The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Qurratul Yusof, 2022-05-09 02:27:59

ETIKA & PENGHAYATAN GP 5

ETIKA & PENGHAYATAN GP 5

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

5.3 : KONSEP & PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM
ACUAN MALAYSIA

5.4 : KEPELBAGAIAN IDEA "BANGSA IDAMAN "

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. SITI NURSYARIZAH BINTI ZAMRI 14DPR21F2055

2.QURRATUL KHAIRIAH BINTI YUSOF 14DPR21F2039

3.ANEESA IZZATY BINTI ISMAIL 14DPR21F2048

4.NUR ARDINI SAHIRA BINTI ZULKIFLI 14DPR21F2038



ISI KANDUNGAN M/S
4-5
BIL KANDUNGAN 6 - 10
1. PENGENALAN
2. KONSEP &PEMBENTUKAN 11 - 14

NEGARA BANGSA DALAM ACUAN 15
MALAYSIA 16
3. KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA
IDAMAN”
4. KESIMPULAN
5. RUJUKAN

PENGENALAN

Konsep negara bangsa dalam acuan Malaysia merupakan satu matlamat yang penting dalam
melahirkan pembinaan bangsa dalam olahan acuan beridentitikan Malaysia dalam suasana
damai dan harmoni. Perpaduan negara dan intergrasi nasional merupakan mekanisme yang
penting untuk untuk menzahirkan impian matlamat tersebut. Impian untuk mewujudkan
bangsa Malaysia hanya akan menjadi realiti apabila rakyat bersedia untuk menerima wawasan
dan gagasan satu negara satu bangsa.
Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang dimpikan oleh sesebuah negara melalui
konsep satu bangsa, satu identity. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah
negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentiment
perkauman, keturunan, agama, Bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh
membawa kepada perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama
dalam persoalan nasional.
Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk semenjak tahun 1957. Latar belakang
dan latar hadapan kepada projek negara-bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam
memberi makna kepada apa yang dinamakan sebagai Bangsa Malaysia.

Malaysia, yang berlatarbelakang empat tiang utama agama, bahasa, budaya dan raja
telah memberikan citra utama kepada identiti kebangsaan. Keempat-empat tiang ini
menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk pada sekumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Seterusnya, bangsa
adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu
berteraskan perkongsian etnik, budaya, dan sejarah. Bangsa idaman juga seringkali
dikaitkan dengan pertalian darah.

Walaupun wujud pelbagai perpektif, sentiment yang membentuk bangsa ialah perasaan
kebersamaan atau ‘belonging together’. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa
adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan
kekitaan Bersama dalam sesebuah negara.

5.3 : KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA DAN
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

• Sebuah negara bangsa memiliki :
-satu anak watan yang lahir dalam sebuah negara
-satu kumpulan etnik
-satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain

• Negara yang berdaulat dengan merdeka tanpa dijajah minda dan fizikal . Perseketuan Tanah Melayu
diisyitiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Lahirnya sebuah negara dan bukannya sebuah
bangsa .

• Lantaran itu , Persekutuan Malaysia telah bermula pada 16 September 1963 .
• Wujudnya , negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia sebagai contohnya Abdul Rahman

Embong .
• Konsep negara dan bangsa perlu diberi keutamaan agar penyatuan masih berjalan dan terus diberi

perhatian supaya Hasrat untuk menjadikan satu negara mengandungi satu bangsa dapat dikecapi .
• Salah satu langkah ke hadapan dalam mewujudkan satu negara dan satu bangsa .
• Tanpa mengira fahaman politik , agama dan bangsa .
• Cara-cara yang boleh diberikan afeksi ialah :



• Ku hasnan Ku Halim menjelaskan membentuk negara dan bangsa menurut acuan Malaysia .
• Kita seharusnya menekankan beberapa perkara iaitu untuk mengurus isu perpaduan negara dan

intergasi nasional .
• Acuan selalu menggunakan untuk menyusun atur , merancang dan melaksanakan pembangunan dan

pemerintahan di Malaysia .
• Kemajmuk rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan budaya , agama dan bahasa mereka untuk

menjadi perkiraan asas dalam negara ini untuk terus komplet .
• Penubuhan parti Perikatan UMNO-MCA-MIC
• Dengan itu, semangat permuafakatan kaum adalah acuan pertama yang terbina rakitan daripada

kemahuan Bersama rakyat yang mahu memerdekakan negara daripada penjajah Inggeris.

•Perundingan politik yang dicipta ini terus kekal sehingga kini dengan menjadi teras kepada
permuafakatan antar kaum di negara.
• Sejarah telah mencatatkan satu peristiwa hitm apabila pada tahun 1969.
• Pada tahun 1969, telah berlaku rusuhan kaum sebab dalam negara terdapat segelintir kaum hanya

mementingkan kaum mereka.
• Perpaduan negara kita menjadi matlamat utama untuk mendapat kemerdekaan dan pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan pembentukan negara industri, demokratik
dan progresif melangkahi Dasar Wawasan Negara.

• Acuan seterusnya,ialah melalui pembangunan pembangunan ekonomi negara.

