The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Digital TVETMARA Rembau, 2023-06-26 23:31:25

BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU

Buku Panduan Pelajar TVETMARA Rembau

Keywords: Buku,Panduan,KKTMR,Pelajar

1. PERATURAN TATATERTIB PELAJAR LATIHAN KEMAHIRAN MARA (Pindaan 2013)1 Pendahuluan 052 Peraturan Tatatertib Pelajar 073 Prosedur Tatatertib 134 Hukuman Tatatertib 185 Penutup 212. PERATURAN AKADEMIK KKTM / MJII & IKM1 Pendaftaran Program 282 Pendaftaran Kursus 283 Pengguguran Kursus 294 Tarik Diri Kursus 295 Penangguhan Pengajian 306 Kedudukan Gagal 307 Kehadiran 303. PERATURAN ASRAMA1 Pendahuluan 332 Penempatan Di Asrama333 Kelengkapan Dan Peralatan334 Kebersihan Bilik Dan Kawasan Sekitar335 Tata Kelakuan 346 Tatacara Menggunakan Kemudahan Asrama357 Peraturan Keselamatan 358 Keselamatan Barangan Peribadi 369 Roll Call 3610 Pemeriksaan Asrama 3611 Peraturan Keluar/Masuk Asrama 3712 Prosedur Pelawat 3713 Peraturan Menggunakan Kenderaan Persendirian3714 Kecemasan Dan Keselamatan 384. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR IKM/KKTM (Pindaan 2013)1 Kemasan Diri 412 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal/Studio 413 Pakaian Majlis Rasmi 424 Pakaian Sukan/Riadah 435 Kad Pelajar 436 Panduan Pakaian Pelajar 45Isi Kandungan


PERATURAN TATATERTIBPelajar Latihan Kemahiran Mara(Pindaan 2013)


PERATURAN TATATERTIB PELAJARLATIHAN KEMAHIRAN MARA(Pindaan 2013)1. PENDAHULUAN1.1 LATARBELAKANG1.1.1 MAJLIS AMANAH RAKYAT suatu Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawahAkta Majlis Amanah Rakyat 1966 (kemudian daripada ini disebut “MARA”menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangun dan memajukan Bumiputeradalam bidang perdagangan dan perindustrian. Salah satu daripada aktiviti-aktiviti ini ialah program latihan bagi pengwujudan gunatenaga Bumiputerayang terlatih dan berkemahiran yang mana Latihan Kemahiran di dalam dan diluar Institusi atau Agensi Latihan menjadi sebahagian daripada program ini1.1.2 Pada melaksanakan program ini MARA telah bersetuju untuk memberikanlatihan dalam bidang kemahiran melalui Kolej Kemahiran Tinggi MARA danInstitut Kemahiran MARA atau Agensi Latihan yang diluluskan oleh MARA.1.2 NAMA1.2.1 Peraturan-peraturan ini dinamakan “Peraturan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA” [Kemudian daripada ini disebut sebagai “PeraturanTatatertib”].1.3 PEMAKAIAN1.3.1 Peraturan Tatatertib ini hendaklah terpakai kepada semua Pelajar di sepanjangtempoh latihan. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana Pelajaryang melanggar mana-mana peraturan dalam Peraturan Tatatertib.1.3.2 Dalam keadaan di mana kelakuan dan tatatertib Pelajar adalah juga dikawaloleh undang-undang bertulis yang lain, maka peruntukan dalam PeraturanTatatertib hendaklah dipakai dengan tertakluk kepada mana-mana peruntukanundang-undang bertulis yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.1.4 TAFSIRAN 1.4.1 Dalam Peraturan Tatatertib Pelajar ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain: “BKT” adalah bermaksud Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARABUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 5


“IKM” adalah bermaksud Institut Kemahiran MARA.“KKTM” adalah bermaksud Kolej Kemahiran Tinggi MARA.“Institusi” ertinya Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARAyang diluluskan oleh MARA di mana latihan kemahiran diadakan.“JKT” adalah bermaksud Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di KolejKemahiran Tinggi MARA atau Institut Kemahiran MARA di bawah PeraturanPengurusan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA yang sedang berkuatkuasa.“Agensi Latihan” merujuk kepada institusi/ jabatan/ industri/ syarikat di manapelajar menjalani latihan industri (LI).“Latihan” ertinya segala bentuk latihan formal atau tidak formal yang ditaja olehMARA secara amali atau teori di dalam Institusi atau Agensi Latihan.“Lembaga Tatatertib”(LT) bermaksud Lembaga Tatatertib Kolej KemahiranTinggi MARA atau Institut Kemahiran MARA yang ditubuhkan di bawahPeraturan Pengurusan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA yang sedangberkuatkuasa.“Lembaga Rayuan Tatatertib”(LRT) adalah bermaksud yang ditubuhkan diBahagian Kemahiran dan Teknikal MARA atau di Kolej Kemahiran Tinggi MARAatau di Institut Kemahiran MARA di bawah Peraturan Pengurusan TatatertibLatihan Kemahiran MARA yang sedang berkuatkuasa.“Pelajar” ertinya seseorang yang telah ditawarkan tempat latihan dan telahmendaftar untuk menjalani latihan di mana-mana Institusi atau Agensi Latihanyang diluluskan oleh MARA.“Pengarah” ertinya seorang pegawai yang dilantik oleh MARA yangdipertanggungjawabkan bagi mengawal Program Latihan Kemahiran MARA.“Pengawal Pusat” ertinya seorang pegawai, walau dengan nama apa pundisebut, yang dilantik oleh MARA yang dipertanggungkan dengan pentadbirandan pengurusan harian hal ehwal sesuatu Kolej Kemahiran Tinggi MARA atauInstitut Kemahiran MARA .“Peraturan Asrama” adalah suatu peraturan tatatertib asrama Institusi yangditetapkan dan terkandung di dalam buku Peraturan Asrama Institusi yangsedang berkuatkuasa.“Peraturan Latihan Industri” adalah suatu peraturan yang ditetapkan ke atas Pelajar sewaktu menjalani latihan praktikal di luar Institusi sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Latihan Industri yang sedang berkuatkuasa.6 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


“Pihak Berkuasa Tatatertib” bermaksud terdiri daripada JKT KKTM/IKM, LT KKTM/IKM dan LRT BKT. “Sistem Latihan Dan Penilaian Latihan” adalah suatu komponen latihan yang ditetapkan untuk semua Institusi seperti yang terkandung di dalam buku Peraturan Akademik yang sedang berkuatkuasa. “Surat Perjanjian Latihan Kemahiran” adalah suatu dokumen perjanjian Pelajar untuk menjalani latihan kemahiran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA atau Institut Kemahiran MARA atau Agensi Latihan. “Surat Tawaran” ertinya surat kepada Pelajar yang menawarkan untuk mengikuti latihan kemahiran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA atau Institut Kemahiran MARA atau Agensi Latihan dengan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan “Undang-Undang Bertulis” ertinya semua undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.2. PERATURAN TATATERTIB PELAJAR2.1 PIHAK BERKUASA TATATERTIB2.1.1 Dalam melaksanakan Peraturan Tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertibmempunyai kuasamengawal tatakelakuan bagi mana-mana Pelajar di bawahLatihan Kemahiran MARA, tertakluk kepada Peraturan Tatatertib LatihanKemahiran MARA. 2.1.2 Pengarah boleh mewakilkan kuasa-kuasa dan tugas mengawal tatatertib Pelajar kepada Pengawal Pusat. 2.1.3 Pengawal Pusat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut boleh melantik beberapa orang pegawai sebagai ahli Pihak Berkuasa Tatatertib Institusi masing-masing. 2.1.4 Mana-mana anggota Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai pertalian saudara dengan mana-mana Pelajar yang menghadapi sesuatu kes tatatertib perlu mengisytiharkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dan tidak boleh bertindak sebagai ahli atau pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang mengendalikan kes Pelajar itu.2.2 SURAT TAWARAN DAN PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN 2.2.1 Pelajar yang ditawarkan untuk mengikuti Latihan di mana-mana Institusi adalah juga tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan Surat Perjanjian Latihan Kemahiran MARA.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 7


