The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shakilajumhat, 2022-01-03 19:33:46

MODUL PEDAGOGI TATABAHASA KATA TUGAS KUMPULAN 4-G

BML3053

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI:


KATA TUGAS








NAMA NO. MATRIK


MUHAMMAD AMIRUL SYAHMI BIN ABU BAKAR D20201093374


KHALIDAH KHAIRUNNISA BINTI KHAIRUL ANWAR D20201093414


SITI ZULAIKHA BINTI HASLAN D20201093398

NUR ATHIRAH BINTI MOHD NORVI D20201093352


NOR SHAKILA BINTI JUMHAT D20201093348





KUMPULAN 4 (G)








DR. HUSNA FAREDZA BINTI MOHAMED REDZWAN

PENDAHULUAN




Kata tugas ialah perkataan yang tergolong dalam golongan kata yang
Frasa
bersifat pelbagai atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi inti bagi Endosentrik
ialah frasa nama,
frasa-frasa endosentrik. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa kerja dan
frasa adjektif
frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu seperti berikut;


• Penghubung • Penguat • Penegas • Pemeri


• Penerang • Pendepan • Penafi • Tugas-tugas


• Penentu • Pembantu • Pembenar lain




KELOMPOK DASAR KATA TUGAS



Terdapat 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan kepada empat

kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat.































Imbas kod QR untuk video tentang Kata Tugas

KONSEP KATA TUGAS




Menurut Nik Safiah Karim et.al (2003),


Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa

untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai


penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas,

penafi dan tugas-tugas lain.



Ahmad Khair Mohd Nor (2019)


Dalam buku beliau menyatakan bahawa kata tugas ialah perkataan yang

mendukung sesuatu tugas tertentu dalam klausa atau ayat.


Kata tugas ini juga tidak boleh menjadi unsur inti dalam frasa utama tetapi

mempunyai tugas sintaksis tertentu.






KATA SENDI NAMA




Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata sendi nama ialah perkataan

yang letaknya di hadapan frasa nama. Walaupun begitu, setiap satu kata sendi nama


mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaanya ditentukan oleh peraturan

khusus.


Terdapat kata sendi nama
yang menganggotai golongan
kata lain, contohnya:
• akan (kata bantu)
• dalam
(kata arah & kata
adjektif)
Imbas kod QR untuk video • sampai (kata kerja)
tentang Kata Sendi Nama
• antara (kata arah)

i. Kata sendi nama di menunjukkan tempat



Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya:

Suasana amat tenang pada pagi yang permai itu.

Suasana amat tenang di pagi yang permai itu.





CONTOH “Ini bermakna, sebanyak 9.1 peratus kematian akibat Covid-
DALAM 19 bagi tempoh Jun hingga September 2021 di Selangor

AYAT adalah dalam kalangan penerima vaksin dua dos,” katanya.

Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2021




menunjukkan tempat atau arah
ii. Kata sendi nama ke

menunjukkan waktu dan masa



Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang


merujuk manusia atau binatang. Contohnya:

Tolong hulurkan barang ini kepada Siti. Kata sendi nama di
dan ke perlu dieja
Tolong hulurkan barang ini ke Siti. sebagai satu kata
yang terpisah
daripada kata nama
Sisa makanan itu saya berikan kepada kucing. atau frasa nama yang
mengikutinya.
Sisa makanan itu saya berikan ke kucing.



Budaya ini seolah-olah mewajibkan anak-anak pada

CONTOH peringkat ini perlu membaca sebelum masuk ke alam
DALAM

AYAT persekolahan sebenar.

Sumber: Harian Metro, 22 Disember 2021
Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin


berkata, kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke Pusat
Kuarantin dan rawatan Covid-19( PKRS) MAEPS, Serdang.
Sumber: Sinar Harian, 7 Disember 2021
untuk rawatan.

menunjukkan tempat atau arah
iii. Kata sendi nama dari

menunjukkan waktu atau masa


Kedua-dua kenderaan dari arah Paya Rambai masing-masing
berhenti di lorong kiri dan kanan jalan memandangkan lamu
CONTOH

DALAM isyarat merah menunggu hijau untuk meneruskan perjalanan.
AYAT Sumber: Sinar Harian, 6 Disember 2021



Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama
mempunyai enam rekod lampau, suspek kedua sebanyak 15
rekod, manakala suspek ketiga sebanyak 21 kes membabitkan

kesalahan jenayah dan dadah sejak dari tahun 1992.untuk

rawatan.
Sumber: Sinar Harian, 6 Disember 2021



menunjukkan punca bagi manusia,

haiwan, benda, dan unsur mujarad


iv. Kata sendi nama dari menyatakan maksud sumber atau
asal kejadian sesuatu benda


menunjukkan perbezaan atau

perbandingan


CONTOH Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca

DALAM daripada peniaga.
AYAT Sumber: Berita Awani, 1 Disember 2021



“Kita sedia maklum banyak fadilat daripada amalan bersedekah.”
Sumber: Harian Metro, 1 Disember 2021



Kata sendi nama daripada bagi punca tidak boleh digunakan bagi maksud punca tempat

seperti negeri, bandar, pekan, kampung, dan lain-lain. Contohnya:

Ibu baru pulang dari pekan.

Ibu baru pulang daripada pekan.

v. Kata sendi nama dari menyatakan sasaran merujuk
manusia, haiwan, dan unsur mujarad



menyatakan

menyatakan perubahan keadaan
pecahan





“Namun ia sepatutnya bermula dengan melihat keperluan untuk
sama-sama membacakan cerita kepada anak-anak.”
CONTOH Sumber: Harian Metro, 1 Disember 2021


DALAM
AYAT
“Daripada pemahaman bahan bacaan kepada kemahiran dan

pengetahuan baharu.”
Sumber: Harian Metro, 1 Disember 2021




vi. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu
ketika mendahului kata nama yang
menjelaskan waktu dan masa



digunakan di hadapan kata nama
digunakan dalam ungkapan yang menunjukkan tempat bagi

ada + pada (manusia dan perbuatan sesuatu kata kerja
haiwan)




Kejadian berlaku jam 1:40 petang itu mengorbankan Rakiah @
Zakiah Jusoh, 72, yang cedera parah pada bahagian dada.
CONTOH Sumber: Sinar Harian, 6 Disember 2021

DALAM

AYAT
Johan sebelum itu bertanyakan pandangan Mohd Asri atau
dikenali sebagai Dr Maza menangani kekuatan yang ada pada
umat Islam sekarang.
Sumber: Sinar Harian, 1 Disember 2021





AKTIVITI

Imbas kod QR untuk aktiviti
tentang Kata Sendi Nama

vii. Kata sendi nama untuk dan bagi menunjukkan kegunaan sesuatu

menyatakan maksud bahagian
yang ditentukan atau

diperuntukkan



Syria Care menyasarkan untuk mengumpul dana Bantuan Musim
CONTOH Sejuk 9.0 sebanyak RM1.5 juta untuk membantu seramai 100,000

DALAM pelarian Syria ketika ini sedang berdepan dengan musim sejuk.
AYAT Sumber: Sinar Harian, 1 Disember 2021


Persediaan awal penting bagi memastikan kos yang dibelanjakan
sesuai dengan kemampuan poket peribadi.

Sumber: Harian Metro, 27 November 2021



viii. Kata sendi nama demi membawa makna tujuan



digunakan sebagai unsur penegas




Situasi tentunya akan dapat mengurangkan kebergantungan
negara terhadap kepakaran dan kemahiran negara asing, yang
secara langsung akan mengurangkan pengaliran keluar sumber
ekonomi demi menjaga kepentingan negara.
CONTOH

DALAM Sumber: Teks Ucapan Perdana Menteri,


AYAT 1 Disember 2021
“Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah
kepada saya.”

Sumber: Utusan Malaysia, 7 Disember 2021



ix. Kata sendi nama tentang membawa maksud rujukan

sesuatu yang tidak umum



CONTOH Golongan muda perlu diterapkan tentang kepentingan integriti
DALAM dan tidak menilai orang berdasarkan jawatan, wang atau status

AYAT dalam masyarakat.
Sumber: Sinar Harian, 7 Disember 2021

x. Kata sendi nama seperti, bagai, umpama, dan laksana


‘umpama’, dan ‘laksana’
membawa maksud perbandingan


Pasangan bagai pinang dibelah dua ini telah menjalin
CONTOH percintaan sejak dua tahun lepas dan berkenalan semasa

