The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norfaizah Omar, 2022-05-04 21:39:52

Peristiwa penting NOVEL

Peristiwa penting NOVEL

Keywords: Novel

Peristiwa
penting dalam

Novel Di
Sebalik Dinara

dan Silir
Daksina

MARI BELAJAR
SAMBIL BERHIBUR

KVM

Novel Silir Daksina

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
beberapa usaha yang dilakukan oleh watak utama untuk mencapai
cita-cita yang dihasratkan. Usaha yang pertama ialah watak utama iaitu
Haiqal menaiki bas seorang diri menuju ke Johor berpandukan alamat dan
maklumat yang tercatat di dalam sebuah manuskrip lama. Haiqal dihantar
oleh sahabatnya ke perhentian bas kerana dan menolak untuk dihantar oleh
walidnya. Usaha ini membolehkan watak utama mencapai cita-cita yang
diharapkan, iaitu menunaikan amanat arwah ayahnya untuk menghidupkan
Aksara.
Usaha yang kedua pula Haigal berkenalan dengan orang-orang kampung
yang mengenali arwah ayahnya. Orang pertama yang ditemui ialah Wak
Sakimin peniaga warung roti canai dan isterinya. Kemudian dia bertemu
Tauke Ong yang akhirnya membawanya ke rumah arwah ayahnya yang
terletak bersebelahan dengan rumahnya. Dengan usaha ini, watak utama
semakin mencapai cita-cita yang diharapkan, iaitu menunaikan amanat
arwah ayahnya untuk menghidupkan Aksara.

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina, hasil karya Nizar Parman.
Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan unsur kasih
sayang yang diterapkan oleh pengarang kepada pembaca yang
terdapat dalam novel ini. Peristiwa pertama ialah Abdul Fatah ayah tiri
Haikal tidak pernah membezakan kasih sayangnya antara Haikal
dengan adiknya Asiyah. Malah dia telah meladeni Haikal dengan
baiknya selama ini. Peristiwa ini jelas menunjukkan unsur kasih sayang
seorang ayah tiri terhadap anak tirinya yang diterapkan oleh pengarang
kepada pembaca. Peristiwa kedua ialah Cikgu Amirunizam, sering
menatap potret anaknya Aiman pada setiap malam kerana terlalu
merindui anaknya. Kadangkala dia menangis apabila kerinduannya
terhadap Aiman kemucak. Peristiwa ini jelas menunjukkan unsur kasih
sayang seorang ayah terhadap anaknya yang sudah lama tidak
berjupa yang diterapkan oleh pengarang kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina yang dikarang oleh Nizar
Parman. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan
kebijaksanaan dalam novel ini. Peristiwa pertama ialah peristiwa
Cikgu Amirulnizam (Abdullah bin Kayan) dapat mengesani potensi
yang ada pada anak Tauke Lim (Tauke Ong) iaitu Ai Ling (Ong See
Hwa) sehingga dia berjaya memenangi dalam pertandingan
mendeklamasi puisi di sekolahnya. Peristiwa ini menunjukkan
kebijaksanaan watak untuk mengenal pasti potensi murid supaya
digilap menjadi permata berlian. Peristiwa kedua ialah Haigal
merancang strategi untuk menghidupkan kumpulan zapin D'
Purnama di Kampung Purnama dengan baik dan lancarnya.
Peristiwa ini menunjukkan kebijaksanaan watak utama merancang
strategi untuk menghidupkan warisan nenek moyang.