2.2.2 Pelajar yang telah melanggar syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Tawaran atau Surat Perjanjian Latihan Kemahiran atau Peraturan Tatatertib Pelajar, maka di dalam mana-mana hal yang demikian itu, MARA bolehmengikut budibicaranya yang mutlak memberhentikan Latihannya atau mengenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya di mana difikirkan perlu.2.3 TATAKELAKUAN2.3.1 Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan Tatatertib terhadapmana-mana Pelajar yang melanggar mana-mana satu daripada peruntukan-peruntukan tatakelakuan ini, :-2.3.1.1 Berkelakuan dengan apa cara yang boleh menyebabkan Latihan dan pembelajaran kemahiran terjejas.2.3.1.2 Berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh menjatuhkan reputasi Negara, MARA,Institusi, Agensi Latihan atau Pelajar.2.3.1.3 Berkelakuan dengan apa cara jua yang boleh menyebabkan hilangkepercayaan orang ramai terhadap latihan kemahiran MARA, Institusiatau Agensi Latihan.2.3.1.4 Tidak jujur atau berkelakuan dengan apa cara jua yang bolehditafsirkan sebagai tidak jujur.2.3.1.5 Tidak bertanggungjawab atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab.2.3.1.6 Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan latihan atau pentadbiran Institusi atau Agensi Latihan.2.3.1.7 Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.2.3.1.8 Ingkar atau gagal mematuhi apa-apa kehendak atau mana-manasyarat yang terkandung di dalam Surat Perjanjian.2.3.1.9 Membuat, menyimpan atau menggunakan sebarang bentuk barangan yang boleh dikategorikan sebagai senjata merbahaya, senjata api dan bahanletupan.2.3.1.10 Memiliki, memelihara atau menyimpan haiwan peliharaan atau haiwan liar, serangga atau unggas yang berbisa dan berbahaya.8 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


2.3.1.11 ( i ) Membuat, memiliki, mengawal, menjaga atau menyimpan apa-apa jenis bahan yang dianggap sebagai dadah atau racun atau bahan kimia yang dilarang oleh Kerajaan selain daripada ubat yangdihalalkan atau dibenarkan oleh Kerajaan.( ii ) Memberi, membekal, mengedar, menawarkan atau bercadang hendakmemberi, membekal, mengada atau menawarkan apa-apa jenis bahan yang dianggap sebagai dadah atau racun atau bahan kimia yangdilarang oleh Kerajaan.( iii ) Memakan, meminum, menghisap, menyedut apa-apa jenis bahan yang dianggap dadah atau racun atau bahan kimia atau pun memasukkan ke dalam badan dengan jalan suntikan atau dengan apa-apa cara lain yang seumpamanya.( iv ) Berada di bawah pengaruh atau mempunyai kesan apa-apa jenisbahan yang dianggap dadah atau bahan kimia yang dilarang.( v ) Menghalang mana-mana pelajar yang disyaki terlibat denganpenyalahgunaan dadah atau racun atau bahan kimia untuk menjalani pemeriksaan doktor atas arahan Pengawal Pusat.2.3.1.12 Menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedar apa-apa dokumen didalam atau di luar Institusi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulisdaripada Pengawal Pusat, tertakluk kepada apa-apa sekatan, had atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.2.3.1.13 Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menganjurkan atau memanggil satu-satu perhimpunan di dalam atau di luar kawasan Institusi tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengawal Pusat.2.3.1.14 Membuat atau menyebabkan membuat, mengibar, mempamer, menunjuk, memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu bendera, panji-panji, pelekat, poster, lambang atau lain-lain alat yang boleh menggalakkan sebarang kekacauan, keingkaran atau melanggar peraturan tatatertib.2.3.1.15 Memiliki, menjaga, mengawal atau menggunakan sesuatu alat pembesar suara,pelaung atau lain-lain alat yang seumpamanya melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengawal Pusat tertakluk kepada apa-apa sekatan, had atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai.2.3.1.16 Menyebar atau mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan dengan Akidah Islam, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam atau Pihak Berkuasa Agama Islam atau manamana Undang-Undang Bertulis.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 9


2.3.1.17 Melakukan atau terlibat dalam apa-apa perbuatan yang boleh dianggap tidak bermoral,sumbang, lucah atau maksiat yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam atau di luar premis Institusi.2.3.1.18 Memiliki, merakam, menjaga, menyimpan atau mengedar, menayang atau menonton apa-apa bahan dianggap lucah di dalam atau di luar premis Institusi.2.3.1.19 Membawa, menyimpan, menjaga, memiliki, meminum atau mengedar apa-apa jenis minuman keras atau yang memabukkan atau arak di dalam atau di luarpremis Institusi.2.3.1.20 Mengada, mengurus atau menjalankan, menyertai atau menyaksi apa-apa kegiatan perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar premis Institusi sama ada secara persendirian atau berkumpulan2.3.1.21 Berkelakuan atau berbahasa lisan atau isyarat dengan cara yang dianggap sebagai tidak sopan terhadap staf, pelajar, pelawat dan pekerja lain yang bertugas di institusi.2.3.1.22 Memasuki tempat atau kawasan larangan Institusi kecuali dengan mendapat kebenaran khas daripada Pengawal Pusat.2.3.1.23 Menghalang atau mengganggu Pengawal Pusat atau mereka yang diberi kuasa daripada menjalankan tugas dan kewajipan serta tanggungjawab.2.3.1.24 Menahan atau menghalang atau mempengaruhi manamana Pelajar supaya tidak menghadiri sesuatu kuliah, kelas, kerja-kerja amali atau mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah yang dijalankan oleh atau di bawah arahan Institusi2.3.1.25 Menggerak, menghasut atau menyertai pemboikotan atau permulauan sesuatu kuliah, kelas, kerja-kerja amali, peperiksaan ujian atau lain-lain aktiviti yang sah yang dijalankan oleh atau di bawah arahan Institusi atau Agensi Latihan.2.3.1.26 Membuat apa-apa bantahan sama ada secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa cara lain terhadap kemasukan seseorang, sesuatu badan atau kumpulan orang ke dalam Institusi atau Agensi Latihan atau terhadap penyingkiran Pelajar kerana tindakan tatatertib.2.3.1.27 Memiliki, menjaga, menyimpan, membawa, mengedar, menjual atau menghisap apa jua jenis rokok di dalam kawasan Institusi.2.3.1.28 Mengganggu atau menggendalakan aktiviti-aktiviti pengajaran, pembelajaran, kuliah, kerja-kerja amali, urusan pentadbiran atau apa-apa aktiviti yang dijalankan atau diarahkan Pengawal Pusat atau pihak berkuasa Institusi.10 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


2.3.1.29 Melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan atau aktiviti yang tidak mendapatkelulusan Pengawal Pusat.2.3.1.30 Melakukan perbuatan atau dengan apa cara jua merosakkan kemudahan atau harta yang dimiliki Institusi atau individu lain.2.3.1.31 Berpakaian tidak sesuai, tidak senonoh, berambut panjang bagi lelaki dan memakai apa apa hiasan diri/badan yang tidak sesuai semasa berada di dalam premis Institusi.2.3.1.32 Tidak memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan Pemakaian Pelajar KKTM/IKM semasa kuliah, latihan atau masa-masa yangditetapkan kecuali mendapat kebenaran Pengawal Pusat.2.3.1.33 Tidak membawa atau tidak memakai Kad Pelajar Institusi atau Agensi Latihan semasa berada di dalam premis Institusi atau Agensi Latihan.2.3.1.34 Melakukan apa-apa jua bentuk deraan, memeras ugut, memaksa, menganiaya,memukul, mencederakan atau lain-lain bentuk paksaan atau menjatuhkan maruah sesama Pelajar, kakitangan Institusi atau orang awam.2.3.1.35 Dilarang melibatkan diri sama ada menubuh, mengambil bahagian atau menjadi ahli dalam mana-mana perkumpulan atau pertubuhan yang tidak dibenarkan2.3.1.36 Menanam sifat kedaerahan, kenegerian, puak-puak atau kumpulan-kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam Institusi atau AgensiLatihan. 2.3.1.37 Membuat atau menyebar fitnah dengan suatu tuduhan tertentu melalui apa carasekali pun dengan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tuduhan tersebut akanmerosakkan reputasi Pelajar, staf Institusi atau orang awam,MARA atau Institusi.2.3.1.38 Mencaci, mencerca, menghina atau sebarang bentuk perlakuan yang melampau mempersenda terhadap Pelajar atau staf Institusi.2.3.1.39 Mencuri harta benda atau wang milik Pelajar atau Institusi atau staf Institusi atau orang awam.2.3.1.40 Menggunakan telefon bimbit sewaktu kuliah atau latihan.2.3.1.41 Memandu atau membawa masuk kenderaan atau sebarang jenis kenaikan ke dalam kawasan Institusi tanpa kebenaran.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 11


