The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian tindakan 2020 BIJAK WARNA MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN TEKNIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56365229, 2021-09-12 12:07:41

kajian tindakan 2020 BIJAK WARNA MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN TEKNIK

kajian tindakan 2020 BIJAK WARNA MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN TEKNIK

SMK USJ 13
JALAN 13/1 UEP SUBANG JAYA,

47630 SELANGOR.

NAMA PENYELIDIK :IRMA RAHAYU BT IBRAHIM

NO KAD PENGENALAN : 790511-14-5156

NO TELEFON :012-685 1727

TAJUK KAJIAN:
BIJAK WARNA: MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN TEKNIK

MEWARNA CATAN MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL

PENGHARGAAN
ABSTRAK
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEPAS…………….………….1
2.0 FOKUS KAJIAN………………………………………………………………………………....2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN……………………………………………………………………………...2
4.0 KUMPULAN SASARAN …………………………………………………………….………….3
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN…………………………………………………………….…………3
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH ………………………………………………………………….6

5.1.1 UJIAN PRA ………………………………………………………………………………..3
5.1.2 UJIAN PASCA……………………………………………………………………………4
5.1.3 SOAL SELIDIK……………………………………………………………….…………..3
5.1.4 PEMERHATIAN……………………………………………………………………..……3
5.2 TINJAUAN MASALAH………………………………………………………………………….6
5.3 ANALISIS TINJAUAN MASALAH……………………………………………………….…….6
5.4 KEPUTUSAN KAJIAN………………………………………………………………………….6
5.4.1 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pengetahuan

tentang kod warna. ………………………………………………………………..……7
5.4.2 Perbandingan peratusan responden terhadap pengetahuan tentang

campuran warna. ………………………………………………………………………….7
5.4.3 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pengetahuan

tentang teknik dalam mewarna catan. ……………………………….………………..8
5.4.4 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pembelajaran

dan pengajaran teknik mewarna catan. …………………………………….………….9
5.4.5 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang jenis-jenis

warna dalam kumpulan warna. …………………………………………….…………10

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN…………………………………………………..……….10
6.1 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN…………………………..…………11
6.2 PERKEMBANGAN REKA BENTUK INOVASI MODUL BIJAK WARNA………..………11

6.2.1 PENGGUNAAN PENDEKATAN MODEL PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL …….11
6.2.2 KONSEP PENGEKODAN (CODING) ……………………………………………….12
6.2.3 PENINTEGRASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DENGAN MODUL BIJAK

WARNA …………………………………………………………………………………13
6.2.4 PERINGKAT PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL YANG TERKANDUNG

DALAM INOVASI MODUL BIJAK WARNA …………………………………………...14
6.3 IMPAK KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN ……………………………………………20

6.3.1 PERBANDINGAN PERATUSAN RESPONDEN MENGENAI MINAT TERHADAP
TEKNIK MEWARNA CATAN SELEPAS MENGGUNAKAN MODUL BIJAK WARNA.......21

6.4 HASIL DAPATAN KAJIAN SEMASA SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS MENGGUNAKAN MODUL BIJAK WARNA........22
6.4.1 PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DENGAN UJIAN PASCA
(HASIL KERJA) …………………………………………………………………………22
6.4.2 HASIL DAPATAN KAJIAN SEMASA SESI PEMBELAJARAN KENDIRI
MENGGUNAKAN KOD QR……………………………………………………………25
6.4.3 PERBANDINGAN DATA KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
(PENSKORAN MARKAH) …………………………………………………………….28

6.5 REFLEKSI KAJIAN…………………………………………………………………………...29
6.6 PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN SECARA KESELURUHAN………………………….30
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA……………………………………………………….30
8.0 BIBLIOGRAFI…………………………………………………………………………………..36
9.0 LAMPIRAN ……………………………………………………………………………………..38

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan bantuan, kerjasama dan bimbingan sepanjang proses penyelidikan ini dilaksanakan.
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah fakulti Pendidikan Seni Visual dari
Uitm Puncak Alam , Dr. Harrinni Mohd di atas bimbingan dan panduan yang amat berguna di
sepanjang proses melaksanakan kajian dan penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada Puan
Rodiah Sanwikarto, guru kanan mata pelajaran kemanusiaan di atas panduan dan nasihat
tentang penghasilan kajian tindakan ini. Penghargaan juga kepada Puan Mahnum binti Mohd,
penolong kanan akademik yang memberi semangat yang berterusan ke arah meningkatkan
kualiti penyelidikan. Tidak dilupakan semua guru Pendidikan Seni Visual di SMK USJ 13 Subang
Jaya yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Terima kasih di atas penglibatan dan
penyertaan anda semua. Kepada murid saya, semoga usaha ini memberikan inspirasi dan
motivasi untuk berjaya di masa hadapan dalam memartabatkan subjek Pendidikan Seni Visual.

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan mendapat penjelasan dan

mengatasi masalah secara sistematik berkaitan masalah penguasaan teknik mewarna
catan di kalangan murid tingkatan 4 SMK USJ 13. Responden kajian ini terdiri daripada
25 orang murid yang dikategorikan sebagai murid berpencapaian sederhana dalam
subjek Pendidikan Seni Visual. Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen utama dalam
menganalisis dapatan kajian iaitu uijan pra-ujian pasca, temu bual dan pemerhatian.
Hasil tinjauan tahap penguasaan kemahiran teknik mewarna catan di kalangan murid
adalah lemah melalui ujian pra. Satu intervensi telah diperkenalkan iaitu pendekatan
secara pemikiran komputasional. Pendekatan ini dijalankan terhadap responden selama
satu jam bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian pasca adalah untuk
mengukur keberkesanan kaedah yang digunakan. Hasil analisis dapatan kajian
menunjukkan pendekatan ini dapat meningkatkan minat, kemahiran teknik mewarna
catan dan merangsang imaginasi serta tahap kreativiti dalam penjanaan idea untuk teknik
mewarna catan dengan ton warna menarik dan teratur. Pendekatan pemikiran
komputasional mampu membentuk murid supaya menjadi lebih sistematik, kritis dan logik
dalam penyelesaian masalah . Penggunaan aplikasi Kod QR juga menjadi nilai tambah
pembelajaran teknik mewarna catan secara interaktif dan pembelajaran secara kendiri
bagi memenuhi keperluan pembelajaran era revolusi industri 4.0

