KARANGAN E-MEL
Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Sebab tidak Menghantar Tugasan Geografi
(AF) Menemui Encik Tarmizi yang kini berada di Pasir Gudang, Johor. (AF) Saya
berharap agar cikgu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. (AF) E-mel
cikgu telah saya terima semalam.
Cikgu Tarmizi,
(AR1) Subjek Geografi merupakan subjek yang saya gemari sejak Tingkatan Satu lagi
(AR2) Pada bulan lepas, cikgu ada memberikan tugasan tentang bentuk muka bumi di
Malaysia. (AR4) Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kerana gagal menyiapkan
kerja-kerja tersebut sehingga kini. (AA) Oleh itu, saya ingin menyatakan sebab-sebab saya
tidak menghantar tugasan Geografi yang telah diberikan oleh cikgu.
Salah satu sebab saya tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut ialah (AJ) ibu saya telah
jatuh sakit dan terlantar di hospital. (AH) Sejak ibu dimasukkan ke hospital yang berdekatan,
saya perlu ke sana selepas waktu persekolahan untuk menjaga ibu yang menghidapi strok.
(AC) Dari pukul dua petang hingga tujuh malam, saya akan berada di hospital untuk membantu
ibu saya makan dan membersihkan diri.
Selain itu, (AJ) saya tidak berhasil untuk menyempurnakan tugasan yang
dipertanggungjawabkan kerana keperluan adik-adik saya juga perlu saya sediakan. (AH) Untuk
pengetahuan cikgu, saya mempunyai lima orang adik yang masih lag bersekolah dan
memerlukan perhatian daripada saya ketika ibu tiada. (AP) Oleh itu, saya tidak dapat
menyiapkan tugasan tentang bentuk muka di Malaysia kerana kekangan masa.
(AF) Saya berharap agar cikgu memaafkan kesalahan saya dan memberikan peluang
kedua kepada saya. (AF) Saya menunggu respons cikgu dalam e-mel yang akan datang.
(AF) Sekian.
Daripada,
Ampssa
KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI
166, Jalan Gasing,
Bukit Gasing,
46050 PETALING JAYA.
_______________________________________
YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil 29 SEPTEMBER 2022
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
No. 1, Jalan Pantai Murni,
Kg Kerinci,
59200 KUALA LUMPUR.
Tuan,
Bantahan Pembinaan Lebuh Raya
(AF) Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat bantahan tentang (AR1) pembinaan lebuh
raya di sepanjang Jalan Gasing sehingga Jalan Templer. (AR2) Pembinaan in akan bermula
pada bulan Januari pada tahun hadapan. (AA) Sebelum kerja-kerja pembangunan ini
dimulakan, saya ingin menyatakan sebab-sebab bantahan dibuat oleh penduduk.
2. (AJ) Sebab utama pembinaan lebuh raya ini tidak patut dilaksanakan ialah kualiti hidup
penduduk setempat akan terjejas. (AH) Apabila kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan,
pencemaran udara dan pencemaran bunyi akan berlaku. (AI) Masalah ini akan menjejaskan
kesihatan masyarakat kerana bunyi bising mengganggu masa rehat dan tidur, manakala
keadaan udara yang kotor tidak baik untuk sistem pernañasan.
3. (AJ) Selain itu, kesesakan lalu lintas akan semakin parah sepanjang operasi pembinaan
lebuh raya ini berlangsung. (AH) Pada waktu puncak, jalan ini akan dipenuhi kenderaan kerana
terdapat lebih daripada tiga buah sekolah di sini. (AC) Misalnya, kereta, motor, dan bas sekolah
akan membanjiri jalan di sini pada pukul tujuh pagi dan enam petang kerana menghantar dan
mengambil murid-murid dari sekolah yang berdekatan seperti SMK La Salle, SMJK Katholik,
dan SMK Assunta.
(A Hrpn) Saya berharap agar bantahan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. (A Hrpn)
Atas segala jasa baik pihak tuan, saya mendahulukan ucapan terima kasih.
(AF) Sekian.
Yang benar,
Amirah
(NURUL AMIRAH)
Wakil Penduduk, Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Tajuk: Kertas Cadangan Penganjuran Minggu Kebudayaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Canggung
Latar Belakang
Kepelbagaian kaum dan etnik membuatkan negara kita kaya dengan berbagai-bagai adat dan
kebudayaan. Warisan nenek moyang ini mash kekal hingga hari ini tetapi tidak semegah
dahulu. Bukan itu sahaja, khazanah yang bernilai ini juga tidak dikenali oleh generasi muda
pada hari ini. Oleh itu, penganjuran Minggu Kebudayaan merupakan salah satu usaha murni
yang akan dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan budaya nenek moyang ini.
