SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
TAJUK
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM
NAMA: AMMAR HAKIM BIN MUHAMED ARIS
KELAS: 6 IBNU BATUTTA
GURU SUBJEK: MOHD BASERI BIN SAID
TARIKH HANTAR: 16 SEPTEMBER 2021 MUKA SURAT
1
BIL TAJUK
1 PROSES KERJA 2-5
2 PENDAHULUAN/ OBJEKTIF/ KAEDAH/ HASIL KAJIAN 6-9
3 PETA NEGERI DAN HURAIAN DAERAH 10 - 11
4 ASAL USUL NEGERI/ IBU NEGERI/ BANDAR DIRAJA 12 - 14
5 IDENTITI NEGERI- BENDERA,LAGU DAN JATA- HURAIKAN 15 - 16
6 PENTADBIRAN- SULTAN/ MENTERI BESAR 17 - 18
7 MAKANAN ATAU SAJIAN ISTIMEWA NEGERI 19
8 TEMPAT MENARIK 1 (TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN) 20
9 TEMPAT MENARIK 2 (ZOO JOHOR) 21
10 TEMPAT MENARIK 3 (PULAU SIBU, MERSING) 22
11 TEMPAT MENARIK 4 (MUZIUM KOTA TINGGI) 23
12 NILAI DAN PENGAJARAN KAJIAN 24 - 25
13 KESIMPULAN DAN RUJUKAN
PROSES KERJA TINDAKAN TARIKH
BIL 10 SEPTEMBER 2021
1 TAKLIMAT GURU TENTANG KAJIAN KES 11 SEPTEMBER 2021
2 MEMULAKAN PEMBACAAN TENTANG NEGERI JOHOR 12–14 SEPTEMBER
2021
3 MENGUMPUL MAKLUMAT PENTING YANG DIPERLUKAN DALAM KAJIAN KES 14-15 SEPTEMBER 2021
4 MENAIP SEMUA MAKLUMAT YANG DI PEROLEHI KE DALAM POWERPOINT 15 SEPTEMBER 2021
5 MENGEMASKINI DAN MEMERIKSA SEMULA MAKLUMAT KAJIAN KES DALAM 16 SEPTEMBER 2021
POWERPOINT
16 SEPTEMBER
6 KAJIAN KES TELAH BERJAYA DISIAPKAN
7 MENGHANTAR KAJIAN KES KEPADA GURU UNTUK PENILAIAN
1
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang dihuni oleh
pelbagai kaum serta etnik. Kepelbagaian budaya menjadikan negara
Malaysia unik di mata dunia. Malaysia adalah hasil gabungan 13 buah
negeri (PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI
SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN,
SARAWAK dan SABAH) dan 1 wilayah persekutuan (PUTRAJAYA,
KUALA LUMPUR dan LABUAN) di mana setiap negeri ini masing-masing
mempunyai kepelbagaian keunikan, keistimewaan, perbezaan dan
warisan sejarah tersendiri yang menjadi kebanggaan semua. Selain itu,
setiap negeri juga berbeza asal-usulnya, identiti serta corak
pentadbirannya. Salah satu negeri yang menjadi pilihan saya dalam
kajian kes ini ialah negeri Johor Darul Ta’zim.
2
1. Murid dapat OBJEKTIF 3. Murid dapat
menyatakan asal KAJIAN menghuraikan
usul negeri. tentang warisan
3 kebanggaan
2. Murid dapat
menghuraikan negeri.
tentang identiti
4. Murid dapat
negeri. menyatakan
pengajaran dan
nilai patriotisma
berkaitan warisan
kebanggaan
negeri.
1. Rujukan buku 3. Media atau
teks Sejarah laman sesawang
Tahun 6 untuk di internet untuk
mencari
mencari
maklumat maklumat.
KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
4. Temubual –
menemubual
ibu dan ayah
tentang negeri
Johor
4
HASIL KAJIAN
NEGERI
JOHOR DARUL TA’ZIM
a. Peta negeri Johor.
b. Huraian tentang daerah dalam negeri Johor.
c. Asal usul negeri Johor.
d. Ibu negeri, bandar diraja, lagu negeri, jata dan bendera Johor.
e. Gambar dan huraian tentang ketua negeri, sultan dan permaisuri serta
menteri besar atau ketua menteri Johor.
f. Warisan kebanggaan negeri, makanan dan tempat menarik di Johor.