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina yang dikarang oleh Nizar
Parman. Terdapat dua peristiwa yang mencabar watak utama, iaitu
Haiqal. Cabaran pertama ialah watak utama menghadapi kemusykilan
untuk mengetahui asal usul tentang arwah ayahnya selepas menerima
bungkusan dari negeri Johor. Contohnya, Haiqal menerima sebuah
bungkusan dan pengirimnya seorang berbangsa Cina, iaitu Ong See
Hwa. Terdapat sebuah manuskrip di dalam bungkusan itu dan alamat
tertulis pula sama dengan alamat tercatat dalam sijil kelahirannya
sedangkan dia tidak mempunyai teman di Johor. Cabaran kedua ialah
watak utama tiada pengalaman untuk mengurus kebun-kebun di
kampung arwah ayahnya. Contohnya, Haiqal memberitahu Tauke Ong
bahawa dia tiada pengalaman dalam pengurusan kebun semasa Tauke
Ong menyerahkan duit simpanan dan segala hasil jualan kelapa sawit
daripada arwah ayahnya kepadanya. Tauke Ong menasihati Haiqal
bahawa segala hal ini perlu dipelajari oleh Haiqal dengan baiknya.

Novel yang telah saya kaji ialah Silir Daksina, karya Nizar Parman. Terdapat
banyak teladan yang cuba diterapkan oleh pengarang kepada pembaca.
Antara teladannya ialah kita hendaklah sentiasa mengamalkan semangat
kerjasama agar segala aktiviti yang dilakukan bersama dapat dilaksanakan
dengan sempurnanya. Sebagai contohnya, penduduk Kampung Seri
Purnama sentiasa bekerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti dan acara
yang dijalankan di kampung itu seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat Mukim di situ.
Teladan lain yang cuba diterapkan oleh pengarang kepada pembaca ialah
kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita walaupun sekadar anak angkat.
Sebagai contohnya, Walid selaku ayah tiri Haigal akan menampung segala
perbelanjaan Haigal sepanjang dia berada di Johor kerana umi Haigal
mengatakan bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya
dia ke kampung arwah ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan.

Silir Daksina, karya Nizar Parman Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina yang
dikarang Nizar Parman. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan
tanggungjawab yang perlu dicontohi oleh pembaca dalam novel ini
Peristiwa yang pertama ialah Haigal seorang anak muda yang
bertanggungjawab untuk meneruskan hasrat arwah ayahnya. Setelah habis
membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya, Haiqal pulang
ke kampung ayahnya dan berusaha gigih menghidupkan kembali kumpulan
zapin di Kampung Seri Purnama walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan
dalam kesenian tersebut. Peristiwa ini menunjukkan tanggungjawab sebagai
seorang anak untuk menunaikan hasrat arwah ayahnya yang berjuang untuk
mempertahankan warisan tradisi bangsanya Peristiwa yang kedua pula ialah
Ong Swee Hwa bertanggungjawab untuk menunaikan janji sahabat baiknya,
Abdullah Kayan. Ong Swee Hwa telah mengirimkan manuskrip kepada Haigal
untuk merungkaikan misteri kehidupan sebenarnya ayahnya. Peristiwa ini
menunjukkan tanggungjawab sebagai sahabat yang prihatin untuk menjayakan
usaha sahabat yang memelihara kesenian zapin di kampung.

Novel yang telah saya kaj ialah Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat
memberikan kesedaran kepada pembaca. Peristiwa pertama
ialah Tauke Ong menyerahkan semua buku bank dan wang
simpanan hasil jualan kelapa sawit kepada Haiqal ketika Haiqal
pulang ke Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini menyedarkan
pembaca tentang kepentingan sikap kejujuran dalam tugas
menjaga harta seseorang.
Selain itu, peristiwa kedua ialah Haigal dan penduduk
Kampung Seri Purnama berusaha untuk menghidupkan tarian
zapin yang pernah dipopularkan oleh Abdullah bin Kayan
semula. Peristiwa ini menyedarkan pembaca tentang
kepentingan semangat kerjasama untuk menjaga warisan seni
budaya agar tidak pupus ditelan zaman.

Novel yang saya kaji semasa di tingkatan 5 ialah Silir Daksina,
karya Nizar Parman. Terdapat konflik yang dihadapi watak
utama dalam novel ini. Konflik pertama ialah pertentangan
pendapat antara anak dengan ibu. Buktinya, Haiqal bertekad
untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun
ditentang hebat oleh uminya, Rafiqah. Konflik kedua ialah
perbezaan kehendak seorang ibu dengan kehendak seorang anak
berkaitan tentang cita-cita anak pada masa hadapan. Buktinya
Umi tidak mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang
sastera tetapi umi mah Haigal menyambung pelajarannya dalam
bidang perniagaan agar Haigal dapat meneruskan perniagaan
batik milk keluarganya.