DALAM menjalankan urusan perniagaan mereka.
AYAT


Sumber: Utusan Malaysia, 19 November 2021




xi. Kata sendi nama dengan


membawa maksud membawa maksud cara

bersama-sama atau sesuatu itu dilakukan

berserta


membawa maksud menyatakan keadaan

memakai atau perbandingan yang serupa
menggunakan atau sama



Vinesvaran turut berterima kasih kepada Persekutuan Karate
Malaysia (MAKAF) kerana membenarkan atlet pekak
bertanding dengan atlet normal di peringkat kebangsaan.
Sumber: Sinar Harian, 1 Disember 2021


CONTOH Hal ini menyebabkan suspek lelaki berusia 23 tahun marah

DALAM lalu menyerang isteri mangsa dengan sebilah parang.
AYAT Sumber: Sinar Harian, 1 Disember 2021


Syria Care menggerakkan usaha-usaha mendirikan sekolah

dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Sumber: Berita Harian, 3 Disember 2021


“Tahap kita memang setara dengan negara lain, tetapi kita

agak ketinggalan dari segi persiapan dan pengalaman.”
. Sumber: Sinar Harian, 6 Disember 2021
c





Imbas kod QR untuk video tentang
kata sendi nama dengan

membawa maksud
xii. Kata sendi nama sejak atau semenjak
penanda waktu atau
masa



Selangor merekodkan 9551 kematian akibat Covid-19 sejak
CONTOH
DALAM Januari hingga 2 November lalu manakala 66 kematian
direkodkan pada tahun 2020.
AYAT
Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2021
c


xiii. Kata sendi nama terhadap membawa maksud rujukan
yang melibatkan penyambut
tertentu sama ada manusia,
haiwan, atau benda


Situasi tentunya akan dapat mengurangkan kebergantungan
CONTOH
negara terhadap kepakaran dan kemahiran negara asing,
DALAM yang secara langsung akan mengurangkan pengaliran
AYAT keluar sumber ekonomi demi menjaga kepentingan negara.
Sumber: Teks Ucapan Perdana Menteri, 1 Disember

2021
c


xiv. Kata sendi nama akan didahului oleh kata adjektif
yang bersifat emotif


Mohd Syukri Jawi amat mengharapkan akan ada
CONTOH
perancangan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di
DALAM Asajaya.
AYAT Sumber: Berita Awani, 1 Disember 2021

c





xv. Kata sendi nama hingga dan sampai


membawa maksud maksud perihal peringkat dan had masa,

waktu, atau tempat.sama ada manusia, haiwan, atau benda

Yilamaran merangkul gangsa menerusi acara kumite lelaki
CONTOH
bawah 84 kilogram (kg) pada kejohanan yang berlangsung
DALAM dari 18 hingga 25 November lepas..
AYAT

Sumber: Sinar Harian, 6 Disember 2021
c

xvi. Kata sendi nama oleh

menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang
menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, -ter-, dan kena.



menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab


Mangsa tidak mengalami kecederaan dan laporan telah
dibuat oleh anaknya yang berusia 39 tahun.
CONTOH
DALAM Sumber: Sinar Harian, 13 Disember 2021

c
AYAT
v
Varian Omicron pertama kali dilaporkan kepada WHO oleh
Afrika Selatan minggu lepas.
Sumber: Sinar Harian, 1 Disember 2021
c

v
xvii. Kata sendi nama dalam dan antara

Kata sendi nama dalam dan antara di hadapan kata nama

atau frasa nama membawa pengertian lingkungan yang
tidak mempunyai ruang atau jarak

Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan
selepas kereta dipandu melanggar dua kenderaan di
CONTOH persimpangan lampu isyarat di Cherang di sini pada Rabu.
DALAM Sumber: Sinar Harian, 6 Disember 2021
AYAT c
Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan serentak
v
pada Sabtu membabitkan 222 kawasan Parlimen di seluruh
negara menawarkan harga barang keperluan harian antara
20 hingga 50 peratus lebih murah..
Sumber: Sinar Harian, 4 Disember 2021
c

v

Soalan Latih Tubi



A. Bina ayat yang lengkap dengan menggunakan kata sendi nama di bawah.


i. dari



ii. kepada



iii. bagai



iv. daripada



v. sejak



vi. akan



vii. oleh



viii. hingga



ix. antara

KATA ARAH


Kata arah ialah perkataan yang hadir selepas kata sendi nama dan sebelum frasa nama bagi

menunjukkan arah, hala atau jurusan.