2.4 WAKTU LATIHAN2.4.1 Pelajar dikehendaki mematuhi waktu latihan di Institusi seperti sebagaimanayang telah ditetapkan2.4.2 Pelajar dikehendaki pada bila-bila masa menghadiri kelas tambahan atau aktiviti ko kurikulum mengikut arahan Pengawal Pusat2.4.3 Pelajar dilarang merayau-rayau atau berkeliaran di mana-mana tempat yang mereka tidak sepatutnya berada semasa waktu Latihan atau di luar waktuLatihan.2.5 KEDATANGAN2.5.1 Pelajar dikehendaki hadir pada setiap waktu Latihan dan aktiviti yang dikendalikan oleh Institusi mengikut jadual, kecuali dengan kebenaran bertulis Pengawal Pusat atau disahkan uzur oleh doktor yang bertauliah.2.5.2 Pelajar yang tidak hadir ke tempat latihan atau aktiviti tanpa sebab yang dibenarkan selama tiga (3) hari berturut-turut atau lebih dari jumlah 7 hari terkumpul dalam satu semester, boleh diambil tindakan tatatertib dengan tujuan Buang Latihan. Ketidakhadiran melibatkan keseluruhan latihan pada hari tersebut. Walau bagaimanapun ketidakhadiran pelajar pada satu kursus tidak termasuk dalam hukuman ini.2.5.3 Pelajar yang tidak hadir ke tempat latihan selama sebulan secara berterusan dan tidak dapat dikesan, akan ditahan pembayaran elaun.2.6 PRESTASI PEMBELAJARAN2.6.1 Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran atau Latihan dan berusaha mencapai keputusan yang baik dalam sebarang ujian atau peperiksaan seperti mana yang ditetapkan oleh Pengawal Pusat.2.6.2 Pelajar yang didapati hilang minat untuk mengikuti latihan, setelah diberi tempoh percubaan selama satu (1) bulan dan diarah berjumpa Guru Kaunseling atau Pegawai Kaunseling bagi membaiki minat dan sikapnya tetapi masih tidak menunjuk sebarang Perubahan maka tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya. elaun.2.7 BERHENTI LATIHAN2.7.1 Atas sebab-sebab atau alasan-alasan yang diberikan oleh pelajar untuk mohon berhenti dari Latihan dan setelah pertimbangan dibuat dengan sewajarnya,maka Pelajar berkenaan boleh dibenarkan berhenti dari Latihan dengan salahsatu syarat-syarat berikut:-12 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


2.7.1.1 Pelajar dikenakan bayaran gantirugi.2.7.1.2 Tanpa dikenakan apa-apa syarat.2.7.2 Tertakluk kepada perkara 2.7.1 di atas dan sekiranya pelajar dikenakan bayarangantirugi, maka jumlah yang akan dituntut adalah seperti yang ditetapkan dalam Perkara4.2.7 “Bayaran Gantirugi”.2.8 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN HARTAJika tanpa kebenaran pihak berkuasa Institusi atau Agensi Latihan, Pelajar adalahdilarang:-2.8.1 Memindah, membawa masuk atau keluar daripada mana-mana bengkel, makmal, asrama atau premis Institusi atau Agensi Latihan apa jua barang, objek atau harta hakmilik Institusi atau Agensi Latihan.2.8.2 Mengusik, mengganggu atau mengambil apa-apa benda, objek, barang atau harta Institusi di dalam atau di luar Institusi yang boleh mendatangkan kerosakan, kehilangan, kesusahan atau kerugian. 2.8.3 Membawa masuk atau keluar dari bangunan, kawasan Institusi atau AgensiLatihan, bengkel, makmal, bilik-bilik kuliah, perpustakaan, asrama atau premisInstitusi atau Agensi Latihan apa jua barang, objek atau harta milik sendiri yangmenyerupai atau sama dengan harta benda Institusi atau Agensi Latihan.2.8.4 Membakar atau memusnahkan apa-apa jua barang atau bahan di dalam premisInstitusi atau asrama Institusi.2.8.5 Membuat pindaan atau menambah sambungan litar elektrik, telefon atau paip air di dalam premis Institusi.2.8.6 Melakukan ubahsuai atau membaiki alat jentera, peralatan atau mana-manabahagian bangunan Institusi atau Agensi Latihan atau asrama.2.8.7 Menggunakan kemudahan pejabat atau asrama Institusi atau Agensi Latihanuntuk sebarang tujuan tanpa kebenaran.2.9 AKTIVITI KO-KURIKULUM2.9.1 Pelajar diwajibkan melibatkan diri di dalam aktiviti ko-kurikulum yang ditetapkan di Institusi.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 13


2.9.2 Tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Buku Panduan Ko-Kurikulum yang sedang berkuatkuasa, tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan Tatatertib Pelajar terhadap mana-mana Pelajar yang dengan sengaja ingkar atau enggan mematuhi arahan yang ditetapkan di Institusi semasa menjalani aktiviti-aktiviti kokurikulum.2.10 PERATURAN ASRAMA 2.10.1 Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan Tatatertib terhadap mana-mana Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan asrama yang terkandung di dalam Peraturan Asrama yang ditetapkan dan sedang berkuatkuasa.2.10.2 Dalam melaksanakan apa-apa peraturan di dalam atau di kawasan asrama, semua Pelajar selain dari Pelajar yang tinggal di dalam asrama adalah juga tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Peraturan Asrama yangsedang berkuatkuasa.2.10.3 Tindakan tatatertib boleh juga diambil ke atas Pelajar yang tinggal di luarasrama sekiranya:-2.10.3.1 Memasuki kawasan asrama atau dalam asrama tanpa kebenaran PengawalKeselamatan, Ketua Warden atau Penyelia Asrama.2.11 PERATURAN LATIHAN INDUSTRI2.11.1 Pelajar yang menjalani Latihan Industri dikehendaki mematuhiperaturan-peraturan yang ditetapkan oleh MARA dan Agensi Latihan.2.11.2 Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam Manual LatihanIndustri yang sedang berkuatkuasa, mana-mana pelajar yang melakukankesalahan tatatertib semasa menjalani Latihan Industri juga boleh dikenakantindakan dibawah Peraturan Tatatertib Pelajar ini.3. PROSEDUR TATATERTIB3.1 SYARAT-SYARAT YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN 3.1.1 Dalam semua perbicaraan di bawah Perkara 2 Peraturan Tatatertib Pelajar, tiada seorang Pelajar boleh dikenakan tindakan Buang Latihan, melainkan jika ia telah diberitahu secara bertulis mengenai alasan-alasan atas mana-mana tindakan yang dicadangkan hendak diambil terhadapnya dan ia telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar.14 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


3.1.2 Pelajar tidak boleh dijatuhkan hukuman tatatertib melainkan didapati bersalaholeh Pihak Berkuasa Tatatertib dan sabit kesalahannya mengikut peruntukandalam Peraturan Tatatertib di bawah Perkara 2 Peraturan Tatatertib Pelajar.3.1.3 Pelajar yang dalam proses tindakan tatatertib hendaklah dimaklumkan kepadaibubapa atau penjaga serta penjamin-penjamin.3.2 PENENTUAN JENIS KESALAHAN OLEH PIHAK BERKUASA TATATERTIB3.2.1 Dalam tiap-tiap kes pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh seseorangPelajar, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peruntukan Perkara3.5, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklahmenimbang sama ada pelanggaran tatatertib yang dilakukan itu adalah darijenis yang patut dikenakan hukuman Buang Latihan atau dikenakan hukumanyang lebih ringan daripada Buang Latihan.3.2.2 Jika setelah menimbang laporan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan,Pihak Berkuasa Tatatertib berpendapat bahawa Pelajar patut dibuang Latihan,maka hukuman Buang Latihan hendaklah dikenakan. Jika Pihak BerkuasaTatatertib berpendapat bahawa Pelajar patut dikenakan hukuman yang lebihringan, maka apa-apa hukuman yang lebih ringan seperti yang ditetapkan dibawah Perkara 4 Hukuman Tatatertib hendaklah dikenakan ke atas Pelajar itu.3.3 PROSEDUR BAGI KES-KES YANG PATUT DIKENAKAN HUKUMAN LEBIH RINGANDARIPADA BUANG LATIHAN3.3.1 Jika Pelajar didapati melanggar Peraturan Tatatertib di bawah Perkara 2Peraturan Tatatertib Pelajar dan patut dikenakan hukuman yang lebih ringandari Buang Latihan, maka kes itu hendaklah dibawa kepada JKT KKTM/IKM.3.3.2 Pelajar itu hendaklah diberitahu secara bertulis mengenai fakta-faktapelanggaran tatatertib yang dikatakan terhadapnya itu dan diberi peluangmembuat belaan diri secara bertulis terhadap tuduhan itu dalam tempoh empatbelas (14) hari dari tarikh menerima penyataan bertulis.3.3.3 Setelah menimbangkan belaan diri bertulis di bawah perenggan 3.3.2, JKTKKTM IKM hendaklah menentukan sama ada Pelajar itu bersalah atau tidakatas pelanggaran tatatertib, jika Pelajar itu bersalah JKT KKTM/IKM hendaklahmengenakan hukuman yang dinyatakan di dalam Peraturan Tatatertib, Perkara4. Hukuman Tatatertib.3.3.4 Pelajar yang didapati melanggar Peraturan Tatatertib dan dikenakan hukumanselain dari hukuman Buang Latihan, bolehlah jika perlu dirujuk kepada PegawaiKaunseling dan laporan hasil sesi kaunseling Pelajar berkenaan hendaklahdirekod dan dilaporkan kepada Pihak Berkuasa TatatertibBUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 15


