The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliahsakinahhh, 2023-06-25 10:55:38

Halangan dalam Komunikasi Sehala

Halangan dalam Komunikasi Sehala

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI SEHALA PENSYARAH: DR.NOOR HAYATI BINTI CHE MAT AHLI KUMPULAN : FASEHAH, SAKINAH, SYAIRAH, LIYANA, ELISE, ALIA, AMIRA, VINUSHA KETERAMPILAN BAHASA


APA ITU HALANGAN? Halangan merujuk kepada hambatan atau rintangan yang mampu menganggu atau menghalangi proses atau sesuatu tujuan. Halangan yang wujud berupaya mengacu pada segala sesuatu yang dapat mengganggu atau menghalangi keberkesanan atau kecekapan dari proses komunikasi. Halangan boleh datang secara internal atau eksternal. Mempengaruhi keupayaan penyampai untuk menyampaikan mesej dengan jelas atau menyukarkan penerima mesej. 1. 2. 3. 4.


DEFINISI KOMUNIKASI SEHALA Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak mengharapkan maklum balas daripada penerimanya. Komunikasi sehala adalah proses komunikasi yang dijalankan yang mana hanya satu pihak sahaja yang menerima penerangan. Komunikasi ini juga terjadi apabila tiada interaksi lain dari pendengar semasa penyampai menyampaikan sesuatu maklumat .


PENDENGAR TIDAK DAPAT MEMBERI MAKLUM BALAS Pendengar hendaklah mendengar dengan lebih aktif. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pendengar tidak berpeluang untuk mengajukan soalan atau maklumat yang ingin ketahui dengan lebih terperinci.


Penyampai hanya boleh menyampaikan maklumat mengikut masa yang telah ditetapkan. Penyampaian yang terhad kerana dalam komunikasi sehala penyampai kebiasaannya ditentukan had waktu dalam penyampaiannya yang mana ditentukan oleh pengurus sendiri. Misalnya, dalam pidato yang mana akan diberikan masa apabila tajuk yang diberikan mula dibahas. PENGGUNAAN MASA YANG TERHAD


Dalam konteks ini, penyampai lebih banyak mendominasi penyampaian ilmu kepada pendengar. Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan pandangan mereka dalam majlis ilmu itu. Kesannya, komunikasi dua hala antara penyampai dengan pendengar gagal diwujudkan. PENYAMPAI MENDOMINASI PENYAMPAIAN MAKLUMAT


CONTOH PENYAMPAIAN SEHALA Seseorang yang berpidato di atas pentas tanpa menerima sebarang respons daripada pendengar. Pembacaan laporan bertulis di hadapan sekumpulan pendengar. Maklumat bergerak seperti slaid daripada pembentang kepada audiens.


RUMUSAN Secara totalnya,kegagalan dalam memberikan perhatian yang mencukupi ini boleh menyebabkan kesalahfahaman atau penafsiran yang salah terhadap penyampaian yang disampaikan oleh penyampai.Ini berlaku apabila seseorang hanya memikirkan penyampaian tanpa memberi perhatian pada gaya percakapan, bahasa isyarat tubuh atau cara penyampaian yang lain yang dapat membantu memahami penyampaian secara keseluruhan. Untuk itu, penting bagi seseorang untuk memerhatikan kemampuan menyampaikan sesuatu maupun kemampuan mendengar dan memahami isi yang disampaikan oleh penyampai. Dengan cara ini, seseorang dapat terlibat dalam perbincangan yang efektif dan produktif serta mampu menghindari kesalahfahaman .


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version