5
PETA NEGERI JOHOR
6
HURAIAN DAERAH DALAM NEGERI JOHOR
1. SEGAMAT 3. MUAR
- Pertanian.
- Pendidikan tinggi dan penyelidikan.
- Pelancongan ARGO dan Eko. - Pembuatan: Perabot,E&E
- Pembuatan ringan. - Pelancongan warisan dan
pelancongan pertanian.
2. TANGKAK 4. BATU PAHAT
- Pelancongan gaya dan cabaran. - Pembuatan: Perabot berasaskan
- Pembuatan ringan: Industri
kayu,E&E
berasaskan kayu. - Tekstil dan pakaian.
- Pertanian. - Pemprosesan makanan.
- Pemprosesan pertanian.
7
5. KLUANG 7. KOTA TINGGI
- Eko-pelancongan. - Pelancongan: pantai dan
- Pertanian.
- Pembuatan berasaskan sumber. Eko-pelancongan.
- Pertanian dan biotech
6. MERSING
- Eko-pelancongan, perikanan pertanian.
- Minyak dan gas.
dan aktiviti maritim.
- Pertanian. 8. KULAI
- Pembuatan ringan: kopi, - Logistik.
- Pembuatan: E&E dan
berasaskan kayu dan produk
berasaskan pertanian. biotech.
- Eko-pelancongan.
8
9. JOHOR BAHRU 10. PONTIAN
- Perdagangan antarabangsa. - Eko-pelancongan.
- Pembuatan: produk kimia, plastik, - Aktiviti perikanan dan maritim.
- Pembuatan ringan:
besi, E&E serta pemprosesan
makanan. pemprosesan makanan dan
- Ubat dan penjagaan kesihatan. bahan pembinaan.
9
Asal usul negeri johor
Nama Johor berasal daripada
perkataan Arab, iaitu Jauhar yang
bermaksud permata berharga. Nama
Johor juga disebut dalam Sejarah
Melayu sebagai Ujung Tanah.
10
IBU NEGERI JOHOR BANDAR DIRAJA
JOHOR BAHRU BANDAR MAHARANI
11
BENDERA NEGERI JOHOR
SEJARAH BENDERA
Bendera Johor telah diisytiharkan sebagai bendera negeri
Johor. Bendera ini telah digunapakai sejak penubuhan
Kesultanan Johor Moden dan direka sepenuhnya oleh
Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1871.
MAKSUD BENDERA JOHOR
1.Bulan sabit dan bintang putih melambangkan Raja berdaulat.
2. Merah melambangkan hulubalang yang mempertahankan Johor.
3. Biru tua melambangkan kerajaan negeri.
12
Lagu NEGERI JOHOR
- Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
negeri Johor Darul Tak’zim. Ia digubah oleh
konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan ‘NUGERAHKAN DIA
(juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang SEGALA KEHORMATAN
oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman
(1876-1955). SIHAT DAN RIA
KEKAL DAN MAKMUR
- Dipadankan pada tahun 1897 daripada
“Dondang Sayang”, sebuah lagu Melayu yang LUASKAN KUASA
masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ia NAUNGKAN KAMI
tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa RAKYAT DIPIMPINI
itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang BERZAMAN LAGI
kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor DENGAN MERDEKA BERSATU HATI
Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa ALLAH BERKATI JOHOR
Inggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj
Mohamed Said dalam Bahasa Melayu. ALLAH SELAMATKAN SULTAN.
13
JATA NEGERI JOHOR
SEJARAH JATA NEGERI JOHOR
Susun atur dan reka bentuk jata negeri Johor Darul
Ta’zim telah direka oleh Leftenan Kolonel Haji bin
Yusoh apabila diarahkan Sultan Sir Abu Bakar untuk
mereka satu lambang untuk negeri itu dan beliau
dikatakan mengambil inspirasi daripada jata negara
United Kingdom. Jata negeri telah diubah beberapa
kali dan yang terakhir pada Kemahkotaan Sultan
Ibrahim pada tahun 2015.
