KELAS BAHASA MELAYU
TARIKH : 27 SEPTEMBER 2021 / ISNIN
TAJUK : RUMUSAN
Standard Kandungan : Membaca,
mengenal pasti dan menjelaskan
maklumat tersurat dan tersirat dengan
betul daripada pelbagai bahan primer.
Myvisa Halaman 86
Baca petikan dan dialog yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 : Petikan
kebaikan membaca
Menurut laman web worldatlas.com terdapat 10 buah negara yang paling banyak membaca di dunia
pada tahun 2019. Negara tersebut ialah India selama 10 jam 42 seminggu, diikuti Thailand
(sembilan jam), China (lapan jam), Filipina (tujuh jam 36 minit), Mesir (tujuh jam 30 minit),
Republik Czech (tujuh jam 24 minit) Sweden (tujuh jam enam minit), Perancis (enam jam 48
minit) dan Arab Saudi (enam jam 48 minit).
KEBAKEBUFAKCACIKE
Masyarakat dunia memanfaatkan masa dengan membaca bahan berkualiti. Hal ini demikian kerana
membaca dapat menjaga otak untuk terus kekal aktif. (kebaikan) Sama seperti anggota badan
yang lain, otak juga memerlukan senaman supaya kekal kuat dan sihat. Oleh itu, senaman otak yang
paling berkesan ialah membaca. Menurut kajian, aktiviti membaca boleh mengurangkan tekanan
yang dihadapi seperti masalah peribadi dan masalah di tempat kerja.(kebaikan) Membaca juga
boleh menambahkan pengetahuan kerana maklumat yang kita baca akan tersimpan di dalam
otak. (kebaikan) Kita boleh menggunakan maklumat baharu yang diperoleh semasa pembacaan
dalam pekerjaan, pengajaran, pembelajaran, perbualan atau ketika menjawab soalan.
Membaca boleh menambahkan perbendaharaan kata (kebaikan) dan perlu diakui bahawa
semakin banyak kita membaca semakin banyak perkataan yang kita peroleh. Membaca juga boleh
menguatkan daya ingatan (kebaikan) kerana ketika membaca novel misalnya kita perlu mengingati
pelbagai watak, latar belakang cita-cita dan sejarah serta pelbagai plot cerita. Pada waktu yang sama,
membaca boleh meningkatkan kemahiran berfikir analitik yang lebih kukuh (kebaikan).
Sekiranya mempunyai peluang untuk membincangkan buku yang dibaca dengan orang lain, kita akan
dapat menyatakan pendapat dengan jelas dan mendalam.
Dipetik dan diubah suai daripada “Rencana Budaya Membaca”,
Oleh Sham A. KAdir, Dewan Siswa, April 2020.
Rumusan membincangkan kebaikan membaca bahan berkualiti, ciri-ciri bahan bacaan yang tidak
berkualiti dan keburukannya.
Kebaikan
Ciri
Keburukan
Kesimpulannya, bahan bacaan yang berkualiti perlu dibaca oleh semua lapisan masyarakat
agar kita semua mendapat manfaatnya.
Kebaikan membaca bahan berkualiti
1. aktiviti membaca boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi seperti masalah peribadi dan
masalah di tempat kerja.(kebaikan)
2. Membaca juga boleh menambahkan pengetahuan kerana maklumat yang kita baca akan
tersimpan di dalam otak.
3. Membaca boleh menambahkan perbendaharaan kata
4. Membaca juga boleh menguatkan daya ingatan
Ciri bahan bacaan yang tidak berkualiti
1. Bahan tersebut banyak di pasaran
2. mudah dilayari di Internet.
Keburukan membaca bahan tidak berkualiti
1. Kita juga akan terpengaruh dengan perkara negatif.
2. penguasaan ilmu kita tidak akan bertambah.
Bahan 2 : Dialog keba kebu fak ca ci ke
Salina : Apakah bahan bacaan yang tidak berkualiti?
Cikgu : Bahan bacaan yang tidak berkualiti ialah novel berunsur pornografi, majalah hiburan
dan buku-buku yang ditulis tidak mengikut hukum tatabahasa. Bahan tersebut
banyak di pasaran dan mudah dilayari di Internet. (ciri bahan bacaan yang tidak
berkualiti
Salina : Apakah keburukannya jika kita membaca bahan yang tidak berkualiti?
Keburukan membaca bahan yang tidak berkualiti.
CIkgu: Membaca bahan yang tidak berkualiti hanya membuang masa kerana tidak mendatangkan
apa-apa faedah. Selain itu, kualiti bahasa juga akan merosot kerana membaca bahan
yang salah hukum tatabahasanya. Kita juga akan terpengaruh dengan perkara negatif.
Malah, penguasaan ilmu kita tidak akan bertambah.
4 keburukan
Salina: Jelaslah saya cikgu. Nampaknya kita perlu mengutamakan bahan bacaan yang berkualiti.
Semoga memberi manfaat