3.4 PROSEDUR BAGI KES-KES YANG PATUT DIKENAKAN HUKUMAN BUANGLATIHAN3.4.1 Jika Pelajar didapati melanggar Peraturan Tatatertib di bawah Perkara 2 Peraturan Tatatertib Pelajar dan patut dikenakan hukuman Buang Latihan, maka kes itu hendaklah dibawa kepada LT KKTM/IKM.3.4.2 Setelah LT KKTM/IKM mendapati bahawa Pelajar itu melanggar tatatertib di bawah Perkara 2 Peraturan Tatatertib Pelajar yang mana pada pendapat LTKKTM/IKM Pelajar patut dikenakan hukuman Buang Latihan, makaperuntukkan-peruntukkan di dalam perengganperenggan yang berikuthendaklah dipakai. 3.4.3 Setelah menimbangkan segala maklumat yang diperolehi dan mendapati bahawa terdapat bukti yang kukuh seorang Pelajar telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan Tatatertib dan wajar dikenakan hukuman Buang Latihan, LT KKTM/IKM boleh mengarahkan supaya satu pernyataan bertulis dihantar kepada Pelajar berkenaan dan penjamin-penjaminnya menyatakan alasanalasan yang dicadangkan untuk Buang Latihan. Dalam tempoh empat belas(14) hari daripada tarikh surat itu diterima, Pelajar dikehendaki membuat belaandiri secara bertulis yang menyatakan alasan-alasan bagi membela dirinya.3.4.4 Jika setelah dipertimbangkan belaan diri bertulis tersebut, LT KKTM/IKMberpendapat bahawa bukti yang ada tidak mencukupi untuk Buang Latihan, LTKKTM/IKM boleh mengenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan sebagaimana yang difikirkan sesuai ke atas Pelajar .3.4.5 Jika Pelajar tidak mengemukakan belaan diri bertulis dalam tempoh yangditentukan, atau jika belaan diri bertulis yang dikemukakan tidak dapatmemuaskan hati, LT KKTM/IKM boleh terus menimbang dan memutuskanhukuman Buang Latihan.3.4.6 Jika kes terhadap Pelajar itu perlu penjelasan selanjutnya, LT KKTM/IKM bolehmelantik suatu Jawatankuasa Penyiasat yang mengandungi tidak kurangdaripada dua(2) orang pegawai untuk membuat siasatan. LT KKTM/IKM setelahmenimbangkan laporan Jawatankuasa Penyiasat boleh membicarakan Pelajaritu atau memutuskan mengikut para 3.4.4 atau 3.4.5 di atas.3.4.7 Pelajar hendaklah diberitahu secara bertulis tarikh perbicaraan bagi hukumanBuang Latihan oleh LT KKTM/IKM dan Pelajar dikehendaki hadir untukmembela dirinya. Sekiranya Pelajar tidak hadir, LT KKTM/IKM bolehmeneruskan perbicaraan itu.16 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


3.4.8 Jika terdapat saksi-saksi yang disoalsiasat oleh LT KKTM/IKM, Pelajar hendaklah diberi peluang hadir dan menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan apa-apa keterangan berupa dokumen tidak boleh digunakan di dalam perbicaraan kecuali setelah Pelajar dibenarkan melihatnya. 3.4.9 LT KKTM/IKM hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pegawai Kaunseling bagi kes-kes Pelajar yang didapati melanggar Peraturan Tatatertib yang boleh dibuang latihan untuk mendapatkan rekod-rekod sesi kaunseling jika ada dan juga pandangannya mengenai hukuman Buang Latihan yang dicadangkan ke atas Pelajar.3.5 LANGKAH-LANGKAH TATATERTIB KES JENAYAH3.5.1 Dalam keadaan di mana seseorang Pelajar didapati telah melakukan suatuperbuatan Jenayah dan dibicarakan di mahkamah, maka laporan tersebut dibawah hendaklah dipohon oleh Pengawal Pusat berkenaan dari Pendaftar atauPenolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang berkenaan. Laporan tersebuthendaklah dihantarkan segera kepada LT KKTM/IKM:-(a) pada permulaan perbicaraan tersebut, maklumat berikut :–(i) pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap Pelajar itu;(ii) jika ditangkap, tarikh dan waktu Pelajar ditangkap;(iii) sama ada Pelajar itu dalam jaminan atau tidak; dan(iv) apa-apa maklumat lain yang berkaitan; dan(b) pada akhir perbicaraan tersebut, keputusan mahkamah.3.5.2 Setelah menimbang laporan dan perakuan daripada pegawai berkenaan, LT KKTM/IKM boleh jika difikirkan sesuai menahan Pelajar berkenaan daripadamenjalani Latihan sehinggalah kes tersebut diputuskan oleh mahkamah. 3.5.3 Sebaik sahaja prosiding jenayah selesai, LT KKTM/IKM berkenaan hendaklah mendapatkan perkara-perkara berikut daripada Pendaftar mahkamah berkenaan, iaitu:- a) Keputusan mahkamah (perbicaraan) itu. b) Maklumat berhubung dengan rayuan (jika ada) yang telah difailkan oleh Pelajar atau pendakwaraya.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 17


3.5.4 Jika keputusan mahkamah mendapati Pelajar itu bersalah maka LT KKTM/IKM berkenaan bolehlah menjatuhkan hukuman Buang Latihan. Sekiranya Pelajar membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi dan diputuskan pula Pelajar itu tidak bersalah maka Pelajar bolehlah dibenarkan menyambung latihan semula. Sekira rayuannya ditolak oleh mahkamah berkenaan maka hukuman Buang Latihan dikekalkan. 3.5.5 Sementara menunggu ulang bicara (jika ada) hasil daripada rayuannya atau pihak Pendakwa Raya, Pelajar tersebut boleh terus ditahan latihan tanpa bayaran elaun. 3.5.6 Sekiranya mahkamah rayuan mendapati Pelajar tidak bersalah dan dibebaskan, Pelajar berkenaan hendaklah dibenarkan menyambung latihannya dan dibayar elaun mulai pada tarikh beliau kembali belajar semula. 3.5.7 Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang Pelajar dan masih belum selesai, tiada apa-apa tindakan tatatertib boleh diambil terhadap Pelajar itu berasaskan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah dalam prosiding jenayah itu. 3.5.8 Tiada apa-apa jua dalam peraturan 3.5.7 boleh ditafsirkan sebagai menghalangtindakan tatatertib diambil terhadap Pelajar itu sementara menunggupenyelesaian prosiding jenayah itu jika tindakan itu diasaskan pada apa-apaalasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya sebagai Pelajar KKTM/IKM.4. HUKUMAN TATATERTIB4.1 PERLAKSANAAN HUKUMAN 4.1.1 Jika seseorang Pelajar didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan ke atas Pelajar itu mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman tersebut di bawah ini dan tertakluk kepada bidang kuasa yang ditetapkan di dalam Peraturan Pengurusan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA yang sedang berkuatkuasa. 4.1.2 Jika seseorang Pelajar itu didapati bersalah melakukan lebih dari satu kesalahan, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan satu hukuman bagi kesemua kesalahan yang dilakukan atau mengenakan hukuman yang berasingan bagi setiap kesalahan yang dilakukan, tertakluk kepada bidang kuasa yang ditetapkan di dalam Peraturan Pengurusan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA. 4.1.3 Walauapapun jua hukuman yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib keatas seseorang Pelajar yang didapati bersalah, hukumanhukuman yang dikenakan hendaklah berpandukan kepada kategori kesalahan yang dinyatakan di dalam garis panduan yang ditetapkan oleh MARA dari semasa ke semasa.18 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


