The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norfaizah Omar, 2021-10-04 09:35:23

Karangan Resume KSSM

Karangan Resume KSSM

Standard kandungan
3.4 Menulis untuk sesuatu penulisan secara terancang.

Standard pembelajaran
3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara
terancang.

Langkah - langkah penulisan resume
1. Mengenal pasti jawatan yang ingin dipohon.
2. Pastikan anda mengenal pasti apakah keperluan jawatan yang anda ingin
memohon.
3. Oleh itu, anda perlu hanya memasukkan maklumat penting dan bersesuaian
untuk jawatan yang hendak dipohon sahaja. (berdasarkan kehendak soalan /
pilihan)

Soalan
Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan jawatan kosong. Berdasarkan
iklan-iklan tersebut, sediakan satu resume yang lengkap bagi memenuhi salah satu iklan yang
diminati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Format Penulisan Resume Peringkat KSSM / 30 markah.
1. Butir-Butir Diri
2. Kemahiran Teknologi Maklumat -
3. Kemahiran Bahasa
4. Potensi Diri
5. Alamat Untuk Dihubungi
6. Rujukan

A. Butir-butir

Nama : Sofia Jane Binti Abdullah

Tarikh lahir : 12 Januari 2001

Kelulusan tertinggi : Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ( 5A / 4B)

Anugerah :

- Pencapaian terbaik PT3 dalam peringkat sekolah pada tahun 2021

- Tokoh Kokurikulum Sekolah dianjurkan Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan

- Tokoh Kepimpinan Muda dianjurkan oleh Kem Pengawas Peringkat Negeri

B. Kemahiran Teknologi Maklumat
- Kemahiran menggunakan perisian Mikrosoft Office bagi menyiapkan tugasan
- Kemampuan menghasilkan video kreatif bersama rakan
- Penguasaan reka bentuk grafik sejak tahun 2017

C. Kemahiran Bahasa
- Kepujian dalam bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi utama di rumah dan bahasa perantaraan
utama di sekolah sebelum ini.

D. Potensi Diri
- Keterampilan yang baik dalam bidang yang diceburi
- Semangat yang tinggi dan mudah bekerjasama dalam kumpulan
- Berkepimpinan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
- Mempunyai jati diri yang cemerlang
- Bersedia melakukan tugas dan menerima tanggungjawab sebagai pekerja baharu.
- Jujur dan sedia menerima cabaran sebagai guru tadika
- Berkebolehan berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat
- Boleh bekerja di bawah tekanan

E. Alamat untuk dihubungi
34, Taman Tengah,
Jalan Parit Tengah,
81233 Muar, Johor.
E-mel : [email protected]
No telefon : 010-1224 455

E. Rujukan
Norfaizah Binti Omar
010-7178 207


Click to View FlipBook Version