dalam luar samping atas

bawah sekitar antara penjuru
sudut timur barat kanan


AKTIVITI

CONTOH DALAM AYAT Imbas kod QR

untuk aktiviti


dalam Perbicaraan kesnya bermula pada September lalu dan diadakan
Sumber:
Berita Harian,
secara dalam talian disebabkan pandemik COVID-19.
10 Disember
2021

luar Ramai asalnya dari luar bandar kini berjaya menjadi teknorat
Sumber:
Berita Harian,
dan profesional dalam bidang masing-masing. 10 Disember
2021

belakang “ Usaha mengesan gajah itu segera dilakukan selepas
Sumber:
menerima aduan penduduk setempat yang melihat kehadiran Berita Harian,
10 Disember
2021
gajar tersebut di belakang rumah mereka.”



utara “ Sebuah buku teks Turki yang diedar di utara Syria diselar
Sumber:
Berita Harian,
sebagai bersifat kufur.”
28 November
2021


Soalan Latih Tubi



1. Bola itu berada di ________ meja.

2. Kita dikehendaki membuang sampah ke ______ tong sampah.

3. Ayah menanam sayur-sayuran di _______ rumah.
4. Pejabat pos itu terletak di _______ kedai makan dan kedai emas.

5. Kita dilarang melunjur kaki di ______ orang tua.

KATA BILANGAN


Kata bilangan ialah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum
frasa nama.


Jenis-jenis Contoh Contoh Ayat


Kata Bilangan

Kata bilangan tiga, dua belas, tujuh enam Pintu sempadan ditutup ekoran


kardinal puluh dua, seribu, pandemik COVID-19 selama dua

tahun .


SUMBER:
Berita Harian, 28 November 2021

Kata bilangan banyak, sedikit, semua, Kumpulan tersebut menghadap


tak tentu segala, kebanyakan, pelbagai tuduhan keranam


beberapa, sebilangan melancarkan beberapa serangan

keganasan terbesar sejak

kebelakangan ini.


SUMBER:
Berita Harian, 28 November 2021


Kata bilangan kedua-dua, Pembukaan laluan bermula jam

himpunan berpuluh-puluh, 10.45 pagi itu adalah antara usaha

berguni-guni, beribu-ribu, meningkatkan hubungan dua hala


berabad-abad dan ekonomi antara kedua-dua

negara.


SUMBER:

Berita Harian, 28 November 2021

Kata bilangan masing-masing, setiap, Hospital Khu Muang membeli bunga


pisahan tiap-tiap ganja kering pada harga 40,000 baht

(RM 5060) setiap kilogram.


SUMBER:
Berita Harian, 28 November 2021

Kata bilangan separuh, suku, setengah, MOH menyatakan dos yang


pecahan sepertiga, tiga diperlukan ialah satu pertiga

daripada dos yang digunakan untuk


mereka yang berumur 12 tahun ke

atas.


SUMBER:
Kosmo, 12 Disember 2021



Soalan Latih Tubi

Bulatkan jawapan yang betul.


1. Amirah tidak hadir ke sekolah selama _______ hari kerana demam.


A. kedua-dua C. separuh
B. dua D. setiap


2. ________ pelajar tingkatan 5 dikehendaki menghadiri seminar di Dewan Melati.


A. Sepuluh C. Suku

B. Semua D. Masing-masing


3. Zheng Liew menduduki tempat ________ dalam pertanding robotik.


A. satu C. ketiga-tiga

B. pertama D. beberapa

4. Pak Abu menanam _______ jenis pokok mangga di belakang rumahnya.



A. tiap-tiap C. beratus-ratus

B. sesetengah D. pelbagai


5. _________ bahagian hartanya akan disedekahkan kepada rumah amak yatim.



A. Banyak C. Separuh

B. Sejuta D. Setiap



KATA PEMBENDA



• Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada

kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.

• Bentuk pembenda itu ialah –nya



➢ pulangnya ➢ sakitnya
Peringatan !!!