4.2 JENIS HUKUMAN TATATERTIB4.2.1 AMARAN4.2.1.1 Hukuman Amaran merupakan hukuman yang paling ringan yang bolehdikenakan kepada Pelajar yang didapati bersalah melanggar bagi mana-manaperaturan tatatertib Latihan Kemahiran MARA.4.2.1.2 Hukuman hendaklah dibuat secara bersurat kepada Pelajar.4.2.2 DENDA4.2.2.1 Hukuman denda potong elaun pada mana-mana kesalahan tidak boleh lebihdari amaun yang sama banyak dengan tujuh(7) hari elaun Pelajar berkenaan.Jika seseorang Pelajar itu dikenakan hukuman denda lebih dari sekali dalamsatu-satu bulan, aggregat denda yang dikenakan pada bulan itu tidak bolehlebih dari amaun yang sama banyak dengan lima puluh peratus ( 50% )daripada elaun bulanannya.4.2.2.2 Bagi tujuan denda potong elaun, perkiraan adalah seperti berikut:-jumlah elaun sebulan jumlah hari yang perlu----------------------------- X dipotong/lucut hak elaun30 hari 4.2.3 LUCUT HAK ELAUN4..2.3.1 Pelajar yang tidak hadir Latihan tanpa sebarang alasan yang munasabah atautanpa mendapat kebenaran Pengawal Pusat, maka pelajar berkenaan bolehdikenakan lucut hak elaun dan hendaklah dihitung dengan mengambil kiratempoh sebenar Pelajar tidak hadir Latihan mengikut perkiraan dalam perkara4.2.2 di atas.4.2.3.2 Pelajar yang dikenakan tindakan tahan latihan di bawah para 4.2.5 bolehdikenakan hukuman lucut hak elaun mulai dari tarikh tahanan dikuatkuasakan.4.2.4 SINGKIR ASRAMA4.2.4.1 Hukuman singkir asrama terhadap seseorang Pelajar yang telah melakukankesalahan adalah sepertimana yang ditetapkan mengikut kategori kesalahan didalam Garis Panduan yang ditetapkan oleh MARA dari semasa ke semasa.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 19


4.2.4.2 Singkir asrama juga boleh dilaksanakan ke atas Pelajar apabila Pihak BerkuasaTatatertib mendapati bahawa dengan kehadiran Pelajar tersebut di dalamasrama dianggap boleh mengganggu, mengugut, menghasut, mempengaruhidan menimbulkan ketakutan atau keadaan tidak tenteram kepada Pelajar lain.4.2.5 TAHAN LATIHAN 4.2.5.1 Lembaga Tatatertib KKTM/IKM boleh, jika difikirkannya sesuai dan patut dandengan mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan dalam perkara 3.5,menahan seseorang Pelajar daripada menjalani latihannya jika:(a) prosiding jenayah telah dimulakan terhadap Pelajar itu; atau(b) prosiding tatatertib dengan tujuan supaya hukuman buang latihan dikenakan keatasnya telah dimulakan terhadap Pelajar itu.4.2.5.2 Seseorang Pelajar yang dikenakan hukuman tahan latihan tidak layak dibayarsebarang elaun sepanjang tempoh tahanan tersebut.4.2.6 BUANG LATIHAN4.2.6.1 Jika Lembaga Tatatertib KKTM/IKM mendapati bahawa Pelajar melakukankesalahan di bawah Peraturan Tatatertib Pelajar dan patut Buang Latihan, makaPerkara 3.1 dan 3.4 hendaklah terlebih dahulu dilaksanakan sebelum hukumanBuang Latihan dikenakan ke atas Pelajar berkenaan. 4.2.6.2 Atas sebab-sebab atau alasan-alasan yang difikirkan patut dan setelahpertimbangan dibuat dengan sewajarnya, Pihak Berkuasa Tatatertib bolehmengenakan hukuman yang lebih ringan menggantikan hukuman BuangLatihan dengan membenarkan Pelajar meneruskan semula Latihan tetapi bolehdikenakan lain-lain hukuman yang dinyatakan dalam perenggan 4.2 di atas.4.2.6.3 Tertakluk kepada Perkara 4.2.6.1 di atas, hukuman Buang Latihan bolehdilaksanakan berpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh MARAdari semasa ke semasa.4.2.7 BAYARAN GANTIRUGI4.2.7.1 Bagi kes-kes hukuman Buang Latihan atau Berhenti Latihan dengan syaratPelajar berkenaan dikenakan bayaran gantirugi, maka jumlah yang dituntutadalah berdasarkan jumlah sebenar yang akan ditentukan oleh BahagianKewangan MARA.20 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


4.2.7.2 Walauapa jua pun peruntukan yang dinyatakan dalam Perkara 4.2.6.1 di atas, dalam menimbangkan rayuan Pelajar kes hukuman Buang Latihan, LRT BKT atas budibicaranya, boleh menentukan suatu jumlah Bayaran Gantirugi ke atas Pelajar itu.5. PENUTUP5.1 KUATKUASA PERATURAN TATATERTIB5.1.1 Peraturan Tatatertib Pelajar ini berkuatkuasa mulai ................ dan hendaklahdigunapakai bagi apa-apa pelanggaran terhadap manamana peruntukanperaturan yang dinyatakan di dalamnya.5.2 PEMANSUHAN5.2.1 Peraturan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA (Pindaan 2008) yang digunakansebelum ini adalah dengan ini dimansuhkan. BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 21


GARIS PANDUAN HUKUMAN(PINDAAN 2013 )Garis Panduan Hukuman adalah merupakan satu panduan hukuman yang dicadangkan dan boleh dikenakan ke atas Pelajar yang didapati bersalah di bawah Peraturan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA.Bagaimanapun jika didapati hukuman lain yang bersesuaian dan boleh memberi kesan yang positif kepada Pelajar mengikut budi bicara Jawatankuasa Tatatertib (JKT), Lembaga Tatatertib (Lembaga Rayuan Tatatertib) LT(LRT) KKTM/IKM maka ianya boleh digunapakai.KATEGORI I(KESALAHAN BERAT)BIL KESALAHAN TINDAKAN1 Melakukan zina, homoseksual atau lesbian. Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.2 Melakukan khalwat atau berdua-duaan Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.3 Mencabul atau cuba mencabul kehormatan atau melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.4 Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.5 Menggunakan kekerasan dengan senjata berbahaya bertujuan mengugut atau mengancam nyawa orang lain atau dengan sengaja mengakibatkan kecederaan serius ke atas Pelajar atau individu lain.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.6 Memiliki, menyimpan, membawa atau mengguna senjata berbahaya atau bahan letupan yang diharamkan oleh kerajaan.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.7 Didapati memiliki, menyimpan, memberi atau mengedar apa-apa jenis bahan dadah atau bahan kimia atau racun yang mengkhayalkan dan merbahaya kepada nyawa yang dilarang oleh kerajaan.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.22 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


8 Disahkan menagih apa-apa jenis dadah atau bahan kimia atau racun yang mengkhayalkan dan berbahaya kepada nyawa yang dilarang oleh kerajaan.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.9 Membawa, memiliki, menyimpan, menjaga, meminum atau mengedar apa-apa jenis minuman keras atau minuman yang memabukkan atau arak di dalam atau di luar kawasan KKTM/IKM dan termasuk asrama atau rumah sewa Pelajar.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.10 Dengan sengaja merosakkan harta benda IKM /KKTM atau hak orang lain yang berjumlah melebihi RM100.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.11 Memalsu, menipu, mengguna, mengedar atau menjual Sijil Cuti Sakit Hospital atau Klinik Kerajaan atau apaapa dokumen kerajaan yang dikawal.Buang Latihan dan dikenakan BayaranGanti Rugi.12 Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau wang yang sama atau melebihi dari RM100.Diarah membayar semula jumlah wang yang dicuri atau ditipu sebagai bayaran gantirugi dan di Buang LatihanBUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 23


