1 DOMAIN PENDIDIKAN Sejajar dengan hasrat untuk menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) maka mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diperkenalkan. RBT diajarkan kepada murid mengenai kriteria reka bentuk menggunakan teknologi dalam pembinaan dan pembuatan produk supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran global serta memahami teknologi terkini yang mampu menyelesaikan masalah masa hadapan. (Sumber: DSKP KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2) Dengan berdasarkan kenyataan di atas, mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) memberikan pendedahan kepada murid untuk belajar menggunakan teknologi terkini dan peka kepada kesan perubahan teknologi. Bincangkan kepentingan subjek RBT kepada murid di sekolah.
2 Strategi: T : Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) FI : Kepentingan subjek RBT kepada murid di sekolah F : Umum lsi: Kepentingan subjek RBT kepada murid di sekolah (a) Murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran baharu. (b) Murid berkemampuan untuk menghasilkan inovasi. (c) Murid akan dilatih menjadi usahawan. Karangan Contoh: (AR1) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran baharu yang menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. (AR2) RBT memberikan pendedahan kepada murid tentang prinsip reka bentuk dan aplikasi teknologi. (AR3) Pendedahan mengenai subjek ini dapat membuka peluang kepada murid untuk mereka bentuk sesuatu produk bagi memenuhi keperluan manusia. (AR4) Oleh itu, jelaslah bahawa subjek RBT memberikan nilai tambah kepada murid untuk mengharungi cabaran masa hadapan. (AA) Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa kepentingan subjek RBT kepada murid di sekolah.
3 (AJ) Antara kepentingan subjek RBT ialah murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran baharu. (AH1) Subjek ini memberikan banyak pendedahan kepada murid mengenai bidang pertanian, akuaponik, elektrik, elektronik, dan mekatronik. (AH2) Murid juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan produk baharu. (AC) Sebagai contohnya, murid perlu membina sebuah peranti elektrik, iaitu kipas automatik bersensor inframerah. Murid dapat menghasilkan produk tersebut setelah menggabungjalinkan semua kemahiran yang dipelajari sebelum ini. (Al) Oleh itu, murid dapat mencungkil krealiviti mereka untuk mereka bentuk sesuatu produk. (AP) Tegasnya, kemahiran yang dipelajari dalam subjek RBT dapat memberikan nilai tambah kepada murid untuk bersaing dalam era Revolusi Industri 4.0.
4 Selain itu, (AJ) subjek ini juga dapat melahirkan murid yang berkemampuan untuk menghasilkan inovasi. (AH1) Hal ini dikatakan demikian kerana setiap murid diwajibkan untuk menjalankan projek reka bentuk bagi setiap topik yang dipelajari. (AH2) Projek tersebut dijalankan untuk mengukur kefahaman murid berdasarkan kemahiran yang diajarkan ole guru di dalam kelas. (AC) Sebagai contohnya, murid ditugasi untuk menghasilkan inovasi yang akan dilakukan pada peranti lampu basikal. (Al) Pendedahan murid mengenai pembangunan inovasi dapat memberikan peluang kepada murid mengembangkan kemahiran dan idea mereka dalam bidang teknologi pembuatan. (AP) Oleh hal yang demikian, pembangunan inovasi merupakan perkara penting dalam mata pelajaran RBT untuk menghasilkan murid yang mampu membangunkan produk yang kreatif dan inovatif.
5 Seterusnya, (AJ) kepentingan subjek RBT ialah murid akan dilatih menjadi usahawan. (AH1) Kemahiran yang dimiliki oleh murid dalam bidang-bidang tertentu dapat mendorong mereka untuk menghasilkan produk baharu seperti kipas automatik bersensor inframerah, penggilap kasut magik, beg LED automatik dan sebagainya. (AH2) Oleh itu, mereka boleh memasarkan produk ciptaan mereka sendiri di pasaran tempatan. (AC) Misalnya, murid bole menjual produk mereka menerusi laman sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. (Al) Melalui penjualan tersebut, murid dapat menjanakan pendapatan sampingan. (AP) Oleh itu, jelaslah bahawa subjek in dapat mendidik murid untuk menceburi bidang keusahawanan sejak bangku persekolahan ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6 Sebagai kesimpulannya (A Kspln) jelaslah bahawa mata pelajaran RBT merupakan subjek yang sangat penting kepada murid-murid. Oleh itu, (A Cdgn) guru RBT haruslah memantapkan pengajaran subjek ini dengan pelbagai inovasi supaya murid yang berkemahiran dan berkebolehan dapat dilahirkan. (A Pndpt) Subjek in banyak melibatkan proses berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan menghasilkan reka bentuk produk terkini. (A Pndpt) Oleh itu, guru RBT perlu bijak menggunakan kaedah dan pendekatan pengajaran mengikut keperluan teknologi terkini. (A Pnln) Hal ini bagi memastikan murid berpeluang untuk menghasilkan produk berdasarkan kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah. TerimakasihModul Karangan Terbaik BM SPM KSSM