➢ datangnya ➢ lantangnya Kata bukan nama

yang terlibat
➢ hadirnya ➢ lajunya menjadi kata
pembenda terdiri
➢ perginya ➢ cantiknya
daripada kata
kerja dan kata
➢ besarnya ➢ kecilnya
adjektif.
➢ busuknya ➢ cepatnya




“Waktu itu nak masuk hotel berdua pun takut. Tapi tidak mengapalah, paling penting kami

diam ada sebab kukuh,” kata Kamal yang kini turut sibuk menguruskan pengubahsuaian


kediaman baharu mereka sebagai suami isteri. Bagi Uqasha pula, dua adiknya, Nelydia dan

Raysha Rizrose antara individu kuat di sebalik hari bahagianya.

Sumber: Kosmo, 11 Disember 2021

Penalti atau hukuman akan dikenakan sekiranya gagal mematuhi undang-undang itu. Justeru,


dengan erti kata lain, undang-undang yang sah datangnya daripada pemerintahan negara

itu.


Sumber: Berita Harian, 16 November 2021




Soalan Latih Tubi







A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul


lajunya besarnya cantiknya




lantangnya perginya



1. _________ kereta itu ialah 100 km sejam.


2. _________ selebriti itu menggayakan gaun putih di hari perkahwinannya.

3. _________ Allahyarhamah Siti Sarah meninggalkan kesan yang mendalam


kepada seluruh masyarakat.

4. Dia berhujah dengan __________.

5. _________ rumah di tepi jalan itu.







AKTIVITI


Imbas kod QR
untuk aktiviti

KATA ADVERBA


• Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama,

dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.


• Kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa.

• Dipanggil juga kata penerang berdasarkan fungsinya menerangkan kata dan frasa


yang disebutkan tadi.


• Kata adverba terdiri daripada :

➢ Kata yang tidak tergolong dalam kata utama (KN, KK dan KA).

➢ Jika perkataan itu terdapat dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi


sebagai penerang.

BENTUK KATA ADVERBA



Bentuk Kata Adverba




Kata adverba jati Kata adverba gandaan


Kata adverba asalnya kata Kata adverba asalnya kata
adjektif kerja



Kata adverba jati


Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai

penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata

adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-


mana golongan kata lain.

➢ semalam ➢ sering kali ➢ sempat

➢ kelmarin ➢ acap kali ➢ langsung
➢ esok ➢ kerap kali ➢ nyaris

“Jika ingin makan di premis luar ialah lihat jika ia bersih, termasuk sama ada mereka


mempunyai permit yang memerlukan pekerja mendapatkan suntikan tifoid untuk

mengendalikan makanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber: Berita Harian, 16 November 2021




Barangkali masih gusar dengan penularan pandemic Covid-19, sejak pawagam beroperasi


semula kira-kira dua bulan lalu, sambutan penonton agak kurang memberangsangkan.

Sumber: Berita Harian, 7 Disember 2021


SELANGOR: Satu baris ayat yang ditulis beberapa patah perkataan pun kadangkala

terpaksa ditolak ke baris berikutnya kerana kesempitan ruang. Ini membuatkan pembaca

menjadi keliru dengan apa yang disampaikan oleh penyajak.


Sumber: Utusan Malaysia, 11 Disember 2021





Soalan Latih Tubi

B. Bina ayat berdasarkan perkataan tersebut.

1) Agaknya


_______________________________________________________

2) Sering kali

_______________________________________________________


3) Dahulu

_______________________________________________________


4) Julung kali

_______________________________________________________


5) Langsung

_______________________________________________________

Kata adverba asalnya kata adjektif

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang


kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan

yang dicetak miring di bawah:


➢ berjalan laju ➢ sakit kuat

➢ ketawa besar ➢ tinggi lampai


➢ hampir terjatuh ➢ panjang lebar

➢ bertiup kencang ➢ sering di pejabat


“Biarpun berkeras, akhirnya saya akur dengan kesungguhan auntie Rahila yang hendak

bawa filem ini terbang tinggi sejauh mungkin,” katanya kepada BH Online.


Sumber: Berita Harian, 20 November 2021




Kata adverba yang asalnya kata kerja

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang


kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan

yang dicetak miring di bawah:

➢ berjalan mengiring ➢ hitam berkilat


➢ terbang meninggi ➢ merah menyala


➢ makan bersila ➢ tidur berdengkur

➢ di rumah bersendirian ➢ ke pantai berseorangan


Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bersendirian di atas jalan raya termasuk melintas jalan

raya kerana mempunyai pelbagai limitasi.


