Analisis Makna Leksikal dalam Pantun Nasihat Amirul Aizat Zulkafli Nur Elya Maisara Maruzan Nur Qistina Emylia Zaidar Fakhri Nor Shakila Jumhat Nur Baiti Jannati Alias
Analisis Makna Leksikal dalam Pantun Nasihat Penulis: Amirul Aizat Zulkafli Nur Elya Maisara Maruzan Nur Qistina Emylia Zaidar Fakhri Nor Shakila Jumhat Nur Baiti Jannati Alias Editor: Dr. Husna Faredza Mohamed Redzwan Universiti Pendidikan Sultan Idris 2023
Penafian dan Hak Cipta E-buku ini ialah Hak Cipta Terpelihara dan merupakan karya asli Amirul Aizat Zulkafli, Nur Elya Maisara Maruzan, Nur Qistina Emylia Zaidar Fakhri, Nor Shakila Jumhat dan Nur Baiti Jannati Alias. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua cara sekali pun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis. Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung dalam e-buku ini adalah sesuai untuk semua pembaca, namun isi kandungan adalah hasil daripada nukilan, kepakaran, pengalaman dan kefahaman penulis dengan merujuk sumber-sumber berkelayakan. 1
ْي ُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَب َرَكاُتُه الَّس َالُم َعَل ْلَعاَلِميَن ِه َرِّب ٱ َّٰل َحْمُد ِل ْل ٱ Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan berkat kurniaan-Nya, penulis-penulis telah berjaya menyiapkan e-book ini. Penghasilan e-book merupakan tugasan berkumpulan yang wajib dilaksanakan bagi kursus BML3083 Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, semua penulis telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan buku ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tujuan utama penulis dalam penghasilan e-book ini adalah untuk memperbanyakkan bahan rujukan dan panduan bagi semua lapisan masyarakat dalam menelusuri makna di sebalik pantun nasihat. Penulis mengetengahkan analisis pantun dan makna pantun berdasarkan beberapa aspek leksikal yang seperti topik perbincangan. Diharapkan agar segala isi kandungan dapat dimanfaatkan dan membantu para pembaca dengan semaksimum mungkin. Usaha ini juga diharapkan dapat melestarikan semula warisan pantun yang semakin hari semakin dilupakan khususnya oleh generasi muda. Sekian, terima kasih. Prakata Amirul Aizat Zulkafli Nur Elya Maisara Maruzan Nur Qistina Emylia Zaidar Fakhri Nor Shakila Jumhat Nur Baiti Jannati Alias Universiti Pendidikan Sultan Idris 2023 2
Isi Kandungan Penafian dan Hak Cipta .................................... 1 Prakata ............................................................. 2 Isi Kandungan ................................................... 3 Penulis .............................................................. 4 Penghargaan ..................................................... 6 Pengenalan ........................................................ 7 Bab 1: Apa Itu Pantun? Maksud Pantun ................................................ 9 Maksud Pantun Menurut Kamus ..................... 10 Maksud Pantun Menurut Tokoh ...................... 11 Maksud Pantun dari Pelbagai Sudut ................. 13 Bab 2: Ciri dan Fungsi Pantun Ciri-ciri Pantun .................................................. 17 Fungsi Pantun ................................................... 18 Bab 3: Analisis Makna dalam Pantun Pantun yang Dipilih ........................................... 22 Makna Pantun Secara Umum ........................... 23 Makna Konseptual .......................................... 25 Makna Gaya ...................................................... 29 Makna Asosiatif................................................. 33 Makna Denotatif & Konotatif............................ 35 Penutup ............................................................. 40 Rujukan ............................................................ 41 3
Penulis Nur Qistina Emylia Zaidar Fakhri Nur Elya Maisara Maruzan Amirul Aizat Zulkaflli merupakan pelajar Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. merupakan pelajar Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. merupakan pelajar Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 4
