KEJOHANAN
Pelajar merupakan sumber manusia yang penting untuk membentuk masyarakat yang bersahsiah dan sihat seterusnya membina negara ke arah yang lebih dinamik selaras dengan kehendak Islam iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat. a. Melahirkan pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan MSS di peringkat Daerah pada masa akan datang. b. Menanamkan minat dan semangat kesukanan dalam diri murid. c. Membudayakan gaya hidup sihat di kalangan murid dan guru. d. Memupuk semangat kerjasama dan pemupukan perpaduan antara murid dan guru serta kerjasama di kalangan ibu bapa. ❖Semua murid SKMG ❖Semua guru & staf sokongan SKMG ❖Ibu bapa / masyarakat sekitar SKMG PENDAHULUAN OBJEKTIF KUMPULAN SASARAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kekuasaan-Nya kita dapat mengadakan majlis yang penuh bermakna ini iaitu Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-32 peringkat SK Matang Gerdu. Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG SK Matang Gerdu kerana bertungkus-lumus merealisasikan Kejohanan Sukan Olahraga pada tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa anakanak SK Matang Gerdu yang sentiasa prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya. Tuan-Tuan dan puan, Kejohanan Sukan Olahraga diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acaraacara sukan tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Kejohanan Sukan Olahraga ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.
Insya-Allah, saya mengharapkan kita semua dapat memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum akan membantu murid mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang senantiasa kita harapkan. Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar SK Matang Gerdu akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar warga pendidik dan murid–murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang. Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua murid. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak. Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-32 peringkat SK Matang Gerdu. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ………………………………………… TUAN MOHD PAKU RUZI BIN MIN Pegawai Pendidikan Daerah Kerian
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kekuasaan-Nya kita dapat mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-32 peringkat SK Matang Gerdu. Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Matang Gerdu mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak beberapa minggu lalu, bermula dengan acara pemilihan murid, sukantara dan persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan ini, memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama, guru-guru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik. Kepada semua murid, tahniah saya ucapkan atas kegigihan kamu mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik murid-murid. Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam takwim sekolah SK Matang Gerdu. Kepada murid-murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum akan membantu mereka mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik. Akhir kata, sokonglah kami warga SK Matang Gerdu dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ………………………………………….. PUAN NORAZANI BINTI MAHAMAD Guru Besar SK Matang Gerdu
7.30 pagi : Kehadiran murid : Aktiviti Memanaskan badan : Persembahan murid Pra Sekolah 8.30 pagi : Perbarisan lintas hormat : Ucapan pengacara : Nyanyian lagu Negaraku dan Kebesaran Negeri Perak : Bacaan doa : Acara Menaikkan Bendera Kejohanan : Ikrar Kejohanan : Ucapan Guru Besar : Ucapan Perasmian – Tuan Mohd Paku Ruzi bin Min (Pegawai Pendidikan Daerah Kerian) : Gimik perasmian : Persembahan murid – ”Aerodance” : Perbarisan keluar kontinjen rumah sukan 10:00 pagi : Pegawai-pegawai kejohanan mengambil tempat : Acara 425 – 426 (Jemputan lelaki dan perempuan) : Penyampaian Hadiah dan Sijil (Acara 425 – 426) : Acara 401 - 408 : Penyampaian Hadiah dan Sijil (Acara 401 – 408) : Penyampaian cenderahati perasmi : Acara 409 - 418 : Penyampaian Hadiah dan Sijil (Acara 409 – 418) : Acara 419 – 424 : Penyampaian Hadiah dan Sijil (Acara 419 – 424) 12:00 tghari : Ucapan Penutup : Jamuan makan 1:30 petang : Bersurai TENTATIF KEJOHANAN