Sumber: Harian Metro (16 November 2021)

Soalan Latih Tubi

C. Isi jawapan di tempat kosong.


menelentang mengiring meninggi



menyala berkilat







1. Ketam ialah haiwan yang berjalan ___________.




2. Pemuda itu suka berenang _________.

3. Layang-layang itu terbang __________ apabila ditiup angin.

4. Warna baju pengantin itu merah _________.




5. Hitam _________ kereta itu setelah selesai dibasuh.







Kata adverba bentuk gandaan

Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan


yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.

Bentuk Kata Adverba Gandaan



Kata Adverba Bentuk
Gandaan




Kata adverba Kata adverba

penggandaan Kata adverba penggandaan
penuh penggandaan berentak
separa

i. Kata adverba penggandaan penuh

Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses


menggandakan seluruh kata dasarnya. Contohnya:


➢ betul-betul ➢ pura-pura


➢ sedikit-sedikit ➢ cepat-cepat

➢ jarang-jarang ➢ sama-sama


➢ laju-laju ➢ tinggi-tinggi

"Pernah berlaku apabila saya dicop menipu kerana pura-pura buta. Malah, ada juga


anggap saya 'lalok' kerana nampak saya boleh berjalan, tetapi kadang-kadang

tersepak sana-sini.


Sumber: Berita Harian (5 Disember 2021)




ii. Kata adverba penggandaan separa

Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata


dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat

dua jenis penggandaan separa iaitu:


▪ Penggandaan separa berawalan

▪ Penggandaan separa berakhiran

 Penggandaan separa berawalan


Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada

proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya. Contohnya:


➢ bermalam-malam

➢ bersungguh-sungguh


➢ terburu-buru

Bekas penuntut Kolej Matrikulasi Arau, Perlis itu bercita-cita bergelar guru dan


pernah menghadiri temu duga ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan UPSI tetapi

tidak berjaya.


Sumber: Berita Harian (2 Oktober 2021)




 Kata adverba penggandaan separa berakhiran


Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil daripada

proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. Contohnya:


➢ gila-gilaan

➢ habis-habisan


➢ kecil-kecilan

➢ mati-matian


Operasi besar-besaran bagi menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dilaksanakan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejurus tamat tempoh Pelan Rekalibrasi PATI, 31


Disember depan.

Sumber: Sinar Harian (26 Oktober 2021)




iii. Kata adverba penggandaan berentak


Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses

menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya:


➢ menangis sedu-sedan

➢ berbunyi hingar-bingar

➢ berlari susup-sasap


➢ lari lintang-pukang

SRINAGAR: Polis dan anggota separa tentera berpakaian jaket kalis peluru serta memegang


senapang automatik dilihat mempergiatkan pemeriksaan dalam kalangan penduduk,

termasuk kanak-kanak di jalanan. Sejak kebelakangan ini, anggota baharu dilihat mundar-


mandir di pusat pemeriksaan baharu yang ditempatkan di seluruh Srinagar.

Sumber: Berita Harian (11 November 2021)




Soalan Latih Tubi


Isikan jawapan di tempat kosong yang disediakan.


mundar-mandir huyung-hayang lintang-pukang




hingar-bingar sedu-sedan



1. Pemuda yang cedera itu berjalan __________ di tepi jalan raya.


2. Pasar malam itu kedengaran __________ sepanjang hari

3. Pengemis itu berjalan __________ di kaki lima kedai.


4. Budak nakal itu lari ________ apabila dikejar anjing garang.

5. Anak itu menangis ________ apabila ditinggalkan ibunya










Imbas kod QR untuk video
tentang Kata Adverba

KATA NAFI




Kata nafi ialah perkataan yang digunakan dalam sesuatu ayat untuk menidakkan atau

menafikan sesuatu. Kata nafi yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu adalah seperti

berikut:



• Kata nafi ‘bukan’ : Bukan - menafikan FN dan FS

Contoh dalam ayat


Peristiwa banjir meranapkan harta benda dan kehilangan orang tersayang serta-


merta bukan mudah dilupakan.

Sumber: Berita Harian (27 Disember)




Walau bagaimanapun, bukan boleh juga hadir sebelum FK dan FA jika kedua-dua

frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya:


Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya. Walaupun bukan menghina kita

tetapi sekadar mengingatkan sahaja.




• Kata nafi ‘tidak’: Tidak - menafikan FK dan FA.