Kata kunci: pemikiran komputasional, pembelajaran kendiri, revolusi industri 4.0

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEPAS
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mengajar murid-

murid tingkatan 4 dalam tajuk teknik mewarna catan menggunakan media basah iaitu cat
poster. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji mendapati
murid mempunyai masalah untuk mewarna imej secara lebih realistik fokus kepada ton
warna dan pencahayaan. Semasa semakan lembaran latihan, pengkaji dapat
memerhatikan bahawa, murid hanya menggunakan satu warna sahaja dalam mewarna
imej. Murid tiada keyakinan diri dalam mencampur warna untuk menunjukkan ton warna
yang menarik. Walaupun murid telah didedahkan aktiviti mewarna sejak tingkatan 1
namun murid masih gagal mewarna catan secara realistik dan teratur. Oleh kerana
subjek Pendidikan Seni Visual yang diajar melibatkan banyak melibatkan kemahiran
mewarna, pengkaji yakin bahawa penguasaan kemahiran ini sangat penting dalam
kalangan murid. Hasil dapatan daripada pemerhatian pengkaji, didapati murid tidak
didedahkan kemahiran teknik mewarna yang berfokus dan sistematik.

Gambar 1.0 Menunjukkan murid guna satu warna sahaja untuk mewarna imej

1

2.0 FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan pendekatan pemikiran komputasional dalam

membantu murid meningkatkan kemahiran teknik mewarna catan. Pendekatan ini
mengajar murid mewarna secara sistematik dan teratur. Murid juga dapat belajar tentang
penggunaan kod warna dalam proses mewarna. Bagi membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran warna catan dan menarik minat mereka, pengkaji
mencadangkan satu tindakan iaitu penggunaan modul interaktif sebagai bahan bantu
mengajar (BBM) yang mengaplikasikan elemen dalam pemikiran komputasional dan
penggunaan Kod QR sebagai salah satu nilai tambah pembelajaran kendiri murid.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
a. Objektif Am
i. Murid dapat meningkatkan pencapaian dalam kertas 2 Seni Halus (2611/2)
b. Objektif Khusus
i. Murid dapat menguasai kemahiran teknik mewarna catan
ii. Murid dapat belajar tentang penggunaan kod warna
iii. Murid dapat menghasilkan catan yang realistik fokus kepada ton
warna
iv. Murid dapat belajar secara kendiri hasil daripada penggunaan aplikasi kod QR

2

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 25 sampel yang terdiri daripada murid tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Kebangsaan USJ 13, Subang Jaya Selangor. Semua murid ini berpencapaian
sederhana dalam subjek Pendidikan Seni Visual bagi kertas 2 Seni Halus. Kesemua
murid ini mengambil subjek Pendidikan Seni Visual sebagai subjek elektif. Pemilihan
sampel bagi kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Responden telah
dikenalpasti melalui tinjauan awal dan mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk
membantu menyelesaikan masalah kajian ini.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH

Tinjauan awal oleh pengkaji mendapati topik catan memerlukan murid untuk
menguasai aktiviti mewarna. Jika menggunakan kaedah konvensional iaitu secara
penyampaian berfokus kepada teori semata-mata dan demonstrasi hanya dilakukan
sekali sahaja semasa pengajaran di dalam kelas. Ini menyebabkan murid mudah bosan
dan akan ketinggalan pengetahuan. Hasil dari pemerhatian, murid menghadapi
kesukaran untuk menyiapkan sesuatu tugasan catan. Permasalahan ini dikenal pasti
melalui ujian pra.
5.1.1 UJIAN PRA

Pengkaji melakukan ujian pra dan ujian pasca sebagai instrumen kajian.Ujian ini
mengandungi satu latihan aktiviti mewarna. Responden perlu melengkapkan lembaran
kerja aktiviti mewarna. Ujian ini diambil pada waktu pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Ujian ini bertujuan melihat tahap penguasaan murid dalam aktiviti mewarna
catan. Markah yang diperuntukkan adalah 15 markah keseluruhan.

3

Terdapat empat aspek penting dalam pemarkahan catan. Salah satu aspek

penting adalah warna. Kemahiran murid akan dinilai berdasarkan aspek warna sahaja.

Tujuan ujian pra ini adalah untuk mengesan tahap pencapaian dan penguasaan murid

selepas guru mengajar mewarna catan ini menggunakan kaedah konvensional.

PEMARKAHAN GURU PEMERIKSA

BIL KRITERIA MARKAH MARKAH

PENUH MURID

1 GUBAHAN 15
2 WARNA/MEDIA 15

3 INTERPRETASI 10

4 NILAI 10

JUMLAH 50

(Sumber: Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual

Jadual 1. Peruntukan markah untuk ujian pra dan ujian pasca

5.1.2 UJIAN PASCA

Ujian pasca digunakan untuk menentukan kemampuan murid menguasai

kemahiran mewarna catan selepas diberikan intervensi iaitu menggunakan modul. Modul

BIJAK WARNA terhasil dari pendekatan pemikiran komputasional. Skor ujian pasca akan

dibandingkan dengan skor ujian pra.