KATEGORI II(KESALAHAN RINGAN)BIL KESALAHAN TINDAKAN1 Melakukan ubahsuai atau membaiki manamana peralatan, alat jentera, mesin atau penggodam komputer (hacker) harta benda milik KKTM/IKM tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.Surat Amaran dikeluarkan dan dikenakan bayaran kos baikpulih.2 Bersikap biadab atau tidak sopan kepadaPengawal Pusat, Pegawai-Pegawai, TenagaPengajar atau Staff KKTM/IKM atau pekerjalain yang bertugas di KKTM/IKM.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.3 Berkelakuan tidak bermoral di dalam atau luar premis KKTM/IKM dengan apa jua cara yang boleh menjatuhkan reputasi MARA, KKTM/IKM atau pelajar sendiri.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.4 Menceroboh atau memasuki asrama puteri/putera atau kawasan, tempat larangan yang ditetapkan oleh KKTM/IKM tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.5 Menyalah guna nama Pengawal PusatKKTM/IKM, Pegawai-Pegawai, Tenaga Pengajar atau Staf KKTM/IKM untuk kepentingan sendiri atau individu lain.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.6 Meniru tandatangan Pengawal Pusat KKTM/IKM, Pegawai-Pegawai, Tenaga Pengajar atau Staf KKTM/IKM atau individu lain untuk kepentingan sendiri atau individu lain.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.7 Menghasut hingga menimbulkan kekacauan atau suasana tegang atau mengadakan demonstrasi haram.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.8 Didapati memiliki, membawa, menyimpan,menonton atau mengedar bahan/barang lucah atau apa saja bahan/barang lucah yangdiharamkan oleh kerajaan.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.24 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


9 Didapati memiliki, menyimpan, membawa atau mengguna senjata yang berbahaya.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi10 Mengugut, membuli, mendera atau menjatuhkan maruah orang lain.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi11 Menipu/berbohong kepada Pengawal Pusat,Pegawai-Pegawai, Tenaga Pengajar atau StafKKTM/IKM untuk tujuan tertentu atau kepentingan sendiri atau individu lain.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.12 Menghalang mana-mana Pelajar yang disyakiterlibat dengan penyalahgunaan dadah atau racun atau bahan kimia untuk menjalani pemeriksaan doktor atas arahan Pengawal Pusat atau sesiapa yang diberi kuasa.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.13 Membuat atau menyebar fitnah dengan apacara sekali pun yang boleh merosakkan reputasi Pengawal Pusat atau Staff atauPelajar KKTM/IKM atau individu lain.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.14 Membawa keluar dari premis KKTM/IKM sebarang harta benda milik KKTM/IKM tanpa kebenaran.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.15 Keluar atau masuk ke kawasan premis KKTM/IKM tanpa melalui pintu laluan keluarmasuk yang dibenarkan.Amaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.16 Menganjurkan atau turut serta dalam pesta atau majlis yang bercanggah dengan nilainilai moral dan agama Islam.Contoh : JudiAmaran dan Denda bersamaan dengan potong elaun 7 hari, jika ulangi kesalahan boleh BuangLatihan dan dikenakan Bayaran Gantirugi.17 Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau wang yang kurang dari RM100.Amaran serta diarah membayar semula jumlah wang yang dicuri atau ditipu sebagai bayaran gantirugi.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 25


KATEGORI III(KESALAHAN KECIL)BIL KESALAHAN TINDAKAN1 Berambut panjang. Surat Amaran dikeluarkan dan Tenaga Pengajar boleh menggunting rambut Pelajar atau digunting oleh tukang gunting yang dikenakan bayaran.2 Berpakaian tidak mengikut peraturan. Surat Amaran dikeluarkan dan sekiranya diulangi lagi kesalahan boleh dikenakan potongan satuminggu elaun.3 Berhutang dengan Pelajar lain dan engganmembayar balik.Surat Amaran dikeluarkan dan sekiranya masih enggan elaun dipotong untuk menjelaskan hutang.4 Membuang sampah atau mengotorkan kawasan KKTM/IKM.Surat Amaran dikeluarkan dan sekiranya diulangi lagi kesalahan boleh dikenakan potongan tiga (3) hari elaun.5 Menyambung wayar atau sebarang sambungan atau mengubahsuai mana-mana bahagian asrama atau premis KKTM/IKM tanpa kebenaran atau secara haram.Surat Amaran dikeluarkan jika ulangi lagi kesalahan disingkirkan dari asrama.6 Membawa masuk, mengguna, menyimpan alat letrik ke dalam asrama atau premis KKTM/IKM tanpa kebenaran pihak berkuasa KKTM/IKM.Surat Amaran dikeluarkan jika ulangi lagi kesalahan disingkirkan dari asrama.7 Didapati memiliki, membawa, menyimpan,menghisap atau mengedar apa-apa jenis rokok atau curut di dalam premis atau asrama KKTM/IKM.Denda RM5 sebatang & tidak melebihi RM200 (Pelaku & rakan subahat)8 Keluar meninggalkan asrama atau kawasanKKTM/IKM tanpa kebenaran pihak berkuasaKKTM/IKM.Surat Teguran dikeluarkan bagi kesalahan pertama, jika ulangi kesalahan Surat Amarandikeluarkan, jika diulangi lagi disingkir dari asrama.Catatan:Mana-mana kes atau kesalahan yang tidak disenaraikan dalam Garis Panduan Hukuman ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga Tatatertib (LT) KKTM/IKM boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengenakan apa-apa jua hukuman yang bersesuaian kepada Pelajar berkenaan.26 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


PERATURAN AKADEMIK


1. PERATURAN AKADEMIK1.1. PENDAFTARAN PROGRAM 1.1.1 Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester sehingga tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang dibenarkan. 1.1.2 Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda. (Rujuk Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 1.1.3 Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib. 1.1.4 Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian / digantung pengajian WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester berikutnya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh institusi.1.2 PENDAFTARAN KURSUS1.2.1 Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama mengikut tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak institusi dengan kelulusan Ketua Jabatan/ Program.1.2.2 Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Akademik. (Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran)STATUS KADAR BAYARANPendaftaran Lewat Kursus RM 50/ kursusPendaftaran Lewat Hari Pertama - RM 50Hari Seterusnya - Tambahan RM 10/hari bekerjaPendaftaran Latihan Industri (tanpa kebenaran) RM 200Mengulang Latihan Industri (Tindakan tatatertib) RM 300Mengulang kursus dan WA RM 50 per kursusMengulang Kokurikulum RM 100 per kursusPenyemakan Semula Keputusan RM 50 per kursusPeperiksaan khas untuk mengulang kursus gagal, dan memperbaiki gredRM 100 per kursusSkrol Gantian Tersalah Cetak RM 100Skrol Gantian Seterusnya RM 10028 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


Transkrip RM 50Penyata Pencapaian RM 30Transkrip Seterusnya RM 80Penyata Pencapaian Seterusnya RM 50Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran(Nota : Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)1.2.3 Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelumdibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan. (Rujuk : Jadual 12 -Senarai Kadar Bayaran)1.2.4 Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra- syarat, pelajar perlu lulus kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya KECUALI bagi pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan Industri yang masih mempunyai kursus tertunggak tertakluk kelulusan Jawatankuasa Akademik.1.2.5 Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai kursus tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada minggu pertama sesi pengajian.1.3 PENGGUGURAN KURSUS1.3.1 Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah didaftarkan atas sebab- sebab yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat- lewatnya pada minggu ke empat (4) sesi pengajian.1.4 TARIK DIRI KURSUS1.4.1 Pelajar dibenarkan menarik diri dari mana- mana kursus yang telah didaftarkandengan alasan yang munasabah dan mendapat kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat- lewatnya pada minggu ke-12 sesi pengajian.1.4.2 Kebenaran untuk pelajar menarik diri tertakluk kepada jumlah kredit minimum per semester yang dibenarkan.1.4.3 Gred WD akan dicatatkan pada status pendaftaran kursus dan slip keputusan akademik pelajar. Walaubagaimana pun gred tidak akan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA dan pelajar dikehendaki membayar denda apabila ingin mendaftar kursus berkenaan pada sesi berikutnya.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 29


1.5 PENANGGUHAN PENGAJIANPelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian atas alasan yang munasabah dengan mendapat kelulusan daripada Pengarah institusi dan dimaklumkan kepada Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak melebihi dua (2) semester.1.5.1 Permohonan penangguhan melebihi dua (2) semester, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT.1.5.2 Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang dibenarkan hanya empat (4) semester sahaja sama0a secara berasingan atau terkumpul.1.5.3 Tempoh penangguhan semester akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian.1.6 KEDUDUKAN GAGAL1.6.1 Pelajar yang telah mendapat status Kedudukan Gagal (KG) tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian atau memohon semula program pengajian yang sama pada masa akan datang.1.6.2 Pelajar berstatus (KG) yang berhasrat untuk mengikut program pengajian lain boleh memohon kemasukan ke bidang/program pengajian tersebut selepas tempoh 6 bulan daripada keputusan KG diperolehi.1.7 KEHADIRAN1.7.1 Pelajar wajib hadir pada setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus.1.7.2 Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagai mana ditetapkan dalam Jadual 5 akan disekat daripada menduduki Perperiksaan Akhir atau Tugasan Akhir (bagi kursus)berasaskan 100% kerja kursus dan diberi Gred WX1.7.3 Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran adalah seperti Jadual 5.30 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