14
CORAK PENTADBIRAN NEGERI JOHOR
A. KETUA NEGERI JOHOR - SULTAN
Sultan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim ialah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar. Baginda diputerakan pada 22 November 1958. Baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor
pada 23 Januari 2010 setelah kemangkatan Ayahanda baginda. Baginda mempunyai banyak keistimewaan dan
pencapaian yang membanggakan selain keperibadian yang menawan hati rakyat. Tuanku mendirikan rumah tangga
dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris dan dikurniakan 5 orang putera dan
seorang puteri iaitu :
1. DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
2. YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim
3. YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Temenggong Johor
4. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Laksamana Johor
5. YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Panglima Johor
6. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Putera Johor
15
B. MENTERI BESAR JOHOR
Menteri Besar Johor ialah Ketua Kerajaan bagi negeri Johor Darul
Ta’zim. Seorang Menteri Besar berperanan sebagai pentadbir kerajaan
negeri, penasihat sultan, raja dan YDPN dalam pentadbiran dan
penghubung antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan
melalui majlis mesyuarat raja-raja. YAB Dato' Haji Hasni Bin
Mohammad telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18
pada 28 Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Benut. Beliau mempunyai latar belakang sebagai
jurutera perunding, anak kelahiran Pontian itu mula melibatkan diri
dalam politik seawal tahun 1990-an dengan jawatan pertamanya
sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian pada tahun 1993 hingga
2001. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika Hishammuddin menjadi
Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2000 dan Ahli Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2004. Selain itu, Hasni juga
menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah Johor dari Mei 2013 sehingga awal 2018, ketika
kerajaan negeri dipimpin oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,
sebagai Menteri Besar.
16
MAKANAN ATAU SAJIAN ISTIMEWA NEGERI JOHOR
Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai pelbagai
pilihan makanan yang sedap dan unik seperti nasi ambeng, otak-
otak, botok-botok, soto ayam, mee bandung, laksa Johor, asam
pedas Johor, mee rebus, nasi briyani gam, telur pindang, lontong
kering dan air kathira.
Sesetengah menu mungkin biasa kita makan di
mana-mana negeri lain dan ada juga yang agak
pelik dan menarik untuk dicuba di Johor.
Makanan yang terdapat di negeri Johor ini
kebanyakkannya dipengaruhi oleh negara Arab
serta kepulauan Melayu.
17
Terdapat beberapa jenis lagi sajian tradisional Johor yang unik dan telah diwartakan oleh Jawatankuasa
Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor sebagai sajian warisan Johor. Sajian warisan turun-
menurun tersebut ialah:
a. BARONGKO
• Sejenis kuih tradisional masyarakat Bugis, Johor. Ia lebih kurang seperti lepat pisang.
b. HARISSA
• Hidangan berasal dari Asia Barat. Biasanya disediakan ketika bulan Ramadan dan Syawal. Bahan
asas membuatnya ialah gandum dan daging lembu atau kambing. Kombinasi rasa manis, pedas
dan masam.
c. GANDUS
• Sejenis kuih tradisi masyarakat Jawa, diperbuat daripada tepung dan kelapa muda yang diparut. Ia
dibakar dalam acuan dan sedap dicicah dengan sambal tumis atau sambal hijau.
d. BURASAK
• Hidangan tradisi masyarakat Bugis setiap kali menjelang hari perayaan. Ia berasaskan beras dan
santan. Ia kelihatan seperti ketupat nasi
e. KACANG POOL
• Semangkuk kuah pekat seakan paste kari,rasanya berempah dan digandingkan dengan roti.;
f. WAJIK SIRAT
• Wajik sirat diperbuat menggunakan beras pulut yang ditumbuk dan disangai.
18
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR
Negeri Johor juga menjadi destinasi menarik bagi pelancong tempatan dan pelancong asing.
Ia mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua
kategori baik di pantai, pulau, taman tema, taman negara, air terjun dan sebagainya.
1. TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN
• Taman hutan lipur atau hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung
Malaysia.