5.1.3 SOAL SELIDIK

Beberapa soalan telah dikemukakan oleh pengkaji kepada murid berkaitan

pengetahuan tentang mewarna catan dan keberkesanan Modul BIJAK WARNA.

5.1.4 PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran teknik mewarna

catan, pengkaji mendapati kaedah demonstrasi mewarna di dalam kelas tidak mampu

untuk murid ikuti. Ini kerana demonstrasi mewarna tidak boleh diulang semula pada satu-

satu masa dalam setiap sesi pengajaran. Ini menyebabkan murid ketinggalan dalam

mengikut pembelajaran.

4

CARTA ALIR 1. PELAN OPERASI KAJIAN TINDAKAN

(KAJIAN LEPAS)
OBJEKTIF:

UNTUK MENGENALPASTI KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN TEKNIK MEWARNA CATAN
SECARA KONVENSIONAL

(KEMAHIRAN TEKNIK MEWARNA)

OBJEKTIF: SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN PACA ADALAH KONSEP YANG SAMA DALAM
MENENTUKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP MEWARNA CATAN

(UJIAN PRA : TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM MEWARNA CATAN)

(DATA ANALISIS)

OBJEKTIF:
UNTUK MENGENALPASTI PENCAPAIAN MURID DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN TEKNIK MEWARNA CATAN SECARA PENDEKATAN

KONVENSIONAL

(MODUL BIJAK WARNA)
OBJEKTIF:

UNTUK MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEWARNA CATAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL MELALUI MODUL BIJAK WARNA

(PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAHAP PENGUASAAN)

OBJEKTIF:
UNTUK MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEWARNA CATAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL MELALUI MODUL BIJAK WARNA

(DATA ANALISIS)
(UJIAN PASCA : TAHAP PENGUASAAN MURID)

OBJEKTIF:
UNTUK MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEWARNA CATAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL MELALUI MODUL BIJAK WARNA

5

5.2 TINJAUAN MASALAH
Pengkaji telah menjalankan sesi temuduga bersama dua orang guru subjek

Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman berkaitan pencapaian murid dalam
menguasai kemahiran teknik mewarna catan. Pengkaji juga telah menjalankan tinjauan
melalui soalan kaji selidik ke atas 25 murid tingkatan 4 pengetahuan tentang teknik
mewarna catan.
5.3 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Dapatan analisis kajian adalah untuk mengkaji sejauh mana permasalahan murid
dalam teknik mewarna catan. Hasil daripada dapatan analisis, pengkaji dapati murid
lemah dalam menguasai kemahiran teknik mewarna catan. Pengkaji telah mengedar
soalan kaji selidik tentang pengetahuan murid terhadap teknik mewarna catan. Hasil
daripada temubual guru tersebut mengatakan murid sukar menguasai aktiviti mewarna
catan dan tidak dapat menyiapkan tugasan mewarna walaupun guru telah mengajar di
dalam kelas.
5.4 KEPUTUSAN KAJIAN

Pengkaji menggunakan soal selidik dan pemerhatian untuk mengumpul data dan
di proses menggunakan aplikasi MS Excell untuk mendapatkan keputusan kajian
berkaitan pengetahuan tentang mewarna catan.

6

5.4.1 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pengetahuan
tentang kod warna.

YA/TIDAK BILANGAN PERATUS(%)
RESPONDEN
YA 16%
TIDAK 4 84%
JUMLAH 100%
21

25

Jadual 1. Adakah anda tahu tentang kod warna?

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik, menunjukkan 21 responden
menjawab TIDAK untuk soalan pengetahuan tentang kod warna. Ini kerana responden
tidak didedahkan dengan pengetahuan berkaitan kod warna semasa pengajaran dan
pembelajaran aktiviti mewarna catan. Hanya empat responden mengetahui tentang
kod warna.

5.4.2 Perbandingan peratusan responden terhadap pengetahuan tentang
campuran warna.

YA/TIDAK BILANGAN PERATUS(%)
RESPONDEN
YA 28%
TIDAK 7 72%
JUMLAH 100%
18

25

Jadual 2. Adakah anda tahu tentang campuran warna?

7

Terdapat 72% responden memberikan jawapan TIDAK untuk soalan tentang
campuran warna sementara 28% menjawab YA. Walaupun responden telah didedahkan
dengan aktiviti campuran mewarna sejak tingkatan 1 namun masih lemah menguasainya
kerana kurang keyakinan diri dalam mencampur dua warna yang berbeza.

5.4.3 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pengetahuan
tentang teknik dalam mewarna catan.

YA/TIDAK BILANGAN PERATUS(%)
RESPONDEN
YA 16%
TIDAK 4 84%
JUMLAH 100%
21

25

Jadual 3. Anda tahu teknik mewarna catan ?

Hasil soal selidik juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di
kalangan responden tentang teknik mewarna catan. 21 orang responden menjawab
TIDAK tahu teknik mewarna catan sementara 4 responden menjawab YA. Ini
menunjukkan responden tidak tahu tentang teknik mewarna catan dan kepentingan
adanya ton warna dalam sesuatu catan agar catan nampak lebih realistik.

8

5.4.4 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pembelajaran
dan pengajaran teknik mewarna catan.

YA/TIDAK BILANGAN PERATUS(%)
RESPONDEN
YA 48%
TIDAK 12 52%
JUMLAH 100%
13

25

Jadual 4. Anda boleh memahami teknik mewarna catan?