• la dapat diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang adil antara kaum, golongan miskin dengan
kaya, kawasan desa dan perbezaan wilayah.

• Lantaran itu, ia juga dapat menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di Malaysia
denagn berjalan secara berterusan.

• Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat untuk menjadi negara maju dalam aspek struktur
masyarakat berasaskan pertanian telah mengalami perubahan kea rah budaya hidup kelas menengah.

• la mengutamakan kepenggunaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Pemodenan dan Pembangunan
telah Berjaya menghakis sentiment lama.

• Yang kerap dikaitkan dengan etnik dan agama.

• Acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang Berjaya menguruskan isu perkauman dan agama dalam
bentuk pentadbiran negara . Matlamat sampingan ialah untuk memastikan masalah sosial dan setiap
perubahan dalam masyarakat dapat diurus dengan baik dalam kerangka negara dan bangsa.

#Rukun Negara membantu dalam merealisasikan kesinambungan dan kemakmuran hidup dengan
menjaga aman damai dan sejahtera dalam kaum masing- masing.



5.4 : KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”

• Kerajaan dan rakyat Malaysia mengidamkan perpaduan dan ia dinamakan sebagai “ bangsa idaman”
iaitu sebuah harapan sebuah idaman dan impian dalam mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia
yang menjadi satu bangsa dan negara.

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
⚫Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2019) hasrat mewujudkan bangsa idaman di Malaysia tercetus
sejak sebelum merdeka lagi.
⚫Wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk berjuang
mendapatkan kemerdekaan dalam bangsa.
Sebagai CONTOH kalangan kelompok;kelompok strategik nasional Melayu iaitu terdapat tga jalur bangsa
aman.

✓Kelompok pertama :
“Melayu Raya” anjuran kelompok strategi kiri melayu.

✓Kelompok Kedua :
“ Negara Islam” anjuran kelompok strategik berorentasi islam.

✓Kelompok Ketiga :
Masyarakat majmuk pimpinan Melayu iaitu kelompok strategi tiga rangkai etnik yang diterima oleh pihak
jalur ketiga melalui JawatanKuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada tahun 1949.

⚫Memperkenalkan konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal
1960an.
⚫Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran , Beliau memperkenalkan Gagagasan 1 Malaysia
sebagai bangsa idaman pada pentabiran beliau.
⚫Di Borneo wujud konsep seperti “Sabah for Sabahan” dan “Sarawak For Sawarakian” namun konsep di
Sabah dan Sarawak ini tidaklah porpular dalam konteks yang lebih umum.
⚫Konsep bangsa idaman iniah yang diangkat oleh parti-parti politik seperti BERSATU,UMNO dan PAS.
⚫Khususnya perlu melihat agenda negara bangsa ini lebih penting dariipada agendaagenda lain untuk
rakyat malaysia dalam membina peradaban majmuk di Malaysia supaya generasi masa hadapan dapat
menikmati kehidupan yang lebih aman sampai bila-bila.

BANGSA IDAMAN,SEBELUM MERDEKA
⚫Sebelum Merdeka

✓ Pergerakkan nasionalisme merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka
bangsa idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan
sesuai dengan agenda ekonomi,politik,sosial dan budaya masing-masing.

⚫ Selepas Merdeka

✓Keinginan kolektif untuk mempunyai suatu”identity nasional sepunya” atau sebuah bangsa.Idea dan
wacana mengenai identity nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa
idaman,,atau wajah Malaysia yang mereka inginkan.
✓Antara bangsa idaman utama pasca merdeka 1957,konsep “Malaysian Malysia” anjuran kelompok
strategik singapura awal 1960an dan Malaysia akhir 1990an.
✓Bangsa idaman pegangan pemerintah 1957-2018, “masyarakat majmuk pimpinan Melayu”



KESIMPULAN

Ketika kita ingin membentuk negara ini dahulu, tolak-ansur adalah kunci utamanya dengan harapan
generasi selepasnya dapat mengamalkan sikap toleransi atas ‘pengorbanan besar’ yang telah dibuat
bagi memastikan keharmonian sentiasa terjaga. Dalam setandan pisang, tidak semuanya berbuah baik,
begitu juga dalam masyarakat kita hari ini ada juga yang cuba membuat onar apabila mempertikaikan
secara terbuka dan biadab pada kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang
Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Bagi sebuah negara berbilang kaum, integrasi nasional sentiasa menjadi sesuatu yang rumit tetapi
matlamat itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran,
menghayati sejarah, menyedari kedudukan diri dan meletakkan kepentingan negara adalah keutamaan
utama. Apabila semua rakyat beradab pada sejarah negara, sedarlah bahawa kita selangkah makin
mendekati negara bangsa yang diidamkan.Semangat perpaduan dan cinta akan negara perlu
disematkan di dalam jiwa agar pengolakan dapat dielakkan.

RUJUKAN

A . https://online.anyflip.com/rzflh/cwmf/mobile/index.html
B . https://fliphtml5.com/rmdds/qzny/basic
C . https://amandaleonard89.blogspot.com/2021/04/mpu21032penghayatan- etika-dan-peradaban.html?m=1
D . https://anyflip.com/ajine/pqlo/basic


Click to View FlipBook Version