Contoh dalam ayat

Tertuduh, Hairul Azman Abdullah, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah


sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadhirah

Abdul Rahim.


Sumber: Sinar Harian (27 Disember)

.

Isikan tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai



TIDAK BUKAN





1. Encik Abu Bakar _____________ bapa saudara saya.



2. Syafiqah _______________ gemar makan buah durian.


3. Syahirah _______________ takut ketika memberikan laporan kepada polis



berkaitan dengan kejadian rompakan itu.


5. Azhad ____________berasal dari Terengganu



6. Fitri ____________suka membaca buku hingga larut malam.






Gariskan jawapan yang betul


1. Dato’ Amirsyah (tidak / bukan) berasal dari negeri Perlis tetapi Kedah.


2. Mereka datang (tidak / bukan) hendak bergaduh dengan akmal tetapi untuk



bertanyakan khabar.


3. Basikal yang dijumpai di dalam semak itu (tidak / bukan) kepunyaan kakaknya.



4. Pemuda yang dituduh mencuri itu (tidak / bukan) takut kerana dia tidak bersalah.


5. Suzaili tetap tersenyum walaupun dia (tidak / bukan) terpilih menyertai pertandingan



itu.


6. Rahul (tidak / bukan) mahu mendengar nasihat daripada abangnya.



ibunya..

KATA PEMERI




i. Kata pemeri ‘ialah’

Kata pemeri ‘ialah’ diletakkan di hadapan frasa nama bagi menjelaskan persamaan.

Kata pemeri hadir di hadapan predikat FN.


Contoh dalam ayat

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk


Muhammad Huzaimi Sabri, berkata dua hospital medan di Pulau Pinang yang terakhir

ditutup ialah Hospital Medan ATM Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan


ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas.

Sumber: Berita Harian (29 Disember)




Contoh ayat lain:


• Lelaki itu ialah Yusri. [… ialah + frasa nama ‘Yusri’]



ii. Kata pemeri ‘adalah’


Kata pemeri ‘adalah’ diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama bagi

menjelaskan sesuatu secara huraian, seperti contoh ayat berikut:



Salah satu strategi melalui ANMS adalah memperkukuh dan mempertingkatkan

program pembangunan keupayaan MyChampion terutamanya dalam usaha


pendidikan dan promosi kesejahteraan kesihatan.

Sumber: Berita Harian (29 Disember)




Contoh ayat lain:


• Hadiah ini adalah untuk Nurul di sekolah.

[… adalah + frasa sendi nama ‘ untuk Nurul di sekolah ’]

.
Kata pemeri tidak boleh Kata pemeri juga tidak
Kata pemeri tidak boleh

digunakan untuk FK,
digunakan untuk FK, boleh digunakan pada

(pola ayat FN + FK).
(pola ayat FN + FK). permulaan ayat.








Tidak semua ayat
'Merupakan' dapat
memerlukan kata pemeri.
berfungsi sebagai kata
Contoh:
pemeri kerana dapat
Dia ialah sahabat saya
mengantikan ialah.
Dia sahabat saya.






Cuba isikan tempat tempat kosong di bawah ini dengan kata pemeri yang sesuai.


1. Dr. Amirsyah yang berucap di perhimpunan sekolah ________



bekas penuntut sekolah ini.


2. Pelajar perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.



3. Tiada siapa yang menyangka dia_________ sangat garang orangnya.


4. Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada



penawarnya lagi.


5. Matlamat mengadakan laman web Bahasa Melayu ________ untuk



memberi pengajaran yang lebih berkesan.

KATA PENEKAN




Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung

dengannya. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan partikel -nya di akhir perkataan.


Contoh perkataan adalah seperti berikut:



sepatutnya sesungguhnya agaknya contohnya




sebenarnya Buli sering kali dianggap sebagai hanya sekadar gurauan
Sumber:
Berita Harian,
tanpa kita memahami apakah sebenarnya maksud perbuatan 18 Disember
2021
itu dan kesannya kepada mangsa.


misalnya Di Malaysia misalnya, hampir setiap tahun lebih lapan juta
Sumber:
Berita Harian,
tan plastik berakhir di laut. 23 Disember
2021



Soalan Latih Tubi



Isikan jawapan di tempat kosong yang disediakan.


sebenarnya sesungguhnya contohnya



nampaknya bahwasanya



1. Dia __________ baik hati walaupun kelihatan garang.


2. Lapisan ozon __________ semakin menipis.

3. __________ hari akan hujan kerana cuaca agak mendung.


