The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shakilajumhat, 2021-05-28 00:15:01

FOLIO KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN - NOR SHAKILA BINTI JUMHAT D20201093348

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN


FOLIO

KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN






DISEDIAKAN OLEH
NOR SHAKILA BINTI JUMHAT D20201093348







SEMESTER 2 SESI 2020/2021

KUMPULAN O




NAMA PENSYARAH

DR. MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN

1.0 PENGENALAN






Pengurusan pembelajaran merupakan satu aspek penting untuk memastikan

keberhasilan dan kualiti pengajaran yang memenuhi standard pencapaian
akademik yang ditetapkan. Pengurusan pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai

proses merancangpengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat,

menentukan garis panduan keoada guru, memberi ketetapan berkenaan mata
pelajaran yang diajar serta proses pelaksanaan dan pemantauan bagi memastikan

kejayaan sesuatu rancangan pembelajaran. Pengurusan pembelajaran ini perlu
dirancang dengan baik untuk memastikan pengetahuan guru adalah mencukupi

dan berada pada tahap yang membolehkan mereka membimbing pelajar dengan

cara dan pendekatan terbaik. Melalui pengurusan pembelajaran yang berkesan,
produktiviti kerja guru turut yang lebih berkualiti. Dalam dunia pengajaran dan

pembelajaran, seorang guru perlulah beradaptasi dengan perubahan pendidikan
yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perubahan global. Justeru,

kajian dari semasa ke semasa perlu dijalankan untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang terlaksana adalah seiring dengan perkembangan terkini dan

dapat dimanfaatkan oleh para pelajar di dunia masyarakat dan komuniti sebenar

kelak.

2.0 ASPEK PENTING DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN



2.1 STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Bagi memastikan pengurusan pembelajaran yang berkesan, guru perlulah bijak

membuat pertimbangan terhadap strategi yang sesuai digunakan dalam bilik

darjah untuk memastikan tahap kefahaman pelajar adalah pada tahap terbaik dan
kandungan pembelajaran dapat disampaikan dengan sepenuhnya kepada pelajar.

Strategi pembelajaran yang biasanya digunakan oleh guru tebahagi kepada
kaedah berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Dalam

pelaksanaan pengajaran berpusatkan guru, kaedah ini dikenali sebagai kaedah

berfokus kepada peranan guru sebagai watak utama dalam bilik darjah. Guru
duduk di hadapan kelas dan menjadi individu yang mengawal situasi dalam kelas.

Hanya guru yang bercakap manakala pelajar hanya berperanan mendengar dan
menerima input yang diberikan oleh guru menyebabkan komunikasi antara guru

dan pelajar adalah terhad. Kaedah ini menonjolkan peranan guru dalam

memberikan bahan pengajaran, memberikan bimbingan kepada pelajar dan
memantau perkembangan pelajar itu sendiri. Kaedah berpusatkan guru ini sesuai

digunakan ketika ingin menyampaikan fakta khusus seperti fakta sains kerana
maklumat sehala yang diberikan dapat mengelakkan kekeliruan dalam

penyampaian maklumat.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah berpusatkan pelajar

dalam merancang pembelajaran. Dalam pendekatan ini, peranan guru untuk

mengajar sebahagiannya diambil alih oleh pelajar agar mereka dapat berinisiatif
untuk mencari bahan dan berkongsi dengan rakan-rakan lain semasa berada dalam

bilik darjah. Penglibatan aktif pelajar memberikan pengalaman dan keseronokan
untuk mereka belajar dan menambah pengetahuan dengan peranan guru sebagai

fasilitator yang membimbing dan merangka perjalanan pembelajaran agar lebih
tersusun. Mengikut pendekatan ini, pengajaran dilakukan secara pecahan

kumpulan menjadi bilangan yang lebih kecil dan pelajar bebas bergerak untuk

melaksanakan tugasan. Dengan demikian, pendekatan ini juga dapat membina
pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dan berkesan untuk

perkembangan kognitif pelajar.

Selain kaedah berpusatkan guru dan pelajar, guru juga boleh menggunakan

bahan bantu mengajar untuk melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bahan yang digunakan boleh dibahagikan kepada bahan elektronik dan bahan

bukan elektronik dan penggunaannya disesuaikan dengan kandungan mata

pelajaran serta kesediaan bahan tersebut. Pada masa kini, bahan elektronik seperti
komputer, video dan penggunaan slaid menjadi pilihan untuk digunakan oleh

guru-guru kerana kemudahan canggih dan teknologi moden menyediakan
pelbagai platform yang memudahkan pengajaran. Namun, sesetengah guru juga

sering berinovasi dengan bahan yang berada di persekitaran untuk mewujudkan

suasana pembelajaran yang menarik seperti penggunaan bahan di sekitar sekolah
untuk aktiviti. Pendekatan pelbagai bahan yang digunakan dapat mengingkatkan

tahap penyampaian maklumat dan memenuhi keperluan murid yang pelbagai
lantas dapat meningkatkan kualiti penyampaian guru.