Dapatan kajian melalui soal selidik mendapati, seramai 12 orang responden boleh
memahami teknik mewarna catan atau sebanyak 48% manakala 13 orang responden
menyatakan tidak. Jika dilihat secara kualitatif, perbezaan di antara kedua-dua
responden yang memberikan jawapan ya dan tidak adalah besar. Ini boleh dijelaskan
dengan mengambil kira tahap pencapaian responden terhadap kemahiran dan
pengetahuan yang diajar. Kumpulan responden ini, jika diperhatikan masih belum
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam penghasilan karya catan. Melalui tempoh
dan masa yang tertentu, mungkin mereka akan dapat melakukan yang lebih baik.

9

5.4.5 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang jenis-jenis
warna dalam kumpulan warna.

YA/TIDAK BILANGAN PERATUS(%)
RESPONDEN
YA 100%
TIDAK 25 0%
JUMLAH
0 100%

25

Jadual 5. Anda tahu tentang jenis-jenis warna mengikut kumpulan warna
Jadual 5 menunjukkan semua responden mengatakan YA iaitu 100% berkaitan

pengetahuan tentang jenis-jenis warna mengikut kumpulan warna. Ini menunjukkan
pengajaran dan pembelajaran secara teori dapat dikuasai dengan baik. Namun dari
aspek praktikal tentang teknik mewarna catan, responden masih belum dapat
menguasai sepenuhnya.
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini sangat penting untuk mengenalpasti adakah pendekatan pemikiran
komputasional dapat digunakan dengan berkesan khususnya teknik mewarna catan
yang merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Pendidikan Seni Visual. Pengkaji telah mengambil tindakan intervensi dengan
mereka bentuk dan memperkenalkan modul BIJAK WARNA. Penintegrasian elemen
pemikiran komputasional dalam modul BIJAK WARNA dapat memupuk satu kemahiran
yang perlu diterapkan kepada setiap murid kerana ia mempunyai kaitan dengan
beberapa kemahiran abad ke-21 yang lain seperti penyelesaian masalah, pemikiran
kritikal, produktiviti dan kreativiti (Mohaghegh, Mccauley 2016).

10

6.1 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Pengkaji telah menyediakan soalan kaji selidik kepada responden tentang

penggunaan modul BIJAK WARNA dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti
mewarna. Hasil dapatan kajian adalah penting untuk melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan Modul BIJAK WARNA.

6.2 PERKEMBANGAN REKA BENTUK INOVASI MODUL BIJAK WARNA
6.2.1 PENGGUNAAN PENDEKATAN MODEL PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional atau computational thinking merupakan proses
pemikiran yang melibatkan pencarian formula pada permasalahan dan menyatakan
penyelesaian (Wing,2011). Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian
masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang
lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan
relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan
perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang
kurang relevan. Murid perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi
mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut
turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan
bagi menguji kesahihan dan melakukan penilaian (Evaluation). Modul BIJAK WARNA
diolah dan diperkembangkan berdasarkan enam peringkat dalam pemikiran
komputasional ini.

11

6.2.2 KONSEP PENGEKODAN (CODING)
Pengekodan (coding) dianggap sebagai kemahiran abad ke-21, meningkatkan

penyelesaian masalah, kemahiran pemikiran inovatif dan mengembangkan kemahiran
pemikiran komputasional (Kanaki, K.; Kalogiannakis,2018). Pengekodan, termasuk
pemikiran algoritma, telah diintegrasikan dalam pembelajaran seni (Dasgupta.S, 2013).
Keupayaan pengekodan memberi perspektif baru kepada penyelesaian masalah dalam
pendidikan. Dari itu pengkaji telah menetapkan satu formula yang berupa konsep
pengekodan ke dalam Modul BIJAK WARNA.

Rajah 1. Formula Kod BIJAK WARNA

12

6.2.3 PENINTEGRASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DENGAN MODUL BIJAK

WARNA

Daripada set Modul BIJAK WARNA, pengkaji telah menyatakan bagaimana murid

dapat mengembangkan potensi diri dalam teknik mewarna catan. Rajah dibawah

menunjukkan keperluan elemen dalam pemikiran komputasional bagi pembinaan Modul

BIJAK WARNA mengikut setiap langkah yang terkandung dalam modul.

MODUL BIJAK WARNA PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL
LANGKAH 1:
1. LOGIK
MURID MENGGUNAKAN (LOGICAL REASONING)
PEMIKIRAN LOGIK UNTUK

MENYATAKAN TIGA
WARNA UTAMA

LANGKAH 2: 2. LOGARITMA
(ALGORITHM)
MURID MENETAPKAN KOD
WARNA

LANGKAH 3: 3. LERAIAN
(DECOMPOSE)
MURID MEWARNA IKUT
TURUTAN KOD WARNA

LANGKAH 4: 4. PENGECAMAN CORAK
(PATTERN RECOGNITION)
MURID MEMBUAT ANALISA
DENGAN MENCAMPURKAN

WARNA

LANGKAH 5 & 6: 5. PENISKALAN
(ABSTRACTION)
MURID MEMBUAT
PENILAIAN DENGAN 6. PENILAIAN
MERATAKAN WARNA (EVALUATION)
CAMPURAN AGAR TON
WARNA NAMPAK REALISTIK

HASIL KERJA MURID 13
CARTA ALIR 2: PROSES PELAKSANAAN MODUL BIJAK WARNA

6.2.4 PERINGKAT PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL YANG TERKANDUNG
DALAM INOVASI MODUL BIJAK WARNA

Terdapat enam peringkat adaptasi daripada model pemikiran komputasional (Wing,
2006). Peringkat pertama adalah pemikiran logik. Pada peringkat ini, murid akan
menggunakan kemahiran pemikiran logik dalam menentukan warna yang sesuai
berdasarkan imej yang diberikan.