Objektif Penganjuran Minggu Kebudayaan
Objektif program in ialah ahli Kelab Kebudayaan ingin memperkenalkan budaya yang ada di
Malaysia tetapi telah dilupakan oleh murid-murid sekolah. Pengaruh media sosial seperti
YouTube, TikTok, dan Instagram telah menjunamkan minda murid-murid ke lembah budaya
asing. Oleh hal yang demikian, Malam Kebudayaan ini perlu dianjurkan oleh pihak sekolah
untuk mendedahkan murid-murid kepada kebudayaan di Malaysia pada bulan Februari nanti.
Persembahan
Sepanjang program in berlangsung, persembahan tarian tradisional daripada pelbagai kaum
dan etnik akan diadakan pada setiap pagi. Ahli-ahli kelab kebudayaan akan mempersembahkan
Tarian Joget, Tarian Zapin, Tarian Kipas, Tarian Bharatanatyam, Tarian Naga, Tarian Sumazau,
dan Tarian Ngajat. Tambahan pula, latar belakang setiap tarian ini akan diperjelas sewaktu
perhimpunan.
Pertandingan
Sepanjang program ini, pertandingan permainan tradisional akan dijalankan selepas waktu
rehat sehingga pukul lima petang. Setiap murid digalakkan untuk meluangkan masa selama
sepuluh hingga tiga puluh minit untuk menyertai beberapa acara yang diminati. Ahli
kebudayaan dan guru yang bertugas akan menerangkan syarat permainan. Permainan seperti
congkak, dam, dan batu seremban merupakan permainan yang akan dipertandingkan.
Sasaran
Program ini menyasarkan semua murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Canggung.
Jangka Masa Program
Program ini akan berlangsung sepanjang dari 7 Februari 2022 hingga 14 Februari 2022.
Persembahan daripada ahli Kelab Kebudayaan akan diadakan pada waktu pagi sebelum
perhimpunan bermula. Selain itu, pertandingan permainan tradisional pula akan diadakan pada
waktu rehat iaitu sepuluh pagi sehingga ima petang.
Hadiah
Peruntukan hadiah akan diberikan bag dua kategori jaitu Kategori Menengah Rendah dan
Kategori Menengah Atas. Untuk setiap kategori pula, jawatankuasa pertandingan
memperuntukkan sebanyak tiga tempat, iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
Penutup
Jawatankuasa mengharapkan program in dapat berjalan dengan baik dan lancarnya demi
memastikan semua murid berpeluang untuk menimba ilmu dan mengenali kebudayaan setiap
kaum di tanah air mereka sendiri.
Disediakan oleh:
Nurel
(NURUL BINTI AZMI)
Setiausaha Kelab Kebudayaan
KARANGAN RESUME
Nama : Nur Fatin Atiqah Binti Zamri
Tarikh lahir : 7 Mei 2003
Kelulusan tertinggi : Sijil Pelajaran Malaysia (2021)
A. Anugerah
● Setiausaha Terbaik Anugerah Kokurikulum 2019
● Tempat Kedua Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah 2019
● Tempat Kedua Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis Peringkat Daerah 2019
● Anugerah Pencapaian Cemerlang bagi subjek Sains Komputer 2019
B. Kemahiran Teknologi Maklumat
● Kemahiran menggunakan perisian aplikasi Microsoft Office, StarOffice, Microsoft Visual
Basic, JAVA, Internet Browser - HTML, Javascript, dan Microsoft Access
C. Kemahiran Bahasa dan Komunikasi
● Keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina
dalam setiap peperiksaan.
● Mahir bertutur dan menulis dalam ketiga-tiga bahasa tersebut.
● Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Jepun
D. Kekuatan Diri
● Saya meminati bidang komputer kerana pengaruh keluarga. Oleh itu, saya memilih
aliran Sains Komputer agar dapat mengikut jejak langkah mereka yang kini berjaya
dalam bidang tersebut. Saya berhasrat untuk membina aplikasi yang berunsurkan didik
hibur pada masa akan datang agar dapat memajukan bidang pendidikan negara.
● Seterusnya, saya juga aktif dalam badan beruniform iaitu Kadet Polis. Selain memegang
jawatan sebagai setiausaha, disiplin yang diterapkan dalam unit ini menjadikan saya
seseorang yang sangat menepati masa dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan
‘'Mesra, Cepat, dan Betul’ menjadi pegangan setiap ahli termasuklah diri saya.
● Selanjutnya, saya juga berupaya untuk mengendalikan pelbagai tugas dalam satu-satu
masa. Perkara ini terbentuk dalam diri saya sejak saya mempelajari aspek pengurusan
masa sewaktu di sekolah menengah. Oleh itu, saya dapat menyiapkan segala tugasan
sebelum tarikh yang ditetapkan.
E. Maklumat untuk Dihubungi:
A-3-13, Block LC 3A,
Taman Sri Manja,
46000 PETALING JAYA.
No. Telefon: 0126793439
E-mel : [email protected]
F: Rujukan
Puan Nilofa binti Jalaludin
No Telefon : 0197394753
E-mel : [email protected]