Dengan demikian, jelaslah bahawa pengurusan pembelajaran dan

pengajaran meliputi pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran dengan pelbagai
orientasi berbeza. Guru perlulah bijak menentukan kaedah yang sesuai dengan

objektif pembelajaran dan tahap pelajar masing-masing melalui perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkesan untuk membantu

pelajar.

2.2 PRINSIP PENGAJARAN GURU
Sebagai panduan dalam mengurus pembelajaran pelajar, guru perlu mematuhi

prinsip pengajaran yang ditetapkan untuk proses yang lebih terancang dan

sistematik. Guru perlu merancang pengajaran mengikut tahap dan fasa tertentu
mengikut turutan bermula daripada set induksi, penyampaian dan diakhiri dengan

penutup. Sebagai permulaan, guru perlu memilih set induksi yang bersesuaian
bagi memperkenalkan topik pembelajaran untuk menarik minat pelajar seperti

memulakan sesi dengan permainan atau tayangan video untuk beberapa minit

pertama. Kemudian, guru meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan
topik utama berdasarkan perancangan masa yang sesuai dan diselaraskan dengan

bahan serta tahap pengetahuan yang ingin disampaikan. Di akhir pembelajaran,
guru merumuskan semula isi-isi yang telah dipelajari dan memberi ruang kepada

pelajar untuk membuat penilaian.

Dalam prinsip pengajaran ini juga, guru perlu menitikberatkan beberapa
faktor penting sebagai kayu ukur pengajaran dan perancangan yang baik

antaranya menggunakan pelbagai teknik berbeza. Kepelbagaian teknik dalam
mengurus pembelajaran adalah prnting untuk memastikan pelajar sentiasa

menumpukan perhatian dan guru perlulah kreatif untuk sentiasa mengkaji dan
mencari bahan-bahan dan teknik baru untuk digunakan. Guru juga perlu

menitikberatkan perbezaan individu antara setiap pelajar dan tahu cara untuk

mengendalikan setiap kelompok pelajar tersebut. Guru perlu peka dan memantau
keadaan pelajar semasa sesi PdP berlangsung untuk memastikan mereka sentiasa

fokus dan langkah ini penting untuk penilaian kendiri guru dalam menentukan
keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan. Pelajar juga pelrlu diberikan

latihan untuk mengaplikasikan kandungan pembelajaran. Dengan demikian, tahap
pencapaian pelajar juga boleh diukur untuk mengetahui sejauh mana input yang

diterima daripada guru dapat diterjemahkan kepada output yang tepat.

Sebelum memulakan sesi PdP bagi sesuatu topik yang baharu, guru perlu

membuat perkaitan dengan topik sebelumnya untuk memberikan gambaran

kepada pelajar. Guru perlu membuat perkaitan antara PdP dengan pengalaman
sedia pelajar dan memberikan soalan-soalan yang berkaitan bagi membolehkan

pelajar mewujudkan jalinan atau hubungan antara topik yang ingin diajarkan
dengan pengetahuan-pengetahuan yang mereka miliki. Pengajaran juga perlulah

berfokus kerana proses ini memudahkan pelajar untuk memahami pelajaran

peringkat demi peringkat, dari senang kepada yang susah, dekat kepada jauh
membolehkan pelajar mengulang semula pembelajaran dengan sendiri tanpa

keberadaan guru. Guru juga perlulah sentiasa bermotivasi dan memberikan
dorongan untuk meningkatkan keyakinan dan semangat pelajar untuk terus

berusaha menimba ilmu. Dengan demikian, hubungan baik antara guru dengan

pelajar dapat dibina menyebabkan pengurusan pembelajaran menjadi lebih mudah
dan dapat diorganisasikan dengan baik.

2.3 PENGURUSAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Pengurusan pembelajaran yang berkesan perlulah mengambil kira beberapa faktor
yang melibatkan kesediaan pelajar, pengurusan masa dan juga persekitaran

pembelajaran yang kondusif. Guru perlulah mengambil kira faktor keperluan

fisiologi pelajar dari segi latar belakang keluarga, tahap pembelajaran dan juga
tingkah laku mereka secara umum kerana faktor-faktor tersebut mempengaruhi

kesediaan pelajar untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Faktor pertama adalah berkenaan tahap pembelajaran. Guru perlu

mengenal pasti tahap pemahaman dan gaya pembelajaran setiap pelajar kerana

tidak semua cara atau pendekatan bersesuaian dengan penerimaan pelajar dengan
tahap berbeza. Sebagai contoh, pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek akan

mengambil masa lebih lama untuk memahami topik tersebut. Justeru, guru
perlulah memberikan perhatian yang lebih terhadap golongan pelajar lemah

dengan memberikan peneguhan serta pengulangan kandungan pembelajaran

dengan bimbingan berfokus kerana pelajar sering kali malu untuk bertanya di
hadapan rakan-rakan yang lain. Selain itu, guru juga perlu lebih prihatin terhadap

masalah pelajar dengan memerhatikan tingkah laku dan perubahan emosi mereka.
Pelajar yang sering termenung menghadapi masalah untuk kekal fokus terhadap

pembelajaran, justeru guru perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah
yang dihadapi agar pelajar dapat membahagikan masa dan mengatasi masalah

dengan baik.