PERKARA SYARAT GRED SYARAT TAMBAHANCuti Dengan Kebenaran Kehadiran < 80% WD TiadaCuti Tanpa Kebenaran Kehadiran < 90% WX TiadaCuti Dengan Kebenaran +Cuti Tanpa KebenaranKehadiran < 70% WD Cuti Tanpa Kebenaran tidak melebihi 10%Jadual 51.7.4 Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan P&P yang ditetapkan melebihi 20% atau dalam tempoh empat minggu berturut-turut perlu mendapatkan Kelulusan Pengarah Pusat.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 31


PERATURAN ASRAMA


1. PENDAHULUAN1.1. Peraturan Asrama ini hendaklah terpakai kepada semua Pelajar disepanjang tempoh latihan. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan dalam Peraturan Asrama KKTM/IKM ini.2. PENEMPATAN DI ASRAMA2.1 Penginapan Asrama Tidak Diwajibkan. (Kemudahan AsramaTidak Mencukupi Bagi KKTM/ IKM) 2.1.1 Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari Penyelia Asrama/Pembantu Tadbir Kanan (Asrama).2.1.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru dan padaakhir semester bagi pelajar sedia ada.2.2 Penginapan Asrama Diwajibkan. (Mempunyai kemudahan asrama yang mencukupidi KKTM/ IKM)2.2.1 Permohonan untuk tinggal di luar asrama hendaklah dengan menggunakanborang permohonan yang disediakan.2.2.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.2.3 Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh Penyelia Asrama.2.4 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat tanpa kebenaran penyelia asrama.3. KELENGKAPAN DAN PERALATAN3.1 Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keselamatan peralatan yang disediakan.3.2 Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala peralatan tanpa kebenaran.4. KEBERSIHAN BILIK DAN KAWASAN SEKITAR4.1 Pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan asrama dan kawasan sekitar.4.2 Pelajar diwajibkan menyediakan jadual tugas harian membersihkan bilik.4.3 Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 33


5. TATA KELAKUAN5.1 Pelajar diwajibkan menunaikan solat dan bagi pelajar yang uzur mesti menghormatiwaktu solat.5.2 Pelajar digalakkan solat berjemaah di surau asrama.5.3 Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-siul, membuka radio dengan kuat, memekik,melolong dan bergurau senda yang boleh dianggap liar atau melebihi batasan.5.4 Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian yang mulia,menjalinkan hubungan baik serta bersopan-santun sesama pelajar mengikut peraturanyang ditetapkan oleh KKTM/IKM.5.5 Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan danmenimbulkan pergaduhan.5.6 Pelajar dilarang dari melakukan “ragging”, membuli, mendera dan peras ugut.5.7 Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat kedaerahan,kenegerian, puak-puak ataukumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.5.8 Pergaulan sesama Pelajar terutama diantara lelaki dengan perempuan mestilahmengikut batas-batas hukum Islam serta peraturan yang ditetapkan oleh KKTM/IKMsama ada di dalam atau di luar asrama/KKTM/IKM.5.9 Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan di dalam atau di luar asrama dengan Pelajar ataubukan Pelajar yang bukan Mahram.5.10 Pelajar dilarang memasuki tanpa kebenaran atau menceroboh asrama 3 lelakiperempuan.5.11 Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan asrama selepas pukul 12.00 malam.5.12 Pelajar dilarang berjudi atau mengadakan sebarang pertaruhan berbentuk perjudian didalam kawasan asrama/KKTM/IKM.5.13 Dilarang menampal gambar/poster atau menconteng pada dinding atau loker atau lainlain peralatan.5.14 Asrama/KKTM/IKM adalah kawasan larangan merokok. Pelajar dilarang membeli,menyimpan, memiliki atau menjual, memberi atau menghisap rokok.5.15 Pelajar dilarang membeli, menyimpan, memiliki, menjual atau bermain mercun danbunga api atau bahan letupan yang merbahayakan.34 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


6. TATACARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN ASRAMA6.1 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi kemudahan yang disediakan seperti sick bay, student centre, bilik riadah, bilik air dan sebagainya.6.2 Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan secara haram pada mana mana bahagian asrama atau pada sebarang alat-alat elektrik.6.3 Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa Asrama Warden.6.4 Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salahguna oleh pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib.7. PERATURAN KESELAMATAN7.1 Apabila mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara pertamayang mesti dilakukan ialah pelajar hendaklah menyelamatkan diri serta rakan-rakan yanglain.7.2 Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin perkataan“API…….API……API…..”7.3 Segera hubungi Bomba, No. Telefon 999.7.4 Jika terdapat pelajar yang tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama disebabkanpengsan, patah dan sebagainya, pelajar-pelajar lain hendaklah membantu denganmembawanya keluar.7.5 Pelajar hendaklah keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang paling hampir(seperti dalam pelan setiap asrama).7.6 Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke tempat yang telah ditetapkan dan berkumpul di situ.7.7 Semasa bergerak untuk berkumpul : 7.7.1 Ikutlah laluan yang selamat dan yang tidak ada sebarang halangan. 7.7.2 Elakkan laluan yang berhampiran dengan api kebakaran. 7.7.3 Elakkan daripada berlaku kesesakan dalam laluan tersebut.7.8 Mengesan Pelajar Setiap Asrama :-BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 35


7.8.1 Semua pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan mengikut asrama masing masing. Semua ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah berada di hadapan dan bertindak segera untuk membentuk barisan bagi semua ahli asrama di bawah pengawasannya. Ketua dorm/bilik/aras/blok wajib mengetahui bilangan sebenar ahli asramanya. 7.8.2 Ketua dorm/bilik/aras/blok dikehendaki mengira bilangan pelajar dibawah pengawasannya 7.8.3 Ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar dan nama pelajar yang tidak ada ketika itu dengan segera kepada Pegawai Bomba Warden Asrama yang hadir ketika itu (berikan sebab pelajar yang tiada). 7.8.4 Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh Warden Asrama dan Pihak Bomba. Pelajar dikehendaki mematuhi semua arahan daripada pihak Warden Asrama dan Bomba. 7.8.5. Latihan Kebakaran (Fire-Drill) akan dijalankan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai. Semua pelajar dikehendaki sentiasa merujuk dan memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.8. KESELAMATAN BARANGAN PERIBADI8.1 Semua barangan peribadi hendaklah disimpan ditempat yang selamat. Pelajar adalah bertanggungjawab atas keselamatan barang tersebut.8. 2. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa KKTM/IKM sekiranya berlaku kehilangan barangan peribadi.9. ROLL CALL 9.1. Roll Call akan dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dan hanya boleh dibuat oleh warden sahaja.9.2 Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang ditentukan.10. PEMERIKSAAN ASRAMA10.1 Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah/TP HEA/TP KPHP dan lain-lain pegawai yang diberi kuasa. 10.2 Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau sekurangkurangnya sebulan sekali.10.3 Pemeriksaan asrama puteri akan dilakukan oleh warden wanita atau pegawai yang diberikan kuasa.36 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


11. PERATURAN KELUAR/MASUK ASRAMA11.1 Waktu keluar/masuk asrama ditentukan oleh Pengarah/Pengawal Pusat.11.2 Kad keluar/masuk asrama hendaklah digunakan dengan sempurna setiap kali pelajar hendak keluar/masuk kawasan asrama/institusi.11.3 Kad keluar/masuk asrama yang didapati kotor, rosak, koyak atau hilang akan dikenakan denda.11.4 Mana-mana pelajar yang lewat masuk selepas waktu-waktu yang ditetapkan kad keluar masuk boleh diambil tindakan tatatertib oleh pegawai yang diberi kuasa.11.5 Pelajar yang lewat menuntut semula kad keluar/masuk akan diambil tindakan tatatertib.12. PROSEDUR PELAWAT12.1 Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari keluarga atau saudara mara sahaja.12.2 Perjumpaan dengan pelawat hanya dibenarkan pada waktu rehat di tempat yangdisediakan.12.3 Pelawat mestilah melaporkan diri dan mengisi maklumat di dalam “Buku Pelawat” danseterusnya mendapatkan “Pas Pelawat” daripada Pengawal Keselamatan.12.4 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Asrama Pelajar.12.5 Pelajar-pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan pelawatpelawat berkenaanmematuhi semua peraturan lawatan yang ditetapkan.12.6 Masa lawatan adalah ditentukan oleh Pegawai Mengawal Pusat.13. PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN13.1 Hanya pelajar yang mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Pusat sahaja dibenar menggunakan kenderaan di dalam kawasan KKTM/IKM.13.2 Kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan sahaja.13.3 Pelajar yang telah diberi kebenaran mesti mematuhi peraturan penggunaan yang ditetapkan :- 13.3.1 Kelulusan bertulis: 13.3.1.1 Pelajar perlu memohon kebenaran bertulis daripada Pengawal Pusat sekiranya ia berhajat menyimpan atau mengguna kenderaan bermotor di KKTM/IKM.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 37