Nor Shakila Jumhat Nur Baiti Jannati Alias Editor Dr. Husna Faredza Mohamed Redzwan merupakan pelajar Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. merupakan pelajar Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. merupakan pensyarah kursus Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu bagi Kumpulan D. Pengkhususan kepakaran adalah dalam bidang Linguistik Melayu. 5
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan e-book bagi tugasan kursus ini. Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada Dr. Husna Faredza binti Mohamed Redzwan, pensyarah kursus Semantik & Pragmatik Bahasa Melayu (BML3083) bagi Kumpulan D kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dengan penuh bersemangat. Tanpa beliau, kami tidak akan berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna. Kami turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu khususnya rakan-rakan yang dalam Kumpulan D kerana tidak lokek memberi pendapat dan peringatan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Semoga jasa baik mereka diberikan ganjaran yang secukupnya. Akhir madah, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan sebaliknya sepanjang pembikinan e-book ini. Sekian, terima kasih. Penghargaan 6
E-buku ini akan memperincikan secara lebih mendalam berkaitan dengan pantun secara umum dan memperincikan maksud dan makna pantun yang dipilih untuk dikaji. Dalam Bab 1, maksud pantun dijelaskan secara umum serta pendefinisian pantun menurut kamus, tokoh dan juga daripada pelbagai sudut juga dijelaskan pada bab ini. Seterusnya, bab 2 menjelaskan ciri-ciri dan fungsi pantun secara umum juga supaya pembaca boleh memahami dan mengetahui apa itu pantun dan untuk apa pantun tersebut digunakan dalam masyarakat Melayu. Bab 3 pula mengetengahkan pantun yang dipilih untuk analisis. Serangkap pantun telah dipilih untuk dianalisis dari segi maksud dan makna pantun tersebut dari segi semantik dan pragmatiknya. Pantun yang dipilih adalah bertemakan nasihat. Bab ini mengandungi analisis makna leksikal pantun dari pelbagai aspek. Pengenalan 7
BAB 1: APAKAH ITU 'PANTUN' ? 8
Tahukah anda apakah itu pantun? Pantun merupakan salah satu puisi tradisional dan puisi tradisional ini dalam bentuk tulisan dan lisan. Pantun merupakan puisi tradisional yang dilahirkan oleh masyarakat Melayu Tradisional dalam bahasa Melayu. Pantun ini merupakan karya tradisional yang lahir di seluruh kepulauan Melayu seperti Sumatera, Jawa, Selatan Thailand, Singapura dan lainlain kepulauan Melayu. Pantun telah diiktiraf sebagai Warisan Melayu tidak Ketara oleh UNESCO pada 17 Disember 2020 di Paris, Perancis 9
Maksud Pantun Menurut Kamus Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pantun merujuk kepada puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Daripada empat baris tersebut, dua baris pertama ialah pembayang dan dua baris terakhir ialah maksudnya. Selain itu, pantun juga dimaksudkan sebagai peribahasa yang digunakan sebagai sindiran atau dijadikan jawapan kepada tuduhan dan sebagainya. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), pantun merujuk kepada sebuah karangan berangkap yang biasanya terdiri daripada empat baris; dua baris pertama sebagai pembayang dan dua baris kedua pula sebagai maksud. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pantun sebagai salah satu bentuk puisi yang berupa rangkap yang terdiri daripada pembayang dan maksud, dan ditulis dengan tujuan-tujuan tertentu. 10
Maksud Pantun Menurut Tokoh Za’ba dalam Muhammad Ariff Ahmad (1994) menerangkan perkataan ‘pantun’ pada asalnya bermakna seperti atau umpama, dan setelah itu digunakan bagi makna perumpaan. Namun kini pantun difahami sebagai sejenis karangan yang mempunyai rangkap dengan dua bahagian, iaitu pembayang maksud dan maksud sebenar. Daillie (1988) dalam Muhammad Haji Salleh (2016) mengatakan bahawa: “Pantun Melayu terdiri daripada suatu tanda oleh tanggapan yang tidak boleh disangkal. Puisi ringkas ini merupakan lambang kepada kehidupan dan semesta dalam satu butir pasir. Ia membawa di dalamnya kesemua unsur kehidupan seseorang manusia; tanahnya, rumahnya, kebunnya, sawahnya, sungai, laut atau hutan, pokok-pokok, buah-buahan, haiwan, burung-burung, ikan-ikan; beberapa perkaraperkara ringkas tentang kegunaan sehari-hari; ia menyatakan adat dan tradisi manusia, kebijaksanaan, kepercayaan dan segala macam perasaan, seperti cintanya terhadap lelaki, wanita dan Tuhan.” 11