Selain mengambil kira keperluan pelajar, pembelajaran perlulah diurus
dengan baik dari segi masa. Jadual waktu pembelajaran yang dirangka perlulah

seimbang dan dinilai dengan baik bagi membolehkan guru dan pelajar membuat
persediaan sepenuhnya. Masa pembelajaran bagi sesuatu subjek tidak sewajaranya

dilaksanakan untuk tempoh yang terlalu lama kerana hal ini menyebabkan fokus
terganggu dan pelajar mengahadapi masalah untuk memahami terlalu banyak

input baharu dalam satu-satu masa. Justeru, pengurusan jadual waktu perlulah

diselang-selikan antara subjek yang berat dengan subjek yang lebih santai untuk
memberi masa bertenang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai rancangan

pengajaran yang memenuhi peruntukan masa yang ditetapkan agar tidak wujud

pembaziran masa seperti menyediakan latihan dan aktiviti tambahan untuk
dilakukan oleh pelajar sementara menunggu pertukaran waktu antara guru.

Dengan demikian, pengurusan masa pembelajaran yang lebih berkesan dapat

diwujudkan.
Faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran ialah suasana

pembelajaran dan ikllim bilik darjah yang bersesuaian. Hal ini merangkumi aspek
pencahayaan, susunan perabot dan kelengkapan infrastruktur serta pengaliran

udara yang baik. Pencahayaan dan pengudaraan yang baik memberi ruang kepada

pelajar untuk berasa selesa dan nyaman dengan persekitaran. Suasana bilik darjah
yang tertutup dan gelap boleh menyebabkan rasa sesak dan ketidakselesaan untuk

pelajar menjalani PdP dengan baik. Bilik darjah juga perlulah berada dalam
keadaan bersih dan ceria untuk merangsang pemikiran pelajar seperti meletakkan

nota pembelajaran yang berwarna-warni pada dinding kelas. Kelas yang lengkap

dengan pelbagai kemudahan seperti kerusi dan meja yang cukup, papan tulis yang
bersih dan kemudahan peralatan elektronik seperti projector juga mencerminkan

pengurusan pembelajaran yang berkesan dan menyumbang ke arah kemajuan
pelajar serta guru.

3.0 PENUTUP






Secara keseluruhannya, pengurusan pembelajaran perlulah dikaji dan

dilaksanakan secara sistematik dan berkesan untuk memastikan keberhasilan
pengajaran yang optimum dan mampu menyumbang ke arah kejayaan. Pelbagai

faktor dan aspek yang perlu diambil kira dalam merancang proses pengajaran dan

pembelajaran dengan pertimbangan dari segi kebajikan pelajar, penyesuaian
dengan tahap pembelajaran dan juga faktor kemudahan persekitaran. Guru

perlulah sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan mempunyai
perancangan yang sistematik untuk menjamin kelancaran pembelajaran.

Pengurusan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat meningkatkan

prestasi akademik dan pencapaian pelajar sekaligus meningkatkan kemahiran guru
dalam mengurus pelajar. Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah

sewajarnya memberikan sokongan penuh terhadap guru dengan memberi bnatuan
dari segi pengurusan dan pengurangan bebanan tugasan guru agar pengurusan

pembelajaran yang baim dapat diwujudkan di sekolah masing-masing.

RUJUKAN




Raedah Md Amin. (2013). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran Sekolah
Rendah Kebangsaan di Zon Bandar daerah Kota Tinggi (Laporan Ijazah

Sarjana). Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/Rae
dahMdAminMFP2013.pdf.




Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran. (2018). Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-3-kajian-pengurus an-dan-

pem belajaran-pelajar.



Syrvison Goh. (2018). Strategi pengajaran berpusatkan guru, berpusatkan murid

dan berpusatkan bahan. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/Syrvison Cjoe/edup3033-murid-dan-pembelaja

ran-strategi-pengajaran-berpusatan-guru-berpusatkan-murid-dan-berpusatk
an-bahan.



Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar [rajah peta minda]. Diperoleh

daripada https://coggle.it/diagram/XNqJuVlVZYOhRzSf/t/kajian-pe

ngurusan-dan-pembelajaran-pelajar.


Click to View FlipBook Version