantunan dalam
kemahiran bertutur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk dan jenis kerancuan
bahasa yang terdapat dalam kemahiran bertutur para remaja dengan bersandarkan kepada
KSBM. Data kajian yang dianalisis adalah diambil daripada sekelompok dialog daripada babak-
babak utama filem ‘KL Gengster’. Filem tersebut ialah sebuah filem yang dikategorikan sebagai
filem ‘pecah panggung’ dalam kalangan pengiatnya sekitar tahun 2011. Dengan bersandarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu, kajian mendapati bahawa terdapat banyak kerancuan
bahasa dalam penggunaan dialog yang dituturkan sehingga telah memberi kesan yang negatif
terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan remaja, termasuk kalangan murid dan pelajar
institusi pengaian tinggi. Hal ini akan menjadi cabaran dalam sistem pendidikan negara yang
bertunjangkan kepada falsafahnya untuk melahirkan masyarakat yang berketerampilan dan
berakhlak mulia. Implikasinya adalah berlaku kekeliruan terhadap penggunaan bahasa Melayu
standard dan bahasa berbudaya dalam sesuatu situasi dan ujaran.

Kata kunci: kerancuan bahasa, filem, bahasa berbudaya, Kerangka Standard Bahasa
Melayu

17

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Penyetaraan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Mata Pelajaran Asas 3M (Komponen Bahasa Melayu) Tahap Satu Dengan

Kerangka Standard Bahasa Melayu

Isnazhana Ismail*, Mazlan bin Ismail
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh mana kandungan dokumen kurikulum
KSSRPK Masalah Pembelajaran bagi mata pelajaran Asas 3M (Komponen Bahasa Melayu)
bagi tahun 1, 2 dan 3 sejajar dengan standard aras kompetensi Kerangka Standard Bahasa
Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu dokumen DSKP
KSSRPK Masalah Pembelajaran Asas 3M Tahun 1, 2 dan 3, dokumen KSBM dan KSBM:
Panduan Penggunaan. Kajian penyelidikan ini memakan masa selama 3 bulan. Secara
keseluruhannya, kajian ini telah dapat menyetarakan dokumen kurikulum DSKP KSSRPK Asas
3M dengan perincian yang terdapat dalam dokumen KSBM dan panduan penggunaan KSBM.
Dapatan kajian mendapati kemahiran mendengar dan bertutur adalah signifikan dengan
perincian tahap dan aras kemahiran berdasarkan KSBM. Kandungan kurikulum mata pelajaran
Asas 3M bagi kemahiran membaca dan menulis pula berada pada tahap sangat terhad dan aras
yang rendah iaitu aras 1 dan 2. Dapatan ini menunjukkan kandungan kurikulum Asas 3M adalah
sangat rendah dan hanya setara dengan kategori pengguna murid prasekolah. Kajian ini
menunjukkan penggubalan kurikulum DSKP KSSRPK Asas 3M merupakan kurikulum yang
sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan MBK bermasalah pembelajaran. Kandungan
kurikulum tersebut menepati matlamat untuk membolehkan MBK bermasalah pembelajaran
mendepani kehidupan sebenar sebagai individu dalam keluarga, komuniti dan bidang pekerjaan.
Namun demikian, penggubal kurikulum perlu menjadikan KSBM sebagai dokumen rujukan
bagi penggubalan kurikulum dan juga pembangunan bahan sokongan untuk membantu
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kajian penyetaraan kurikulum
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat sekolah rendah tahap dua dan sekolah
menengah wajar dilaksanakan untuk memastikan kandungan kurikulum yang disediakan mampu
meningkatkan tahap penguasaan berbahasa murid dan mencapai standard KSBM.

Kata kunci: masalah pembelajaran, aras kompetensi, mendengar dan bertutur,
penyetaraan

18

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Menelusuri Identiti Nasional dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu
Wan Mardziyah binti Wan Hasbullaha*, Rohizani binti Yaakubb, Zanariah binti Ibrahimc,

dWan Norlidza binti Wan Mohd Zaind,
a,d Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Malaysia

bUniversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia,
cInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia sememangnya memerlukan identiti nasional yang
mencirikan warganegaranya. Identiti nasional ini dapat ditelusuri dalam dokumen-dokumen
penting yang dijadikan dasar utama dan strategi mengenai negara seperti yang terkandung dalam
Perlembagaan Negara, Rukun Negara, dasar-dasar sosiobudaya dan dasar-dasar sosioekonomi
yang lain. Kajian ini dijalankan secara analisis dokumen dalam mengenal pasti elemen identiti
nasional tersebut. Sebuah Kerangka Identiti Nasional telah dibina dengan mengambil kira semua
dasar penting negara dan mengandungi sembilan elemen iaitu kepatuhan & kepercayaan kepada
Tuhan, perpaduan, demokratik, integriti, rasional, progresif, kesopanan dan kesusilaan, patriotik,
dan holistik. Kerangka Identiti Nasional ini telah digunakan untuk mengenal pasti elemen-
elemen identiti nasional yang terkandung dalam KSBM. Dapatannya menunjukkan bahawa
elemen progresif paling kerap digunakan iaitu terdapat dalam 27 pernyataan aras, manakala
elemen kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan hanya muncul dalam dua penyataan aras.
Elemen-elemen lain berada dalam julat 5-13 kali. Sebagai kesimpulannya, kajian ini telah
berjaya mengenal pasti wujudnya elemen identiti nasional dalam KSBM.

Kata kunci: menelusuri, identiti nasional, KSBM

19

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Guru
Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu

Zawahir Ismaila*, Zanariah Ibrahimb, Razlee Mohamadc, Izani Ibrahimd
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Malaysia

bInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Malaysia
cBahagian Profesionalisme Guru, Putrajaya, Malaysia

dInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Malaysia
*E-mel perhubungan: [email protected]

Abstrak
Pembangunan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan usaha ulung
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyetarakan standard kompetensi berbahasa Melayu
dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu. Selaras dengan itu, kajian ini dilaksanakan dengan
tujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu guru berdasarkan KSBM. Kajian
yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 2239 orang guru bahasa Melayu
bukan pengkususan di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di Malaysia sebagai
sampel kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan intrumen Ujian Penguasaan Bahasa
Melayu Guru (UPBMG) yang dibina berdasarkan tahap kecekapan bahasa KSBM. Intrumen
UPBMG meliputi kemahiran berbahasa iaitu bertutur, mendengar, membaca, dan menulis. Data
yang dijana daripada sistem SGMy dianalisis secara deskriptif inferensi untuk melihat peratus
tahap penguasaan bahasa Melayu guru dengan menggunakan Statistical Package for the Social
Science (SPSS). Tahap penguasaan bahasa Melayu guru ditentukan dengan menggunakan
Deskriptor KSBM yang mengandungi Tahap 1 (Sangat Terbatas), Tahap 2 (Terbatas), Tahap 3
(Memadai), Tahap 4 (Memuaskan), Tahap 5 (Cekap) dan Tahap 6 (Sangat Cekap). Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu guru ialah 289 (12.9%) orang
mencapai Tahap 3, 1469 ( 65.6%) orang mencapai Tahap 4 manakala 481 (21.4%) orang
mencapai Tahap 5. Implikasi kajian ini berkepentingan kepada Bahagian Profesionalisme Guru
(BPG) untuk menentukan standard kompetensi bahasa Melayu yang perlu dicapai oleh guru
khususnya guru bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) untuk mereka bentuk kurikulum Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
khususnya terhadap kecekapan berbahasa guru dalam perkhidmatan dan guru praperkhidmatan.

Kata kunci: Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM), Ujian Penguasaan Bahasa
Melayu Guru (UPBMG), tahap kecekapan, bahasa Melayu

20

KOLOKIUM PENYELIDIKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU 2020

SEKALUNG PENGHARGAAN
K

JAWATANKUASA PELAKSANA KOLOKIUM PENYELIDIKAN KSBM 2020

Penasihat Ahli Jawatankuasa Induk

YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Pengerusi Bersama YBrs. Pn. Asilah binti Osman
Pengarah IPGKBM

YBrs. Dr. Yahya bin Osman
Pengarah IPGKI

Setiausaha Dr. Zanariah binti Ibrahim-IPGM
Pn. Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah-IPGKBM

Jawatankuasa Dr. Dahlina binti Daut @ Mohmud-DBP
Pelaksana Dr. Azahar Md. Sabil-UPM
Prof. Madya Dr. Karim bin Harun-UKM
Prof. Madya Dr. Rohizani binti Yaakob-USM
Dr. Fadzilah binti Abd. Rahman-UPM
Dr. Simah bin Mamat-UM
Dr. Azaha bin Ibrahim-IPGKB
Dr. Rosli bin Abd rahman-IPGKDRI
Pn. Isnazhana binti
En. Zawahir bin Ismail-IPGKTAA
En. Khairulanuar bin Ismail-IPGKI
Pegawai Unit Latihan dalam Perkhidmatan-IPGKI
Pegawai Unit Multimedia-IPGKBM

TERIMA KASIH

21


Click to View FlipBook Version