Winstedt dalam Sung C. M. dan Mat Zaid Hussein (2020) memberi pendapat bahawa pantun berasal daripada teka-teki Melayu dan pengetahuan tentang falsafah ‘bahasa buah dan bunga’ masyarakat Melayu perlu dikuasai untuk memahami pengertian serta segala hal berkaitan pantun itu. Falsafah itu merujuk kepada gagasan-gagasan tertentu yang hendak disampaikan oleh orang-orang Melayu seperti tujuan, makna, dan rasa hati yang disimbolkan oleh jenis-jenis buah dan bunga tertentu yang didapati ada dalam masyarakat Melayu tersebut. Za'ba R, O. Winstedt François-René Daillie Maksud Pantun Menurut Tokoh 12
Menurut Norazimah Zakaria et. al (2017), pantun ialah sejenis puisi yang terikat, yang secara umum terdiri empat baris serangkap dengan rima akhir a-b-a-b. Pantun boleh berbentuk dua baris, empat baris, enam baris, dua belah baris dan seterusnya, dengan setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud. Menurut Tuti Andriani (2012) lazimnya bahagian pembayang pada dua baris pertama pantun merupakan unsur-unsur alam seperti flora dan fauna, manakala bahagian isi (maksud) pada dua baris kedua merujuk kepada dunia insaniah yang merangkumi perasaan, pemikiran, dan perbuatan manusia. Konsep ini juga diguna pakai dalam pantun enam baris, lapan baris, dan bentuk-bentuk lain pantun. Menurut Sung C. M. dan Mat Zaid Hussein (2020), pantun merujuk kepada sejenis puisi tradisional yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu dan telah wujud sejak sekian lama di samping puisi-puisi tradisional yang lain. Lahirnya pantun dikatakan bersama-sama kewujudan bangsa Melayu di Alam Melayu. Maksud Pantun dari Pelbagai Sudut 13
Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan khazanah silam yang amat berharga. Walaupun ianya bersifat tradisional, namun ianya masih digemari oleh semua golongan memandangkan genre puisi ini yang tidak dicemari dengan unsur-unsur luar atau asing. Menurut Harun Mat Piah dan Hassan Ahmad (2001), pantun adalah milik masyarakat Melayu, dihasilkan oleh manusia Melayu dan mencerminkan peribadi, nilai, dan minda Melayu” Setiap pantun mempunyai unsur bahasa seperti perlambangan, perbandingan, pertentangan, penegasan dan sindiran yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Oleh hal yang demikian, pembaca perlu menganalisis terlebih dahulu sebelum menghuraikan maksud tersirat yang terkandung dalam sesuatu pantun. Selari dengan cerminan gaya hidup masyarakat Melayu yang menekankan kesantunan dan budi bahasa yang tinggi, pantun terdiri daripada bait-bait yang diungkap dalam suatu gaya, lenggok, ragam dan disampaikan dalam bentuk yang ringan dan mudah. Bait-bait ini mengandungi pemikiran berat dan bersiri dengan mesej yang mendalam dan bersignifikan (Siti Hajar Che Man, 2013). 14
Pantun merupakan ungkapan kepada minda masyarakat Melayu tradisional dan cerminan kepada budi masyarakat Melayu. Pantun diolah dengan rapi dan disusun dengan indah dipenuhi maksud yang mendalam, yang menjadi wadah untuk menyampaikan nasihat, luahan perasaan, gurauan, atau sindiran. Sebagai wadah yang penting bagi masyarakat Melayu untuk meluah dan menyampai hasrat serta manifestasi pemikiran, terkandung di dalam pantun falsafah hidup masyarakat tersebut. Pantun ialah sebuah puisi lengkap yang melakar wajah dan perasaan serta jiwa bangsa Melayu, atau dalam kata lainnya pantun itu di dalamnya terdapat hidup, hati, dan jiwa orang Melayu (Muhammad Haji Salleh, 2016). Selain itu, pantun sebagai sebuah wacana terdiri oleh dua wacana iaitu wacana lisan (pembayang) dan wacana tulisan (maksud). Pantun sebagai sebuah karya sastera menuntut kekreatifan yang tinggi pada masa yang sama mempertimbangkan konvensi yang berlaku serta memperlihatkan kepiawaian dalam berbahasa. 15
BAB 2: CIRI DAN FUNGSI PANTUN 16