Murid akan berfikir secara
logik warna buah epal

Rajah 2. Modul BIJAK WARNA langkah pertama: Pemikiran Logik (Logical Reasoning)

14

FORMULA
BIJAK WARNA

Murid akan menulis
menetapkan kod warna

Rajah 3. Modul BIJAK WARNA langkah kedua : Logaritma(Algorithm)
Pada peringkat ini, murid menetapkan kod warna. Kod warna ini penting dalam
menentukan pemilihan warna yang tepat. Murid mengenalpasti tiga kod warna utama
berdasarkan imej. Murid menulis kod warna yang tertera pada botol warna dan
mencatatkan di ruang yang disediakan.

15

FORMULA
BIJAK WARNA

Murid mewarna ikut turutan Yellow Yellow Green Green
kod warna

Rajah 4. Modul BIJAK WARNA langkah ketiga : Leraian (Decomposed)

Pada peringkat ini, murid akan mewarnakan imej berdasarkan aturan kod warna
bermula dari ton warna cerah. Ini penting dalam menentukan aspek pencahayaan. Murid
mewarnakan pada ruang yang disediakan.

16

FORMULA
BIJAK WARNA

Murid membuat analisa
dengan mencampurkan

warna ikut turutan.

Yellow Yellow Green Green

Rajah 5. Modul BIJAK WARNA langkah keempat : Pengecaman
Corak (Pattern Recognition)

Peringkat ini memerlukan murid mencampurkan warna antara kod warna 1
dan kod warna 2. Seterusnya campuran warna kod 2 dan warna kod 3. Pada peringkat
ini murid dapat membuat analisa warna yang bersesuaian dengan imej. Murid aplikasi
teknik `blend’ iaitu mencampurkan antara dua warna dan meratakan kedua-dua warna
agar olahan warna dapat menimbulkan kesan realistik yang jelas.

17

FORMULA
BIJAK WARNA

Murid membuat
penilaian dengan
meratakan warna
campuran agar ton
warna nampak realistik

Yellow Yellow Green Green

Rajah 6. Modul BIJAK WARNA langkah lima, Peniskalan (abstraction) dan langkah
enam, penilaian (evaluation)

Seterusnya, murid akan membuat penilaian dengan meratakan warna sehingga imej tersebut
nampak realistik dan menarik.

18

Murid menggunakan
aplikasi Kod QR untuk
melihat tutorial video
pembelajaran mewarna

Rajah 7. Imej Kod Qr untuk pembelajaran kendiri murid
Murid dapat melalui pengalaman pembelajaran secara kendiri dengan imbas kod
QR pada imej yang tertera pada modul BIJAK WARNA menggunakan telefon pintar.
Dengan mengimbas kod Qr tersebut murid akan dapat melihat sendiri video tutorial
proses BIJAK WARNA. Jadi murid juga dapat melalui strategi berfikir melalui
pembelajaran kendiri.

19

6.3 IMPAK KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN
Hasil daripada dapatan kajian ini amat penting kerana analisis ini akan menjadi
satu tanda aras pengajaran dan pembelajaran menggunakan Modul BIJAK WARNA yang
terhasil daripada pendekatan pemikiran komputasional mampu menarik minat murid
dalam belajar kemahiran mewarna catan.

Gambar 2. Guru menunjukkan bagaimana murid akan melalui satu proses pembelajaran
mewarna catan yang tersusun dan sistematik.

20

6.3.1 PERBANDINGAN PERATUSAN RESPONDEN MENGENAI MINAT TERHADAP
TEKNIK MEWARNA CATAN SELEPAS MENGGUNAKAN MODUL BIJAK WARNA.

SETUJU TIDAK SETUJU

ITEM SOALAN

1 Kandungan MODUL BIJAK warna adalah R% R %
menarik. 25 100 0 0

2 Modul BIJAK WARNA mudah untuk difahami 25 100 0 0
3 Saya suka belajar warna guna MODUL BIJAK 25 100 0 0

WARNA 25 100 0 0
4 Modul BIJAK WARNA bantu saya belajar tentang
25 100 0 0
teknik mewarna catan.
5 Saya tahu kod warna melalui MODUL BIJAK 18 72 7 28

WARNA
6 Penggunaan Kod QR membantu saya

mempelajari teknik mewarna catan secara
pembelajaran kendiri.

Jadual 6. Minat murid terhadap modul BIJAK WARNA
Berdasarkan kepada jadual peratusan responden mengenai minat terhadap teknik
mewarna catan selepas menggunakan Modul BIJAK WARNA item 1,2,3,4 dan 5
mendapat skor sebanyak 100%. Modul BIJAK SENI ini bersaiz A4, mudah dibawa,
menarik dan kandungan yang teratur.ni menunjukkan murid menunjukkan keyakinan diri
yang tinggi dalam melalui satu proses berfikir yang menyeronokkan semasa belajar
teknik mewarna catan menggunakan modul BIJAK WARNA. Terdapat 28% menyatakan

21

penggunaan kod QR tidak membantu dalam aktiviti mewarna. Ini kerana untuk imbas kod
QR murid perlu ada kemudahan telefon pintar. Faktor ketiadaan telefon pintar boleh
menjadi salah satu faktor murid tidak boleh akses kepada video tutorial modul BIJAK
WARNA.
6.4 HASIL DAPATAN KAJIAN SEMASA SESI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS MENGGUNAKAN MODUL BIJAK WARNA
6.4.1 PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DENGAN UJIAN PASCA (HASIL

KERJA)
Dibawah adalah hasil karya responden yang dipilih secara rawak untuk

menunjukkan secara terperinci skor pencapaian murid yang menggunakan kaedah
konvensional dan tahap pencapaian murid yang menggunakan Modul BIJAK WARNA.
Berikut adalah pecahan markah berdasarkan aspek warna:

Rajah 8: Kriteria Pemarkahan Aspek Warna

22

Gambar 3. Responden 1: Mewarna Catan Menggunakan Kaedah Konvensional
Gambar diatas menunjukkan hasil karya responden yang hanya menggunakan satu
warna sahaja. Responden tiada pengetahuan tentang ton warna.Responden hanya
mendapat skor 5 markah kerana olahan dan teknik mewarna yang minimum.