4. Masalah sosial ________ gejala buli dan vandalism merupakan isu serius.

5. Kami berikrar ________ kami akan menjalankan tugas dengan amanah.

KESIMPULAN


Kesimpulannya, matlamat modul ini adalah untuk membantu para pelajar memahami tajuk


Kata Tugas dengan lebih baik walaupun tidak semua jenis kata tugas dijelaskan dalam modul

ini. Pengetahuan dalam modul ini juga boleh dimanfaatkan oleh para pelajar dan guru-guru


dalam menguasai kata tugas disertai dengan latihan peneguhan dan aktiviti-aktiviti interaktif

melalui penggunaan kod QR. Selain itu, contoh yang dikemukakan dalam modul ini juga


berdasarkan bahan berkonteks seperti rujukan akhbar dalam talian. Penggunaan modul ini

dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik kerana modul ini disertakan dengan


nota, latihan pengukuhan serta aktiviti yang menarik seiring dengan keperluan pelajar.

Diharapkan agar modul ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan guru dalam

membantu pengajaran dan pembelajaran.





BIBLIOGRAFI


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ahmad Khair Mohd Nor (2019). Teks lengkap tatabahasa bahasa Melayu STPM.

Selangor : Pustaka Salam.

LAMPIRAN























https://www.sinarharian.com.my/article/175510/BERITA/Sukan/Atlet-karate-pekak-negara-
bawa-pulang-pingat-gangsa














https://www.pmo.gov.my/2021/12/kl-atcc-klia/

























https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-sarawak-kalau-ada-kilang-akan-ada-
peluang-pekerjaan-belia-dun-asajaya-333833

LAMPIRAN


















































https://www.hmetro.com.my/WM/2020/12/655748/usah-desak-anak-membaca

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=217010



https://www.sinarharian.com.my/article/175493/BERITA/Nasional/Musim-sejuk-Mimpi-
ngeri-pelarian-Syria

LAMPIRAN


https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2021/11/782016/bijak-memilih-jimat-belanja



















































https://www.utusan.com.my/gaya/2021/12/tuduhan-dadah-saya-tidak-seperti-yang-difitnah-
isma-halil/

LAMPIRAN


https://www.sinarharian.com.my/article/175968/BERITA/Nasional/Harga-barang-serendah-
50-peratus



















https://www.hmetro.com.my/WM/2020/12/655748/usah-desak-anak-membaca

LAMPIRAN



https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/783783/rezeki-belanja

bersedekah


















https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/12/894925/tetak-empat-

sekeluarga-dua-beranak-diburu
























https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/11/dua-kali-lafaz

haqiem-rusli-sah-jadi-suami-anis-soefa

LAMPIRAN



https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-10191-anggota-tentera-tunai-
tanggungjawab-mengundi-awal-331153
















https://www.sinarharian.com.my/article/175557/KHAS/Covid-19/65-pelajar-Sekolah-Seri-
Puteri-disahkan-positif-Covid-19



































https://www.sinarharian.com.my/article/175584/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Silibus-didik-
jenayah-rasuah-di-sekolah

LAMPIRAN




https://premium.sinarharian.com.my/article/154200/fokus/semasa/kelemahan-umat-islam-
kerana-tiada-kepimpinan-dr-maza




















https://www.sinarharian.com.my/article/175510/BERITA/Sukan/Atlet-karate-pekak-negara-
bawa-pulang-pingat-gangsa/




























https://www.sinarharian.com.my/article/175352/KHAS/Covid-19/25-kes-positif-Covid-19-
di-Parlimen-mungkin-varian-Delta

LAMPIRAN








































https://www.sinarharian.com.my/article/175377/BERITA/Semasa/Tiga-lelaki-ditahan-
samun-warga-emas-82-tahun


https://www.sinarharian.com.my/article/175530/BERITA/Semasa/Warga-emas-maut-gagal-
kawal-kenderaan

LAMPIRAN



https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/12/900197/buli-bukan-lagi-
bahan-gurauan


https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/12/902389/tingkat-ilmu-
teknologi-marin-bantu-kelestarian-laut

LAMPIRAN

LAMPIRAN

LAMPIRAN




Berita Harian, Ahad ( 28 November 2021)


Click to View FlipBook Version