Ciri-ciri Pantun Rima akhir di hujung baris pantun adalah sejajar seperti a,a,a,a, dan a,b,a,b dan seterusnya Terang cuaca udara nyaman, Taman firdausi seluas hamparan, Al-Quran dibaca jadi pedoman, Bagai pelita menerangi kehidupan. . Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang dan maksud. } Pembayang Maksud Contoh: Contoh: Terang cuaca udara nyaman, Taman firdausi seluas hamparan, Al-Quran dibaca jadi pedoman, Bagai pelita menerangi kehidupan. . Rima akhir untuk pantun ini adalah a,a,a,a Contoh: Terang cuaca udara nyaman, Taman firdausi seluas hamparan, Al-Quran dibaca jadi pedoman, Bagai pelita menerangi kehidupan. . Setiap baris dalam pantun mempunyai 4-5 perkataan serta 8-12 suku kata - (4 patah perkataan) - (11 suku kata) 1. 2. 3. } } 17
Fungsi Pantun Masyarakat Melayu menggunakan pantun sebagai alat komunikasi atau bentuk pengucapan bagi menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap sesuatu perkara atau bertujuan untuk menujukan kepada seseorang yang bertujuan untuk memberi nasihat, menyindir, berjenaka atau suka-suka. Namun begitu, pada masa kini pantun sering digunakan dalam sesuatu majlis seperti majlis keilmuan mahupun majlis perkahwinan sebagai tanda pembuka atau penutup sesuatu majlis. Terdapat beberapa fungsi pantun dalam masyarakat Melayu. Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih: Menzahirkan Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. 18
Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan contoh pantun yang membawa maksud sindiran; Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Berikut merupakan contoh yang menunjukkan luahan rasa kasih sayang dan kerinduan; Bunga melur di atas titi, Mari dibungkus di dalam kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. Buah langsat kuning mencelah, Keduduk tidak berbunga lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Meluahkan Rasa Kasih Sayang dan Kerinduan Untuk Sindiran dan Terpelak 19
Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan contoh pantun berungsurkan keagamaan. Sayang-sayang buah kepayang, Buah kepayang hendak dimakan; Manusia hanya mampu merancang, Kuasa Allah yang menentukan. Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini. Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan contoh pantun adat. Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang. Menyampaikan Mesej Berunsur Keagamaan Tujuan Adat Istiadat 20
BAB 3: ANALISIS MAKNA DALAM PANTUN 21
Keistimewaan bahasa pantun yang indah dan menarik menarik minat ramai pengkaji untuk membuat kajian terhadap pantun. Faktor ini juga mendorong para pengkaji untuk memilih pantun sebagai input utama dalam e-book kali ini. Pengkaji akan mengupas tentang pantun jenis nasihat yang merupakan rangkaian kata-kata yang mempunyai makna mengarahkan atau menegur seseorang untuk menjadi lebih baik. Pantun nasihat yang dipilih adalah seperti yang berikut: Terang cuaca udara nyaman, Taman Firdausi seluas hamparan, Al-Quran dibaca jadi pedoman, Bagai pelita menerangi kehidupan. Pantun yang Dipilih 22
Terang cuaca udara nyaman, Taman Firdausi seluas hamparan, Al-Quran dibaca jadi pedoman, Bagai pelita menerangi kehidupan. Maksud pantun di atas ialah Al-Quran sebagai panduan hidup yang benar. Pelita merujuk kepada bekas yang berisi minyak dan mempunyai sumbu yang dibakar untuk memberikan cahaya. Justeru, jalan yang betul dalam kehidupan akan kelihatan sekiranya Al-Quran menjadi pegangan. Pada baris ketiga dan keempat menjelaskan bahawa pantun ini merupakan pantun nasihat. Perkara ini dikukuhkan dengan perkataan pedoman yang membawa maksud sesuatu yang dijadikan asas (pegangan) untuk melakukan sesuatu. MAKSUD Makna Pantun Secaea Umum 23
Setelah mengenali makna pantun nasihat secara umum, bahagian ini akan menerangkan makna pantun nasihat yang dikaji berdasarkan jenis makna yang dipilih. MAKNA KONTEKSTUAL MAKNA ASOSIATIF MAKNA GAYA MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF 24