13.3.1.2 Permohonan hendaklah mempunyai maklumat berikut :- a. Salinan geran b. Salinan cukai jalan c. Lesen memandu yang sah d. Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan (jika berkenaan)13.3.1.3.Pemohon juga hendaklah melaporkan kesalahan lalu lintas yang pernahdikenakan sebelum ini (sekiranya ada).13.3.2. Buku Pendaftaran Kenderaan Pelajar:Pengawal Pusat perlu menyimpan rekod pendaftaran kenderaan yangdigunakan dan dimiliki oleh pelajar.13.3.3. Had Laju:Pelajar tidak dibenarkan memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh pihak KKTMIKM.13.3.4. Laluan Dan Jalan Bagi Kegunaan Kenderaan:Pelajar hanya dibenarkan memandu kenderaan di jalan yang dikhususkan untuk laluankenderaan. Dengan ini kenderaan tidak dibenarkan dipandu/ dibawa di ’pavement’,‘sidewalk’, ‘grass verge’, ‘footpath’ atau lain-lain tempat sama ada di tepi sepanjang‘carriage way’ atau di mana-mana tempat yang sepatutnya bukan untuk laluankenderaan.13.3.5 Papan Tanda Dan Peraturan Lalu Lintas:Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi papan tanda jalan dan peraturan lalu lintas.13.3.6 Lesen Memandu Dan Kad Pelajar:Pelajar yang memandu kenderaan dikehendaki sentiasa membawa lesen memandu danKad Pelajar, mereka hendaklah bersedia menunjukkan dokumen tersebut apabiladiminta oleh pihak berkuasa KKTM/IKM.13.3.7 Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan dankeselamatan kenderaan pelajar.14. KECEMASAN DAN KESELAMATAN14.1 Penggunaan Peralatan Elektrik: 14.1.1 Sebarang penggunaan barangan elektrik di asrama wajib didaftarkan kepada pihak berkuasa institusi.38 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


14.1.2 Sambungan secara haram (tanpa kebenaran) ke sebarang alat elektrik tidakdibenarkan.14.1.3 ‘Plug’ berpin hendaklah ditanggalkan dari soket selepas digunakan.14.1.4 Pelajar adalah dilarang dari menggunakan sebarang peralatan elektrik ketikacuaca membahayakan seperti kilat/petir.14.1.5 Alatan eletrik yang telah didaftarkan hanya boleh digunakan di bilik/tempat yangdikhaskan/dibenarkan sahaja.14.1.6 Pengurusan KKTM/IKM berhak merampas mana-mana peralatan elektrik yangdigunakan oleh pelajar yang gagal mematuhi peraturan serta syarat-syaratyang telah ditetapkan.14.1.7 Pelajar dilarang membaiki sendiri sebarang kerosakan berkaitan denganelektrik dan hendaklah dilaporkan segera kepada pegawai yang diberi kuasa.14.1.8 Sebarang bentuk pembaziran penggunaan tenaga elektrik adalah dilarang.14.1.9 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan keselamatan semasa menggunakanalatan elektrik.14.1.10 Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan,kerosakan dan keselamatan peralatan elektrik pelajar.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 39


PERATURAN PAKAIANPELAJAR IKM/KKTM


PERATURAN PAKAIAN PELAJAR IKM/KKTM(Pindaan 2013)KEMASAN DIRI1. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sopan. Pelajar Islam diwajibkan berpakaian menutupaurat.2. Pakaian pelajar sentiasa kemas dan bersih.2.1 Kemas Merujuk kepada pakaian yang dibutangkan rapi, baju yang bergosok dan saiz pakaian yang berpadanan dengan saiz tubuh.2.2 Bersih Merujuk kepada pakaian yang tidak tercemar dengan kotoran, tidak berbau hapak atau busuk.3. Penampilan pelajar mestilah sentiasa bersih dan kemas.4. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju,paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.5. Rambut berfesyen ’afro, ’punk’, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.PERATURAN PAKAIAN1. Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal/Studio1.1 Pelajar Lelaki 1.1.1 Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. 1.1.2 Baju ’T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. 1.1.3 Baju tanpa lengan dan berseluar pendek, baju ’T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. 1.1.4 Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam (tuck-in). 1.1.5 Baju hendaklah dibutangkan dengan sempurna. 1.1.6 Pelajar hendaklah memakai seluar ’slack’.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 41


1.1.7 Seluar lusuh, koyak, bertampal, ketat dan seluar jeans adalah TIDAK dibenarkan. 1.1.8 Baju Melayu mestilah lengkap bersampin dan bersongkok. 1.1.9 Berkasut dan berstokin. 1.1.10 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.1.1.11 Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.1.1.12 Baju bengkel( mengikut keperluan program yang ditetapkan sahaja ).1.2 Pelajar Perempuan1.2.1 Baju kurung /kurung moden dan berkain.1.2.2 Pakaian yang menjolok mata seperti ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis danmendedahkan tubuh seperti baju tanpa lengan dan berseluar pendek TIDAKdibenarkan.1.2.3 Baju ’T’ berkolar/blaus berlengan panjang dan berseluar `slack’. Seluar jeans,lusuh, koyak dan bertampal adalah TIDAK dibenarkan.1.2.4 Baju ’T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawapengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik.1.2.5 Kasut bertutup. Selipar, terompah, kasut rumit tinggi (yang runcing) dan kasutyang berladam logam dan berbunyi TIDAK dibenarkan.1.2.6 Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung.1.2.7 Pelajar hendaklah berambut kemas. Rambut berfesyen seperti berekor dandiwarnakan TIDAK dibenarkan.1.2.8 Pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang bentuk perhiasan semasamembuat latihan amali.2. Pakaian Majlis RasmiSetiap pelajar mempunyai pilihan berpakaian berikut mengikut ketetapan atau kesesuaian majlis.2.1 Pelajar Lelaki i. Baju kemeja lengan panjang/pendek, berseluar ‘slack’ dan bertali leher.42 BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU


ii. Baju batik lengan pendek/panjang dan berseluar ‘slack’. iii. Baju Melayu sepasang, bersamping dan bersongkok. iv. Kasut kulit/kanvas bertutup. v. Jaket rasmi IKM/KKTM.2.2 Pelajar Perempuan i. Baju kurung/kurung moden sepasang (bertudung bagi muslim). ii. Baju batik kurung / kurung moden sepasang (bertudung bagi muslim). iii. Berkasut kulit/kanvas bertutup. iv. Jaket rasmi IKM/KKTM3. Pakaian Sukan/RiadahPelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan persekitaran.Tertaklukkepada peraturan berpakaian di atas.3.1 Pelajar LelakiBaju ’T’ lengan panjang/pendek, seluar sukan panjang/trek-bottom,kasut sukan danberstokin.3.2 Pelajar Perempuan Baju ’T’ lengan panjang, seluar panjang, kasut sukan/trek-bottom dan berstokin.4 Sebarang peraturan pakaian selain daripada yang ditetapkan di atas adalah tertakluk kepada peraturan pakaian di institusi masing-masing.5 Kad Pelajar5.1 Semua pelajar dikehendaki memakai Kad pelajar Rasmi IKM/KKTM ketika berada di dalam kampus atau menghadiri majis rasmi kolej samada dalam atau luar kampus.5.2 Kad pelajar yang rosak atau lusuh hendaklah diganti.5.3 Pelajar dilarang sama sekali menukar apa sahaja bentuk pengenalan yang terdapat pada Kad Pelajar Rasmi IKM/KKTM.5.4 Pelajar dilarang menggunakan Kad Pelajar orang lain.BUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 43


37PANDUANPAKAIAN PELAJAR


PANDUAN PAKAIAN PELAJAR LELAKIPANDUAN PAKAIAN PELAJAR PEREMPUANBUKU PANDUAN PELAJAR TVETMARA REMBAU 45


CATATAN_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version