Di Sebalik
Dinara

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang
Noor. Terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama,
iaitu Farisha dalam novel ini. Konflik pertama ialah konflik watak utama
dengan abang tentang status dirinya. Buktinya, Farisha terkejut dan
terkilan apabila mengetahui bahawa dia merupakan anak angkat
kepada keluarga Azraai Konflik in amat menyedihkan lagi, apabila
Farisha mengetahui bahawa dia seorang anak tidak sah taraf.

Konflik kedua ialah konflik watak utama dengan ibu tentang tindakan
ibunya yang pernah ingin membunuh diri. Farisha berkonflik dengan
bunya yang bernama Marilyn atau Medina apabila mengetahui ibunya
itu cuba membunuhnya semasa dia kecil. Buktinya, Farisha melarang
ibu kandungnya mendekatinya dan memalingkan muka apabila ibunya
mengucup pipinya.

Novel yang saya kaji ialah Novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor. Terdapat beberapa unsur kasih sayang yang
diterapkan oleh pengarang kepada pembaca. Unsur kasih
sayang yang pertama ialah kasih sayang antara seorang
adik dengan abang. Sebagai contohnya, Farisha amat
menyayangi abang angkatnya, Azraai dan dia menangis
apabila mengetahui abangnya menghadapi masalah jantung

Unsur kasih sayang yang kedua pula ialah kasih sayang
antara seorang anak perempuan terhadap ayahnya. Sebagai
contohnya, Farisha sayang akan ayahnya, Karl dan dia
berasa sangat sedih apabila melihat ayahnya terlantar sakit
walaupun baru kali pertama berjumpa.

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara yang
dikarang oleh Dayang Noor. Terdapat banyak sindiran pengarang kepada
masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Sindiran pertama ialah
pengarang menyindir masyarakat yang sengaja mendampingi seseorang
untuk sesuatu motif. Sebagai contohnya, Aqram menjejaki Farisha dan
sengaja mendampinginya semasa di Hotel Renaissance dengan
menawarkan satu projek mini di Soft Lab kepada Farisha supaya Farisha
boleh bekerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara dan syarikat Soft
Lab. Sindiran kedua ialah pengarang menyindir masyarakat yang
mengorbankan orang lain demi kepentingan diri. Sebagai contohnya, Dr.
Maxi menjadikan Shida sebagai bahan uji kaji dengan tidak mah
memadamkan ingatan Shida sepanjang lima minit itu walaupun mengetahui
bahawa tindakan in akan merosakkan otak Shida kerana mahu mengetahui
perkara yang berlaku dalam minda Shida selama lima minit itu.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Nor. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan masyarakat
yang berdedikasi semasa menjalankan tanggungjawab atau
tugas yang diamanahkan. Peristiwa pertama ialah kesungguhan
Akram menyelesaikan tugasan khas yang diberi oleh Dr. Maxi
kepadanya untuk menjejaki Farisha. Peristiwa ini menunjukkan sikap
dedikasi seorang pekerja menjalankan tugas yang diberikan
kepadanya walaupun terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk
menyelesaikannya.
Peristiwa kedua ialah Azraai cuba menyembunyikan Farisha di
tempat yang selamat daripada dijejaki oleh ibu kandungnya, Medina.
Peristiwa ini menunjukkan kesungguhan seorang abang untuk
melindungi keselamatan adiknya daripada ancaman musuh.

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara yang dikarang oleh Dayang
Noor. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan pertentangan
antara watak utama dengan watak yang lain yang terdapat dalam
novel ini. Peristiwa pertama ialah Farisha tidak bersetuju dengan tindakan
abangnya, Azraai yang dirasakan mengongkong kehidupannya dan
membataskan kebebasannya akhir-akhir ini. Peristiwa in menunjukkan
bahawa watak utama menentang abangnya yang cuba mengawal
gerak-gerinya.