3.1 Makna Konseptual Menurut Abdul Chaer (1990), makna konsep adalah mencakupi komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau lainnya Menurut Leech ( 1974 ) di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik Palmer (1992) pula menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan 'kata' dan ‘benda' melalui perantaraan konsep pemikiran. 25
Makna konseptual atau juga disebut makna denotatif, dianggap sebagai faktor penting dalam setiap komunikasi. Makna konsep adalah penting dalam bahasa. Makna konsep boleh diketahui selepas menghubungkan atau membandingkannya pada peringkat bahasa (Suwandi, 2011:85). Menurut Chaer (2013: 72) makna konseptual ialah makna yang bersesuaian dengan konsep dan rujukan, dan bebas daripada sebarang perkaitan atau perhubungan. Jadi, makna konseptual adalah sama dengan makna rujukan, makna leksikal, dan makna denotatif. Chaer juga berpendapat bahawa makna konseptual ialah makna yang tergolong dalam leksem, tanpa mengira konteks atau perkaitan. Selain itu, teori konseptual ialah teori semantik yang memfokuskan kepada kajian makna prinsip konsepsi yang wujud dalam fikiran manusia . Teori yang dikaitkan dengan John Locke juga dipanggil teori mentalisme. Teori ini ia dipanggil teori pemikiran, kerana perkataan itu merujuk kepada idea yang ada dalam pemikiran. Oleh itu, penggunaan sesuatu perkataan hendaklah menjadi sebutan yang membawa kepada pemikiran. Apa yang dimaksudkan dengan makna konsep menurut definisi lain ialah makna yang dimiliki oleh sesuatu leksem tanpa mengira konteks atau perkaitan. Sebagai contoh perkataan kuda mempunyai makna konseptual sejenis berkaki empat yang boleh ditunggangi. Jadi, sebenarnya makna konseptual adalah sama dengan makna leksikal, makna denotatif, makna rujukan. Makna konseptual ini adalah logik, kognitif, atau denotatif Seterusnya, makna konseptual ini juga dikenali sebagai makna kamus yang boleh didapati melalui pembacaan dan carian di kamus. Perkara ini dapat dikukuhkan lagi apabila makna konseptual tercatat dalam kamus maka makna konseptual adalah makna yang sebenar dan tidak tergantung kepada konteks semata-mata. Ianya merujuk pada acuan dasar sesebuah kata. 26
BIL KATA MAKNA KONSEPTUAL 1 terang keadaan (cahaya atau sinar) yang menyebabkan sesuatu atau keadaan boleh dilihat 2 cuaca keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan tekanan udara) di sesuatu tempat pada sesuatu ketika tertentu 3 udara campuran berbagai-bagai jenis gas di atas muka bumi , hawa 4 nyaman cergas, segar, sihat 5 taman kebun yang ditanami pelbagai jenis bunga 6 firdausi seperti taman firdaus 7 seluas tidak sempit, lapang 8 hamparan sesuatu yang dihamparkan atau terbentang luas 9 Al-quran kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad untuk dijadikan panduan hidup 10 dibaca mengucapkan sesuatu yang tertulis atau tercetak pada buku 27
BIL KATA MAKNA KONSEPTUAL 11 jadi sebenarnya berlaku, sebenar, melakukan sesuatu berlangsung 12 pedoman sesuatu yang dijadikan asas (pegangan) 13 bagai seperti, persamaan 14 pelita berisi minyak yang bersumbu 15 menerangi keadaan (cahaya atau sinar) yang menyebabkan sesuatu atau keadaan boleh dilihat 16 kehidupan perihal hidup 28
3.2 Makna Gaya Makna gaya turut disebut sebagai gaya bahasa yang merupakan cara pemakaian bahasa. Hal ini berkaitan dengan perihal pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat. Za'ba (dalam Azhar Muhammad, 2010) menyatakan gaya bahasa sebagai rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk pembahasannya. Menurut Keris Mas (dalam Mohamad Yezi Kerya, Fatahiyah Mohd Ishak & Wan Roslina Wan Ismail, 2015), gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa digunakan, khususnya dalam tulisan atau karangan untuk maksud-maksud tertentu. 29
merupakan cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan MAKNA GAYA... berperanan melengkapkan tema, persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan. merujuk pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang MAKNA GAYA DALAM PANTUN KOSA KATA Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata serta membolehkan seseorang berkomunikasi dengan lancar dan baik Kata mengalami perubahan atau pengekalan makna mengikut perkembangan bahasa. Contoh: Kata 'taman' Taman = kebun yang ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bungabungaan Taman firdausi = seperti taman firdaus (taman yang berada dalam syurga kedua, iaitu syurga firdaus) yang indah Taman = tempat orang bersenangsenang atau bersiar-siar 30