ACARA SUKAN Nombor Acara Nama Acara 401 200m Terbuka P 402 200m Terbuka L 403 50m Pra Sekolah P 404 50m Pra Sekolah L 405 4 X 50m Pra Sekolah P 406 4 X 50m Pra Sekolah L 407 80m Tahun 1 P 408 80m Tahun 1 L 409 100m Tahun 2 P 410 100m Tahun 2 L 411 100m Tahun 3 P 412 100m Tahun 3 L 413 100m Tahun 4 P 414 100m Tahun 4 L 415 100m Tahun 5 P 416 100m Tahun 5 L 417 100m Tahun 6 P 418 100m Tahun 6 L 419 4 X 50m Pegawai / Ibu bapa P 420 4 X 100m Pegawai / Ibu bapa L 421 4 X 100m Bawah 11 P 422 4 X 100m Bawah 11 L 423 4 X 100m Tahun 6 P 424 4 X 100m Tahun 6 L 425 4 X 100m Jemputan P 426 4 X 100m Jemputan L
PENGERUSI : Pn. Norazani binti Mahamad TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Zaiton binti Hamid NAIB PENGERUSI I : Pn. Rahimah binti Shahran NAIB PENGERUSI II : En. Norazmal Khairi bin Mat Desa PENYELARAS KEJOHANAN : En. Mohd Faizal bin Abdul Hamid PENYAMBUT TETAMU (JEMPUTAN & SAMBUTAN) Pn. Norazani binti Mahamad Pn. Zaiton binti Hamid Pn. Rahimah binti Shahran En. Norazmal Khairi bin Mat Desa BUKU PROGRAM Cik Nur Fazlina binti Mohd Naim Pn. Fariza binti Saidin PERSIAPAN TEMPAT / PADANG En. Mohamad Faizal bin Abdul Hamid En. Mohd Fadhil bin Mahamad Yasri En. Mohd Akkal bin Mat Desa En. Mohd Zulfadzli bin Roshashah En. Mohd Hadhri bin Mohd Noor En. Khairun Nidzam bin Jaberal @ Sabran En. Asrol Effendi bin Sebri Semua guru lelaki dan pekerja swasta SIARAYA En. Mohamad Ihsan bin Zulkifli Pn. Atikah Hanani binti Ismail DISIPLIN / KESELAMATAN Guru-Guru Rumah Sukan KECEMASAN Pn. Siti Zuraidah binti Zubir 5 orang ahli Pengakap PENGACARA MAJLIS Cik Soraya binti Mohamad Arsad @ Abdul Hamid Pn. Nurul Athirah binti Shaari
RAKAMAN / DOKUMENTASI / LAPORAN KEJOHANAN Pn. Roslinda binti Abdullah Pn. Siti Khairunnisa’ binti Khairudin Cik Nur Fazlina binti Mohd Naim Krew TVPSS SIJIL / HADIAH / CENDERAMATA Pn. Suhailam binti Saedin Pn. Zurida binti Hasmawi Pn. Nor Haizan binti Ismail Cik Nurul Alia binti Ramli Pn. Siti Habsah binti Apandi STATISTIK (PAPAN MARKAH & KEPUTUSAN) Pn. Syahidatul Munawirah binti Saidin Pn. Noor Harlina binti Jaafar Pn. Nurul Izah binti Rosdi ACARA SELINGAN / PERSEMBAHAN AERODANCE Pn. Sabrina binti Yusof Pn. Hafalizie binti Mohd Hussin JURI RAYUAN En. Mohtan bin Sulaiman (YDP PIBG) REFERI En. Mohamad Faizal bin Abdul Hamid PENGURUS TEKNIK En. Mohamad Faizal bin Abdul Hamid PENGAWAS RONDA (MARSYAL) En. Mohamad Faizal bin Abdul Hamid HAKIM PELEPAS En. Norazmal Khairi bin Mat Desa HAKIM PENOLONG PELEPAS En. Mohamad Faizal bin Abdul Hamid En. Mohtan bin Sulaiman (YDP PIBG) HAKIM LORONG En. Muhammad Adib bin Mohammad Isa En. Mohd Salim Husairi bin Saad En. Mohd Akkal bin Mat Desa AJK PIBG JAMUAN & MAKANAN Murid/Guru/AJK: Pn. Azlinawati binti Ruzlan Zabidi Pn. Halimah binti Sulaiman Pn. Rohani binti Alias Jamuan VIP: Pn. Zuriati Azura binti Ahmad Pn. Rashidah binti Abd. Rashid Pn. Suzana binti Abd Shukor
SENAMROBIK / PEMANASAN BADAN Pn. Nur Amelia Farisha binti Ahmad Bushra Cik Nurul Alia binti Ramli Cik Niraanjana a/p Mutusami Murid Tahun 6 KETUA RUMAH SUKAN En. Azhar bin Hassan En. Khairun Nidzam bin Jaberal @ Sabran En. Saharudin bin Isahak En. Mohd Yazid bin Mohd Akkil Pn. Norlelawati binti Abu Hassan Pn. Nasiriyah binti Asmuni MASKOT KEJOHANAN En. Rosli bin Yusof Pn. Norlelawati binti Abu Hassan Pn. Nasiriyah binti Asmuni PENGURUS SUKARELA Pn. Siti Khairunnisa’ binti Khairudin Pn. Hajah Hazarina binti Abdul Halim HAKIM SUKANEKA / PERBARISAN Pn. Fadilah binti Ibrahim Pn. Zaimawati binti Zainal Abidin Pn. Paizah binti Suaaib Pn. Noor Anita binti Mohamed Zain Pn. Nor Azwa binti Ali AJK PIBG (4 orang) HAKIM PENAMAT En. Mohd Fadhil bin Mahamad Yasri Pn. Noorul Huda binti Zulkurnaini Pn. Fariza binti Saidin AJK PIBG (5 orang) HAKIM PENJAGA MASA En. Asrol Effendi bin Sebri Pn. Kanjana a/p Sevaraju Cik Niraanjana a/p Mutusami Pn. Fariza binti Saidin AJK PIBG (5 orang) PENYELIA PENERIMA HADIAH Pn. Syahida binti Zakaria Pn. Norhafizah binti Shoheme Pn. Harliza binti Jaamat Pn. Nor Faridza binti Elias HAKIM PENCATAT Pn. Haziqah binti Shamsulbahri Pn. Hayati binti Yusof En. Kamarul Zaman bin Shaari
HAKIM BILIK PANGGILAN / PENYELIA PESERTA En. Mohd Hadhri bin Mohd Noor En. Mohd Zulfadzli bin Roshashah Pn. Ana Salwa binti Namli Pn. Halimah binti Sulaiman PENGURUS PRA SEKOLAH Semua PPM PENYELIA PERBARISAN / LINTAS HORMAT / BENDERA KEJOHANAN En. Mohd Shuhaidi bin Ghazali En. Mohamad Rizalil bin Abu Bakar PENYELIA PENGANGKUTAN En. Mohd Akkal bin Mat Desa En. Nor Izham bin Nordin JUALAN En. Mohd Sukri bin Abd Razak Pn. Norliza binti Mansur
SEKALUNG Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-32 Peringkat SK Matang Gerdu dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-32 Peringkat SK Matang Gerdu Tahun 2023 ini. @semadusmartchannel774 @PSS SK Matang Gerdu