Peristiwa kedua ialah Marilyn cuba untuk memeluk Farisha tetapi dia
menjerit dan cuba mengelak pelukan tersebut. Farisha mengasari bunya
dengan mengatakan bahawa bunya gila dan ingin membunuhnya dahulu.
Peristiwa in menunjukkan bahawa watak utama menentang bunya yang
merindui dirinya dan cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar yang
berlaku.

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara yang dikarang
oleh Dayang Noor. Terdapat dua perbuatan baik yang perlu
diteladani oleh pembaca dalam novel ini. Perbuatan baik
yang pertama ialah mengambil berat keselamatan ahli
keluarga walaupun berbeza pertalian darah. Sebagai
contohnya,, Azraai mengambil berat keselamatan adik
angkatnya, iaitu Farisha dengan melarikan Farisha daripada
ibu Farisha, iaitu Marilyn yang sangat taksub dengan Sains
dan sanggup mengorbankan anak sendiri demi Sains. Selain
itu, perbuatan baik yang kedua ialah mengucapkan terima
kasih atas pemberian orang kepada kita. Sebagai contohnya,
Farisha mengucapkan terima kasih kepada Arqam kerana
menyediakan kemudahan yang terbaik di tempat kerjanya.

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara yang dikarang Dayang Noor. Terdapat
dua peristiwa yang menunjukkan keprihatinan masyarakat yang perlu
dicontohi oleh pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang pertama ialah Azraai
mengambil berat keadaan adik angkatnya, Farisha yang sedang dirawat di hospital
dan Azraai juga ingin menjaga hati adik angkatnya untuk menerima hakikat bahawa
dirinya anak tidak sah taraf. Peristiwa ini menunjukkan keprihatinan bahawa
sebagai seorang abang yang menyayangi adik, seseorang itu perlu sentiasa
menjaga perasaan anggota keluarga untuk membahagiakan mereka dalam
kehidupan.
Peristiwa yang kedua pula ialah Azraai sering memantau pergerakan adik
angkatnya, Farisha dengan memasang alat kawalan keselamatan di apartmen
Farisha. Peristiwa ini menunjukkan keprihatinan sebagai seorang abang yang
melindungi keselamatan adik untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan
oleh ibu bapa.

Novel yang saya kaji ialah Di sebalik Dinara yang dikarang oleh
Dayang Nor. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan
keberanian seseorang watak yang terdapat dalam novel ini.
Peristiwa pertama ialah Farisha telah bersetuju menerima tawaran
sebayak RM1.5 juta daripada Soft Lab untuk menggodam Sistem
Dinara setelah berbincang dengan abangnya, Azraai Peristiwa ini
jelas menunjukkan keberanian seseorang watak yang berani
menempuh cabaran dan risiko dalam dunia perniagaan.

Peristiwa kedua ialah Azraai mendedahkan identiti sebenar Farisha
dengan berterus terang kepada Farisha bahawa adiknya itu
merupakan anak angkat kepada ibu bapa mereka walaupun dia tahu
adiknya akan berasa sedih akan hakikat itu. Peristiwa ini jelas
menunjukkan keberanian seseorang watak yang berani mengambil
risiko mendedahkan kebenaran sesuatu perkara.

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak
utama. Cabaran pertama ialah masalah untuk berhadapan dengan
kecanggihan teknologi. Sebagai contohnya, Shida mendaftarkan
retina mata Farisha di retinal scanner supaya dia mudah masuk ke
dalam rumah nanti.
Cabaran kedua ialah kesukaran untuk menyelesaikan tugasan yang
mencabar dan berisiko tinggi. Sebagai contohnya, Dr. Maxi meminta
Farisha dan Rosman menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab
yang merupakan infrastruktur kepada sistem pengkomputeran awan.

Semoga
memberi manfaat

Mudah bukan?


Click to View FlipBook Version