Gambar 4. Responden 1: Mewarna Catan Menggunakan Modul BIJAK WARNA
Gambar 4 menunjukkan hasil karya responden 1 yang berjaya menguasai kemahiran
mewarna. Responden telah berjaya mencampur warna dengan baik. Responden juga
berjaya menghasilkan ton warna dengan imej realistik dengan skor 13 markah.

23

Gambar 5. Responden 2: Mewarna Catan Menggunakan Kaedah Konvensional
Gambar 5 menunjukkan responden 2 mewarna secara spontan dan tidak berfikir secara
logik warna yang sesuai dengan imej dan mendapat skor 8 markah dengan olahan teknik
yang baik

Gambar 6. Responden 2: Mewarna Catan Menggunakan Modul BIJAK WARNA
Gambar 6 menunjukkan hasil karya responden 2 yang berjaya menguasai kemahiran
mewarna. Responden telah berfikir secara logik sebelum memulakan proses mewarna.
Responden dapat berfikir dengan menganalisa tiga warna utama yang sesuai dengan
imej. Responden mendapat skor 13 markah.

24

6.4.2 HASIL DAPATAN KAJIAN SEMASA SESI PEMBELAJARAN KENDIRI
MENGGUNAKAN KOD QR

I. PERBANDINGAN SKOR MARKAH UJIAN PRA DENGAN UJIAN PASCA (APLIKASI
KOD QR)
Dibawah adalah hasil karya responden yang dipilih secara rawak untuk

menunjukkan secara terperinci tahap penguasaan murid yang menggunakan kaedah
konvensional di dalam kelas dan secara pembelajaran kendiri di rumah yang
menggunakan aplikasi Kod QR dengan bantuan telefon pintar.

Gambar 7. Responden 3: Mewarna Catan Menggunakan Kaedah Konvensional
Gambar 7 menunjukkan hasil aktiviti mewarna oleh responden 3. Hanya satu warna
sahaja digunakan. Olahan dan teknik warna adalah sangat minimum dan mendapat skor
6 markah sahaja.

25

Gambar 8. Responden 3: Mewarna Catan Menggunakan Aplikasi Kod QR
Gambar 8 menunjukkan responden dapat mengalami pengalaman pembelajaran
secara kendiri. Responden berjaya menguasai kemahiran mewarna menggunakan
aplikasi Kod QR iaitu responden imbas imej kod QR pada imej kod. Responden boleh
menonton video tutorial proses mewarna menggunakan modul BIJAK WARNA.

Gambar 9. Responden 4: Mewarna Catan Menggunakan Kaedah Konvensional
26

Gambar 9 menunjukkan responden membuat olahan warna pada tahap minimum.
Responden hanya menggunakan satu warna sahaja dan mendapat skor 5 markah.

Gambar 9: Responden 4: Mewarna Catan Menggunakan Aplikasi Kod QR
Gambar 9 menunjukkan responden boleh membuat olahan warna dengan baik.
Responden juga dapat menimbulkan kesan warna yang lebih realistik dengan
mendapat skor 12 markah.

Kesimpulannya pembelajaran kendiri secara interaktif ini secara tidak langsung
dapat menarik minat murid untuk membuat latihan mewarna catan di rumah. Murid juga
dapat menguasai teknik kemahiran mewarna catan dengan baik.

27

6.4.3 PERBANDINGAN DATA KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
(PENSKORAN MARKAH)

30

25

20

15

10

5

0 SKOR 3 (1-5 markah)

SKOR 1 ( 11-15 markah) SKOR 2 (6-10markah)

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Jadual 7 Data Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca Mengikut Skor
Merujuk kepada jadual perbandingan bagi keputusan ujian dan ujian pasca,
pengkaji mendapati terdapat perbezaan markah yang ketara antara kedua-dua
keputusan tersebut. Keputusan ujian pra dalam teknik mewarna catan menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional menunjukkan seramai 16
murid mendapat skor minimum iaitu antara 1 hingga 5 markah. Berbeza dengan
keputusan ujian pasca, prestasi keputusan ujian pasca selepas menggunakan modul
BIJAK WARNA menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika dirujuk dari
jadual 7, seramai 25 murid telah berjaya mendapat markah skor 11 hingga 15 markah.
Ini menunjukkan, kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul BIJAK
WARNA memberi impak yang berkesan kepada murid.

28

6.5 REFLEKSI KAJIAN

Dalam laporan oleh European Schoolnet (2014) dinyatakan bahawa pengajaran
pengkodan dalam pemikiran logik, penyelesaian masalah, dan kemahiran pemikiran
komputasional telah diperkenalkan dalam kurikulum di 20 negara di Eropah. Ramai murid
kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan pendedahan tentang kemahiran
pemikiran komputasional. (Kalelioglu & Gulbahar,2014). Pemikiran komputasional adalah
kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, Pemikiran komputasional
dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan
sistematik.