• Kaya dengan flora dan fauna yang masih terpelihara dan pelbagai spesis hidupan
liar yang semakin pupus seperti Badak Sumbu Sumatera.
• Ia menawarkan pelbagai aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam
semulajadi seperti night walk, night track, meredah hutan, water tubing dan mandi
air terjun.
19
2. ZOO JOHOR
• Zoo dalam bandar yang terletak di Johor Bahru dan merupakan salah satu zoo
yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Harga tiketnya juga murah.
• Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang
terancam kepupusan seperti singa, buaya, harimau, badak air dan banyak lagi.
• Pengunjung juga boleh berinteraksi secara langsung dengan beberapa haiwan
yang jinak seperti unta, rusa dan burung kasawari dengan memberi makanan
kepada haiwan-haiwan jinak ini.
20
3. PULAU SIBU, MERSING
• Taman Laut Mersing yang dibuka pada tahun 1993 terdiri daripada 13 pulau yang mempunyai
keunikan yang tersendiri. Antaranya ialah Pulau Sibu yang juga terdiri daripada Pulau Sibu
Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
• Pulau ini terkenal dengan keindahan terumbu karang dan merupakan kawasan tumpuan
peminat aktiviti diving dan snorkelling.
• Pelancong perlu menaiki feri dari Tanjung Leman, Mersing untuk ke Pulau Sibu
21
4. MUZIUM KOTA TINGGI
• Muzium yang dibina pada tahun 1997 dan dibuka kepada umum pada tahun 2002 ini
mengimbau semula zaman Kesultanan Johor yang bermula sejurus selepas kejatuhan
empayar Melaka kepada Portugis pada tahun 1511
• Tapak Kota Tinggi telah dipilih sebagai muzium kerana kepentingan sejarahnya sebagai
takhta Kesultanan Johor Lama
• Koleksi pameran dari kurun ke-19 sehinggalah sekarang termasuk tembikar kurun lama,
lukisan kanvas yang besar, peralatan muzik purba dan senjata yang dahulunya sebuah
keagungan
22
NILAI DAN PENGAJARAN KAJIAN
1. Semangat patriotik sayang akan warisan kebanggaan negeri.
2. Semangat berusaha mempertahankan, mengekalkan dan memelihara segala warisan
sejarah dan identiti negeri.
3. Memupuk sifat menghargai warisan sejarah dan identiti negeri.
4. Memupuk semangat taat setia kepada ketua negeri dan pentadbir kerajaan negeri.
5. Menanam perasaan bangga dan bertuah atas segala warisan negeri yang begitu
tinggi nilainya.
6. Menghayati nilai kesabaran, ketabahan, disiplin dan tanggungjawab sepanjang
menyiapkan kajian kes.
23
KESIMPULAN
Setiap negeri di Malaysia mendapat nama asal usulnya melalui pelbagai cara
dan sumber iaitu sejarah lisan dan sumber bertulis. Kita perlu mengetahui dan
memahami asal usul nama setiap negeri. Di samping itu, setiap negeri
mempunyai pemerintah, ibu negeri, lambang negeri dan bandar diraja masing-
masing yang perlu kita hormati demi menunjukkan ketaatan kita kepada
negara. Kepelbagaian warisan sejarah dan identiti yang tersendiri setiap negeri
inilah yang menjadikan sesebuah negeri itu unik serta berbeza antara satu
sama lain daripada pelbagai aspek. Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia
terutamanya generasi muda mestilah berasa bangga akan keunikan warisan
sejarah serta identiti setiap negeri yang terdapat di Malaysia dan bersama-
sama berusaha memelihara setiap warisan tersebut untuk manfaat generasi
akan datang.
24
RUJUKAN
1. Buku teks Sejarah Tahun 6
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hasni_Mohammad
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Johor_Bahru
4. https://sejkssrt6t1u1.wordpress.com/10-2-negeri-di-malaysia/
5. https://www.johor.gov.my/kerajaan/lambang-kerajaan/bendera-johor
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Johor_Bahru
7. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-johor/
8. https://www.johorkini.my/tiga-makanan-akan-diwartakan-sebagai-sajian-warisan-johor/
9. https://saji.my/makanan-tradisional-johor/
25