Struktur Ayat ELIPSIS Elipsis merupakan proses pengguguran unsur atau kata yang opsyenal dalam struktur permukaan ayat namun tidak mengubah maksud ayat dalam konteks yang boleh difahami Contoh dalam pantun: Terang cuaca udara nyaman (sepatutnya 'Terang cuaca dan udara nyaman') Berlaku pengguguran kata hubung gabungan 'dan' dalam ayat majmuk gabungan namun tidak menjejaskan maksud frasa Inversi merupakan gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan lazimnya Contoh dalam pantun: Terang cuaca (sepatutnya 'Cuaca terang') INVERSI Taman Firdausi seluas hamparan (sepatutnya 'Seluas hamparan taman Firdausi') 31
3.3 Makna Asosiatif Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki oleh sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi dan makna kolotatif. Mengikut Kamus Linguistik (1997) pula, makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu 18 18 dengan yang lain) perhubungan dan pertalian. Makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam bentuk seseorang apabila mendengar perkataan tertentu. Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikik pengetahuan dan pengalaman seseorang. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. 32
Berdasarkan pantun yang dipilih, makna asosiatif ini dapat dilihat pada baris keempat pantun tersebut iaitu ‘Bagai pelita menerangi kehidupan’ pada perkataan 'pelita'. Menurut kamus dewan, 'pelita' mambawa maksud bekas berbagai-bagai bentuk yang berisi minyak dan bersumbu yang digunakan untuk memberikan cahaya. Pengarang membuat perlambangan bagi perkataan 'pelita' kerana sifat pelita itu sendiri. Masyarakat umum mengetahui bahawa pelita adalah bercahaya dan mampu menerangi keadaan diselilingnya. Pada zaman dahulu sebelum, munculnya era elektrik, pelita adalah kaedah paling popular digunakan untuk menerangi rumah dan kawasan persekitaran. 33
Orang kampung memasang pelita sepanjang Ramadan juga sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap rumah. Tradisi ini masih diteruskan sehingga kini. Berhubung tradisi memasang pelita ini, ia juga dikatakan bagi membantu mereka untuk menuju ke masjid atau surau untuk memunaikan kewajipan mereka kerana suasana pada waktu malam gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Oleh itu, konsepnya adalah sama dengan pantun yang ditulis oleh pengarang di mana perkataan ‘pelita’ dalam pantun tersebut mambawa perlambangan terhadap sesuatu yang membantu memberikan petunjuk atau panduan kepada kita. Dengan demikian, pantun yang ditulis oleh pengarang ini adalah untuk menasihati masyarakat supaya sentiasa beramal atau membaca AlQuran kerana Al-Quran merupakan sandaran utama yang boleh memberi petunjuk kepada kita untuk meneruskan kehidupan ke arah yang baik. 34
Dalam bidang semantik, makna denotatif merupakan makna tersurat, makna umum, makna leksikal atau makna kamus. Kata yang mengandungi makna denotatif sememangnya mudah difahami kerana ianya mengandungi makna yang tetap walaupun bersifat umum kerana jelas diketahui oleh semua. 3.4 Makna denotatif dan konotatif Ruslan makan ayam. Makna denotatif bagi kata makan jelas membawa maksud Ruslan sedang menjamah ayam. Contoh makna denotatif adalah seperti yang berikut: 1. Menurut Lyons (1977), denotatif adalah hubungan yang digunakan dalam tingkat pertama dalam sebuah kata secara bebas dan memegang peranan penting dalam sesuatu ujaran. 35
Makna konotatif pula merujuk kepada makna yang dikemukakan secara tersirat dalam sesuatu ujaran. Makna konotatif adalah aspek makna sebuah atau sekelompok kata yang didasarkan atas perasaan atau fikiran yang timbul atau ditimbulkan pada pembicara (penulis) atau pendengar (pembaca) (Harimurti, 1982). Ini bermakna makna konotatif mempunyai dua perspektif iaitu positif dan negatif. Namun demikian, makna konotatif boleh berubah mengikut peredaran waktu. Misalnya, perkataan 'khalwat' dahulu membawa maksud positif iaitu dimaksudkan dengan mengasingkan diri atau memencilkan diri. Kini, perkataan 'khalwat' dipandang negatif kerana maksudnya berduaan antara lelaki dan perempuan. 36
