Menghuraikan maksud identiti seksual
iaitu setiap orang dilahirkan sama ada
sebagai lelaki atau perempuan.
Menghuraikan maksud orientasi seksual
iaitu keinginan seksual terhadap
berlainan jantina atau sesama jantina
atau kedua-duanya sekali.
Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi
kesejahteraan diri dan mental serta
ketiadaan penyakit yang berkaitan proses,
fungsi dan sistem reproduktif.
Aspek ini meliputi keupayaan untuk
menjalani kehidupan seksual yang betul
dan selamat.
Unit ini menekankan kemahiran kecekapan
psikososial dalam mengenalpasti identiti
dan orientasi seksual serta kepentingan
menjaga kehormatan dan keselamatan
diri.
Identiti seksual melibatkan aspek
psikologi dan ciri-ciri tingkah laku
berkaitan dengan seseorang individu
sama ada lelaki atau perempuan.
Identiti seksual biasanya merujuk kepada
penerimaan tingkah laku, sikap dan
personaliti yang diwarisi, yang boleh
membezakan lelaki yang bersifat sasa
dan perempuan yang berciri lemah
lembut.
Orientasi seksual ialah tarikan seksual
atau emosional kepada individu yang
berlainan jantina, sesama jantina atau
kedua-duanya.
Heteroseksual - tarikan seksual terhadap
pasangan yang berlainan jantina.
Biseksual - tarikan seksual terhadap
kedua-dua jantina.
Homoseksual - tarikan seksual terhadap
jantina yang sama.
DIRI SENDIRI
mengelakkan cara hidup yang tidak baik
seperti suka berfoya-foya
bergaul bersama rakan-rakan ke arah yang
positif dan mengelakkan daripada terjebak
dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak
Mengelakkan daripada menggunakan
media sosial untuk perkara-perkara yang
negatif
KELUARGA
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka
untuk melakukan kebaikan serta
mengamalkan budaya hidup yang sihat.
Memberi nasihat dan bimbingan yang
secukupnya.
Memantau pergaulan anak-anak, cuba
mengenali rakan anak-anak serta memisahkan
mereka ke persekitaran yang lebih selamat
Memberikan pendidikan agama yang
mencukupi agar mereka tahu membezakan
hukum halal dan haram sesuatu perbuatan
yang dilakukan