Modul BIJAK WARNA membantu murid melalui satu proses berfikir yang tersusun
dan teratur. Secara tidak langsung, murid mendapat satu pengalaman kemahiran berfikir
aras tinggi.Ini juga membantu guru menjayakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-
21. Hasil dapatan daripada menganalisis data, didapati bahawa menggabungkan konsep
pengekodan (coding concept) ke dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan
Seni Visual boleh memberi kesan positif terhadap pengalaman murid belajar topik
mewarna dan pemahaman murid mengenai konsep pengekodan itu sendiri. Murid
mempunyai sikap positif dan motivasi tinggi ketika bahasa pengekodan diintegrasikan ke
dalam subjek lain (Sáez-López et al., 2016). Banyak penyelidik mengesyorkan agar
semua murid diberi pengalaman merentas kurrikulum seperti ini (Batista, 2014; Calder,
2010; Sáez-López et al., 2016).Dari itu, penghasilan Modul BIJAK WARNA amat
menekankan konsep pengekodan (coding).Murid mudah menerima maklumat dan
terjemahkan kefahaman dengan melalui sendiri proses mewarna secara teratur dan
sistematik.

29

Gambar 10.menunjukkan murid melalui satu proses berfikir yang sistematik dan
mengikut aturan teknik mewarna catan yang mudah.

6.6 PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN SECARA KESELURUHAN
Ledakan Revolusi Industri 4.0 memberi kesan yang besar kepada guru dalam

menyediakan murid yang berkemahiran tinggi , berpemikiran kritikal dan mampu
menyelesaikan masalah. Guru Pendidikan Seni Visual perlu mengambil inisiatif celik
Revolusi Industri 4.0, kreatif dan inovatif menggunakan kepelbagaian sumber dan media
yang sesuai bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Guru
bukan lagi dianggap sebagai sumber utama maklumat dengan berkembangnya sumber
maklumat terbuka dan kandungan secara dalam talian. Kini peranan guru lebih kepada
gaya kepimpinan konsultatif. Crowther et al. (2002) menyatakan guru bertindak sebagai
pemudahcara atau fasilitator dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

30

Modul BIJAK WARNA satu hasil inovasi yang mengintegrasikan kemahiran berfikir
secara sistematik melalui elemen dalam pemikiran komputasional dan pembelajaran
secara interaktif melalui Kod QR bagi memenuhi keperluan pembelajaran era revolusi
industri 4.0. Penerapan kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini bukan sahaja dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Pendidikan Seni Visual malah dapat
membantu murid mengharungi cabaran kehidupan era globalisasi dengan lebih
berkeyakinan dalam bidang kerjaya. Beberapa kajian mendapati pengaruh pembelajaran
abad ke-21 banyak memberi kesan positif dari segi sikap, motivasi dan pencapaian
murid. (Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad,
2017; Masyuniza Yunos, 2015).

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah pendekatan pemikiran
komputasional mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid terhadap teknik
mewarna catan dan menilai tahap penerimaan serta minat murid terhadap Pendidikan
Seni Visual khususnya dalam aktiviti mewarna catan.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan yang ketara dalam kalangan murid
setelah intervensi iaitu pengajaran menggunakan kaedah pendekatan pemikiran
komputasional melalui modul BIJAK WARNA selama satu sesi kelas. Dapatan kajian
diperolehi dari hasil soal selidik dan juga pemerhatian secara konsisten sepanjang
tempoh kajian. Responden yang terdiri dari murid tingkatan 4 seramai 25 orang telah
dipilih berdasarkan pencapaian sederhana dalam subjek Pendidikan Seni Visual.

31

Kajian menunjukkan peratusan responden yang menjawab “SETUJU‟ bagi objektif
kajian untuk menentukan peningkatan kemahiran mewarna dan pengetahuan murid
adalah melebihi peratusan yang memberikan jawapan ‘’TIDAK SETUJU‟. Ini dapatlah
dirumuskan bahawa tahap peningkatan kemahiran dan pengetahuan murid
menampakkan perubahan yang ketara setelah didedahkan dengan pendekatan
pemikiran komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gambar 11. Murid berjaya menguasai teknik mewarna catan melalui BIJAK WARNA
Untuk menjawab objektif kajian yang seterusnya iaitu, mengenalpasti

pengetahuan murid berkaitan kod warna selepas menggunakan modul BIJAK WARNA,
peratusan responden yang menjawab “SETUJU‟ juga melebihi peratusan yang
menjawab „TIDAK SETUJU‟ . Hasil soal selidik menjelaskan pengajaran dan
pembelajaran secara pendekatan pemikiran komputasional mengajar murid
pengetahuan tentang kod warna.

32

Gambar 12. Murid melalui satu proses berfikir yang sistematik dan teratur
Murid juga 100% bersetuju penggunaan modul BIJAK WARNA ini, murid dapat
belajar mewarna ton secara teratur dan sistematik. Apabila murid dapat mewarna
mengikut aturan, ini secara tidak langsung murid dapat menghasilkan satu karya yang
realistik kerana aspek pencahayaan juga diambil kira.

Gambar 13. Murid memahami teknik mewarna catan dengan mudah
Walaupun terdapat 28% tidak bersetuju dengan penggunaan aplikasi kod QR

33

dapat membantu pembelajaran kendiri kerana ketiadaan telefon pintar namun terdapat
sebanyak 72% murid telah berjaya menguasai pembelajaran kendiri dengan dapatan
skor markah yang tinggi dalam hasil karya menggunakan modul BIJAK WARNA dengan
bantuan aplikasi kod QR. Walaubagaimana pun, murid masih boleh melalui proses
pembelajaran kendiri kerana terdapat imej berwarna pada modul. Murid boleh belajar
mewarna melalui kaedah imitasi daripada imej berwarna tersebut.Pendekatan pemikiran
komputasional melalui modul BIJAK WARNA memberikan murid satu solusi yang teratur,
sistematik dan interaktif. Modul BIJAK WARNA telah berjaya meningkatkan minat murid
terhadap kemahiran teknik mewarna dan keyakinan diri murid dalam mencampurkan
warna. Selain itu penggunaan modul Bijak Warna dapat mencetus pembelajaran yang
aktif dan bersifat kendiri dengan adanya proses belajar mewarna melalui penggunaan
Kod QR yang terdapat dalam modul BIJAK WARNA. Pembelajaran bersifat kendiri
secara tidak langsung dapat mencetus dorongan murid terhadap sesuatu topik (Kat
Wehrheim, 2009)

