The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norfaizah Omar, 2023-11-11 20:15:00

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA Soalan : (Domain Kerjaya) SHAH ALAM- Bank Rakyat menyasarkan objektif untuk melahirkan bangsa usahawan seiring dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi pelaksanaan pelbagai program latihan selain menyediakan pembiayaan bagi golongan tersebut. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, MEDAC akan terus merancang pelan tindakan dalam masa terdekat bag memandu, mengurus dan melahirkan bangsa usahawan menerusi kerjasama pelbagai institusi dan agensi. Sumber: Sinar Harian, 26 September 2021 Petikan akhbar di atas menunjukkan pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu usahawan di Malaysia. Setiap usahawan yang ingin berjaya pula perlu membuat persediaan sebelum menceburi bidang ini. Huraikan persediaan-persediaan tersebut. Strategi: Tema: Keusahawanan Fokus : Persediaan-persediaan untuk menjadi usahawan berjaya Format: Umum Isi: Persediaan-persediaan untuk menjadi usahawan berjaya (a) Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu keusahawanan. (b) Usahawan mempunyai modal yang mencukupi. (c) Usahawan sentiasa berfikiran positif.


Karangan Contoh: (AR1) Bidang keusahawanan memainkan peranan penting untuk memajukan ekonomi negara kerana bidang in merupakan mangkin kepada kemakmuran negara. (AR2) Sebagai usahawan, mereka boleh melibatkan diri dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), perusahaan dalam talian, dan produk makanan. Usahawan yang berjaya ialah insan yang menghargai masa dan banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. (AR4). Menurut Datuk Wira Azizan Osman, iaitu seorang pakar motivasi, beliau menyatakan bahawa orang yang berjaya sentiasa bersedia mendahului masa, manakala orang yang gagal, masa sentiasa mendahului mereka. (AA) Oleh hal yang demikian, usahawan yang ingin berjaya dalam bidang in perlulah membuat pelbagai persediaan sebelum bergelar usahawan yang berjaya.


(A.J) Antara persediaan yang perlu dilakukan ialah usahawan perlu memiliki ilmu keusahawanan. (AH1) Mereka boleh mencari ilmu dengan melayari Internet, membaca buku yang berkaitan dengan perniagaan atau mengikuti seminar keusahawanan. (AH2) Melalui usaha in, mereka dapat mengetahui cara-cara berniaga dan risiko yang akan dialami. (AC) Misalnya, bakal usahawan boleh menyertai Seminar Nak Ubah Hidup yang dianjurkan oleh usahawan terkenal, Datuk Wira Azizan Osman. (AC) Mereka juga boleh menjadikan usahawan-usahawan terkenal seperti Datuk Jimmy Cho sebagai idola mereka. (AI) Selepas mendapat maklumat berkaitan dengan perniagaan dalam pelbagai bentuk, mereka akan berasa lebih yakin untuk memulakan perniagaan. (AP) Dengan itu, seseorang yang mempunyai ilmu perniagaan yang mencukupi mampu menjadi usahawan yang berjaya.


Selain itu, (AJ) usahawan perlu mempunyai modal yang mencukupi kerana modal merupakan keperluan utama untuk memulakan sesuatu perniagaan. (AH1) Modal diperlukan untuk menyewa tapak perniagaan, menyediakan kelengkapan dan membayar upah pekerja. (AC) Sebagai contohnya, usahawan yang melibatkan diri dalam perniagaan produk makanan memerlukan modal untuk membeli barang mentah, mesin memproses bahan mentah dan pekerja yang menguruskan pengeluaran bahan.(AH2) Sekiranya mereka memerlukan bantuan modal, usahawan boleh membuat pinjaman daripada Tekun Nasional, Bank Rakyat dan Agro Bank yang menyediakan pinjaman kepada individu yang ingin memulakan perniagaan. (Al) Bantuan yang diperoleh dapat meringankan beban kewangan mereka. (AP) Oleh itu, usahawan perlu memiliki modal yang mencukupi sebelum melibatkan diri dalam bidang ini.


Akhir sekali, (AJ) usahawan juga perlu berfikiran positif. (AH1) Seseorang yang memiliki sifat ini akan menganggap bahawa segala masalah yang dihadapi sebagai satu peluang. (AH2) Mereka tidak berputus asa dan mencari jalan untuk menyelesaikannya, bertepatan dengan peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (AC) Sebagai contohnya, usahawan akan berhadapan dengan masalah pasaran. (AC) Mereka mampu menangani masalah pasaran dengan membuat promosi di media sosial. (AI) Apabila masalah dapat ditangani, jiwa menjadi lebih tenang dan mereka tidak akan menghadapi kemurungan. (AP) Jelaslah bahawa usahawan yang berjaya sentiasa berfikiran positif dan dapat menjalani kehidupan dengan cerianya.


Sebagai kesimpulannya, (A Ksplny) usahawan yang berjaya mestilah membuat persiapan yang rapi sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan. (A Cdgn) Dalam hal ini, setiap usahawan perlulah melengkapkan dir dengan segala ilmu berkaitan dengan keusahawanan agar mereka tidak mudah gulung tikar apabila menghadapi masalah kewangan. (A Pndpt) Mereka juga seharusnya berusaha untuk memastikan perniagaan mereka maju dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka. (A Pndpt) Dalam hal ini, usahawan yang kreatif dan berdaya saing mampu mengubah keadaan hidupnya dan juga masyarakat di sekitarnya. (A Pndpt) Sesungguhnya, usahawan yang hebat berupaya meningkatkan pendapatan negara dan dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Kredit to : Modul Karangan Terbaik BM Mokateks


Click to View FlipBook Version