Berdasarkan pantun nasihat tersebut, pengkaji akan mengkaji perkataan 'pelita' yang terdapat pada akhir baris pantun dari segi makna denotatif dan konotatifnya. Bagai pelita menerangi kehidupan. Dari segi makna denotatif, pelita merujuk kepada bekas yang berisi minyak dan bersumbu yang bertujuan untuk memberikan cahaya. Oleh itu, penulis memberi gambaran yang benar tentang cahaya yang dapat menerangi kehidupan. Walaupun begitu, dari segi makna konotatifnya pula, pelita bermaksud Al-Quran yang dapat menerangi kehidupan sekiranya kita menjadikannya sebagai pedoman hidup. Tambahan lagi, pengkaji dapat mentafsir pelita yang dimaksudkan ialah Al-Quran kerana terdapat perkataan bagai yang berfungsi untuk membandingkan antara satu sama lain. Dapat disimpulkan bahawa kedua-dua makna denotatif dan konotatif mempunyai maksud yang berbeza dan tidak berkaitan sesama sendiri. Oleh itu, kita sebagai pembaca hendaklah bijak dalam mentafsir bahan bacaan terutamanya pantun. 37
Penutup Analisis Makna Leksikal dalam Pantun Nasihat 38
Melalui penghasilan buku digital ini, pembaca dapat mengetahui maklumat umum tentang pantun dan pendefinisiannya menurut pelbagai tokoh dan perspektif berbeza. Pembaca juga dapat mengenalpasti ciri-ciri pantun berdasarkan pembahagian rangkap, rima dan lain-lain dengan penjelasan contoh yang diberikan. Buku ini juga memberi pengetahuan tentang jenis-jenis pantun yang sering digunakan dalam masyarakat dan kesesuaian penggunaannya dalam pelbagai situasi kehidupan. Contoh yang disertakan meningkatkan pemahaman pembaca dan keupayaan untuk mengenalpasti fungsi pantun yang berbeza. Selain itu, analisis makna secara leksikal yang diketengahkan melalui analisis pantun dari segi makna kontekstual, makna gaya, makna asosiatif dan lain-lain sememangnya membantu pembaca memahami makna di sebalik kata, ungkapan dan frasa yang digunakan secara lebih mendalam kerana kebiasaannya masyarakat umum hanya memahami makna pantun dari satu perspektif sahaja. Buku dalam bentuk elektronik juga lebih mudah diakses dan dibaca pada bila-bila masa sahaja kerana tidak memerlukan buku berbentuk fizikal. Oleh hal yang demikian, penghasilan tugasan e-buku ini sememangnya mendatangkan manfaat kepada pembaca dan memartabatkan seni warisan pantun dengan pendedahan kepada masyarakat melalui platform digital. Manfaat E-buku 39
Secara kesimpulannya, penghasilan tugasan buku digital tentang 'Analisis Makna Leksikal dalam Pantun Nasihat' ini memberi pendedahan tentang pelbagai perspektif makna di sebalik setiap baris, rangkap, kata dan frasa yang digunakan. Pantun merupakan satu jenis puisi yang terdiri daripada rangkap, mempunyai pembayang dan maksud serta berima. Pantun mempunyai pelbagai fungsi yang disesuaikan dengan penggunaan seperti tujuan positif bagi menzahirkan penghargaan, menunjukkan kasih sayang, menyampaikan mesej keagamaan dan adat istiadat namun pantun juga boleh membawa makna negatif misalnya pantun berbentuk sindiran atau terpelak. Berdasarkan analisis makna yang telah dihasilkan, penulis memilih pantun empat kerat berbentuk nasihat yang mengetengahkan nasihat supaya manusia kembali kepada Al-Quran sebagai pedoman untuk memastikan kehidupan kita berada di landasan yang benar. Analisis makna dari segi kontekstual secara denotatif telah menjelaskan makna setiap perkataan yang digunakan dalam pantun berdasarkan pendefinisian kamus. Kemudian, analisis makna gaya membolehkan penulis mengenalpasti kosa kata menarik yang digunakan serta gaya bahasa dari segi penstrukturan ayat melibatkan inversi dan elipsis. Makna asosiatif yang diketengahkan pula dapat mengenalpasti perlambangan pelita yang dapat menerangi kehidupan sekiranya berpandukan Al-quran. Oleh hal yang demikian, diharapkan agar analisis makna yang diketengahkan dapat membantu pembaca memahami pantun secara implisit. Penutup 40
Rujukan 41