Gambar 14: Murid mampu belajar sendiri teknik mewarna menggunakan aplikasi Kod
QR

34

Gambar 15. Carta BIJAK WARNA
Selain itu, carta BIJAK WARNA dapat membantu guru menjelaskan dengan
terperinci tentang penggunaan modul BIJAK WARNA. Gambar 15 menunjukkan cara
sistematik pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah BIJAK WARNA.
Terdapat kod QR yang boleh diimbas untuk rujukan tutorial penggunaan carta BIJAK
WARNA.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mewarna

dengan baik menggunakan kaedah penyelesaian masalah melalui pendekatan pemikiran
komputasional. Kajian lanjutan diperlukan dalam aspek kemahiran melukis pula. Ini
kerana kemahiran melukis juga merupakan salah satu komponen yang penting dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

35

8.0 BIBLIOGRAFI
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017).

Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan
pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 7 (2) Nov:77-88
Crowther, F., Kaagan, Stephen S., Ferguson, M. and Hann, Leonne. (2002). Developing
Teacher Leaders: How Teacher Leadership Enhances School Succes. California:
Corwin Press.
Dasgupta, S. (2013) From surveys to collaborative art: Enabling children to program with
online data. In Proceedings of the 12th International Conference on Interaction
Design and Children, New York, NY, USA, 24–27 June 2013; pp. 28–35.
European Schoolnet. Computing Our Future Computer Programming and Coding-
Priorities, School Curricula and Initiatives Across Europe; Durando, M., Ed.;
European Schoolnet: Brussels, Belgium, 2014.
Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 5 (2) Nov: 22- 30.
Kat Wehrheim, 2009. “Easing People At Work Into Self-Directed Learning: A New Role
For Eportfolios” SummitSkills dan Stuart Wood dari Universiti
Nottingham/Leapahead
Kanaki, K.; Kalogiannakis, M.(2018)Introducing fundamental object-oriented
programming concepts in preschool education within the context of physical

36

science courses. Educ. Inf. Technol. 23, 2673–2698.
Mohaghegh, M., & Mccauley, M. (2016). Computational Thinking : The Skill Set of the

21st Century, 7(3), 1524–1530
Wing, J.M (2006). Computational thinking. Communications of the ACM, 49 (3)

33-35.doi:10.1145/1118178.1118215
Wing, J.M (2011). Research notebook: Computational thinking-What and why?The link

magazine, Spring.Carnegie Mellon University,Pittsburgh. Retrieved from
http://link.cs.cmu.edu/article.php?a=600

37

9.0 LAMPIRAN

IMBAS KOD QR
a. VIDEO PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

MODUL BIJAK WARNA

IMBAS KOD QR
b. VIDEO PENGGUNAAN BIJAK WARNA

MENGGUNAKAN APLIKASI KOD QR

38

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

MINGGU 36 HARI SELASA TARIKH 22 SEPTEMBER 2020

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Kehadiran :

TINGKATAN 4 KARISMA PAK 21
MASA
BIDANG 8.30pagi-9.30pagi Pembentangan ✓
TAJUK SENI HALUS Sumbang Saran
STANDARD CATAN Peta Minda
KANDUNGAN
1 EKSPLORASI SENI :Pemahaman tentang KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
STANDARD konsep seni catan TINGGI [KBAT]
PEMBELAJARAN EKSPRESI SENI:Aplikasi pengetahuan dalam
OBJEKTIF penghasilan seni catan Mengaplikasi ✓
PEMBELAJARAN Menganalisis ✓
2 Murid boleh membuat eksperimentasi dan Menilai ✓
LANGKAH penerokaan dalam penghasilan seni catan Mereka Cipta
dari aspek pencahayaan dan ton warna

Pada akhir pdpc, murid dapat:

1 Memahami konsep dalam catan

2 Membuat eksperimentasi dari aspek ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

SET bahan dan teknik dalam catan dengan Bahasa
INDUKSI
AKTIVITI fokus kepada pencahayaan dan ton warna. Kelestarian Alam Sekitar
UTAMA
1.Murid menerangkan jenis warna dalam Nilai Murni
PENUTUP kumpulan warna
Sains dan Teknologi
2.Murid membuat tugasan mewarna
berdasarkan pengetahuan lepas. Keusahawanan
1. Murid menerima edaran Modul BIJAK
WARNA dari guru. Kreativiti dan Inovasi ✓
2.Murid membuat pemikiran logik dengan Kelestrian Global
menyatakan tiga warna utama berdasarkan
imej. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
3. Murid mencatat kod warna.
4. Murid mewarna tiga warna utama mengikut Latihan Bertulis ✓
turutan dari warna ton cerah. Lisan
5. Murid mula mencampur warna mula dari kod
warna 1 dan kod warna 2 serta antara kod Kuiz
warna 2 dan kod warna 3.
6 .Murid membuat penilaian dengan Pembentangan ✓
mencampur dan meratakan warna sehingga Latihan catan
catan nampak realistik. Lain-lain [nyatakan]:
1. Guru membuat rumusan berkaitan
kemahiran yang murid perolehi.

Bahan Bantu 1.Carta BIJAK WARNA
Mengajar 2.Lembaran MODUL BIJAK WARNA

REFLEKSI :

39

REFLEKSI

MODUL BIJAK WARNA

40










Click to View FlipBook Version